Anda di halaman 1dari 7

KOD KURSUS:

IIQ3007 METODOLOGI DAKWAH

TAJUK:

ULASAN DAN KRITIKAN VIDEO DAKWAH

PENSYARAH:

DR. MUHAMMED BIN YUSOF

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK

MUHAMMAD AIMAN BIN JAFFAR U2000124/2

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

SESI 1 2023/2024
Isi Kandungan

Isi Kandunagn
Isi Kandungan ............................................................................................................. i

Latar Belakang Video ................................................................................................. 1

Ulasan video .............................................................................................................. 2

Link video: .................................................................................................................. 4

Rujukan ...................................................................................................................... 5

i
Latar Belakang Video
Video ini mengisahkan tentang seorang individu lelaki yang bergelar ustaz dan
beberapa orang pembantu termasuklah anaknya sedang mengagihkan bantuan
berbentuk barangan keperluan rumah semasa negara ini dilanda dengan oleh Covid-
19 baru-baru ini pada tahun 2021. Pengagihan bantuan tersebut telah dimuat naik
secara lagnsung di laman media sosial Facebook. Merujuk kepada perkembangan
video tayangan langsung itu adalah bertempat di suatu kawasan di negeri Sabah. Jika
diperhatikan video itu, majoriti penerima bantuan tersebut adalah warga asing yang
tinggal di negara ini dan tidak dapat pulang ke negara asal kerana pandemik Covid-
19. Ustaz itu juga ada menyatakan bahawa, mereka ini tidak memiliki kad pengenalan
warganegara Malaysia yang sah dan menunjukkan bahawa mereka ini bukanlah
warganegara Malaysia. Apabila video ini dirakam semula dan dikongsi oleh orang
ramai, perbuatan ustaz yang sedemikian telah tular di laman maya. Ini demikian
kerana, setiap perkongsian berkenaan dengan ustaz tersebut pada masa itu menjadi
bualan hangat di laman media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-
lain. Rentetan penularan wabak Covid-19 pada ketika itu, menjadikan masyarakat di
negara ini amat kerap menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian. Oleh
itu, penyebaran perbuatan ustaz tersebut mudah diketahui oleh warga maya.

Melalui video itu juga, saya mendapati bahawa ustaz tersebut menyampaikan
ucapannya dengan nada yang agak tegas ketika mengagihkan bantuan tersebut.
Banyak perkara yang disentuh melalui ucapannya kepada para penerima bantuan,
antaranya, berkenaan dengan solat, menjaga hubungan dengan Allah dan Rukun
Iman. Malah ustaz itu juga berkongsi dengan para penerima berkenaan dengan
jumlah wang ringgit yang dihabiskan untuk membeli barangan bantuan ini dan
menegaskan bahawa bantuan yang diagihkan adalah berbentuk usaha persendirian
dan bukanlah daripada kerjasama dengan kerajaan atau mana-mana pertubuhan
bukan kerajaan yang lain. Pada bahagian video yang kedua pula, ustaz itu juga ada
menegur para penerima supaya melaksanakan solat dan menunaikan suruhan Allah.
Dia juga berkongsi beberapa pengalaman dakwah yang dilakukan di kawasan
pedalaman dengan membaik pulih semula binaan sebuah surau yang nazak dan
mentakrifkannya sebagai “Dakwah Bil Hal”. Akhir sekali, dia juga berpesan tentang
perkara akhirat dan mengakhiri ucapannya dengan mengucap syahadah.

1
Ulasan video
Tugasan ini adalah bertujuan untuk menganalisis cara seseorang individu itu
menyampaikan ucapan dalam dakwahnya. Melalaui tugasan ini saya akan
mengutarakan beberapa pendapat saya berkenaan video yang telah saya tonton di
YouTube dan menghuraikan beberapa maklumat dengan lebih terperinci dalam
ulasan ini.

Sebelum saya menhuraikan dengan lebih lanjut, saya akan menerangkan serba
sedikit beberapa maklumat yang berkaitan dengan dakwah. Dakwah merupakan
suatu ajakan atau seruan yang menuntut umat Islam menyampaikan suruhan Allah
menerusi perbuatan kebajikan, menghormati nilai kemanusiaan dan penghayatan
terhadap kesempurnaan tuntutan naluri seorang manusia serta menarik orang lain
kepada agama Islam dengan mengikut petunjuk Allah dan menegakkan syariat-Nya
di muka bumi ini. Dakwah juga merupakan suatu usaha menyeru kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran yang meliputi amar makruf dan nahi mungkar serta
berjihad di jalan Allah. Dakwah boleh disampaikan dengan pelbagai cara seperti
ceramah agama, penulisan ilmiah dan perkahwinan. Beberapa contoh lain yang boleh
disebut disini ialah, Dakwah Bil Kalam, Dakwah Bil Hal, Dakwah bil Mal dan Dakwah
Bil Yad (Politik).

Melalui video ini, saya mendapati bahawa penekanan adab ketika berdakwah
adalah sangat mustahak untuk diberi perhatian kepada mana-mana individu yang
ingin menyampaikan dakwah dan melakukan kerja-kerja kebajikan. Ini demikian
kerana, adab itu mendahului dan menjadi cerminan kepada setiap perbuatan yang
kita lakukan terhadap seseorang individu atau masyarakat. Setiap perbuatan yang
mendahulukan adab mampu mewujudkan suasana yang harmoni lebih-lebih lagi
dalam menyampaikan seruan dakwah. Sebagai contoh, perbuatan ustaz yang
menegur beberapa orang penerima bantun dalam video ini secara terbuka adalah
suatu perbuatan yang kurang manis dan boleh mengurangkan kesantunan dalam
berdakwah di samping melakukan kerja kebajikan tersebut. Dengan merujuk video
tersebut, kerja kebajikan tersebut telah dimuat naik ke dalam media sosial. Keadaan
sedemikian boleh membolehkan wujudnya bibit-bibit kebencian dan pandangan yang
serong terhadap Islam. Alangkah bagusnya jika kita mengurangkan sikap teger-
menegur secara terbuka ini di khalayak ramai supaya tidak menimbulkan polemik
yang berpanjangan dan fitnah yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam itu

2
sendiri. Dalam melakukan kerja dakwah ini, kita sewajarnya mengelakkan diri kita
merendahkan sasaran dakwah kita atas kekurangan yang ada pada mereka. Apabila
melakukan kerja dakwah ini, kita akan bawa imej Islam. Kerja dakwah bukanlah
perkara yang senang lebih-lebih lagi berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
halangan.

Selain itu, saya juga kurang bersetuju dengan perbuatan ustaz itu ketika
menyebutkan beberapa jumlah wang yang perlu dihabiskan untuk membeli barangan
keperluan tersebut. Ini boleh meletakkan perbuatan tersebut dilabelkan sebagai
perbuatan untuk menunjuk semata. Sebaliknya, jika ustaz itu berbuat sedemikian
dengan bertujuan untuk memberikan contoh kepada orang lain adalah baik
perbuatannya. Akan tetapi, kita sewajarnya berwaspada dengan sangkaan buruk
daripada pihak lain yang boleh menjatuhkan kredibiliti diri kita.

Di samping itu, saya berpendapat bahawa kerja kebajikan yang dilakukan oleh
ustaz ini adalah berbentuk Dakwah Bil Hal. Sebenarnya, dakwah bil hal bukanlah
perkara yang baharu dalam dunia dakwah. Ini demikian kerana, ianya dilaksanakan
samada secara individu dan juga berkumpulan dengan menetapkan sasaran dakwah
yang tertentu contohnya dakwah kepada golongan muda yang beragama Islam atau
bukan Islam. Dakwah bil hal juga merupakan aktiviti dakwah Islam yang dilakukan
dengan tindakan atau amal perbuatan yang nyata terhadap kesesuaian sasaran
dakwah. Dakwah ini boleh dilihat di medan pendidikan, politik, kepimpinan dan sosial
kemasyarakatan. Ini bersesuaian dengan perbuatan ustaz melalui perkongsiannya
dalam video itu. Sebagai contoh, ustaz itu melakukan kerja pembinaan surau di
kawasan pedalaman di Sabah dan membaik pulih surau yang nazak dengan
menggunakan cat yang berkualiti terhadap surau tersebut. Sehingga kini, surau
tersebut dapat digunakan oleh para jemaah di sana untuk melakukan amal ibadat.

Akhir sekali, sebagai pendakwah kita mestilah bersikap adil dan


bertaggungjawab terhadap kerja dakwah yang dilakukan. Sebagai pendakwah yang
bertanggungjawab, kita mestilah sentiasa memelihara tatasusila ketika berdakwah
supaya dapat meningkatkan kualiti keberkesanan dalam menyampaikan seruan Allah.
Penyampaian dakwah juga sewajarnya berkonsepkan syumul yang mana mencakupi
bidang lahiriah dan batiniah serta rohani yang membangun yang mampu untuk
membantu para pendakwah dan sasarannya untuk membaiki akhlak diri mereka. Oleh

3
itu, kegiatan dakwah ini sewajarnya diperkasa dan diperluaskan dengan pendekatan
yang lebih efektif dan pelbagai supaya syariat Allah dapat ditegakkan dan umat
manusia tidak tercicir dalam mengenal Allah.

Link video:
https://www.youtube.com/watch?v=piAa4eMl9os&ab_channel=RuslanWillfred

4
Rujukan
Nur, D. M. (2011). Dakwah Teori, Definisi dan Macamnya. Wardah, 12(2), 135-141.

Hendra, T. (2018). Profesionalisme Dakwah Dalam Pemberdayaan Masyarakat.


Jurnal At-Taghyir: Jurnal Dakwah Dan Pengembangan Masyarakat Desa, 1(1),
1-10.

Zainudin, Z. (2019, January 7). KORELASI DAKWAH BIL-HAL DENGAN


PENINGKATAN IBADAH AMALIYAH. Alhadharah: Jurnal Ilmu Dakwah, 17(34), 65.
https://doi.org/10.18592/alhadharah.v17i34.2381

Abdullah, B. B., Laki, A. F. B., Yusoff, Z. B., & Abu Mansor, N. S. B. (2016, January
1). [The Planning of Da’wah to the Natives (Peribumi) Sabah and Sarawak]
Pelaksanaan Dakwah Kepada Masyarakat Pribumi Sabah Dan Sarawak. Jurnal
Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 12, 59–70.
https://doi.org/10.37231/jimk.2016.12.0.149

Ahmad, Nur. “TANTANGAN DAKWAH DI ERA TEKNOLOGI DAN INFORMASI:


Formulasi Karakteristik, Popularitas, Dan Materi Di Jalan Dakwah.” ADDIN, vol.
8, no. 2, 15 Nov. 2015

Anda mungkin juga menyukai