Anda di halaman 1dari 25

BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOURS

JANUARY 2022

BBGO4103

ORGANISATIONAL BEHAVIOUR

MATRICULATION NO : 870320526634001
IDENTITY CARD NO. : 870320-52-6634
TELEPHONE NO. : 01118528808
E-MAIL : flora.nyalo@yahoo.com
LEARNING CENTRE : BINTULU LEARNING CENTRE

1
MUKASURAT

BAHAGIAN 1

1.0 Pengenalan ...........................................................................3 - 5


2.0 Soalan Temu Bual .................................................................6 - 7
3.0 Transkrip Temu Bual

Soalan A .......................................................................8
Soalan B .......................................................................9
Soalan C .......................................................................9
Soalan D .......................................................................10-11
Soalan E .......................................................................12
Soalan F .......................................................................13
Soalan G .......................................................................14

4.0 Dapatan daripada temu bual


4.1 Faktor-faktor individu ............................................................15
4.2 Faktor-faktor organisasi ........................................................16

5.0 Cadangan
5.1 Untuk pengurus ....................................................................17
5.2 Untuk Jabatan Sumber Manusia ............................................18

2
BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

Fleksibiliti dalam waktu bekerja bermaksud menyesuaikan jadual kerja


untuk melibatkan diri dalam pekerjaan sepenuh masa. Program kerja yang
fleksibel adalah pengaturan kerja di mana pekerja diberi kebebasan penjadualan
yang lebih besar dalam menunaikan tanggungjawab tugas hakiki mereka.
Program yang paling biasa dari program ini adalah waktu senggang, yang
memberi pekerja kelonggaran jauh lebih besar dari segi masa ketika mereka
memulakan dan menamatkan kerja, dengan syarat mereka memasukkan jumlah
jam yang diperlukan oleh majikan. Pengaturan kerja fleksibel biasa yang lain
merangkumi telekomunikasi, perkongsian pekerjaan, dan minggu kerja yang
dimampatkan. Model pekerjaan baru perlu dilaksanakan yang boleh memberi
peluang kepada wanita dan lelaki menggabungkan kerjaya dan tanggungjawab
keluarga.Ia adalah satu rancangan yang dilaksanakan bagi memberi peluang
kepada pekerja untuk bekerja dalam aturan kerja fleksibel dengan tidak menukar
pekerjaan dan mengekalkan kemajuan kerjaya dan pada waktu yang sama
meneruskan tanggungjawab terhadap keluarga. Ada beberapa bentuk
penyusunan amalan kerja fleksibel, iaitu, masa, tempat pekerjaan dan lain-lain
lagi mengikut keperluan semasa organisasi. Elemen pengaturan fleksibiliti dalam
bekerja telah mula diamalkan sejak tahun 1998 lagi, apabila kerajaan
memperkenalkan Waktu Kerja Berperingkat (WBB) di seluruh agensi Kerajaan
Persekutuan. Ia kemudiannya ditambah baik dan diperkenalkan semula dengan
pengenalan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) pada tahun 2019. Pada awalnya, ia
merupakan satu bentuk pengaturan kerja fleksibel yang bukan sahaja dapat
mengurangkan kos operasi dalam organisasi namun ia boleh meningkatkan
kepuasan kerja khususnya dalam kalangan wanita berkeluarga yang berkerjaya.
Konsep bekerja dari rumah bukanlah fenomena baharu dalam negara Malaysia
tetapi konsep ini paling ketara digunakan oleh organisasi sejak bermulanya
penularan virus Covid-19 pada tahun 2019. Konsep ini merupakan satu jalan

3
penyelesaian bagi pekerja sektor awam dan sektor swasta pada masa ini bagi
membantu mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 pada masa itu. Secara
ringkasnya, WBF yang diamalkan oleh agensi awan dan swasta merupakan
masa bekerja yang fleksibel. Para pegawai mempunyai fleksibiliti untuk hadir
bekerja dalam tempoh masuk dan waktu pulang yang ditetapkan, dengan syarat
memenuhi tempoh bekerja sehari. Pengaturan kerja fleksi juga merujuk kepada
waktu bekerja fleksi, perkongsian kerja, penggiliran kerja, pemampatan minggu
kerja, kerja hujung minggu, pertukaran syif kerja, tugasan kerja berasaskan
projek dan sebagainya. Menurut sumber dari Berita Harian Metro, kira-kira
separuh daripada tenaga kerja Malaysia mahu dasar bekerja dari rumah
diteruskan dan pada masa sama turut digabungkan dengan bekerja di pejabat
selepas pandemik Covid-19 berakhir. Kaji selidik oleh Randstad Workmonitor
mendapati 48 peratus daripada responden tempatan menginginkan pengaturan
kerja yang fleksibel. Dasar bekerja yang fleksibel ini boleh membantu
mengurangkan tahap tekanan dan meningkatkan semangat dalam kalangan
pekerja memandangkan mereka dapat mencari pendekatan untuk mengimbangi
di antara kerjaya dengan kehidupan peribadi masing-masing. Memetik
kenyataan artikel dalam BBC tahun 2019, pekerja di negara-negara tersebut
menjadi lebih produktif apabila mereka dapat mengimbangi antara tuntutan kerja
dengan keluarga dengan lebih berkesan, malah dilaporkan kurang mengambil
cuti sakit. Menurut sebuah kertas polisi OECD berkaitan amalan fleksibiliti pada
tahun 2016, pengaturan kerja fleksi dapat meningkatkan keberkesanan
organisasi dan merupakan sistem kerja yang lebih adil untuk semua pekerja. Ini
kerana setiap pekerja mempunyai personaliti, keperluan, kekangan, dan cara
bekerja yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Malah, pengaturan kerja
fleksibel berupaya meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam dunia
pekerjaan di Malaysia. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia
(2019), kadar penyertaan tenaga buruh wanita meningkat kepada 56.1%
berbanding sebelumnya. Skop pengaturan kerja yang fleksibel mempunyai
pilihan dari segi jangka waktu dan masa yang sesuai untuk melakukan pekerjaan
yang boleh dipilih oleh majikan dan pekerja (Osisioma et al., 2015). Abid dan

4
Barech (2017) menunjukkan persamaan yang hampir sama dengan susunan
kerja yang fleksibel termasuk waktu yang sesuai untuk melakukan kerja, di mana
dan bagaimana kerja itu diteruskan. Terdapat juga kajian lalu menunjukkan
bahawa bekerja dari rumah lebih mendatangkan kesan buruk akibat perasaan
keletihan yang dirasakan oleh pekerja. Namun, sebenarnya ia tertakluk kepada
perancangan individu dan organisasi itu sendiri bagi mengimbangi keperibadian,
kemahiran dan aspirasi mereka. Oleh itu, satu temu bual perlu dilaksanakan bagi
mengenalpasti samada bekerja dalam pengaturan kerja yang fleksibel akan
mengganggu keseimbangan kerja dan kehidupan terhadap prestasi kerja dalam
kalangan pekerja. Hasil temu bual yang akan dijalankan ini diharap dapat
membantu pihak-pihak pengurusan dalam menambahbaik pengagihan kerja
kepada pekerja agar dapat menyeimbangi antara kerja dan kehidupan yang akan
memberi impak kepada prestasi kerja mereka.

5
2.0 SOALAN TEMU BUAL

Saya telah menyediakan lima soalan untuk tujuan pengumpulan data


berkaitan dengan isu-isu yang dibincangkan diatas. Untuk soalan bahagian a,
soalan bahagian ini lebih kepada soalan demografik orang yang akan
ditemubual seperti maklumat peribadi mereka dan soalan bahagian b, c, d, e,
f dan g adalah soalan yang akan menentukan hasil dapatan untuk isu yang
dibincangkan ini. Saya akan memilih tiga orang responden dari satu jabatan
yang sama untuk ditemubual.

a ) Soalan maklumat peribadi

Merangkumi soalan umur, jantina, tahap pendidikan, tempoh sudah


bekerja, pendapatan kasar sebulan terkini.

b ) Sepanjang tempoh bekerja 5 tahun sebelum berapa kekerapan anda

diberikan peluang untuk merasai pengaturan kerja fleksibel?

c ) Nyatakan jenis pengaturan kerja fleksibel yang diberikan oleh jabatan

sepanjang anda bekerja?

d ) Bagaimana pengaturan kerja fleksibel yang diberikan oleh jabatan

mempengaruhi produktiviti anda sebagai pekerja secara negatif dan

positif?

e ) Adakah anda rasa anda boleh menyeimbangkan kehidupan harian anda

dengan kerja hakiki anda semasa diberi peluang untuk mengunakan

pengatuaran kerja fleksibel?

f ) Nyatakan faktor atau punca yang boleh menjejaskan prestasi kerja anda

di bawah pengaturan kerja yang fleksibel. Faktor individu atau faktor

organisasi.

6
g ) Jika diberikan peluang, apakah cadangan anda kepada pihak pengurusan

untuk menambah baik susunan pengaturan kerja yang fleksibel bagi jabatan

anda?

7
3.0 TRANSKRIP TEMUBUAL

SOALAN A : DEMOGRAFIK

Umur : 35 tahun
Jantina : Perempuan
N1 Tahap pendidikan : Diploma
Tempoh sudah bekerja : 9 tahun
Pendapatan kasar sebulan terkini : RM2700.00
Sumber pendapatan lain : Membuat pastry dan kuih

Umur : 56 tahun
Jantina : Lelaki
N2 Tahap pendidikan : Diploma
Tempoh sudah bekerja : 16 tahun
Pendapatan kasar sebulan terkini : RM3900.00
Sumber pendapatan lain : Tiada

Umur : 45 tahun
Jantina : Perempuan
N3 Tahap pendidikan : SPM
Tempoh sudah bekerja : 10 tahun
Pendapatan kasar sebulan terkini : RM3200.00
Sumber pendapatan lain : Bisnes Dropship

8
SOALAN B : SEPANJANG TEMPOH BEKERJA 5 TAHUN SEBELUM
BERAPA KEKERAPAN ANDA DIBERIKAN PELUANG UNTUK MERASAI
PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL?

“Masa anak-anak sakit dan tidak ada penjaga. 5 tahun ke belakang


N1 dalam 8 kali termasuk masa PKP.“

“Sebelum PKP tidak pernah juga, baru merasa masa PKP 2 tahun
N2 lebih ini tadi.“

“Baru rasa sepanjang PKP ni tu sampai sekarang. Cuma sekarang


N3 kami bergilir-gilir sebab kapasati pejabat tak sesuai semasa COVID-
19 ni. Pejabat kami kecil.“

9
SOALAN C : NYATAKAN JENIS PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL YANG
DIBERIKAN OLEH JABATAN SEPANJANG ANDA BEKERJA?

N1 “Kerja dari rumah dengan kerja ikut kesesuaian masa.“

“Kerja di rumah saja dengan masa kerja terpulang tapi mesti


N2 cukupkan 8 jam.“

N3 “Ikut masa yang kita sendiri tentukan dengan kerja dari rumah.“

10
SOALAN D : BAGAIMANA PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL YANG
DIBERIKAN OLEH JABATAN MEMPENGARUHI PRODUKTIVITI ANDA
SEBAGAI PEKERJA SECARA NEGATIF DAN POSITIF ?

“ Dari segi positifnya saya ada masa untuk uruskan urusan dirumah
sebab boleh selit atau curi masa untuk buat kerja contohnya ada
N1 pembeli yang boleh walk in untuk ambil pesanan pastri dirumah
semasa saya bekerja dari rumah dan saya juga boleh menyiapkan
pastri saya sambil membuat kerja tapi dari sudut negatif terdapat
gangguan seperti dari anak-anak semasa membuat urusan kerja
hakiki.“

“Kalau dari sudut positif bagi saya sangat banyak antaranya saya
boleh meluangkan masa dengan keluarga dirumah sambil buat kerja.
Tiada gangguan sebab anak-anak saya semua sudah bekerja juga.
Saya boleh tolong isteri saya buat urusan rumah dan saya pun tidak
N2 perlu menempuhi kesesakan setiap kali pergi dan balik kerja. Soal
kesesakan jalanraya adalah satu hal yang membuatkan saya cepat
stress. Kalau negatif pula sejujurnya saya kurang mahir dengan
teknologi zaman sekarang jadi agak lambat untuk saya siapkan
tugasan yang memerlukan saya menggunakan aplikasi dan gajet
canggih. Kalau dipejabat saya senang merujuk dari staff lain yang
muda dan tahu tentang teknologi.“

“Bagi saya lebih kepada negatif sebab saya bekerja dibahagian


N3 pendidikan. Mengajar pelajar dengan kaedah PDPR sangat rumit
sebab memang banyak kekangan dari ibubapa, gajet dan penglibatan

11
pelajar itu sendiri. Prestasi pelajar juga susah untuk saya nilai kerana

pemerhatian cuma dilakukan melalui alam maya. Untuk membuat


pelaporan dengan penglibatan pelajar dengan jumlah yang minimal
sangat menggangu pelaporan. Dari sudut positifnya pula kami
sebagai pendidik berpeluang mendidik diri kami dengan belajar
benda baru seperti membuat video dan menggunakan software baru.
Untuk saya pula memudahkan saya untuk merancang perjalanan
saya untuk berjumpa pembeli barang jualan saya.“

12
SOALAN E : ADAKAH ANDA RASA ANDA BOLEH MENYEIMBANGKAN
KEHIDUPAN HARIAN ANDA DENGAN KERJA HAKIKI ANDA SEMASA
DIBERI PELUANG UNTUK MENGUNAKAN PENGATUARAN KERJA
FLEKSIBEL?

“Sebagai seorang pekerja juga seorang ibu bagi saya tidak ada
masalah dan saya masih boleh seimbangkan kerja, hal dirumah dan
N1 jualan saya. Bagi saya apa yang penting ialah aturan masa dan

13
perancangan setiap hari. Kita perlu susun jadual perjalanan harian
kita terlebih dahulu maka urusan kita akan dipermudahkan.“

“Saya tidak ada masalah dari segi kerja dan kehidupan harian saya
N2 kerana dirumah pun saya dengan pasangan sahaja dan tugasan
dirumah lebih kearah isteri cuma saya tolong sikit-sikit sahaja.“

“Agak bermasalah kerana saya perlu masa yang spesifik untuk


menjalankan kelas bersama pelajar jadi saya tidak boleh keluar dari
N3 kelas online sesukahati semasa PDPR berjalan dan semasa kelas
online terdapat ganguan dari anak-anak juga kerana anak-anak saya
sendri pun masih kecil. Bila mereka tengok saya buka laptop atau
mengajar mereka akan mula mengganggu saya“

14
SOALAN F : NYATAKAN FAKTOR ATAU PUNCA YANG BOLEH
MENJEJASKAN PRESTASI KERJA ANDA DI BAWAH PENGATURAN
KERJA YANG FLEKSIBEL FAKTOR INDIVIDU
ATAU FAKTOR ORGANISASI.

“Apa yang menjejaskan prestasi jika bekerja dibawah pengaturan


kerja fleksibel bagi saya ialah faktor idividu itu sediri. Pengaturan
N1 kerja fleksibel sebenarnya sangat membantu cuma individu itu sendiri
yang perlu bijak mengatur masa “

“Mendapat peluang untuk menjalani pengaturan kerja fleksible adalah


sangat bagus untuk individu terutamanya mereka yang mempunyai
anak masih kecil. Jika dapat merancang perjalanan kerja dengan baik
N2 saya yakin tidak akan ada masalah prestasi kerja. Yang menjadi
masalah saya ialah tidak mempuyai keperluan seperti laptop sendiri
dirumah dan capaian internet dikawasan saya juga kurang
memuaskan. Keadaan saya yang kurang mahir menggunakan IT juga
antara pekara yang mengganggu prestasi kerja saya.“

“Keadaan dalam rumah bersama anak-anak kecil semasa sesi PDPR


merupakan gangguan utama saya dalam menjalani pengaturan kerja
N3 fleksible. Saya percaya masalah ini ialah faktor individu iaitu dari saya

15
sendiri. Selain itu, penyertaan daripada pelajar juga mejadi satu
masalah untuk saya dalam mnyelesaikan tanggungjawab saya.“

16
SOALAN G : JIKA DIBERIKAN PELUANG, APAKAH CADANGAN ANDA
KEPADA PIHAK PENGURUSAN UNTUK MENAMBAH BAIK SUSUNAN
PENGATURAN KERJA YANG FLEKSIBEL BAGI JABATAN ANDA?

“Cadangan saya kepada pihak pengurusan ialah untuk membuat


jadual bergilir bertugas bagi staff dipejabat. Mungkin pihak
N1 pengurusan boleh mewujudkan jadual bertugas secara bergilir
dipejabat dan dari rumah kepada staff. Ini akan memberi peluang
kepada staff untuk menguruskan urusan dirumah sambil bekerja dan
mungkin ada staff yang perlu menggunakan peralatan dipejabat untuk
menyiapkan tugas mereka. Selain itu, jadual bertugas perlu diwar-
warkan segera supaya staff boleh membuat perancangan awal dan
jika ada yang mahu buat pertukaran jadual sesama mereka pun
mereka masih boleh susun semula jadual mereka“

“Kalau saya semestinya mencadangkan keperluan dari segi peranti,


software dan aplikasi yang sesuai untuk kami gunakan semasa
bekerja dari rumah. Pihak pengurusan boleh membantu dan
N2 mencadangkan jenis software dan aplikasi yang bagus untuk kami
gunakan. Selain itu, kalau boleh tugas yang memerlukan kemahiran
IT bagi dengan mereka yang ada pengetahuan untuk selesaikan.“

“Bagi saya pula cadangan untuk pihak pengurusan perlu persiapkan


keperluan untuk staff sekiranya ada perancangan mahu
N3 melaksanakan pengaturan kerja secara fleksibel. Maksud saya
seperti adakan latihan asas penggunaan komputer dan aplikasi

17
penting yang akan digunakan semasa melaksanakan tugas diluar
pejabat nanti.“

18
4.0 DAPATAN DARIPADA TEMUBUAL

4.1 FAKTOR-FAKTOR INDIVIDU


Hasil temu bual bersama tiga responden menunjukkan mereka memilih
untuk jenis pengaturan kerja fleksibel kerana bekerja secara pengaturan kerja
yang fleksibel dapat memberi keseimbangan kehidupan kerja dan waktu
untuk keluarga mereka. Tambahan pula, wanita bukan sahaja berperanan
sebagai anak perempuan dan isteri tetapi mereka juga merupakan pekerja
bagi jabatan. Mereka selalu memerlukan peluang untuk mencari masa
berkualiti bersama keluarga tetapi pada masa yang sama perlu
menguruskan waktu bekerja dengan baik bagi mencapai prestasi kerja yang
baik. Hasil temu bual bersama responden juga mendapati bahawa bekerja
dari rumah mempunyai pelbagai kelebihan seperti masa yang fleksibel,
persekitaran ruang tempat kerja yang tenang, keseimbangan lebih baik
antara rumah dengan pejabat serta tidak perlu terbabit dalam kesesakan lalu
lintas. Melalui temu bual juga jelas menunjukkan bekerja dengan pengaturan
fleksibel meletakkan mereka dalam keadaan santai yang dapat menurunkan
tekanan, membantu untuk berehat dan menenangkan fikiran dengan cara
sendiri. Menurut responden lelaki, keberadaan mereka dirumah juga boleh
membantu isteri dalam melakukan tugasan dan mereka juga boleh belajar
untuk berkomunikasi dengan berkesan dirumah. Pengurusan anak-anak juga
agak mudah kerana mereka boleh membahagi tugas menguruskan anak-
anak. Selain itu, bagi responden yang mempunyai kerja sambilan untuk
menjana pendapatan lebih untuk keluarga juga sangat baik. Mereka
mempunyai masa untuk menjalankan urusan kerja sambilan mereka dari
rumah sahaja contohnya responden N1 yang merupakan seorang pembuat
dan penjual pastry. Dalam masa bekerja, beliau masih boleh mengadun
bahan untuk pastry beliau. Faktor individu sebenarnya bermula dari
personaliti pekerja itu sendiri dalam menangani masalah seperti tekanan
dalam keluarga atau kewangan.

19
4.2 FAKTOR ORGANISASI
Hasil temu bual melalui tiga responden mendapati majikan tidak akan
dapat sentiasa memantau pekerja secara bersemuka menyebabkan
kadangkala timbulnya isu integriti. Lebih teruk sekiranya pekerja tersebut
mempunyai tahap disiplin yang tidak baik dan tidak mampu melakukan
pekerjaan dengan baik tanpa pengawasan daripada majikan.Kemungkinan
terdapat juga antara pekerja yang mendahulukan pekerjaan sampingan
mereka berbanding pekerjaan hakiki mereka semasa bekerja dari rumah. Hal
ini tentunya menyukarkan pihak majikan untuk mencapai matlamat
pelaksanaan pengaturan bekerja secara fleksibel. Selain itu, ia turut
menyukarkan pihak pengurusan terutamanya dari aspek berkaitan
komunikasi, penyeliaan dan penjadualan waktu bekerja setiap pekerja
terutamanya yang mempunyai ramai tenaga kerja. Dari sudut tugasan yang
memerlukan komunikasi pula, adalah sukar jika pekerja perlu bekerja dalam
pasukan di mana mereka perlu bekerjasama untukmelaksanakan tugas . Hal
ini bukan sahaja menyukarkan pihak pengurusan, bahkan setiap ahli
pasukan juga sukar melaksanakan tugasan yang diberikan dengan
sempurna.

20
5.0 CADANGAN

5.1 CADANGAN UNTUK PENGURUS

Fleksibiliti dalam pengaturan kerja mungkin menjadi suatu bonus kepada


jabatan apabila pekerja yang produktif memanfaatkan kelebihan tersebut.
Namun, situasi disebaliknya boleh berlaku jika pekerja yang tidak berdisiplin
dan tidak mampu melakukan pekerjaan tanpa diawasi oleh majikan. Faktor
ini juga sebenarnya berkait dengan integriti iaitu majikan tidak mempunyai
yakin terhadap pekerja yang bekerja di luar pengawasan mereka. Justeru,
cadangan bagi majikan ialah untuk menggunakan sistem Key Performance
Indicator (KPI) pekerja untuk memastikan hanya pekerja yang benar-benar
layak dengan (KPI ) yang cemerlang sahaja dibenarkan menjalani jadual
kerja fleksibel. Sebagai contoh, majikan boleh menawarkan jadual kerja
fleksibel kepada mana-mana pekerja yang mencapai KPI yang ditetapkan
secara bulanan atau tahunan. Pekara disyaratkan juga haruslah menjurus ke
arah suatu bentuk penilaian untuk memastikan individu tersebut mampu
mengamalkan disiplin sendiri dan boleh bekerja di luar pengawasan. Majikan
harus mula memahami bahawa pekerja yang produktif bukan terlahir
daripada acuan yang dicipta oleh majikan tetapi pekerja yang mempunyai
kawalan ke atas kehidupan mereka termasuklah kerjaya dan peribadi itulah
yang bakal menyumbang kepada produktiviti yang tinggi dan cemerlang..
Sementelah pula, produktiviti pekerja akan berada di tahap tertinggi apabila
mereka mendapat motivasi yang tepat dan diperkasa (Berita Harian, 2020).

21
5.2 CADANGAN UNTUK JABATAN SUMBER MANUSIA

Kerajaan perlu memperkenalkan satu garis panduan yang melibatkan


majikan dan pekerja selaras dengan visi dan misi untuk menjayakan
pengaturan bekerja dari rumah seperti yang tekankan dalam Pelan Jana
Semula Ekonomi Negara ( PENJANA ). Garis panduan ini dilihat sebagai
suatu yang wajar disediakan bagi memudahkan urusan semua pihak
disamping melindungi hak pekerja yang bekerja dari rumah (Berita Harian,
2020). Jabatan Sumber Manusia seharusnya menyediakan garis panduan
bekerja dari rumah ini sebagai satu langkah permulaan dan disusuli dengan
kajian yang lebih mendalam untuk menghasilkan lagi suatu garis panduan
bagi setiap jenis fleksibiliti waktu kerja yang bersesuaian untuk digunapakai
dalam Malaysia. Dengan wujudnya garis panduan ini, sudah tentu ia akan
membantu para majikan untuk mengadaptasikan garis panduan tersebut
ssesuaian dengan norma dan kepentingan organisasi atau jabatan mereka.

22
LAMPIRAN

RUJUKAN

1. Abid, S., & Barech, D. K. (2017). The Impact of Flexible Working Hours on
The Employees Performance. International Journal of Economics,
Commerce and Management, 5(7), pp. 450-466.

2. Bellmann, L., & Hubler, O. (2020). Working from home, job satisfaction
and work– life balance – robust or heterogeneous links? International
Journal of Manpower.

3. Osisioma, H. E., Nzewi, H. N. & Ifechi, I. L. (2015). Flexible Working Hours


and Employee Performance in Selected Hospital in Awka Metropolis,
Anambra State,Nigeria. International Journal of Human Resource
Management and Research, 5(6), pp. 1-10

4. Separuh Pekerja Malaysia Mahu Pengaturan Kerja Fleksibel Pasca


Pandemik
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/675739/separuh-pekerja-
malaysia-mahu-pengaturan-kerja-fleksibel-pasca-pandemik

5. Memahami Norma Baharu Bekerja Secara Fleksi


https://audit.upm.edu.my/artikel/
memahami_norma_baharu_bekerja_secara_fleksi-56794

23
BAHAGIAN 2

BUKTI PENGLIBATAN DALAM FORUM

24
25

Anda mungkin juga menyukai