Anda di halaman 1dari 23

Di dalam Islam, Sahih Muslim adalah salah satu kitab dari enam kitab hadis.

Kitab Sahih
Muslim disusun oleh Imam Muslim dan telah menjadi salah satu dari dua kitab yang paling sahih
dan murni sesudah Kitabullah (Al-Quran), bersama dengan Sahih Bukhari. Kedua kitab sahih ini
diterima baik oleh segenap umat Islam yang bukan sahaja dijadikan rujukan malah diamalkan
oleh Ahli Sunah Waljamaah.

Tugasan ini akan membincangkan beberapa perkara mengenai Sahih Muslim yang
merujuk kepada khususnya “Kitab al-Talaq di dalam sahih berkenaan.

Sahih Muslim merupakan kumpulan hadis terkenal yang telah disusun oleh Imam
Muslim ibn al-Hajjaj al-Naysaburi (rahimahullah). Hadis beliau dianggap sebagai hadis paling
sahih dari Sunnah Nabi (s.a.w), dan bersama-sama dengan Sahih al-Bukhari membentuk
"Sahihain," atau "Dua Sahih." Ia mengandungi kira-kira 7500 hadith dalam 57 buku. Kitab
seperti ‫ كت اب الحيض‬,‫ كت اب االيم ان‬dan ‫ كت اب الص الة‬telah tersebar luas dan telah menjadi panduan
pencinta hadis dunia.

i. Metodologi dalam menulis kitab Sahih Muslim dalam Kitab al-Talaq terbahagi
kepada dua iaitu secara khusus dan secara umum.

Metode penulisan Imam Muslim secara khususnya, menggunakan tulisan dalam bentuk
tulisan Khat Nasakh. Khat Nasakh merupakan satu kaedah penulisan khat yang paling praktikal
berbanding khat-khat yang lain kerana mempunyai bentuk yang lebih cantik, senang ditulis dan
mudah dibaca. Ianya sering digunakan untuk naskah2 atau buku2 ilmiah seperti Al-Quran,
akhbar dan majalah.

Selain itu, Imam Muslim juga menulis tajuk atau kitab dan bab dengan tulisan berwarna
merah, manakala sanad (bermaksud sandaran dan dari segi istilah ia adalah rangkaian perawi
untuk sampai kepada matan hadith), matan (bemaksud teks dan dari segi istilah di mana rantaian
hadis berhenti) dan ayat al-Quran ditulis dengan warna hitam. Saiz tulisan hadis yang kecil
disamping meletakkan baris pada semua kalimah, hadis-hadis serta ayat-ayat al-Quran.

Imam Muslim juga akan mendahului sahihnya dengan pendahuluan iaitu menerangkan
objektif penyusunannya dan menegaskan bahawa seseorang itu hendaklah meriwayatkan hadis
daripada perawi yang thiqah (boleh dipercayai) sehingga sampai kepada peringkat sahabat dan
jangan meriwayatkan hadis daripada perawi yang dusta.

ii. Carta ringkasan Sanad hadis pertama dan kedua


iii. Kaedah al-tahwil adalah percabangan jalur sanad dari hadis-hadis yang
diriwayatkan terutama dalam menampilkan jalur periwayatan dari hadis-hadis
yang diterima. Al-tahwil di dalam sahih muslim biasanya disimbolkan dengan
huruf ‫ ﺡ‬h.

Contohnya :

57 – (1485)

‫ أخ برني س ليمان بن يس ار ؛ أن أب ا‬.‫ سمعت يحيى بن سعيد‬:‫ قال‬.‫ حدثنا عبدالوهاب‬.‫حدثنا محمد بن المثنى العنزي‬
‫ فق ال ابن‬.‫ وهم ا ي ذكران الم رأة تنفس بع د وف اة زوجه ا بلي ال‬.‫سلمة بن عبدالرحمن وابن عباس اجتمع ا عن د أبي هري رة‬
)‫ أن ا م ع ابن أخي (يع ني أب ا س لمة‬:‫ قال فقال أبو هري رة‬.‫ فجعال يتنازعان ذلك‬.‫ قد حلت‬:‫ وقال أبو سلمة‬.‫ آخر اآلجلين‬:‫عباس‬
‫ إن س بيعة األس لمية‬:‫فبعثوا كريبا (مولى ابن عباس) إلى أم س لمة يس ألها عن ذل ك ؟ فج اءهم ف أخبرهم ؛ أن أم س لمة ق الت‬
‫ فأمرها أن تتزوج‬. ‫ وإنها ذكرت ذلك لرسول هللا ﷺ‬.‫نفست بعد وفاة زوجها بليال‬.

Hadis di atas, bermaksud :

Muhammad ibn al-Muthanna al-Anzi memberitahu kami. Abdul Wahhab memberitahu


kami. Dia berkata: Saya mendengar Yahya bin Saeed. Suleiman bin Yasar memberitahu saya;
Bahawa Abu Salama bin Abdul Rahman dan Ibnu Abbas bertemu dengan Abu Hurairah. Mereka
menyebut wanita itu bernafas selepas kematian suaminya, Layal. Ibnu Abbas berkata: Yang
terakhir dari dua istilah. Abu Salamah berkata: Dibolehkan. Jadi mereka bertengkar
mengenainya. Dia berkata, Abu Hurairah berkata: Saya bersama anak saudara saya (maksudnya
Abu Salamah), lalu mereka menghantar Kariba (hamba Ibn Abbas yang dibebaskan) kepada
Ummu Salamah bertanya kepadanya tentang itu? Dia datang kepada mereka dan memberitahu
mereka; Ummu Salamah berkata: Suba’a Al-Aslamia bernafas beberapa malam selepas kematian
suaminya. Dan dia menceritakan hal itu kepada Rasulullah saw. Dia memerintahkan dia untuk
berkahwin.

(1485)
.‫ ح دثنا يزي د بن ه ارون‬:‫ قاال‬.‫ ح وحدثناه أبو بكر بن أبي شيبة وعمرو الناقد‬.‫ أخبرنا الليث‬.‫وحدثناه محمد بن رمح‬
‫ ولم يسم كريبا‬.‫ فأرسلوا إلى أم سلمة‬:‫ غير أن الليث قال في حديثه‬.‫ بهذا اإلسناد‬،‫كالهما عن يحيى بن سعيد‬.

Hadis di atas, bermaksud :

Dan kami memberitahunya Muhammad bin Rumh. Laith memberitahu kami. H dan kami
memberitahunya Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Amr Al-Naqid. Mereka berkata: Yazid bin
Harun memberitahu kami. Keduanya atas kuasa Yahya bin Saeed, dengan sanad ini. Namun, al-
Layth berkata dalam hadisnya: Maka mereka menyuruh memanggil Ummu Salama. Dia tidak
bernama Kripa.

iv. Konsep al-syawahid yang juga dikenali sebagai Al-Shahid adalah konsep di
mana seorang periwayat menyertai periwayat lain dalam periwayatan hadith
daripada sahabiy yang lain samada dari sudut lafaz atau erti.

Contoh hadis :

‫لى هللا‬DD‫ َأَّنُه َطَّلَق اْمَر َأَتُه َو ِهَي َح اِئٌض َع َلى َع ْهِد َر ُس وِل ِهَّللا ص‬، ‫ َع ْن َع ْبِد ِهَّللا ْبِن ُع َم َر‬،‫ َع ْن َناِفٍع‬، ‫ َع ْن َم اِلٍك‬، ‫َح َّد َثَنا اْلَقْعَنِبُّي‬
‫ه وسلم " ُم ْر ُه‬DD‫لى هللا علي‬D‫ه وسلم َع ْن َذ ِل َك َفَق اَل َر ُس وُل ِهَّللا ص‬DD‫لى هللا علي‬D‫عليه وسلم َفَس َأَل ُع َم ُر ْبُن اْلَخ َّط اِب َر ُس وَل ِهَّللا ص‬
‫َفْلُيَر اِج ْع َها ُثَّم ْلُيْمِس ْك َها َح َّتى َتْطُهَر ُثَّم َتِح يَض ُثَّم َتْطُهَر ُثَّم ِإْن َش اَء َأْمَس َك َبْع َد َذ ِلَك َو ِإْن َش اَء َطَّلَق َقْبَل َأْن َيَم َّس َفِتْل َك اْلِع َّد ُة اَّلِتي َأَم َر‬
‫"ُهَّللا ُسْبَح اَنُه َأْن ُتَطَّلَق َلَها الِّنَس اُء‬

Sahih (Al-Albani)

Hadis di atas bermaksud :

‘Abd Allah bin Umar berkata bahawa dia menceraikan isterinya ketika dia sedang haid
pada zaman Rasulullah (s.a.w). Maka ‘Umar bin Al Khattab bertanya kepada Rasulullah (s.a.w)
tentang perkara ini. Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Perintahkan dia, hendaklah dia membawanya
kembali dan menahannya sehingga dia suci, kemudian datang haid lagi dan suci. Selepas itu, jika
dia berkehendak dia boleh menceraikannya sebelum menyetubuhinya, kerana itu adalah masa
penantian yang diperintahkan oleh Allah Ta'ala untuk menceraikan wanita."

v. Kitab Syarah merupakan sebuah buku yang menghuraikan sesuatu hadis dengan
menerangkan dengan jelas makna suatu hadis itu, seterusnya terhasilnya hukum hakam. Kitab
ini merangkumi pelbagai bidang seperti tafsir, hadis, fekah, usul fekah, bahasa, sejarah dan
sebagainya. Ia juga mengandungi perkara-perkara berkenaan ucapan, perbuatan dan perakuan
Rasullullah (s.a.w) yang diperhalusi satu persatu sehingga yang samar dan keliru terlihat jelas.

Abdullah Al-Hakim Al-Naisaburi atau Ibn al-Bayyi Al-Hakim salah seorang tokoh dalam
bidang hadis dengan gelaran Al-Hakim. Kitab Al-Mustadrak ala Al-Shahihain merupakan
sumbangan terbesar al-Hakim dalam kajian Hadis. Seperti ulama lain, Al-Hakim menilai status
sebuah Hadis melalui beberapa metode.

Pertama melalui ijtihad, seperti yang diterapkan di dalam Kitabnya Al-Mustadrak. Ini
dapat diperhatikan melalui istilah-istilah yang digunakannya, seperti ruwatuha tsiqat “perawi
terpercaya‟, bi mitsliha, menurut Fuqaha‟ al-Islam, dan al-ziyadah min al-tsiqah.

Kedua prinsip status sanad, ini dapat menentukan kesahihan suatu rangkaian sanad.
Sekaligus muncul konsep-konsep yang menunjukkan indentiti sesebuah sanad itu, apakah sahih,
hasan, dan dha’if. Menuru Al-Hakim, orang-orang yang termasuk Ashahhu al-asanid (sanad-
sanad yang paling shahih) jika jalurnya melalui ahli bait adalah Ja’far bin Muhmmad melalui
ayahnya dari datuknya, Ali bin Abi Thalib. Jika Hadis diterima dari rankaian Abu Bakar, maka
sanad yang paling sahih adalah melalui Isma’il bin Abi Khalid, dari Qays bin Abi Hazim.

Ketiga prinsip status matan, seperti yang ditegaskan Al-Hakim di dalam bukunya
Ma’rifah fi ‘Ulum al-Hadits : ‫ وشزج ٌاّساع‬ٚ‫ ٌاذفظ‬ٚ ‫ف‬ُٙ‫عزف تٌا‬٠ ‫ ّٔاا‬ٚ ‫ٗت‬٠‫ز ا‬ٚ‫عزف ت‬٠ ‫خ ال‬١‫ ْا ٌاصذ‬yang bermaksud,

Sesungguhnya Hadis sahih itu tidak hanya diketahui dengan berdasarkan riwayat saja,
melainkan dengan pemahan, hafalan, dan banyak mendengar (Al-Hakim, 1977: 59-60)

Dan metode kriteria kritik sanad. Prinsip ini diamalkan oleh Al-Hakim ketika akan
menentukan status sesuatu Hadis. Prinsip ini amat ketat (tasyaddud) diterapkan terhadap hadis-
hadis yang berkaitan dengan akidah dan syari’ah, manakala hadis-haids yang berhubungan
dengan fadilah amal, sirah Rasul, para nabi-nabi terdahulu, dan para sahabat, al-Hakim metode
ini agak longgar (tasahul) (Najwah, 2003 : 250).

Selain dari Al-Hakim, Al-Khatib Al-Baghdadi (Pengkhutbah Baghdad) seorang lagi


tokoh hadis yang menurut al-Hafiz Ibn Hajar : “Tiada satu seni pun daripada seni-seni hadis
melainkan beliau ada menyusun mengenainya sebuah kitab khusus” (Ibn Hajar 1996: 14).
Peranan penting beliau juga dirakamkan oleh al-Hafiz Abu Bakr Ibn Nuqtah (w. 629 H) dalam
kata-katanya: “Setiap orang yang insaf mengetahui bahawa para muhaddithin selepas al-Khatib
amat bergantung kepada kitab-kitabnya. Abu Bakr Ahmad bin Ali bin Thabit bin Ahmad bin
Mahdi As-Syafi’e merupakan nama sebenar beliau. Metode yang beliau gunakan

vi. Huraian saya

a. Tahwil

Istilah tahwil digunakan untuk perpindahan dari sanad satu pada sanad yang lain namun
dalam penulisannya, muhadditsin hanya mencukupkan dengan menulis simbol. Dalam
penggunaan simbol tahwil muhaddisin berbeda dalam melambangkannya. Sebagian
menggunakan simbol ‫ ح‬sebagian lagi menggunakan simbol ‫خ‬ada juga yang memakai simbol
‫ح‬DD‫ص‬. Meski berbeda tetapi maksudnya sama yaitu adanya perpindahan sanad. Untuk lebih
jelasnya kami paparkan beberapa pendapat ulama tentang tiga simbol diatas. Pertama simbol ‫ح‬
(ha), Setelah diteliti kami menemukankan ada enam pendapat ulama mengenai akar kata dari
simbol ini. Yaitu;

1. Pendapat al-Nawawi, beliau mengatakan ha ini terambil dari akar kata al-tahawwul
dari fiil madli tahawwala – yatahawwalu - tahawwulan yang memiliki makna berpindah.

2. Ha ini terambil dari akar kata at-tahwil yaitu derivasi dari hawwala yuhawwilu
tahwilan yang artinya memindahkan (dari sanad satu pada sanad yang lain).

3. Ha terambil dari isim fail “haail” atau masdar “haylulah” yaitu derivasi dari haala
yahulu haylulatan fahuwa haailun artinya yang menghalangi (antara dua sanad).

4. Ha sebagai simbol yang ditujukan untuk kata al-hadis karena ketika pembaca hadis
memotong sanad hadis yang pertama seakan-akan dia berkata: al-hadis al-madzkur…

5. Ha sebagai bentuk penyederhanaan dari kata al-hajiz artinya yang menghadang.


6. Ha merupakan potongan dari kata sohha yang dimaksudkan untuk menjelaskan bahwa
sanad yang kedua adalah sahih (jangan dianggap keliru atau gugur).

Kedua simbol kho, dalam hal ini ulama berbeda pandangan mengenai pengambilan huruf
ini, sebagian mengatakan kho ini terambil dari kata ᾱkhor maksudnya dalam matan ini tidak
hanya satu sanad tapi terdapat sanad lain, ada juga yang mengatakan terambil dari kata akhbara
atau khabar.[1]

Ketiga simbol sohha, simbol ini terambil dari kata sahih untuk menunjukkan bahwa
sanad yang kedua adalah sahih. Simbol inilah yang dulu sering dipakai para huffadz seperti Abu
Muslim al-Laytsi, Abu Utsman al-Shabuny, Abu sa’d Muhammad bin Ahmad bin Muhammad
bin al-Kholil sebelum populer penggunaan simbol ha. Ibnu Sholah berkata, “Sebaiknya simbol
Sohha (yang telah ada pada kitab-kitab hadis) dibiarkan saja jangan dibuang agar tidak
dipersepsikan sebuah matan hadis dengan sanad ini telah hilang, juga agar tidak terjadi
penumpukan dua sanad yang berbeda”.[2] Mungkin karena dikhawatirkan akan dikira satu
sanad.

Mengenai perbedaan penggunaan simbol ha atau kho itu berawal dari perbedaan persepsi
ulama mengenai tulisan huruf ha, apakah ada titiknya (mu’jamah) atau tidak ada (muhmalah)
sehingga hal ini memunculkan akar kata yang berbeda pula seperti penjelasan diatas. Namun
menurut pendapat yang masyhur huruf ha tersebut tidak ada titiknya (muhmalah) bahkan
sebagian ulama mengatakan pendapat ini adalah konsensus ulama, sedangkan ulama yang
memiliki persepsi bahwa ha yang dipakai sebagai simbol perpindahan sanad itu bertitik
(mu’jamah) adalah pendapat yang salah.

b. Ulama Yang Pertama Kali Menggunakan Simbol Ha Tahwil

Dalam penggunaan simbol, ulama hadis tidak hanya mengkhususkan penggunaan ha


sebagai simbol perpindahan sanad, melainkan ada juga simbol lain yang dipakai sebagai
penyederhanaan dari sebuah kalimat, misalnya simbol‫ نا‬atau ‫ ثنا‬atau ‫ دثنا‬dipakai untuk
menunjukkan kalimat haddatsana sedangkan untuk akhbarona memakai simbol ]3[.‫ أبنا‬،‫ أنا‬،‫أرنا‬
Menurut al-Dimyathi, Ulama yang pertama kali berbicara tentang simbol ha (sebagai tanda
perpindahan sanad) adalah Ibnu Shalah seperti terlihat dalam karyanya dan pengakuannya pada
awal pembahasan bahwa belum ada seorang pun dari ahli hadis yang berbicara mengenai simbol
ha. Hal ini bisa dimaklumi, karena sebelumnya penulisan simbol ini tidak dikenal di kalangan
ulama mutaqoddimin, ini adalah hasil ijtihad dari para ulama setelahnya.

c. Cara Membaca Ha tahwil

Ketika seorang pembaca hadis sampai pada tulisan ha apa yang harus dilakukan?
Sebagian ulama mengatakan tidak perlu mengucapkan apapun tetapi langsung saja membaca
kalimat selanjutnya dengan alasan huruf tersebut bukan bagian dari riwayat hadis, sebagian yang
lain mengatakan ha itu sebagai simbol dari kata al-hadis maka ketika sampai pada huruf tersebut
ucapkanlah kata al-hadis, hal ini sudah menjadi tradisi sebagian ulama maghribi namun sebagian
yang lain mengucapkan haajiz bukan al-hadis. Sedangkan menurut pendapat Ibnu Shalah ketika
pembaca sampai pada huruf ha cukup mengucapkan ha kemudian melanjutkan bacaannya, beliau
berkata ini adalah pendapat yang paling hati-hati dan moderat.[4]

d. Contoh sebuah riwayat hadis yang terdapat sanad at-Tahwil, dalam kitab al-Jami’
as-Shahih Muslim, kitab al-Libas waz-Zinah :

‫وحدثناه قتيبة وابن رمح عن الليث بن سعد ح وحدثنا إسحاق بن إبراهيم أخبرنا الثقفى حدثنا أيوب ح وحدثنا عبد‬
‫برنى أسامة بن زيد‬DD‫الوارث بن عبد الصمد حدثنا أبى عن جدى عن أيوب ح وحدثنا هارون بن سعيد األيلى حدثنا ابن وهب أخ‬
‫د هللا بن عمر كلهم عن‬DD‫ون عن عبي‬DD‫ح وحدثنى أبو بكر بن إسحاق حدثنا أبو سلمة الخزاعى أخبرنا عبد العزيز بن أخى الماجش‬
‫ون قالت فأخذته‬D‫ وزاد فى حديث ابن أخى الماجش‬.‫هم أتم حديثا له من بعض‬D‫ة بهذا الحديث وبعض‬D‫نافع عن القاسم عن عائش‬
‫فجعلته مرفقتين فكان يرتفق بهما فى البيت‬.

e. Kitab-kitab Yang Memuat Ha Tahwil

Sudah bukan rahasia lagi bahwa setiap muhaddis selalu berusaha untuk mendapatkan
sebanyak-banyaknya hadis dari siapapun dan dari manapun hadis itu berada begitu pula yang
terjadi pada imam-imam hadis mereka mengerahkan segala kemampuan dan daya upayanya baik
dari segi tenaga, waktu dan pikirannya untuk mengambil hadis dari para pemiliknya dan sangat
dimungkinkan mereka mendapatkan hadis yang sama namun dari guru yang berbeda, nah untuk
menyederhanakan penulisan riwayat mereka menggunakan metode yang bisa menyatukan
berbagai riwayat tersebut dalam satu guru yang sama, metode ini mereka sebut at-tahwil
kemudian dalam penulisannya (agar lebih sederhana lagi) hanya ditulis ha sebagai simbolnya.
Tercatat ada beberapa kitab hadis yang menggunakannya seperti kutubussittah namun kitab yang
paling banyak memuat ha at-tahwil adalah kitab Sahih Muslim. Berikut rincian jumlah ha at-
tahwil yang dimuat dalam kitab-kitab diatas;

1. Bukhori sebanyak 60 buah

2. Muslim sebanyak 1306 buah

3. Abu Daud sebanyak 303 buah

4. Tirmidzi sebanyak 26 buah

5. Nasa’I sebanyak 154 buah

6. Ibnu Majah sebanyak 206 buah.

Selain Kutubusittah ada juga beberapa kitab hadis yang memuat simbol ini seperti dalam
Musnad Ahmad, Sahih Ibn Huzaim dan syi’b iman-nya al-Baihaqi.

6.0 Penutup Secara keseluruhannya, kitab sahih Muslim telah memuatkan beratus-ratus kategori
dari berbagai-bagai bab yang menyentuh persoalan iman hinggalah kepada akhlak.
Penggumpulan kepelbagaian hadis-hadis ini telah banyak membantu umat Islam membuat
rujukan dalam bidang-bidang yang berkenaan. Tambahan itu, kitab sahih Muslim adalah salah
sebuah kitab yang sahih selepas al-quran dan as-sunnah yang mengandungi hadis yang sanadnya
bersambung dan disandarkan kepada Nabi Muhammad saw yang layak dikategorikan sebagai
sumber yang dipercayai serta dapat digenggam dengan kemas. Disamping itu, kitab ini
mengandungi intipati yang amat berkait rapat dengan kehidupan sosial umat islam. Oleh itu,
amatlah sesuai dijadikan panduan dan rujukan dalam kehidupan seharian untuk mencapai
kebahagian di dunia dan akhirat. Setelah membincangkan segala intipati yang terdapat dalam
sahih Muslim ini, adalah menjadi tanggungjawab bagi umat Islam zaman kini menyambung serta
meneruskan lagi usaha dalam mengembangkan hadis-hadis ini sesuai dengan zaman semuanya
hanya dihujung jari dengan pendekatan dalam pemantapan iman serta akidah umat Islam di
zaman globalisasi kini dengan mudah rapuhnya iman mereka misalnya. Dengan kecanggihan
teknologi terkini, kebanyakan hadis-hadis yang sukar diperolehi terutama hadis-hadis yang
diriwayatkan oleh imam Muslim ini akan dapat diatasi dengan penggunaan CD ataupun melayari
laman web sahaja, kemudian hanya copy ke dalam file sendiri, seterusnya dapat dijadikan hujah
tanpa perlu menaip semula dan menterjemahkannya semula.

Hukum `Iddah dan Berkabung

i. Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau
kematian suami.

ii. Hukum berkabung menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang kematian suami.

Dalil-Dalil Pensyariatan `Iddah

Terdapat beberapa dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang mensyariatkan kewajipan `iddah.
Antara dalil-dalil tersebut ialah:

i. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari
berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan
(tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka,
jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak
mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami
bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan
yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang
oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

ii. Dalam Surah al-Talaq ayat 1, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka
ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan `iddahnya, dan hitunglah masa `iddah
itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan
mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya), dan janganlah pula
(dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang
nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa
yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada
dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan
mengadakan sesudah itu sesuatu perkara (yang lain).

iii. Firman Allah SWT dalam Surah al-Talaq ayat 4 yang bermaksud:

Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu
menaruh syak (terhadap tempoh `iddah mereka) maka `iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian)
juga `iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung,
tempoh `iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah)
sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

iv. Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, daripada Aisyah r.a., katanya
yang bermaksud:

Rasululah SAW telah memerintahkan Barirah untuk ber`iddah dengan tiga kali haid.

Dalil-Dalil Pensyariatan Berkabung

Terdapat beberapa dalil daripada hadith Nabi SAW yang mensyariatkan kewajipan berkabung.
Antara dalil-dalil tersebut ialah:

i. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud:

Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung lebih
daripada tiga hari, kecuali berkabung kerana kematian suaminya selama empat bulan sepuluh
hari.
ii. Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Ummu `Atiyyah r.a.,
katanya yang bermaksud:

Kami dilarang berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari kecuali berkabung atas
kematian suami selama empat bulan sepuluh hari. Kami dilarang bercelak mata, dilarang
memakai wangi-wangian dan memakai pakaian berwarna-warni...

iii. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Nasa’ie bermaksud:

Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung kerana
kematian lebih daripada tiga hari, kecuali berkabung kerana kematian suami, mereka tidak boleh
bercelak mata, tidak boleh berinai dan memakai pakaian berwarna-warni.

Hikmah `Iddah

Terdapat beberapa hikmah pensyariatan `iddah kepada wanita Islam. Antara hikmah tersebut
ialah:

i. Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Ia bertujuan


untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu
dikahwininya.
ii. Bagi `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan
menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada
perceraian yang berlaku. Di samping itu, ia juga dapat memberi peluang kepada suami untuk
kembali rujuk kepadaisterinya.

iii. Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh berkabung
bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu. Ia juga sebagai tanda
menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya. Selain itu,
berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.

Jenis dan Tempoh `Iddah

Secara keseluruhannya, sebab wajib `iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu `iddah
disebabkan perceraian semasa hidup dan `iddah dengan sebab kematian suami. Setiap bahagian
`iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh `iddah yang
perlu ditempoh sama ada panjang atau pendek. Pengiraan `iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

i. `Iddah dengan kiraan suci (quru’);

ii. `Iddah dengan kiraan bulan; dan

iii. `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.

Al-Syawahid adalah jama’ bagi perkataan al-Syahid yang bermaksud apabila terdapat hadith
lain yang diriwayatkan oleh sahabat yang lain dan hadith tersebut menyokong samada dari sudut
lafaz atau makna hadith yang ingin disokong itu. Untuk itu, setiap seorang daripada mereka
merupakan syahid kepada yang lain.

Contoh

Di sini kami akan nyatakan contoh bagi menjelaskan kedua istilah ini agar kita dapat
memahaminya dengan lebih jelas:

Daripada Abu Salamah bin Abdulrahman, daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW telah
bersabda:

‫َد َخ َلِت اْمَر أٌة الَّناَر ِفْي ِهَّر ٍة َحَبَس ْتَها‬...

Maksudnya: “Telah dimasukkan seorang wanita ke dalam neraka disebabkan dia telah
mengurung seekor kucing…”.

[Riwayat Imam Ahmad, no. Hadith 7232]


Setelah para ulama’ melakukan penelitian terhadap hadith ini, maka para ulama’ menjumpai
bahawa hadith ini juga diriwayatkan oleh beberapa orang perawi yang lain antaranya Humaid bin
Abdulrahman daripada Abu Hurairah RA. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 5621] Untuk itu,
riwayat Humaid bin Abdulrahman ini dinamakan mutaba’ah atau tabi’ (‫ )تابع‬bagi riwayat Abu
Salamah.

Selain itu juga, para ulama’ juga menemui hadith ini telah diriwayatkan oleh sahabat yang lain
selain daripada Abu Hurairah RA. Antara sahabat RA yang meriwayatkan hadith ini ialah
Abdullah bin Umar RA, Jabir bin Abdillah RA dan Asma’ bin Abi Bakar RA. Untuk itu,
riwayat-riwayat ini (iaitu riwayat Abdullah bin Umar RA, Jabir bin Abdillah RA dan Asma’ bin
Abi Bakar RA) dinamakan syawahid atau syahid (‫ )شاهد‬bagi riwayat Abu Hurairah RA.

Di sana terdapat sebahagian ulama’ mengatakan dalam menentukan samada ia mutaba’ah atau
syawahid bukannya melihat pada makhraj hadith (sahabat) tetapi ia perlulah dilihat atau diukur
pada lafaz atau makna hadith tersebut. Jika sama dari sudut lafaz dan makna maka ia dinamakan
mutaba’ah. Manakala apabila berbeza lafaz tetapi maknanya sama maka ia dinamakan syawahid.
Ini adalah pendapat al-Hakim dan juga Ibn Salah.

Faedah al-Syawahid

Antara faedah al-Syawahid adalah:

Menguatkan darjat hadith daripada hasan kepada sahih atau daripada dhaif kepada hasan.

Mengangkat atau menghilangkan keganjilan hadith tersebut.


Menafsirkan hadith yang mujmal dan menjelas yang mubham (tidak jelas).

Kadang-kadang ia boleh menjelaskan sebab wurud al-hadith.

Faedah al-Mutaba’ah

Antara faedah al-Mutaba’ah adalah:

Mengangkat atau menghilangkan keganjilan hadith tersebut.

Menafsirkan hadith yang mujmal dan menjelas yang mubham (tidak jelas).

Kadang-kadang ia boleh menjelaskan sebab wurud al-hadith.

Kadang-kadang apa yang datang daripada mutaba’ah boleh menghilang kecacatan yang terdapat
dalam sesebuah riwayat yang lain.

Dalam hal ini, terdapat beberapa perkara yang perlu untuk kita fahami. Yang pertama, larangan
bermain-main dengan talak. Perkara ini adalah perkara yang tidak boleh dijadikan bahan ketawa
dan gurauan. Hal ini ditegaskan oleh Nabi SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah RA:

‫َثَالٌث ِج ُّدُهَّن ِج ٌّد َو َهْز ُلُهَّن ِج ٌّد الِّنَك اُح َو الَّطَالُق َو الَّرْج َع ُة‬
Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya
dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).

Riwayat Abu Daud (2194)

Hadith di atas jelas menunjukkan larangan untuk bermain-main dalam tiga perkara di atas. Hal
ini kerana gurauan di dalam tiga perkara itu akan dihukumkan sebagai maksud asal perkataan
tersebut tanpa mengira niat untuk bergurau. Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlu sedar dan
tahu batas-batas gurauan di dalam Islam. Islam tidak sesekali melarang gurauan secara
umumnya, namun setiap sesuatu itu perlu ada hadnya, dan tidak semua perkara boleh untuk kita
bergurau-senda.

Disebutkan juga bahawa, sekiranya gurauan dibuat oleh suami dan isteri sudah baligh, berakal
dan tidak dipaksa mana-mana pihak, maka lafaz talak yang dilafazkan adalah dikira, dan jatuh
talak mengikut apa yang disebutkan. Rujuk kitab al-Muktamad (4/ 157).

Yang kedua, dalam merungkai persoalan ini, perlu untuk kita melihat perbahasan al-qasd, iaitu
tujuan talak dilafazkan. Al-qasd adalah rukun yang ketiga dalam bab talak. Ia berkait rapat
dengan sighah atau bagaimana di lafazkan talak itu. Ini seperti mana disebutkan oleh Syeikh
Wahbah al-Zuhaili:
‫ٍه‬D‫ َفاَل َيَق ُع َطاَل ُق َفِقي‬،‫ َو اَل ُيْش َتَر ُط ِفي َه َذ ا الُّر ْك ِن ِإاَّل َتْح ِقْي َق الُم َر اِد ِب ِه‬،‫ َو ُهَو ِإَر اَد ُة الَّتَلُّفِظ ِبِه‬:‫ُيْش َتَر ُط ِباالِّتَفاِق الَقْص ُد ِفي الَّطاَل ِق‬
‫ واَل َطاَل ُق َأْع َجِمٍّي ُلِّقَن َلْف َظ الَّطاَل ِق‬،‫ َبْل َقَص َد الَّتْع ِلْيَم والِح َك اَي َة‬،‫ َو اَل َطاَل ُق َح اٍك َع ْن َنْفِسِه َأو َغْيِر ِه؛ َأِلَّنُه َلْم َيْقِص ْد َم ْعَناُه‬، ‫ُيَك ِّر ُر ُه‬
‫ َو َيْلُغ و‬،‫ َو ال َيَقُع َطاَل ُق َم َّر ِبِلَس اِن َناِئـٍم َأْو َم ْن َزاَل َع ْقُلُه ِبَسَبٍب َلْم َيْع ِص ِبِه‬.‫ِباَل َفْهٍم ِم ْنُه ِلَم ْعَناُه‬

Maksudnya: Disyaratkan secara ittifaq (persepakatan para ulama’) al-qasd (niat) dalam talak.
Iaitu keinginan untuk melafazkan dengan (perkataan) talak (dengan makna asal iaitu penceraian).
Tidaklah disyaratkan al-qasd sebagai rukun melainkan untuk menentukan makna dari lafaz yang
disebutkan itu. Tidak jatuh talak apabila seorang faqih (orang yang alim dalam fiqh) mengulang-
ulang perkataan talak, dan tidak jatuh talak kepada orang yang menceritakan ke atas dirinya
(kerana menceritakan semula lafaz talak orang lain) kerana tidak memaksudkan dari lafaz talak
itu, pada makna asalnya, bahkan (faqih) tujuan menyebut lafaz talak untuk pengajaran, dan
(orang yang menceritakan) tujuannya adalah untuk menceritakan. Tidak jatuh talak ke atas orang
ajam (bukan bangsa arab) yang menyebut lafaz talak tanpa memahami maknanya. Tidak jatuh
talak jika disebutkan orang yang sedang tidur, atau orang yang hilang akal (dengan sendiri) tanpa
melakukan maksiat, maka (perkataan talak itu) dianggap sia-sia( tidak dijatuhkan hukum). Rujuk
kitab al-Fiqh al-Islami wadillahtuhu (9/6886).

Oleh itu, tujuan seseorang ketika menyebut lafaz-lafaz yang secara umumnya digunakan dalam
menjatuhkan talak, perlu ditanya terlebih dahulu, apakah tujuan lafaz itu seperti mana yang
disebutkan di atas. Sekiranya, sedang berhikayat atau bercerita dengan menyebutkan lafaz yang
sama, maka tidaklah jatuh talak sekiranya dia tidak bertujuan untuk menjatuhkan talak.

Yang ketiga, rukun yang perlu untuk dibahaskan seterusnya di dalam bab talak ialah wilayah dan
al-mahal. Wilayah bermaksud kuasa untuk menjatuhkan talak manakala al-mahal bermaksud
posisi atau kepada siapa talak boleh dijatuhkan.
Hanya orang yang berkuasa, iaitu orang yang berhak sahaja boleh menjatuhkan talak kepada
orang yang berada di bawah kuasa talaknya. Tidak akan jatuh talak, sekiranya seseorang lelaki
melafazkan talak kepada wanita yang tiada ikatan perkahwinan yang sah dengannya. Hal ini
dijelaskan bedasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib RA, bahawa Nabi SAW
bersabda:

‫َال َطَالَق َقْبَل الِّنَك اِح‬

Maksudnya: Tiada talak sebelum pernikahan.

Riwayat Ibn Majah (2049)

Maka, sebarang lafaz talak yang dibuat sebelum akad nikah yang sah tidak akan dikira.
Meskipun lelaki tersebut akhirnya bernikah dengan wanita tersebut, tetap tidak akan dikira, dan
lafaz tersebut tidak mempunyai nilai.

Kemudian, dalam perbincangan al-mahal, hendaklah jelas kepada siapa talak itu hendak
dilafazkan. Lafaz tidak akan jatuh melainkan ke atas wanita yang telahpun menjadi isteri.
Disebutkan oleh Imam al-Mawardi:
‫الطالق ال يقع إال من زوج وال يقع إال على زوجة‬

Maksudnya: Talak tidak jatuh melainkan datang daripada seorang suami dan tidak jatuh
melainkan disebutkan ke atas isteri. Rujuk kitab al-Hawi (12/ 384)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan nas serta hujah di atas, kami melihat dalam kes ini secara
hukumnya tidak membawa kepada jatuhnya talak. Ini berdasarkan hujah yang kami sebutkan di
atas. Lelaki yang bergurau ini, secara realiti tidak mempunyai dua isteri. Maka, tidak wujud
istilah isteri tua atau isteri muda. Apabila tidak wujud isteri yang kedua , maka lafaz talak ke atas
isteri pertama itu dianggap sebagai lagha atau sia-sia dimana perkataan yang diucap tidak
mempunyai nilai.

Perkahwinan ini kami iktibarkan sebagai kekal tanpa perlu dirujuk kembali, kerana kaedah fiqh
menyebutkan:

‫اَألْص ُل َبَقاء َم اَك ان َع َلى َم اَك ان‬

Maksudnya: Asal (kepada sesuatu perkara) kekal seperti mana hukum asal.
Sekiranya isteri kepada yang bertanya ini, syak adakah talak itu jatuh kepadanya atau tidak,
maka hendaklah suami itu bersumpah untuk menafikan hal tersebut. Ini berdasarkan kaedah fiqh
lain yang menyebut:

‫الَبينة على المدعي واليمين على من أنكر‬

Maksudnya: “Pendakwa hendaklah mendatangkan bukti, dan tertuduh yang mengingkari


hendaklah bersumpah”. Rujuk kitab al-Muktamad (4/177).

Namun begitu, sekiranya timbul perselisihan dalam masalah ini, kami cadangkan untuk dirujuk
ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pengesahan tentang status lafaz talak.

Kami juga mengingatkan kepada semua umat Islam, agar menjauhkan gurau-senda dalam hal
yang berkaitan dengan perkahwinan dan talak. Sedarlah bahawa jika seorang wali bergurau
menikahkan anak perempuanya dengan lelaki lain, dan cukup syarat-syarat lain, maka
pernikahan itu sah walaupun bergurau. Begitu juga, dengan penceraian, lafaz cerai yang dilafaz
ketika bergurau itu tetap akan dikira. Bertakwalah kepada Allah SWT dengan menjauhi gurauan
dalam hal sebegini.

Semoga Allah SWT memberikan kita hidayah dan taufiq dalam memahami agama-Nya.
Rujukan

1) https://sunnah.com/muslim
2) https://www.facebook.com/681739281935291/posts/pengenalan-khat-nasakhkhat-
nasakh-merupakan-satu-kaedah-penulisan-khat-yang-pali/692241687551717/
3) https://www.facebook.com/notes/anak-kelate-juruh/definisi-al-sanad-dan-al-matan/
544534968907802/
4) http://wadijannah.blogspot.com/2014/05/sahih-muslim-pengenalan-dan-metodologi.html
5) https://muslim.lna.io/1417/
6) https://muslim.lna.io/1428/
7) https://sunnah.com/abudawud:2179
8) http://ejournal.fiaiunisi.ac.id/index.php/syahadah/article/view/66

9) Al-Sakhowi/Ibn al-Jazari, al-Ghoyah fi Syarh al-Hidayah fi Ilm al-Riwayah,


(Maktabah awlad al-Syaikh li al-Turats) hal. 94

10) Muhammad Kholaf Salamah, Lisan al-Muhadditsin, Multaqo Ahli al-Hadis juz 3 hal.
65

11) Zainuddin Abd Rahim bin al-Husain al-Iroqi, al-Fiyah al-Iroqi fi Ulum al-Hadis,
Multaqo Ahli al-Hadis juz 1 hal. 49
12) Ibnu Katsir, al-Baits al-Hatsits fi Ikhtisor Ulum al-Hadits, http://www.alwarraq.com,
juz 1 hal. 18

13)https://muftiwp.gov.my/

14) https://gegar.syok.my/

15) https://dakwah.info/

Anda mungkin juga menyukai