Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKASURAT


1 PENDAHULUAN
- Jenis-jenis penyakit jantung
- Risiko-risiko penyakit jantung
- Langkah-langkah menjaga kesihatan
jantung

2 OBJEKTIF KAJIAN
3 KAEDAH KAJIAN
4 DAPATAN KAJIAN
5 PERBINCANGAN
6 KESIMPULAN
7 RUJUKAN
8 LAMPIRAN

PENDAHULUAN
Jantung adalah organ vital yang terdiri dari otot dan terbagi menjadi empat ruang. Ruang
jantung dibatasi oleh katup jantung yang berfungsi mengatur aliran darah agar bergerak ke
satu arah. Pada dinding jantung, terdapat pembuluh darah jantung atau arteri koronari yang
mengalirkan darah kaya oksigen ke seluruh bahagian jantung. Pembuluh ini memiliki dua
cabang, iaitu pembuluh darah koronari kanan dan kiri. Jantung juga memiliki dua selaput
yang disebut perikardium. Fungsinya adalah untuk melindungi jantung, menjaga posisi
jantung tetap pada tempatnya, dan mencegah terjadinya luka akibat gesekan ketika berdenyut.
Penyakit jantung terjadi apabila bahagian-bahagian jantung seperti pembuluh darah jantung,
selaput jantung, katup jantung, dan otot jantung mengalami gangguan.

JENIS-JENIS PENYAKIT JANTUNG.

1. Penyakit Arteri Koronari (Coronary Artery Disease)

Penyakit ini merupakan penyakit jantung yang paling biasa dihadapi dalam kalangan rakyat
Malaysia dan di seluruh dunia. Ia berlaku akibat pengumpulan plak di dalam arteri koronari
iaitu arteri yang menyalurkan darah dan oksigen kepada jantung yang menyebabkan kematian
otot jantung dengan segera dan boleh membawa maut

2. Aritmia

Penyakit jantung aritmia berlaku apabila degupan jantung menjadi tidak teratur dan tidak
sekata. Gangguan irama jantung ini boleh dikategorikan sama ada terlalu cepat (tachyaritmia)
atau terlalu perlahan (bradyaritmia). Antara gejala penyakit aritmia ini ialah sesak nafas,
jantung berdebar dan sakit dada.

3. Penyakit Jantung Kongenital

Penyakit jantung ini kebiasannya dilihat di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kebiasaanya
penyakit jantung kongenital berlaku disebabkan struktur anatomi jantung yang tidak lengkap
atau gangguan dalam pengaliran darah masuk dan keluar jantung. Antara risiko berlakunya
penyakit jantung ini adalah, pengambilan alkohol oleh ibu mengandung serta penyakit seperti
jangkitan Rubella.

4. Kegagalan Jantung

Kegagalan jantung boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan
jantung atau organ lain. Antara punca yang menyumbang kepada kegagalan jantung
termasuk, penyakit arteri koronari, aritmia dan tekanan darah tinggi. Masalah-masalah ini
biasanya menyebabkan otot-otot jantung terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk
mengepam darah ke seluruh tubuh. Lama kelamaan, otot-otot jantung ini akan menjadi tebal,
atau lemah dan tidak dapat mengepam dengan baik lagi.

5. Penyakit Injap Jantung

Jantung kita mempunyai 4 ruang dan setiap ruang ini terpisah dengan injap yang berfungsi
untuk mengelakkan darah mengalir semula ke ruang sebelumnya. Injap jantung boleh
menjadi terlalu keras sehingga tidak terbuka sepenuhnya lalu menyukarkan aliran darah, atau
menjadi lemah sehingga tidak tertutup sepenuhnya lalu menyebabkan darah mengalir ke
belakang. Kedua-dua masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti jangkitan
atau keradangan pada injap dan penuaan. Penyakit injap jantung yang tidak dirawat boleh
menyebabkan kegagalan jantung.

RISIKO-RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Bukti saintifik telah menunjukkan bahawa perkara-perkara di bawah boleh meningkatkan


risiko seseorang individu itu mendapat penyakit jantung.

1. Merokok

Merokok meningkatkan risiko menghidap penyakit jantung sebanyak 4 kali lebih berbanding
mereka yang tidak merokok. Setiap puntung rokok mempunyai lebih 4000 bahan beracun
yang merosakkan sistem peredaran darah.

2. Diabetes

Penyakit diabetes yang tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai komplikasi termasuklah
penyakit arteri koronari. Gula berlebihan di dalam darah boleh menghasilkan bahan yang
merosakkan dinding saluran darah dan menjadi punca pembentukan plak yang akhirnya akan
menyumbat saluran tersebut.

3. Hipertensi

Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal menyebabkan kecederaan pada dinding saluran
darah koronari, saluran darah periferi dan serta meningkatkan tekanan di dalam jantung.
Kesemua masalah ini meningkatkan risiko kegagalan jantung. Ketahui risiko anda untuk
menghidapi hipertensi.

4. Obesiti
Sekiranya BMI anda melebihi 27.5kg/m₂ (klasifikasi BMI untuk Asian), anda mempunyai
risiko 4 kali ganda lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung. Kandungan kolesterol
jahat yang tinggi dalam badan boleh terkumpul pada saluran arteri koronari dan
menghasilkan plak yang menganggu aliran darah ke otot jantung.

5. Kurang Aktiviti Fizikal

Amalan gaya hidup yang tidak aktif merupakan salah satu faktor utama berlakunya obesiti
yang merupakan risiko utama penyakit jantung.

6. Alkohol

Pengambilan minuman yang mengandungi alkohol dalam kuantiti yang berlebihan juga
merupakan salah satu penyebab penyakit jantung.

7. Tekanan

Pengurusan tekanan terbahagi kepada fizikal (keletihan), psikologi (kesepian, konflik, patah
hati) dan sosial (pengangguran, penceraian). Tekanan yang tidak diuruskan dengan baik
boleh memudaratkan bukan sahaja kesihatan mental, malah kesihatan jantung anda.

8. Keturunan

Sejarah keturunan yang menghidapi penyakit jantung juga merupakan risiko penyakit
jantung. Walau bagaimanapun peratusan ini adalah jauh lebih rendah daripada risiko yang
boleh diubah suai seperti perubahan gaya hidup dan kawalan penyakit.

9. Jantina

Lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung, Menurut
laporan KKM, 1 daripada 3 lelaki dewasa mengidap penyakit darah tinggi dan 1 daripada 4
lelaki dewasa mengidap paras kolesterol yang tinggi. Kedua-dua faktor ini merupakan risiko
utama penyakit jantung.

Di Malaysia, penyakit jantung koronari kekal sebagai punca utama kematian rakyat negara
ini untuk tempoh 13 tahun sejak 2005. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor
Hisham Abdullah pada tahun 2019, sebanyak 15 peratus daripada 109,164 kematian yang
disahkan secara perubatan di negara ini adalah berpunca daripada penyakit jantung. Sejak dua
dekad yang lalu, beban penyakit jantung telah merekodkan peningkatan dari 11.6 peratus

pada tahun 2000 ke 17.0 peratus pada tahun 2020. Berdasarkan laporan The Direct
Healthcare Cost of Non-communicable Diseases in Malaysia, dianggarkan sebanyak RM3.93
bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan pada tahun 2017
diperuntukkan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung.
Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar masyarakat lebih
cakna terhadap faktor-faktor risiko penyakit jantung agar pengesanan awal dapat dilakukan
dan seterusnya dapat mengurangkan faktor risiko serangan jantung.

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

8 langkah berikut telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua
rakyat Malaysia dalam usaha menjaga kesihatan jantung, iaitu:

1. Makan secara sihat dan seimbang


2. Lakukan aktiviti fizikal
3. Kekalkan berat badan ideal
4. Tidak menghisap rokok/vape
5. Hindari pengambilan alkohol
6. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
7. Mematuhi rawatan yang ditetapkan
8. Mengenal pasti tanda-tanda awal sakit jantung.

OBJEKTIF KAJIAN
Kerja kursus ini dibuat adalah untuk mengkaji pengetahuan orang awam berkenaan dengan
risiko – risiko yang menyebabkan penyakit jantung.
Kerja kursus ini dibuat adalah untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar mengenai
Penyakit Jantung Koronari.

4.0 DAPATAN KAJIAN


a

JANTINA

lelaki
30%

perempuan
70%

perempuan lelaki

Gambarajah 1.0

Di dalam kajian ini, seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak untuk
menjawab soalan boring selidik (Contoh borang selidik dilampirkan di dalam
lampiran 1.0).
Daripada 30 orang responden itu, seramai 21 orang adalah perempuan dan 9 orang
adalah lelaki seperti yang ditunjukkan di dalam carta pai di atas.
UMUR (TAHUN)
51-60
10% Bawah 20
17%

41-50
13%

21-30
23%

31-40
37%

Bawah 20 21-30 31-40 41-50 51-60 60 ke atas


Gambarajah 2.0
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, penyakit jantung atau dikenali sebagai kardiovaskular ini
merupakan satu penyakit yang berbahaya dan boleh meragut nyawa manusia.
Penyakit ini bukan sahaja menjejaskan orang yang menghidapnya malahan penyakit
jantung ini juga dapat merosakkan kualiti hidup kita. Masyarakat haruslah peka dan
mengambil berat tentang penyakit jantung atau kardiovaskular ini. Masyarakat
haruslah berhenti merokok, mengamalkan gaya hidup yang sihat, mengambil diet
pemakanan yang seimbang dan lain-lain lagi. Amalan-amalan ini bukan sahaja dapat
mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit yang lain. Jadi, kita perlulah
menjaga dan menyayangi jantung kita kerana jantung ini adalah organ yang
terpenting di dalam badan kita.
8.0 LAMPIRAN
TUGASAN AHLI KUMPULAN :
SYAZWINA : Memasukkan maklumat, print borang
SHAFIYA : Mencari maklumat, membuat borang
AWATIF : Memasukkan maklumat, mencari maklumat
MAISARAH : Mengedar borang

BELANJAWAN :
Kertas A4 = (RM 11.99)
Stepler = (RM 4.79)
Photostat = (RM 4.50)

RUJUKAN
1. INTERNET
1. https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/21/181
2. https://hellodoktor.com/penyakit-jantung/sakit-jantung/cara-mencegah-penyakit-
jantung/
3. https://physiogo.com.my/simptom-sakit-jantung/
4. https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/57/181
5. https://www.ummc.edu.my/files/HealthPhamplet/Penyakit%20Jantung
%20Koronari.pdf
6. https://kpkesihatan.com/2022/09/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-september-2022-
sempena-hari-jantung-sedunia-2022/

2. BUKU RUJUKAN

3. BUKU TEKS SAINS TINGKATAN 3

5.0 PERBINCANGAN
3.0 KAEDAH KAJIAN
1. BIMBINGAN DARI GURU
Melalui kedah bimbingan dari guru, kami telah menemui dan berbincang dengan
guru subjek kami iaitu Mualimah Ain untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut
tentang kajian ini.
2. PENYELIDIKAN ARTIKEL
Kami juga turut menggunakan kemudahan internet dengan melayari laman
sesawang yang membincangkan tentang penyakit jantung.

3.BORANG SOAL SELIDIK


30 orang respondan di klinik kesihatan merbok diberi borang soal selidik . Maklumat
dan borang diambil dan dianalisa menjadi carta pai .

Anda mungkin juga menyukai