Anda di halaman 1dari 20

FOLIO

KESENIAN & KEBUDAYAAN:


JENIS-JENIS TARIAN DI MALAYSIA

NAMA: MATHAYSHRAI A/L SELVADURAI


NO. K/P: 080513-10-0801
GURU M/P:
PENGHARGAAN 1
TARIAN NGAJAT 2-4

TARIAN KARAGATTAM 5-7


TARIAN SUMAZAU 8-11
RUMUSAN 12
PENGHARGAAN
TERIMA KASIH!
Bersyukur saya kerana dengan limpahan rahmat yang
direstui Tuhan, saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Sekalung penghargaan ingin saya ucapkan kepada guru


mata pelajaran PJK saya, ----- kerana dengan tunjuk
ajar serta bimbingan daripada beliau membuka ruang
untuk saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya.

Jutaan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada


kedua ibu bapa saya, En. Selvadurai Muniandy dan Pn.
Vanitha Krishnan yang banyak memberikan sokongan
moral dan galakan sepanjang proses menyiapkan kerja
kursus ini.

Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini saya tujukan


kepada rakan-rakan yang turut memberi peringatan dan
sebagai pemudahcara. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap kemusykilan umum yang saya utarakan.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua


yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
sepanjang saya membuat folio ini. Terima kasih setinggi
langit. Saya amat menghargainya.

1
TARIAN NGAJAT
Tarian Ngajat atau Tarian Norek adalah salah satu
tarian tradisional yang berasal daripada Sarawak yang
sangat popular dalam kalangan orang Iban di
Kalimantan Barat dan Sarawak.

Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis,


antaranya ialah:Ngajat Indu, Ngajat Bebunuh, Ngajat
Lesung & lain-lain lagi.

Asal-usul tarian ngajat menurut kajian pakar sains dan


arkeologi mendapati bahwa ngajat merupakan tarian
yang berasal dari Sarawak bermula daripada
penghijrahan orang Iban dari Gua Niah ke Kapuas di
Kalimantan Barat. Perkara ini diperkukuhkan lagi
dengan Ngajat sebagai salah satu daripada senarai
Warisan Negara 2009. Hal ini dilihat dari perbedaan
pakaian tradisi sama musik serta rentak tari. Di
Sarawak, masyarakat Iban memilih memakai baju
tradisi dari leluhur mereka. Di Kalimantan Barat,
masyarakat Iban lebih memilih memakai baju dari
Sanggar Tari mereka. Ngajat bagi orang-orang Iban
ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-
orang Iban sebelum berperang dan selepas musim
menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan
selepas mereka kembali dari berperang.

2
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran
ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama
iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah
bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari,
gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormatan dan
orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil
membawa tengkorak musuh.

Ketika tarian ini ditarikan penari akan memegang perisai


kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari
seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan
badannya ke kiri dan ke kanan.

PERALATAN MUZIK
Muzik iringan dimainkan daripada alat-alat seperti
gong besar (tawak) dan gong sederhana (bebendai),
gendang atau dedumbak dan satu set gong kecil
engkurumong. Sapeh adalah alat muzik bertali seperti
gitar.
PAKAIAN TRADISI
Penari lelaki akan memakai pakaian tradisi seperti
'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai
topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung
merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang
diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang
tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang',
mereka memakai pakaian tradisi seperti sugu tinggi
sebagai hiasan kepala, rawai tinggi di bahagian dada,
kain tenun yang diikat pada pinggang, gelang tangan
dan kaki, dan anting-anting.
3

4
TARIAN
KARAGAATTAM
Karagaattam (Tarian Periuk) ialah tarian rakyat
kuno Tamil Nadu,India yang dipersembahkan
sebagai pujian kepada dewi hujan Mariamman.
Epik Tamil purba mengatakan bahawa jenis tarian
ini berasal dari Bharatham dan campuran
pelbagai bentuk bentuk tarian Tamil seperti postur
Bharatanatyam dan mudra. Persembahan tarian
ini adalah kepada dewi untuk memberkati hujan.
Tarian ini mengiringi lagu-lagu seperti Karnatik
rakyat (Amrithavarshini).

Para penghibur mengimbangkan periuk di atas


kepala mereka. Secara tradisinya, tarian ini
dikategorikan kepada dua jenis:

Aatta Karagam (Periuk Penari) melambangkan


kegembiraan dan kebahagiaan. Ia
terutamanya dilakukan sebagai hiburan.

Sakthi Karagam (Periuk Sakti) hanya dilakukan


di kuil sebagai persembahan rohani.

Karagaattam menyeru hujan melalui tarian Tamil


klasik. Lagu yang paling biasa menggunakan
Amrithavarshini Ragam (Ragamalika). Orang
Tamil percaya bahawa alam semulajadi
memberikan hujan yang lebat dan melindungi
hasil tuaian.

PAKAIAN
Karagaattam secara tradisinya dipersembahkan dalam
Sari. Walau bagaimanapun, pakaian boleh berbeza-beza
kerana harta utama adalah mempunyai karagam (periuk)
di atas kepala penari. Pakaian biasa termasuk Sari atau
Kurta, tuala berwarna dan karagam (periuk).

6
7
TARIAN
SUMAZAU
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat
Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh
Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum
Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau
Kaamatan atau pada perayaan selain Tadau Kaamatan
yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri
Sabah pada setiap bulan Mei. Hujung bulan Mei dipilih
berdasarkan kepada secara tradisinya pada masa dahulu,
penanaman padi hanya berlaku sekali setahun. Apabila
selesai menuai padi, selalunya sebelum penghujung bulan
Mei.
Tarian sumazau dalam bahasa Kadazan , dan sumayau
dalam bahasa Dusun. Sumayau dalam bahasa dusun
bermaksud menari, dapat dikaitkan dengan perkataan
minsayau, bermaksud melompat-lompat. Jumlah penari
tidak ditetapkan, tetapi mestilah berpasangan, lebih ramai
lebih meriah. Tarian sumazau/sumayau berbeza-beza
mengikut etnik. Paluan gong juga berbeza mengikut etnik.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian
sumazau yang ditarikan untuk mengucapkan kesyukuran
mengikut daerah dan desa.

8
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke
paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap
burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan
perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan
wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-
gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki
diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu, bergantung dari
mana sukun kaum kadazandusun ini berasal . Ketika menari
tangan didepakan keluar, seolah-olah sedang terbang tetapi
dihinjutkan pergelangan tangan. Situasi ini juga boleh berbeza-
beza mengikut daerah.Kadang kala ketika menari penari boleh
setakat menghayun-hayun atau melimbai-limbai tangan. Pada
masa sekarang tarian sumazau/sumayau ditarikan pada setiap
majlis dan keramaian menyambut hard keramaian, namun
tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan
"Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada
selepas menuai padi.
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan
perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang
dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang
berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang
serta talipinggang (hinogot) yang diperbuat daripada duit
syiling perak (trade dollars) dan set tangkong yang diperbuat
daripada tembaga . Penari lelaki biasanya akan memakai
tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyangkutkan
dipinggang daun silad kering sebagai pengganti padi.
Kini tarian Sumazau ditarikan dalam banyak majlis keramaian
seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian
menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut
juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira
suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis
tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.

9
BUSANA
Pakaian tradisi tarian Sumazau biasanya dipakai pada
musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga
upacara khas seperti perkahwinan. Pada asasnya, busana
ini menggunakan warna hitam sebagai warna utama dan
dihiasi dengan renda berwarna keemasan. Butang baju
pula diperbuat daripad logam yang berwarna emas.

LELAKI
Siga
Gaung
Sandangon
Sauva

WANITA
Simbong
Sinuangga
Tapi'
Simin
Himpogot
Tangkong

10
11
RUMUSAN
Kajian yang telah dilakukan ini telah memberikan saya
pengalaman baru, bermakna dan menarik.Saya dapat
mempelajari budaya iaitu seni tarian bangsa lain.

Tugasan ini memberikan pengalaman kepada saya untuk


mendapatkan maklumat dan melakukan kajian di Internet.
Sesunguhnya ia adalah suatu pengalaman yang bermakna
dan menarik
Melalui kajian ini, saya sedar tentang kepentingan sejarah
dari kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita
juga mesti berasa bersyukur kerana dilahirkan disebuah
negara yang kaya dengan budaya dan bangsa ini

Melalui pemerhatian saya sedar bahawa perpaduan dan


nilai hormat-menghormati di antara bangsa adalah sesuatu
yang penting untuk kita mengekalkan keharmonian dan
keamanan dalam negara.

Secara keseluruhannya , kajian untuk folio ini telah


menyedarkan saya tentang pentingnya sifat
bertanggungjawab, kesungguhan, integriti dan kegigihan
akan membawa kejayaan. Sesunguhnya banyak perkara
boleh menyumbang kepada perpaduan negara.

Jadi semua pihak perlu sedar akan tangungjawab dan


peranan masing-masing dalam sama-sama menjaga
keharmonian dan keamanan negara ini.

12
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai