Anda di halaman 1dari 1

1.

Mengapakah cabang ilmu falsafah ini dapat digunakan dalam mencari kebenaran
sejati dan mengapahkan kebanyakkan cabang ilmu falsafah ini tidak bercanggah
dengan agama malah boleh diterima?

JAWAPAN: Kerana ilmu falsafah itu skop pemahamannya lebih luas dan mempunyai
pelbagai cabang ilmu yang boleh digunakan bagi memperoleh kebenaran sejati.
Pengertian ilmu falsafah ini terdapat dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk
pengertiannya dari sudut bahasa dan istilah. Perkataan ‘falsafah’ berasal daripada
perkataan arab dimana menurut Al-Farabi yang merupakan ahli falsafah besar pada
zaman Tamadun Islam menyatakan bahawa perkataan arab tersebut berasal daripada
perkataan Yunani yang apabila ditranskripsikan menjadi philosophia hasil gabungan
frasa ‘philo’ dan ‘sophia’. Philosophia bermakna hasil kecitaan kepada kebijaksanaan,
atau ilmu kecitaan kepada kebijaksanaan, atau ilmu kecitaan kepada kebenaran, atau
ilmu kecitaan kepada hikmah.

Dari sudut istilahnya pula, mengikut pendapat Russell (1946), falsafah adalah sebagai
sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains, Hal ini adalah kerana,
seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat
dibuktikan. Manakala melalui pendekatan sains, falsafah pula berusaha menggunakan
taakulan dan logik untuk membuktikan fahamannya.

E.D. Miller dalam bukunya Question That Matter (1984), mendefinisikan falsafah
sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang
penting dimana ahli falsafah terkenal Yunani iaitu Plato telah mendefinisikan falsafah
sebagai suatu ilmu pengetahuan yang berusaha meraih kebenaran asli dan murni
malahan juga mengatakan bahawa falsafah adalah penyelidikan tentang sebab-sebab
dan asas-asas yang paling akhir daripada segala sesuatu yang ada.

Pada zaman Tamadun Islam, Al-Farabi (870-950) menegaskan falsafah sebagai ilmu
mengenai kewujudan, yang tidak bercangggah dengan agama bahkan sama-sama
memuja kepada kebenaran, yang bertujuan untuk mengetahui Yang Maha Esa. Ibnu
Rusyd (1126-1198) mendefinisikan falsafah sebagai penyelidikan tentang alam wujud
dan memandangnya sebagai jalan untuk menemui Maha pencipta segala ciptaan.

Anda mungkin juga menyukai