Anda di halaman 1dari 2

UJIAN PERTENGAHAN

BACELOR PJJ
SEMESTER PERTAMA 2023/ 2024

KURSUS : PENULISAN AKADEMIK


KOD : BBW 3406

1) Penulisan adalah medium untuk menyampaikan maklumat dan ia melibatkan


beberapa kegiatan seperti berfikir, mengkaji, memilih, merakam dan menulis.
Penulisan juga adalah aktiviti yang melibatkan pemikiran dan perasaan. Ianya
adalah proses pemikiran yang berterusan bagi menyampaikan perasaan dan
idea penulis. Hasilnya akan melibatkan tindak balas tertentu. Manakala
akademik adalah penulisan berbentuk ilmiah yang mempunyai empat ciri iaitu
penjelasan, penghujahan, penceritaan dan penghuraian. Oleh itu, penulisan
akademik adalah penulisan yang benar, mempunyai fakta dan mempunyai
teori yang tepat. Penulisan akademik juga bersifat sistematik iaitu kajiannya
bersifat teratur dan teliti terhadap persoalan yang timbul. Terdapat beberapa
ciri penulisan akademik antaranya adalah maklumat yang benar dan sahih. Ia
mengandungi beberapa ciri seperti fakta, tepat, sistematik, benar, disokong
bukti, dan mengikut prosedur. Ciri penulisan akademik seterusnya adalah
meneroka dan menggali isu. Ia merujuk kepada penulis haruslah memahami
isu yang akan dikemukakan, mencari pendapat tokoh yang berkaitan dengan
isu, meletakkan isu sebagai fokus utama dalam kajian yang dijalankan, serta
kajian perlu mencapai dan memenuhi matlamat isu yang dikemukakan.

2) 5 tatacara penulisan abstrak adalah pertamanya pengenalan ringkas


berkenaan tajuk atau topik. Keduanya adalah pernyataan masalah. Ketiganya
adalah objektif kajian. Keempat adalah kaedah kajian. Kelima adalah hasil
dapatan.

Impak Media Sosial Terhadap Pelajar

ABSTRAK

Penulisan artikel ini membicangkan tentang impak media sosial terhadap


pelajar. Media sosial ini merupakan sebuah saluran komunikasi yang dapat
menyampaikan maklumat kepada orang ramai dalam masa cepat dan mudah.
Ia merupakan cara atau medium komunikasi yang menjadi pilihan utama
malah keperluan masyarakat pada abad ini dalam segala urusan harian.
Pengguna media sosial kini tiada had umur. Golongan muda mahupun
golongan tua menggunakan media sosial. Walau bagaimanapun, golongan
remaja yang tertumpu kepada kepenggunaan media sosial ini. Kelakangan ini
terdapat segelintir golongan remaja atau pelajar yang terlalu obses dengan
penggunaan media sosial yang menyebabkan mereka mengalami ketagihan
kepada media sosial. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji implikasi
media sosial terhadap para pelajar di Malaysia ini terutamanya dari aspek
sosial dan akademik. Langkah mengatasi gejala ketagihan juga menjadi
tujuan kajian ini.
Kajian kuantitatif ini dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik kepada
30 orang pelajar di Johor iaitu merangkumi pelajar-pelajar sekolah menengah
dan universiti. Hasil kajian menunjukkan lebih banyak kesan negatif yang
media sosial berikan kepada pelajar berbanding kesan positif. Oleh itu,
tindakan mengatasi permasalahan ini harus dilakukan segera demi
memastikan keterjaminan modal insan yang berkualiti di Malaysia pada masa
kini dan akan datang.

Kata kunci: impak, kesan, media sosial, pelajar, langkah

3) Pengkritik merupakan kegiatan masyarakat yang berperadapan tinggi kerana


dilakukan dengan teliti dan berilmiah. Terdapat beberapa ciri pengkritik iaitu
pengkritik perlu membina diri supaya menjadi pengkritik yang benar-benar
menjadi pengkritik tulen. Seterusnya mereka juga perlu mempunyai sikap
beradap dan berwibawa dalam melakukan kritikan. Ketiganya, mereka perlu
menguasai ilmu, mempertajamkan kebolehan diri dan pembacaan serta
memantapkan pengalaman pengkritik iaitu dapat menyuburkan ilmu
intelektual dan meningkatkan kebijaksanaan akal pengkritik. Selain itu,
pengkritik perlu mempertajamkan kebolehannya dalam bidang kritikan agar
iainya dapat melahirkan idea yang lebih baik.

Manakala pewasit merupakan individu yang menjadi penilai terhadap sesuatu


penulisan yang diterbitkan. Terdapat beberapa ciri pewasit dalam penulisan
akademik iaitu pewasit perlu menyokong keputusan pihak editor. Seterusnya
pewasit perlu mempunyai kelayakan dan kelulusan yang sepatutnya.
Ketiganya pewasit perlu menghantar penilaian tepat pada masa yang telah
ditetapkan. Selain itu pewasit juga perlu merahsiakan segala maklumat yang
diketahuinya dalam proses penilaian.

Anda mungkin juga menyukai