Anda di halaman 1dari 20

PENGARUH ETIKA PEMAKAIAN K-POP TERHADAP REMAJA

IDA102 MANUSIA DAN AGAMA

Topik Pengaruh Etika pemakaian K-POP terhadap remaja


Kod Program 1. AS120
2. HM111
Nama Pensyarah Ustazah Jannah Sanarbi
Tarikh Penyerahan 4 Januari 2023

1 AMILDA MUNAI ANAK 2022642924 HM1111A


NADING
2 CARIN AUDRYNA DAVID 2022897434 AS1201F

3 IAN DANIEL ANAK 2022618084 AS1201F


HANDRICK WIN

4 LYNEE TITANNY ANAK 2022892418 AS1201F


ALBARO KENIDY
5 SUZY ANAK ISA 2022454048 HM1111A

6 THIMOTHY ANAK 2022698824 AS1201F


KENEDY
Isi Kandungan

Bil. Isi Kandungan Mukasurat


1.0 Pengenalan 1
2.0 Kajian Literature

2.1 Pakaian yang Melanggar Ajaran Agama 3


2.2 Remaja membazirkan wang 5
2.3 Pemakaian K-Pop mencolok mata 6

3.0 Kajian Metodologi 8


4.0 Dapatan Kajian 9
5.0 Kesimpulan 15
6.0 Bibliografi 17

i
1.0 Pengenalan

Apakah itu K-POP? K-Pop, juga dikenali sebagai muzik Pop Korea, ialah subgenre
muzik yang disukai ramai yang berakar umbi di Korea Selatan. Hip-hop, tarian elektronik,
jazz dan rock hanyalah sebahagian daripada genre muzik yang mungkin didengari dalam
lagu-lagu K-Pop, yang sering dipersembahkan oleh ensembel dengan empat hingga 21 orang.
Sehingga mereka bersedia untuk membuat persembahan secara langsung buat kali pertama,
bakal bintang K-Pop bekerja keras bersama, menguasai koreografi tarian dan kebolehan lain.
The Korean Wave, juga dikenali sebagai Hallyu, ialah perkataan yang digunakan untuk
menggambarkan populariti budaya Pop Korea, termasuk siri TV, muzik dan filem Korea, di
seluruh Asia dan kawasan lain di dunia. K-Pop adalah salah satu komponen fenomena ini.
Walaupun mana-mana muzik popular dari Korea Selatan lazimnya dirujuk sebagai K-Pop,
muzik K-Pop sebenar mempunyai kualiti yang lebih berbeza, termasuk ensembel besar, bunyi
hibrid, gaya yang berbeza, latihan sistemik dan koreografi yang ketara. Akan tetapi
kebanyakkan peminat sangat tertarik dengan gaya dan fesyen para penghibur. (MasterClass,
2021)

Sekitar tahun 90-an, K-Pop mula mendapat popularity di Korea Selatan, tetapi tidak
pada tahun 2012 barulah ia mula merebak ke seluruh dunia. K-Pop muncul di Korea Selatan
pada awal 1990-an hasil daripada kebebasan daripada masa peraturan dan pengehadan
hiburan. Pelopor K-Pop kontemporari, Seo Taiji dan Boys, menggabungkan tradisi budaya
Korea Selatan yang bertenaga dengan instrumental barat dan tarian yang ceria. Walaupun
dalam fasa awalnya, genre ini mempromosikan topi, flanel, pakaian dan memorabilia sukan,
mencerminkan pakaian harian yang ringkas pada hari itu. Pengaruh lemah muzik pada
budaya hip-hop Amerika juga menyumbang kepada daya tarikan yang meluas antara
penduduk Korea Selatan. Apabila istilah "idola" pertama kali digunakan pada penghujung
tahun 1990-an, fesyen Korea juga telah meningkatkan graf influencer. Penyanyi K-Pop
adalah kegemaran terbaharu untuk perniagaan dan agensi hiburan kerana muzik mereka yang
menawan dan gaya menarik perhatian, yang berusaha sedaya upaya untuk mengangkatnya ke
platform kemasyhuran antarabangsa. Mereka melakukan lebih daripada sekadar
memanfaatkan momentum muzik genre ini; mereka juga mengangkat penghibur K-Pop
kepada status selebriti serba ada yang bukan sahaja menyediakan muzik tetapi juga

1
mempamerkan perasaannya melalui pakaian Korea yang estetik. Oleh itu, K-Pop dikaitkan
dengan fesyen Korea. Kini, budaya belia di

1
Lingkaran Pasifik (Tanah Besar China, Hong Kong, Jepun, Taiwan dan Vietnam)
serta di Barat (Amerika Syarikat dan United Kingdom) kebanyakannya didorong oleh fashion
Korea ini. (FASHiNZA, 2021)

Kami memilih topik ini kerana K-Pop menjadi genre muzik arus perdana setiap tahun
yang telah mengumpulkan begitu ramai peminat terutamanya di kalangan belia.
Persoalannya, adakah fenomena Korean Wave ini perlu dibimbangi oleh ibu bapa? Adakah
etika fesyen Korea atau etika pemakaian K-Pop membawa impak yang negative terhadap
remaja? Jawapan kepada kedua-dua soalan tersebut adalah ya. Antara kesan-kesan negatif itu
ialah belia semakin berani untuk memakai pakaian yang mencolok mata. Mereka juga
sanggup membazirkan duit untuk membeli pakaian seperti fesyen Korea serta pakaian seperti
K-Pop juga melanggar ajaran agama. Objektif pertama kajian ini ialah, untuk mengenalpasti
dan menerangkan kesan-kesan negative K-POP terhadap anak muda. Objektif yang
seterusnya ialah untuk mencari langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan belia
daripada terpengaruh dengan etika pemakaian K-Pop.

2
2.0 Kajian Literature

2.1 Pakaian melanggar ajaran agama

Gelombang Korean Wave ini telah banyak mendatangkan kesan buruk terhadap
golongan anak muda pada hari ini. Hal ini dapat diperhatikan daripada pemakaian
yang ditampilkan oleh golongan muda pada hari ini.

Seperti yang kita tahu, genre muzik K-Pop ini telah menguasai industri muzik di
negara kita. Kebanyakkan penggemar-penggemar genre muzik K-Pop ini juga datang
daripada negara- negara Asia Tenggara. Kemunculan budaya popular bukan Barat
khususnya dari negara-negara Asia Timur dan Asia Tenggara seperti Jepun, Taiwan,
Korea Selatan, Indonesia, Thailand dan Filipina telah menerima sambutan yang
menggalakkan di negara ini khususnya dalam kalangan wanita Melayu. Kumpulan K-
Pop ini bukan sahaja terkenal akan muzik yang dihasilkan malah fesyen yang
ditampilkan jugak menjadi antara tumpuan utama penggemar-penggemar K-Pop pada
masa kini.

Kebanyakkan fesyen yang ditampilkan oleh kumpulan K-Pop ini tidak sesuai
dengan ajaran agama yang diamalkan di negara kita. Hal ini kerana kebanyakkan
kumpulan K-Pop menampirkan pemakaian yang tidak senonoh untuk menarik
perhatian orang ramai. Hal ini tidak hanya berlaku kepada kumpulan K-Pop wanita
malah kumpulan Kpop lelaki juga mula memperkenalkan fesyen yang menentang
ajaran agama.

Namun begitu, pengaruh pemakaian daripada gelombang K-Pop ini semakin


berleluasa di negara kita. Pengaruh ini telah banyak merubah cara pemakaian anak
muda di negara kita sehingga malampaui batas yang telah ditetapkan dalam ajaran
agama. Bagi anak muda di negara kita, mereka berpendapat bahawa fesyen Korea ini
mempunyai daya tarik tersendiri. Fesyen Korea ini jugak dipercaya mempunyai
keunikan tersendiri berbanding fesyen yang ditampilkan oleh budaya Barat.
Keunikkan yang dilihat dari pemilihan warna yang ditampilkan iaitu warna yang
cerah dan mudah untuk disesuaikan dengan warna kulit dan bentuk badan.

Tetapi tidak semua pemakaian fesyen Korea ini dapat diaplikasikan di negara
kita kerana ia telah melanggar ajaran agama yang telah ditetapkan. Namun, terdapat
jugak segelintir anak-anak muda yang masih mengamalkan cara pemakaian K-Pop ini

3
Sebagai contoh, terdapat segelintir orang memakai pemakaian yang tidak senonoh ke
tempat suci atau pun tempat ibadah di mana hal ini dianggap sebagai tidak
menghormati cara pemakaian yang betul semasa menghadiri majlis atau tempat
ibadah tertentu.

4
2.2 Remaja membazirkan wang

Bagi kebanyakan peminat mereka, idola K-Pop adalah ikon fesyen. Peminat melihat
kumpulan kegemaran mereka untuk mendapatkan nasihat dan idea fesyen. Untuk
latihan tarian dan fesyen lapangan terbang, kumpulan lelaki sering memakai jenama
pakaian jalanan. SUPREME, OFF-WHITE, Vetements, dan Adidas ialah empat
jenama popular di kalangan idola. Semua jenama tersebut adalah antara yang paling
terkenal di dunia. Jenama ini juga biasanya sangat mahal kerana bahan berkualiti
tinggi, eksklusif dan ketukangan yang mereka sediakan. (Chen, 2018)

Disebabkan kebanyakkan belia amat taksub dengan pemakaian K-Pop, pengaruh etika
pemakaian K-Pop juga menyebabkan remaja membazirkan wang mereka. Hal ini
demikian, remaja akan cenderung membeli pakaian ala-ala K-Pop. Pakaian ini
selalunya berharga mahal dan para remaja sanggup membelinya semata-mata ingin
mengikuti etika pemakaian K-Pop. Duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli
peralatan yang digunakan untuk sekolah atau benda yang lebih penting digunakan
oleh mereka untuk membeli pakaian tersebut. Hal ini akan menyebabkan sikap boros
di kalangan remaja menjadi tidak terkawal. Remaja juga akan cenderung meminta duit
daripada ibu bapa mereka dan tidak mengamalkan amalan menabung. Hal ini akan
menyebabkan mereka kesulitan untuk mendapatkan bantuan wang semasa kecemasan.

Seterusnya, tidak mustahil juga bagi remaja untuk mencuri bagi mendapatkan
wang tersebut. Hal ini amatlah membimbangkan kerana akan menyebabkan
keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Hal ini seterusnya akan menyebabkan negara
kurang pelapis negara yang bernilai murni dan berbudi pekerti. Imej negara juga akan
terjejas di mata dunia. Hal ini akan menyebabkan negara lain memandang rendah
terhadap negara kita. Hal ini amat membimbangkan kerana akan menjejaskan
pembangunan negara oleh sebab negara kekurangan pelapis negara yang berpotensi
untuk memajukan negara. Sikap remaja yang boros amat tidak sesuai untuk dijadikan
sebagai pemimpin negara. Remaja seharusnya bijak menguruskan kewangan dan
mengamalkan sikap berjimat cermat. Mereka seharusnya menggunakan duit mereka
sebaik mungkin dan tidak menbelanjakannya dengan barang yang tidak berfaedah.

5
Kesimpulannya, pembelian pakaian yang mengikut etika pemakaian K-Pop akan
menyebabkan pembaziran dan menyebabakan remaja boros. Oleh yang demikian, ibu
bapa hendaklah memantau penggunaan wang anak mereka. Mereka haruslah
mengawal jumlah wang yang diberikan kepada anak mereka agar wang tersebut
digunakan sebaik-baiknya. Ibu bapa juga berperanan menerapkan amalan menabung
dan berjimat cermat agar mereka dapat membentuk remaja yang berjimat dan bijak
menguruskan kewangan.bijak. Dengan cara ini, pelbagai hal yang tidak diingini
berlaku juga dapat dielakkan.

2.3 Pemakaian K-Pop mencolok mata

Fesyen K-Pop juga membimbangkan, kerana kebanyakan pakaian yang dipakai


oleh idola dan penyanyi K-Pop terlalu mendedahkan dan seksi. Apabila K-Pop
semakin popular di Asia Tenggara, khususnya Malaysia, ramai golongan muda
memandang tinggi kepada idola mereka dan mahu berpakaian seperti mereka. Ibu
bapa dan masyarakat harus mengambil berat tentang perkara ini kerana pakaian yang
mendedahkan dan seksi akan mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan
kepada anak-anak mereka.

Menurut maklum balas daripada Borang Google, beberapa Trend Fesyen K-


Pop yang paling popular ialah "Crop Top", seluar pendek dan skirt pendek. Baju
atasan (juga dikenali sebagai baju separuh, atasan bahagian tengah atau baju potong)
ialah baju atasan yang menampakkan bahagian pinggang, pusat atau perut. Seperti
yang dinyatakan dalam poin 2.1, crop top ialah baju atasan yang dipakai oleh idola
lelaki dan perempuan. Seluar pendek dan skirt pendek adalah sejenis pakaian yang
dipakai di atas kawasan pelvis, melingkari pinggang dan membelah untuk menutup
bahagian atas kaki, terutamanya di atas lutut. Ketiga-tiga pakaian ini tidak dinafikan
tidak sesuai untuk remaja dari mana-mana jantina.

Mengapakah pakaian mendedahkan berpotensi berbahaya kepada golongan


muda? Samantha Goodin, bekas pelajar Kolej Kenyon (Ohio, Amerika Syarikat),

6
dan pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Sarah Murnen, Profesor Psikologi di
Kolej Kenyon, menjalankan kajian itu. Menurut mereka, ini mempunyai akibat yang
serius terhadap cara kanak-kanak perempuan dan lelaki menilai diri mereka berkaitan
dengan model daya tarikan fizikal secara seksual. Menurut 'teori objektif' dalam
wanita, wanita dalam budaya Barat sering digambarkan dan dianggap sebagai objek
pandangan lelaki. Ini membawa kepada perkembangan objektif kendiri, di mana gadis
dan wanita menghayati mesej ini dan menganggap tubuh mereka sendiri sebagai objek
untuk dinilai berdasarkan piawaian daya tarikan yang sempit. Mempertimbangkan
akibat negatif daripada objektif kendiri, seperti ketidakpuasan badan, kemurungan,
kurang keyakinan, dan harga diri yang rendah. Tambahan pula, kanak-kanak yang
memakai pakaian mendedahkan boleh menarik pedofil. Remaja mungkin mengalami
pengalaman traumatik seperti gangguan seksual dan juga rogol kerana ini. (Media,
2011)

Ringkasnya, remaja lelaki dan perempuan tidak boleh memakai fesyen K-pop.
Mereka mungkin tertarik untuk mencuba pakaian tersebut kerana tingkah laku mereka
yang bersemangat terhadap bintang dan kumpulan K-Pop. Belia tidak akan mendapat
manfaat daripada pakaian mendedahkan. Ibu bapa perlu melakukan kerja yang baik
untuk memaklumkan anak-anak mereka tentang risiko yang berkaitan dengan
memakai pakaian ini.

7
3.0 Metodologi Kajian

Metodologi kajian bagi kerja ini diberi dua pilihan iaitu Data kuantitatif dan Soal selidik
kuantitatif. Kumpulan kami memilih untuk menggunakan data kuantitatif untuk mendapatkan
pendapat masyarakat sekeliling tentang pengaruh etika pemakaian kpop di kalangan remaja.

Apakah data kuantitatif? Data kuantitatif bertujuan untuk mengumpul data dan maklumat.
Kaedah ini memudahkan kami untuk megetahui perbezaan dan kepelbagaian pendapat dari
masyarakat. Hal ini kerana, data-data yang diperolehi dari keadah tersebut akan dikira dan
dikumpul secara numerik. Data yang diperolehi juga dijadikan dalam bentuk graf bar, carta
pai dan lain-lain. Dalam erti kata lain, data ini boleh dikaitkan dengan jenis pengukuran skala
dan peratus. Namun begitu, data kuantitaf mempunyai kelemahan iaitu data-data yang
diperolehi kekurangi keterangan yang mendalam.

Manakala, bagi data kualitatif pula merupakan kaedah pengumpulan data di mana ciri-ciri
sesuatu maklumat digambarkan. Ia menunjukkan maklumat dan data yang diperolehi dengan
menggunakan bahasa dan bukan angka.

Kami memilih untuk menggunakan kedua-dua data kuantitatif dan data kualitatif. Data
kuantitatif yang digunakan kami adalah ‘Google Form’ yang digunakan secara dalam talian.
Tujuan kami memilih ‘Google Form’ adalah ia memudahkan kami untuk mendapatkan data
dalam masa yang singkat dengan berkongsi pautan ‘Google Form’ tersebut di laman sosial.
‘Google Form’ tersebut juga memudahkan kami untuk mengemaskan pengumpulan data.
Bagi data kualitatif pula, kami melakukan penyelidikan dalam talian. Penyelidikan dalam
talian ialah kaedah penyelidikan yang melibatkan pengumpulan maklumat daripada internet.
Dengan kemunculan internet, teknik penyelidikan tradisional pen-dan-kertas semakin dilupai
dan telah memberi ruang untuk penyelidikan dalam talian. Kami menyelidik banyak lama
web untuk mendapatkan informasi yang sesuai untuk tugasan ini.

8
4.0 Dapatan Kajian

Berikut merupakan, soalan-soalan yang telah kami reka dan cipta di aplikasi Google
Form yang bersesuaian dengan objektif kajian ini. Kami telah Berjaya mendapat respons
sebanyak 28 responden. Kami tidak mengumpul nama dan e-mel responden kerana kami
ingin menghormati privasi respondens. Kami juga ingin mendapat kepercayan respondens
supaya mereka menjawab soalan-soalan dalam survey ini dengan jujur.

1.

Seramai 57.1% merupakan peminat kpop dan seramai 42.9% bukan peminat K-Pop

2.

9
19 responden berpendapat amat bersetuju dengan pernyataan tersebut bahawa etika
pemakaian kpop mempengaruhi cara remaja berpakaian.

10 orang amat bersetuju bahawa etika pemakain kpop melanggar ajaran agama.

Majoriti responden bersetuju bahawa etika pemakaian kpop menjolok mata.

10
82.1% responden berpendapat bahwa remaja menggunkan duit yang banyak untuk membeli
pakaian seperti artis Kpop. Manakala, 17.9% tidak bersetuju.

35.7% setuju bahawa perbuatan tersebut merupakan bentuk pembaziran.

21.4% amat bersetuju.

11
Antara trend pemakaian Kpop yang responden tahu adalah seperti:

a) ‘Croptop’

b) Skirt pendek

c) Seluar pendek

d) ‘Ripped jeans’

e) Kasut berjenama seperti ‘Converse High’

12
Antara pendapat responden tentang pengaruh negatif pemakaian KPOP terhadap remaja
adalah:

1. Maruah remaja tercalar oleh kerana pemakaian yang mendedahkan aurat seperti pakaian
yang ketat dan pendek.

2. Remaja juga menggunkan pakaian KPOP kerana kurang yakin dengan diri sendiri oleh itu
remaja ingin mengikuti trend semasa supaya remaja tidak rasa ketinggalan.

13
Antara cadangan atau pendapat responden untuk mengurangkan pengaruh etika
pemakaian Kpop di kalangan remaja adalah Ibu bapa haruslah memantau perlakuan anak-
anak.

14
5.0 Kesimpulan

Konklusinya, terdapat pelbagai implikasi buruk pengaruh etika pemakaian kpop


terhadap remaja. Perkara ini bukan sahaja akan menjejaskan keterampilan seseorang remaja,
malah akan memberikan impak kepada bangsa dan negara. Bahkan juga, jati diri dan nilai
murni dalam kalangan masyarakat di Malaysia akan semakin terhakis. Justeru itu, pengaruh
etika pemakaian kpop terhadap remaja haruslah dibendung agar gejala ini tidak
dinormalisasikan di negara kita. Objektif tugasan kami juga Berjaya dicapai.

Tambahan pula, pihak ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
membendung gejala ini. Pihak ibu bapa haruslah menegur dan memantau etika pemakaian
dan tingkah laku anak mereka. Pihak ibu bapa juga haruslah menasihati anak-anak agar tidak
terlalu terpengaruh dengan budaya Korea serta memberikan didikan kepada anak-anak dari
segi agama dan akhlak sejak kecil lagi bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

Selain itu pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) haruslah berkejasama
untuk mengurangkan kemasukan media-media serta menapis peganjuran program hiburan
yang akan memberikan pengaruh buruk kepada remaja di Malaysia.

Sebagai seorang remaja, tidak salah sekiranya kita ingin meminati kpop dan
menganggapnya sebagai sesuatu hiburan, kerana melalui perkara ini juga kita dapat
melepaskan tekanan hidup yang dihadapi. Walau bagaimanapun, kita janganlah terlalu taksub
dan leka sehingga lalai akan norma hidup di Malaysia dan melanggar ajaran agama masing
masing. Bahkan juga, remaja haruslah bijak dalam mengawal sikap fanatik terhadap
gelombang K-Pop dari segi intelek, rohani dan emosi agar tidak terpesong jauh menjerumus
ke arah negatif. Remaja pada masa kini juga tidak seharusnya menjadi generasi yang lupa
daratan dan sewenang - wenangnya melupakan etika hidup di Malaysia demi mengejar trend
semasa sehingga tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruknya. Hal ini dikatakan
demikian kerana segelintir remaja pada masa kini mempunyai stereotaip bahawa berpakaian
seperti biasa itu ketinggalan

15
zaman dan akan dipandang rendah oleh golongan generasi kini. Jadi tidak hairanlah jika
mengapa remaja cenderung untuk berpakaian mengikuti etika pemakaian K-Pop. Oleh itu,
remaja haruslah hidup berasaskan norma & budaya yang diamalkan di Malaysia agar tak
lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

16
6.0 Bibliografi

Chen, K. (17 July, 2018). Popular Streetwear brands trending amongst Idols. Retrieved from
thekrazemag: https://thekrazemag.com/latest-updates/2018/7/16/popular-streetwear-
brands-trending-amongst-idols

FASHiNZA. (20 October, 2021). Korean/K-Pop Fashion & Its Global Impact. Retrieved from FASHiNZA:
https://fashinza.com/textile/fashion-industry/korean-k-pop-fashion-its-global-impact/

MasterClass. (8 June, 2021). All About K-Pop: Inside K-Pop’s History and Signature Sound. Retrieved
from MasterClass: https://www.masterclass.com/articles/what-is-kpop

Media, S. S. (9 May, 2011). Sexy clothes -- too much, too young: Study reveals that a significant
proportion of young girls' clothing is sexualized. Retrieved from ScienceDaily:
https://www.sciencedaily.com/releases/2011/05/110509091420.htm

Putri, A. K. (30 December, 2020). Fenomena Korean Wave Menjadi Jendela Fashion Remaja
Indonesia. Retrieved from Kumparan:
https://kumparan.com/aziza-kistikiwari-putri/fenomena-korean-wave-menjadi-jendela-
fashion-remaja-indonesia-1usfRIAljEj

weblogographic. (2022). Perbezaan Antara Data Kualitatif dan Data Kuantitatif Perbezaan Antara.
Retrieved from weblogographic: https://ms.weblogographic.com/difference-between-
qualitative-data-and-quantitative-data-675900

17

Anda mungkin juga menyukai