Anda di halaman 1dari 3

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

“Woi badut! Dengar sini betul-betul, walau apa pun kamu mencuba kamu
tidak akan menjadi seorang doktor. Jika kamu melanjutkan pelajaran kamu ke
menara gading, tiada sesiapa akan menerima kamu disebabkan kekurangan
kamu.” Kata Haikal si pembuli kepadaku, lalu semua orang dalam kelas mulalah
ketawa tanda mengejek. Anda mungkin terfikir, mengapa Haikal si pembuli
berkata begitu kepadaku... Sebelum itu, biarlah aku memperkenalkan diriku.

Nama yang diberikan kepadaku adalah Muhammad Umar. Aku merupakan


anak tunggal bagi ibu bapaku. Aku dijaga oleh ibu bapaku seperti menatang
minyak yang penuh. Walaubagaimanapun, kebahagiaan tersebut musnah apabila
saya didiagnosis dengan masalah autisme ketika berusia tiga tahun. Aku tidak
memahami apa-apa pada ketika itu. Ibu bapaku kerap bertengkar sehingga bapaku
mengambil keputusan untuk meninggalkan aku dan ibu keseorangan. Sejak hari
kejadian, ibulah yang menggalas beban di bahu demmi menyara kami dua
beranak. Ketika aku berusia enam tahun, aku terlihat sebuah rancangan televisyen
yang memanggil seorang doktor untuk berkongsi mengenai kehidupan seorang
doktor. Sejak itu, aku mula berazam untuk menjadi seorang doktor.
Walaubagaimanapun, pelbagai onak dan duri harusku tempuh untuk menggapai
impian tersebut kerana bukan mudah untuk mencapai kejayaan.

Aku dijadikan sebagai bahan ejekan dan gurauan rakan-rakan dia sekolah
serta orang kampung dek kerana kekuranganku. Ibu amat risau dengan masa
depanku kerana aku mempunyai masalah sensori terhadap cahaya dan bunyi. Dia
sentiasa melakukan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar aku berjaya serta
tidak mengharapkan orang lain untuk meneruskan kehidupanku walaupun ibu
tiada lagi di bumi ini. Doa ibu yang tiada hijab telah dimakbulkan oleh Pencipta
apabila dia bertemu dengan seorang pakar kanak-kanak autisme bernama Dr.
Rajini. Ibuku kerap membawaku berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan
terapi dan nasihat. Beliau memberikan aku sebuah cermin mata dan fon kepala
bagi menangani masalah sensori. Disebabkan alat dan tunjuk ajar beliau, kini aku
dapat fokus terhadap mata pelajaran dan markah peperiksaanku semakin
meningkat.

Ketika aku berusia 18 tahun, usaha aku membuahkan hasil apabila aku
memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM iaitu 8A+. Guru-guru dan
rakan-rakan yang sering ketawa kepadaku kini teruja dan tidak percaya akan
keputusanku. Ibu dan Dr.Rajini sangat bangga kerana mereka berdua banyak
berkorban masa untukku. Aku ditawarkan bantuan biasiswa bagi melanjutkan
pembelajaranku ke Dubai untuk menjadi seorang doktor dalam sektor
pembedahan. Pada awalnya, aku berasa berat hati untuk meninggalkan ibuku di
Malaysia.

Namun, aku bersemangat untuk mencapai impianku sejak kecil. Di Dubai,


aku mendapati kebanyakan orang di kampus memahami keadaan saya kerana
kesedaran autisme di sana tinggi dan berluasa. Persekitaran tersebut telah
membuat aku untuk meneruskan pelajaranku selama lima tahun. Akhirnya, aku
sudah menamatkan pengajianku dan mendapatkan anugerah graduan terbaik.
Aku balik ke tanah airku untuk memulakan pekerjaan aku sebagai seorang doktor.
Pada awalnya permohonan aku ditolak oleh kebanyakan hospital tetapi
disebabkan usaha dan kesabaran yang tinggi, akhirnya aku diberikan peluang
untuk bekerja di hospital yang Dr. Rajini bekerja.

Beberapa tahun sudah berlalu, aku telah menjadi seorang pakar


pembedahan yang berjaya dan terkenal. Aku berasa sangat bersyukur kerana
dengan izin Allah aku dapat menyelamatkan banyak nyawa serta berbakti kepada
masyarakat. Tidak mungkin aku berada di sini tanpa sokongan dan bantuan orang
yang disayangi. Kini aku menjadi inspirasi bagi orang-orang sepertiku untuk
mencapai impian tidak melihat kepada kelainan diri. Ingatlah pepatah Melayu
yang mengatakan, “susah susah dahulu, senang senang kemudian”.

Anda mungkin juga menyukai