Anda di halaman 1dari 2

Mengapa saya berminat untuk menjadi seorang dietitian?

Saya berminat untuk menjadi seorang dietitian kerana pertama sekali, saya sangat gemar
akan biologi manusia serta subjek kimia dan saya ingin melanjutkan pelajaran saya
dalam kursus yang melibatkan kedua-dua bidang. Seperti yang saya tahu, dietitian
merupakan pekerjaan mengenai pemakanan dan juga bagaimana sesuatu diet dapat
mempengaruhi tubuh badan dan sistem seorang manusia. Tugasan mereka ialah untuk
menentukan pemakanan dan diet seimbang bagi pesakit yang sedang mengalami
penyakit tertentu. Bagaimana kita ingin menentukan diet yang diperlukan oleh seseorang
yang sedang mengalamai penyakit tertentu ialah kita mesti mengaitkan bagaimana
sejenis makanan tersebut mempengaruhi sistem badan kita. Oleh itu, ia berkaitan dengan
biologi manusia serta tindak balas kimia antara sistem badan dan kandungan dalam
makanan tertentu. Matlamat seorang dietitian adalah untuk menyediakan pemakanan
yang tepat dan seimbang untuk pesakit bagi membantu menyembuhkan dan
memperbaiki keadaan kesihatan mereka. Saya sangat berminat untuk menyambung
dietitian kerana saya ingin mempelajari korelasi antara biologi dan juga kimia serta
bagaimana sejenis makanan dapat mempengaruhi keadaan kesihatan seorang manusia.
Selain itu, saya tahu bahawa untuk menjadi seorang dietitian juga perlu mempelajari
tentang perangai dan tingkah laku manusia yang saya rasa agak menarik. Kita sebagai
seorang pakar diet perlu mengambil berat juga mengenai perangai seseorang untuk
menentukan pemaknan yang sesuai dengan pesakit tersebut. Di samping itu, saya juga
gemar akan ‘healthy lifestyle’ dan pernah melalui fasa senaman dan diet sewaktu umur
13 hingga 17 tahun untuk mencapai berat dan juga badan yang ideal. Pemakanan yang
seimbang dan sihat sangat membantu dalam penurunan berat badan serta dapat
mengekalkan berat badan yang sihat. Saya dapat mengawal pemakanan saya dan sekali
gus dapat menurun berat badan saya serta dapat mencapai BMI yang ideal. Tambahan
juga, dengan menjadi seorang dietitian saya dapat membantu bukan hanya pesakit tetapi
sesiapa sahaja menentukan makanan yang boleh dimakan dan makanan yang kurang
selamat untuk dimakan. Saya juga suka berinteraksi dengan orang serta memberi
nasihat jadi dengan menjadi seorang dietitan dapat saya berunding dengan pesakit
berkaitan pemakanan yang sesuai untuk dia bagi memperbaiki dan mengekalkan
keadaan kesihatannya. Selain itu juga, saya teringin untuk bekerja dalam susasana
hospital dan dietitian dapat mempunya pekerjaan dalam hospital kerana perlu
menyediakan pemakanan yang sesuai dan seimbang bagi pesakit-pesakit. Jikalau saya
bekerja sebagai pakar nutrition, saya berkemungkinan besar bekerja di syarikat-syarikat
makanan seperti nestle. Kerana itu saya lebih berminat bekekerja sebagai dietitian.
Sebagai kesimpulan saya, saya ingin menjadi dan menyambung pelajaran saya untuk
menjadi seorang dietitan kerana saya berminat dalam subjek biologi, kimia dan juga
berkaitan pemakanan. Selain itu, saya juga ingin mencuba memoelajari dan memahami
perangai dan tingkah laku manusia supaya saya lebih tepat dalam menyediakan diet
yang seimbang bagi seseorang itu. Di samping itu, saya gemar berinteraksi dengan orang
jadi dengan menjadi seorang dietitian saya dapat berkomunikasi dengan orang tentang
pemakanan mereka. Akhir sekali, saya juga ingin bekerja dalam suasana hospital kerana

Anda mungkin juga menyukai