Anda di halaman 1dari 4

rosman...

25012024/skg

Ibu bapa merupakan sosok terpenting dalam kehidupan kita. Merekalah yang telah
membesarkan, mendidik dan membimbing kita untuk menjadi insan yang berguna
buat agama dan masyarakat.

Betapa pentingnya mereka berbanding insan lain dalam kehidupan kita, kehadiran
dan ketiadaan mereka pasti dapat dirasakan.

10 Tanggungjawab Anak Kepada Ibu Bapa Dalam Islam

Dalam agama Islam, darjat ibu bapa begitu mulia sehinggakan Allah
S.W.T. telah memerintahkan secara terperinci tentang adab dan cara anak
menyantuni ibu bapa dalam Al-Quran:

‫سانًا ۚ إِ اما يَ ْبلُغَنا ِعندَكَ ا ْل ِكبَ َر أ َ َح ُد ُه َما أ َ ْو ِك ََل ُه َما فَ ََل تَقُل‬ َ ْ‫َوقَض َٰى َربُّكَ أ َ اَّل ت َ ْعبُدُوا إِ اَّل إِيااهُ َوبِا ْل َوا ِل َد ْي ِن إِح‬
ٍّ ُ ‫لا ُه َما أ‬
‫ف َو ََّل ت َ ْن َه ْر ُه َما َوقُل لا ُه َما قَ ْو ًَّل َك ِري ًما‬

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak


menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau
berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau
kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka
(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah
engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” – Surah Al-
Isra’, ayat 23

Tanggungjawab ini dipecahkan kepada dua iaitu ketika ibu bapa masih hidup dan
setelah mereka meninggal dunia.

Ketika Ibu Bapa Masih Hidup

#1. Berbuat baik dan tidak meninggikan suara kepada ibu bapa

Ini berdasarkan kepada perintah Allah S.W.T. dalam Surah Al-Isra, ayat 23 yang
telah dinyatakan di atas.

…. dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari
keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking
menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun).”

#2. Menyantuni dan menolong mereka dari segi kemampuan semampunya

Pengutaraan tentang tanggungjawab anak yang ini adalah berdasarkan daripada


hadis Rasulullah S.A.W.:

َّ ‫ َوإِنَّ َولَ َد‬،ِ‫سبِه‬


ْ ‫الر ُج ِل مِ ْن َك‬
‫سبِ ِه‬ َّ ‫َب َما أ َ َك َل‬
ْ ‫الر ُج ُل مِ ْن َك‬ َ ‫إِنَّ أ َ ْطي‬

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang adalah


berasal daripada usahanya dan sesungguhnya anak seseorang adalah berasal
daripada usahanya.” – Riwayat al-Nasa’ie (4449)

Jika kita dikurniakan harta yang lebih, hendaklah kita mengutamakan pemberian
sebahagiannya kepada mereka. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.
yang lain:

ِ ‫هللا أ َ َح َد ُك ْم َخي ًْرا َف ْليَ ْبدَأْ بِنَ ْف‬


‫س ِه َوأَ ْه ِل بَ ْيتِ ِه‬ ُ ‫طى‬ َ ‫إِذَا أ َ ْع‬

Maksudnya: “Apabila Allah S.W.T. memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari


sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya.” –
Riwayat Muslim (1822)

#3. Taat dan tidak menderhakai ibu bapa

Bukan itu sahaja, daripada ayat dalam Surah Al-Isra yang disebutkan di atas juga,
dapat disimpulkan bahawa ia merupakan salah satu tanggungjawab anak untuk
mentaati ibu bapa dan tidak sesekali menderhakai mereka.

#4. Mendoakan rahmat dan keampunan buat ibu bapa

Dari kecil lagi sejak memasuki sekolah, kita telah diajarkan untuk mendoakan ibu
bapa kita setiap kali selepas solat. Ini sebenarnya merupakan salah satu perintah
Allah kepada kita sebagai seorang anak dalam Al-Quran. Dalam Surah Al-Isra, ayat
24, telah dinyatakan:

‫ِيرا‬
ً ‫صغ‬َ ‫ار َح ْم ُه َما َك َما َربَّيَانِي‬
ْ ‫ب‬ َّ َ‫ح الذُّ ِ ِّل مِ ن‬
ِِّ ‫الر ْح َم ِة َوقُل َّر‬ ْ ‫َوا ْخف‬
َ ‫ِض لَ ُه َما َجنَا‬

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana


belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan
berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan
mendidikku semasa kecil.”

Ketika Ibu Bapa Telah Meninggal Dunia

#5. Menunaikan hutang-hutang yang wajib kepada Allah S.W.T.

Adalah merupakan tanggungjawab seorang anak itu untuk menunaikan hutang-


hutang yang wajib seperti nazar, haji dan puasa setelah ibu bapanya meninggal
dunia.

Telah dinyatakan:

َ ‫ أ َ َفأ َ ْق ِضي ِه‬،‫شه ٍْر‬


:َ‫ع ْنهَا؟ َقال‬ َ ‫َّللا ِإنَّ أ ُ ِ ِّمي َماتَتْ َو‬
َ ‫علَ ْيهَا ص َْو ُم‬ ِ َّ ‫سو َل‬ ُ ‫ يَا َر‬:َ‫ َف َقال‬،‫سلَّ َم‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ ُ ‫صلَّى‬
َ ‫هللا‬ ِّ ‫جَا َء َر ُج ٌل ِإلَى النَّ ِب‬
َ ِ‫ي‬
َ
‫ق أ ْن يُ ْقضَى‬ َ َ َ
ِ َّ ‫ ف َد ْي ُن‬:َ‫ قال‬،‫نَعَ ْم‬
ُّ ‫َّللا أ َح‬

Maksudnya: “Telah datang kepada Nabi S.A.W. seorang lelaki, lalu berkata: Wahai
Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa
Ramadhan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha’ puasa bagi pihaknya?
Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk
tunaikan.” – Riwayat al-Bukhari (1953)

#6. Melangsaikan hutang-hutang ibu bapa kepada manusia semampunya

Jika ibu bapa ada berhutang kepada manusia sebagai contohnya, kita sebagai anak
hendaklah berusaha untuk melangsaikannya berpandukan kemampuan kita.

#7. Berdoa kepada ibu bapa yang telah meninggal

Dalam hadis Rasulullah S.A.W., telah dinyatakan:

ُ‫ أَ ْو َولَ ٍد صَالِحٍ يَ ْدعُو لَه‬،ِ‫ أَ ْو ِع ْل ٍم يُ ْنتَفَ ُع بِه‬،ٍ‫َاريَة‬


ِ ‫ص َد َق ٍة ج‬
َ ‫ إِ ََّّل مِ ْن‬:ٍ‫ع َملُهُ إِ ََّّل مِ ْن ث َ ََلثَة‬
َ ُ‫ع ْنه‬ َ َ‫سا ُن ا ْنق‬
َ ‫ط َع‬ ِ ْ َ‫إِذَا َمات‬
َ ‫اْل ْن‬

Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala
amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak
yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.” – Riwayat Muslim (1631)

Semasa mereka hidup ataupun setelah meninggal, hendaklah kita sebagai anak
sentiasa mendoakan rahmat, keampunan dan kebaikan buat mereka.
#8. Menziarahi dan menyantuni sahabat ibu bapa

Ketika mereka masih hidup, pastinya ada sahabat dan insan tertentu yang disayangi
mereka. Setelah mereka meninggal, adalah elok untuk kita sebagai anak
menyambung kembali tautan silaturahim itu.

Ziarahilah sahabat mereka dan santuni dengan sebaiknya.

#9. Bersedekah di atas nama ibu bapa

Ini berdasarkan oleh pertanyaan dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.:

‫ نَعَ ْم‬:َ‫ع ْنهَا؟ َقال‬


َ ‫ق‬ َ َ ‫ أ َ َفأَت‬،‫ُوص‬
ُ ‫ص َّد‬ ِ ‫إِنَّ أ ُ ِ ِّمي َماتَتْ َولَ ْم ت‬

Maksudnya: “Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan belum sempat dia
berwasiat. Maka bolehkah aku bersedekah untuknya? Baginda S.A.W.
menjawab: Ya.” – Riwayat al-Nasa’ie (3654)

#10. Memenuhi wasiat ibu bapa sebaiknya

Salah satu tanggungjawab anak adalah memenuhi dan menguruskan wasiat


peninggalan ibu bapa mereka sebaiknya.

Bukanlah hanya mentaati mereka ketika masih hidup tetapi setelah meninggal juga.

Semoga sebagai anak, kita mampu untuk menunaikan tanggungjawab kita kepada
orang tua kita sebaiknya. Baik ketika mereka masih hidup mahupun selepas mereka
meninggal. Insya-Allah.

Anda mungkin juga menyukai