Anda di halaman 1dari 1

Forum 1 Nama : Fazreeni Binti Mohd Yusuf (L20222014268)

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan
yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion
perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan
kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi
semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan
sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan yang boleh dikemukan untuk
memartabatkan profesion keguruan di Malaysia. Cadangan pertama adalah dengan memastikan
kebajikan guru sentiasa diberikan perhatian sewajarnya. Pentadbir dan Kementerian
Pendidikan Malaysia perlu menyedari bahawa terdapat beberapa aspek yang perlu diambilkira
dalam melaksanakan sebarang dasar berkaitan dengan kebajikan guru. Antara aspek-aspek
yang perlu dititikberatkan adalah bebanan tugas, ganjaran, kerjasama dan yang paling penting
sekali ialah kepuasan kerja. Aspek-aspek ini penting dijaga kerana akan meningkatkan
motivasi guru-guru. Guru-guru bermotivasi akan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap
tugas dan perkara ini sangatlah meningkatkan profesion keguruan.

Cadangan seterusnya ialah guru pada hari ini perlulah menjadi pelajar sepanjang hayat.
Seorang guru perlu mempunyai semangat dan cita-cita yang kuat untuk meneruskan kehidupan
dengan menambahkan ilmu di dada. Pembelajaran boleh belaku secara formal ataupun tidak
formal. Setiap guru perlu mengemaskinikan ilmu dan kemahiran dalam memastikan
perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru yang sejajar dengan perubahan dan
cabaran yang dihadapi dari satu masa ke satu masa.

Cadangan yang terakhir ialah,melalui pihak kerajaan. Pihak kerajaan perlu mempergiatkan
lagi program-program yang mampu meningkatkan nilai dan kemantapan ilmu seseorang guru.
Dengan program-program seperti ini dapat membantu para guru untuk meningkatkan cara
pengajaran dan pembelajaran mereka kepada para pelajar. Tambahan lagi, ia juga dapat
memberi keyakinan kepada guru dan menambahkan kecekapan mereka dalam mengendalikan
pelajar.

Kesimpulannya, seseorag guru merupakan cerminan kepada keperibadian seorang murid.


Mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk acuan mental dan moral
seseorang murid. Tugas sesorang guru amatlah penting dalam menetukan kejayaan murid
mereka.

Anda mungkin juga menyukai