Anda di halaman 1dari 6

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Pendahuluan
Kajian terhadap pemerolehan bahasa telah dimulakan oleh Tiedemann, iaitu seorang
ahli biolgi berbangsa Jerman pada tahun 1787. Kemudian, kajian tersebut diikuti oleh Charles
Darwin. Kajian-kajian yang seterusnya dilakukan oleh Preyer (1882) dan Sally (1885).
Terdapat juga kajian-kajian lain yang telah dijalankan. Pemerolehan bahasa dikataan bermula
sejak bayi itu dilahirkan lahi iaitu melalui kontkes sosial sebelum mereka mula bercakap.
Konteks sosial sangat penting untuk membantu bayi tersebut memahami dan mempelajari
bahasa. Oleh itu, ibu bapa akan mendedahkan objek-objek harian yang terdapat di
persekitaran kepada anak mereka.
Pendedahan yang diberikan akan membantu perkembangan komunikasi bayi tersebut
walaupun pada peringkat awal, bayi tersebut belum mampu untuk menghasilkan sebarang
perkataan. Amnya, perkataan pertama muncul apabila bayi berumur lebih kurang setahun
walaupun ada kajian yang menyatakan lebih awal iaitu sebelum berusia setahun. Penghasilan
perkataan ini berlaku akibat daripada perkembangan bahasa sejak bulan pertama lagi.

PEMEROLEHAN BAHASA

Menurut Brokes (1975), kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling
sederhana bagi setiap bayi bermula bagi setiap bayi bermula ketika berusia lebih kurang 18
bulan dan mencapai bentuk yang hamper sempurna ketika berusia lebih kurang 4 tahun.
Mengikut Simanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa ialah penguasaan bahasa seseorang
secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia
2 hingga 6 tahun. Hal ini tidak bermakna bahawa orang dewasa tidak dapat memperoleh
bahasa tetapi kadarnya tidaklah sehebat kanak-kanak.
Pemerolehan bahasa dapat diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu pemerolehan bahasa
pertama dan pemerolehan bahasa kedua. Pemerolehan bahasa pertama berlaku ketika
perkembangan kanak-kanak lagi yang belum pernah mempelajari apa-apa bahasa iaitu mula
mempelajari bahasa pertama Manakala, pemerlehan bahasa kedua merujuk kepada
perkembangan bahasa orang dewasa. Kebanyakan orang berpendapat bahawa kanak-kanak
lebih mudah dan cepat mempelajari bahasa kedua berbanding dengan orang dewasa. Hal ini
kerana, perkembangan bahasa pada peringkat bayi telah dipengaruhi oleh perkembangan
neurlogi otak manusia. Apabila otak seseorang semakin matang, maka bahasa yang lebih
kompleks berupaya untuk dihasilkan.

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Perkembangan bahasa kanak-kanak merupakan bahasa ibunda. Terdapat juga


pandangan-pandangan lain yang menyatakan bahawa wujudnya dua proses dalam
pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa dan
pembelajaran bahasa. Faktor nature faktor nurture sering dikaitkan dengan pemerolehan
bahasa. Namun, para linguistik juga tidak menolak faktor biologi dan persekitaran. Oleh itu,
kajian telah dijalankan bagi mengetahui sama ada manusia sememangnya disediakan dengan
alat bilogi atau hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan
persekitarannya.
Menurut Piaget, semua kanak-kanak telah dilengkapi dengan alat nurani iaitu
berbentuk mekanikal umum bagi semua kebolehan manusia termasuk kebolehan berbahasa
sejak kecil lagi. Alat mekanisme kognitif tersebutlah dikatakan menguasai segala-galanya
termasuk bahasa. Tetapi, Chomsky dan Miller menamakan alat tersebut sebagai Language
Acquisition Device (Lad). Fungsi alat tersebut adalah sama dengan pendapat yang dikemukan
oleh Lenneberg iaitu Innate Prospensity for Language. Melalui alat ini, kanak-kanak mampu
memperoleh bahasa ibunda dengan mudah dan cepat.

PERINGKAT PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA


PERINGKAT VOKLAIS (BEBELAN)

Sebelum bayi mengujarkan bunyi-bunyi bahasa, dia mengeluarkan beraneka bunyi,


menangis, mengagah, gelak. Bayi, di mana-mana pun membuat beraneka bunyi yang sama
saja, termasuklah juga bayi yang pekak sejak lahir (Lanneberg, Rebelsky dan Nichols, 1995).
Keupyaan dan kecenderungan mengujarkan beraneka bunyi ini bagi manusia adalah
keupayaan dan kecenderungan yang tidak dipelajari. Selepas tahap ini, kanak-kanak,
biasanya mula membebel, iaitu mengujar dengan mengulangi gabungan bunyi yang
merupakan urutan konsonan dan vocal, misalnya ‘ma-ma’ dan ‘pa-pa’.

PERINGKAT PERINGKAT HOLOFRASA (PERTUTURAN SATU KATA)


Tahap penamaan dan holofrasa ialah ujaran satu kata. Pengujaran sesuatu bunyi
bahasa yang tepat dengan keadaan pengujarannya, misalnya ‘mama’, mungkin dan mungkin
juga tidak menunjukkan bahawa pengujar ada pengetahuan tentang perkataan tersebut. Kita
katakana seseorang kanak-kanak telah telah berjaya mengujarkan perkataan pertamanya
apabila dia dapat mengujarkan pertamanya apabila dia dapat mengujarkan satu bentuk tuturan
yang dapat dikenal pasti da nada yang diujarkan bersamaan dengan kehadiran sesuatu benda
atau peristiwa dalam persekitaran ujaran. Bentuk tuturn yang diujarkannya itu mungkin tidak
sempurnaa, misalnya ‘da’ untuk ‘daddy’ dan maknayang dikaitkan dengannya mungkin tidak
tepat, misalnya semua orang dinamakannya ‘da’ tetapi selagi kanak-kanak itu menggunakan
bentuk tuturan itu ecara mantap, iaitu kaitan bunyi-makna tidak terjadi secara kebetulan
sahaja, jadi bolehlah disimpulkan bahawa kanak-kanak itu telah memperoleh semacam
pengetahuan perkataan.

PERINGKAT TELEGRAFIK

Selepas itu tahap telegraf iaitu ujaran dua tiga perkataan. Kanak-kanak tidak akan
meningkat secara cepat seperti dijangkakan dari tahap ujaran satu kata ke tahap ujaran dua
kata. Kanak-kanak harus sedar bahawa menambahkan perkataan pada ujarannya akan
menjayakan perhubungannya. Walau bagaimanapun, pada usia dua atau tiga bulan, barulah
kanak-kanak mula mengujarkan dua tiga perkataan. Ciri yang paling menarik tentang ujaran
kanak-kanak ialah adakalanya beraneka tujuan serta pertalian semantikyang agak kompleks
sifatnya. Kanak-kanak menggunakan ujaran untuk tujuan meminta, memberi amaran,
menggenggankan (tidak setuju) ssuatu, bercakap besar, menyoal, menjawab soalan dan
memaklumkan sesuatu. Untuk mencapai tujuan-tujuan ini, maka ujaran harus melibatkan
penggunaan pertalian semantic dan konsep seperti pelaku, lakuan pengalaman, penerima,
keadaan, objek, milik, tempat, sifat, persamaan, nafian, dan kuantiti.

PERKEMBANGAN AYAT-AYAT KOMPLEKS

Apabila meningkat lima tahun, kanak-kanak sudah pun boleh menghasilkan


kebanyakan daripada struktur yang terpenting dalam bahasanya. Tetapi pasif dan
transformasi kompleks yang lain masih belum lagi diperoleh (Carl chosmky, 1969; Palermo
dan Mlfese, 1972). Walaupun penyelidikan masih belum boleh memastikan bilakah struktur
kompleks ini dikuasai secara menyeluruh jika dianggarkan apabila berusia 10 tahun kanak-
kanak sudah menguasai struktur ini mungkin anggaran ini tidak terlalu salah.

PERBEZAAN PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK-KANAK NORMAL


DENGAN KANAK-KANAK TIDAK NORMAL

Mengikut pandangan dan pendapat Kamarudin Husin dalam Adenan Ayob dan
Abdullah Yusof (2010:69), kanak-kanak akan memulakan hidup tanpa bahasa kerana kanak-
kanak memerlukan tempoh masa yang tertentu untuk mempelajari dan memahami esuatu
bahasa itu. Hal ini disebabkan kerana pemerolehan bahasa itu juga berlaku secara
berperingkat mengikut perkembangan otaknya.

PERINGKAT KANAK-KANAK NORMAL KANAK-KANAK TIDAK


NORMAL

Bebelan Tempoh mengagah berlaku dalam Sama seperti kanak-kanak normal.


(Vokalisasi) 5 tahap iaitu;
a) Umur 1 hingga 4 tahun bulan
a) Tahap tangisan boleh menyebut bunyi-bunyi
b) Tahap ‘cooing’ (kanak- vokal (uuuu, aaaa) dan
kanak bermain dengan menghasilkan pelbagai
vokal). variasi bunyi.
c) Tahap ‘cannical babbling’ b) Bunyi bahasa berbeza
(bermula pada 6 bulan) terutama kanak-kanak yang
d) Tahap ‘conversational bermasalah pendengaran.
babblin’ (bermula pada c) Kanak-kanak normal
umur lebih kurang 10 memperoleh bahasa verbal,
bulan. kanak-kanak khas masih
berada pada tahap
komunikasi menggunakan
gerak badan.

Pertuturan a) Muncul ketika bermur 4 a) Umur 9 hingga 10 bulan,


Satu kata bulan, 18 bulan atau lebih kanak-kanak sudah mula
(Holofrasa) tua daripada itu. menggunakan isyarat gerak
b) Umur 10 bulan boleh
menuturkan kata pertama mata dan suara.
c) Umur 12 hingga 18 bulan,
kanak-kanak mula
menggunakan bunyi atau
menyebut suku kata.

Pertuturan Dua a) Usia 18 hingga 24 bulan, a) Tidak dapat meniru bunyi-


dan Tiga Kata kanak-kanak sudah dapat bunyi di persekitaran dengan
(Telegrafik) menghasilkan kata-kata mudah tetapi perlu didedah
yang membentuk ayat dan dibantu secara perlahan-
pendek. lahan.
b) Cuma kombinasi kata inti
agar pendengar memahami
hubungan antara item.
c) Belum menguasai kata
fungsi dengan teratur.
d) Tidak menggunakan
imbuhan.
e) Pemerolehan semantic
berlaku dalam 3 peringkat
iaitu;
 Tahap telegraf
 Tahap morfem
 Tahap transformasi
f) Pemerolehan fonologi
berlaku secara agahan dan
dipengaruhi peniruan
pertuturan ibu bapa
g) Pemerolehan sintaksis
berlaku secara telegrafik

Rujukan
Norul Haida Binti Hj. Reduzan (2013). Ilmu Psikolinguistik. Tanjong Malim.
Penerbit Emeritus Publications.

https://nahulinguistik.wordpress.com/2009/04/14/pemerolehan-bahasa-pertama/ (diakses
pada 15 November 2022)

https://www.academia.edu/39095377/Bab1_Pemerolehan_Bahasa (diakses pada 15


November 2022)

Ahwi Oktardiksa (Jun 2013). Pemerolehan Bahasa Pertama. Universitas Muhammadiyah


Magelang.

Soenjono Dardwodidojo (2007). Psikolinguistik (Memahami Asas Pemerolehan Bahasa).


Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai