Anda di halaman 1dari 13

2.

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

Teori pembelajaran behaviorisme menekankan kepentingan kemahiran yang berkaitan


dengan aspek fizikal, berlandaskan pandangan bahawa pembelajaran adalah proses yang
menghasilkan perubahan dalam tingkah laku atau cara seseorang bertindak dalam situasi
tertentu. Pendekatan ini, yang dikembangkan oleh tokoh-tokoh behavioris seperti Ivan Pavlov,
J.B. Watson, B.F. Skinner dan E.L. Thorndike, memandang pembelajaran sebagai hasil dari
interaksi dengan lingkungan. Dalam konteks ini, teori behaviorisme mengutarakan dua prinsip
utama, yaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman operan.

Rajah 2.1 Prinsip Pelaziman Klasik

Rajah 2.2 Prinsip Pelaziman Operan


Rajah 2.3 Jadual Dua Jenis Pelaziman Bersama Tokoh-Tokoh

2.1 Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov

Ivan Pavlov (1849-1936), seorang fisiologis Rusia, terkenal dengan kajian inovatifnya
dalam prinsip pelaziman klasik, yang memberi peranan yang sangat penting dalam
pembangunan teori pembelajaran behaviorisme. Antara eksperimen yang paling terkenal,
Pavlov melatih anjing untuk mengeluarkan air liur sebagai tindak balas terhadap bunyi loceng,
sebuah proses yang menggambarkan konsep dasar rangsangan dan gerakbalas.

KONSEP PELAZIMAN
KLASIK NUETRAL

RANGSANGAN SEMULA JADI

TERLAZIM

SEMULA JADI

GERAK BALAS
TERLAZIM

Rajah 2.4 Jadual Konsep Pelaziman Klasik


Selain itu, Pavlov mengatakan bahawa pembelajaran yang dilaksanakan melalui
perkaitan ini dipanggil pelaziman, dan pembelajaran yang berlaku sebagai hasil daripada dua
rangsangan ini dipanggil pelaziman klasik. Pembelajaran perkaitan, atau pelaziman klasik,
menggunakan salah satu rangsangan iaitu neutral yang dikaitkan dengan rangsangan semula
jadi dan menghasilkan reaksi yang serupa.

Pavlov bukan sahaja membentangkan idea rangsangan dan gerak balas, tetapi dia juga
membentangkan idea generalisasi, diskriminasi dan penghapusan, yang semua boleh
digunakan untuk belajar dan mengajar.

PENGHAPUSAN GENERALISASI

DISKRIMINASI

Rajah 2.5 Konsep Rangsangan Ke-Dua Ivan Pavlov

Sebagai contoh, apabila seorang guru meminta pelajar mengangkat tangan mereka, pelajar
dengan pantas akan mengangkat tangan mereka. Setelah arahan memberikan rangsangan, dan
tindakan mengangkat tangan adalah tindak balas. Hasil kajian yang dia jalankan,

Kerana kaitan antara rangsangan dan gerakbalas, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran
boleh berlaku. Pembelajaran yang disebabkan oleh perkaitan ini dipanggil pelaziman, dan
pembelajaran yang disebabkan oleh dua ransangan ini dipanggil pelaziman klasik. Pelaziman
klasik ini termasuk mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah dan teknik fizik dengan apa
yang dimaksudkan, atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa.
2.1.1 Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov

Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas pembelajaran
ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G).

Dalam eksperimen ini, Pavlov menyajikan makanan kepada anjing bersamaan dengan bunyi
loceng. Secara alami, anjing akan mengeluarkan air liur ketika melihat makanan. Namun,
setelah beberapa kali pemaparan yang berulang, anjing tersebut mulai mengeluarkan air liur
hanya dengan mendengar bunyi loceng, bahkan tanpa kehadiran makanan. Ini menunjukkan
bahwa pembelajaran dapat berlaku melalui proses asosiasi, di mana satu stimulus yang
awalnya netral (bunyi loceng) menjadi mampu memicu respons (pengeluaran air liur) yang
sebelumnya hanya dipicu oleh stimulus lain (makanan).
Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh
diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.

Rajah 2.6 Ekperimen Ivan Pavlov Terhadap Anjing

Sebelum Pelaziman
RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur)
RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)
Semasa Pelaziman
RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)
Selepas Pelaziman
RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)
Rajah 2.7 Jadual Progres Pelaziman Terhadapan Anjing
Rajah 2.8 Eksperimen Teori Ivan Pavlov terhadap seekor anjing

Kesimpulan kajian Pavlov ialah:

1. Penguasaan (Acquisition)
Penguasaan, atau cara organisme mempelajari gerak balas atau respons baru, berkembang
secara beransur-ansur. Lebih kerap organisma mencuba, lebih kukuh penguasaannya.

2. Generalisasi(Generalisation)
Walaupun Pavlov membuat bunyi loceng dengan nada yang berbeza, anjing tetap liur,
menunjukkan bahawa walaupun rangsangan tak terlazim (RTT) berbeza atau hampir sama,
gerak balas terlazim (GT=air liur) juga akan dihasilkan.

3. Diskriminasi (Discrimination)
Anjing itu tidak mengeluarkan air liur walaupun Pavlov menukar nada loceng. Ia hanya
mengeluarkan air liur apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal. Ini menunjukkan bahawa
makhluk itu mempunyai keupayaan untuk memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas
apabila mereka dapat membezakan atau mendiskriminasi rangsangan.

4. Penghapusan (Extinction)
Jika rangsangan terlazim, seperti loceng, tidak diikuti oleh rangsangan tak terlazim, seperti
makanan, organisme itu lama-kelamaan tidak akan bertindak balas. Gerak balas berperingkat-
peringkat akan hilang.
2.1.2 IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teori ini boleh membantu guru memahami bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai
hubungan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Latihan boleh mengukuhkan hubungan ini.
Semakin kerap sesuatu rangsangan dikaitkan dengan gerak balas terlazim, semakin kukuh gerak
balas terlazim itu.

Sebagai contoh, apabila guru memberi gerakbalas—atau pujian—selepas murid mencapai


keputusan yang baik, gerakbalas itu menghasilkan hasil yang baik dan berterusan.

Jika peneguhan tidak diberikan, penghapusan boleh berlaku dalam pembelajaran. Ini
bermakna ganjaran boleh menghapuskan tingkah laku jika ia tidak diperkukuhkan.

Konsep pemulihan serta-merta juga boleh membantu guru mengajar dengan lebih baik.
2.2 Tokoh J.B. Watson-(1878-1958)

Rajah 2.9 Eksperimen ke atas Little Albert

Teori Pelaziman Klasik, yang dibangunkan oleh Ivan Pavlov dan berpusat pada perilaku
hewan, banyak mempengaruhi penyelidikan John Watson. Eksperimen yang Watson lakukan
termasuk sebuah tikus putih dan seorang bayi berumur sembilan bulan yang dipanggil "Little
Albert." Albert pada mulanya tidak menunjukkan ketakutan terhadap tikus tersebut. Walau
bagaimanapun, Albert mula menunjukkan tanda-tanda ketakutan apabila bunyi yang kuat dibuat
setiap kali dia mendekati tikus. Eksperimen ini dilakukan berulang kali sehingga Albert akhirnya
takut kepada tikus dan semua objek berbulu putih.

Hasil eksperimen menunjukkan bahawa Albert telah belajar untuk takut kepada perkara
yang menyerupai tikus putih. Watson menganggap tingkah laku sebagai refleks yang dipelajari
melalui pelaziman klasik. Selain itu, Watson adalah pakar dalam pembelajaran emosi manusia.
Dia berpendapat bahawa tiga emosi asas—takut, kemarahan, dan kasih sayang—diwariskan
kepada manusia, dan bahawa melalui pelaziman, emosi manusia berubah atau belajar.

Watson juga menunjukkan idea pelaziman instrumental, yang merujuk kepada jenis
pembelajaran di mana hasil daripada suatu tingkah laku menentukan sama ada ia akan
diulangi, dilanjutkan atau dihentikan. Ini menunjukkan betapa pentingnya konsekuensi untuk
membentuk tingkah laku. Konsep ini memainkan peranan penting dalam pembangunan teori
pembelajaran dan psikologi behaviorisme.
2.3 Tokoh E.L. Thorndike (1874-1949)

Thorndike menggambarkan pembelajaran sebagai rangkaian saraf yang terikat, yang


dibina dan diperkukuh di antara keadaan dengan gerak balas. Organisme dipengaruhi oleh
rangsangan, jadi dijangkakan tindak balas bolak. Ikatan R-G boleh ditakrifkan sebagai keadaan
fizikal atau hubungan yang wujud antara keadaan tertentu dengan kebolehan seseorang untuk
bertindak balas kepadanya.

Pindaan dan rangkaian saraf ialah komponen utama hukum pembelajaran Thorndike.
Keterangan R-G tentang pembelajaran meliputi pembelajaran dalam apa jua jenis. Menurut
teori ini, beberapa komponen pembelajaran yang penting ialah kesediaan saraf, ketertiban
masa, rasa milik dan kepuasan pengalaman. Namun, menurut Thorndike, tiga prinsip asas
pembelajaran:

i. Hukum kesediaan, latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh Thorndike
sebagai:

a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka pengalirannya adalah
memuaskan, tiada suatu yang dibuat untuk mengubah tindakkannya itu.

b) Unit pengaliran yang sudah ada mesti mengalir; jika tidak, ia akan menyusahkan dan
merangsang sebarang tindak balas alam semula jadi yang berkaitan dengan kekurangan ini.

c) Apabila satu unit pengaliran dipaksa mengalir kerana ia tidak bersedia untuk mengalir,
pengalirannya menjadi menyusahkan.

ii. Hukum latihan melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas dan akan
bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu tindakan mengulang) tidak dijalankan,
maka pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah lemah.

iii. Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan gerak balas
akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya tindak
balas. Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian antara ransangan dan gerak
balas.

Namun demikian, teori ini mempunyai banyak kelemahan. Pertama, konsep tentang
perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dan susah diukur.

Kedua, sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk
atau dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu diketahui sejak awal lagi. Seterusnya ialah, teori
ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstark dan kreativiti, imaginasi atau
keindahan bahasa.
2.3.1 Eksperimen Thorndike

2.10 Eksperimen "Cuba Jaya" Thorndike yang dilakukan ke atas seekor kucing

Thorndike menggunakan alat yang direka bentuk yang dikenali sebagai "kotak puzzle" untuk
menjalankan pelbagai eksperimen. Pavlov menggunakan anjing, tetapi Thorndike menggunakan
kucing dengan lebih kerap. Dia memasukkan seekor kucing yang lapar ke dalam kotak puzzle yang
mengandungi kunci.

Kucing itu boleh cuba mencakar peti, dan jika ia berjaya menekan kuncinya, pintu akan
terbuka dan kucing itu boleh pergi ke makanannya. Thorndike melihat behawa kucing itu cuba
keluar dengan pelbagai cara (proses cuba-jaya). Dicatatkan berapa lama kucing itu mengambil
masa untuk membuka pintu kotak teka-teki.

Kucing lapar itu dimasukkan ke dalam peti yang sama dalam beberapa jam berikutnya.
Percubaan pertama menunjukkan haiwan itu gagal menekan kunci pintu dalam masa yang lebih
singkat. Kucing dikatakan telah menguasai atau belajar sesuatu. Iaitu, makhluk itu telah menemui
cara untuk bertindak balas dengan betul untuk menyelesaikan isu yang dihadapinya.

Analisis tingkah laku haiwan Teori cuba-jaya (trial and error) ialah istilah lain untuk teori
pelaziman operan Thorndike. Ia mengkaji seekor kucing yang dimasukkan ke dalam sebuah
sangkar dengan makanan di luarnya, dan dia mendapati bahawa kucing itu telah melakukan
beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar.
Pengalaman ini dikenali sebagai "cuba jaya". Untuk memahami perkara ini, kucing itu
melakukan pelbagai tindak balas, sehingga ia terpijak selak pintu dan membuka sangkar.
Kucing keluar untuk mendapatkan makanan, dan apabila dimasukkan semula ke dalam
sangkar, ia cuba lagi untuk keluar. Perhubungan antara rangsangan dan tindak balas ini
mewakili konse pembelajaran. Bilangan kali latihan, tahap kesediaan individu dan
keberkesanan latihan menentukan perhubungan ini.

Thorndike berpendapat bahawa terdapat hukum tertentu yang mengawal pembelajaran


manusia, yang dipanggil hokum pembelajaran. Hukum ini terdiri daripada tiga bahagian: hukum
kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum Kesediaan ditakrifkan oleh Mook Soon
Sang (2002) sebagai keupayaan seseorang untuk bersedia untuk memulakan aktiviti
pembelajaran. Beliau menyatakan bahawa Hukum Latihan menyatakan bahawa ikatan atau
asosiasi gerakbalas tertentu dengan rangsangan yang berkaitan semakin kukuh dengan jumlah
latihan tertentu yang dilakukan.
2.4 Tokoh B.F. Skinner (1904-1990

Beliau juga membangunkan teori tentang pelaziman operan. Kotak Skinner digunakan
untuk menjalankan kajian. Tikus yang melompat-lompat di sekeliling kotak tiba-tiba menekan
butang yang akan mengeluarkan seketul makanan. Tanpa membuang masa, tikus itu akan
menekan butang sekali lagi untuk mendapatkan makanan.

Pelaziman Klasik berpendapat bahawa pelajar akan menjadi pasif kerana ganjaran
diberikan kepada mereka bukan kerana mereka berusaha untuk mendapatkannya. Sementara
itu, Pelaziman Operan menyatakan bahawa pelajar bertindak aktif kerana mereka mendapat
ganjaran untuk usaha mereka sendiri. Peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip
Premack dan pelupusan adalah lima kategori teori pelaziman operan yang disebutkan oleh
Skinner.

Peristiwa Awal Rangsangan luaran yang menyebabkan kita untuk


(Antecedents) bertindak.

Tingkah laku (Behavior) Untuk ahli behavioris, tingkah laku dibahagikan


kepada dua kategori, yang diingini atau yang tidak
diingini. Ahli Behavioris juga berpendapat, persepsi
ialah segala-galanya.
Kesan akibat Kesan akibat ialah motivasi yang akan menentukan
(Consequences) sama ada meningkatkan atau menurunkan
kemungkinan sesuatu gerak balas berulang semula.

2.4.1 Pembelajaran dan perubahan tingkah laku

Menurut beliau,dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi atau dihapuskan jika
diberikan peneguhan sejurus selepas gerak balas ditunjukkan.
Tingkah Tingkah laku/tindakan Kesan tindakan Teknik Kesan tingkah
laku awal Laku
Rawak Tertekan suis tuil Makanan keluar Peneguhan Diteruskan
Terlazim Menekan suis tuil Makanan keluar Peneguhan Diteruskan
Terlazim Menekan suis tuil- Makanan keluar Peneguhan Diteruskan
lampu menyala positif
Terlazim Menekan suis tuil- Makanan tidak Peneguhan Tidak diteruskan
keluar
lampu tidak menyala negatif
Terlazim Menekan suis tuil- Makanan tidak Hukuman Tidak diteruskan
kejutan elektrik keluar
2.11 EKSPERIMEN TIKUS PUTIH SKINNER
2.4.2 Implikasi Teori Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Teori ini menekankan betapa pentingnya persekitaran untuk pembelajaran. Untuk


memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya, guru mesti menetapkan dan menyatakan
objektif yang jelas. Setiap sesi pengajaran memerlukan guru menetapkan matlamat yang jelas
dan spesifik. Pendekatan perilaku yang dibangunkan oleh BF Pelajar akan belajar dengan lebih
berkesan jika mereka memahami apa yang diharapkan daripada mereka dan apa yang akan
mereka capai semasa proses pembelajaran, menurut Skinner. Ini menunjukkan penekanan
pada tujuan pembelajaran yang jelas dan boleh diukur, dan penilaian kejayaan pelajar yang
objektif.

Selain itu, teori behavioris menunjukkan bertapa pentingnya penggunaan penguatan


positif dalam pengajaran. Penguatan positif seperti pujian, hadiah, atau pengakuan boleh
meningkatkan kemungkinan pelajar akan melakukan tingkah laku yang diingini pada masa
hadapan, menurut Skinner. Untuk memberi inspirasi kepada pelajar dan meningkatkan tingkah
laku positif, guru harus mengetahui dan menghargai usaha dan pencapaian pelajar. Ini
meningkatkan keyakinan pelajar dan mendorong mereka untuk terus belajar.

Skinner juga menekankan bahawa penguatan segera adalah penting. Oleh itu,
penguatan atau maklum balas terhadap tingkah laku pelajar harus diberikan sebaik sahaja ia
berlaku. Ini membantu pelajar memahami hubungan antara tindakan mereka dan akibatnya,
yang meningkatkan pembelajaran.

Selain itu, hukuman atau penguatan negatif juga dilihat dalam teori behavioris sebagai
cara untuk mengubah tingkah laku. Kerana ia boleh menjejaskan motivasi dan keyakinan
pelajar, kaedah ini harus digunakan dengan berhati-hati.

Perancangan pengajaran yang mengambil kira kecepatan dan gaya belajar pelajar
adalah penting bagi guru juga. Dalam keadaan seperti ini, pendekatan pengajaran yang
disesuaikan dengan keperluan unik pelajar adalah penting. Untuk memastikan semua pelajar
mempunyai peluang untuk belajar dan berkembang, guru harus menyediakan pelbagai aktiviti
dan bahan pengajaran yang menarik dan sesuai dengan keperluan pelajar yang berbeza.

Akhirnya, teori behavioris menekankan betapa pentingnya persekitaran pembelajaran


yang baik dan bebas gangguan. Pelajar memerlukan persekitaran yang teratur dan terstruktur
di mana mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka dan apa yang boleh mereka
harapkan daripada pengalaman pembelajaran mereka. Ini adalah penting untuk mewujudkan
persekitaran yang mendukung pembelajaran yang berkesan. Guru harus bekerjasama untuk
mewujudkan suasana kelas yang menyokong di mana pelajar merasa selamat, dihargai, dan
teruja untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai