Anda di halaman 1dari 20

Karangan Tentang Uyghur

Ahmad Ilyas
Pendahuluan

Orang Uyghur secara alternatuf dieja Uighur,Uygurs atau


Uighur.Uyghur ialah satu bangsa ianya merupakan etnik minoriti rasmi
di Republik Rakyat China.Suku ini merupakan keterunan dari suku
kuno Huihe yang tersebar di Asia Tengah,menuturkan bahasa Uyghur
dan memeluk agama islam.
Bangsa Uyghur bersama kaum Hui menjadi kaum utama pemeluk
agama islam di China.Namun,ada perbezaan budaya dan gaya hidup
yang ketara di antara kedua-dua etnik minoriti ini.Bangsa Uyghur lebih
menjurus kepada kehidupan Asia Tengah,manakala Orang Hui lebih
condang mengamal budaya Konfusianis oriental.
Bangsa Uyghur banyak terdapat di Wilayah Autonomi Uyghur
Xinjiang.Manakala,di Wilayah Hunan,merupakan kawasan yang
paling tinggi dihuni oleh orang Uyghur di China.Komuniti Uyghur
boleh didapati dinegara-negara seperti di Kazakhtan,Kyrgyzstan dan
Uzbekistan.Juga bangsa Uyghur ini menghuni dikawasan Asia
Selatan,iaitu Afghanistan dan Pakistan.Selain itu,bangsa ini menghuni
di Turki.
Kebanyakan Orang Uyghur merupakan pemeluk Islam Sunni,yang
bermazhabkan Hanafi.
Terdapat persamaan pertuturan bahasa diantara orang Uighur dengan
orang Uzbek dan Turki,ini kerana,bahasa yang ditutur adalah jenis
Altaik.Selain penggunaan bahasa ini,bahasa Arab juga digunakan,ini
adalah kerana bagi memudahkan pemahaman Al-Quran.Orang Uighur
berkebolehan berbahasa seperti bahasa-bahasa
Cina,Rusia,Uzbek,Kazakh,Kyrgyz dan Turki,ini terjadi kerana orang
Uyghur,menghuni dikawasan-kawasan berhampiran dengan negara-
negara asal tersebut.
Orang Uyghur yang ingin melanjutkan ke peringkat universiti,perlu
memahami dan lulus peperiksaan bahasa Cina.
Pemakanan orang Uyghur banyak berasa dari daging kambing dan biri-
biri.Manakala,bekalan sumber kerbohidrat datang dari roti dan lamian.
Istilah ‘Uyghur’ membawa makna penyatuan atau kerjasama.Diambil
daripada perkataan Turki,cara menyebut perkataan ‘Uyghur’ adalah
‘OY-Ghur’.
Sejarah orang Uyghur sebenarnya sangat panjang,dengan rekod
pertama sejarah Uyghur dicatatkan buat kali pertama 17,000 tahun
dahulu dengan kewujudan Empayar Uyghur di kawasan daerah Mu.
Masyarakat Uyghur melalui empat fasa besar dalam sejarah mereka
dengan semua catatan sejarah mereka boleh dibahagi kepada zaman
atau era tersebut.
Zaman era empayar yang berlaku sekitar 300BC hingga tahun
630,zaman empayar yang berlangsung bermula tahun 630 hingga
840,zaman Idiqut atau Qocho yang bermakna ‘zaman kekayaan agung’
sekitar tahun 840 hinggga 1200 dan yang terakhir adalah zaman
Mongal bermula tahun 1209 hingga 1600.
Era kegemilangan orang Uyghur boleh dikatakan berakhir semasa
penjajahan orang Mongol.Selepas terkuburnya populariti Jalan Sutera
{Silk Road}di China yang dijadikan laluan perdagangan utama ketika
itu,masayrakat Uyghur mula hilang pengaruh mereka terhadap
ekonomi dan pemerintahan zaman tersebut.
Orang Uyghur secara tradisinya telah mendiami beberapa siri oasis
yang tersebar di Gurun Taklamakan dalam Lembaga Tarim.Oasis ini
secara sejarah wujud sebagai negara merdeka atau dikuasai oleh
banyak tamadun China,MOngol,Tibet dan pelbagai politik
Turki.Orang Uyghur secara beransur-ansur mula diislamkan
pada abad ke-10 dan kebanyakan Uyghur dikenal pasti sebagai orang
Islam menjelang abad ke-16.Islam sejak itu memainkan peranan
penting dalam budaya dan identiti Uyghur.
Saya akan mengkaji mengenai sejarah diskriminasi etnik
Uyghur.Antara objektif kajian saya ialah untuk mengetahui sejarah
diskriminasi etnik Uyghur.Selain itu,untuk mengkaji konflik Uyghur di
Xinjiang.Seterusnya,untuk mengupas wilayah dan penduduk
Xinjiang.Tambahan pula,untuk mengetahui penahanan etnis muslim
Uyghur di China.
Untuk hasil kajian saya ini,saya telah mengaplikasikan beberapa
kaedah kajian,Antaranya ialah melayari internet kerana melalui kaedah
ini saya telah mengaplikasikan di dalam kajian saya kerana ia
merupakan salah satu cara terpantas untuk memperoleh
maklumat.Selain itu,pembacaan karya ilmiah.Saya telah membaca
beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak menyumbang kepada
hasil kajian saya.
Sejarah Diskriminasi etnik Uyghur
ISI1:Untuk kajian pertama saya ialah mengenai sejarah dikriminasi
etnik Uyghur yang bermakna layanan yang kurang adil kepada etnik
Uyghur.Pada tahun 1949,Republik Rakyat China menjadikan
Xinjiang sebahagian daripada negara mereka.Ketika itu,etnik Uyghur
dianggarkan berjumlah sekitar 76% daripada keseluruhan penduduk
rantau ini.
Orang Cina berbangsa Han iaitu kumpulan etnik majoriti di
China,hanya menyumbang sebanyak 6.2% di Xinjiang,dan baki yang
lain dirangkumi oleh kumpulan minoriti lain.Sejak tahun
1949,penghijrahan orang Han ke rantau ini telah mengubah nisbah
etnik di mana statistik rassmi menunjukkan populasi kini terdiri
daripada 42% orang Uyghur dan 40% orang Han.
Kerajaan China tidak mengiktiraf Xinjiang ini sebagai tanah jajahan
tetapi tindakan memasukkan Xinjiang sebagai sebahagian daripada
China pada tahun 1949 mewakili penjajahan kepada minoriti Islam di
Xinjiang dan sebahagian daripada penduduk telah menentang
ppemerintahan Beijing.Ramai daripada mereka ini enggan bercakap
Mandarin,sementara yang lain berkempen untuk merdeka.China
menganggap sebarang rasa tidak puas hati atau kritikan terhadap Parti
Komunis China sebagai satu ancaman.
Perbezaan pendapat oleh minoriti dianggap sebagai bahaya bagi
keamanan negara.Malah,jika ia melibatkan suara sederhana yang
mengutarakan tentang peningkatan kesihatan,pendidikan dan
pekerjaan juga dilihtkan sebagai satu ancaman.
Bagi China,keutuhan wilayah adalah sangat penting.Ia tiak bertolak
ansur dengap apa-apa ungkapan atau luahan yang bertentangan
dengan kedudukan rasmi bahawa Xinjiang sentiasa menjadi sebahagin
daripada China.Kerajaan China telam lama menganggap Xinjiang dan
minoriti Islam seperti Uyghur sebagai “mundur”.Semasa kempen
Great Leap Forward oleh Parti Komunis dari tahun 1958 hingga
1962,etnik dan agama telah ditekankan sebagai “halangan untuk
kemajuan” dan “adat yang mundur”.Tindakan keras yang brutal pada
tahun 1980-an dan 1990-an membawa kepada sejumlah besar orang
Uyghur yang melarikan diri dari China untuk mencari suaka.
China mengatakn bahawa tindkan keras berupa penahanan itu perlu
untuk mencegah “keganasan” dan menghapuskan “ekstremisime”
Islam.Tindakan itu adalah sebahagian daripada kempen yang lebih
besar oleh Xi Jinping untuk mempromosikan nasionalisme Han
sebagai kuasa penyatu {Han adalah etnik majoriti di China} dan
untuk menindas mana-mana etnik,kebudayaan atau keagamaan yang
mungkin bersaning untuk mendapatkan kesetiaan popular dengan
Parti Komunis China.
Pada tahun 2009,ketegangan yang didorong oleh beberapa dekad
diskriminasi dan peminggiran ke atas etnik Uyghur di tanah air
mereka sendiri telah meletuskan pertempuran antara 2 etnik itu di
jalan-jalan ibukota Xinjiang iaitu Urumqi.Pertembungan antara orang
Uyghur dan Han China mengorbankan kira-kira 200 orang dan
menurut pihak kerajaan China,kebanyakan daripada “mangsa” terdiri
daripada orang Han.China menyalahkan etnik Uyghur dan telah
berjanji untuk menghapuskan ideologi Islam dalam kalangan
penduduk Uyghur.
Cubaan asimilasi yang berulang-ulang secara cepat dan paksa,dasar
diskriminasi dan menindas,dan satu kitaran yang mana ditafsirkan
sebagai “penindasan-keganasan-penindasan" telah menyebabkan
protes berkala di seluruh Xinjiang.
Dalam beberapa dekad kebelakangan ini,kerajaan China telah
melabelkan kumpulan etnik Uyghur sebagai pengganas kolektif.Ini
telah memberikan alasan yang kuat kepada China untuk
membenarkan transformasi Xinjiang menjadi sebuah negeri yang
diawasi ketat.Terdapat juga peningkatan Islamofobia di seluruh
China.Islamofobia adalah ketakutan,kebencian,atau prejudis terhadap
agama Islam atau umat Islam umumnya,terutama apabila dilihat
sebagai kuasa geopolitik atau sumber keganasan.
Sesetengah orang Uyghur telah diambil bekerja oleh kerajaan untuk
mengintip orang Uyghur lain,melaporkan sebarang tingkah laku yang
mencurigakan atau menyalahi undang-undang.Ini termasuklah jika
seseorang itu telah berhenti merokok,enggan minum alkohol malah
jika enggan menonton siaran berita Cina.Pengawasan oleh Beijing
termasuklah pengenalan wajah dan suara,pengimbas
anakmata,pensampelan DNA dan imej pengenalan 3D orang Uyghur.
Pendekatan ini telah diperkenalkan selepas pelantikan Chen Quango
oleh Xi Jinping pada 2016 sebagai Ketua Parti Xinjiang.Pelantikan
Chen sebelum ini adalah di Tibet,di mana dia melaksanakan langkah
kawalan yang sama ke atas penduduk Buddha

Konflik Uyghur di Xinjiang


ISI2:Selain itu,kajian yang mengenai konflik Uyghur di Xinjiang.
Pergolakan antara etnik Uyghur dan Kerajaan China sudah lama
diperkatakan.Bermula pada tahun 1949 sehingga kini,konflik ini
masih belum reda malah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan
harta benda musnah.Kedua-dua pihak masih memperjuangkan
matlamat dan kepentingan masing-masing dan belum bersedia untuk
mencari penyelesaian. Penulisan ini memfokuskan kepada pendekatan
Segi tiga Konflik sebagai alternatif untuk memahami konflik yang
bersifat berulang-ulang ini {Protracted Social Conflict}.
Terdapat tiga elemen utama dalam Pendekatan Segi tiga Konflik
iaitu Situasi, Sikap dan Tingkah laku.Ketiga elemen ini saling
berkaitan antara satu sama lain yang mendorong kepada turun dan
naik intensiti konflik.Penulisan ini merujuk kepada sumber-sumber
sekunder yang melibatkan perbincangan dalam buku, jurnal, hasil
kajian, laporan media dan lain-lain lagi. Data yang diperoleh ini
kemudiannya dianalisis melalui pengaplikasian elemen Segi tiga
Konflik sebagai alternatif memahami konflik yang berpanjangan
tersebut. Kebergantungan antara tiga elemen ini membolehkan kita
memahami punca-punca konflik tersebut terperangkap di intensiti
yang ekstrem.
Hasil daripada pengaplikasian elemen Segi tiga Konflik ini
mendapati bahawa dari sudut ‘Situasi’, konflik tersebut berlaku akibat
perebutan Wilayah Xinjiang (konflik material) antara etnik Uyghur
dan Kerajaan China dan kini telah bertukar kepada konflik nilai
{agama dan identiti} sehingga sukar dikompromi dan diselesaikan.
Begitu juga dengan elemen ‘Sikap’, apabila konflik yang
berpanjangan tersebut telah meningkat elemen psikologi yang tidak
terkawal seperti marah, benci, cemburu, imej musuh, stereotaip dan
prejudis Akhirnya,ia membentuk elemen ‘Tingkah laku’ yang
memaksa,memujuk, mengugut,ancaman diskriminasi,asimilasi dan
pembunuhan.

Salah satu contoh ialah penahanan kem pendidikan dan vokasional ke


atas etnik Uyghur di Xinjiang yang merupakan tingkah laku asimilasi
yang melibatkan ancaman dan ugutan; ia berkaitan dengan elemen
psikologi stereotaip dan double standard Kerajaan China ke atas etnik
Uyghur.
Pendekatan Segi Tiga Konflik
Segi tiga Konflik merupakan kerangkan konseptual yang digunnakan
dalam menganalisis kedinamikan konflik Uyghur dalam penulisan ini
dengan berlandaskan tiga komponen utama,iaitu situasi,sikap dan
tingkah laki bagi kedua-dua aktor konflik.Pendekatan ini
diperkenalkan oleh Johan Galtung pada tahun 1969.Professor Johan
Galtung merupakan seorang pakar dalam bidang konflik dan
perdamian dan dikenali sebagai ‘Father of Peace Studies’ atau ‘Bapa
Kajian Perdamaian’.Beliau ialah ahli matematik,sosiologi,saintis
politik dan pengasas disiplin kajian perdamaian.Beliau mengasaskan
Institut Penyelidikam Keamanan Antarabangsa,Oslo pada
tahun1959,iaitu pusat penyelidikan akademik pertama di dunia yang
memfokuskn kajian perdamaian,serta Jurnal Penyeledikan Keamanan
yang berpengaruh pada tahun 1964.Ketiga-tiga komponen Segitiga
Konflik yang diperkenalkan oleh beliau,kemudiannya dikembangkan
oleh C. R. Mitchel dalam bukunya ‘The Structure of International
Conflict’.
Situasi merujuk kepada satu keadaan di mana dua atau lebih pihak
merasakan bahawa mereka mempunyai kepentingan,pendapat atau
matlamat akhir yang bertentangan.Dalam konflik yang bersifat
simetrik,pertentangan ditentukan oleh kepentingan aktor-aktor
konflik,manakala konflik asimetrik melibatkan pertentangan yang
ditentukan oleh aktor konflik {Ramsbothem et al., 2011}.Matlamat
akhir dalam konflik adalah merangkumi keputusan,keadaan dan hasil
yang diingini oleh aktor konflik.Justeru,matlamat akhir sering kali
memberi gambaran tentang punca konflik.Ia boleh dibahagikan
kepada dua kategori,iaitu matlamat positif dan matlamat negatif.Bagi
matlamat positif,ia melibatkan keadaan yang diimpikan atau yang
dikehendaki secara sedar,manakala matlamat negatif pula melibatkan
satu keadaan yang tidak diingini atau tidak dikehendaki dan cuba
dielakkan.Selalunya,matlamat positif dirasakan terhad oleh aktor-
aktor konflik dan cubaan untuk mendapatkannya itu mengakibatkan
konflik.Matlamat negatifpula lebih mudah diselesaikan kerana
melibatkan perkara-perkara yang diabaikan atau tidak mahu disentuh
oleh kedua-dua pihak yang berkonflik {Galtung,1997}.
Sikap merujuk kepada keadaan psikologi seperti sikap
harian,emosi,perangai,perkiraan,pandangan dan lain-lain yang serimg
kali membawa kita kepada konflik ataupun yang wujud daripada
penglibatan kita dalam konflik.Ia melibatkan perasaan dan emosi
seseorang atau kumpulan.Sebagai contoh,perasaan
marah,takut,cemburu,tidak percaya,benci dan lain-lain lagi.Stereotaip
juga akan terbentuk,menyebabkan pihak yang berkonflik tidak mahu
mendengar atau tidak mahu menerima maklumat yang boleh menukar
pandangannya terhadap seseorang terutamanya pihak musuh.Pihak ini
akan hanya melihat dunia dari kaca mata atau pandangan mereka
sendiri dan menerangkan posisi mereka sahaja apabila disoal.Hal ini
pasti akan menambahkan lagi keadaan konflik.Keadaan ini seterusnya
akan menyebabkan salah faham akan bertambah.Kekecewaan,sakit
hati dan perasaan marah juga akan bertambah ‘Double Standart’ akan
wujud dan lakaran imej musuh kepada pihak-pihak yang bertentangan
matlamat dengan kita,manakala pergerakan atau kelakuan pula dilihat
sebagai tindakan yang mungkin akan membawa ancaman.Sikap boleh
menjadi faktor utama di peringkat konflik yang tinggi,iaitu perasaan
marah mungkin akan meningkat sehingga akan mengubah matlamat
akhir kumpulan,iaitu bukan sahaja untuk mendapatkan kepentingan
tetapi pada masa yang sama untuk mengalahkan,mendera atau
memalukan pihak musuh.Pengalaman lalu berkenaan
konflik,terutamanya melibatkan musuh yang sama akan memberi
gambaran bagaiamana untuk berurusan dengannya.Meskipun
demikian,sikap juga boleh dijadikan faktor utama kepada
penyelesaian sesuatu konflik {Mitchell, 1981}.Namun begitu,sikap
yang positif juga memberi kesan kepada pemyelesain konflik.Sikap
yang tidak ganas dan menyelidik sebelum bertindak,mementingkan
fakta dan perasaan yang positif antara pihak berkonflik mampu
mengubah konflik ke arah yang membina dan mencapai penyelesain
{Antonino, 2015}.
Elemen seterusnya ilah tingkah laku,iaitu merujuk kepada kelakuan
atau tindakan oleh satu pihak denga tujuan memaksa pihak lawannya
supaya melupakn atau mengubah matlamat atau kepentingan
mereka.Ia boleh menjadi strategi dalam konflik,iaitu satu pihak boleh
bertindak secara langsung atau tidak langsung untuk meningkatkan
kos pihak lain dalam mencapai matlamat mereka atau untuk
meneruskan perjuangan,Tingkah laku yang dimaksudkan boleh
melibatkan keganasan atau ancaman,pujukan,rasuah dan lain-
lain.Selalumya,ancaman menggunakan kekerasan mungkin menjadi
perkara utama sebagai salah satu pilihan jika alternatif lain tidak
berhasil.Dalam pembetukan konflik,sikap,tingkah laku da situasi
saling mempengaruhi antara satu sama lain.Seliranya kita
menekankan aspek tingkah laku sahaja,maka kita akan mengabaikan
tujuan-tujuan di sebalik terjadinya konflik tersebut.Hal ini demikian
keran,setiap perbuatan berpunca daripada sikap dan pandangan pihak
yang berkonflik.Meskipun begitu,jika hanya menekankan kepada
sikap dan pandangan sahaja,maka kita gagal mengambil kira tentang
situasi yang boleh membawa kepada perubahan tingkah laku.Dimensi
tingkah laku berkaitan dengan ekspresi mental,verbal atau fizikal
yang dikemukakan dalam konflik dan mereka mungkin merupakan
pemikiran,kata,atau tindakan yang ditunjukkan ketika konfli
mterjadi.Tingkah laku juga boleh merosakkan dan boleh merangkumi
apa sahaja yang mengungkapakan kebencian atau kurangnya rasa
hormat terhadap pihak lawan.Unsur-unsur dalam tingkah laku adalah
satu-satunya dimensi yang dapat dilihat kerana merangkumi tindakan
yang jelas dan sedar,walaupon dapat juga disembunyikan ketika
menyangkut masalah perkauman yang tersirat {Suhail,2013}.
Oleh itu,konflik dalam keadaan sebenar adalah kompleks dan
mempunyai banyaka dimensi.Ia juga tidak statik dan sentiasa berubah
mengikut masa dan perhubungan antara ketiga-tiga faktor
ini.Hubungan antara sikap dan tingkah laku seperti kekecewaan atau
mendapatkan matlamat akhir akan mendorong satu pihak
meningkatkan usaha atau kelakuan untuk mendapatkanmatlamat akhir
itu.Usaha dan kelakuan yang diamksudfkan mungkin dari segi ugutan
atau keganasan,manakala hubungan situasi dengan sikap berlaku
apabila ketidaksesuaian kepentingan menimbulkan perasaan tidak
percaya,stereotaip,prejudis dan ‘double-standart’.Hubungan tingkah
laku dengan situasi seperti kejayaan atau kemenangan dalam sesuatu
konflik akan mendorongnya menimbulkan lebih banyak isu yang
berkaitan. Hubungan antara tingkah laku dengan sikap seperti
keganasan dan kemusnahan akan meninggikan perasaan marah dan
kekecewaan terhadap individu atau kumpulan, manakala kejayaan
akan mempengaruhi perasaan kekitaan dalam kumpulan.
Sejarah Konflik
Pada awalnya,wilayah ini dikenali sebagai Uighuristan dan
kemudiannya ditukar nama kepada Xinjiang setelah berlaku
penjajahan Dinasti Qing atau Kerajaan Manchu pada tahun 1884.
Nama Xinjiang dikekalkan sehingga hari ini apabila pada tahun 1911,
Parti Komunis/Nasionalis China berjaya menguasai empayar Manchu,
menyebabkan Xinjiang jatuh kepada Kerajaan China {Zairudin,
2019}.Oleh itu,Wilayah Xinjiang hanyalah jelmaan nama China tetapi
etnik Uyghur masih tetap menggelar wilayah mereka sebagai
Uighuristan yang lebih mirip kepada Turki.Kedudukan etnik Uighur
di dalam kawasan Turkistan Timur mempunyai persamaan identiti
dengan negara Asia Tengah yang lain termasuklah bahasa, tradisi,
agama dan kebudayaan.Namun,pada tahun 1924 semasa penjajahan
Rejim Bolshevik Rusia,Joseph Stalin telah membahagikan etnik Asia
Tengah ini kepada Uyghur,Kazakh,Lyrgyz,Ubzek, Turkmen, Bashkir
dan Tatar (Hasyim, 2014). Etnik Uighur telah mendiami Wilayah
Xinjiang yang subur ini sejak 2,000 tahun yang lalu dengan menjalani
kegiatan pertanian. Wilayah yang subur ini melewati keluasan 1.6 juta
kilometer persegi dan merupakan wilayah terbesar dalam negara
China. Kerajaan China ingin mengekalkan wilayah ini dalam
sempadan negaranya kerana beranggapan wilayah ini adalah
sebahagian daripada warisan sejarahnya dan tidak pernah
menjajahnya. Dari sudut persempadanan, wilayah ini terletak di
sebelah utara yang bersempadan dengan Kazakhstan, timur laut
bersempadan dengan Mongolia, manakala Tajikistan dan Kyrgistan
bersempadan di sebelah barat laut dan Afghanistan dan Pakistan di
sebelah barat daya.
Pergolakan politik etnik Uyghur bermula setelah penjajahan
Kerajaan Mongolia pada penghujung tahun 1600 Masihi.Namri
{2019}, dalam penulisannya, membahagikan sejarah perkembangan
dan pembangunan etnik Uyghur kepada empat fasa yang utama.Fasa
pertama, iaitu zaman praempayar, bermula sekitar 300 sebelum
Masihi sehingga tahun 630 Masihi. Seterusnya, fasa kedua
bermulanya zaman empayar Uighur pada tahun 630 sehingga 840 dan
kemudiannya mencapai kemuncak kegemilangan yang dikenali
sebagai zaman Idiqut aau Qocho bermula pada tahun 840 sehingga
1600 Masihi. Namun, era kegemilangan ini berakhir apabila
berlakunya penjajahan Kerajaan Mongol dan terhapusnya laluan
sutera ke China yang menjadi laluan utama para pedagang {Namri,
2019}. Namun begitu, kegemilangan ini dapat dibangunkan kembali
dan mereka berjaya membentuk Kerajaan Turkistan Timur. Walau
bagaimanapun kegemilangan ini tidak kekal lama apabila pada tahun
1876 Kerajaan Turkistan Timur telah ditakluki oleh Kerajaan Dinasti
Qing dan kembali dijajah.Selama lapan tahun etnik Uighur berjuang
untuk mengembalikan wilayah mereka daripada penjajahan Kerajaan
Manchu. Namun begitu, mereka menemui kegagalan sehingga
menerima nasib tidak baik apabila kerajaan Manchu secara rasminya
pada 18 November 1884 telah mengisytiharkan Wilayah Turkistan
Timur sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menukar nama
kepada Wilayah Xinjiang. Maksud Xinjiang dalam bahasa China ialah
“Wilayah Baru” atau “New Frontier”. Wilayah yang dinamakan oleh
Kerajaan China ini sebahagian besarnya didiami oleh etnik Uyghur
dan mendapat kuasa autonomi yang dikenali sebagai Xinjiang Uyghur
Autonomous Region (XUAR).
Punca Konflik
Konflik yang melibatkan etnik Han dan Uighur yang berlaku di
Xinjiang memiliki sejarah yang cukup panjang. Pergolakan yang
berpanjangan ini telah menimbulkan isu-isu lain yang boleh dijadikan
punca kepada konflik ini. Punca konflik Uighur ini boleh
dikategorikan kepada faktor sejarah penjajahan, diskriminasi agama,
perlanggaran hak asasi manusia dan pembangunan ekonomi.
Dari sudut sejarah, terdapat beberapa sumber menjelaskan bahawa
bermulanya penjajahan China ke atas wilayah Uyghur adalah pada
1759, iaitu semasa pemerintahan Kerajaan Machu. Namun pada 1863,
bangsa Uyghur berjaya mengumpul kekuatan dan menghalau
penguasaan China ke atas wilayah mereka yang dikenali sebagai
Turkistan Timur dan memerintah selama 16 tahun. Walau
bagaimanapun, kekuatan Uyghur ini dicabar kembali oleh Kerajaan
China apabila pada tahun 1878 dengan bantuan British sekali lagi
China menyerang Turkistan Timur dan akhirnya berjaya menguasai
wilayah tersebut dan ditukar nama kepada Xinjiang (“Penindasan
etnik Uyghur berterusan”, 2019). Peristiwa ini memberi kesan buruk
kepada hubungan bangsa Uyghur dengan pemerintah-pemerintah
China. Malahan, keadaan semakin parah apabila timbul persepsi
negatif rakyat China terhadap Islam dan penganutnya. Antaranya
adalah pemahaman ‘Islam Fobia’ dan ‘Islam agama pengganas’ yang
dicanangkan oleh Kerajaan China telah menyerap masuk dalam
pemikiran rakyat khususnya bangsa Han yang majoriti dalam negara
China.Pergolakan hubungan akibat penjajahan ini berlanjutan
sehingga hari ini bermula sejak era Dinasti Ching lagi sehinggalah
tertubuhnya pemerintahan Komunis (Jais & Kassim, 2005). Bermula
tahun 1949 setelah penaklukan ke atas Xinjiang, Kerajaan China telah
memasukkan etnik Han yang merupakan etnik majoriti di China bagi
mendiami wilayah tersebut. Pada awal penghijrahan etnik Han,
jumlah etnik Uighur di Xinjiang adalah sebanyak 76 peratus. Namun,
kini populasi telah berubah menjadi 42 peratus etnik Uyghur dan 40
peratus etnik Han (Kay, 2019). Bermula dari itu, Kerajaan China tidak
mengiktiraf Xinjiang sebagai tanah jajahan lagi tetapi telah
menjadikannya sebahagian daripada negara China.
Rentetan daripada itu, berlaku penindasan terhadap bangsa Uighur
apabila Kerajaan China bertindak mengasimilasikan etnik ini menjadi
sama bangsa, agama dan budaya dengan bangsa Han sebagai majoriti
di China. Keadaan ini boleh dilihat sebagai pertembungan budaya,
agama dan identiti yang berbeza di wilayah Xinjiang sehingga
membawa kepada pergolakan politik yang membawa kepada
diskriminasi agama, pencabulan hak asasi manusia dan kemunduran
ekonomi. Antaranya adalah perbezaan budaya dan identiti di wilayah
tersebut yang mewujudkan ketidakseimbangan antara mereka. Uighur
secara beransur-ansur menjadi minoriti akibat peningkatan jumlah
etnik Han yang berhijrah ke wilayah itu. Etnik Uighur mempunyai
nilai, sejarah dan bahasa yang berbeza daripada etnik Han.
Penghijrahan etnik Han telah menyebabkan berlakunya pemaksaan
identiti dan budaya Han kepada orang bukan Han atau “asimilasi”.
Dalam dasar rasmi mengikut perlembagaan, China memang
menerapkan prinsip egalitarian dan akomodasi. Walaupun ia tidak
tertulis, tetapi aktiviti mengasimilasikan budaya Han terhadap
minoriti Uighur jelas kelihatan. Sebagai contoh adalah penggunaan
bahasa Cina (Putonghua) sebagai bahasa rasmi yang wajib
dipertuturkan ketika berurusan di kaunter kerajaan.
Seterusnya, diskriminasi terhadap agama Islam. Islam merupakan
bahagian yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan dan identiti
orang Uighur di Xinjiang. Namun, pemerintah China telah melakukan
sekatan ke atas kegiatan keagamaan mereka. Jumlah masjid di
Xinjiang semakin berkurang jika dibandingkan pada tahun 1949.
Sebuah badan NGOs Earthrise Alliance telah mengeluarkan imej
satelit dan visual menunjukkan 36 masjid dan tapak keagamaan Islam
telah dimusnahkan sejak 2017. Salah satunya ialah Masjid Heytikah
di Wilayah Xinjiang yang telah dirobohkan dan dijadikan tempat
parkir kereta. Bangunan dan kubah beridentitikan Islam telah
dihapuskan. Di samping itu, dianggarkan 3 juta orang bangsa Uighur
telah ditahan dalam ‘Kem Pendidikan’ bagi tujuan untuk menulis
semula amalan Islam dengan budaya China. Bukan itu sahaja, institusi
agama juga menghadapi sekatan yang ketat. Kanak-kanak di bawah
umur 18 tahun tidak dibenarkan beribadah di masjid, begitu juga bagi
pegawai parti komunis dan pegawai pemerintah. Institusi Islam lama
yang lain menjadi bahagian kehidupan agama yang sangat penting di
Xinjiang, termasuk persaudaraan sufi yang berpusat di makam
pengasasnya dan memberikan khidmat kebajikan dan seumpamanya
kepada anggotanya, adalah dilarang. Semua hal ehwal agama di China
dikendalikan oleh Pentadbiran Negeri tetapi sekatan terhadap Islam
dalam kalangan orang Uighur lebih keras daripada kumpulan lain,
termasuklah Hui yang juga beragama Islam tetapi bertutur dalam
bahasa Cina.
Seterusnya,perlanggaran hak asasi manusia juga merupakan sumber
berlakunya konflik di Xinjiang. China mengadakan kempen “Strike
Hard” terhadap Uighur dan minoriti Islam di Xinjiang dengan
menggunakan istilah “genocide” dan “concentration camp”
(Abdelkader, 2020). Kempen yang dilakukan oleh pemerintah sebagai
operasi melawan pengganas itu telah melanggar perjanjian
antarabangsa dan perlembagaan negara itu sendiri. Terdapat
penyelidikan yang menunjukkan bahawa buruh Uighur
diperdagangkan dalam rantaian bekalan yang diandaikan oleh jenama
multinasional. Begitu juga dengan dasar rasmi China yang
mencairkan dan mengurangkan populasi Uighur juga melanggar
undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Bukan itu sahaja,
pemerintah China juga melakukan penahanan, penyeksaan dan
penganiayaan sewenang-wenangnya terhadap etnik Uighur di
Xinjiang. Secara keseluruhannya, kawalan pemerintah terhadap
kehidupan sehari-hari di Xinjiang, terutamanya mempengaruhi etnik
Uighur, Kazakhstan dan minoriti etnik lain, telah melanggar larangan
undang-undang antarabangsa terhadap diskriminasi.
Di samping itu,faktor ekonomi juga merupakan sumber berlakunya
konflik di Xinjiang. Rancangan pembangunan ekonomi China di
Xinjiang telah meningkatkan lagi konflik etnik di wilayah tersebut.
Sejak tahun 1978, pembaharuan pasaran China dari syarikat milik
negara menjadi model pasaran bebas telah menyebabkan
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan
sebanyak 10 peratus rata-rata dan mengurangkan 500 juta atau lebih
banyak orang dari kemiskinan. Di mata People Republic of China
(PRC), pembangunan ekonomi semestinya mempunyai kesan
sampingan dalam menjalinkan hubungan sosial yang lebih baik.
Pandangan mereka tentang pendapatan tinggi boleh memberi keadaan
hidup yang lebih baik dan lebih banyak peluang menjalani kehidupan
yang lebih baik sememangnya menenangkan kegelisahan orang yang
berada di pinggir hidup.Namun, perkembangan ekonomi di Xinjiang,
secara paradoks nampaknya telah meningkatkan konflik etnik kerana
interaksi ekonomi baharu seperti migrasi etnik Han, menyebabkan
berlaku perbezaan pendapatan antara etnik dan polisi, dan amalan
yang ketat dan diskriminatif dengan faktor sosial yang ada seperti
agama, pendidikan dan keterasingan. Hal ini dapat dilihat apabila
taburan ruang orang Uyghur dan etnik Han terbahagi kepada dua,
iaitu etnik minoriti menguasai Xinjiang selatan yang terdiri daripada
kawasan pertanian dan luar bandar yang kurang maju, manakala
majoriti etnik Han tinggal di pusat bandar yang moden dan maju di
utara Xinjiang
Wilayah dan Penduduk Xinjiang
ISI3:Buat kajian ketiga saya ialah mengkaji tentang wilayah dan
penduduk Xinjiang.Sebelum diberi nama Xinjiang, wilayah ini
dikenali sebagai Turkistan Timur. Wilayah ini pada asalnya didiami
oleh etnik Uyghur dan kemudiannya telah dijajah oleh Kerajaan
China. Kesan kepada penjajahan tersebut, Kerajaan China telah
menjalankan dasar migrasi penduduk China ke wilayah tersebut
dengan memasukkan etnik Han dalam jumlah yang ramai. Etnik
Uyghur yang merupakan penduduk majoriti di wilayah tersebut
berbeza identiti dengan rakyat China. Mereka merupakan bangsa yang
lebih mirip kepada negara Turki dan beragama Islam. Pertembungan
identiti ini akhirnya membawa kepada pergolakan dan perlanggaran
hak asasi manusia yang berpanjangan sehinggalah mereka diberi
kuasa autonomi dalam pentadbiran pada tahun 1955 dan dikenali
sebagai Xinjiang Uyghur Autonomous Region {XUAR} {Lehr,
2021}. Etnik Uighur ini bukan sahaja berpusat di Wilayah Xinjiang
tetapi terdapat di wilayah-wilayah lain seperti di Hunan, Gansu dan
Schuan. Dari sudut kedudukan wilayah, Xinjiang merupakan kawasan
pertembungan negara China dengan lima negara jiran rantau Asia
Tengah iaitu Kazakhstan, Kyrgystan, Tajikistan, Afghanistan,
Pakistan, Rusia dan melibatkan sempadan India dan Mongolia
(Nurajirah, 2021). Keluasan wilayah ini adalah 1,655,826 kilometer
persegi dan merupakan wilayah terbesar iaitu sebanyak 17 peratus
daripada keluasan negara China. Wilayah ini subur dan kaya dengan
sumber alam. Antaranya mengandungi bahan-bahan mineral semula
jadi seperti arang batu, minyak dan gas asli di samping tanahnya yang
subur membuatkan wilayah ini menghasilkan 80 peratus pengeluaran
kapas negara {Muhsin, 2021}.
Dari sudut populasi, wilayah ini pada awalnya didiami majoriti
etnik Uyghur. Namun semasa pemerintahan Dinasti Ming {1368-
1644}, berlaku penaklukan wilayah oleh Kerajaan China dan
penerapan nilai-nilai penjajahan ke atas etnik Uighur. Keadaan
tersebut menyebabkan berlakunya penghijrahan rakyat China
khususnya etnik Han secara beransur-ansur ke wilayah ini
sehinggalah jumlah etnik Uyghur semakin berkurang. Menurut
Muhsin {2021)}dalam tulisannya, kini mereka berjumlah 45 peratus
atau sekitar 10.5 juta sahaja berbanding 24 juta penduduk wilayah
tersebut. Oleh itu, etnik Uyghur bukan lagi bersifat majoriti di
Wilayah Xinjiang pada masa kini, malahan proses kemasukan rakyat
China di wilayah ini masih diteruskan bagi tujuan mengurangkan
penguasaan etnik Uyghur terhadap wilayah mereka. Penguasaan etnik
Uighur yang dilihat semakin berkurang membolehkan kerajaan
melalui proses asimilasi terhadap agama Islam dan budaya Uyghur.
Sejak dahulu, etnik ini berpegang teguh kepada ajaran agama Islam
dan masih mempertahankannya sehingga hari ini. Etnik Uyghur mula
menerima Islam pada abad ke-10 dan beransur-ansur menyerap
masuk ke dalam budaya kehidupan mereka. Pada abad ke-16, mereka
mulai dikenali sebagai penganut Islam dan berjaya mengekalkan
kelangsungan agama dan cara hidup Islam. Terdapat tiga cara Islam
masuk ke China, iaitu melalui dakwah para sahabat yang diutuskan
oleh Nabi Muhammad SAW. dengan menggunakan jalan darat yang
dikenali Laluan Sutera dari Tanah Arab ke China. Kedua, melalui
perkahwinan yang mana kebanyakan mirip wajah orang di Asia
Tengah termasuk Uyghur menyerupai orang Arab, Turki, Parsi,
Afghanistan, Uzbekistan dan Pakistan. Cara yang ketiga ialah melalui
kegiatan perdagangan yang melibatkan jalan darat dan jalan laut.
Penghijrahan pedagang Arab yang membawa bersama agama Islam
ke China membuat mereka turut menyebarkan agama tersebut di
samping beranak-pinak dengan orang-orang tempatan {Ismail, 2017}.
Penahanan Etnis Muslim Uyghur di China
ISI4:Selain daripada ketiga-tiga isi,inilah isi yang terakhir iaitu
mengenai penahanan etnis muslim Uyghur di China.Pada 5 Juli 2019
menjadi peringatan 10 tahun kerusuhan Urumqi,antara etnis Muslim
Uyghur dengan etnis Han di jalanan ibukota Xinjiang.Uyghur adalah
suku minoritas China dari Asia Tengah yang berbahasa Turki
memiliki perbedaan dengan suku Han, dimana Urumqi berlokasi lebih
dekat ke Kabul, Afghanistan daripada ke ibukota Beijing.

Dimulai dengan protes damai turun ke jalan dan kemudian menjadi


liar dengan aksi penjarahan, pemukulan hingga pembunuhan warga
China dan kematian yang memakan korban dari kedua suku.Insiden
satu dekade lalu telah menyebabkan konsekuensi panjang, di mana
lebih dari 1 juta Muslim Uyghur dilaporkan dimasukkan ke kamp
penahanan untuk "dididik ulang" dan Xinjiang menjadi provinsi yang
memata-matai warganya.

Pada 5 Juli, Warga Uyghur menggelar protes dan terlibat konflik


dengan warga Han di tahun 2009 hingga berakhir pada kekerasan
yang mematikan. {Reuters, Nir Elias}.Akhir Juni 2009, seorang
pekerja mengunggah rumor di dunia maya jika seorang perempuan
dari etnis Han telah mengalami pelecehan seksual oleh pekerja migran
Uighur di sebuah pabrik mainan di Shaoguan, tenggara Cina.
Sebagai tanggapan, beberapa pekerja China kemudian memukuli
warga suku Uyghur di sebuah pabrik mainan yang menewaskan dua
orang.Rekaman serangan menyebar dengan cepat secara online dan
bahkan memanas hingga provinsi Xinjiang.Mahasiswa Uyghur
melakukan demonstrasi di kawasan Urumqi, di mana beberapa orang
mengklaim polisi menembakkan amunisi langsung kepada para
demonstran, yang memicu kerusuhan.Pihak berwenang China
melaporkan 197 orang, kebanyakan dari warga suku Han, tewas
dalam insiden tersebut dan 1.700 orang lainnya terluka.Beberapa hari
berikutnya, giliran warga dari suku Han turun ke jalan dengan
membawa tongkat dan besi untuk melakukan balas dendam kepada
warga Uyghur.Kerusuhan tersebut menjadi yang paling mematikan
dalam beberapa dasawarsa, beberapa warga Uyghur di kamp
penahanan mengaku ribuan orang mungkin terbunuh, meski berapa
pasti jumlahnya masih diperdebatkan. Seorang warga dari suku Han
yang terluka di antara ribuan orang lainnya (Reuters, David Gray)
Penyair dan peneliti yang berbasis di London, Aziz Isa Elkun sedang
memandikan dua anak yang masih saat kecil saat mendengar ada
suara keras.

Hari berikutnya, ia melihat orang-orang menggunakan air untuk


mencuci darah dari jalan dekat universitas Xinjiang.Alip Erkin, yang
mengelola Buletin Uyghur dari Australia, ingat keponakannya berlari
pulang melewati mayat.Seorang warga yang dirawat setelah terjadi
insiden di Urumqi tahun 2009. (Reuters, David Gray)Seorang pencari
suaka Uyghur di Australia, yang meminta agar ditulis sebagai Abu
karena takut anggota keluarganya yang masih di Xinjiang terancam,
teringat adegan mengerikan dari sebuah mobil yang terbalik dan
melihat mayat-mayat di jalan.Ia melihat seorang pria Uyghur
meninggal karena luka tembak dan seorang perempuan tua
menutupinya dengan kain putih, yang tadinya ia siapkan untuk dirinya
sendiri."Sampai saat itu, aku tidak percaya. Tapi aku melihatnya
dengan mataku sendiri," kata Abu.Kemudian, dia melihat polisi
memasuki kawasan dimana ia tinggal dan mengumpulkan lusinan pria
Uyghur, menarik baju mereka hingga ke kepala dan mengikat tangan
mereka di punggung dengan ikat pinggang.

Keteganagn yang Sudah Lama

Muslim Uyghur di Xinjiang kini sepenuhnya diawasi oleh pemerintah


China. (Reuters).Ketegangan-ketegangan etnis sebenarnya sudah
terjadi selama beberapa dekade, bahkan bisa jadi berabad-
abad.Selama lebih dari 200 tahun, Uyghur dan China terkungkung
dalam kekacauan politik, di mana suku Uyghur berjuang untuk
mempertahankan kawasan saat kekuasaan China meluas ke sebelah
barat.Uyghur pernah mendeklarasikan sebagai Republik Turkistan
Timur pada tahun 1933, dan kembali melakukannya di tahun 1944
dan sempat menikmati masa kemerdekaan yang singkat.Tetapi
wilayah itu berada di bawah kendali komunis di tahun 1949, ketika
Republik Rakyat China berdiri dan kawasan Uyghur berubah nama
menjadi Daerah Otonomi Uyghur Xinjiang.Meskipun memiliki nama
seperti itu, mereka masih diawasi ketat oleh Beijing.Selama Revolusi
Kebudayaan pimpinan Mao Zedong tahun 1960-an dan 1970-an,
agama dilarang dan karenanya masjid-masjid dihancurkan dan Al-
Quran dihancurkan.

Polisi pernah bentrok dengan warga dari etnis Uyghur di kawasan


Urumqi. Kembali ke Aziz yang kini tinggal di Inggris, ia mengatakan
butuh setidaknya lebih dari setahun bagi keluarganya "untuk bisa
pulih dari mimpi buruk" dari peristiwa 5 Juli.Tak sampai di situ,
beberapa tahun setelahnya ia mengaku "kehilangan hubungan dengan
semua keluarga saya, semua teman saya ... kami merasa seolah-olah
telah kehilangan segalanya.Kerusuhan Urumqi juga jadi titik balik
bagi kehidupan Abu, yang mengatakan diskriminasi meningkat
setelah 2009.Setelah tinggal di Australia, ia berpisah dari ayah dan
dua saudara perempuannya yang masih tinggal di Xinjiang.

"Saya ingin menghubungi mereka, tetapi tidak bisa. Jika


melakukannya, mereka akan dikirim ke kamp," katanya.
Pada Mei tahun lalu, ia menerima pesan dari saudara perempuannya
di WeChat. Pesannya mengatakan: "Mereka membawa saya".Hampir
setahun kemudian, pada bulan April tahun ini, ia menerima video call
dari saudara perempuannya, yang tadinya ia berpikir saudara
perempuannya sedang berada di kantor polisi.Ia mengatakan
kepadanya bahwa mereka telah dibebaskan tetapi ini menjadi yang
terakhir kalinya mereka dapat berbicara.

"Mereka tidak menyalahkan saya," katanya.


"Meskipun mereka telah ditahan hanya karena saya, selama hampir
setahun."

Penutup
Kesimpulannya, umat Islam di Malaysia hendaknya mengetahui
tentang pelanggaran kemanusiaan yang tengah terjadi di Xinjiang dan
sebisa mungkin ikut menyebarluaskannya dalam rangka membangun
kesadaran publik. Angkat hal ini lewat media-media yang dimiliki
oleh umat dan, jika mungkin, lewat media-media mainstream. Pada
tingkat pribadi, sempatkan untuk berdoa dengan sungguh-sungguh
bagi masyarakat Muslim Uighur, khususnya pada masa-masa
sekarang ini.
Akhir sekali,anggota dewan legislatif juga perlu mengkaji persoalan
ini secara lebih mendalam dan mengawal pemerintah RI dalam
menjalankan saran-saran di atas serta memastikan agar RI dapat
memainkan peranan internasionalnya secara lebih aktif dan agar kerja
sama yang ada dengan pemerintah China tidak melemahkan suara,
apalagi kedaulatan, RI.*/Kuala Lumpur,26 Desember 2018
Sekian daripada saya Ahmad Ilyas bin Ibrahim ingin mengucapkan
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai