Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PERJUMPAAN DAN LAWATAN KERJA

YANG BERHORMAT MEJAR (B) MANSOR BIN ZAKARIA


PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN KERAJAAN
TEMPATAN DAN KESIHATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN KE
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

MASA PERKARA

Assalamualaikum salam sejahtera,


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan bicara
Semoga majlis disambut ceria

Bissmillahirahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t. dan salam


sejahtera.

Yang Berhormat Mejar (B) Mansor Bin Zakaria


Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah
Darul Aman.

Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud


Datuk Bandar Alor Setar.

Yang Berusaha En. Nasrankamil bin Noh


Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar

Pengarah Pengarah Jabatan


Tuan-tuan, Puan-puan
Ketua-ketua Bahagian
Majlis Bandaraya Alor Setar.

Seterusnya,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Burung nuri terbangnya tinggi,


Bulan purnama diggangga purna,
10 jari kami menadah,
Niat utama majlis sempurna.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan untuk mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh En. Khairul
Nidzam bin Mohd Tajudin
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
...............................................................................................
Amin amin Yarabbal Alamin.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Khairul Nidzam bin
Mohd Tajudin
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi
berkat.

Hadirin sekalian.

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat upacara menyampaikan ucapan.

Seterusnya majlis ingin menjemput Yang Berbahagia, Dato’ Haji Mohd


Yusri bin Haji Md Daud Datuk Bandar untuk memberI sedikit ucapan
aluan.

.....Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

(((UCAPAN)))

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Yang Berbahagia


Dato’ sebentar tadi.

Tumbuhlah lebat ubi dibatas,


Daunan dicantas isi dimakan,
Tetamu kehormat mohon kepentas,
Ucapan bernas kami nantikan.

Seterusnya majlis ingin menjemput Yang Berhormat Mejar (B)


Mansor bin Zakaria untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(((UCAPAN)))

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Yang Berhormat


sebentar tadi.

Majlis akan diteruskan lagi dengan sesi taklimat dan sesi soal jawab
yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha En. Nasrankamil bin
Noh Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

((( SESI TAKLIMAT DAN SOAL JAWAB)))

Majlis mengucapkan terima kasih atas sesi taklimat yang disampaikan


sebentar tadi.
Seterusnya,

Majlis sekali lagi ingin menjemput Yang Berhormat Mejar (B) Mansor
bin Zakaria untuk menyampaikan ucapan penggulungan.

Dengan segala hormatnya mempersilakan.

(((UCAPAN PENGGULUNGAN)))

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan penggulungan sebentar


tadi.

Majlis sekali lagi menjemput Yang Berbahagia, Datuk Haji Mohd Yusri
bin Haji Md Daud untuk menyampaikan cenderamata.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis seterusnya menjemput Yang Berhormat Mejar untuk menerima


cenderamata daripada Yang Berbahagia Datuk Bandar.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majis merakamkan ucapan terimakasih kepada yang berbahagia Datuk


Bandar atas kesudian menyampaikan cenderamata tadi.

Hadirin yang dihormati.

Acara terakhir kita pada pagi ini sesi bergambar di luar dewan
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat Mejar,
Datuk Bandar, Tuan setiausaha, Pengarah-Pengarah, ketua-ketua
bahagian untuk sesi bergambar di luar dewan.

Maka selesai sudah majlis kita pada hari ini.

Merdu bertingakah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai telanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya yang
baik itu datangnya dari Allah s.w.t. yang kurang itu kelemahan saya.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai