Anda di halaman 1dari 4

Soalan Kemahiran Asas Hoki

1. Genggaman rapat diamalkan untuk tindakan berikut KECUALI

A. Menolak
B. Menyerkap
C. Menggelecek
D. Memukul

2. Kemahiran menimbang bola adalah suatu kemahiran yang membantu kordinasi

A. Mata dan tangan


B. Kayu dan Bola
C. Bola dan Mata
D. Tangan dan Bola

3. Kemahiran yang digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila dikawal ialah kemahiran

A. Memukul
B. Menolak
C. Menggelecek
D. Menyerkap

4. Berikut merupakan kegunaan kemahiran menggelecek KECUALI

A. Melengahkan masa
B. Mencari ruang
C. Meletihkan lawan
D. Mengekalkan pemilikan bola

5. Kemahiran menggelecek yang digunakan untuk menukar arah dari kiri ke kanan atau sebaliknya
ialah

A. Menggelecek Rapat
B. Menggelecek Indian
C. Menggelecek longgar
D. Menggelecek Sisi

6. Berikut merupakan teknik yang betul untuk melakukan kemahiran menggelecek longgar KECUALI

A. Badan dibongkokkan
B. Lutut dibengkokkan
C. Mata memandang ke depan selepas tolakan
D. Bola hoki harus berada dekat dengan kayu

7. Pada masa hantaran atau pukulan dilakukan, mata hendaklah memandang ke arah

A. Gol
B. Bola
C. Kayu
D. Tangan
8. Untuk menguasai dan menentukan corak permainan, pemain hoki perlu menguasai kemahiran
menyerkap bola di atas permukaan padang yang berlainan lebih-lebih lagi di kawasan

A. Padang rumput
B. Astroturf
C. Gelanggang simen
D. Padang golf

9. Ketika menyerkap bola, kedudukan kayu hendaklah dicondongkan ke hadapan sedikit untuk

A. Mengelakkan lantunan bola ke tepi


B. Memberhentikan bola
C. Mengelakkan lantunan bola ke atas
D. Mengelakkan pemain lawan merampas bola

10. Menolak adalah cara penghantaran yang paling _________ kepada seorang rakan.

A. Baik
B. Sukar
C. Selamat
D. Pantas

11. Kemahiran menolak boleh dilakukan daripada kedudukan yang sukar di mana kemahiran
__________ tidak boleh digunakan

A. Menguis
B. Memukul
C. Menggelecek
D. Menahan

12. Kemahiran menguis adalah sangat berguna untuk situasi-situasi berikut KECUALI

A. Membuat hantaran jauh kepada pemain depan pasukan sendiri


B. Mengelirukan pihak lawan
C. Meredakan ketegangan dalam kawasan pertahanan
D. Melepaskan bola dari kayu pihak lawan

13. Antara faktor yang mempengaruhi kuisan yang baik adalah

A. Kayu hoki yang berat


B. Pergelangan tangan yang kuat
C. Padang hoki yang licin
D. Arah angin
14. Bola ________ boleh digunakan untuk latihan menendang bola dan menahan bola
dengan tangan bagi seorang penjaga gol hoki

A. Sepak takraw
B. Ping pong
C. Kriket
D. Tenis

15. Penjaga gol terpaksa menggunakan tangan bebasnya untuk menahan bola pada
kedudukan berikut KECUALI

A. Paras pinggang
B. Paras Bahu
C. Penjuru atas pintu gol
D. Paras lutut

16. Apabila seseorang pemain menerima bola dari udara, kedudukan kayu tidak boleh
melebihi

A. Paras bahu
B. Paras leher
C. Paras dada
D. Paras pinggang

17. Berikut merupakan jenis-jenis kemahiran merebut bola KECUALI

A. Rebutan Hadapan
B. Rebutan Rapat
C. Rebutan kayu kilas
D. Rebutan melonjak

18. Semasa memukul bola,berat _______ dipindahkan dari kaki kanan ke kaki kiri.

A. Kayu
B. Badan
C. Bola
D. Tangan

19. Terdapat dua jenis genggaman semasa memukul iaitu

A. Genggaman pendek dan panjang


B. Genggaman rapat dan jauh
C. Genggaman ringan dan berat
D. Genggaman ketat dan longgar
20. Biasanya penjaga gol terpaksa ________apabila ia telah keluar untuk menyekat
serangan ke pintu gol dalam keadaan satu lawan satu.

A. Menjerit
B. Berlari
C. Merempuh
D. Menggelungsur

Anda mungkin juga menyukai