Anda di halaman 1dari 54

FAKULTI PERAKAUNAN

SARJANA MUDA PERAKAUNAN

LAPORAN KAJIAN BERTULIS

KESAN PORNOGRAFI TERHADAP PEMIKIRAN


MASYARAKAT

DISEDIAKAN OLEH:

1. NURUL IZZATY AKHTAR BINTI MOHD HARDI - KETUA (2021114097)

2. NURUL EZZATIE BINTI NORDIN (2021120247)

3. NURUL SALSABILA BINTI MOHD AJMI (2021172803)

4. NADIRA FATHIHAH BINTI ABU HASSAN (2021341017)

Laporan Kajian Bertulis Dihantar Kepada Ustaz Muhammad Ilham Raduan Bagi
Memenuhi Sebahagian Keperluan Untuk

CTU 552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)

SEMESTER 3
SESI 2 2020/2021
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

12.3 PENDAHULUAN 1-3

12.4 OBJEKTIF KAJIAN 4

12.5 KAJIAN LITERATUR 5 - 30

12.6 ISI DAN HURAIAN 31 - 46

12.7 KESIMPULAN KAJIAN 47

12.8 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN 48 - 51


12.3 Pendahuluan

Zaman beralih, musim bertukar. Begitulah juga evolusi manusia dan kecerdasan mereka
dalam kehidupan. Biarpun teknologi mahupun ilmu, manusia akan sentiasa bergerak menepati
situasi disekeliling mereka. Akan tetapi, berubahnya sifat seseorang manusia itu tidak
bergantung kepada peredaran zaman tapi adalah bergantung kepada kepercayaan dan
kekuatan yang wujud dalam diri mereka. Mereka yang lemah dan terlalu bergantung kepada
dunia fana ini pasti akan cenderung melakukan perkara yang dilarang oleh pencipta yang Maha
Esa, kerana, manusia adalah makhluk yang tidak sempurna dan tidak boleh lari daripada
kesilapan.

Kepintaran manusia zaman kini dapat jelas dilihat jika dibandingkan dengan teknologi
dimasa lampau. Antaranya, penghasilan laman web dan laman sesawang yang dapat
mengakses data diperingkat global dan ianya sangat senang digunakan oleh pelbagai peringkat
usia untuk bermacam-macam motif berbeza. Bukan itu sahaja, ada juga perubahan daripada
kecanggihan penulisan dimana manusia boleh mendapatkan penulisan melalui cetakan, saluran
laman sesawang, mahupun aplikasi-aplikasi yang dapat dimuat turun di telefon canggih
ataupun komputer riba mereka. Meskipun begitu, terdapat juga golongan yang
menyalahgunakan teknologi untuk tujuan yang tidak baik. Sebagai contoh, pornografi.

‘Pornografi’ menurut Kamus Dewan Edisi Keempat didefinasikan seperti berikut;

[por.no.gra.fi] 1. Penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan (perbuatan, kejadian, dan


lain-lain) dengan cara yang mengghairahkan atau yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu
seks (menerusi filem, bahan bacaan, dan sebagainya), penggambaran atau pengisahan
sesuatu perbuatan dan sebagainya secara lucah; 2. Segala bahan (seperti filem, gambar foto,
dan bahan bacaan) yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu seks, segala bahan (seperti
filem, terbitan, dan sebagainya) yang lucah.

Jika diulaskan, pornografi adalah bahan lucah berbentuk tulisan, imej, ataupun visual
yang mampu merangsang nafsu dan keinginan seksual seseorang. Ia juga dapat dicari dengan
panggilan porn, smut, dan sebagainya. Dalam perspektif Islam, perbualan berkenaan pornografi
bertembung sama dengan hal berkaitan aurat, tabarruj (berpenampilan seronok), dan pakaian.
Konsep pornografi mengandungi unsur utama yang menentang kesusilaan dan mewujudkan
nafsu seks. Walhal dalam terminologi Islam, persoalan tersebut berkait rapat dengan persoalan
aurat dan pakaian. Hal ini kerana, aurat menurut Islam adalah bahagian tubuh badan manusia

1
yang tidak boleh diperlihatkan atau harus ditutup kerana dapat mewujudkan rasa malu, dan
membangkitkan nafsu seks orang yang melihatnya.

Islam telah memberikan makna yang jelas tentang pornografi dan pornoaksi. Secara fiqh,
menonton dan menunjukkan aurat seseorang yang bukan haknya (pornoaksi) adalah haram,
kecuali tujuan itu adalah dibenarkan mengikut syariat. Melalui laman web rasmi Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan, berkenaan artiket Irsyad Al-Fatwa ke 10: Ketagihan Video Lucah,
terdapat penjelasan tentang hukum melihat pornografi. Merujuk firman Allah SWT:

﴿ ‫﴾ َفَم ِن اْبَتَغ ٰى َو َر اَء َٰذ ِلَك َف ُأوَلٰـِئَك ُه ُم اْلَع اُدوَن‬٦ ﴿ ‫﴾ ِإاَّل َع َلٰى َأْز َو اِجِه ْم َأْو َم ا َم َلَكْت َأْي َم اُنُهْم َف ِإَّن ُهْم َغ ْيُر َم ُلوِميَن‬٥﴿ ‫َو اَّلِذيَن ُه ْم ِلُفُروِجِه ْم َح اِفُظ وَن‬
٧﴾

Maksudnya: Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini
selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

(Surah al-Mu’minun: 5-7)

Oleh demikian itu, telah disimpulkan bahawa hukumnya adalah haram. Hal ini sekali lagi
dikaitkan dengan aurat. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa melihat aurat orang lain yang bukan
mahram, apatah lagi sesuatu yang memperlihatkan anggota badan seseorang dengan aksi dan
cara yang lucah iaitu porno. Walaupun isu pornografi ini sudah berlaku untuk sekian lamanya, ia
masih tidak lekang hingga ke hari ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian dan statistik yang
diberikan oleh para pengkaji.

Misalnya, berdasarkan akhbar harian metro yang disiarkan pada Julai 29, 2018, Pakar
Keselamatan Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra
Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Nur Izura Udzir ada mengulaskan hal berkaitan pornografi.
Beliau ulaskan, pada tahun 1997, terdapat lebih kurang 1,000 lawan sesawang lucah.
Berdasarkan statistik laman web draxe.com yang memuatkan kajian kesihatan sedunia, dalam
tempoh 18 tahun, telah wujud lebih 2.5 juta laman sesawang pornografi. Kajian itu
mendedahkan pendapatan industri pornografi secara global adalah sebanyak $97 bilion
(RM394 bilion) dan ia mengatasi keuntungan industri teknologi maklumat seperti Yahoo, Google
dan sebagainya. Manakala tempoh waktu diambil untuk menonton pornografi pula adalah
sebanyak 4.6 bilion jam seluruh dunia sepanjang 2016 sahaja. Selain itu, setiap 30 minit
sebuah filem lucah dihasilkan di Amerika Syarikat dan daripada keseluruhan laman sesawang,
2.5 juta daripada laman itu adalah pornografi.

2
Tambahan lagi, purata umur kanak-kanak yang telah terdedah kepada laman sesawang
dan bahan pornografi adalah seawal usia 11 tahun. Meskipun begitu, adalah tidak mustahil jika
ada yang lebih muda daripda itu sudahpun terjebak dengan pornografi. Terdapat satu kajian
yang dimuatnaik oleh Italian Society of Andrology and Sexual Medicine dimana ia menunjukkan
keputusan daripada lebih kurang 28,000 orang lelaki yang menjalani kajian itu, kebanyakan
daripada mereka sudah mula menonton pornografi sejak umur 14 tahun lagi. Lebih
mengejutkan lagi, Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 telah memaparkan
kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi
secara sengaja.

Demikian daripada semua itu, dapat kita lihat begitu parahnya aktiviti pornografi yang
berlaku dalam kalangan umat manusia zaman ini. Jika tidak kita bendung dan cari ubat kepada
masalah ini, tidak mustahil dimasa akan datang, lebih ramai saudara kita akan terjerumus ke
lubuk pornografi ini. Oleh hal yang demikian, penulisan ini akan mengulaskan dengan lebih
terperinci dan mendalam berkaitan punca, kesan, serta langkah-langkah yang dinasihatkan
untuk mencegah perkara ini daripada berterusan merosakkan anak cucu kita dimasa hadapan.

3
12.4 OBJEKTIF KAJIAN

 Mengkaji konsep pornografi


 Mengkaji punca, kesan dan langkah pencegahan pornografi terhadap pemikiran
masyarakat

4
12.5 KAJIAN LITERATUR

12.5.1 Kajian 1

Thanuseeyah Varatharajoo & Hilwa Abdullah@Mohd Nor (2020) dari Universiti


Kebangsaan Malaysia telah melakukan kajian mengenai hubungan antara ketagihan pornografi
dan jenis trait personaliti dalam kalangan remaja. Kajian ini dijalankan bagi menyiasat adakah
terdapat hubungan antara ketagihan pornografi dan personaliti, pada masa yang sama
menentukan jenis trait tersebut dalam kalangan remaja. Selain itu, hubungan antara ketagihan
pornografi dan personaliti neurotisisme yang dimiliki remaja juga ingin diteliti oleh pengkaji.
Seramai 278 orang pelajar terlibat dan mereka telah mengisi borang soal-selidik yang
merangkumi soalan perihal ketagihan pornografi dari Cyber Pornography Addiction Test
(CYPAT) dan Pornography Addiction Screening Tool (PAST). Manakala penilaian personaliti
diukur menggunakan alat Big Five Inventory (BFI). Melalui analisis statistik maklum balas yang
diterima, sebanyak 80.8309 jumlah min pelajar terjerumus masalah ketagihan pornografi dan
pelajar berkenaan kebanyakannya memiliki personaliti keterbukaan. Keputusan kajian ini
membuktikan bahawa personaliti seseorang remaja boleh dipengaruhi oleh ketagihan terhadap
pornografi. Namun, personaliti neurotisisme seseorang remaja tidak mendorong mereka
terjebak dalam ketagihan bahan lucah tersebut.

5
12.5.2 Kajian 2

Menurut Rafiqoh Lubis (2020) melalui jurnal tulisan mereka, dinyatakan bahawa
pornografi telah menjadikan kaum wanita sebagai sarana melepaskan nafsu syahwat lelaki.
Perempuan digambarkan sebagai objek seksual dan berperanan memvisualkan perlakuan tidak
berperikemanusiaan seperti menunjukkan berbagai jenis tingkah laku seksual. Hal-hal
berhubungan wanita, seks dan pornografi menjadi ladang eksploitasi media tidak
bertanggungjawab yang hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata. Walaupun sebahagian
daripada pelakon pornografi wanita melakukan kerja tidak senonoh itu diatas kerelaan sendiri,
ada sebahagian lagi yang dipaksa untuk berbuat demikian. Misalnya Linda Marchiano, pelakon
pornografi yang mengaku bahawa dirinya dipaksa dan diacu senjata api oleh pengarah filem
supaya dia melakukan aksi ranjang seperti yang diarahkan. Peristiwa tersebut juga
menyebabkan Linda trauma yang lama setelah filemnya diterbitkan. Ianya terbukti bahawa
selama sesi merakam bahan pornografi ini, wanita mengalami paksaan serta gangguan dari
segi mental dan fizikal. Walaupun sebelum ini sudah sering kali protes dilakukan oleh persatuan
dan pertubuhan hak wanita mengenai isu ini, ianya masih tidak dapat menghentikan eksploitasi
seksual terhadap wanita ini. Penulis berpendapat bahawa penciptaan dan penyebaran bahan
pornografi ini semakin tidak mampu dibendung dek kerana teknologi yang semakin canggih.

6
12.5.3 Kajian 3

Melalui jurnal tulisan Nor Azah Abdul Aziz (2010) melaporkan, ekoran perniagaan
bercirikan pornografi di laman internet semakin parah apabila pengusahanya semakin bijak dan
kreatif melolosi setiap saringan yang dipasang pada laman web oleh pihak bertanggungjawab.
Menimbulkan kebimbangkan kerana kanak-kanak dan remaja mudah terjejas kepada gejala
tidak sihat ini. Bukan sahaja orang dewasa, malahan yang masih kecil dapat akses mudah ke
laman internet untuk melihat dan mendapatkan pelbagai maklumat, tidak terkecuali yang
berunsur pornografi. Pada pendapat penulis, langkah terbaik untuk mencegah gejala pornografi
internet adalah melalui kesedaran dan pendidikan moral. Oleh itu, penulis memberi pandangan
beliau mengenai usaha yang boleh dilakukan bagi menangani akhlak buruk masyarakat yang
melayari laman web pornografi melalui kaedah psikospiritual. Kaedah ini memfokuskan proses
mental dan pemikiran bersifat rohaniah yang boleh memberi dorongan kepada daya
kecerdasan intelektual dan emosional untuk berhenti daripada tabiat menonton pornografi.
Antaranya ialah menjauhi orang-orang yang melakukan perkara tidak elok itu, memahami dan
mengamalkan ajaran Al-Quran, menahan nafsu dan menjaga pancaindera.

7
12.5.4 Kajian 4

Berdasarkan jurnal ‘Mencegah pornografi dalam perspektif Pendidikan Islam’ hasil


nukilan Muchlis, pornografi berasal daripada perkataan porne yang bermaksud prostitute atau
dikenali sebagai pelacuran dan graphein yang memberi maksud tulisan. Pornografi mempunyai
pelbagai ciri dan antaranya ialah bahan seksual yang diperbuat oleh manusia di dalam bentuk
sketsa, gambar, ilustrasi, tulisan, suara, bunyi, animasi, kartun, syair, percakapan, gerak tubuh,
atau melalui pelbagai bentuk media komunikasi yang lain atau pertunjukan di umum yang dapat
membangkitkan nafsu atau seksual di dalam diri seseorang sehingga melanggar nilai-nilai
kesusilaan dan moral di dalam masyarakat.

Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa pornografi sudah tersebar dengan luas


dengan pelbagai cara di kalangan masyarakat. Masyarakat pada zaman kini yang boleh
mengakses dan melihat konten pornografi tidak hanya terikat kepada lelaki tetapi terikat juga
kepada perempuan dan kanak – kanak. Pornografi akan menjadi punca utama beberapa anak
muda pada zaman kini melakukan tindakan-tindakan yang tidak bermoral.

Pelbagai fakta tentang pornografi dan pornoaksi yang telah disebut. Faktor kemunculan
dan penyebaran pornografi kepada masyarakat yang terjebak dengan virus pornografi dan
pornoaksi adalah disebabkan sering menyendiri. Pada era globalisasi ini, remaja sentiasa
mengalami ketegangan emosi sehingga emosi mereka sentiasa tidak stabil. Emosi yang tidak
stabil dan menentu yang disebabkan suka menyediri juga akan menyebabkan depresi. Remaja
perlu mencari bantuan emosi untuk mengurangkan masalah yang dialami kerana faktor utama
seorang remaja suka menyendiri adalah kerana tidak mempunyai rasa percaya kepada diri
sendiri serta tidak mempunyai kawan. Hal ini akan menyebabkan, seorang remaja yang suka
menyendiri akan mencari peluang untuk membuka dan melihat konten di laman web untuk
menonton pornografi.

Punca kedua penyebaran pornografi adalah melalui buletin, majalah dan booklet.
Penyebaran konten yang mengandungi pornografi disebarkan melalui majalah, buletin dan juga
buku yang digunakan di sekolah adalah satu fakta yang tidak boleh disembunyi lagi.
Penyebaran ini juga boleh dilakukan melalui internet. Tidak dapat disangkal lagi perkara ini
akan terjadi disebabkan teknologi yang sentiasa berkembang. Sistem jaringan internet pada
masa kini sudah menjangkau di pelbagai daerah bahkan daerah yang terpencil juga mendapat
akses internet.

8
Teknologi-teknologi yang semakin hari semakin canggih juga menjadi salah satu punca
penyebaran pornografi. Ini menyebabkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
menggunakan peluang untuk mengiklankan laman sesawang yang mempunyai informasi dan
konten tentang seks. Bukan itu sahaja, laman sesawang tentang pornografi juga dapat diakses
dengan mudah oleh sesiapa yang ingin menonton pornografi. Teknologi menjadi punca unsur
komersialisme dan industrialisasi terjadi terhadap pornografi ini. Remaja pada zaman kini
menjadikan media massa sebagai tempat untuk mendapat pengetahuan seksual di mana ia
lebih penting berbanding ibu bapa, keluarga dan teman sebaya kerana media massa memberi
gambaran bahawa keinginan dan nafsu remaja lebih penting daripada dunia realiti.

Pornografi ini dapat dicegah dan cara-cara untuk mencegahnya pada perspektif
pendidikan Islam ialah menggunakan waktu belajar untuk melakukan sesuatu yang produktif.
Setiap pelajar mempunyai kepandaian tersendiri jika berusaha. Hal ini kerana, kita sebagai
manusia ada perkara yang kita lebih tahu dan ada perkara yang kita tidak tahu dan disebabkan
itu tugas pendidik adalah untuk membantu pelajar di dalam pelajaran. Pelajar yang belajar
bersungguh-sungguh akan menemui bakat untuk menentukan pilihan kerjaya. Pelajar yang
menggunakan waktunya untuk belajar akan mengisi masa lapangnya dengan perkara yang
berfaedah.

Selain itu, ibu bapa perlu memantau perkembangan anak. Ibu bapa adalah guru atau
cikgu di rumah yang dapat mengajar anak-anak perkara yang tidak dapat dipelajari di sekolah
seperti solat berjemaah, berzikir, membaca Al-Quran, belajar bersama, bergotong-royong,
bersukan dan lain-lain. Seterusnya, ibu bapa dan guru perlu memantau pergaulan anak-anak.
Hal ini kerana, pergaulan anak-anak juga membantu perkembangan pengetahuan dah akhlak
mereka. Jika terjadi sesuatu yang membimbangkan, ibu bapa dan guru perlulah berbincang
agar anak tidak terbawa kepada pergaulan yang salah atau mempunyai pergaulan yang
berkaitan dengan pornografi.

Seterusnya, mencegah dengan cara memberi didikan tentang seks di dalam keluarga.
Ibu bapa perlulah memberi pendidikan yang baik kerana memberi pendidikan yang baik kepada
anak adalah tanggungjawab ibu dan bapa. Anak adalah amanat yang telah diberikan oleh Allah
S.W.T kepada sebuah keluarga. Anak di dalam Al-Quran, disebutkan mempunyai fungsi yang
berbeza di mana anak boleh menjadi zinah yang bermaksud perhiasan, fitnah dan juga menjadi
‘aduwwun iaitu musuh.

9
Anak sebagai zinah (perhiasan), dapat dilihat pada ayat berikut:

‫َ ۡل َم اُل َو اۡل َب ـُنۡو َن ِز ۡي َن ُة اۡل َح ٰي وِة الُّد ۡن َيا‌ۚ َو اۡل ٰب ِقٰي ُت الّٰص ِلٰح ُت َخ ۡي ٌر ِع ۡن َد َر ِّب َك َث َو اًبا َّو َخ ۡي ٌر َاَم اًل‬

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan


yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih
baik untuk menjadi harapan” (QS. Al-Kahfi[18]: 46)

Anak sebagai fitnah (cobaan), dapat dilihat pada ayat berikut:

‫َو اۡع َلُم ۤۡو ا َاَّنَم ۤا َاۡم َو اُلُك ۡم َو َاۡو اَل ُد ُك ۡم ِفۡت َن ٌة ۙ َّو َاَّن َهّٰللا ِع ۡن َد ۤٗه َاۡج ٌر َع ِظ ۡي ٌم‬

“Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan


disisi Allah-lah pahala yang besar” (QS At-Taghabun[64]: 15).

Anak sebagai ‘aduwwun (musuh) dapat dilihat pada ayat berikut:

‫َاُّیَہ ا اَّلِذ ۡی َن ٰا َم ُن ۤۡو ا ِاَّن ِم ۡن َاۡز َو اِج ُکۡم َو َاۡو اَل ِد ُک ۡم َع ُد ًّو ا َّلُکۡم َفاۡح َذ ُر ۡو ُہۡم ۚ َو ِاۡن َتۡع ُف ۡو ا َو َتۡص َفُح ۡو ا َو َت ۡغ ِف ُر ۡو ا َف ِاَّن َہّٰللا َغ ُف ۡو ٌر‬
a ‫َّر ِح ۡی ٌم‬

“Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-


anakmu ada yang menjadi musuh bagimu. Maka berhati-hatilah kamu terhadap
mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni
(mereka) Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS At-Taghabun[64]: 14).

Keadaan anak di sebuah keluarga ditentukan daripada apa yang anak peroleh di dalam
keluarganya. Di antaranya ialah pendidikan yang seharusnya diajari oleh ibu bapa kepada
anak-anak ialah pendidikan seks. Perkara ini sebenarnya sudah disebut oleh Nabi Muhammad
S.A.W sebagaimana dalam hadis berikut:

Mu`ammal bin Hisyam Al-Yasykuri telah menceritakan kepada kami Isma'il dari Sawwar
Abu Hamzah berkata kepada Abu Dawud; Dia adalah Sawwar bin Dawud Abu Hamzah Al-
Muzani AshShairafi dari Amru bin Syu'aib dari Ayahnya dari Kakeknya dia berkata; Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Perintahkanlah anak anak kalian untuk melaksanakan
shalat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun, dan apabila sudah mencapai umur sepuluh
tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya, dan pisahkanlah mereka dalam
tempat tidurnya”. (HR Abu Dawud, Ahmad, al-Hakim, adDaruquthniy, al-Bayhaqiy).

10
Berdasarkan hadis di atas, pendidikan yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa ialah agar
memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan jika sudah berusia 10 tahun. Syah
waliyullah Ad-Dahlawi berkata pemisahan tempat tidur ini berlaku adalah kerana umur ketika itu
adalah masa untuk akil baligh.

Di dalam hadis yang lain, bahkan Nabi menganjurkan agar mengatur cara tidur anak.
Hal ini seperti terbaca dalam hadis berikut:

Dari al-Barra’ bin ‘Azib, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata
kepadaku “apabila engkau mendatangi tempat tidurmu (akan tidur), maka berwudhulah seperti
wudhu untuk shalat kemudian tidurlah dengan miring ke sisi kanan” (HR Bukhariy.)

11
12.5.5 Kajian 5

Berdasarkan buku ‘Pornografi: dilarang tapi dicari’ hasil nukilan Azimah Soebajigo ,
pornografi merupakan perkataan atau istilah yang berasal daripada bahasa Yunani iaitu,
pornographia. Pornographia bermaksud gambar atau tulisan tentang perkara-perkara yang
lucah. Perkataan ini pertama kali muncul di masyarakat Inggris pada zaman Ratu Victoria pada
tahun 1837 hingga 1901. Pada zaman itu, arkeologi menemukan peninggalan yang bersejarah
seperti artifak daripada aktiviti galian daripada bekas kota Pompei dan Herculanum yang
berada di Nampoli di Italia Selatan.

Kota-kota ini lenyap akibat letusan gunung Vesuvius selama 17 abad iaitu pada tahun
79 hingga tahun 1748. Terdapat beberapa lukisan yang mempunyai unsur seks atau pornografi
ditemui di tembok runtuhan bangunan Romawi di kota itu. Sebagai contoh, lukisan yang paling
menonjol ialah tentang sebuah rumah yang memberi layanan seksual dijumpai di beberapa
pintu. Bukan itu sahaja, sepanjang perjalanan terdapat torehan tentang gambar alat kelamin di
dinding untuk menunjukkan jalan ke tempat hiburan. Di Pompei, artifak-artifak ini menyebabkan
masyarakat Eropah pada ketika itu membuat keputusan bahawa benda-benda peninggalan
tersebut mempunyai hubungan dengan seks sehingga lahirlah istilah dan perkataan pornografi.

Pada tahun 1857, Oxford Dictionary mendefinisikan perkataan pornografi sebagai


“menulis perkataan lucah”. Kamus Webster mendefinisikan pornografi sebagai “lukisan yang
tidak bermoral yang menghiasi dinding untuk melakukan pesta liar seperti di Pompei”.
Perkembangan ini membuatkan pornografi menjadi lebih luas sehingga lukisan telah menjadi
fotografi dan video serta majalah. Salah satu catatan yang terpenting ialah perkembangan
pornografi menurut buku Patrick Roberston iaitu wujudnya filem-filem berunsur pornografi dan
seks di Eropah seperti filem a l‘ Ecu d’or Ou La Bonne Auberge di Perancis pada tahun 1908, El
Satario di Argentina pada tahun 1907, Am Abenda di Jerman pada sekitar tahun 1910.

Terbitan dan perkembangan majalah iaitu majalah yang dikenali sebagai “majalah lelaki”
seperti Playboy, Hustler dan Modern Man di Amerika Syarikat pada tahun 1950-an. Selepas itu,
pornografi berkembang dengan luas lagi disebabkan teknologi yang semakin hari semakin
canggih seperti televisyen, surat khabar, radio, komik, majalah, CD, DVD/VCD dan internet.

12
Kamus Besar Bahasa Indonesia mendefiniskan pornografi sebagai gambaran tingkah
laku secara erotik di dalam lukisan atau tulisan. Apa yang boleh kita lihat, pornografi mampu
membangkitkan nafsu mereka yang melihat dan menikmati perkara-perkara lucah tersebut.
Bukan itu sahaja, media-media yang mempamerkan benda-benda lucah ini seperti tulisan atau
gambar juga boleh menaikkan nafsu seks.

Pada zaman kini, dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih pelbagai cara
telah dilakukan untuk meyiarkan benda-benda lucah. Bukan sahaja di media massa namun juga
di media yang lain seperti lagu di dalam CD atau kaset, program televisyen, iklan di laman web,
filem, radio, komik dan lain-lain.

Seterusnya, Wikipedia adalah sebuah laman web kamus terkenal di internet


mendefiniskan pornografi sebagai representasi tubuh manusia atau perilaku manusia yang
bertujuan untuk menaikkan nafsu seks. Beberapa contoh pornografi yang wujud pada zaman
sekarang ialah, lagu-lagu yang mempunyai unsur bunyi atau suara seperti sedang melakukan
aktiviti yang seksual, menceritakan pengalaman seksual di dalam radio dan telefon, layanan
berkaitan dengan seks melalu telefon, filem-filem yang mengandungi adegan melakukan aktiviti
seks, menampilkan artis dengan penampilan yang seksi atau tidak berpakaian, penampilan
penyanyi dengan berpakaian yang seksi di dalam klip video musik di VCD dan TV, iklan-iklan di
media yang menunjukkan artis yang berpakaian seksi yang ditemui pada iklan minyak wangi,
kereta, telefon dan sebagainya dan juga buku komik dan fiksi yang memberi gambaran adegan
seks sehingga boleh menaikkan nafsu seks kepada seseorang.

Akhir sekali, perkara-perkara yang ditunjukkan di media –media tersebut wujud bukan
secara kebetulan atau tanpa tujuan tertentu. Poster-poster filem yang menunjukkan gambar
perempuan yang mempunyai gaya seksual ditujukan untuk menghadirkan daya tarik seksual.
Para pembuat filem sedar bahawa mereka sedang menunjukkan sesuatu yang akan menaikkan
nafsu seksual seseorang terutama untuk orang lelaki. Sebagai contoh, jika seorang penonton
tertarik dengan adegan-adegan di dalam filem yang menunjukkan tentang seks dan itu adalah
tujuan utama para pembuat filem membuat filem seperti itu kerana produser pornografi sedar
bahawa media yang mempunyai adengan seks laku apabila dijual.

13
12.5.6 Kajian 6

Berdasarkan jurnal ‘Ketagihan pornografi dalam kalangan remaja: faktor dan implikasi
terhadap sahsiah diri remaja’ hasil nukilan Amirul Ashraaf Norman, pornografi adalah perbuatan
yang dianggap berdosa di dalam agama Islam seperti mendedahkan aurat sehingga perbuatan
itu boleh menaikkan nafsu kepada orang yang melihatnya. Pornografi adalah perbuatan yang
mempamerkan perkara yang berkaitan dengan seksual atau perkara yang melanggar moral dan
agama di dalam masyarakat di Malaysia kerana ia adalah salah dan berdosa besar di dalam
agama Islam. Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan bahawa maksud pornografi
berasal daripada perkataan “porneia” iaitu perkataan Greek yang dirujuk kepada pelacur.
Pornografi adalah salah satu perbuatan yang tidak bermoral dan tidak dapat diterima di dalam
kehidupan seorang yang beragama Islam. Hal ini kerana, pornografi sangat dilarang di Malaysia
kerana telah melanggar etika yang perlu dijaga seperti etika moral dan ia salah di dalam agama
Islam.

Didikan ibu bapa amat penting untuk mencegah masalah ini. Ibu bapa adalah guru di
rumah yang akan memberi didikan secara langsung kepada anak-anak. Didikan daripada ibu
dan bapa ini tidak sama seperti didikan di sekolah. Maka ibu bapa haruslah menunjukkan
tingkah laku yang positif dan baik di hadapan anak mereka kerana ia adalah didikan yang
diberikan secara tidak langsung kerana anak-anak akan mengikuti perbuatan yang dilakukan
oleh mereka. Tingkah laku yang baik harus ditunjukkan oleh ibu bapa agar dapat membentuk
peribadi anak yang baik pada masa hadapan. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai sikap tidak
elok kerana sentiasa menggunakan perkataan yang kesat dan memberi isyarat yang lucah
ketika sedang marah akan mengakibatkan impak yang negatif kepada anak yang melihatnya.
Ini akan menyebabkan anak-anak terpengaruh dengan pornografi yang semakin hari semakin
menjadi di kalangan remaja.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci
fitrahnya. Ibu bapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani mahupun Majusi” (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim). Berdasarkan hadis tersebut, manusia yang baru dilahirkan di
atas dunia akan bebas daripada sebarang dosa dan ini menjadi tanggungjawab kepada ibu
bapa untuk mendidik anak mereka agar menjauhi sifat yang dilarang dan yang mendatangkan
dosa besar di sisi agama seperti pornografi. Ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik
kepada anak mereka kerana itu adalah satu kewajipan yang perlu dilakukan di dalam agama
Islam seperti mengajar anak-anak untuk membaca Al-Quran, berpuasa, mengajak melakukan

14
solat berjemaah, bersedekah dan sebagainya. Ini akan menyebabkan anak-anak akan
mengikuti semua perbuatan ibu bapanya kerana anak-anak cenderung untuk mengikuti
perbuatan seseorang yang mereka kenal dan hormat.

Punca kenapa remaja zaman kini semakin ketagih dengan pornografi adalah
disebabkan teknologi. Teknologi adalah sesuatu yang mempamerkan tahap kemajuan yang
dicapai oleh sesebuah negara. Semakin canggih sesuatu teknologi yang ada di negara tersebut
semakin maju sebuah negara itu. Teknologi dicipta adalah untuk memudahkan urusan harian
manusia supaya dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan mudah. Sebagai contoh, telefon
bimbit dicipta untuk memudahkan manusia berkomunikasi dengan lebih pantas dan mudah
kerana sebelum telefon bimbit dicipta manusia menggunakan surat yang mengambil masa
berhari-hari untuk sampai ke tangan pembaca dan ini amat menyusahkan kepada sesetengah
pihak yang perlu berkomunikasi atas urusan yang penting . Pengunaan teknologi yang sangat
tidak terkawal telah memberi banyak impak negatif kepada manusia. Hal ini kerana, pengunaan
teknologi yang berlebihan dalam kalangan anak-anak tidak dipantau oleh ibu bapa sehingga
ada daripada mereka yang meluangkan masa sehingga tujuh hingga lapan jam sehari.

Perkembangan teknologi menyebabkan masyarakat terbahagi kepada dua golongan


iaitu masyarakat mudah terpengaruh dengan perkara negatif dan golongan yang menggunakan
teknologi untuk perkara yang berfaedah. Kesan negatif yang boleh dilihat adalah daripada sikap
remaja yang mudah terpengaruh dengan melihat rancangan yang menayangkan unsur
pornografi dan tidak bermoral sehingga menyebabkan mereka mempratikkan perkara yang di
lihat di dunia realiti. Teknologi yang wujud pada zaman sekarang amat senang dan mudah
untuk diakses sehingga mereka menggunakan teknologi untuk melakukan perkara yang tidak
berfaedah seperti menyimpan video dan gambar yang berunsur lucah di dalam telefon bimbit
mereka. Ini menyebabkan remaja mudah mengalami ketagihan dan terpengaruh dengan
pornografi kereana mereka boleh menonton video pornografi di telefon bimbit tanpa diawasi
oleh ibu bapa kerana telefon bimbit mereka akan sentiasa berada di dalam pegangan tangan
mereka.

Seterusnya, pengunaan teknologi telah disalahgunakan oleh remaja kerana mereka


merakam perbuatan yang tidak elok untuk meniru perbuatan yang terdapat di dalam video
pornografi yang mereka lihat. Malah, ada daripada mereka yang menggunakan teknologi untuk
mendapat perhatian orang ramai dan pengikut di media social dengan berpakaian seksi.
Pengunaan teknologi yang tidak terkawal ini telah memberi banyak impak negatif kepada

15
generasi muda kerana mereka mudah terpengaruh. Ibu bapa haruslah memainkan peranan
agar sentiasa memantau aktiviti dan sikap anak-anak agar tidak mudah terjebak dengan
perkara-perkara yang lagha sehingga boleh memudaratkan diri sendiri.

Tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengurangkan pengunaan anak-
anak yang sentiasa bermain teknologi adalah menghadkan pengunaan seperti menggunakan
telefon pintar dan komputer kepada tiga hingga empat jam dalam sehari. Kawalan ini bukan
sahaja akan mengurangkan ketagihan remaja daripada menonton pornografi malah akan
mengelakkan remaja daripada lalai sehingga mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai
seorang anak dan pelajar.

Ibu bapa juga perlu mengajak anak-anak untuk melakukan perkara yang berfaedah
seperti bersukan. Melalui aktiviti seperti ini anak-anak tidak akan menggunakan teknologi
secara melebihi bahkan akan memberi kesihatan dan juga mental yang baik kerana sentiasa
bersukan. Ibu bapa hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap agar mereka selalu
mengambil tahu dengan keadaan anak-anak mereka yang ketagih dengan teknologi. Hal ini
kerana, mereka boleh mengurangkan ketagihan pornografi yang semakin dibiar semakin
berbahaya yang sedang berlaku di kalangan remaja.

Di dalam agama Islam, pornografi adalah perbuatan yang sangat dilarang kerana ia
mampu menaikkan nafsu seseorang terutama mereka yang sentiasa menonton video
pornografi sehingga mereka melakukan perbuatan yang terdapat di dalam video tersebut di
dunia realiti. Antara kesan terhadap sahsiah diri remaja adalah mengakibatkan hubungan seks
pranikah.

Menurut statistik yang telah dibuat di Malaysia, remaja yang berumur 13 hingga 18
tahun telah terlibat dengan pornografi sehingga mereka bersikap melampaui batas pergaulan
sosial seperti berpelukan, bercium, berpegangan tangan antara bukan mahram, mendedahkan
aurat dan terlibat dengan aktiviti seks. Hal ini kerana, remaja kurang bijak dalam membuat
sesuatu keputusan kerana mudah terpengaruh dengan keseronokan palsu yang mereka lihat
sehingga mereka melakukan perkara yang dilarang di sisi agama. Malaysia adalah negara
Islam tetapi kes pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah tetap terjadi disebabkan aktiviti
seks sebelum nikah yang semakin menjadi jadi dalam kalangan remaja. Kes bayi luar nikah
yang telah dilahirkan oleh remaja perempuan berusia 18 tahun dan ke bawah adalah sebanyak
120 telah dilaporkan berlaku dan didapati 22% daripadanya mengaku mereka telah dipengaruhi

16
oleh pornografi. Remaja yang terlibat dengan seks pranikah berkata mereka telah melihat video
pornografi bersama pasangan sehingga melakukan aksi yang terdapat di dalam video tersebut.

Ketagihan pornografi yang semakin berlaku di negara kita ini tidak boleh diambil remeh
kerana akan memberi impak yang buruk kepada remaja. Semua pihak perlu memainkan
peranan agar dapat membendung perkara ini daripada sering berlaku. Hal ini kerana, pornografi
akan memberi impak yang negatif kepada otak dan kawalan diri sehingga mereka merasa ingin
melakukan perkara yang dilarang di sisi agama kerana terpengaruh dengan keseronokan palsu
yang terdapat di dalam video pornografi.

Selain itu, kesihatan mental yang baik sangat penting kepada remaja. Hal ini kerana,
kesihatan mental yang baik akan membantu seseorang untuk membuat keputusan yang betul
kerana mereka dapat berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Pornografi memberi
banyak kesan yang buruk terutamanya kepada otak remaja sehingga mereka mudah percaya
dengan keseronokan palsu yang dilihat di dalam video pornografi sehingga terlupa bahawa
perbuatan tersebut adalah salah di sisi Islam. Pornografi bukan sahaja akan menyebabkan
emosi remaja itu terganggu malah akan menyebabkan mereka ingin selalu bersendirian.
Mereka akan berubah sehingga hilang perasaan malu, merendah diri dan hilang pertimbangan
terhadap orang lain.

Remaja yang ketagihan pornografi suka duduk bersendirian daripada berkomunkasi


dengan orang sekeliling. Hal ini kerana, mereka menggunakan pornografi untuk menghilangkan
rasa sunyi dan tekanan yang mereka hadapi. Mereka juga tidak mempunyai kawan yang ramai
akibat tiada kemahiran bersosial. Impak pornografi terhadap kesihatan mental lebih teruk
daripada kesan ketika pengambilan dadah. Penagih dadah boleh dirawat dengan memberi
ubat-ubatan atau menangkap pengedar dadah tetapi tidak untuk orang yang ketagih dengan
pornografi kerana tiada ubat yang boleh merawat penyakit ini. Lebih teruk lagi bahan pornografi
amat mudah untuk diakses pada bila-bila masa berbanding dadah dan ini menyebabkan
ketagihan pornografi amat susah untuk dirawat kerana senang untuk kembali menonton
pornografi jika cuba untuk berhenti. Ketagihan pornografi juga mempunyai kesan yang sama
seperti pengambilan dadah dan alkohol.

Akhir sekali, kajian kesihatan mengatakan bahawa pornografi merupakan punca


kerosakan saraf pada bahagian otak sehingga dapat melemahkan fungsi kawalan dan akan
menjejas daya ingatan. Sebagai contoh, pornografi akan melemahkan daya ingatan seorang
pelajar sehingga dia sukar untuk mengingati apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Bukan itu

17
sahaja, ia juga akan mengakibatkan seseorang itu susah dan malas untuk melakukan ibadah
wajib kerana sentiasa menghadap teknologi untuk menonton pornografi. Ketagihan pornografi
haruslah diambil serius oleh semua pihak dan semua pihak perlu memainkan peranan mereka
kerana kesannya terhadap seseorang bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku tetapi
kesihatan mental yang susah dirawat dengan ubatan moden.

18
12.5.7 Kajian 7

Berdasarkan jurnal “Pornografi dalam perspektif hukum dan moral”, nukilan Arie
Sulistyoko dan Rusna Yulida, di dalamnya mereka telah huraikan tentang pornografi dalam
perspektif Islam menggunakan ayat-ayat Al-Quran serta hadis. Unsur pornografi yang
berfokuskan kepada membangkitkan nafsu seksual manusia dikatakan tidak boleh dipisah jauh
dengan faktor aurat, tabarruj (berpenampilan seronok atau tidak terhormat), dan pemakaian
(merupakan alat utuk menutup aurat). Hal ini kerana, dalam terminologi Islam, hal berkaitan
nafsu sering dibahaskan bersama aurat dan pemakaian seseorang. Oleh itu, di sini penulis
membahaskan secara mendalam tentang aurat.

Aurat menurut Islam ialah bahagian dan anggota tubuh badan seseorang yang tidak
boleh ditunjukkan atau seharusnya ditutup daripada pandangan orang lain kerana perasaan
malu yang wujud dalam diri manusia serta kerana ianya dapat membangkitkan nafsu seks jika
dilihat oleh orang lain. Ketika membahaskan tentang aurat, lelaki mahupun perempuan
mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk menutup aurat mereka daripada diperlihatkan
oleh orang lain yang bukan mahram. Misalnya, perempuan harus menutup aurat daripada
pandangan lelaki dan begitu juga sebaliknya. Islam sangat menitikberatkan umatnya untuk
memelihara aurat kerana sesungguhnya ia dapat membawa kepada perbuatan zina yang
hukumnya adalah haram. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

(Surah Al-Israa' 17:32)

Begitu pula ancaman yang diberikan adalah sangat berat berdasarkan firman Allah SWT:

19
Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan
belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

(Surah An-Nuur 24:2)

Tubuh badan yang dipinjamkan kepada kita oleh Allah SWT adalah tanggungjawab yang
harus kita pelihara daripada segala bentuk kerosakan, keburukan, perbuatan yang keji dan
yang merugikan demi kemaslahatan diri sendiri, dunia dan akhirat. Kewajipan ini harus dipikul
oleh setiap insan tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Allah SWT telah berfirman:

Maksudnya: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta


perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh
tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)
Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Ahzaab 33:59)

Terdapat juga hadis-hadis yang memberi penjelasan berkaitan aurat dan pakaian.
Antaranya dimana, Sayidatina Aisyah r. anha meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma’
binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga
nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: “Wahai Asma’! Sesungguhnya
seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu,
melainkan ini dan ini (sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya).” (Hadis Riwayat Abu
Daud)

Manakala bagi aurat lelaki pula boleh dilihat daripada Sahih (al-Albani) Sunan Abi
Dawud, Kitab Al-libas, Bab wa qul lilmu’minati yaghdudna min absarihim, No. Hadith 4114,

20
dimana daripada Nabi SAW, beliau bersabda: "Jika salah seorang dari kalian menikahkan
pembantunya (budak wanita) dengan budak laki-lakinya atau pekerjanya, maka janganlah ia
melihat apa yang ada di bawah pusat dan di atas lutut.”

Ada pula hadis yang berkaitan dengan pemakaian dimana sabda Rasulullah SWT , “ dua
kategori penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya lagi iaitu..dan wanita-wanita yang
berpakaian tetapi bertelanjang (mereka memakai pakaian tetapi tidak menutup keseluruhan
aurat), mereka cenderung untuk tidak mentaati Allah taala dan mempengaruhi orang lain
daripada mentaati Allah, dengan kata lain mereka mengajak-ajak lelaki melakukan zina),
mempunyai sanggul seperti bonggol unta (supaya orang kagum kepada mereka). Mereka tidak
akan masuk syurga dan tidak akan menghidu baunya walaupun bau syurga itu mampu untuk
dihidu sejauh perjalanan tertentu” (HR Muslim). Hadis Syarah Sahih Muslim no 5098.

Hadis pertama menerangkan tentang aurat wanita adalah seluruh bahagian tubuh
badannya kecuali tapak tangan dan juga muka. Hadis kedua pula mengulaskan bahawa aurat
seseorang lelaki adalah daripada bahagian pusat sehingga keparas lutut. Manakala hadis yang
ketiga pula menyampaikan bahawasanya wanita yang tidak menutup aurat dengan berpakaian
nipis sehingga menampakkan warna kulit atau berpakaian ketat sehinggga menampakkan
bentuk badan itu boleh membawa kepada perbuatan zina.

Batasan pornografi menurut Islam jelas diterangkan dimana secara fiqhnya,


mempamerkan dan menyaksikan aurat orang lain adalah haram kecuali jika ianya adalah untuk
tujuan yang dibenarkan mengikut syariat, misalnya ketika para medis melakukan rawatan. Oleh
itu, amatlah penting bagi manusia untuk menyelesaikan naluri seksual yang diberikan oleh
Tuhan dengan cara yang diizinkan oleh syariah (halal).

Penulis jurnal ini telah menyatakan pandangannya terhadap pornografi dari sudut moral.
Menurutnya, pandangan pornografi sebagai satu seni adalah salah kerana ianya mengandungi
unsur yang jelas bertentangan dengan moral manusia dan malah merosakkannya lagi. Orang
yang menonton pornografi itu sangat rugi kerana apabila mereka terbawa dengan nafsu
sehingga melakukan perbuatan keji seperti merogol kaum wanita, kesudahannya mereka hanya
menerima padah seperti hukuman penjara, dipandang keji oleh masyarakat. Hal ini demikian
akhirnya akan mengganggu psikologi dan mental mereka.

Mereka yang menerima seni sebagai pornografi itu dikatakan tidak mempunyai etika,
kehidupan, mahupun batasan dalam hidupnya kerana penerimaan mereka terhadap pornografi

21
sudah menggambarkan kebebasan dalam melakukan apa sahaja. Walhal bagi individu yang
berpegang teguh kepada agama dan mempunyai etika yang baik, akan sentiasa menjaga
tingkah lakunya dan tidak melakukan perkara terlarang (melihat pornografi) kerana ketaatan
kepada Allah SWT.

Dari sudut agama, pornografi dianggap seperti najis kerana membawa pelbagai kerugian
seperti merosakkan hubungan diantara makhluk dan Tuhan. Daripada sudut moral dan etika
pula ianya akan menjahanamkan moral individu dengan mewujudkan pemikiran yang kotor dan
negatif didalam minda individu yang menontonnya. Dari sudut budaya pula, setiap budaya
mempunyai kepercayaan tersendiri seperti budaya Amerika dan Korea Selatan yang menerima
aktiviti porno sebagai hal yang wajar dan tidak berdosa, manakala budaya Indonesia (muslim)
menentang aktiviti tersebut kerana diharamkan dalam Islam. Hal ini kerana, bagi budaya
Indonesia, pornografi yang dikira bertentangan dengan kepribadian bangsa dapat merosakkan
keteguhan sosial budaya mereka.

Melalui kajian ini, unsur dan dasar tentang pornografi hanya disentuh secara implisit
dimana ianya disamakan dengan konsep aurat dan pemakaian tanpa menerangkan lebih
mendalam tentang maksud menyeluruh dan kesan-kesan pornografi kepada umat manusia.
Oleh itu, kajian yang akan kami kemukakan mengandungi penerangan lebih lanjut tentang hal
ini untuk memberi kefahaman yang lebih lanjut.

22
12.5.8 Kajian 8

Berdasarkan sebuah penulisan kajian bertajuk “Kajian Filsafat tentang Perbuatan


Pornografi Internet (Cyberporn)”, oleh Hwian Christianto, perkataan pornografi adalah daripada
istilah “pornographos” (porne iaitu pelacur dan graphein iaitu tulisan atau lukisan). Maka
daripada itu, dapat disimpulkan bahawa ia membawa maksud lukisan atau tulisan berkaitan
pelacur ataupun deskripsi daripada perbuatan pelacur. Pornografi internet dapat dikatakan
adalah lebih mudah dalam hal penghasilan, penyebaran, penggandaan dan juga penyimpanan
material-material berkaitan pornografi. Hal ini adalah berbeza daripada pornografi yang
melakukan dan mempamerkan kesusilaan di peringkat umum kerana ianya dapat dilakukan
dalam masa yang amat singkat dan dapat dicapai (disimpan) oleh sesiapa sahaja dipelusuk
dunia ini pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja (di internet). Kesan daripada hal ini,
pornografi yang pada asalnya adalah terlarang oleh hukum nasional dengan mudahnya
dikuasai dengan kemudahan internet yang menyediakan pelbagai bentuk pornografi kepada
khalayak pengguna medium tersebut.

Di dalam kajian tersebut ada memaparkan statistic berkaitan purata manusia yang
melayari internet untuk tujuan pornografi. Hal ini menyimpulkan bahawa pornografi telah
menjadi rujukan dan carian ramai diserata dunia ibarat ianya adalah informasi penting dalam
kehidupan harian. Bentuk paparan pornografi datangnya daripada bayangan dan gambaran
fikiran penghasilnya. Sang pencipta meghasilkan sebuah karya yang baginya adalah
penyampaian isi hati dan fikirannya untuk tatapan ramai, dan ini adalah satu pencapaian
baginya. Namun begitu, penerimaan orang ramai keatas hasil tersebut berbeza mengikut
kefahaman dan kepercayaan masing-masing berkenaan manusia, alam semester, dan Tuhan.
Penulis kajian ini membawa satu persoalan dimana, adakah perbezaan pemahaman tentang
pornografi internet muncul daripada ketidaksamaan penekanakan dalam pelbagai kajian
falsafah. Untuk menjawab kepada persoalan masalah tersebut, beliau bawakan beberapa
perbahasan kajian falsafah yang berbeza.

Pertamanya, kajian falsafah Antroposentrisme atau Humanisme. Falsafah ini


bersandarkan kepada anggapan manusia sebagai pusat kehidupan dan ciptaan lain adalah
objek bagi mereka, dimana mereka mempunyai hak utama untuk melakukan penilaian keatas
diri sendiri secara menyeluruh termasuklah menentukan perkara yang baik atau buruk, benar
atau salah, serta boleh ataupun tidak boleh mengikut pemahaman yang wujud dari diri mereka.
Hal ini menyebabkan mereka mengabaikan batasan, mengetepikan peranan hati nurani, dan

23
hanya bergantung kepada rasional diri dan akal fikiran sendiri. Misalnya, ada pandangan
humanisme yang menerima pornografi sebagai sesuatu yang baik kerana baginya, ia (nafsu
seksual) adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Bertentangan dengan itu pula,
golongan feminisme berkefahaman bahawa pornografi adalah satu perkara yang merendahkan
maruah dan martabat wanita sebagai manusia dan tidak menerimanya. Oleh itu, pornografi
internet masih wujud sebagai karya dengan penghayatan nilai yang berbeza bergantung
kepada pendirian dan penilaian setiap individu.

Kajian falsafah kedua ialah berkaitan falsafah Kosmosentrisme atau Materialisme.


Berbeza dengan falsafah pertama, pemahaman kosmosentrisme ini berfokuskan bukan kepada
manusia sebagai pusat kehidupan utama, tetapi juga ciptaan atau alam sekelilingnya.
Materialisme pula menekankan lagi fahaman ini bahawa semua manusia dan seluruh alam ini
wujud dalam kekekalan yang sentiasa melalui perubahan yang membawa kesan positif, iaitu
proses pembaharuan untuk menjaga keseimbangan alam. Demikian konsep ini membawa
fahaman dimana pornografi internet adalah sebahagian daripada proses kehidupan dan
pembaharuan manusia dalam waktu dan kondisi berbeza. Segala gambaran (ketelanjangan)
yang dipaparkan dalam pornografi melambangkan kewujudan manusia yang aslinya terhdahulu
dan hal ini harus diterima dan dihargai sebagai ciptaan bersama alam, sekaligus membawa
maksud bahawa pornografi haruslah diterima selagi ia tidak menganggu kestabilan alam
disekelilingnya.

Selain daripada itu, ada juga falsafah Teosentrisme atau Teisme. Falsafah ini
memberikan penekanan dimana kehidupan manusia adalah bertumpukan kepada Tuhan
sebagai penguasa terhadap segala kehidupan. Pemahaman ini membawa kepada kesedaran
dalam diri manusia berkenaan batasan kemampuan mereka terhadap sesuatu kerana wujudnya
kekuasaan yang lebih besar daripada kebolehan manusia. Manusia menerima dirinya sebagai
ciptaan Tuhan yang istimewa, sekaligus menjalankan hidup dengan tanggungjawab
diperintahkan menggunakan hati nurani dan akal yang dikurniakan Tuhan. Pornografi didalam
falsafah ini adalah bertentangan dengan falsafah humanisme kerana falsafah teosentrisme
menerima penilaian menggunakan hati nurani mengikut kehendak Tuhan, bukan menggunakan
rasional semata. Oleh disebebkan falsafah ini berkait rapat dengan keagamaan, pornografi
internet dianggap sebagai perkara yang kotor dan bersifat merosakkan kehidupan secara
menyeluruh. Maka, penerimaan falsafah ini membawa maksud individu tersebut mempunyai
tanggungjawab menjaga diri daripada kerosakkan (pornografi) kerana tindakan tersebut adalah
berlawanan kehendak Tuhan.

24
Pemahaman konsep pornografi dari falsafah logosentrisme pula dikaitkan dengan
falsafah kini iaitu postmodernisme. Falsafah postmodernisme ialah satu bentuk protes yang
wujud apabila falsafah modernisme gagal memperbaiki kehidupan manusia akibat terlalu
cenderung mengutamakan pemikiran rasional (humanisme). Seiring pergerakan
postmodernisme ini, wujud kefahaman falsafah logosentrisme. Logosentrisme menekankan
kepentingan proses pemaknaan yang melibatkan akal dan interpretasi terhadap sesuatu secara
implisit mahupun eksplisit. Pentafsiran pornografi internet asalnya berbentuk simbol atau logo
yang individu boleh tafsirkan mengikut kefahaman mereka. Dalam konsep logosentrisme,
tafsiran yang dilakukan oleh seseorang itu tidaklah muktamad untuk orang lain, walhal, ianya
terhad kepada diri sendiri kecuali mendapat persetujuan. Maka, pornografi internet masih lagi
ada sebagai simbol atau logo yang masih memerlukan pentafsiran terhadap maknanya.

Penulisan yang berasal daripada Indonesia ini juga ada menyentuh tentang internet
pornografi dalam kajian falsafah Pancasila. Pancasila seperti dinyatakan didalam kajian ialah:

“Pancasila sebagai nilai-nilai fundamental Bangsa Indonesia yang lahir dari rahim ibu pertiwi
Indonesia memiliki 5 (lima) nilai dasar antara lain Ketuhanan Yang Maha Esa, Kemanusiaan
yang Adil dan Beradab, Persatuan Indonesia, Kerakyatan Yang Dipimpin oleh Hikmat dalam
Kebijaksanaan/Perwakilan dan Keadilan Sosial. Kelima nilai tersebut tidaklah berdiri sendiri-
sendiri akan tetapi berpaut satu sama lain menghadirkan kesatuan yang bersumber pada nilai
utama Ketuhanan Yang Maha Esa.”

(Hwian Christianto, Kajian Falsafah Tentang Pornografi Internet (Cyberporn), pp18)

Difahamkan, daripada kefahaman Pancasila, pornografi internet adalah perwujudan


kreativiti, rasa dan inisiatif manusia. Namun begitu, ianya tidak boleh terus ditetapkan oleh
manusia sebagai sesuatu yang membawa manfaat kerana seiring dengan nilai ketuhanan,
perlulah dikaji terlebih dahulu jika ianya menetapi kehendak Tuhan. Sebelum mencipta sesuatu
karya, haruslah dikaji terlebih dahulu sama ada hasil tersebut adalah menepati kehendak
Tuhan, dan perbuatan menghasilkan karya pronografi internet dianggap merosakkan hidup
manusia dan berdosa. Oleh itu, perbuatan ini memburukkan hubungan antara manusia dan
Tuhan. Dari sudut hubungan sesama manusia pula, perbuatan ini bersifat pemujaan diri di atas
orang lain. Ini kerana penghasilan pornografi internet memandang manusia lain sebagai objek
memuaskan nafsu dan tidak mempertimbangkan perasaan individu yang terlibat mahupun
tidak. Hal ini demikian merendahkan posisi manusia di mata pembuat pornografi internet dan
seterusnya mencela hubungan sesama manusia.

25
Berdasarkan kesemua kajian falsafah yang dikemukakan didalam penulisan ini, dapat
disimpulkan bahawasanya setiap falsafah mempunyai penekanan yang berbeza tentang
pemikiran akal dan peranan hati nurani dalam memahami dan mengintepretasi maksud sesuatu
perkara. Oleh yang demikian, pemahaman kepada pornografi adalah bergantung kepada diri
individu tersendiri dengan mengambil kira konsep dan falsafah tertentu. Kajian ini menunjukkan
percanggahan pendapat dan fahaman mengikut falsafah tentang pornografi tanpa menyatakan
dengan jelas maksud pornografi mahupun hukumnya. Hal ini berbeza dengan kajian kami
dimana kami ulaskan lebih mendalam tentangnya.

26
12.5.9 Kajian 9

Berdasarkan kajian dapatan dari pengkaji-pengkaji yang bernama Mohd. Zaliridzal


Zakaria dan Dini Farhana Baharuddin telah melakukan kajian mengenai “Ketagihan Seks Siber:
Pengalaman Kaunselor di Malaysia”. Tujuan mereka melaksanakan kajian ini adalah untuk
mengatasi cabaran yang dihadapi oleh kaunselor di Malaysia mengenai ketagihan seks siber
dalam kalangan klien mereka. Lima orang kaunselor pakar telah dipilih dan ditemubual bagi
mendapatkan maklumat yang mencukupi berkaitan seks siber. Kaunselor-kaunselor ini
dikategorikan kepada seorang wanita dan empat orang lelaki. Salah seorang daripada
kaunselor ini adalah pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi, dua orang daripada Majlis
Agama Islam dan dua orang lagi daripada kaunselor bebas. Pengkaji mengatakan sesi
temubual bersama kaunselor hanyalah asal dari zon tengah sahaja (Selangor dan Negeri
Sembilan). Berkemungkinan suasana ketagihan seks siber adalah berlainan di bahagian utara
dan selatan Malaysia. Akan tetapi, beberapa dapatan kajian ini dapat dibincangkan sehingga
boleh memberikan impak yang positif bagi bidang kaunseling di Malaysia.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada temubual oleh wakil kaunselor ini,
pertama sekali mereka membicarakan tentang kesan aktiviti seks siber dan tahap
keruncingannya. Aktiviti seks siber ini bukannya tergolong dalam golongan bujang sahaja akan
tetapi golongan yang sudah berkahwin juga. Berdasarkan temubual mereka, terdapat pasangan
yang hendak bercerai kerana ketidakfungsian seks bagi pihak suami dalam hubungan
pasangan tersebut sehinggakan pihak isteri tidak dapat memenuhi keperluan batin. Oleh kerana
pihak suami telah melakukan perbuatan “excessive masturbation” menerusi siber seks dan
kemudian lemah untuk memenuhi nafsu seks isteri. Kaunselor ini mengatakan punca
berlakunya kes ini adalah kerana pihak suami telah melakukan aktiviti seks siber sejak zaman
remaja lagi sehinggakan tidak dapat buang tabiat buruk itu. Kesannya, berlakunya keruntuhan
rumah tangga.

Seterusnya, responden mengatakan keperluan pengetahuan yang mencukupi dalam


menangani kes seks siber amatlah penting. Setiap kaunselor perlulah memahami konsep
ketagihan dan mengetahui cara yang efektif untuk membuang ketagihan bagi klien. Jika
seseorang kaunselor itu tidak pakar dalam sesuatu perkara, lebih baik rujuk kepada yang lebih
arif dan berilmu pengetahuan agar tiada kesilapan berlaku bagi memberi cadangan kepada
klien. Seorang kaunselor perlulah sentiasa mencari ilmu pengetahuan yang baharu bukan

27
sahaja menerusi buku-buku tetapi juga pengalaman orang lain. Ini akan menunjukkan sifat
tahap profesionalisme seorang kaunselor kepada klien.

Akhir sekali, responden membicarakan tentang kaedah merawat ketagihan seks siber.
Antaranya adalah teknik psikospiritual, perubahan tingkah laku dan sistem kepercayaan,
kaunseling perkahwinan dan keluarga serta pencegahan relaps. Kaunselor akan membimbing
klien mengatasi ketagihan seks siber secara berperingkat sehingga klien berjaya mengatasi
ketagihan aktiviti ini sepenuhnya.

Dapatan kajian daripada pengkaji-pengkaji ini telah menggambarkan tingkah laku


kaunselor di Malaysia terhadap isu ketagihan seks siber. Mereka telah menunjukkan usaha-
usaha mereka untuk membanteras ketagihan seks siber dalam kalangan masyarakat yang
membawa input positif kepada penagih seks siber. Ini menunjukkan betapa seriusnya kesan-
kesan aktiviti seks siber ini kepada individu dan orang sekelilingnya. Akan tetapi, kaunselor-
kaunselor perlulah meluaskan lagi ilmu pengetahuan tentang seks siber bagi memberikan
impak yang lebih efektif dan efisien kepada klien pada masa akan datang.

28
12.5.10 Kajian 10

Berdasarkan kajian dapatan oleh Shofiyah daripada Institut Agama Islam Tarbiyatut
Tholabah Lamongan, Indonesia. Shofiyah telah melakukan kajian bertajuk kesan media sosial
dan pornografi terhadap perilaku seks bebas anak di bawah umur. Media sosial mempunyai
banyak faedahnya kepada manusia pada zaman sekarang tetapi banyak jugak keburukannya
kepada seseorang individu. Media sosial boleh diberkait dengan pornografi kerana penyebaran
unsur-unsur pornografi berada di dalam media sosial.

Mengikut kajian dapatan, pornografi mempunyai pelbagai kesannya seperti ketagihan,


merosakkan otak, keinginan untuk mencuba dan mulanya tindakan seksual. Ketagihan ini
bermulanya apabila kandungan pornografi ini mula disiarkan melalui iklan di media sosial,
games, filem dan juga laman-laman web pornografi. Dengan ini, kanak-kanak akan berasa ingin
tahu tentang kandungan pornografi ini yang akan mendorong mereka untuk mencari lebih
banyak lagi kandungan pornografi.

Seterusnya, pornografi juga merosakkan otak pada bahagian hadapan otak iaitu Pre-
Frontal Cortex (PFC). Jika bahagian otak ini rosak, konsentrasi atau fokus individu akan
menurun, sukar untuk membezakan antara yang benar atau salah dan sukar untuk berfikir
secara kritikal. Selain itu, keinginan mencuba dan meniru yang berkaitan dengan mirror neuron.
Mirror neuron adalah satu istilah di mana sel-sel otak mampu membuatkan seseorang individu
untuk mengalami pengalaman yang sama apa yang ditontonnya termasuk video pornografi.
Akhir sekali, jika tidak mengawasi aktiviti anak-anak, mereka akan terjerumus dengan tindakan
seksual yang akan membawa nama buruk dalam diri anak-anak.

Menurut Kinsey et al, tingkah laku seks bebas ini terbahagi kepada empat tahap. Di
mana pertama sekali, bersentuhan, kemudian, berciuman, bercumbu dan akhirnya
berhubungan kelamin. Budaya amalan seks bebas ini merupakan budaya asing di mana
mereka menjadikan amalan seks bebas ini adalah baik di media yang memberi impak kepada
generasi muda apatah lagi anak bawah umur. Dengan ini, anak muda mahu mengikuti amalan
seks bebas itu jika tiada pengawasan.

Kajian diteruskan dengan faktor anak-anak melakukan seks bebas adalah kerana
kurangnya kekuatan iman yang akan membawa mereka rasa ingin tahu tentang seks. Oleh itu,
pendidikan agama perlulah difahami dan dipraktikkan sejak kecil kerana agama adalah
penghalang manusia daripada berbuat maksiat. Seterusnya, kurangnya perhatian orang tua

29
kerana orang tua sangat sibuk dengan kerjayanya. Tontonan tidak mendidik dan rendahnya
pengetahuan bahaya seks bebas dan akhir sekali, salah bergaul dengan rakan sebaya. Memilih
rakan sebaya yang baik adalah amat penting kerana mereka dapat membimbing ke jalan yang
benar dan mencerahkan lagi masa hadapan anak muda.

Akhir sekali, kajian ini diakhiri dengan kesan negatif budaya seks bebas. Antaranya
adalah hilangnya harga diri dan prestasi menurun yang menjadi impak kepada masa hadapan
seseorang individu kerana dia telah merugikan diri sendiri melakukan amalan yang tidak
bermoral. Seterusnya, hamil di luar nikah yang menimbulkan masalah yang besar bagi individu
tersebut terutama sekali remaja yang masih sekolah. Ini akan menimbulkan rasa malu dan ia
juga boleh membawa kepada terjadinya pengguguran dan bunuh diri. Oleh kerana, pelaku itu
merasakan ini adalah jalan keluar yang senang setelah memburukkan nama dirinya dan
keluarga. Akhir sekali, wujudnya penjangkitan penyakit yang serius seperti HIV atau AIDS serta
penyakit herpes dan barah mulut rahim. Penyakit ini amat merbahaya sehingga dapat
menjangkiti orang sekelilingnya.

Oleh itu, pendidikan seks amatlah penting bagi generasi muda agar mereka dapat
mengetahui mana yang baik dan man yang buruk. Bimbingan orang sekelilingnya juga penting
terutama sekali para ibu bapa. Jika tindakan tidak diambil, masa depan anak-anak mud aini
akan menjadi gelap.

30
12.6 ISI DAN HURAIAN

12.6.1 Isi 1

Terdapat variasi punca berlakunya pornografi di Malaysia dan punca yang paling utama
adalah laman sesawang internet. Internet merupakan sebuah medium yang sangat luas yang
mampu memberikan seluruh informasi yang wujud di dalam dunia ini kepada manusia dengan
hanya menekan satu klik di hujung jari sahaja. Oleh itu, apabila datangnya nafsu untuk
menonton pornografi terhadap seseorang itu, dia dapat melayari video pornografi di laman web
dengan mudah dan cepat sahaja. Tambahan pula, elemen-elemen multimedia yang
dipersembahkan di laman-laman web pornografi bukan sahaja boleh dilihat atau ditonton tetapi
ianya juga boleh dimuat turun dengan mudah dan disebarkan dengan pantas melalui aplikasi-
aplikasi di dalam telefon pintar pada zaman sekarang seperti Whatsapp, Telegram, Twitter dan
Youtube.

Laman-laman web pornografi ini kebanyakannya percuma dan jika ia perlu dibayar atau
telah disekat oleh siber Malaysia, mereka masih boleh mencari pilihan-pilihan yang lain di
internet. Terdapat pelbagai kategori dalam pornografi yang dibahagikan mengikut aksi-aksi
yang normal atau tidak normal seks untuk memenuhi citarasa seseorang individu. Pornografi ini
telah membawa impak negatif yang besar bagi seseorang individu apatah lagi remaja. Menurut
NSTP (New Strait Time Press), terdapat kira-kira 700,000 penonton pornogafi di Malaysia dan
dijangka akan mencapai satu juta pada hujung 2005. Ini membuktikan bahawa Malaysia telah
jauh terdedah dengan pornografi di internet dan wujudnya isu perkhidmatan seks melalui
internet bagi remaja-remaja perempuan yang berusia 15 hingga 25 tahun dengan tujuan
mereka boleh mendapat bayaran sehingga RM700. Menurut Utusan Malaysia pula, terdapat isu
pelajar yang suka membuang masa di kafe siber dengan bukan sahaja untuk melepak dan
bermain komputer malahan ianya turut menyajikan laman-laman web pornografi di internet
seperti yang diluahkan oleh pembaca di ruangan “Forum Utusan Malaysia” tentang sebuah kafe
siber di Shah Alam yang beroperasi 24 jam yang membenarkan kanak-kanak dan golongan
remaja melihat video lucah di internet tanpa sebarang sekatan.

31
12.6.2 Isi 2

Selain internet, kurang pendidikan seks terhadap masyarakat juga merupakan salah satu
punca pornografi di Malaysia. Ini adalah kerana masyarakat tidak menerima pendedahan yang
mencukupi terhadap pendidikan seks sejak kecil. Pertama sekali, pendidikan seks ini perlulah
dididik oleh ibu bapa sendiri. Akan tetapi, kebanyakan ibu bapa tidak bersedia untuk membuka
topik mengenai seks kepada anak-anak. Mereka beranggapan pendidikan seks ini adalah hal
peribadi dan tidak sanggup menjawab persoalan anak-anak yang luar jangka. Tambahan pula,
ibu bapa juga berkemungkinan mempunyai ilmu pengetahuan mengenai pendidikan seks yang
tidak mencukupi. Kemungkinan mereka hanya mengetahui tentang haid, bagaimana
menghadapi dan mengerjakannya tetapi tidak tahu tentang proses terjadinya manusia, proses
kehamilan, kelahiran dan penyakit-penyakit yang serius disebabkan oleh aktiviti seks. Oleh
kerana kurangnya ilmu pengetahuan terhadap pendidikan seks, ibu bapa tidak mampu memberi
penerangan yang jelas dan tepat kepada anak-anak.

Bukan sahaja ibu bapa tetapi ada di kalangan remaja berasa malu untuk bertanya soalan
tentang pendidikan seks kepada ibu bapa mereka. Ini adalah kerana mereka menganggap ibu
bapa mereka akan mengelak atau marah mereka dengan persoalan itu. Oleh itu, mereka
berpendapat bahawa untuk menjawab perasaan ingin tahu itu, ia lebih memudahkan untuk
melayari internet yang boleh membawa mereka ke laman web yang salah seperti laman web
pornografi.

Pada tahun 1995, jumlah mangsa rogol meningkat dari setahun ke setahun sehingga
mencapai angka 1005 orang. Seramai 401 mangsa adalah remaja berusia bawah 16 tahun dan
601 mangsa adalah berusia lebih dari 16 tahun. Kebanyakan kes rogol di Malaysia ini
membabitkan orang rapat mangsa sendiri seperti teman lelaki, bapa kandung, bapa tiri, bapa
saudara, abang, adik, datuk dan jiran dan juga di atas kerelaan mangsa sendiri. Pertambahan
kes rogol ini menunjukkan pengetahuan mengenai pendidikan seks yang cetek di mata
masyarakat terutamanya golongan remaja berusia bawah 16 tahun. Justeru itu, pendidikan
seks perlulah didedahkan supaya generasi masa hadapan tidak tertaksub dengan pornografi
dan dapat mempelajari pendidikan seks dari sumber yang benar dan sah.

32
12.6.3 Isi 3

Pornografi bukanlah sesuatu perkara yang aneh didengari pada zaman kini. Hal ini
kerana, dengan kecanggihan telefon pintar yang boleh mengakses pelbagai perkara dengan
menggunakan internet menyebabkan sesetengah masyarakat menyalahgunakan internet
tersebut untuk mengakses perkara yang tidak sepatutnya seperti menonton pornografi.
Masyarakat yang sentiasa menonton pornografi akan menyebabkan ketagihan pornografi dan
ketagihan ini akan mencetuskan ramai pemangsa seksual.

Masyarakat yang sentiasa menonton pornografi sehingga menjadi satu ketagihan akan
lebih cenderung untuk menjadi pelaku kes gejala sosial seperti kes merogol. Sekretariat
Pertubuhan Wanita IKRAM Malaysia (Wanita IKRAM), Dr Shamsuriani Md Jamal berkata
bahawa ibu bapa pada masa kini berasa risau jika ahli keluarga mereka terutama wanita akan
menjadi salah satu daripada manga rogol, sumbang haram atau terbabit dengan seks bebas
disebabkan golongan yang sentiasa menonton pornografi yang tidak menyedari bahawa
ketagihan pornografi akan menyebabkan mereka menjadi pemangsa seksual.

Kajian pada masa kini menunjukkan bahawa lebih daripada 300 remaja yang berusia 13
hingga 17 tahun di Malaysia telah menonton pornografi seawal usia 10 tahun walaupun secara
langsung atau tidak langsung. Remaja berumur seperti ini akan bermula daripada melihat
gambar lucah dan jika perkara itu tidak memberi kepuasan kepada mereka, mereka akan
mencari video lucah untuk memuaskan nafsu mereka. Hal ini berlaku kerana ada di antara
kanak-kanak yang berumur 10 tahun mendapat akses untuk menonton pornografi menerusi
laman web yang muncul secara tiba-tiba ketika mereka sedang menggunakan internet. Perkara
ini dinamakan iklan yang sentiasa muncul secara tiba-tiba di setiap laman web.

Kanak-kanak adalah manusia yang sentiasa ingin mengetahui sesuatu perkara jika
melihat sesuatu. Apabila iklan lucah itu muncul di laman web, mereka akan menekan iklan itu
dan secara tidak langsung mereka berjaya mengakses laman web lucah yang mempunyai
gambar dan video lucah. Hal ini menyebabkan, kanak-kanak berumur 10 tahun mengetahui
cara-cara untuk melihat dan menonton pornografi. Bukan itu sahaja, ada diantara mereka yang
melihat dan menonton pornografi daripada video yang rakan sebaya mereka kongsi. Ketagihan
ini bertambah teruk apabila ada daripada mereka menjadikan pornografi sebagai benda yang
seronok terutama mereka yang sentiasa menyendiri dan berasa murung.

33
Perkara ini akan menyebabkan pemangsa seksual bertambah kerana mereka sudah
terjebak dengan pornografi sejak daripada kecil dengan cara menonton video pornografi.
Remaja yang sudah lama terjebak akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti
merogol seseorang yang tidak dikenali dan yang tidak bersalah. Mangsa biasanya akan
memakai baju yang sopan dan menutup aurat seperti jubah dan baju kurung tetapi mereka
dijadikan mangsa oleh pemangsa seksual. Hal ini kerana, mereka tidak dapat memuaskan
nafsu mereka dengan hanya melihat dan menonton pornografi sehingga mereka mencari
alternatif yang baru iaitu mencari mangsa untuk mereka melepaskan nafsu dengan melakukan
perkara yang sama seperti di dalam video pornografi yang mereka telah lihat.

Bukan sahaja mereka mencari seseorang yang tidak dikenali malah ada sesetengah
daripada mereka melakukan hubungan seks bersama keluarga mereka dan tercetusnya
sumbang haram yang amat dilarang di dalam Islam. Contohnya, mereka akan memaksa ahli
keluarga mereka untuk melakukan hubungan seks untuk memuaskan nafsu mereka. Kejadian
ini boleh berlaku di antara abang dan adik, ibu dan anak, bapa dan anak. Hal ini menyebabkan
banyak kejadian anak luar nikah, pembunuhan dan bunuh diri yang berlaku disebabkan
ketagihan pornografi.

Ramai pemangsa seksual yang melakukan jenayah hanya menyerang kanak-kanak,


jantina atau kaum tertentu. Perkara ini biasanya akan berlaku di dalam Internet seperti
Facebook, Twitter, Tiktok dan Instagram. Pemangsa akan menghubungi mangsa untuk
meminta nikmat seksual untuk diri mereka seperti gambar- gambar yang lucah sebelum mereka
bertemu untuk melakukan perkara terkutuk tersebut. Jika mangsa tidak ingin melakukan
perkara terkutuk tersebut, pemangsa seksual akan mengancam untuk membahayakan keluarga
mangsa atau membunuhnya. Jika jawapan mangsa tidak diterima, mereka akan berkomunikasi
dengan rakan-rakan mangsa dengan berkongsi gambar-gambar lucah secara dalam talian dan
memberi nombor telefon mangsa kepada sesiapa sahaja.

Akhir sekali, orang yang terlibat dalam perbualan seksual di Internet bersama kanak-
kanak juga dianggap pemangsa seksual. Mereka bukan sahaja cuba untuk memperdaya kanak-
kanak untuk bertemu malah meminta foto lucah dan melakukan perbualan sifat seksual. Bukan
itu sahaja, mereka menggunakan maklumat yang mereka dapat daripada kanak-kanak untuk
masuk ke asrama sekolah untuk mencari mangsa untuk melepaskan nafsunya.

34
12.6.4 Isi 4

Pelbagai kesan pornografi terhadap pemikiran masyarakat yang telah disebut. Kesan
yang seterusnya ialah pornografi akan menyebabkan kerosakan otak. Perkara ini sering berlaku
pada era globalisasi ini kerana kencanggihan telefon pintar dan internet.

Hal ini disebabkan, tayangan cerita pada zaman kini terutama animasi sudah
mempunyai unsur- unsur lucah. Ini menyebabkan ibu-bapa berasa risau terhadap anak-
anaknya yang sentiasa menonton animasi di televisyen. Bukan sahaja di televisyen malah di
Youtube juga mengandungi adegan pornografi ringan atau juga dikenali sebagai soft
pornography. Adegan berkenaan merangkumi babak seperti bercium yang menyebabkan anak
kecil sentiasa ingin melihat perkara tersebut dan teringin untuk mencuba dan merasainya
sendiri sekaligus akan merosakkan otak anak-anak kecil ini dan menyebabkan mereka
mengingati perkara yang tidak senonoh.

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 32 yang membawa maksud:

‘Jangan dekati zina kerana zina itu perbuatan yang buruk lagi hina’

Berdasarkan ayat tersebut, ibu bapa perlu memantau segala tingkah laku anak-anak
dengan cara memantau pengunaan telefon bimbit dari semasa ke semasa untuk menghalang
perkara yang tidak diingini berlaku. Mereka juga hendaklah diberi pendidikan yang akan
meningkatkan akhlak, tingkah laku dan juga moral daripada kecil supaya mereka mengetahui
perkara yang benar dan salah serta menjadi manusia yang berakhlak dan bermoral pada masa
hadapan. Bukan itu sahaja, menjadi manusia yang tidak mendekati zina dan sentiasa
melakukan kebaikan.

Pornografi akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan manusia. Antaranya ialah
kerosakan saraf otak untuk jangka masa yang panjang dan akan menjejaskan ingatan.
Ketagihan melihat bahan lucah akan mengakibatkan bahagian tengah depan otak yang dikenali
sebagai Ventral Tegremental Area (VTA) secara fizikal akan mengecil.

Bukan itu sahaja, pornografi juga akan menimbulkan perbezaan kepada bahan kimia
neurotransmiter dan akan melemahkan fungsi kawalan badan. Hal ini menyebabkan seseorang
yang sangat ketagih dengan pornografi tidak dapat mengawal perilakunya. Seseorang itu
perlulah berhenti untuk menonton pornografi kerana ia dilarang oleh Allah. Hal ini kerana
perkara ini sudah disebut di dalam Al-Quran.

35
Pornografi nyata-nyata dilarang oleh Allah dalam ayatnya Quran surat 16:90.

– ‫ِإَّن َهَّللا َي ْأُمُر ِباْلَع ْد ِل َو اِإْلْح َس اِن َو ِإيَت اِء ِذي اْلُقْر َب ٰى َو َي ْن َه ٰى َع ِن اْلَفْح َش اِء َو اْلُمنَك ِر َو اْلَب ْغ ِيۚ َيِع ُظ ُك ْم َلَع َّلُك ْم َت َذ َّك ُروَن‬

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi
kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan.
Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”

Kesan ketagihan pornografi terhadap otak akan bermula berkembang secara perlahan
dan akan melalui beberapa tahap sehingga mengakibatkan ketagihan yang amat teruk yang
ditonjolkan dengan tindakan impulsif seperti hilang perasaan malu dan akhirnya perubahan
sikap yang ketara. Kesan pornografi juga akan meruntuhkan keharmonian sebuah institusi
kekeluargaan kerana ia akan menyebabkan seseorang berasa merendah diri, perasaan yang
kosong, dan kesepian antara pasangan yang telah berkahwin.

Mereka yang ketagih dengan menonton pornografi mempunyai ketagihan seperti


mengambil dadah jenis kokain kepada otak. Hal ini kerana, ia akan membawa masalah
kemurungan dan memberi tekanan. Sebagai contoh, apabila seseorang yang ketagih itu tidak
puas ketika menonton pornografi, dia akan menonton lagi sehingga dia puas. Ramai golongan
wanita yang menonton pornografi di telefon pintar manakala lelaki yang ketagihan pornografi
pula akan menyebabkan dan melakukan jenayah seksual sama ada kepada kanak-kanak atau
kepada orang lain. Sebagai manusia yang beragama Islam, kita haruslah menggunakan akal
yang telah diberi untuk membezakan perkara yang benar dan salah. Menonton pornografi
adalah perkara yang salah di dalam Islam bahkan akan membahayakan kesihatan kita serta
mengundang perkara yang tidak diingini berlaku seperti jenayah seksual. Hal ini kerana, Allah
menentang pornografi baik itu secara terang-terangan mahupun tersembunyi, seperti yang kita
jumpai pada:

‫ُقْل ِإَّنَم ا َح َّر َم َر ِّبَي اْلَفَو اِحَش َم ا َظَهَر ِم ْنَها َو َم ا َبَطَن َو اِإْل ْثَم َو اْلَبْغ َي ِبَغْيِر اْلَح ِّق َو َأن ُتْش ِرُك وا ِباِهَّلل َم ا َلْم ُيَنِّز ْل ِبِه‬
‫ُس ْلَطاًنا َو َأن َتُقوُل وا َع َلى ِهَّللا َم ا اَل‬
7:33 ‫َتْع َلُم وَن‬

Katakanlah: “Rabbku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak
mahupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang
benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan
hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa saja yang tidak
kamu ketahui””. (QS. 7:33)

36
12.6.5 Isi 5

Mungkin ada diantara kita masih terpinga-pinga dengan persoalan, mengapakah masih
ada sejumlah besar umat manusia melibatkan diri dalam pornografi? Akan tetapi, kita hanyalah
manusia yang tidak mempunyai kuasa dan kemampuan untuk merubah sikap mereka yang
tidak lekang dengan pornografi. Walaupun begitu, kita masih mempunyai kebolehan untuk
berusaha sedaya upaya mendorong serta menarik saudara-saudara kita dari lembah kegelapan
dan kembali kearah yang benar. Hal ini dapat dilakukan dengan berkongsi di pelbagai medium
teknologi hari ini mengenai kebenaran tentang keburukan pornografi kepada kehidupan kita
sebagai manusia dan makhluk Allah SWT.

Terdahulu di pendahuluan, sudah kita bicara bahawasanya masalah pornografi di zaman


kini adalah semakin berleluasa. Maka disini, akan kita bincangkan pula berkaitan keburukan
ataupun kesan menjejakkan langkah ke lembah pornografi. Pornografi ataupun pornoaksi ini
boleh membawa satu kesan yang amat buruk dan besar iaitu ketagihan onani dan kes jenayah.
Onani, ataupun juga dikenali sebagai melancap dan masturbation adalah satu cara memuaskan
nafsu dan tekanan seksual seseorang yang dilakukan bersendirian dengan cara menerokai,
meraba, menggosok bahagian sulit dan anggota badan sehingga diakhiri dengan keluarnya air
mani (orgasma atau klimaks).

Apakah kaitannya onani dan pornografi? Realitinya, kedua-dua hal ini mendorong kepada
satu sama lain, atau dengan bahasa yang lebih mudah dikatakan bahawa, aktiviti pornografi
akan menjurus kepada onani. Manusia dicipta dengan sifat ghairah dalam diri yang bertujuan
untuk kemaslahatan hubungan rumahtangga dan pernikahan antara suami dan isteri, serta
untuk menjaga keturunan dan zuriat. Namun begitu, apabila ada golongan yang melihat,
membaca atau membayangkan pornografi secara sengaja, keghairahan itu akan wujud. Hal ini
secara tidak langsung akan mendorong seseorang untuk mencari jalan bagi memuaskan
ghairah itu dengan apa jua cara, iaitu beronani.

Menurut laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, onani dari sudut bahasa
berasal daripada perkataan ‫ استمنى‬yang membawa maksud mengeluarkan air mani. Manakala
dari sudut istilah pula, ia bermaksud ‘’Mengeluarkan air mani tanpa melalui proses bersetubuh,
sama ada secara haram seperti menggunakan tangan bagi memenuhi tuntutan syahwat,
ataupun secara tidak haram, seperti mengeluarkan air mani melalui tangan isteri’’. Manakala
hukum beronani pula adalah merujuk kepada firman Allah SWT;

37
‫َو اَّلِذيَن ُه ْم ِلُفُروِجِه ْم َح اِفُظ وَن ِإاَّل َع َلٰى َأْز َو اِجِه ْم َأْو َم ا َم َلَكْت َأْي َم اُنُهْم َف ِإَّن ُهْم َغ ْيُر َم ُلوِميَن َفَم ِن اْبَتَغ ٰى َو َر اَء َٰذ ِلَك َف ُأوَٰل ِئَك ُه ُم اْلَع اُدوَن‬

Maksudnya: (Dan golongan yang beriman itu) adalah mereka yang memelihara kemaluan
mereka. Melainkan ke atas para isteri mereka atau hamba-hamba sahaya mereka,
sesungguhnya mereka itu tidak tercela. Maka sesiapa yang mencari-cari di sebalik itu mereka
merupakan golongan yang melampaui batas.

Surah Al-Mu’minun (5 - 7)

Merujuk ayat tersebut, rata-rata para ulama menyatakan bahawa hukum beronani adalah
haram. Imam Al-Syafie dalam ulasan beliau kepada ayat ini berkata:

‫َف اَل َيِحُّل اْلَع َم ُل ِبالَّذ َك ِر إاَّل ِفي الَّز ْو َج ِة َأْو ِفي ِم ْلِك اْلَي ِميِن َو اَل َيِحُّل ااِل ْس ِتْم َن اُء َو ُهَّللَا َت َع اَلى َأْع َلُم‬

Maksudnya: Tidak halal menggunakan zakar melainkan kepada isteri atau kepada hamba
perempuan yang dimiliki. Dan tidak halal perbuatan istimna’ (mengeluarkan air mani).

Rujuk Al-Umm, Al-Syafi’e (5/102).

Para ulama yang mengharamkan perbuatan ni tidak mengecualikan sama ada lelaki
ataupun perempuan. Kata Imam al-Ruhaibani dari kalangan fuqaha hanabilah: ‘’Dan sesiapa
yang beronani dari kalangan lelaki dan perempuan tanpa sebarang hajat, maka haram
melakukannya dan dia dihukum takzir atas perbuatan tersebut kerana ia merupakan suatu
maksiat’’.

Rujuk Mathalib Ulil Nuha, Al-Ruhaibani (6/226).

Benar, pornografi dan beronani akan membawa kepada kepuasan kepada diri. Namun,
itu hanyalah satu nikmat yang jika hendak dibandingkan, lebih banyak keburukan yang
dibawanya. Antaranya ialah, mendorong perlakuan jenayah. Jika sudah terjebak sekali ke
dalam aktiviti ini yang sifatnya adalah untuk memuaskan nafsu, tidak mustahil bagi seseorang
itu untuk menjadi ketagih dengannya dan hilang kawalan.

Satu contoh kesan pornografi yang amat dahsyat adalah merujuk kepada satu kes
jenayah yang berlaku di sekitar 1970-an. Kes ini melibatkan pembunuh bersiri bernama Ted
Bundy, dimana pembunuhan kejam beliau telah menggemparkan kaca televisyen, radio stesen
dan akhbar-akhbar di Amerika Syarikat. Perbicaraan kes ini berlanjutan amat lama iaitu

38
sehingga 1989 dimana akhirnya beliau mengakui telah merogol dan membunuh 35 orang
wanita muda. Perbuatan keji beliau tidak dapat disangka sama sekali oleh orang disekelilingnya
kerana rupa parasnya yang amat kacak serta paparan kata-katanya yang baik dan manis.
Namun begitu, setiap kejahatan pasti akan terungkai jua. Beliau telah ditangkap dengan
bantuan keterangan para saksi yang menjumpai mayat-mayat wanita yang dibunuh beliau.

Punca kepada pembunuhan yang dilakukan oleh Ted Bundy adalah untuk kepuasan diri.
Dalam satu perbicaraan, beliau berkata bahawa, apabila beliau berjaya mendominasi
mangsanya, beliau berasa amat terangsang secara seksual dan seterusnya hal ini membawa
kepada aktiviti merogol mangsanya secara paksa, dengan cara yang amat ekstrem dan ganas
sehingga mereka mati. Walaupun begitu, beliau tetap berasa puas apabila melihat mangsanya
yang lemah dan tidak bernyawa, ibarat mereka telah menyerahkan diri mereka untuk beliau
gunakan sehingga puas.

Kekejaman yang ditunjuk oleh Ted Bundy ini hanyalah satu daripada banyak lagi
pemangsa lain yang juga berpunca daripada dorongan oleh pornografi. Aksi-aksi yang
dipaparkan oleh pornografi menghasut mereka untuk mempergunakan orang lain seperti
wanita-wanita dan kanak-kanak untuk tujuan memuaskan nafsu seksual mereka. Apabila fikiran
mereka telah dicemari hal ini, kewarasan mereka diketepikan dan hanya memandang satu titik
tujuan iaitu untuk kepuasan berterusan.

39
12.6.6 Isi 6

Sudah kita bincangkan bahawa pornografi ini akan membawa mudarat kepada orang lain
secara tidak langsung dengan perbuatan jenayah, rogol dan sebagainya. Di sini akan kita
ulaskan akibat atau kesan buruk pornografi terhadap diri individu yang terlibat dengannya.
Sememangnya, pornografi ini sudah jelas kita ketahui bahawa ianya adalah tidak baik dan tiada
ganjaran sihat. Tambahan kepada itu pula, pornografi juga membawa impak negatif terhadap
emosi dan produktiviti kehidupan seharian individu.

Pornografi boleh membawa kepada ketagihan kepada individu yang melibatkan diri
dengannya. Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Cambridge University pada tahun
2013, hal ini disamakan seperti ketagihan dadah kerana, ketika individu menonton video lucah
atau bahan-bahan bacaan lucah, otak mereka akan merembeskan satu hormon yang dipanggil
dopamine. Hormon ini akan terhasil dengan jumlah yang sangat tinggi dalam individu tersebut
setelah mereka berjaya memuaskan nafsu mereka, dan ini adalah ibarat seorang penagih
dadah. Disebabkan oleh itu, penghasilan hormon dopamine yang sangat tinggi ini dianggap
tidak normal dan juga tidak sihat.

Mereka yang mengalami penghasilan hormon tidak normal ini mudah dikaitkan dengan
gangguan emosi yang tidak stabil. Gangguan mood seperti cepat marah, mudah berasa
tertekan, kebimbangan dan ketakutan yang teruk, merasa malu untuk berkomunikasi, dan suka
bersendirian. Lebih teruk lagi, akibat ketagihan pornografi, individu boleh kehilangan emosi
mereka, menyebabkan mereka menjadi kusam, lesu dan lemah. Berdasarkan satu laman web
Your Brain on Porn dalam perbicaraan tentang ‘bolehkah pornografi menggunakan emosi saya’,
seorang lelaki telah menjawab soalan tentang apa yang berlaku kepada emosi individu yang
terlibat dengan pornografi dan lucah:

"Lucah, pada intinya, sama seperti bahan atau tingkah laku ketagihan yang lain. Ia
menghilangkan rasa sakit anda, tetapi di dalamnya terletak masalahnya. Anda lihat, anda tidak
dapat mematikan emosi atau perasaan secara selektif tanpa mematikan setiap emosi dan
perasaan lain. Jadi, walaupun perkara-perkara ini melemahkan kerentanan, kesepian,
kesedihan, kekecewaan dan ketakutan, mereka juga melemahkan emosi positif seperti
kebahagiaan, harapan, kegembiraan dan cinta."

Begitu diulaskan oleh beliau tentang perubahan emosi kepada individu yang terlibat
dengan aktiviti buruk ini. Bagaimanakah emosi kita boleh menjadi mati? Sifat otak manusia
adalah berkembang untuk berusaha memperoleh dan mengekalkan homeostasis. Homeostasis

40
ialah satu mekanisma automatic untuk mengekalkan keseimbangan persekitaran dalam badan
manusia meskipun persekitaran luaran sentiasa berubah. Mekanisma ini akan bertindakbalas
kepada rangsangan yang lemah mahupun kuat untuk menyesuaikan badan kita dengan
ransangan tersebut ke paras yang normal. Misalnya, ia mengabaikan isyarat saraf dengan
mengubah tahap reseptor sel saraf untuk neurotransmiter utama. Oleh itu, rangsangan yang
berlebihan dan terlalu kuat boleh menyebabkan kebas, atau tindak balas yang tidak jelas
terhadap rangsangan, termasuk rangsangan yang bermanfaat.

Perkara-perkara yang diperkatakan di atas jelas menunjukkan bahaya pornografi kepada


emosi kita. Akibat gangguan emosi, produktiviti kehidupan seharian individu juga semestinya
akan terjejas. Individu yang sering melihat, membaca, dan menonton pornografi lebih
cenderung berfikiran kotor atau lucah akibat membayangkan aksi-aksi lucah di dalam fikiran
mereka ketika menjalankan aktiviti harian. Ini akan menyebabkan mereka kehilangan
momentum dan fokus terhadap tujuan kerja mereka, sekaligus memberi kesan kepada
produktiviti mereka.

Terjebak dalam porno juga menyebabkan minda dan tubuh berasa letih, keliru, tidak
bersemangat, dan berasa sesak atau serabut. Ini secara automatik juga akan mengurangkan
kelancaran harian, mengganggu produktiviti individu kerana mereka sering hilang semangat
dan tiada dorongan setelah tubuh badan dan minda mereka menjadi lemah. Selain daripada hal
itu, ada juga individu kehilangan motivasi dan visi hidup setelah jauh terjerumus dalam
pornografi. Hal ini adalah disebabkan oleh minda yang semakin hari, semakin lemah,
menjadikan mereka teurs menerus mempersoalkan tujuan kehidupan mereka, kerjaya dan
masa hadapan mereka dalam keadaan diri yang tidak stabil secara fizikal dan mental.

Sebagai contoh, pelajar yang terlalu kerap menonton porno mudah hilang semangat
ketika belajar dan juga mengalami masalah untuk memahami pelajaran yang dipelajari. Kesan
kepada perkara ini akan menimbulkan kemalasan, sering menangguhkan kerja, serta
mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Bagaimana pula dengan masa hadapan
mereka? Jika masalah ini berterusan dan tiada usaha dilakukan untuk mengurangkannya,
individu pelajar tersebut akan mengalami komplikasi pelajaran terus-menerus, keputusan
peperiksaan yang tidak memberangsangkan, sekaligus kejayaan dalam kerjaya di masa
hadapan mereka gelap dan semakin tipis.

41
12.6.7 Isi 7

Pada era keterbukaan dan globalisasi ini, jaringan interaksi sosial alam maya yang
semakin meluas bagai tiada perbatasan dan sekatan ini adalah amat membimbangkan. Lagi-
lagi dalam isu permasalahan pornografi dalam kalangan masyarakat kita yang mudah terbujuk
dan dipengaruh budaya tidak sihat seperti menonton dan memiliki bahan pornografi. Ahli
falsafah Belanda, Desiderius Erasmus mengungkap bahawa pencegahan adalah lebih baik
daripada mengubati. Bagi mengelakkan masalah berkaitan pornografi ini semakin kronik, setiap
individu hinggalah organisasi paling besar di negara kita harus menjalankan tanggungjawab
masing-masing bagi mengurangkan lantas menghentikan perilaku tidak senonoh ini dari terus
membengkak hingga menjadi normalisasi masyarakat.

Setiap individu perlu menjauhi dan melawan hawa nafsu yang mengajak diri melayari
laman web berunsur pornografi. Sebagai muslim, kita telah dididik untuk bertaubat dan insaf
sepenuh hati daripada melakukan kemungkaran dan perlu sedar akan hakikat dosa melayari
laman web pornografi, sesungguhnya Allah SWT melaknati manusia yang menyalahgunakan
pancaindera yang dikurniakan untuk melakukan perbuatan maksiat. Menghindarkan diri
daripada orang-orang yang melakukan dosa maksiat dan merapatkan hubungan dengan Allah
SWT melalui aktiviti keagamaan seperti solat sunat, membaca Al-Quran dan menghadiri majlis
ilmu agama bagi mengukuhkan ketaatan kepada tuhan yang Maha Esa. Pembacaan Al-Quran
diiringi dengan pemahaman terhadap maksudnya adalah antara kaedah untuk menanam rasa
takut di hati terhadap seksaan hari kiamat akibat daripada dosa yang dilakukan, justeru
menghentikan tabiat menonton pornografi.

Setiap muslim harus menahan hawa nafsu dengan memelihara pancaindera mereka
seperti mata, lidah dan hati. Menurut imam al-Ghazali, mata adalah pancaindera pertama yang
perlu dijaga oleh manusia kerana ia boleh menjadi punca kepada fitnah dan bencana, firman
Allah SWT;

“Sampaikanlah wahai Muhammad kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka mesti
menundukkan penglihatannya dan memelihara farajnya, yang demikian itu lebih baik untuk
mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui perbuatan mereka.”

Menundukkan pandangan mata adalah salah satu langkah mencegah perbuatan maksiat
seperti menonton pornografi yang disarankan oleh Allah SWT melalui Surah Al-Nur ayat 30.

42
Manusia yang tidak menjaga pandangan mata mereka, akan mudah terjebak dengan kelakuan
tidak senonoh kerana mata yang dibiarkan melihat bebas tidak dapat lari dari memandang
perkara-perkara yang haram dan perkara yang dilihat itu boleh melekat pada hati seterusnya
membentuk khayalan yang panjang serta meransang seksual dan memesong emosi kearah
kemudaratan.

Menurut imam al- Ghazali juga, lidah merupakan anggota badan yang paling buas dan
digambarkan bagai pedang kerana kebolehannya yang seringkali menimbulkan fitnah dan
kerosakan. Setiap perkataan yang dikeluarkan oleh lidah akan mempengaruhi anggota tubuh
yang lain dalam mengerjakan perkara kebaikan dan keburukan. Oleh itu setiap anggota
masyarakat perlu menjaga percakapan daripada perkara-perkara keji atau mengajak orang lain
melakukan perkara yang haram disisi Islam.

Hati merupakan kekuatan dan kelemahan setiap manusia kerana ianya boleh
mempertahankan keimanan seseorang malah menjadi medium yang paling mudah ditunggangi
syaitan untuk menghasut manusia melakukan kerosakan terhadap diri dan manusia lain.
Melalui hati, syaitan dapat membisikkan kemungkaran dan penyambutnya yang paling pantas
adalah hawa nafsu yang demikian amat sukar untuk dikawal. Oleh itu, bagi mencegah ianya
dari berlaku, kita harus istiqomah untuk berubah kearah kebaikan. Sentiasa berdoa supaya hati
kekal kuat selepas berniat untuk bertaubat kerana doa adalah senjata orang mukmin.
Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pengurus, jika kita berserah dan tawakal selepas
berusaha meninggalkan kemungkaran, Allah akan membantu kita dalam perjalanan menjadi
manusia yang berubah kepada kebaikan dan menjauhi perkara buruk seperti pornografi.

Keluarga juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah pornografi kerana
keluarga adalah unit terkecil masyarakat dan yang paling dekat dengan seseorang individu.
Banyak kajian mendapati bahawa adalah amat sukar untuk mengubah tabiat yang sudah biasa
dilakukan sejak kecil. Jika orang dewasa yang mula menonton pornografi pada usia 30-an
menghadapi kesukaran untuk berubah, bayangkan pula orang-orang yang telah lama terdedah
dengan pornografi sejak zaman kanak-kanak lagi. Situasi ini amat menggerunkan kerana
pengetahuan mereka tentang pornografi ini mungkin menjangkaui kotak pemikiran manusia
normal. Bagi menghalang tabiat menonton pornografi sejak kecil, ibu bapa dan ahli keluarga
yang lebih dewasa perlulah memastikan setiap gajet dan alat telekomunikasi yang ada dirumah
tidak menyimpan sebarang video, gambar atau filem yang berunsur seksual. Malah, lebih baik
jika alatan elektronik dirumah dipasangkan dengan perisian yang boleh menapis laman web
tidak senonoh dan iklan-iklan yang menghairahkan.

43
Jika diperhatikan, ibu bapa pada zaman moden kini mengawal kerenah kanak-kanak
mereka dengan kaedah memberi telefon pintar, tab dan iPad untuk menonton kartun di aplikasi
Youtube supaya mereka tidak merengek semasa ibu bapa melakukan sesuatu pekerjaan. Ada
berlakunya situasi dimana ibu bapa terlalu sibuk sehingga tidak perasan anak kecil mereka
tertonton video kartun yang tidak senonoh diaplikasi tersebut secara tidak sengaja. Anak-anak
yang masih kecil tidak faham apa yang mereka lihat itu adalah salah, tanpa pengawasan yang
ketat oleh ibu bapa, anak-anak ini akan terus menonton, semakin lama terbiasa dan ketagih
dengan pornografi. Oleh itu, ibu bapa perlu sekurang-kurangnya menggunakan aplikasi
“Youtube for Kids” yang direka khas untuk menonton video kartun sesuai dengan umur dan
pemikiran kanak-kanak kecil supaya perkara ini tidak berlaku, atau sebaik-baiknya adalah tidak
memberikan langsung gajet tersebut.

Anak-anak yang kecil mahupun remaja mudah terpengaruh dengan apa yang mereka
lihat dan dengar disekeliling mereka. Oleh hal yang demikian, ibu bapa dan orang dewasa
dirumah harus berwaspada dengan setiap tingkah laku dan percakapan yang digunakan
dirumah. Orang dewasa harus bertutur yang sopan dan tidak menggunakan kata-kata lucah
yang tidak sepatutnya anak kecil tahu. Sekiranya ibu bapa ingin melakukan persetubuhan,
mereka harus memastikan anak-anak mereka telahpun tidur dan berasingan daripada bilik
mereka. Hal ini supaya, anak-anak itu tidak menyaksikan apa –apa yang berlaku dibilik ibu
bapa mereka dan meniru apa yang terlihat.

44
12.6.8 Isi 8

Pihak kerajaan harus mengambil langkah drastik untuk menggubal undang-undang yang
lebih ketat untuk mengharamkan tontonan pornografi di Malaysia. Di negara kita terdapat
undang-undang yang melarang pemilikian atau penyimpanan apa-apa bentuk bahan yang
bersifat lucah dalam apa-apa juga bentuk dan medium ianya disimpan. Kesalahan ini boleh
didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan (Akta 574), yang membawa hukuman
penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.
Namun begitu, setakat ini masih belum ada undang-undang yang khusus bagi perlakuan
menonton pornografi secara atas talian.

Inisiatif sedia ada yang telah diwujudkan oleh kerajaan adalah Kod Kandungan
Komunikasi dan Multimedia Malaysia, yang mana memberi kuasa kepada Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat laman web pornografi. Walau
bagaimanapun, ini hanyalah kod tatalaku, bukanlah Akta yang diluluskan di Parlimen, dimana
kegiatan menonton pornografi masih dianggap tidak melanggar undang-undang. Pihak Polis
Diraja Malaysia juga memiliki program yang boleh mengakses data dan memantau pengguna
yang melayari laman web lucah. Tujuan sebenarnya adalah sebagai langkah untuk
membendung masalah pornografi kanak-kanak di Malaysia kerana Malaysia merupakan negara
yang paling banyak mengakses pornografi kanak-kanak di Asia Tenggara. Ini merupakan
jenayah yang amat serius dan dilarang sama sekali di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan
Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan
hukuman denda, penjara dan rotan.

Oleh kerana Malaysia berada di tangga ke-8 bagi kategori “negara dengan tempoh sesi
paling lama” yang menonton pornografi secara atas talian dan tontonan pornografi kanak-kanak
terbanyak dia Asia Tenggara, amatlah penting untuk kerajaan mengambil serius dalam
mengubal undang-undang untuk menjatuhkan hukuman kepada masyarakat yang menonton
pornografi ini. Ini terbukti bahawa mereka menjadi faktor penyumbang terbesar kes jenayah
pornografi kanak-kanak kerana tidak akan ada bekalan, jika tiada permintaan di pasaran
industri pornografi tersebut.

Natijahnya, dengan adanya undang-undang khusus untuk menghukum penonton


pornografi ini, pasti jenayah berkaitan keganasan seksual, pornografi kanak-kanak, pelacuran,
kes rogol dan keganasan rumah tangga dapat dibanteras. Oleh itu, setiap pihak haruslah sama-
sama berganding bahu mencegah masalah pornografi dalam masyarakat di Malaysia.

45
Sesungguhnya, lebih baik mencegah daripada mengubatinya apabila sudah tidak boleh dikawal
suatu masa kelak.

46
12.7 KESIMPULAN KAJIAN

Kesimpulannya, ketagihan pornografi ini adalah satu masalah moral yang telah
membawa impak negatif bagi seseorang inidividu. Berdasarkan dapatan kajian, setelah meneliti
kesan-kesan pornografi terhadap masyarakat yang boleh merenggangkan hubungan sesama
manusia dengan tuhan dan juga hubungan silaturrahim manusia sesama manusia. Hal ini boleh
menjadi satu kesedaran bagi rakyat Malaysia untuk membuka mata bahawa betapa seriusnya
kesan ketagihan pornografi ini.

Pornografi ini perlulah dijauhkan kerana perbuatan ini amatlah dilaknat oleh Allah SWT.
Banyak ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah SWT dan juga hadis Rasulullah
SAW yang menitikberatkan betapa besarnya dosanya perkara yang boleh mendatangkan zina
ini. Allah SWT amat menyayangi semua umat manusia sehinggakan dia telah memberi amaran
kepada umat manusia untuk menjauhi daripada zina kerana Dia mengetahui bahawasanya ia
memberi lebih banyak kesan negatif pada diri sendiri daripada kesan positif.

Oleh itu, semua pihak di Malaysia ini perlulah bekerjasama mengambil tindakan yang
pantas dan tegas bagi mencegah ketagihan pornografi terhadap masyarakat Malaysia. Ini
adalah perkara yang amat merisaukan jika pornografi ini tidak diberhentikan dengan serta-
merta. Langkah-langkah pencegahan pornografi amatlah dititikberatkan agar berjaya dapat
mengurangkan ketagihan pornografi terhadap masyarakat pada masa hadapan kelak.

47
12.8 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

1. 'Ketagihan pornografi cetuskan pemangsa seksual' | Berita Harian. (2021).


Retrieved 1 June 2021, from
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/wanita/lain-lain/
2017/10/340543/ketagihan-pornografi-cetuskan-pemangsa-seksual
2. AIDA, R. (2021). Awasi unsur pornografi dalam animasi, kartun. Retrieved 1
June 2021, from
https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/114538
3. Kesan ketagihan pornografi kepada otak sama seperti mengambil kokain | Astro
Awani. (2021). Retrieved 1 June 2021, from https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/kesan-ketagihan-pornografi-kepada-otak-sama-seperti-mengambil-
kokain-151902?amp=1
4. Ketagihan pornografi rosakkan otak | Berita Harian. (2021). Retrieved 1 June
2021, from
https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2018/04/406081/ketagihan-
pornografi-rosakkan-otak
5. Redaksi, C. (2021). Pornografi di Internet, Larangan Al-Quran dan Potensi
Kerusakan Otak - Islami[dot]co. Retrieved 1 June 2021, from
https://islami.co/pornografi-di-internet-larangan-al-quran-dan-potensi-kerusakan-
otak/
6. Soebagijo, A., 2008. Pornografi: dilarang tapi dicari. [ebook] Jakarta: Gema
Insani, pp.25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32. Available at:
https://books.google.com.my/books?
id=j8cqPTvfR9AC&pg=PA27&dq=pornografi&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwis4Z7
72vDwAhXoxzgGHR6zCucQ6AEwA3oECAgQAw#v=onepage&q=pornografi&f=f
alse
7. Norman, A., 2020. KETAGIHAN PORNOGRAFI DALAM KALANGAN REMAJA:
FAKTOR DAN IMPLIKASI TERHADAP SAHSIAH DIRI REMAJA. [ebook] pp.2,
3, 4, 5, 6, 7, 8. Available at:
https://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/43488/11262 [Accessed 1 June
2021].

48
8. Muchlis.,2017. MENCEGAH PORNOGRAFI DALAM PERSPEKTIF
PENDIDIKAN ISLAM. [ebook] pp.2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Available at:
https://ejournal.iaimbima.ac.id [Accessed 1 June 2021].
9. Mahaizura Abd Malik. (Julai 29, 2018). Tonton Pornografi Ubah Kimia dalam
Otak. Harian Metro. Retrieved 4th June 2021 from
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/362822/tonton-pornografi-ubah-
kimia-dalam-otak-metrotv
10. Arman Khaidir (Oktober 30, 2020). Pornografi – Punca, Bahaya Ketagihan &
Kesan Buruk yang Boleh Berlaku. SuamiSihat.com.my. Retrieved 4th June 2021
from https://suamisihat.com.my/kesihatan/pornografi/
11. Arie Sulistyoko dan Rusna Yulida. (September 17, 2019). Pornografi Dalam
Perspektif Hukum dan Moral. [ebook] pg113, 114, 115, 116, 117, 118, 119, 120,
124, 125, 126,127, 128, 129. Retrieved 4th June 2021 from
https://core.ac.uk/download/pdf/327228296.pdf
12. Ahmad Farid (Disember 6, 2019). Ketagihan Pornografi? Ini Kesannya Terhadap
Anda!. Hello Doktor. Retrieved 4th June 2021 from
https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/ketagihan/ketagihan-pornografi/
13. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan (Disember 2, 2014).
Irsyad Al-Fatwa Ke-10: Ketagihan Video Lucah. Retrieved 4th June 2021 from
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2048-10
14. BERNAMA (Mac 23, 2019). 80 peratus Kanak-kanak 10-17 tahun Tonton
Pornografi. Berita Harian Online. Retrieved 4th June 2021 from
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/544573/80-peratus-kanak-
kanak-10-17-tahun-tonton-pornografi
15. Muhammad Fahmi Rusli (Mac 6, 2019). Irsya Al-Fatwa Siri Ke-295: Onani Tanpa
Mandi Wajib: Bagaimanakah Solat, Puasa, dan Perkahwinan?. Laman Web
Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Retrieved 4th June 2021 from
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3176-irsyad-al-
fatwa-siri-ke-295-onani-tanpa-mandi-wajib-bagaimanakah-solat-puasa-dan-
perkahwinan
16. Scott A. Bonn Ph.D. (Disember 30, 2019). Examining Serial Killer Ted Bundy.
Psychology Today. Retrieved 4th June 2021 from

49
https://www.psychologytoday.com/us/blog/wicked-deeds/201912/examining-
serial-killer-ted-bundy#:~:text=The%20primary%20motivation%20of%20such,and
%20control%20over%20his%20victims.

17. Admin (Julai 21, 2020). Melancap (Onani) – Betul ke Bahaya? Anda Perlu Tahu
Kebaikan & Keburukannya. SuamiSihat.com.my. Retrieved 4th June 2021 from
https://suamisihat.com.my/kesihatan-lelaki/melancap-onani/
18. Nicoletta Lanese (Julai 16, 2019). What Is Homeostasis?. Live Science. Retrieve
4th June 2021 from
https://www.livescience.com/65938-homeostasis.html#:~:text=Homeostasis
%20is%20the%20ability%20to,process%20energy%20and%20ultimately
%20survive.
19. Your Brain on Porn. Bolehkah pornografi menggunakan emosi saya?. Retrieve
4th June from
https://www.yourbrainonporn.com/ms/rebooting-porn-use-faqs/can-porn-use-
blunt-my-emotions/
20. Zakaria, M. Z., & Baharudin, D. F. (2011). Ketagihan Seks Siber: Pengalaman
Kaunselor di Malaysia. Retrieve 8th June from
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/5264/1/3%20Ketagihan%20Seks
%20Siber%3b%20Pengalaman%20Kaunselor%20di%20Malaysia.pdf
21. Shofiyah, S. (Jun 16, 2020). Dampak Media Sosial dan Pornografi Terhadap
Perilaku Seks Bebas Anak Di Bawah Umur. Alamtara: Jurnal Komunikasi dan
Penyiaran Islam. Retrieve 15th June from
http://ejournal.iai-tabah.ac.id/index.php/alamtaraok/article/view/503/373
22. b Salleh, H., & Din, C. R. B. C. (2006). Pendidikan Seksual dalam Menangani
Permasalahan Seksual Mahasiswa di IPT: Satu Tinjauan Kaunseling. Retrieve
from 15th June from
https://core.ac.uk/reader/11777130
23. Aziz, N. A. A. (Jun 30, 2009). Internet, Laman Web Pornografi dan Kaedah
Psikospiritual Islam dalam Menangani Keruntuhan Akhlak Remaja Pelayar
Laman Web Pornografi. Jurnal Usuluddin. Retrieve 16th June from
http://mjs.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7306/4951

50
24. Hwian Christianto. (Mei 26, 2017). Kajian Filsafat Tentang Perbuatan Pornografi
Internet (Cyberporn). [ebook]. pp1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 18, 19,
20, 21. Retrieve 15th June from
http://repository.ubaya.ac.id/29969/2/Kajian%20Filsafat%20Tentang
%20Cyberporn_2017.pdf

25. Varatharajoo, T., & Abdullah@ Mohd Nor, H. (2020). Hubungan antara
Ketagihan Pornografi dan Jenis Trait Personaliti dalam Kalangan Remaja. Jurnal
Wacana Sarjana, 4(2), 1,2,3,4,5,6,7,8. Retrieved from
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/277
26. Lubis, R. (2020). Pornografi Dalam Perspektif Perlindungan Terhadap
Perempuan. Citra Justicia : Majalah Hukum Dan Dinamika Masyarakat, 21(2),
51. doi: 10.36294/cj.v21i2.967
27. Abdul Aziz, N. (2019). INTERNET, LAMAN WEB PORNOGRAFI DAN KAEDAH
PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM MENANGANI KERUNTUHAN AKHLAK
REMAJA PELAYAR LAMAN WEB PORNOGRAFI. Jurnal Usuluddin, 29,
147,148,149,150,151,152,153,154,155,156,157,158,159,160,161,162,163,164,1
65,166,167,168,169. Retrieved 17 May 2021, from
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/7306/4951/
28. Hussey, M. (2021). Who Are The Biggest Consumers Of Online Porn?. Retrieved
2 June 2021, from https://thenextweb.com/news/who-are-the-biggest-consumers-
of-online-porn
29. ROSEDI, R. (2021). Penoreh getah didenda RM5,000 miliki bahan lucah.
Retrieved 3 June 2021, from
https://www.sinarharian.com.my/article/53989/BERITA/Mahkamah/Penoreh-
getah-didenda-RM5000-miliki-bahan-lucah
30. ISHAK, M. (2021). Mekanik dipenjara enam tahun miliki bahan pornografi kanak-
kanak - Utusan Digital. Retrieved 13 June 2021, from
https://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2020/09/mekanik-dipenjara-
enam-tahun-miliki-bahan-pornografi-kanak-kanak/

51
52

Anda mungkin juga menyukai