Anda di halaman 1dari 8

Agatha Tiong Wei Ting

Jess Kho Hui Xin


Arlianah binti Dzunaidde
(BMSJKC 2)
Sejarah Asal-Usul Kaum KadazanDusun di Sabah
Menurut sumber akademik, terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah. (1), kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun
Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara (T.R. Williams: 1965). Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli
sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-
Dusun. (2) Asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar
(Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965). (3) Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen
Rutter:19220). (4) Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai. (5)mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum
Bunun di Taiwan.

Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan
isterinya Siminundu. Walaubagaimanapun, kebenaran mitos ini hanya didukung oleh masyarakat Dusun tradisional sahaja. Ekoran
daripada kemasukan agama fahaman monotheisme khususnya Islam dan Kristian maka generasi sekarang lebih bersifat logistik dan
telah mengetepikan mitos tradisional mengenai asal usul mereka yang bersifat metafizik.

Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman monotheisme di kalangan masyarakat Dusun sejak tahun
1970-an, cara hidup orang Dusun mula berubah namun demikian masih terdapat khazanah-khazanah berharga yang masih utuh dan
tidak dimakan zaman. Khazanah-khazanah berharga ini merujuk kepada warisan cara hidup tradisi dari segi adat, sistem kepercayaan
tradisional, budaya dan sebagainya termasuklah dari sudut kesenian. Kesenian merupakan salah satu aspek warisan yang kekal dan
terpelihara sehingga sekarang ekoran pengaplikasiannya ke dalam kehidupan seharian. Hal ini senang diaplikasikan dalam kehidupan
masyarakat Dusun sehingga sekarang disebabkan tidak memerlukan proses yang sukar, tambahan pula aspek kesenian ini boleh diikuti
dengan mudah dan jarang bertentangan dengan hukum agama monotheisme yang dianuti oleh masyarakat Dusun sekarang ini
MAJLIS

▪ Tadau - Hari' atau 'Pesta’


▪ Kaamatan- tuai
▪ Kaamatan merujuk
kepada tempoh penuaian
padi

Majlis yang disambut ialah Pesta Kaamatan/ Majlis ▪ Pesta kaamatan disambut sepanjang tahun tetapi
Mangavau/ Tadau kaamatan kemuncak perayaan ini jatuh pada 31 Mei.
▪ Merupakan satu perayaan kesyukuran kaum ▪ Pada kemuncak perayaan ini, unduk ngadau akan
kadazandusun diadakan (mencari pengganti huminodun). Kemuncak
▪ Semasa Pesta Kaamatan, orang akan berkumpul perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau
di kampung untuk berterima kasih kepada Tuhan "unduk ngadau", tarian tradisi, dan upacara kemuncak
(Kinorohingan) dan roh-roh untuk tuaian yang baik yang dijalankan oleh Bobohizan yang membawa
dan berdoa memohon berkat untuk tuaian yang maksud "ketua pendita".
lebih baik pada tahun berikutnya, sama ▪ Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah menggunakan
seperti perayaan tuaian dan kesyukuran yang lain pakaian tradisi mereka mengikut daerah mereka. Alat
di seluruh dunia. muzik tradisi dimainkan dan orang Kadazan akan
menari tarian Sumazau. "tapai" (arak beras)
dihidangkan sebagai minuman utama.
PROGRAM AKTIVITI

1 2

Sukan Tradisional Pertandingan


▪ lumba kerbau (melumba kalabau) ▪ Pertandingan tapai (arak beras) terbaik
▪ gusti lengan (mipulos) ▪ Pertandingan pukul gong
▪ gusti buku jari dan jari (mipansa) ▪ Pertandingan tarian tradisional
▪ gusti (migogo) ▪ Pertandingan nyanyian
▪ tembak paip tiup (monopuk) ▪ "Unduk Ngadau" atau Pilihan Ratu
▪ lumba panggung (manampanau) Ka’amatan
▪ tarik tali (mitalik dugugk)
▪ berlari (menangkus)
▪ arung jeram (mamangkar)
▪ arung jeram tiang buluh tunggal (manampatau)
CIRI-CIRI KHAS

Pakaian Tradisional Kraf Tangan


Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Kaum Kadazan-dusun menggunakan bahan
Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, asli seperti bambu, rotan, lias, labu air dan
seluar souva, bengkung toogot dan pakaian kayu dalam menghasilkan kraftangan.
kepala yang disebut siga. Wanita memakai Antara hasil kraftangan yang sinonim
baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan dengan etnik kadazandusun ialah wakid,
selendang batik dilengkapi tali pinggang barait, sompoton, pinakol, topi siung, parang
himpogot. Baju fabrik baldu hitam dan gayang. Sebelum hasil kraftangan ini
berhias rendakuning keemasan. Lelaki dipromosi dan dikomersialkan sebagai ikon
memakai pakaian kepala sigal dari kain fesyen dan juga khazanah kebudayaan
destar manakala wanita memakai siung dari negeri Sabah bagi kaum Kadazandusun,
anyaman buluh halus bermotifkan geometrik sebahagian daripada hasil tangan ini
etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dahulunya digunakan warga kadazandusun
dan tali pinggang syiling perak. secara praktikal dalam kehidupan seharian.
Tarian Sumazau
Tarian ini lazim ditarikan oleh sepasang penari lelaki dan perempuan, mereka haruslah berbaju hitam, lelaki memakai
sigar (destar) di kepala sementara penari perempuan memakai saraung (alas kepala). Mereka akan menari dengan
diiringi paluan tujuh atau lapan gong. Pada awal permulaan tarian rentaknya akan perlahan kerana kesemua gong tidak
dipalu serentak. Rentaknya akan mula harmonis selepas semua bunyi paluan gong bersepadu.Sewaktu menarikan tarian
sumazau tangan dihayunkan ke hadapan dan kebelakang serentak dengan tubuh yang dienjutkan ke kiri dan ke kanan.
Gerakan ini bukan saja-saja diadakan melainkan sebagai perlambangan semangat tabang (gotong-royong) sewaktu
menanam padi.Satu kebiasaan masyarakat Dusun, mereka akan memperuntukkan hari-hari tertentu untuk membantu
mengusahakan bendang jiran tetangga mereka, hal yang sama akan juga dilakukan oleh jiran itu tadi. Dengan cara ini
mampu meringankan beban kerja yang berat.Setelah menemukan gerakan tari yang harmonis seusai paluan gong yang
telah bersepadu, penari lelaki akan bertempik ‘kihaaaa!’ menandakan tiba masa untuk menukar gerak tari. Ia juga
sebagai tanda gembira bahawa Bambarayon yang dipuja telah memberikan hasil tuaian yang baik bagi tahun itu.Selepas
bertempik tangan akan didepa kan ke sisi dengan kedua pergelangan tangan diarahkan ke atas dan ke bawah
menyerupai gerakan burung yang melayang-layang di udara, spesifiknya Bambarayon itu sendiri sebagai satu
manifestasi penghargaan kepada semangat padi itu yang kerap melindungi tanaman padi daripada sebarang makhluk
perosak. Namun ada juga sumber yang menyatakan bahawa gerakan tari yang satu ini meniru perlambangan
pergerakan burung helang sewaktu di udara.
PANTANG LARANG
Ibu Mengandung Hubungan Lelaki & Perempuan
1. Tidak boleh memotong atau mengerat 1. Sekiranya ditangkap berkhalwat atau diketahui, pihak
sesuatu. lelaki hendaklah membayar kdenda kepada pihak
2. Tidak boleh mengikat atau menyimpul gadis,
sesuatu, 2. Jika perempuan didapati mengandung daripada
3. Suami tidak boleh memotong rambut kerana perbuatan khalwat, pihak lelaki dipaksa untuk
ditakut rambut anak akan menjadi panjang. mengahwini perempuan tersebut.
4. Tidak boleh makan buah yang merangkumi 3. Bagi mengandung atau bersekedudukan, pasangan
air. membayar kepanasan atau sogit kepada masyarakat
5. Tidak boleh mencucuk hidung kerbau atau dan pihak lelaki perlu membayar kemalu kepada
lembu. Dipercayai ianya akan menyebabkan perempuan.
bibir anak akan menjadi sumbing.
6. Tidak boleh siat telinga binatang. Ini akan Kematian
menyebabkan telinga anak akan menjadi 1. Unggun api dibuat di sekeliling rumah bagi memagar
panjang. rumah daripada roh jahat.
2. Tanduk kerbau dibayar untuk menghalau hantu.
3. Mihad atau menangisi mayat.
4. Dua lelaki menunggang kuda atau kerbau mengelilingi
Sewaktu Bersalin kampung.
1. Suami tidak boleh jauh dari rumah kerana 5. Menerima sejemput beras atau garam
ditakuti gangguan jin atau syaitan. 6. Memberi sedekah sprit kain belacu sebagai kain
2. Tidak boleh makan ikan bertulang keras, ikan bendera kubu.
berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air. 7. Tidak boleh tidur selagi mayat masih ada di dalam
3. Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang rumah.
terdedah seperti halaman rumah kerana ditakuti 8. Mayat ditanam bersama dengan barang-barangnya.
diganggu oleh roh jahat seperti rogon gaiyah. 9. Hidung, mata, telinga dan ekor haiwan ternakan
4. Sahabat handai tidak boleh melawat bayi dibuat sajian bagi si mati.
10. Membuat papakan iaitu sajian si mati dalam gelap.
sebelum upacara memberi nama.
11. Mamupus iaitu keluarga si mati memberi amaran
supaya roh tidak kembali.
Adat Perkahwinan

Anda mungkin juga menyukai