Anda di halaman 1dari 171

Pengenalan

Buku ini adalah sebuah buku manual atau panduan kerja. Dalam bahasa mudah, buku
ini adalah how-to. Buku ini ditulis khusus untuk kegunaan semua pemimpin dan ketua,
baik yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam. Ilmu kepimpinan yang
diterangkan dalam buku ini digali dari hadith-hadith yang sahih.
Nabi membawakan kebaikan kepada penduduk seluruh dunia, yakni bukan hanya
kepada umat Islam sahaja. Banyak ilmu-ilmu kepimpinan yang beliau sampaikan dapat
dipraktikkan oleh orang-orang Islam dan juga oleh orang-orang bukan Islam.
Buku ini menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP yang digali daripada
hadith-hadith yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen
elemen itu dapat diaplikasi.
Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP kepimpinan gaya Nabi dapat dikumpulkan ke
dalam 2 kategori:

Kategori 1: Ilmu kepimpinan untuk aplikasi pemimpin Islam.


Dalam kategori ini adalah amalan-amalan, rutin dan ritual yang dilakukan oleh Nabi
sebagai pemimpin yang beragama Islam. Dari sudut aplikasinya, amalan-amalan, rutin
dan ritual itu adalah khusus untuk ketua-ketua yang beragama Islam sahaja. Buku-buku
kepimpinan gaya Nabi yang ditulis oleh golongan agamawan fokus menerangkan
amalan-amalan, rutin dan ritual dalam kategori ini. Justeru, buku-buku tradisional itu
hanya relevan kepada pemimpin dan ketua-tua yang beragama Islam sahaja.

Kategori 2: Ilmu kepimpinan untuk semua manusia.


Dalam kategori ini adalah prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP gaya Nabi yang
bersifat universal, yang dapat berdiri sendiri, yang tidak perlu dikaitkan dengan iman
dan akidah Islam.
Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini dapat dipisahkan daripada
kepercayaan spiritual. Sesiapa sahaja dapat mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan
SOP-SOP itu. Orang-orang bukan Islam pun dapat menggunakannya dengan mudah
sekali.
Andainya seseorang pemimpin dan ketua itu hanya mengaplikasi prinsip, strategi,
teknik, dan SOP-SOP dalam kategori universal ini sahaja pun dia sudah mampu
memimpin organisasinya secara efektif.

Puan Ainon Mohd.


Julai 2021
Pengenalan
Nabi membawakan kebaikan kepada penduduk seluruh dunia, bukan hanya kepada
umat Islam sahaja. Banyak ilmu kepimpinan yang beliau ajarkan dapat dipraktikkan
oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam.
Buku ini menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP yang digali daripada
hadith-hadith yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen-
elemen itu dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian, sama ada kehidupan profesional
mahupun dalam kehidupan peribadi.
Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP kepimpinan gaya Nabi dapat dikumpulkan ke
dalam 2 kategori:

Kategori 1
Dalam kategori ini adalah amalan-amalan, rutin dan ritual yang dilakukan oleh Nabi
sebagai pemimpin yang beragama Islam. Dari sudut aplikasinya, amalan-amalan, rutin
dan ritual itu adalah khusus untuk ketua-ketua yang beragama Islam sahaja.
Buku-buku kepimpinan gaya Nabi yang ditulis oleh golongan agamawan focus
menerangkan amalan-amalan, rutin dan ritual dalam kategori ini. Buku-buku itu hanya
relevan kepada pemimpin dan ketua-tua yang beragama Islam sahaja.|

Kategori 2
Dalam kategori ini adalah prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP gaya Nabi yang
bersifat universal, yang dapat berdiri sendiri, yang tidak perlu dikaitkan dengan iman
dan akidah.
Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini dapat dipisahkan daripada
kepercayaan spiritual. Sesiapa sahaja dapat mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan
SOP-SOP itu. Orang bukan Islam pun dapat menggunakannya dengan mudah sekali.

Jika pemimpin dan ketua hanya mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP
dalam kategori ini sahaja pun dia sudah mampu memimpin organisasinya secara
efektif.
Buku ini fokus menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kepimpinan
gaya Nabi yang bersifat universal.

Puan Ainon Mohd.


Bab 1
Nabi Berpura-Pura Tidak Nampak Kesalahan Disiplin Kerja Anak Buahnya

Isu Semasa
Isu staff tidak mematuhi peraturan waktu kerja dan datang kerja lewat adalah isu yang
sangat banyak berlaku. Bagi mengatasi isu datang lewat, pelbagai cara dicipta, namun
bagi sesetengah pekerja cara-cara itu tidak juga efektif. Sebagai contoh, ada staff yang
sanggup gajinya dipotong, bagi mereka itu tak apa-apa.
Dalam sebuah hadith, diceritakan suatu peristiwa di mana seorang lelaki melakukan
tiga kesalahan melanggar SOP kerja, tetapi Nabi tidak sebut langsung tiga
kesalahannya itu.
Pada waktu yang sama, selain melanggar SOP kerja, lelaki itu ada melakukan suatu
perbuatan yang baik. Nabi tidak menegur kesalahannya, sebaliknya Nabi memuji
perbuatannya betul itu.

Hadith '12 Malaikat'


Anas melaporkan, pada suatu hari seorang lelaki datang dan terus masuk barisan
orang yang sedang solat, dengan nafasnya termengah-mengah sambil membaca
'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' Selesai solat, Nabi bertanya,
“Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua yang ada diam. Nabi
bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak
mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang
dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Nabi berkata, “Sungguh,
saya nampak 12 malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” - Sahih Muslim
Ulasan
Dalam hadith '12 Malaikat' itu, direkodkan peristiwa seorang lelaki yang melakukan tiga
kesalahan melanggar SOP kerja. Kerja itu adalah solat berjemaah di masjid.
Kesalahan pertama, dia datang lambat, waktu itu Nabi dan orang-orang lain sudah
dalam solat tetapi dia baru sampai. Jika dalam syarikat, dia itu tidakmenepati SOP
masuk kerja. Orang lain sudah bekerja, dia baru sampai.
Kesalahan kedua, dia membuat bising dalam masjid, sampai Anas pun pun
dapatmendengar dia termengah-mengah dan setiap patah kata-kata yang
diucapkannya. Bukan hanya Anas dapat mendengar, Nabi pun dapat mendengar,
padahal Nabi itu sangat khusyuk dalam solat, bermakna kuat betul suara lelaki itu. Jika
dalam syarikat, apa yang dilakukan oleh lelaki itu sama dengan staff yang datang
lambat dan membuat bising sehingga menggangu ketenteraman di tempat kerja.
Kesalahan ketiga, apabila ditanya, dia tidak mahu mengaku. Selepas diberikan jaminan
bahawa kata-kata yang diucapkannya itu bukan perkara berdosa barulah dia mengaku.
Apabila Nabi solat di masjid, semua sahabat-sahabat Nabi yang senior seperti Abu
Bakar, Umar, Usman, Ali dan lain-lain sentiasa ada solat bersama-sama sebagai
makmum.
Sedangkan Anas dan Nabi pun dapat mendengar zikir lelaki itu dengan jelas, bermakna
sahabat-sahabat yang lain pun tentu dapat mendengar juga.
Begitu juga dengan kata-kata pujian Nabi untuk lelaki itu. Sedangkan Anas pun dapat
mendengarnya, tentulah sahabat-sahabat yang lain pun dapat mendengarnya.
Dalam peristiwa itu, kita dapat lihat bagaimana Nabi memuji seorang orang kecil, yang
namanya pun Anas tidak tahu. Nabi memberi pujian kepada orang kecil itu di hadapan
khalayak orang-orang kenamaan. Padahal orang kecil itu telah melakukan tiga
kesalahan melanggar SOP kerja.
Dalam peristiwa itu, SOP kerja yang dilanggar oleh lelaki itu bukanlah SOP yang boleh
membahayakan keselamatan nyawa, merosakkan harta benda syarikat, ataupun
merugikan kewangan syarikat.
Dalam kes kesalahan melanggar SOP teknikal yang tidak serius kesannya, Nabi
langsung tidak menegur lelaki itu atas tiga kesalahan yang dilakukannya itu.
Sebaliknya, Nabi memuji 1 perbuatan baik yang dilakukannya.
Dari sudut akal logik manusia biasa, apa yang dilakukan oleh Nabi itu memang macam
tidak logik, tidak masuk akal. Manakan tidak, si ketua memuji anak buahnya, padahal
dia telah melakukan banyak kesalahan melanggar SOP kerja.
Berdasarkan pemikiran akal biasa, kita percaya apabila seseorang ketua memuji
staffnya yang melakukan kesalahan, hal itu akan menghasilkan banyak kesan buruk.
Alasan pertama, ia boleh membuat staff yang dipuji itu naik kepala. Lain kali dia tidak
takut hendak datang lambat lagi.
Alasan kedua, pujian kita itu akan menyebabkan staff lain tidak takut hendak datang
lambat.
Namun kebimbangan macam itu tidak terjadi dalam peristiwa dalam hadith itu. Selepas
dipuji oleh Nabi, tidak pula lelaki itu naik kepala dan dia datang lambat lagi. Begitu juga,
selepas peristiwa itu tidak pula ada jemaah lain yang datang solat lambat dan membuat
bising di dalam masjid.
Selepas peristiwa yang dilaporkan dalam hadith '12 Malaikat' itu, tidak ada hadith lain
yang merekodkan lelaki itu pernah datang lambat lagi dan buat bising lagi. Justeru, kita
dapat andaikan semenjak Nabi memuji dia, selepas itu dia sentiasa datang solat pada
waktunya.
Dalam pemikiran rasional yang mainstream hari ini, majoriti orang awam berpendapat
perbuatan yang macam Nabi lakukan itu tidak semestinya boleh aplikasi lagi pada
zaman sekarang.
Bagi menyokong pendapat itu mereka menggunakan alasan, Nabi bolehlah buat
macam itu, sebab kualiti umat Nabi lain, mereka semua kuat iman dan soleh belaka,
walaupun dipuji mereka tak naik kepala. Kita sekarang tak boleh nak buat macam Nabi
buat sebab kualiti staff kita lain tak macam umat Nabi. Saidina Ali pun pernah
mempunyai pemikiran semacam itu di mana beliau telah membandingkan perbezaan
antara kualiti para pengikut Nabi dan kualiti para pengikutnya sendiri.
Sebenarnya, apabila kita menggunakan alasan macam itu, ada unsur yang tidak betul
dalam alasan itu. Alasan macam itu datang daripada logik akal yang salah. Apabila kita
mengatakan umat Nabi dulu lain, manakala staff kita sekarang lain, di sebalik alasan itu
kita sebenarnya mengatakan pada masa ini aplikasi sunnah Nabi itu sudah tidak sesuai
untuk digunakan ke atas staff kita. Maksudnya, pada pendapat kita sunnah Nabi sudah
tidak dapat digunakan lagi sekarang ini, sudah tidak valid, sudah tidak dapat
diaplikasikan lagi, sudah ketinggalan zaman, sedangkan sunnah Nabi adalah sesuatu
yang kekal valid untuk sepanjang zaman.
Apabila kita menjadi pemimpin dalam syarikat ataupun organisasi, kita mempunyai staff
dan anak buah yang bermacam-macam karekter dan perangainya.
Sebagai contoh, pihak pengurusan sudah menyediakan SOP kerja yang wajib dipatuhi,
tetapi akan sentiasa ada staff yang melanggar SOP itu. Perbuatan melanggar SOP
kerja adalah kesalahan yang serius. Ada hukuman disediakan bagi kesalahan jenis ini.
Malah, dari segi undang-undang majikan diizinkan memecat staff yang melanggar SOP
kerja.
Lazimnya, sebagai ketua kita memang tidak bertoleransi dengan mana-mana staff
ataupun anak buah yang melanggar peraturan kerja. Kita akan tegur, membebel,
menasihati, memberi amaran, memarahi, malah mungkin kita ambil tindakan disiplin ke
atas mereka. Biasanya tindakan macam itu tidak menghasilkan perubahan tingkah laku
yang diingini.

Teori bagi Menerangkan Keberkesanan Teknik Nabi

Bagi seseorang yang biasa-biasa sahaja, orang kecil dalam kumpulannya, pengalaman
dia diberi pujian di hadapan semua jemaah masjid, termasuk di hadapan orang-orang
kenamaan, peristiwa macam itu adalah di luar dugaannya.
Maruah dan self-esteem lelaki itu kembang menggebu-gebu. Dia menjadi sangat
bangga. Emosinya terhadap ketuanya yang memuji dirinya menjadi amat positif, boleh
sampai mencetuskan perasaan kasih kepada ketuanya.
Selepas dia menerima pujian yang begitu bagus, dengan disaksikan pula oleh semua
orang kenamaan, takkan dia mahu datang lambat lagi pada masa lain.

Aplikasi
Gunakan hadith ini bagi mendorong perubahan tingkah laku staf yang melanggar
peraturan teknikal di tempat kerja. Peraturan teknikal yang dilanggarnya itu mestilah
jenis yang tidak membahayakan keselamatan dan tidak menyebabkan kerugian kepada
syarikat.
Inilah SOP bagi mendorong perubahan tingkah laku anak buahnya yang masih lemah
disiplin kerjanya:

1. Pura-pura tidak nampak orang itu melakukan kesilapan teknikal yang kecil-
kecil.
2. Cari kebaikan kecil yang dilakukan oleh orang itu.
3. Puji kebagusan pada kebaikan kecil itu.
4. Puji serta-merta.
5. Puji di hadapan orang-orang lain.
Bab 2
Macam Tidak Logik Namun Itulah yang Berlaku iaitu Nabi Tidak Menghukum
Pemaksiat

Isu Semasa
Pada masa ini isu akhlak buruk dan pergaulan bebas dalam kalangan muda-mudi
menjadi salah satu isu yang sentiasa diperkatakan oleh pemimpin masyarakat, guru-
guru, para pendakwah dan ibu bapa.
Pelbagai usaha dijalankan bagi menangani gejala ini, termasuklah mencipta undang-
undang dan hukuman bagi menghukum pesalah akhlak, namun jumlah kesalahan
bukannya menurun malah makin terus menaik.
Dalam sebuah hadith, Nabi menunjukkan cara yang betul menyantuni seorang pemuda
yang pernah melakukan kesalahan peribadi jenis yang tiada hukumannya di dunia.
Pemuda itu telah mengaku sendiri dia pernah bercumbu di luar nikah secara
bersembunyi dengan seorang perempuan di pinggir kota Madinah.

Hadith 'Romeo Bercumbu di Pinggir Kota'


Pada suatu hari, ada pemuda datang berjumpa Nabi. Dia berkata, “Saya telah
bercumbu dengan perempuan dari pinggir kota. Saya lakukan semuanya, kecuali
bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang, maka hukumlah saya sebagaimana
yang tuan mahukan.” Umar memarahi pemuda itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan
kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengarkan kata-kata Umar itu, Nabi
diam. Pemuda itu pergi dari situ. Nabi menyuruh orang memanggil pemuda itu supaya
datang semula. Kemudian beliau membacakan kepadanya ayat ini: “Dan dirikanlah
solat pada pagi dan petang, dan pada permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan
yang baik menghapuskan dosa perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-
orang yang ingat.” Kemudian, ada lelaki lain di situ bertanya, “Wahai Rasulullah,
apakah ayat itu ditujukan kepada dia seorang saja, ataupun ayat itu ditujukan kepada
semua orang?” Nabi menjawab, “Kepada semua orang.” - Imam Abu Daud.
Ulasan
Dalam hadith 'Romeo Bercumbu di Pinggir Kota' ini terdapat banyak informasi menarik.

1. Umar memarahi pemuda itu, lalu pemuda itu pergi sehingga Nabi perlu menyuruh
orang memanggil pemuda itu supaya datang semula. Sikap Umar itu banyak
persamaan dengan sikap orang kita sekarang.
Kita suka memarahi muda-mudi yang akhlaknya tidak cantik. Hasilnya muda-mudi itu
lari menjauhkan diri dari kita, sebagaimana pemuda dalam hadith itu telah melarikan diri
dari Umar.
2. Dalam hadith itu ada seorang lelaki lain bertanya kepada Nabi, katanya, “Wahai
Rasulullah, apakah ayat itu ditujukan kepada dia seorang saja, ataupun ayat itu
ditujukan kepada semua orang?” Barangkali lelaki itu mempunyai persoalan yang sama
dengan persoalan pemuda tersebut.
3. Walaupun Nabi menyuruh pemuda itu supaya solat, Nabi tidak memberitahu pemuda
itu bila dia patut melakukan solat itu. Dibiarkan pemuda itu memilih sendiri bila dia
mahu solat.
4. Nabi tidak bertanya kepada pemuda pemaksiat itu sama ada dia tahu macam mana
hendak melakukan solat taubat.
Dalam undang-undang shariah, ada jenis-jenis kesalahan yang disediakan
hukumannya di dunia ini, seperti kesalahan mencuri dan minum arak di khalayak. Ada
pula kesalahan yang tidak disediakan hukumannya di dunia ini, di mana hukumannya
hanya dikenakan di akhirat nanti.
Bercumbu secara bersembunyi sebelum bernikah adalah contoh kesalahan peribadi
yang serius. Walaupun ia adalah kesalahan serius kesalahan jenis tiada hukumannya di
dunia, hukumannya di akhirat nanti, itu pun seandainya dia tidak bertaubat.
Dalam dunia sekarang, dengan pergaulan bebas muda mudi, isu tingkah laku
bercumbu sebelum bernikah adalah isu yang berlaku dengan berleluasa.Sedangkan
pada zaman Nabi pun isu itu berlaku.
Dalam 'Romeo Bercumbu di Pinggir Kota', seorang pemuda datang berjumpa Nabi dan
dia meminta supaya dirinya dihukum. Nabi tidak menghukum pemuda itu. Nabi juga
tidak menasihati pemuda itu dengan sebarang nasihat.
Dalam logik akal biasa kita, sikap Nabi yang tidak menghukum pemuda itu adalah sikap
yang sukar diterima untuk dilaksanakan dalam dunia hari ini. Pada pendapat kita, jika
kita tidak mengenakan hukuman kepada muda-mudi zaman sekarang, akhlak mereka
yang buruk itu akan bertambah buruk. Sedangkan dihukum pun mereka tidak takut
melakukannya, jika tidak dihukum apatah lagi.
Begitulah cara pemikiran majoriti orang kita pada hari ini. Pemikiran macam itu
mendorong banyak pihak menggesa supaya hukuman untuk kesalahan-kesalahan
moral dan personal ditambah berat lagi.
Dari sudut yang lain, dalam kepimpinan syarikat dan organisasi pula, akan sentiasa ada
staff ataupun anak-anak buah yang melakukan pelbagai kesalahan personal.
Sebagai contoh, perbuatan mengumpat, menghisap rokok, dan tidak memakai tudung
rambut adalah kesalahan personal.
Meskipun perbuatan mengumpat adalah jenis kesalahan yang amat serius, tetapi ia
termasuk dalam kategori kesalahan peribadi. Kesalahan jenis ini tidak ada hukumannya
di dunia. Hukumannya adalah di akhirat, itupun jika si pelaku kesalahan itu mati
sebelum dia sempat bertaubat. Apabila dia sudah bertaubat, kesalahan itu diampuni
Allah, maka di akhirat pun dia tidak dihukum lagi.
Isu kesalahan peribadi boleh menjadi punca yang menyebabkan kerja-kerja kepimpinan
menjadi sukar dan berat. Ini berlaku apabila ketua ataupun pemimpin menghukum staff
yang melakukan kesalahan jenis ini.
Sebagai contoh, ketua mengarahkan semua staff perempuan yang tidak bertudung
supaya memakai tudung. Akibatnya, apabila ada staff yang tidak mahu mematuhi
arahan itu, emosi dan jiwa si ketua tertekan, hubungan sekerja antara dia dan staffnya
itu rosak.
Si ketua berasa dirinya tidak dihormati dan emosi itu boleh berubah menjadi kebencian.
Si ketua membenci staff perempuan itu, dan staff perempuan itu membenci si ketuanya.
Si ketua mengumpat staff perempuan itu, si staff itu pun mengumpat si ketua. Belum
selesai satu masalah, timbul pula masalah baru. Apabila hubungan sekerja rosak,
kepimpinan si ketua tidak berkesan lagi ke atas staff itu.

Teori bagi Menerangkan Keberkesanan Teknik Nabi


Pemuda itu mengaku bahawa dia telah bercumbu-cumbu dengan perempuan di pinggir
kota. Dia tahu perbuatannya itu suatu kesalahan. Dia meminta dirinya dihukum oleh
Nabi. Tetapi Nabi tidak menghukum.
Pemuda itu tidak mempunyai ilmu mendalam berkenaan jenis-jenis kesalahan yang ada
disediakan hukumannya di dunia ini, dan jenis-jenis kesalahan yang tidak disediakan
hukumannya di dunia. Dalam bahasa lebih mudah, pengetahuannya dalam ilmu fikah
sangat cetek.
Nabi sebagai ketua, beliau memberi pendidikan akhlak kepada pemuda yang ilmunya
cetak.
Kepadanya Nabi berkata, “Dan dirikanlah solat pada pagi dan petang, dan pada
permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik menghapuskan dosa perbuatan
yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”
Nabi memberikan jalan mudah bertaubat kepada orang muda. Dengan dua pendidikan
akhlak itu, pemuda itu dapat melaksanakan proses bertaubat dengan mudah sekali.
Apabila dia sudah bertaubat, dia tidak mengulangi lagi kesalahannya yang lama.
Selepas peristiwa itu, tidak ada dilaporkan dalam mana-mana hadith pemuda itu
mengulangi kesalahannya. Bermakna, teknik yang Nabi gunakan dalam hadith itu
terbukti berkesan. Teknik itu dapat mendorong perubahan tingkah laku yang positif dan
berkekalan pada pemuda itu.

Aplikasi
SOP menyantuni anak buah yang melakukan kesalahan peribadi:
1. Tidak mengintip kehidupan peribadi si anak buah.
2. Tidak menyiasat kesalahan si anak buah itu.
3. Tidak menghukum kesalahan yang memang tiada hukumannya di dunia.
4. Tidak mengucapkan kata-kata nasihat.
5. Tidak menekan-nekan supaya si anak buah cepat bertaubat.
6. Tidak mengucapkan kata-kata ancaman seandainya si anak buah melambat-
lambatkan taubatnya ataupun mengulangi kesalahannya.
7. Tidak memuji sikap si anak buah yang sudah mula sedar akan kesalahannya.
BAB 3
Siapa Sangka Rupa-Rupanya Nabi Mengamalkan Prinsip Double Standard

Isu Semasa

Kita selalu mendengar orang bercakap, “Jangan double standard!”


Maksud double standard, kita tidak boleh mempunyai dua standard, di mana untuk diri
kita sendiri kita mengamalkan satu standard lain, manakala untuk orang lain kita mahu
mereka mengamalkan standard lain. Itu yang disebut double standard.
Dalam sebuah hadith, ada ditunjukkan bahawa Nabi Muhammad mengamalkan prinsip
double standard. Beliau mempunyai satu standard untuk diri beliau sendiri, pada waktu
yang sama beliau mengizinkan orang lain mempunyai standardnya sendiri.

Hadith 'Safwan Bangun Lambat'


Abu Said Al Khudri melaporkan, pada suatu hari isteri Safwan bin Al Mu'athal
mengadukan kepada Rasulullah perihal suaminya tidak solat subuh melainkan selepas
matahari terbit. Safwan memberitahu Nabi, katanya, "Berkenaan aduan isteri saya
bahawa saya tidak solat subuh sehingga selepas matahari terbit, hal itu kerana kami
datang dari keluarga yang memiliki tradisi begitu. Hampir setiap hari kami bangun
selepas matahari terbit." Mendengar penerangan Safwan itu Nabi berkata, "Apabila
bangun tidur, solatlah ketika itu juga, wahai Safwan." - ImamAbu Daud

Ulasan
Menurut pandangan golongan yang menentang double standard, kita mesti
menggunakan satu standard sahaja untuk semua orang, termasuk diri kita sendiri.
Dalam bahasa mudah, hanya ada satu standard untuk semua orang atau 'one standard
for everybody'. Tidak boleh ada kekecualian.
Mereka itu berpendapat perbuatan double standard adalah tidak adil kepada semua,
dan amalan itu boleh menimbulkan kezaliman.
Contoh prinsip double standard, untuk diri kita sendiri kita boleh datang kerja lambat,
tetapi untuk orang lain tidak boleh.
Jadi, kita paksa mereka semua datang cepat, jika mereka datang lambat tindakan
tatatertib akan dikenakan.
Prinsip double standard dianggap tidak betul, tidak adil, justeru salah, tidak boleh
diterima.
Logik yang menolak prinsip double standard ini sangat popular, sampai ia terbawa-
bawa ke dalam kehidupan seharian orang biasa-biasa.
Sebagai contoh, kita sibuk menyuruh orang-orang lain mengamalkan amalan- amalan
yang kita sendiri amalkan. Kita mahu semua orang buat perkara yang kita sendiri buat.
Jika orang lain buat cara lain, kita tidak puas hati, kita tidak setuju, dan kita cuba halang
perkara itu.
Sikap single standard ini menyebabkan kita memaksakan standard peribadi kita ke atas
orang-orang lain. Maksudnya, kita paksa orang-orang lain supaya ikut standard kita.
Kita tidak mempunyai toleransi ke atas perbezaan.
Kita mahu semua orang serupa macam kita, di mana mereka buat macam mana kita
sendiri buat.
Sikap single standard amat popular dalam kalangan mereka yang berniat baik. Mereka
mahu semua orang melakukan perkara-perkara baik serupa macam yang mereka
sendiri amalkan.
Sebagai contoh, peniaga yang solat dhuha setiap hari mahu supaya semua staff
syarikatnya juga solat dhuha setiap hari. Lalu dia membuat peraturan supaya semua
staff solat dhuha.
Begitu juga, peniaga yang solat subuh berjemaah setiap hari, dia hanya melantik orang
kuatnya dengan syarat orang itu solat subuh berjemaah setiap hari.
Prinsip single standard ini boleh terbawa-bawa ke dalam kehidupan rumahtangga.
Sebagai contoh, seorang suami yang percaya isteri yang ideal adalah isteri yang duduk
di rumah sahaja, dia cuba memaksakan pandangannya itu ke atas perempuan-
perempuan lain. Dia pun bercakap dan berceramah di mana dia mengatakan isteri-isteri
yang bekerja dan aktif dalam persatuan adalah tidak betul, salah, dan patut
membetulkan perbuatan mereka itu.
Dia mahu isterinya sendiri duduk di rumah, dia juga mahu isteri-isteri orang lain supaya
mereka juga duduk di rumah, tidak pergi bekerja, tidak masuk persatuan. Dia sibuk
hendak membetulkan isteri orang-orang lain.
Dia tidak perasan bahawa isteri orang lain adalah urusan suami mereka masing-
masing. Inilah contoh bagaimana seseorang itu memaksakan standard peribadinya
sendiri ke atas orang-orang lain.
Isu amalan prinsip single standard dan double standard ini boleh menimbulkan masalah
yang lebih besar iaitu masalah tidak puas hati, benci membenci, perpecahan, dan
saling bermusuhan dalam kalangan masyarakat.
Pada satu peringkat sesama orang baik dengan orang baik boleh berlaku benci
membenci, sedangkan kesalahan memutuskan hubungan baik adalah kesalahan yang
serius.
Dalam hadith 'Safwan Bangun Lambat' itu, jelas dapat dilihat unsur prinsip single
standard dan prinsip double standard.
Untuk dirinya sendiri Nabi adalah seorang yang mengamalkan disiplin bangun awal dan
solat subuh sebelum matahari terbit. Beliau seorang yang mengamalkan prinsip itu
dengan ketat sekali.
Namun dalam hadith itu, untuk Safwan Nabi tidak menyuruh Safwan mengamalkan
prinsip bangun awal dan solat awal, sebaliknya beliau menyuruh Safwan supaya terus
solat apabila dia bangun.

Dalam hadith itu ada 2 jenis standard:

1. General standard atau standard umum.


General standard adalah standard untuk semua orang. Dalam hadith di atas, prinsip
mesti solat subuh adalah general standard, tidak ada kekecualian, semua orang mesti
solat subuh, termasuk Safwan.

2. Personal standard atau standard peribadi.


Personal standard adalah standard untuk amalan masing-masing orang. Dalam hadith
di atas, bila masa Safwan hendak menunaikan solat subuh adalah personal standard.
Dalam masyarakat kita sekarang, banyak orang baik-baik yang memaksakan personal
standard mereka ke atas orang-orang lain.
Salah satu mudarat sikap seperti itu adalah perbuatan itu boleh backfire. Yang
dimahukan adalah hasil yang baik, tetapi yang timbul adalah hasil yang lebih buruk.
Isteri Safwan adalah contoh seseorang yang cuba memaksakan personal standardnya
ke atas Safwan. Dia sendiri seorang yang bangun awal dan solat awal. Dia mahu
Safwan buat macam dia, iaitu bangun awal dan solat awal.
Apabila isteri Safwan gagal mengubah tingkah laku suaminya, dia tidak puas hati, lalu
dia mengadu kepada Nabi. Dan Nabi tunjukkan bagaimana dalam kes personal
standard, Nabi sendiri tidak memaksakan personal standard beliau sendiri ke atas
Safwan.
Personal standard adalah jenis standard yang boleh diperbaiki dari masa ke masa
sehingga ia mencapai mutu cemerlang.
Dalam kes Safwan, personal standardnya itu masih sangat rendah dibandingkan
dengan personal standard Nabi yang amat cemerlang.
Namun begitu, sebagai seorang ketua, Nabi tidak menegur mahupun menasihati
Safwan supaya dia memperbaiki personal standardnya yang amat rendah itu.
Nabi menunjukkan sikap yang amat bertoleransi terhadap jurang perbezaan personal
standard anak buahnya.
Isteri Safwan cuba memaksakan personal standardnya ke atas Safwan. Meskipun
niatnya itu baik di mana dia mahu suaminya bangun awal dan solat subuh awal, Nabi
tidak memuji niat baiknya dan perbuatan baiknya itu. Nabi diam sahaja.
Dalam hadith di atas, perbuatan isteri Safwan itu adalah contoh niat baik dan perbuatan
baik yang melanggar prinsip yang lebih tinggi iaitu prinsip menghormati batas pemisah
antara general standard dan personal standard.
Apabila Nabi tidak menegur, mengkritik, ataupun menasihati Safwan, boleh juga
disimpulkan bahawa Nabi seorang yang menghormati personal standard yang menjadi
amalan orang lain.
Ketua yang menghormati kepelbagaian personal standard anak-anak buahnya, dia
berkemampuan memimpin sesiapa sahaja yang menjadi anak-anak buahnya.
Itulah ciri ketua yang berdaya memimpin pasukan yang mengandungi unsur-unsur
kepelbagaian. Inilah ciri pemimpin yang mengamalkan prinsip kepimpinan inklusif dan
transformatif.
Prinsip double standard ini juga ada tergambar dalam sebuah hadith lain. Dalam hadith
'Si Himar' Nabi sendiri tidak minum arak, namun beliau tetap bersahabat dengan
seorang penagih arak. Apabila perlu menghukum, beliau hokum sahabatnya itu.
Bersahabat, tetap mereka bersahabat. Malah pada peristiwa dalam hadith itu, beliau
memuji iman si penagih arak itu.

Hadith 'Si Himar'


Umar al-Khattab melaporkan, katanya: Ada seorang lelaki bernama Abdullah. Nama
jolokannya 'Si Himar'. Dia selalu membuat Nabi ketawa. Nabi pernah mengenakan
hukuman sebat kepadanya atas kesalahan minum arak. Pada suatu hari Abdullah
dibawa ke hadapan Nabi atas kesalahan minum arak. Nabi pun menyebat dia. Melihat
itu ada seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke
hadapan Nabi.” Nabi berkata, “Jangan kutuk dia. Demi Allah, saya tahu dia mencintai
Allah dan Rasulnya.” - Sahih Bukhari
Prinsip double standard juga tergambar dalam hadith 'Ali Tidak Solat Malam'. Nabi
seorang yang sentiasa solat malam, namun dalam hadith itu beliau tidak memaksa
menantu dan anak perempuannya supaya solat malam.
Hadith 'Ali Tidak Solat Malam'
Ali bin Abu Talib melaporkan pada suatu malam Rasulullah datang menziarahi mereka.
Beliau mengetuk pintu dan berkata, "Tidakkah kamu berdua solat?" Ali menjawab,
"Wahai Rasullullah, sesungguhnya jiwa kami berada di tangan Allah, apabila Dia mahu
membangunkan kami, kami pun bangun." Nabi pun berlalu pergi. Beliau tidak kembali
lagi. Ali terdengar, ketika Nabi berpaling ke belakang sambil beliau menepuk pahanya
beliau berkata, "Dan sememangnya manusia itu makhluk yang banyak sekali
bantahannya." - Sahih Muslim

Aplikasi
Inilah SOP cara mendorong anak buah yang masih belum cemerlang disiplin
kerjanya:

1. Dalam hal-hal urusan peribadi, kita hormati standard peribadi orang-orang lain.
2. Tidak menasihati, tidak menyuruh, tidak menekan, tidak memaksa orang lain
supaya mengamalkan standard peribadi kita.
Bab 4
Ciri-Ciri Perbuatan dan Tingkah Laku yang Nabi Tegur Secara Terbuka

Isu Semasa

Salah satu tugas dan tanggungjawab ketua dan pemimpin adalah memperbaiki sikap
dan tingkah laku anak-anak buahnya. Maksudnya, sekali-sekala ketua perlu menegur
apabila melihat anak buahnya melakukan perkara yang tidak bagus.
Pada masa ini rata-rata ketua percaya bahawa kesilapan dan kesalahan yang dilakukan
oleh anak-anak buahnya wajib ditegur. Mereka yakin menegur adalah cara yang betul
bagi memperbaiki akhlak anak-anak buahnya.
Mereka berpegang pada prinsip 'amar makruf, nahi mungkar' atau 'suruh yang baik,
tegah yang buruk'.
Menegur adalah tugas yang sukar. Risiko sosialnya banyak. Risiko yang paling serius
adalah rosaknya hubungan baik.
Bukan semua orang mahu menerima teguran dengan berlapang dada dan sikap
terbuka. Itulah yang mendorong banyak ketua tidak mahu membuat teguran.
Pada masa ini banyak orang menegur kesilapan orang-orang lain dengan berpegang
pada prinsip 'katakanlah walaupun pahit' dengan menggunakan Teknik menegur yang
masing-masing cipta sendiri, yakni tidak mencontohi cara Nabi menegur.
Akibatnya, masalah yang ditegur tidak selesai, timbul pula masalah lain yang lebih
serius.
Dalam sebuah hadith Nabi menunjukkan cara menegur yang betul ke atas tingkah laku
anak-anak buahnya. Cara teguran itu tidak merosakkan hubungan baik.
Perkara yang ditegur oleh Nabi itu adalah hobi duduk melepak dan berbual-bual di tepi
jalan tempat orang lalu-lalang. Hobi itu adalah hobi buruk, tetapi tidaklah buruk sangat.

Hadith 'Jangan Melepak di Tepi Jalan'


Abu Said Al-Khudri melaporkan Nabi pernah berkata, “Hati-hati, jangan duduk di
jalanan.” Orang-orang yang ada di situ berkata, “Tidak ada jalan lain. Itulah tempat kami
duduk dan berbincang.” Nabi Muhammad berkata, “Jika saudara duduk di situ,
tunaikanlah hak-hak jalan.” Mereka bertanya, “Apakah hak-hak itu?” Beliau berkata,
"Menjaga pandangan, tidak menyerang orang lain, menjawab salam, menyuruh yang
baik, dan melarang yang buruk." - Sahih Bukhari
Ulasan
Bukan semua kesalahan anak buah perlu ditegur oleh ketuanya. Dalam banyak hadith,
Nabi ada menunjukkan jenis-jenis kesalahan yang beliau tidak tegur, di mana beliau
diam sahaja seolah-olah beliau tidak perasan ada orang melakukan kesalahan di depan
matanya.
Bukan semua ketua mempunyai skill menyampaikan teguran. Meskipun niat mereka
menegur itu baik dan betul, tetapi teknik menegur yang mereka gunakan itu salah.
Akibatnya, teguran itu merosakkan hubungan baik dengan orang yang ditegur.
Dalam hadith 'Romeo Bercumbu di Pinggir Kota' Umar melakukan kesilapan memarahi
pemuda yang datang hendak berjumpa Nabi dan menyebabkan pemuda itu pergi, tetapi
Nabi tidak menegur kesilapan Umar, sebaliknya Nabi cuma menyuruh orang supaya
memanggil pemuda itu semula.
Dalam hadith 'Safwan Bangun Lambat' isteri Safwan melakukan kesilapan
mendedahkan aib suaminya, tetapi Nabi tidak menegur isteri Safwan. Begitu juga,
Safwan melakukan kesilapan mendedahkan aib keluarganya, tetapi Nabi tidak menegur
dia.
Dalam hadith '12 Malaikat' seorang jemaah solat melakukan tiga kesilapan, Nabi tidak
menegur kesilapan itu, malah memuji satu kebaikan yang dilakukannya.
Hadith 'Jangan Melepak di Tepi Jalan' ini menarik kerana dalam hadith ini ditunjukkan
cara bagaimana Nabi menegur kesalahan anak-anak buahnya yang sedang duduk
melepak di tepi jalan.
Hobi melepak di tepi jalan bukan perkara baru. Pada zaman Nabi pun hobi itu sudah
diamalkan. Perbuatan melepak di tepi jalan adalah salah satu contoh kesalahan yang
Nabi tegur.

Dua perkara signifikan dalam hadith ini adalah:


1. Dalam hadith ini terdapat contoh jenis kesalahan yang boleh ditegur secara terbuka.
Pada peristiwa itu Nabi nampak sekumpulan orang melakukan suatu hobi yang tidak
bagus. Nabi menegur perbuatan yang mereka lakukan itu. Justeru, dalam hadith ini
dapat ditarik keluar ciri-ciri perbuatan salah yang harus ditegur.

2. Dalam hadith ini terdapat panduan cara-cara yang betul mengucapkan kata-kata
teguran supaya tidak merosakkan hubungan baik dengan orang-orang yang ditegur.
Ciri-ciri perkara yang ditegur:
1. Perbuatan yang ditegur itu adalah perkara yang digemari oleh mereka yang
melakukannya. Hobi melepak di tepi jalan adalah contohnya.
2. Perkara itu sudah menjadi amalan biasa, aktiviti lumrah, sudah menjadi macam
budaya dalam masyarakat.
3. Perkara itu adalah aktiviti sosial dalam bentuk hobi waktu lapang di mana mereka
yang melakukannya seronok dapat berkumpul bersama dan berkawan-kawan.
4. Perkara itu dibuat secara berkumpulan, tidak boleh dibuat seorang diri.

Cara-cara Nabi menegur:

1. Nabi tidak menuduh sesiapa secara khusus. Nabi menegur secara umum dengan
berkata, “Hati-hati, jangan duduk di jalanan.” Ayat tegahan itu ditujukan kepada semua
orang, bukan khusus kepada mereka yang ada di tempat itu sahaja.
2. Nabi menegur dengan menggunakan 1 ayat pendek sahaja: “Hati-hati, jangan duduk
di jalanan.”
3. Nabi hanya memberitahu perbuatan yang ditegah. Nabi tidak menerangkan alasan
mengapa perbuatan duduk di jalanan itu salah. Sebagai contoh Nabi tidak
menerangkan kesan-kesan buruk duduk melepak di tepi jalan.
4. Nabi tidak menasihati mereka yang melakukan kesalahan itu.

Aplikasi
SOP membuat teguran:
1. Tegur dengan menggunakan satu potong ayat sahaja, seperti: “Hati-hati, jangan
duduk di jalanan.”
2. Beritahu perbuatan yang salah itu: “Jangan duduk di jalanan.” Itu sahaja.
3. Apabila dibantah, yakni mereka mahu terus dibenarkan melakukan perbuatan yang
dilarang itu, izinkan mereka melakukannya, tetapi dengan diberikan 5 syarat.
Bab 5
Beginilah Cara Nabi Mendorong Anak Buahnya Supaya Mereka Berani Bercakap
dan Mengemukakan Idea

Isu Semasa

Pada masa ini persaingan sangat sengit. Syarikat gergasi yang sudah berusia lebih 100
tahun pun dapat ditewaskan oleh syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh anak-anak
muda.
Organisasi maju dan berkembang apabila kakitangannya berfikir secara kreatif dan
inovatif. Inilah kekuatan syarikat anaka-anak mudah. Mereka mencipta idea- idea yang
kreatif dan inovatif.
Tugas pemimpin organisasi adalah mendorong anak-anak buahnya supaya berani
bercakap dan mengemukakan idea-idea mereka.
Tugas berfikir dan mencipta idea-idea baru adalah tugas yang sesuai diserahkan
kepada staff ataupun orang bawahan.
Namun sikap dominan pengerusi menysuarat boleh membantutkan proses berfikir
secara kreatif para anggota mesyuarat.
Dalam suatu hadith Nabi menunjukkan cara yang betul supaya anak-anak buah suka
membantu menyelesaikan masalah teknikal.
Masalah teknikal dalam hadith itu itu adalah masalah belum ada cara hendak
memberitahu orang ramai bahawa waktu solat sudah masuk dan memanggil mereka
supaya datang ke masjid.

Hadith 'Bilal Baca Azan'


Abdullah bin Umar melaporkan, katanya: Semasa orang Islam dari Mekah barutiba di
Madinah, mereka berkumpul sementara menunggu masuknya waktu solat. Pada masa
itu belum ada cara memanggil orang supaya solat. Pada suatu hari mereka berbincang
perkara itu. Ada yang mencadangkan, “Gunakan loceng macam orang Kristian.” Ada
yang mencadangkan, “Gunakan trompet tanduk, macam orang Yahudi.” Umar
mencadangkan, “Bagaimana andai disuruh seorang lelaki supaya dia melaungkan
panggilan azan?” Nabi berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkanlah panggilan
azan.” - Sahih Muslim
Ulasan
Dari hadith ini kita dapat lihat gaya pengurusan Nabi. Beliau seorang ketua yang
menggalakkan orang bawahannya berfikir secara kreatif, dan mengambil daya usaha
menyelesaikan masalah mereka sendiri.
Anak-anak buah Nabi berfikir di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa sahaja.
Dalam hadith itu, sementara mereka duduk-duduk sambil menunggu masuknya waktu
solat pun mereka boleh ambil kesempatan berfikir untuk tujuan problem solving.
Apabila anak-anak buahnya sedang berfikir secara kreatif, Nabi sebagai ketua diam
sahaja macam orang bisu.
Di sinilah perbezaan yang amat ketara kepimpinan gaya Nabi dengan gaya kepimpinan
yang menjadi amalan lazim kita sekarang.
Nabi sebagai ketua kumpulan berada bersama-sama anak-anak buahnya, dalam
kumpulan pemikir.
Namun, sepanjang masa anak-anak buahnya sedang menjalankan sesi brainstorming
itu, Nabi tidak berkata sepatah pun.
Dalam sesi brainstorming itu Nabi macam seorang ketua yang bisu. Beliau duduk diam
sahaja sambil mendengar semua idea yang dikemukakan.
Apabila anak buahnya mengemukakan idea, Nabi diam. Nabi tidak mengucapkan
sebarang respon terhadap idea-idea yang dikemukakan.
Dalam istilah modern perbuatan Nabi itu disebut sebagai 'delaying judgement' atau
menangguhkan penilaian. Apabila anak buahnya mengemukakan idea, Nabi tidak ulas
idea mereka.
Selepas selesai sesi mengemukakan idea, barulah Nabi bercakap bagi melaksanakan
idea yang dikemukakan oleh Umar.
Kata Nabi, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkanlah panggilan azan.” Itu saja yang
diucapkan oleh Nabi.
Ibrah yang sangat jelas dalam hadith ini adalah, bagi seseorang ketua yang mahukan
staff berani berfikir dan berani mengemukakan idea, ketua mesti tutup mulut semasa
anak-anak buahnya bercakap dan mengemukakan idea.
Hadith itu menunjukkan perbezaan gaya kepimpinan Nabi dibandingkan dengan gaya
kepimpinan ketua-ketua zaman sekarang di mana lazimnya pengerusi mesyuarat
ataupun ketua kumpulan bersikap sangat dominan.
Majoriti pengerusi mesyuarat banyak bercakap. Mereka mendominasi mesyuarat dan
perbincangan.
Mereka ikut mengemukakan pendapat apabila anak buah mereka mengemukakan
pendapat.
Mereka sentiasa respon kepada pendapat anggota mesyuarat. Asal sahaja ada sesiapa
bercakap, pengerusi akan ulas pendapat anggota itu.
Kesan positif apabila pengerusi mesyuarat diam, tidak mengulas idea yang
dicadangkan oleh anak-anak buahnya adalah anak-anak buah tidak takut
mengemukakan idea.

Aplikasi
Inilah SOP menjadi ketua kumpulan pemikir idea-idea kreatif:

1. Beri peluang anak-anak buah mengambil tugas menyelesaikan masalah mereka


sendiri.
2. Tidak ikut masuk campur bercakap dan mengemukakan idea dan pandangan sendiri.
Dengar sahaja semua idea solusi yang mereka kemukakan.
3. Pilih idea yang terbaik.
4. Laksanakan idea itu.
Bab 6
Lihatlah Bagaimana Nabi Suka Apabila Dihiburkan oleh Pendosa Besar

Isu Semasa

Pada masa ini golongan orang yang 'baik-baik' menjauhi golongan pendosa. Jangankan
dengan pendosa besar, dengan pendosa kecil pun mereka tidak bergaul rapat dan
mesra.
Golongan orang baik-baik bercakap kepada golongan orang bukan baik-baik dari jarak
jauh-jauh sahaja.
Mereka itu berdakwah kepada golongan pendosa, tetapi mereka berdakwah dari atas
pentas, dengan berdiri di belakang rostrum, memegang mikrofon, bercakap di dalam
konti radio, bercakap di depan kamera studio televisyen, terbaru mereka belajar
bercakap live dalam media sosial.
Mereka tidak duduk semeja sambil minum kopi dan bergurau senda dengan golongan
pendosa.
Ada sebuah hadith yang di dalamnya terkandung laporan bagaimana seorang penagih
arak selalu membuat Nabi ketawa.
Diibaratkan dalam bahasa sekarang, mereka duduk semeja dan berbual-bual sambil
minum kopi dan bergaurau senda.

Hadith 'Si Himar'


Umar al-Khattab melaporkan, katanya: Ada seorang lelaki bernama Abdullah. Nama
jolokannya 'Si Himar'. Dia selalu membuat Nabi ketawa. Nabi pernah mengenakan
hukuman sebat kepadanya atas kesalahan minum arak. Pada suatu hari Abdullah
dibawa ke hadapan Nabi atas kesalahan meminum arak. Nabi pun menyebat dia.
Melihat itu ada seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa
ke hadapan Nabi.” Nabi berkata, “Jangan kutuk dia. Demi Allah, saya tahu dia
mencintai Allah dan Rasulnya.” - Sahih Bukhari

Ulasan
Dalam hadith 'Si Himar' Nabi menunjukkan cara-cara bagaimana sepatutnya seseorang
ketua agama, seorang pemimpin agama, seorang guru agama, seorang ulamak besar
bergaul dengan golongan pendosa besar.
Nabi sudah menunjukkan cara yang betul berdakwah kepada pendosa besar.
Dalam hadith itu Nabi bergaul mesra dengan penagih arak yang tegar. Malah apabila
beliau dihiburkan oleh penagih arak itu, beliau ketawa.
Pelapor hadith ini adalah Umar Al-Khattab, bermakna Umar pun kenal baik dengan
penagih arak itu. Umar tahu orang kampung memanggil penagih arak itu dengan
panggilan 'Si Keldai'. Umar juga pernah tengok sendiri si Himar menghiburkan Nabi,
dan Nabi ketawa.
Hadith itu menunjukkan fakta pada zaman Nabi seorang penagih arak itu boleh duduk
bersama-sama dengan Nabi dan sahabat-sahabat Nabi yang berstatus VIP, dan boleh
bergurau menghiburkan Nabi di hadapan VIP-VIP itu.
Malah Nabi memberi layanan yang sama baiknya kepada VIP dan kepada penagih
arak.
Dari hadith 'Si Himar' itu kita mendapat maklumat bahawa pendosa besar datang
mendekati Nabi.
Si Himar itu masuk Islam walaupun masih melakukan dosa besar meminum arak.
Nabi terima dia seadanya.
Kita dapat simpulkan bahawa dalam peristiwa 'Si Himar' itu si pendosa besar yang
datang mendekati Nabi dan duduk bersama-sama di mana Nabi dan sahabat-
sahabatnya duduk.
Maksudnya, personaliti Nabi itu sangat mudah didekati, sehingga golongan pendosa
besar pun suka mendekati Nabi.
Cara yang dilakukan oleh Nabi itu adalah dengan menjadikan diri beliau popular di
kalangan pendosa besar. Cara Nabi itu lebih mudah dan lebih berkesan dalam menjalin
hubungan baik yang berpanjangan dan berkekalan.
Pada masa ini ada usaha para pendakwah yang pergi mendekati golonganpendosa.
Pendakwah yang pergi mencari-cari tempat di mana pendosa-pendosa duduk-duduk.
Cara itu tidak dapat menjalin hubungan rapat dan mesra yang berpanjangan dan
berkekalan dengan mereka. Itu bukan cara Nabi.
Cara Nabi berdakwah kepada para pendosa bukannya Nabi yang pergi mencari-cari di
mana golongan pendosa-pendosa itu duduk-duduk, dan kemudian Nabi duduk-duduk
bersama dengan mereka.
Cara Nabi terbalik. Golongan pendosa yang datang duduk-duduk bersama Nabi.
Aplikasi

Beginilah SOP menyantuni golongan pendosa supaya mereka yang dengan sukarela
datang mendekati pendakwah:

1. Tidak boleh mengutuk golongan pendosa.


2. Puji kebaikan mereka.
3. Buat sampai golongan pendosa suka datang hendak berkawan dan duduk bergaul
rapat.
4. Bersabar dengan perubahan yang mengambil masa panjang.
5. Di tempat kerja, majikan sebagai pemimpin dan ketua organisasi perlu bersikap
terbuka kepada anak-anak buah dan staff. Ambil staff sebagaimana seadanya, supaya
semua orang suka bekerja di syarikat kita. Kita bergaul baik dengan semua peringkat
pekerja.
Bab 7
Bagi Mendorong Orang Supaya Buat yang Betul, Nabi Tidak Tunjukkan Contoh
Perbuatan yang Salah

Isu Semasa

Tugas utama pemimpin dan ketua adalah mendorong anak-anak buahnya supaya
mereka mahu berubah menjadi individu yang lebih baik. Itu adalah ciri gaya kepimpinan
transformasi iaitu gaya kepimpinanyang paling baik dan berkesan.
Kepimpinan transformasi itu ibarat tugas mendorong pipit supaya berubah menjadi
helang, ataupun mendorong keldai supaya berubah menjadi kuda.
Pemimpin gaya transformasi mampu mendorong dua perubahan tingkah laku pada
anak-anak buahnya:

1. Anak-anak buahnya berhenti melakukan perbuatan yang salah dan buruk. Dalam
ilmu psikologi itu disebut sebagai memadam perbuatan negatif.
Mereka berhenti melakukan perbuatan buruk itu atas kehendak merekasendiri, bukan
disebabkan mereka disuruh ataupun dipaksa oleh pemimpin mereka.
Sebagai contoh, semasa berada di bawah pimpinan ketua lain mereka lambat
menjalankan tugas. Kerja yang dapat disiapkan dalam masa satu hari disiapkan dalam
masa tiga hari.
Di bawah ketua baru, mereka tidak lagi berlambat-lambat menjalankan tugas.

2. Anak-anak buahnya mula melakukan perbuatan yang betul dan baik. Di bawah
pimpinan transformasi ketua yang baru, mereka sendiri mengubah cara kerja mereka.
Mereka bekerja dengan bersemangat, dan mereka mencipta cara kerja baru supaya
tugas dapat disiapkan dalam masa yang lebih singkat.
Situasi Semasa

Di sekeliling kita banyak orang yang sudah melakukan perkara-perkara yang betul dan
baik.
Sebagai contoh:
i. Banyak orang sudah menjaga kebersihan awam, mereka membuang sampah ke
dalam tong-tong sampah.
ii. Banyak orang sudah berbaris apabila menunggu giliran.
iii. Banyak orang sudah tidak merokok.
iv. Banyak orang sudah patuh pada had kelajuan apabila memandu di jalanraya.
Sikap dan tingkah laku yang betul itu disebut dengan istilah 'correct model' atau 'model
betul'.
Namun masih banyak orang yang melakukan perkara-perkara yang salah dan tidak
betul.

Sebagai contoh:
i. Masih ada orang yang membuang sampah merata-rata.
ii. Masih ada orang yang tidak mahu berbaris apabila menunggu giliran.
iii. Masih ada orang yang merokok.
iv. Masih ada orang yang melanggar had laju apabila memandu di jalanraya. Sikap dan
tingkah laku yang salah itu disebut dengan istilah 'wrong model' atau 'model salah'.

Amalan Lazim

Pada masa ini kita cenderung fokus kepada perkara-perkara yang tidak baik, yang
salah, yang tidak bagus, iaitu perkara-perkara yang kita tidak suka tengok. Itu semua
adalah 'wrong model' atau 'model salah'.
Kemudian kita tegur, kritik, kutuk, dan kecam mereka yang melakukan perkara-perkara
buruk itu. Tujuannya supaya mereka berhenti melakukannya.
Dalam amalan lazim, apabila kita mendorong orang supaya berbuat perkara yang betul,
kita tunjukkan contoh-contoh perbuatan yang salah, yang tidak baik, yang tidak betul.
Tujuan kita supaya perbuatan buruk macam itu tidak dilakukan. Kita percaya dengan
menunjukkan perbuatan yang buruk itu, orang yang melakukannya akan berhenti
melakukannya.
Sebagai contoh, apabila kita mahu anak-anak kita supaya menjadi budak baik, kita
tunjukkan contoh budak-budak jahat sambil berkata: “Kamu jangan buat dosa macam
budak jahat itu.” Kata-kata macam itu menggunakan 'wrong model'.

Risiko Menunjukkan Model Salah


Menggunakan wrong modal adalah tidak persuasif. Maksudnya, kata-kata kita tidak
berpengaruh, sama macam perbuatan menyiramkan air di daun keladi. Daun keladi
tidak basah, air habis tak tinggal lagi.

1. Apabila kita berkata, “Kamu jangan buat dosa macam budak jahat itu.” kita anggap
kita memberi nasihat yang baik. Bagi kita kata-kata macam itu adalah nasihat.
Sebenarnya dengan berkata begitu kita mengumpat Si Fulan itu. Tujuan kita mahu
berbuat baik, tetapi dengan cara melakukan perbuatan buruk, yakni kita melakukan
kesalahan mengumpat.
2. Dari sudut hukum, perbuatan mengumpat adalah kesalahan berat.
3. Perbuatan mengumpat merosakkan 'social beauty' kita sendiri, yakni akhlak kita
cacat. Bagi orang awam, sesiapa yang masih ada tabiat suka mengumpat, orang
macam itu bukan orang yang betul-betul cantik akhlaknya.
4. Orang-orang ataupun kumpulan yang kita umpat itu sakit hati, lalu mereka membenci
kita.
5. Ayat mengumpat tidak berpengaruh. Kepada orang yang mendengar ayat umpatan
itu dia anggap kita kuat membebel. Apabila dia anggap kita membebel, nasihat kita itu
cuma masuk telinga kiri keluar telinga kanannya.
Ada suatu hadith yang menunjukkan cara betul bagaimana hendak mendorong orang
lain supaya melakukan perbuatan baik.

Hadith '30 Pahala'


Imran bin Husain melaporkan, pada suatu masa ada lelaki datang mendekati
Rasulullah. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi berkata, “Dia itu menerima 10
pahala.” Kemudian datang pula lelaki lain yang berkata, “Assalamualaikum wa
rahmatullah.” Nabi berkata, “Dia itu menerima 20 pahala.” Kemudian datang lagi lelaki
lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi berkata, “Dia
itu menerima 30 pahala.” - Imam Tarmizi
Dalam hadith '30 Pahala', berikut adalah cara-cara bagaimana Nabi mendorong orang
supaya suka memberi salam:

1. Nabi menggunakan 'correct model' atau 'model betul'.


Dalam hadith itu Nabi memberikan 3 model betul:

i. Model betul yang mendapat 10 pahala.


Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi berkata, “Dia itu menerima 10 pahala.”

ii. Model betul yang mendapat 20 pahala.

Lelaki lain berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi berkata, “Dia itu


menerima 20 pahala.”

iii. Model betul yang mendapat 30 pahala.


Lelaki lain berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi berkata,
“Dia itu menerima 30 pahala.”

2. Nabi langsung tidak menyebut 'wrong model' atau 'model salah'. Model salah adalah
orang yang tidak memberi salam. Contoh ayat yang menggunakan model salah adalah:

a. “Tengok Si Fulan itu, dia lalu di depan kita, takkan dia tak Nampak kita di sini, tapi dia
tak peduli nak beri salam.”
b. “Jangan jadi macam orang-orang itu, tak menjaga budi bahasa, sudahlah dia lalu di
depan kita dia tak tunduk, beri salam pun mahu.”
Ayat-ayat model salah macam contoh di atas adalah ayat umpatan.

Contoh yang kerap kita dengar yang menunjukkan model salah:


a. “Jangan buat macam itu.”
b. “Jangan buat macam ini.”
c. “Itu salah.”
d. “Itu tak betul.”
e. “Itu bodoh.”
f. “Itu jahil.”
g. “Itu haram.”
h. “Itu dosa.”
i. “Itu tak Islamik.”
j. “Itu sesat.”

3. Apabila Nabi menunjukkan model betul, beliau tidak menunjukkan hanya satu saja
model betul. Dalam hadith itu beliau menunjukkan tiga model betul. Itu serupa macam
kita menunjukkan 3 gred produk, iaitu produk gred A, gred B, dan gred C. Semuanya
betul, bezanya pada gred sahaja.

Sebagai contoh, apabila kita hendak mendorong anak perempuan kita supaya mahu
memakai tudung rambut, kita tunjukkan 3 cara memakai tudung rambut, di mana ada
tiga cara memakai tudung yang betul iaitu ada cara bertudung gred C, ada cara
bertudung gred B, dan ada cara bertudung gred A.
Dengan memberikan 3 cara bertudung itu, nanti anak perempuan kita boleh memilih
cara yang sesuai dengan fasa-fasa perubahan tingkah lakunya.
Cara Nabi dalam hadith itu sesuai dengan fitrah proses perubahan sikap dan tingkah
laku yang mengambil masa dan berlaku fasa demi fasa.
Bandingkan antara cara Nabi dalam hadith itu dengan amalan lazim yang popular.
Dalam amalan lazim, kita katakan hanya ada satu cara betul, cara-cara lain semua tak
betul.

4. Dalam hadith itu Nabi menunjukkan contoh-contoh sebenar yang berlaku di depan
mata, dalam bahasa sekarang disebut 'in real time'. Nabi bukan hanya bercakap sahaja
bagi menerangkan perbuatan baik yang beliau maksudkan. Beliau tunjukkan terus
secara 'live' perbuatan itu.
Dengan menggunakan contoh di depan mata, orang yang didorong itu boleh Nampak
dan dengar sendiri dengan amat jelas model betul yang dimaksudnya oleh Nabi.
Dalam zaman teknologi hari ini, kita boleh gunakan video tutorial bagimenunjukkan
model-model betul itu.

5. Dalam hadith itu Nabi tidak membuat perbandingan.

Maksudnya, Nabi tidak membandingkan golongan yang memberi salam dengan


golongan yang tidak memberi salam.
Dalam amalan lazim yang kita banyak tengok berlaku di sekeliling kita, apabila orang
hendak mendorong dia akan buat perbandingan.
Contoh ayat perbandingan antara model betul dan model salah:
a. “Kenapa suka kamu buat perkara buruk macam itu? Kenapa kamu tak mahu buat
perkara baik macam ini?”
b. “Cuba kamu tengok bangsa Si Fulan. Mereka bangsa yang rajin bekerja, itu sebab
mereka kaya dan berjaya. Bukan macam bangsa kamu. Pemalas!”
c. “Kamu tak inginkah menjadi jutawan macam Si Fulan?”
d. “Kamu marah-marah, tak puas hati sebab tak dinaikkan pangkat. Tapi kamu tak kaji
kenapa Si Fulan yang dinaikkan pangkat walaupun dia lebih muda.”
e. “Cuba kamu ikut macam Si Fulan itu. Kalau anak orang miskin macam dia boleh
buat, takkan anak orang kaya macam kamu tak boleh buat.”
Risiko apabila kita membandingkan seseorang itu dengan individu lain yang lebih baik
daripada dirinya:
i. Kita merendahkannya. Fitrah manusia tidak suka dirinya dipandang rendah. Orang
yang kita rendahkan akan membenci kita.
ii. Kita menjatuhkan self-esteemnya. Kata-kata kita itu membuat dia berasa dirinya kecil
dan hina.
iii. Fitrah manusia setiap orang mempunyai kelebihan. Apabila kita membandingkan
orang itu dengan individu lain yang kita anggap lebih baik, kita cuma Nampak
kekurangannya sahaja.
iv. Bagi tujuan menyuruh orang itu supaya memperbaiki dirinya, Teknik
membandingkan dia dengan individu lain tidak berkesan. Kepada orang itu, kita cuma
membebel saja.

SOP Mendorong Orang Supaya Mencontohi Perbuatan Baik


1. Tunjukkan contoh-contoh perbuatan yang baik sahaja.
2. Tunjukkan minimum 3 contoh.
3. Jangan tunjukkan contoh perbuatan yang tidak baik.
4. Tunjukkan contoh baik yang berlaku di depan mata.
5. Jangan membanding-bandingkan orang yang didorong itu dengan
orang lain.
BAB 8
Lebih Seribu Tahun Dahulu Nabi Sudah Tunjukkan Cara yang Betul Menjalankan
Sesi Brainstorming

Isu Semasa

Sesi brainstorming adalah sesi yang banyak manfaatnya dalam proses memimpin
organisasi dan syarikat.
Brainstorming mudah dijalankan dan efektif bagi mendapatkan pelbagai idea baru dan
seterusnya mencipta inovasi.
Dalam buku-buku yang menerangkan pengurusan gaya Nabi, tidak disebut bahawa
Nabi mengamalkan sesi brainstorming bagi mendapatkan idea dan solusi inovatif.
Dalam kursus pengurusan gaya Islamik konvensional topik brainstorming gaya Nabi
pun tidak diajarkan. Hal itu memberi gambaran brainstorming adalah ilmu baru ciptaan
dunia pengurusan modern di Barat.
Ilmu dan prosedur brainstorming sudah ada dalam rekod-rekod sirah Nabi. Lebih seribu
tahun dahulu Nabi sudah menunjukkan cara menjalankan sesi brainstorming, cuma kita
sahaja yang tidak tahu.

Bagaimanakah cara Nabi menjalankan sesi brainstorming?


Prosedur brainstorming gaya Nabi mempunyai ciri-ciri persamaan dan perbezaan
dengan prosedur brainstorming ciptaan Barat dan ciptaan Jepun.
Ada suatu hadis yang menunjukkan bagaimana cara Nabi menjalankan sesi
brainstorming.
Hadith 'Bilal Baca Azan'
Abdullah bin Umar melaporkan, katanya: Semasa orang Islam dari Mekah baru tiba di
Madinah, mereka berkumpul sementara menunggu masuknya waktu solat.
Pada masa itu belum ada cara memanggil orang supaya datang solat. Pada suatu hari
mereka berbincang perkara itu. Ada yang mencadangkan, “Gunakan loceng macam
orang Kristian.” Ada yang mencadangkan, “Gunakan trompet tanduk, macam orang
Yahudi.” Umar mencadangkan, “Bagaimana kalau disuruh seorang lelaki supaya dia
melaungkan panggilan azan?” Nabi berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkanlah
panggilan azan.” - Sahih Muslim
Banyak orang sangka kita sekarang terpaksa belajar brainstorming dari Barat
disebabkan ilmu itu cuma dicipta oleh pakar-pakar pengurusan di Barat. Begitulah
sangkaan kita.
Memang pakar-pakar Barat mencipta ilmu brainstorming. Mereka menuliskannya dalam
buku-buku mereka, lalu kita membaca buku-buku itu dan seterusnya meminjam ilmu
mereka.
Selain dari Barat, ilmu brainstorming itu juga ada dari sumber lain, cuma kita sahaja
yang tidak tahu.
Pakar-pakar pengurusan gaya Islamik pun tidak menerangkannya. Itulah yang
menyebabkan kita tidak tahu sebenarnya amalan brainstorming bukan ilmu baru.
Beberapa perkara yang signifikan dan menarik dalam sesi brainstorming gaya Nabi:

1. Tujuan mengadakan sesi brainstorming.


Dalam hadith itu, tujuan sesi brainstorming dijalankan adalah mencipta dan
mengemukakan idea solusi bagi menyelesaikan masalah.
Dalam peristiwa itu, masalah yang perlu diselesaikan adalah mereka belum mempunyai
cara bagaimana hendak memberitahu orang ramai bahawa waktu solat sudah masuk,
dan mengajak mereka supaya datang ke masjid.

2. Fungsi ketua dalam tim brainstorming.


Dalam amalan sekarang, ketua pasukan brainstorming hanya bertugas menjalankan
sesi brainstorming yang diamanahkan kepadanya.
Tugasnya adalah memastikan semua idea dikutip bagi diserahkan kepada pihak
atasan. Dia sendiri tidak mempunyai kuasa bagi memilih idea yang terbaik dan
melaksanakan idea itu.
Dalam hadith 'Bilal Baca Azan' Nabi sebagai ketua pasukan brainstorming menjalankan
tugas-tugas berikut:

I. Mendengar semua idea yang dikemukakan.


ii. Menilai kualiti idea.
Iii. Memilih idea yang terbaik.
iv. Memilih pegawai yang akan melaksanakan idea itu.
3. Agenda sesi brainstorming.
Dalam hadith 'Bilal Baca Azan' itu, Nabi menunjukkan agenda sesi brainstorming iaitu:
i. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah teknikal.
ii. Menerbitkan idea-idea solusi.
iii. Memilih pelaksana idea yang diterima.

4. Brainstorming dijalankan atas inisiatif pihak staff sendiri.


Dalam amalan biasa kita sekarang, sesi brainstorming dijalankan atas arahan pihak
atasan kepada staff.
Sesi itu dijalankan secara formal, ada masa khas, ada tempat khas, ada anggota
kumpulan yang dipilih khas, ada ketua yang dilantik.
Dalam hadith 'Bilal Baca Azan', sesi brainstorming itu tidak diadakan atas arahan dari
atas, yakni dari ketua. Nabi adalah ketua kumpulan. Beliau tidak mengarahkan supaya
diadakan sesi brainstorming.
Anak-anak buah beliau yang mengalami masalah iaitu mereka harus menanti saat
masuknya waktu solat, lalu mereka sendiri yang berfikir mencari jalan menyelesaikan
masalah mereka itu.

5. Keanggotaan tim brainstorming adalah inklusif.


Dalam hadith itu ada 3 idea yang dikemukakan oleh 3 orang individu. Seorang individu
yang kenali sebagai tokoh yang sangat senior statusnya, iaitu Umar Al Khattab, dan 2
orang individu yang namanya pun tidak diketahui oleh pelapor hadith ini. Ertinya, 2
orang itu adalah orang kecil, yakni orang yang tidak menonjol.
Dari hadith itu dapat disedut kriteria memilih anggota tim brainstorming.Keanggotaan
tim brainstorming terdiri daripada campuran pelbagai status, daripada pegawai senior
kepada pegawai paling junior.
Mereka yang menjadi pasukan brainstorming adalah secara sukarela belaka.

6. Sesi brainstorming berlaku secara santai.


Dalam amalan biasa, sesi brainstorming adalah sesi yang formal. Itulah yang
menyebabkan idea-idea yang dikeluarkan dalam sesi formal itu dicatat dan direkodkan
sebagai hasil kerja rasmi.
Manakala idea-idea yang dikeluarkan dalam sesi tak formal tidak dicatat, biarpun idea
itu mungkin sangat bagus.
Dalam hadith 'Bilal Baca Azan', sesi brainstorming itu berlaku dalam suasana tak
formal.
Kebetulan mereka sedang duduk sementara menunggu masuknya waktu solat
lalu tercetuslah idea berfikir bagaimana hendak memanggil orang ramai waktu solat
sudah masuk, supaya mereka datang solat di masjid.
Kebetulan pada waktu itu ketua mereka, iaitu Nabi ada bersama-sama mereka dan
dapat mendengar mereka berfikir.
Ini bermakna, walaupun sesi berfikir itu berlaku dalam keadaan tidak formal, santai dan
sukarela, idea yang bagus tetap diterima dan dilaksanakan.

7. Ciri-ciri masalah yang diselesaikan.


Dalam hadith itu ciri masalah yang diselesaikan adalah:
i. Masalah itu dialami oleh mereka yang ikut serta dalam sesi brainstorming itu.
Maksudnya, mereka cuba mencari idea solusi bagi menyelesaikan masalah mereka
sendiri.
ii. Masalah itu adalah masalah operasi yang tidak membahayakan keselamatan
ataupun kepakaran tahap tinggi.
iii. Masalah itu dapat diselesaikan serta-merta.

Aplikasi
SOP menggalakkan anak-anak buah supaya suka berdiskusi bagi mencari solusi
masalah:

1. Anak-anak buah berdiskusi dan berfikir secara kreatif di mana-mana sahaja mereka
kebetulan berkumpulan.
2. Sesi santai lebih kondusif bagi menghasilkan solusi kreatif.
3. Anak-anak buah yang senior statusnya duduk berdiskusi dengan anak-anak buah
yang junior statusnya.
4. Anak-anak buah mengemukakan sebarang idea yang melintas dalam fikiran mereka,
termasuk idea yang tidak berkualiti sekalipun.
5. Ketua tidak menunjukkan sikap judgemental apabila mendengar idea-idea dari anak
buah yang junior statusnya.
Bab 9
Beginilah Cara Nabi Masuk Campur Dalam Urusan Peribadi Anak Buahnya

Isu Semasa

Pemimpin dan ketua mempunyai banyak anak buah. Majikan pula mempunyai banyak
pekerja. Gangguan dari isu-isu peribadi dan rumahtangga boleh menurunkan prestasi
kerja.
Dalam teori gaya kepimpinan Barat ada diterangkan dua jenis ketua dan pemimpin:

1. Ketua yang sangat people-oriented.


Ketua dalam kategori ini menganggap manusia sangat penting. Emosi sangat penting.
Menjaga hati sangat penting.

i. Mereka sangat mementingkan hubungan baik dan mesra. Mereka sangat menjaga
perasaan anak-anak buahnya.
ii. Mereka mahu dirinya dan gaya kepimpinannya disukai oleh orang-orang
bawahannya. Mereka sangat menjaga populariti dalam kalangan anak-anak buahnya.
iii. Mereka mahu anak-anak buahnya seronok dan gembira bekerja di bawah
pimpinannya.
iv. Ketua jenis ini cenderung berminat mahu ambil tahu informasi dan urusan peribadi
mereka yang berada di bawah pimpinannya.
v. Mereka melayan anak-anak buah yang datang mengadu macam-macam masalah
peribadi yang tiada kaitan dengan tugas rasmi di tempat kerja.
Walaupun mereka sangat dikasihi oleh anak-anak buahnya, gaya kepimpinan mereka
cenderung tidak menghasilkan prestasi dan produktiviti yang tinggi dan mencapai
target.

2. Ketua yang sangat job-oriented.


Ketua jenis ini sangat mementingkan prestasi dan produktiviti. Bagi mereka kerja mesti
selesai, kualiti mesti dijaga, target mesti dicapai.
i. Mereka tidak berminat hendak ambil tahu masalah peribadi orang-orang bawahan
mereka.
ii. Bagi mereka masalah peribadi orang-orang bawahannya bukan masalah kerja. Itu
adalah masalah peribadi mereka, tidak boleh dibawa ke tempat kerja. Mereka mesti
selesaikan sendiri masalah mereka.
iii. Mereka mengurus orang bawahan dengan menggunakan buku undang- undang,
peraturan, dan SOP-SOP disiplin kerja.
iv. Mereka tidak teragak-agak mengambil tindakan disiplin ke atas orang bawahan yang
melanggar peraturan kerja.
v. Mereka tidak peduli sama ada mereka disukai ataupun dibenci oleh orang-orang
bawahannya.
Akibatnya, anak-anak buahnya mengalami banyak stress. Mereka tidak popular dalam
kalangan anak-anak buahnya. Mereka ditakuti, bukan dihormati.

Gaya Kepimpinan Nabi


Nabi adalah ketua dan pemimpin yang seimbang antara ciri people-oriented dan job
oriented.
Pada dasarnya Nabi tidak masuk campur dalam urusan peribadi anak-anak buahnya.
Dalam sebuah hadith terdapat panduan, prinsip, dan teknik, bilamana seseorang ketua
patut membantu anak buahnya menyelesaikan masalah peribadi mereka.

Hadith 'Fatimah Janda Talak Tiga'


Fatimah binti Qais melaporkan dia telah dicerai talak tiga. Nabi Muhammad
memberitahu dia tidak berhak menerima rumah dan belanja hidup dari bekas suaminya.
Nabi berkata, “Apabila puan tamat tempoh iddah, beritahu saya.” Selepas iddahnya
tamat, Fatimah pun memberitahu Nabi. Kemudian tiga lelaki melamarnya, iaitu
Muawiyah, Abu Jaham, dan Usamah bin Zaid. Nabi berkata, “Muawiyah itu miskin, Abu
Jaham itu suka memukul isterinya, sebaiknya puan terima Usamah.” Fatimah tidak
setuju. Sambil dia memulas-mulas tari-jarinya, dia berkata, “Usamah?” Nabi berkata,
“Taat kepada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik bagi puan.” Lalu Fatimah pun
bernikah dengan Usamah. Menurut katanya sendiri, dia menikmati kebahagiaan
dengan Usamah. - Sahih Bukhari
Ulasan Hadith
Dalam hadith 'Fatimah Janda Talak Tiga' ini ada dua aspek yang menarik.
Prinsip1: Pada prinsipnya Nabi tidak masuk campur dalam urusan peribadi dan
rumahtangga anak buahnya.
Isu rumahtangga seperti bergaduh, bercerai, dan berkahwin dengan pasangan baru
adalah urusan peribadi.
Dalam hadith 'Fatimah Janda Talak Tiga' itu Nabi masuk campur dalam urusan peribadi
dan rumahtangga Fatimah binti Qais, seorang janda yang dicerai talak tiga.

Hadith ini menunjukkan situasi bilamana seseorang ketua boleh masuk campur urusan
peribadi anak buahnya.
i. Apabila anak buahnya sendiri yang datang dan meminta nasihat dalam urusan dan
masalah peribadinya.
Dalam hadith itu Fatimah binti Qais sendiri yang pergi berjumpa Nabi dan mengadukan
masalah peribadinya.

ii. Apabila si anak buah yang datang mengadu itu cenderung mahu melakukan sesuatu
yang membahayakan masa depannya.
Dalam hadith itu Fatimah cenderung mahu memilih bakal suami yang mempunyai
kelemahan dan kecatatan peribadi yang serius.

iii. Apabila pemikiran si anak buah yang datang itu emosional, keliru, dan tidak bijak
dalam membuat pilihan untuk kebaikan dirinya sendiri.

Prinsip 2: Pada prinsipnya perbuatan mendedahkan aib orang adalah tidak


dibenarkan.
Perbuatan mengumpat adalah mendedahkan aib orang lain. Mengumpat adalah
kesalahan yang serius.
Maksudnya, apabila seseorang itu mempunyai kelemahan, kekurangan, dan kecacatan
pada dirinya, perkara-perkara itu mengaibkan dirinya sekiranya diketahui oleh orang
lain.
Apabila kita mengetahui kelemahan, kekurangan, dan kecacatan seseorang itu kita
tidak boleh mendedahkannya kepada sesiapa pun. Dalam bahasa mudah kita tidak
boleh mengumpat orang.
Hadith 'Fatimah Janda Talak Tiga' ini penting. Walaupun pada prinsipnya kita tidak
boleh mengumpat, namun bersandarkan hadith ini ada kekecualian pada prinsip itu.
Dalam hadith ini Nabi mengumpat dua orang lelaki yang melamar Fatimah binti Qais.
Justeru, seseorang ketua boleh mendedahkan keburukan peribadi orang apabila dalam
kes seperti yang dialami oleh Fatimah dalam hadith ini.
Dalam 'Fatimah Janda Talak Tiga' itu Fatimah binti Qais dilamar oleh tiga orang lelaki
iaitu Muawiyah, Abu Jaham, dan Usamah.
Fatimah lebih cenderung mahu menerima lamaran salah seorang antara Muawiyah dan
Abu Jaham. Dia tidak berminat menerima lamaran Usamah.
Nabi tidak setuju dengan kecenderungan Fatimah itu. Beliau mendedahkan aib
Muawiyah dan aib Abu Jaham kepada Fatimah.
Kata Nabi kepada Fatimah, “Muawiyah itu miskin, Abu Jaham itu memukul isterinya.”

Dalam bahasa sekarang, Nabi mengumpat Muawiyah dan Abu Jaham.


Berdasarkan hadith ini, seseorang ketua boleh mendedahkan aib orang apabila dalam
kes macam yang berlaku pada Fatimah di mana dia mungkin tidak tahu kekurangan
yang ada pada diri Muawiyah dan Abu Jaham, sedangkan kekurangan dua lelaki itu
sangat serius kesannya sekiranya diambil sebagai suami oleh Fatimah.
Supaya Fatimah binti Qais tidak mengalami risiko bahaya menjadi mangsa keganasan
rumahtangga ataupun hidup menderita sebagai perempuan miskin pada masa depan,
maka Nabi mendedahkan aib dua lelaki itu.
Dari hadith ini, dapat ditarik keluar beberapa teknik dalam mendedahkan aib orang:

1. Aib itu didedahkan kepada bakal mangsa sahaja.


Dalam kes ini Fatimah berdepan dengan risiko menjadi bakal mangsa kepada
kekurangan dan kecacatan dua lelaki yang melamarnya.
Nabi hanya mendedahkan aib Muawiyah dan aib Abu Jaham kepada Fatimah sahaja,
tidak kepada orang-orang lain.

2. Hanya satu sahaja aib yang didedahkan.


Kata Nabi kepada Fatimah, “Muawiyah itu miskin, Abu Jaham itu memukul isterinya.”
Muawiyah dan Abu Jaham mungkin mempunyai banyak aib-aib lain, bukan setakat
memukul isteri ataupun miskin sahaja. Nabi tidak mendedahkan kepada Fatimah aib-
aib mereka yang lain.
3. Aib yang didedahkan itu spesifik.
Aib 'memukul isteri' dan 'miskin' adalah spesifik, yakni tepat. Bukan aib yang umum
sifatnya.

4. Aib itu tidak dihuraikan.


Nabi tidak menerangkan dengan panjang lebar maksud 'miskin' si Muawiyah dan
maksud 'memukul isteri' si Abu Jaham. Cukup dengan menyebut 'miskin' dan 'memukul
isteri' sahaja.
Tidak diterangkan miskin yang macam mana, teruk sangatkah kemiskinannya?
Ataupun pukul isteri yang macam mana, dipukul sampai patah tulangkah?

5. Aib yang didedahkan itu adalah aib yang relevan kepada bakal mangsa sahaja.
Dalam kes ini Fatimah akan menjadi mangsa kepada kelemahan dan kecacatansama
ada Muawiyah ataupun Abu Jaham.
Aib yang relevan kepada Fatimah adalah 'memukul isteri' dan 'miskin'.
Aib-aib lain yang ada pada Muawiyah dan Abu Jaham tidak didedahkan kepada
Fatimah. Aib-aib yang lain itu tidak relevan dalam kes Fatimah yang sedang menilai
lamaran dua lelaki itu.

SOP masuk campur urusan peribadi anak buah.


1. Boleh masuk campur urusan peribadi anak buah hanya apabila si anak buah sendiri
datang meminta nasihat.
2. Apabila anak buah hendak membuat keputusan yang tidak bijak, boleh suruh dia
tukar keputusannya.
3. Beritahu kepada anak buah keputusan yang lebih bijak.
4. Apabila anak buah tidak setuju menerima nasihat, ketua boleh tekan dengan
bercakap atas nama jawatannya. Nabi berkata kepada Fatimah, “Taat kepada Allah dan
Rasulnya adalah lebih baik bagi puan.” Ketua yang juga pengurus besar boleh berkata
kepada anak buahnya: “Ikut nasihat Pengurus Besar.”
Bab 10
Nabi Tidak Menerangkan Alasan di Sebalik Dasar dan Peraturan yang
Dilaksanakannya

Isu Semasa

Salah satu tugas ketua dan pemimpin adalah melaksanakan dasar, prosedur,
peraturan, sistem, SOP dan undang-undang.
Dalam amalan lazim sekarang, apabila kita membuat sesuatu dasar danperaturan baru,
kita akan terangkan satu persatu perkara-perkara yang diambilkira di sebalik dasar itu.
Ini disebut dengan istilah 'justifikasi'. Apabila menerangkan justifikasi, inilah yang
dilakukan:
1. Diterangkan kenapa dasar dan peraturan baru itu terpaksa dibuat dan dilaksanakan.
2. Diterangkan manfaat dan kebaikan dasar dan peraturan baru itu.
3. Diterangkan risiko dan bahaya yang akan berlaku tanpa adanya dasar dan peraturan
baru itu.

Kita terangkan semua justifikasi itu atas keyakinan palsu iaitu kita percaya apabila
orang faham baru mereka setuju dengan dasar dan peraturan baru itu.
Contohnya, apabila ibu bapa membuat peraturan yang mesti dipatuhi oleh anak-anak,
contohnya anak-anak tidak boleh keluar rumah waktu malam, maka ibu bapa akan
terangkan kepada anak-anak mengapa peraturan itu mesti dipatuhi.
Dalam dunia organisasi, apabila pihak pengurusan hendak memperkenalkan peraturan
baru kepada staff, maka akan diterangkan alasan-alasan di sebalik peraturan baru itu.
Kita percaya orang mesti faham mengapa sesuatu dasar dan peraturan itu dibuat dan
mengapa mereka wajib mematuhi dasar itu.
Kita terangkan sampai semua orang faham. Kita percaya, orang tidak boleh tidak
faham, mereka mesti diberi kefahaman. Kita yakin, apabila orang faham barulah
mereka terima dan sokong dasar dan peraturan baru itu.
Kita juga yakin andainya orang tidak faham ataupun salah faham, kesannya negatif dan
menyusahkan kerja kita melaksanakan peraturan baru itu.
Apabila orang tidak faham, kita percaya perkara di bawah ini akan berlaku:
1. Mereka akan menolak ataupun menentang dasar dan peraturan baru itu. Biasalah,
orang yang tidak faham akan menentang.
2. Selagi orang tidak faham mereka akan lakukan tindakan yang menyusahkan kerja-
kerja kita melaksanakan dasar dan peraturan baru itu.
Berdasarkan sangkaan macam itulah maka kita terpaksa mencipta pelbagai alasan dan
rasionalisasi demi memujuk anak-anak buah dan orang bawahan supaya terima dan
sokong dasar dan peraturan baru itu.
Dalam sebuah hadith, Nabi ada menunjukkan cara bagaimana membuat respons
kepada bantahan anak buah yang tidak setuju dengan sesuatu dasar.
Dasar itu baru sahaja sampai ke pengetahuan si anak buah itu.

Hadith 'Abu Zar Tidak Suka'


Abu Al-Aswad melaporkan Abu Zar berkata: Saya pergi berjumpa Nabi, tetapi beliau
sedang tidur dengan memakai baju putih. Kemudian saya pergi lagi, beliau masih tidur
lagi. Kemudian saya pergi lagi, beliau sudah bangun. Beliau berkata, "Setiap hamba
Allah yang mengucapkan La ilaha illallah, kemudian dia mati dengan berpegang teguh
pada ayat itu, dia pasti masuk syurga." Saya bertanya, "Walaupun dia berzina dan
mencuri?" Beliau menjawab, "Ya, walaupun dia berzina dan mencuri." Saya bertanya
lagi, "Walaupun dia berzina dan mencuri?" Beliau menjawab, "Ya, walaupun dia berzina
dan mencuri." Tanya dan jawab itu berulang tiga kali. Pada kali keempat, beliau
berkata, "Walaupun Abu Zar tidak suka." Lalu Abu Zar keluar sambil berkata,
"Walaupun Abu Zar tidak suka." - Sahih Bukhari
Dalam hadith itu Nabi menerangkan kepada anak buahnya yang bernama Abu Zar
kriteria orang-orang yang layak diterima masuk syurga.
Kata Nabi, "Setiap hamba Allah yang mengucapkan La ilaha illallah, kemudian dia mati
dengan berpegang teguh pada ayat itu, dia pasti masuk syurga."
Abu Zar macam tidak dapat menerima kriteria itu. Katanya, "Walaupun dia berzina dan
mencuri?"
Dia seperti tidak setuju, cuma bantahannya itu bukanlah bantahan yang kuat dan keras.
Abu Zar tidaklah secara terbuka berkata bahawa dia membantah dasar itu. Dia cuma
mengulang pertanyaannya yang sama sampai empat kali.
Walaupun Abu Zar mengulang pertanyaanya sampai empat kali dengan maksud dia
menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju, Nabi tetap tidak memberitahu kepada
Abu Zar rasional dan alasan di sebalik dasar itu.
Sampai habis Nabi tidak beritahu mengapa dan kenapa syarat kelayakan seseorang
yang diterima masuk syurga adalah sedemikian yakni: "Setiap hamba Allah yang
mengucapkan La ilaha illallah, kemudian dia mati dengan berpegang teguh pada ayat
itu, dia pasti masuk syurga."
Ulasan

Sebenarnya, dalam melaksanakan dasar dan peraturan, ada 3 aspek yangberbeza


iaitu:
1. Orang faham
2. Orang setuju
3. Orang patuh

Dalam melaksanakan hal-hal berkaitan dasar, orang tidak perlu faham dan tidak perlu
setuju kenapa dasar itu diadakan dan dilaksanakan.
Walaupun orang tidak faham dan tidak setuju, yang penting mereka terima dasar itu,
dan mereka patuh pada dasar itu.
Itulah yang dilakukan oleh Nabi dalam hadith 'Abu Zar Tidak Suka'.
Abu Zar tidak faham kenapa dan mengapa orang yang berzina dan mencuri masih
layak diterima masuk syurga. Dia tidak macam tidak setuju pada dasar itu. Dia pun
persoalkan dasar itu.
Namun Nabi tetap tidak memberikan kefahaman kepada Abu Zar. Sampai habis Nabi
tidak terangkan rasional kenapa orang yang berzina dan mencuri masih mempunyai
peluang masuk syurga.
Nabi juga tidak cuba memujuk Abu Zar supaya dia bersetuju dengan dasar itu.
Justeru, dalam isu-isu dasar anak-anak buah dan orang bawahan tidak perlu faham
rasional di sebalik dasar itu. Mereka hanya perlu terima dan patuh sahaja.
Maksudnya, walaupun mereka tidak faham, tidak setuju, tidak sokong, yang penting
mereka tetap mematuhi dasar itu.

Risiko Memberi Alasan


Apabila kita berikan alasan dan justifikasi sesuatu perkara yang menjadi dasar, langkah
itu boleh menyusahkan kerja-kerja kita sebagai pemimpin.

1. Walaupun sudah diterangkan alasan di sebalik dasar, peraturan, ataupun undang-


undang, tetapi masih ada pihak-pihak yang tidak dapat diyakinkan.
Semakin diterangkan, semakin ditentang.
2. Pada satu tahap, mereka bukan lagi menentang dasarnya, tetapi mereka
mempersoalkan dan menentang alasan-alasan yang dijadikan justifikasi dasar itu.
3. Semakin banyak alasan yang diberikan, semakin banyak alasan mereka jadikan
peluru bagi membantah dasar itu.

Hadith 'Abu Zar Tidak Suka' ini mudah digunakan sebagai panduan. Dalam perkara-
perkara yang bersifat 'dasar', tidak perlu diterangkan alasan di sebalik dasar itu. Dasar
adalah isu pokok. Beritahu dasarnya sahaja. Tidak perlu diterangkan apa-apa lagi.
Jika staff itu tidak setuju dengan perkara dasar, sebaiknya dia digalakkan mencari kerja
di tempat lain di mana dia boleh bersetuju dengan dasar-dasar di tempat baru itu.

Aplikasi

SOP membuat respon kepada anak buah yang tidak setuju dengan polisi atau dasar
organisasi:
1. Jawab dengan menggunakan ayat afirmatif.
2. Tidak memberikan apa-apa alasan.
3. Tidak menerangkan rasional di sebalik dasar itu.
4. Tidak memujuk supaya mereka setuju.
5 . Apabila pertanyaan itu diulang, ulang jawapan yang sama.
6. Apabila dia terus menentang, cakap: “Walaupun kamu tidak setuju.”
BAB 11
Nabi Tidak Memuji Sumbangan Anak Buah Yang Berstatus Tinggi

Isu Semasa

Salah satu tugas ketua dan pemimpin adalah mendorong dan menaikkan semangat
kerja anak-anak buah dan orang bawahannya, baik mereka yang menjalankan tugas-
tugas penting mahupun mereka yang menjalankan tugas-tugas kecil dan ringan.
Lazimnya, mereka yang memegang kedudukan penting dalam kumpulan adalah terdiri
daripada mereka yang memberi banyak sumbangan dan pengorbanan bagi kemajuan
kumpulan.
Lalu mereka banyak diberi pujian atas jasa-jasa dan sumbangan mereka itu. Dan pujian
itu diucapkan di khalayak ramai.
Dalam majlis-majlis rasmi, kita biasa mendengar pucuk pimpinan organisasi memuji-
muji sumbangan individu-individu yang memegang jawatan penting.

Contoh:
a. Ketua pengarah di jabatan kerajaan memuji-muji sumbangan, kerja keras, dan
kejayaan pengarah-pengarah di bawah kuasanya.
b. Pengurus besar di syarikat memuji-muji sumbangan, kerja keras, dan kejayaan
pengurus bahagian dan unit-unit di bawah kuasanya.
c. Pengerusi pertubuhan memuji-muji sumbangan, kerja keras, dan kejayaan ahli-ahli
jawatankuasa di bawahnya.

Apabila pucuk pimpinan memuji di khalayak ramai sumbangan dan prestasi orang
penting, niatnya baik. Beliau mahu memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada
barisan orang kanannya.
Namun langkah memuji orang kanan di depan khalayak itu ada risikonya.
Salah satu risiko itu adalah pujian kepada orang atasan boleh menjatuhkan semangat
orang bawahan.
Kita biasa mendengar rungutan dan perasaan tidak puas hati dari orang-orang
bahawan terhadap ketua mereka yang dipuji itu oleh pucuk pimpinan.
Contohnya orang bawahan berkata: “Kita yang buat kerja teruk-teruk, tapi boss seorang
yang dapat pujian.”
Dalam sebuah hadith, Nabi ada menunjukkan cara betul memuji anak buahnya yang
mempunyai kedudukan penting dan berprestasi cemerlang.

Hadith 'Tujuh Orang Terpuji'

Anas bin Malik melaporkan Nabi Muhammad pernah berkata, “Orang yang paling
penyayang kepada umatku adalah Abu Bakar. Orang yang paling tegas dalam urusan
Allah adalah Umar. Orang yang paling jujur sifat malunya adalah Uthman. Orang yang
paling tahu berkenaan halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Orang yang paling tahu
berkenaan ilmu faraid adalah Zaid bin Thabit. Orang yang paling tahu bacaan al-Quran
adalah Ubay bin Kaab, dan setiap umat ada seorang yang amanah, orang yang
amanah bagi umat ini adalah Abu Ubaidah al-Jarrah.” - Imam Tirmizi dan Imam Ahmad

Ulasan

Dalam hadith 'Tujuh Orang Terpuji' itu Nabi tidak memuji sumbangan 7 yang diberikan
oleh individu yang beliau puji.
Sebaliknya Nabi memuji 3 perkara yang ada pada diri 7 orang penting itu.

Tiga perkara itu adalah:

1. Sifat semulajadi yang mulia sebagai unsur pada karekter dan personaliti.
Ciri paling penyayang: Penyayang adalah contoh ciri sifat pada personaliti.
Kata Nabi: “Orang yang paling penyayang kepada umatku adalah Abu Bakar.”
Ciri paling jujur sifat malunya: Malu adalah contoh sifat pada personaliti.
Kata Nabi: “Orang yang paling jujur sifat malunya adalah Uthman.”

2. Sikap dan prinsip atau pendirian yang mulia.


Ciri paling tegas: Tegas adalah contoh sikap dan prinsip.
Kata Nabi: “Orang yang paling tegas dalam urusan Allah adalah Umar.”
Ciri yang amanah: Amanah adalah contoh sikap dan prinsip.

Kata Nabi: “Orang yang amanah bagi umat ini adalah Abu Ubaidah al-Jarrah.”
3. Ilmu pengetahuan dan kepakaran yang mendalam.
Ciri paling tahu berkenaan halal dan haram: Tahu halal dan haram adalah contoh ilmu
pengetahuan dan kepakaran.
Kata Nabi: “Orang yang paling tahu berkenaan halal dan haram adalah Muaz bin
Jabal.”
Ciri paling tahu berkenaan ilmu faraid: Tahu ilmu faraid adalah contoh ilmu
pengetahuan dan kepakaran.
Kata Nabi: “Orang yang paling tahu berkenaan ilmu faraid adalah Zaid bin Thabit.”
Ciri paling tahu bacaan al-Quran: Tahu bacaan al Quran adalah adalah contoh
ilmu pengetahuan dan kepakaran.
Kata Nabi: “Orang yang paling tahu bacaan al-Quran adalah Ubay bin Kaab.”

Satu lagi ciri penting pada pujian yang Nabi berikan kepada 7 orang penting itu adalah
bahawa semua perkara yang Nabi sebut itu memang sudah diketahui oleh semua
orang yang mendengar pujian itu.
Perkara yang Nabi puji itu bukan rahsia, bukan hanya Nabi seorang yang tahu.

Semua orang sudah tahu bahawa:


1. Abu Bakar adalah seorang yang amat menyayangi umat Nabi.
2. Umar adalah seorang yang amat tegas sikapnya.
3. Uthman seorang yang pemalu. Dalam bahasa modern beliau seorang yang disebut
introvert.
4. Muaz bin Jabal adalah seorang yang tinggi ilmunya dalam hal-ehwal halal dan
haram.
5. Zaid bin Thabit seorang pakar dalam ilmu faraid, yakni ilmu pembahagian harta
warisan.
6. Ubay bin Kaab mempunyai ilmu mendalam tentang bacaan al Quran.
7. Abu Ubaidah al-Jarrah seorang yang sangat amanah.

Dari satu sudut, kata-kata pujian Nabi untuk 7 orang penting itu mengesahkan apa yang
orang ramai sudah ketahui.
Dalam bahasa modern hari ini Nabi hanya endorse penilaian yang dibuat oleh orang
ramai terhadap keistimewaan 7 orang penting itu.
Apabila pujian yang diberikan kepada individu-individu penting hanya tentang sifat
semulajadi yang mulia, prinsip hidup yang terpuji, dan ilmu yang mendalam, pujian
seumpama itu tidak mencipta sebarang kesan negatif kepada orang-orang lain.
Pujian seperti itu tidak menimbulkan perasaan cemburu dan tidak puas hati kepada
mereka yang mendengar.
Malah pujian seperti itu boleh memberi inspirasi kepada yang mendengar sehingga
mereka mahu menjadi seperti mereka yang dipuji itu.
Hal itu berbeza apabila orang-orang penting dipuji atas sumbangan dan prestasi kerja
mereka, sebagaimana yang lazimnya diamalkan.
Prestasi kerja orang penting datang daripada hasil sumbangan, kerjasama, dan
bantuan orang-orang bawahannya.
Apabila pujian itu diberikan kepada hanya orang penting itu sahaja, hal yang demikian
itu menafikan peranan dan sumbangan orang-orang bawahannya.

Nota tambahan: Dalam senarai 7 orang penting itu nama Ali tidak disebut oleh Nabi.
Kita tidak tahu mengapa Nabi tidak sebut nama Ali. Walau bagaimanapun, salah satu
perkara yang Nabi tidak lakukan adalah beliau tidak memuji di khalayak ramai mana-
mana anggota keluarganya sendiri.
Bab 12
Beginilah Cara Nabi Memuji Pekerjaan Orang Kecil

Isu Semasa

Tugas paling utama para ketua dan pemimpin adalah mendorong anak-anak buah dan
orang bawahannya supaya mereka bersemangat dalam menghasilkan kerja yang
mencapai target, baik dari sudut kuantiti mahupun kualitinya.
Dalam amalan lazim, ketua-ketua memberi dorongan kepada orang bawahan yang
prestasi kerjanya rendah dan tidak memuaskan hatinya.
Mereka dianggap pekerja yang bermasalah. Motivasi diberikan sebagai ubat bagi
menyelesaikan masalah mereka.
Manakala orang bawahan yang sudah sedia rajin bekerja tidak didorong lagi atas asbab
mereka dianggap bukan pekerja bermasalah, oleh itu mereka tidak perlukan ubat.
Ada salah faham berkenaan motivasi kerja di mana dorongan dianggap hanya perlu
diberikan kepada pekerja yang prestasinya rendah sahaja.

Objektif tugas mendorong anak-anak buah dan orang bawahan adalah:


1. Mengekalkan prestasi tinggi dan cemerlang.
Individu yang prestasinya sudah cemerlang perlu didorong supaya dia terus
bersemangat mahu mengekalkan prestasinya yang sudah cemerlang itu.
Motivasi kerja adalah sejenis emosi. Sifat emosi boleh turun naik, boleh patah, dan
boleh hilang sama sekali.
Individu yang cemerlang sekalipun tetap memerlukan dorongan dari ketuanya.
Ini kerana boleh berlaku di mana prestasi yang cemerlang itu mungkin menurun.
Dari waktu ke waktu ketua-ketua perlu memberi dorongan kepada orang bawahannya
yang sudah cemerlang supaya mereka terus cemerlang.

2. Meningkatkan prestasi sederhana.


Individu yang prestasinya sederhana, yakni setakat cukup-cukup sahaja, dia perlu
didorong supaya mahu berusaha meningkatkan prestasinya menjadi baik dan
seterusnya menjadi cemerlang.
Golongan prestasi sederhana adalah golongan majoriti dalam mana-mana kumpulan.
Atas faktor jumlah dalam kumpulan sederhana adalah yang paling banyak, apabila
prestasi kumpulan ini dapat dinaikkan, prestasi bersama sebagai satu kumpulan mudah
mencapai tahap cemerlang.

3. Menaikkan prestasi rendah.


Individu yang prestasinya masih rendah perlu didorong supaya mahu berusaha
meningkatkan prestasinya yang rendah itu.
Dalam suatu hadith Nabi ada menunjukkan cara mendorong seorang individu yang
sudah bagus sikap dan tingkah lakunya.

Hadith 'Hadith 'Perempuan dan Wangian'


Anas melaporkan Rasulullah pernah ternampak kesan ludah kering melekat di dinding
masjid. Beliau marah sehingga wajah beliau merah. Kemudian datang seorang wanita
Ansar, lalu dia membuang kesan ludah itu. Kemudian dia menyapukan wangian di
tempat kesan ludah itu. Nabi berkata, "Alangkah bagusnya perbuatan itu!" - Al-Nasa'I
dan Ibnu Majah.

Ulasan

Hadith 'Perempuan dan Wangian' itu adalah salah satu hadith psikologi yang banyak
kegunaan praktikalnya bagi para ketua dan pemimpin.
Dalam hadith itu Nabi menunjukkan cara yang betul memberikan pujian kepada anak
buahnya yang biasa-biasa, yakni dia bukan seorang yang berkedudukan tinggi dalam
kumpulan.
Dalam kumpulan yang banyak anggotanya, ada masanya ketua tidak kenal semua
anak buahnya.
Dalam hadith 'Perempuan dan Wangian' itu, Anas yang melaporkan hadith itu pun tidak
kenal perempuan yang diberi pujian oleh Nabi.
Anas hanya menyebut 'ada seorang perempuan Ansar' sahaja.
Anas tidak menyebut nama perempuan itu. Itulah buktinya beliau tidak mengenali siapa
perempuan Ansar itu.
Barangkali pada masa itu gaya penampilan luaran perempuan Ansar tidak sama
macam penampilan perempuan Muhajirin.
Kemungkinan besar, apabila Anas tidak kenal perempuan itu maka Nabi pun tidak
kenal.
Dari situ dapat disimpulkan bahawa perempuan itu tidak mempunyai kedudukan
istimewa dalam kalangan anak-anak buah Nabi. Andainya dia orang penting, tentu
Anas mengenalinya dan menyebut namanya dalam hadith itu.
Dalam bahasa lain, perempuan itu adalah anggota biasa-biasa sahaja dalam kalangan
anak-anak buah Nabi.
Biarun perempuan itu tidak mempunyai kedudukan istimewa dalam kumpulan, namun
dia mempunyai personaliti yang sangat bagus.

Ciri personaliti perempuan itu:


a. Dia mempunyai EQ tinggi. Dia dapat membaca emosi pada wajah ketuanya, yakni
Nabi.
b. Dia pintar. Dia dapat berfikir dan mencipta solusi bagi meredakan situasi.
c. Dia seorang yang mempunyai daya usaha atau inisiatif. Dia tidak perlu disuruh, dia
boleh berfikir sendiri tindakan yang dia dapat dilakukannya.
d. Dia seorang yang ringan tulang, suka menolong, baik hati, pemurah, sanggup
berkorban dengan menggunakan hartanya bagi menjaga kepentingan orang ramai. Dia
menggunakan minyak wangi miliknya untuk menyelesaikan masalah awam.
f. Dia seorang yang kaya, atas faktor dia mampu mempunyai minyak wangi. Pada masa
itu minyak wangi amat mahal harganya.
g. Dia seorang yang mempunyai self-confidence atau kepercayaan diri yang sangat
tinggi. Walaupun dia perempuan, dia berani ke depan menyelesaikan masalah, padahal
waktu itu banyak lelaki sahabat-sahabat Nabi ada di situ.
h. Dia seorang yang aktif bermasyarakat. Dia tidak memerap diri di dalam rumah
sahaja, dia pergi solat di masjid.

Aplikasi Hadith
Hadith 'Perempuan dan Wangian' ini sesuai diaplikasi dalam kes menyelesaikan
masalah yang kecil, yang tidak membahayakan keselamatan dan nyawa.
Pada prinsipnya, hadith ini diaplikasi apabila ketua mahu melakukan perkara di
bawah:
1. Menghargai dan mengiktiraf perbuatan anak-anak buah ataupun orang
bawahan yang melakukan kerja sukarela di luar tugas rasmi mereka. Dalam kes
hadith ini, secara lazimnya kerja-kerja membersihkan dinding bangunan bukanlah
kerja orang perempuan.
2. Menghargai orang kecil yang membantu menyelesaikan masalah.
3. Menghargai hasil kerja-kerja kecil yang dilakukan oleh orang-orang kecil.

SOP Menyelesaikan Masalah Kecil


Dalam hadith 'Perempuan dan Wangian' itu, masalah yang diselesaikan adalah
masalah menjaga kebersihan bangunan.
1. Apabila marah, ketua tutup mulut, ketap bibir, jangan cakap apa-apa. Jangan
luahkan emosi dengan cara bercakap marah-marah ataupun membebel kepada anak-
anak buah.
2. Tunjukkan emosi marah pada muka sahaja, biar sampai muka naik merah. Anak-
anak buah akan tahu ketua sedang marah dan punca yang membuat dia marah.
3. Ketua tidak berfikir sendiri bagi menyelesaikan masalah itu. Dalam hadith itu Nabi
tidak menyuruh sesiapa supaya buat itu, buat ini bagi membuang kesan ludah itu.
4. Ketua membiarkan anak-anak buah fikir sendiri apa yang mereka dapat lakukan bagi
menyelesaikan masalah itu.
Dalam bahasa pengurusan modern, Nabi delegate sahaja tugas berfikir dan
menyelesaikan masalah itu kepada anak-anak buahnya.
5. Jangan disiasat siapa yang menyebabkan masalah itu. Fokus pada solusi sahaja.
Dalam hadith itu Nabi tidak siasat siapa yang berludah ke dinding masjid itu.
6. Apabila anak buah sudah selesaikan masalah itu, puji perbuatannya itu serta-merta,
on the spot, tidak ditangguh-tangguh.

SOP dan Teknik Memuji Orang Bawahan


1. Apabila kerja baik itu dilakukan secara terbuka, pujian mestilah diucapkan secara
terbuka juga.
Biar semua orang boleh nampak dengan mata sendiri kerja baik yang dipuji itu, dan
kata-kata pujian yang diucapkan.

Manfaat cara yang Nabi tunjukkan itu:


i. Memuji dengan cara terbuka itu ia menghindari daripada timbulnya fitnah si ketua pilih
kasih ataupun si anak buah itu pandai membodek si ketua.
ii. Semua yang ada di situ tahu ciri-ciri perbuatan yang disukai oleh ketua mereka.
Dengan itu mereka tahu bagaimana cara yang betul menyukakan hati si ketua.
2. Pujian itu diucapkan serta-merta, tidak ditangguh-tangguhkan ke masa lain. Di situ
kerja baik itu dibuat, di situ juga pujian diberikan, on the spot.
3. Pujian itu diucapkan dengan suara yang kuat dan jelas, semua yang ada di situ dapat
mendengar, bukan dengan berbisik-bisik.
4. Gunakan sepotong ayat sahaja.
Kata Nabi: “Alangkah bagusnya perbuatan itu.”
Jangan memuji berjela-jela. Contohnya, jangan berkata: “Wah! Baguslah kamu. Saya
suka orang macam kamu. Kamu pandai fikir sendiri apa nak buat. Tak payah tunggu
sampai saya suruh, kamu sudah tahu buat sendiri.”
5. Jangan memuji diri si orang yang dipuji itu.
Sebagai contoh jangan memuji dengan berkata: “Alangkah bagusnya perempuan itu.”
Kata-kata pujian macam itu salah.
Pujian macam itu adalah memuji diri si perempuan itu. Kita mengatakan perempuan itu
yang bagus, bukan perbuatannya yang bagus.
6. Puji pekerjaan baik yang dibuatnya. Kata Nabi: “Alangkah bagusnya perbuatan itu.”
Nabi tidak memuji perempuan itu yang bagus. Nabi memuji perbuatannya yang bagus.

Contoh pujian yang salah, di mana yang dipuji adalah diri orang itu:
“Kamu bagus.” (SALAH)
“Kamu pandai.” (SALAH)
“Kamu cantik.” (SALAH)
“Saya bangga dengan kamu.” (SALAH)

7. Apabila si ketua adalah lelaki, dan dia mahu memuji anak buah perempuan yang
tidak dikenalinya, jangan disiasat latar belakang perempuan itu.
Contoh:
Jangan bertanya kepada perempuan itu: “Siapa nama kamu?” ataupun “Kamu sudah
kahwin?” Pertanyaan macam itu boleh dipandang serong. Ia membayangkan si ketua
mempunyai minat di luar urusan rasmi terhadap perempuan itu.
Jangan juga ditanyakan kepada orang lain: “Siapa nama dia itu?” ataupun “Dia itu
sudah berkahwin?”
Pertanyaan macam itu amat tidak manis, dan mengundang hilangnya rasa hormat.

Penutup
Mana-mana ketua dan pemimpin yang suka memuji anak-anak buahnya dan orang
bawahannya, pemimpin macam itu dapat menaikkan semangat kerja mereka.
Hasil kerja-kerja besar yang dibuat oleh anak buahnya dipuji. Hasil kerja-kerja kecil pun
dipuji.
Ke mana sahaja ketua dan pemimpin macam itu pergi, atas urusan apa sahaja dia
kebetulan berada di tempat itu, asal sahaja dia ternampak ada hasil kerja yang baik, dia
terus puji.
Bab 13
Beginilah Caranya Nabi Menerima Aduan dan Rungutan dari Anak Buahnya

Isu Semasa

Salah satu tugas ketua ataupun pemimpin adalah mendengar aduan dan rungutan dari
anak-anak buah dan orang-orang bawahannya.
Tugas mendengar aduan dan rungutan adalah beban sosial. Makin banyak aduan dan
rungutan yang diterima, makin berat bebanan itu.
Kesan negatif mendengar aduan dan rungutan:
1. Aduan dan rungutan adalah salah satu sumber stress di tempat kerja.
2. Stress menurunkan produktiviti.
3. Stress itu boleh terbawa-bawa ke dalam kehidupan di luar waktu kerja.
4. Stress juga menjadi punca banyak penyakit yang serius.
Biarpun mendengar aduan dan rungutan menimbulkan banyak kesan negatif, namun
sesi mendengar aduan dan rungutan adalah tugas rasmi yang terpaksa dipikul oleh
ketua dan pemimpin.

Contoh:
1. Pegawai kerajaan perlu turun ke padang berjumpa dengan klien jabatannya, banyak
hadirin mengemukakan pandangan, cadangan, ataupun masalah yang mereka alami.
2. Pucuk pimpinan syarikat perlu mengadakan townhall meeting dengan semua
pekerja, maka akan ada pekerja yang mengemukakan rungutan.
3. Orang politik perlu hadir dalam majlis bersama rakyat, memang banyak yang akan
bangun bercakap menyampaikan perasaan tidak puas hati mereka dan komplen itu ini.
Kesan positif mendengar aduan dan rungutan:
1. Kepada orang-orang bawahan, salah satu ciri ketua yang bagus adalah ketua itu
memberi mereka peluang membuat aduan dan rungutan.
2. Banyak masalah dapat diselesaikan apabila ketua sendiri turun ke padang bagi
mendengar aduan dan rungutan.
Apabila aduan dan rungutan anak-anak buah dan orang bawahan tidak didengar, tidak
diberi respon, tidak diambil tindakan, mereka akan mempunyai persepsi negatif
terhadap ketua dan pemimpin.

Kesan positif ketua mendengar aduan dan rungutan:


1. Ada kajian di Barat yang mendapati, ketua yang mendengar anak buah bercakap
sampai habis dipersepsi sebagai ketua yang layak menjadi ketua.
2. Dalam kajian lain didapati anak buah yang mengadu ataupun memberi pandangan,
apabila ketuanya mahu mendengar dia bercakap, dia puas hati meskipun aduan dan
pandangannya tidak diambil tindakan.
Dalam sebuah hadith Nabi ada menunjukkan cara betul mendengar rungutan anak-
anak buah.
Dengan menggunakan cara yang betul mendengar aduan dan rungutan, stress dapat
dikawal ataupun dielakkan.
Nabi adalah seorang yang banyak mendengar aduan dan rungutan. Namun beliau tidak
mengalami penyakit yang berpunca daripada stress kerja akibat banyak mendengar
aduan dan rungutan.

Hadith 'Imam Solat Panjang'


Abu Mas'ud melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang berjumpa Nabi.
Lelaki itu berkata, “Wahai Rasulullah! Demi Allah, saya tidak solat subuh berjamaah
kerana Si Fulan memanjangkan bacaan waktu dia menjadi imam.” Menurut Abu
Mas'ud, dia belum pernah nampak Nabi begitu marah semasa memberi nasihat. Nabi
berkata, “Ada orang dalam kalangan saudara yang menyebabkan orang lain tidak suka
hendak melakukan perkara baik. Sesiapa yang menjadi imam, pendekkanlah. Ada
antara mereka itu orang yang lemah, yang sakit, dan ada pula yang mempunyai urusan
mendesak.” - Sahih Bukhari
Ulasan
Dalam hadith 'Imam Solat Panjang' itu, seorang makmum datang berjumpa Nabi dan
mengadu berkenaan perbuatan imamnya.
Makmum itu tidak puas hati dengan cara imam solat subuhnya menjalankan tugasnya
sebagai imam.
Dalam aduannya kepada Nabi dia memberitahu imam itu suka membaca bacaan yang
sangat panjang, sampai dia tidak mahu pergi solat subuh di belakang imam itu.

Beberapa aspek yang menarik dalam peristiwa itu:


1. Si pengadu itu adalah seorang orang kecil. Abu Mas'ud yang melaporkan peristiwa
itu pun tidak mengenali orang itu. Beliau tidak tahu nama orang itu.
2. Si pengadu itu tidak bercakap terus kepada imam solat subuh itu. Sebaliknya dia
membuat aduan kepada orang atasan yang jawatannya lebih tinggi lagi iaitu Nabi.

Hadith 'Imam Solat Panjang' itu menunjukkan:


1. Meskipun Nabi seorang pemimpin besar namun orang-orang kecil pun berani
mengadu kepada beliau, dan beliau mahu mendengar aduan dari orang-orang kecil.
2. Pemimpin yang efektif adalah ketua yang mahu mendengar aduan dan rungutan dari
orang-orang bawahan dari lapisan yang paling bawah.
Dalam situasi hari ini, peristiwa dalam hadith itu ada persamaan dengan situasi di mana
orang-orang bawahan mengadu berkenaan cara-cara ketua mereka membuat kerja
sampai orang bawahan mengalami kesusahan.

Dua pengajaran untuk ketua dan pemimpin dalam hadith itu:


1. Beri peluang anak-anak buah dan orang bawahan mengadu secara langsung kepada
pucuk pimpinan.
2. Beri peluang mereka mengadu perkara yang mereka tidak puas hati berkenaan cara
ketua mereka menjalankan tugas yang menyusahkan orang bawahan.

Dalam hadith 'Imam Solat Panjang' itu, ada 2 kategori respons dari Nabi apabila
mendengar anak buahnya membuat aduan:
1. Perkara-perkara yang Nabi tidak lakukan.
Perkara-perkara yang Nabi tidak lakukan itu penting diketahui dan dielakkan.
Maksudnya, sebagai ketua kita jangan buat perkara-perkara itu. Andainya kita lakukan
kita akan mengalami stress.

2. Perkara-perkara yang Nabi lakukan.


Perkara-perkara yang Nabi lakukan itu dapat mengurangkan stress biarpun kita banyak
mendengar aduan dan rungutan.
Di bawah ini adalah perkara-perkara yang Nabi tidak lakukan semasa menerima aduan
dari anak buahnya:

1. Dalam peristiwa itu Nabi tidak mempersoal sama ada orang yang mengadu itu
berkata benar ataupun dia berdusta.
Nabi tidak bertanya kepada si pengadu soalan yang menunjukkan beliau meragui
aduannya itu.
Contohnya, Nabi tidak bertanya: “Betulkah apa yang kamu cakap itu?”
Implikasinya, apabila ada orang mengadu kepada kita, kita jangan persoal kebenaran
aduannya.
Sekalipun kita curiga dan meragui kebenaran perkara yang diadukannya itu, kita diam
sahaja, simpan dalam hati, tidak diucapkan.
Maksudnya, kita jangan tunjukkan bahawa kita curiga dan meragui sejauh mana si
pengadu itu berkata benar.

2. Nabi tidak menyiasat bagi membuktikan apakah aduan itu benar ataupun fitnah.

Bukti Nabi tidak menyiasat adalah:


a. Nabi tidak menyuruh orang pergi memanggil imam itu datang supaya dapat disoal
bagi menyiasat sama ada aduan itu benar ataupun fitnah.
b. Nabi tidak memanggil saksi-saksi lain bagi memastikan aduan itu benar.

Selepas mendengar aduan itu, Nabi mengeluarkan arahan supaya para imam
memendekkan bacaan dalam solat, namun Nabi tidak menyuruh sesiapa pergi
menyampaikan arahannya itu kepada imam si pengadu.
Arahan Yang Nabi buat itu adalah untuk semua imam, bukan khusus untuk imam itu
seorang.
Dapat disimpulkan bahawa tanpa menyiasat kebenaran sesuatu aduan itu Nabi tetap
dapat memberi respon yang betul kepada perkara yang diadukan.

SOP Mendengar dan Respons kepada Aduan dan Rungutan


1. Apabila orang sedang bercakap membuat aduannya, dengar sampai habis orang itu
bercakap.
2. Tidak mempersoal sama ada aduan itu betul ataupun fitnah.
3. Tidak menyiasat kebenaran perkara yang diadukan.
4. Apabila aduan itu menyebabkan kita marah, boleh tunjukkan emosi marah pada
muka kita sampai orang-orang yang ada tahu bahawa kita marah.
5. Walaupun marah, namun tidak boleh bercakap dengan cara marah-marah.
6. Apabila aduan itu adalah berkenaan ketuanya, kita respon dengan tidak menyebut
nama si ketuanya itu.
7. Apabila si pengadu mengkritik cara ketuanya menjalan tugas, beritahu sahaja cara
kerja yang betul.
8. Respon yang berikan itu mesti ditujukan kepada semua ketua secara umum, bukan
ditujukan kepada mana-mana ketua secara spesifik.
9. Konten respon Nabi diberikan dalam 2 potong ayat. Bukan respon yang panjang
berjela-jela. Bukan respon yang mengulas-ulas problem yang diadukan.

i. Ayat pertama adalah ayat prinsip. Ayat itu menerangkan perbuatan yang salah.
Nabi berkata: “Ada orang dalam kalangan saudara yang menyebabkan orang lain tidak
suka hendak melakukan perkara baik.
Kesalahan itu adalah: '...menyebabkan orang lain tidak suka hendak melakukan perkara
baik.'

ii. Ayat kedua adalah ayat spesifik. Ayat itu memberikan contoh sebenar perbuatan
yang salah dan perbuatan yang betul.
Nabi berkata: “Sesiapa yang menjadi imam, pendekkanlah, ada antara mereka itu
orang yang lemah, yang sakit, dan ada pula yang mempunyai urusan mendesak.”

Contoh spesifik itu adalah: Imam solat yang memanjangkan bacaan dalam solat.
Perbuatan yang betul: Memendekkan bacaan dalam solat.
Bab 14
Beginilah Cara Nabi Respon Apabila Anak Buah Tidak Mahu Melaksanakan
Suruhannya

Isu Semasa

Apabila kita menjadi ketua ataupun pemimpin, prestasi kita ditentukan oleh kerja-kerja
yang dilakukan oleh anak-anak buah ataupun orang bawahan kita.
Apabila kita pandai mendorong mereka rajin bekerja, prestasi kita naik.
Apabila kita tidak pandai mendorong mereka, mutu kerja mereka rendah, prestasi kita
pun rendah.
Salah satu tugas kita adalah mengeluarkan suruhan dan arahan kepada anak-anak
buah ataupun orang bawahan supaya mereka lakukan sesuatu pekerjaan.
Andainya kita bekerja dalam syarikat ataupun dalam perkhidmatan awam, kita
mempunyai kuasa menyuruh dan mengarah orang-orang bawahan kita.
Atas nama jawatan rasmi yang disandang kita mempunyai kuasa menyuruh arah orang
lain. Apabila kita tidak lagi menyandang jawatan itu kuasa itu pun hilang.
Dalam pertubuhan, kelab, grup, dan jemaah, kita tidak mempunyai kuasa rasmi bagi
menyuruh arah orang lain.
Namun dengan menggunakan teknik-teknik yang betul kita masih boleh menggunakan
kuasa jenis lain bagi mendorong anak-anak buah kita supaya lakukan perkara yang
disuruh.
Salah satu jenis kuasa disebut dengan istilah personal power atau kuasa peribadi.

Kuasa personal power tidak datang dari jawatan rasmi.


1. Ia datang dari karisma kita.
2. Ia datang dari teknik-teknik komunikasi berpengaruh yang diaplikasi apabila sedang
berinteraksi.
Dengan menggunakan personal power, kita dapat mendorong orang-orang lain supaya
mereka melakukan perkara yang kita suruh, padahal seandainya mereka tak mahu buat
kita bukan ada kuasa nak paksa mereka buat.
Personal power amat berguna dalam situasi di bawah:
1. Kita tidak mempunyai kuasa memaksa mereka melakukan perkara yang kita suruh.

a. Mereka bukan anak isteri kita yang wajib mematuhi suruhan kita.
b. Mereka bukan pekerja kita yang kita bayar gajinya.
c. Kita tidak mampu memberi upah ataupun balasan apabila mereka lakukan perkara
yang kita suruh itu.

2. Kita hanya menggunakan daya pengaruh ke atas mereka supaya secara sukarela
dan ikhlas mahu melakukan perkara yang kita suruh itu.
3. Perkara yang kita suruh itu bukan tanggungjawab mereka. Andainya mereka tidak
buat bukannya mereka berdosa.
Maksudnya, walaupun kita adalah ketua mereka, namun kita tidak ada kuasa
mengarahkan mereka.
Kita hanya dapat pengaruhi mereka saja. Tujuannya supaya mereka secara sukarela
mahu buat perkara yang kita suruh itu.
Pengaruh macam itulah yang disebut personal power.
Dalam sebuah hadith Nabi ada menunjukkan bagaimana teknik yang betul dan amat
mudah dalam menggunakan kuasa peribadi.

Hadith 'Uncang Duit'


Jarir bin Abdullah melaporkan, pada suatu hari beberapa orang Arab dari kampung
datang berjumpa Nabi dengan memakai baju daripada kulit haiwan yang masih ada
bulunya. Melihat kemiskinan mereka itu, Nabi mengajak orang-orang yang ada di situ
supaya bersedekah, tetapi tidak ada yang menyambut ajakan itu, sehingga tergambar
emosi marah pada wajah Nabi. Kemudian, ada seorang lelaki datang membawa
uncang duit. Selepas itu datang lagi orang-orang lain, sehingga Nabi pun gembira. Nabi
berkata, “Sesiapa yang melakukan kebaikan, lalu diikuti oleh orang-orang lain, dia
mendapat pahala sebanyak yang diterima oleh mereka yang mencontohinya,
sedangkan pahala mereka yang dicontohi itu sedikit pun tidak dikurangi. Dan sesiapa
yang melakukan keburukan, lalu diikuti oleh orang-orang lain, dia mendapat dosa
sebanyak yang diterima oleh mereka yang mencontohinya, sedangkan dosanya sedikit
pun tidak dikurangi.” - Sahih Muslim
Ulasan
Dalam konteks hadith 'Uncang Duit' itu, Nabi adalah ketua dan pemimpin kepada anak-
anak buahnya.
Mereka itu pengikut Nabi. Nabi tidak ada kuasa memaksa mereka. Nabi bukan majikan
mereka. Nabi juga tidak membayar upah mereka.
Dalam peristiwa itu Nabi menyuruh mereka supaya memberi derma bagi menolong
beberapa orang kampung yang sangat miskin.
Mula-mula mereka tidak mahu menderma. Kemudian baru mereka mahu menderma.
Tingkah laku mereka berubah, padahal Nabi tidak cakap apa-apa, tidak menjanjikan
apa-apa. Nabi diam sahaja.
Namun perbuatan diam Nabi itu mampu mengubah tingkah laku anak-anak buahnya,
daripada tidak mahu menderma kepada mahu menderma.
Meskipun Nabi diam, tak cakap apa-apa, Nabi melakukan beberapa perkara yang
mampu mempengaruhi anak-anak buahnya supaya mengubah sikap dan tingkah laku
mereka.
Dalam hadith itu, apabila Nabi bercakap dan menyuruh anak-anak buahnya menderma,
cakapnya tidak berpengaruh.
Mereka tak mahu buat apa yang Nabi suruh. Nabi diam sahaja.
Kemudian Nabi tunjukkan emosi kecewa dan marah pada muka beliau. Selepas itu
baru berlaku perubahan pada tingkah laku anak-anak buahnya. Barulah mereka mula
menderma.

Dalam hadith itu ada 2 perkara yang signifikan:


1. Perkara yang Nabi lakukan.
2. Perkara yang Nabi tidak lakukan.
Signifikans perkara-perkara yang Nabi tidak lakukan dalam peristiwa itu:

1. Dalam hadith 'Uncang Duit' itu, walaupun Nabi kecewa apabila suruhannya tidak
menerima sambutan, namun beliau tidak meluahkan perasaan kecewanya itu dengan
dengan kata-kata.
Ulasan: Ada risikonya apabila seseorang ketua bercakap dan meluahkan perasaan
kecewa di depan khalayak:
a. Apabila ketua meluahkan perasaan kecewanya, perbuatan itu merosakkan
karismanya. Karisma adalah daya pengaruh. Pemimpin yang karismatik mempunyai
daya pengaruh yang tinggi, pandangannya diterima dan cakapnya dipatuhi.
b. Apabila ketua bercakap dengan tujuan dia mahu meluahkan emosi kecewanya di
depan khalayak, hal itu mencipta persepsi EQ-nya lemah, bahawa dia seorang yang
tidak mampu mengawal emosinya. Emosi dikaitkan dengan kelemahan dalaman.

2. Nabi tidak mengkritik sikap anak-anak buahnya yang tidak mahu melaksanakan
suruhannya.
Ulasan: Apabila kita tegur dan kritik anak buah kita, hal itu menyakiti hati mereka.
Akibatnya mereka makin berat hati hendak melaksanakan perkara yang disuruh itu. Itu
lebih-lebih lagi apabila perkara yang disuruh itu adalah berdasarkan sukarela semata-
mata. Selepas diktitik, orang takkan gembira dan seronok hendak melakukan perkara
yang disuruh.

3. Nabi tidak memuji orang pertama yang kemudian menyambut suruhannya.


Ulasan: Ada risikonya apabila ketua memuji anak buahnya yang melakukan perkara
yang disuruhnya.

Risiko itu adalah:


a. Anak-anak buah lain boleh menganggap si ketua menyindir mereka.
b. Anak-anak buah yang lain itu menganggap orang dipuji itu bukan melakukannya
dengan ikhlas, sebaliknya dia melakukan dengan tujuan hendak mengampu dan
membodek si ketua.

4. Apabila banyak lagi anak-anak buahnya ikut sama melaksanakan suruhannya, Nabi
tidak memuji mereka atas asbab mencontohi perbuatan baik kawan mereka.
5. Nabi tidak mengucapkan terima kasih kepada anak-anak buahnya yang
melaksanakan suruhannya. Sebaliknya Nabi menerangkan kepada semua yang hadir
pada peristiwa itu besarnya ganjaran yang diterima oleh mereka yang melakukan
perkara baik yang disuruhnya.
6. Nabi tidak beritahu lebih awal ganjaran besar yang mereka akan terima. Beliau
terangkan ganjaran itu selepas mereka melakukan perkara yang beliau suruh.
Selepas mereka sudah mengeluarkan sedekah bagi membantu orang-orang kampung
yang miskin dan dhaif itu barulah Nabi berkata kepada mereka: “Sesiapa yang
melakukan kebaikan, lalu diikuti oleh orang-orang lain, dia mendapat pahala sebanyak
yang diterima oleh mereka yang mencontohinya, sedangkan pahala mereka yang
dicontohi itu sedikit pun tidak dikurangi. Dan sesiapa yang melakukan keburukan, lalu
diikuti oleh orang-orang lain, dia mendapat dosa sebanyak yang diterima oleh mereka
yang mencontohinya, sedangkan dosanya sedikit pun tidak dikurangi.”

SOP Mendorong Anak Buah yang Tak Mahu Ikut Arahan

1. Apabila kita mengajak anak-anak buah kita supaya mereka buat perkara yang baik,
tetapi tidak ada sambutan langsung, lalu kita rasa kecewa, kita boleh tunjukkan
perasaan kecewa itu di muka kita.
2. Meskipun kita sangat kecewa apabila ajakan kita tidak disambut, kita tutup mulut,
jangan cakap apa-apa.
3. Jangan luahkan perasaan kecewa kita dengan cara bercakap kepada anak-anak
buah yang perbuatan mereka itu telah membuatkan kita rasa kecewa.
4. Jangan dikritik sikap anak-anak buah yang tidak menyokong ajakan kita supaya buat
perkara yang baik.
5. Apabila ada satu orang maju ke depan dan buat apa yang kita suruh, jangan puji dia.
Kita tunjukkan saja perasaan gembira di muka kita.
6. Apabila mereka semua sudah buat perkara yang kita suruh itu, jangan puji mereka,
dan jangan ucap terima kasih.
7. Terangkan kepada mereka besarnya dan mulianya perkar baik yang mereka sudah
lakukan itu.
Bab 15
Beginilah Caranya Nabi Mendorong Anak Muda Menjadi Individu Cemerlang

Isu Semasa

Salah satu syarat mahu berjaya membangunkan bisnes dan syarikat adalah kita mesti
pandai menjadi ketua ataupun pemimpin kepada pekerja yang masih muda-muda.
Makin besar bisnes kita, makin banyak orang-orang muda perlu diambil bekerja dengan
kita.
Bisnes kita tidak dapat dikembangkan apabila orang-orang muda tidak seronok bekerja
di bawah pimpinan kita.
Implikasi apabila kita tidak pandai bekerja dengan orang-orang muda:
1. Pekerja muda kita asyik keluar masuk sahaja. Kos mengambil pekerja baru
menyebabkan kerugian.
2. Kita tidak dapat membina pasukan pekerja yang memiliki kemahiran dan kecekapan.
Baru mula mahir bekerja mereka sudah berhenti.

Ketua atau pemimpin yang mampu memimpin anak-anak muda mempunyai dua kualiti
ini:
1. Dia ketua yang dihormati oleh orang muda.
2. Dia ketua yang dikasihi oleh orang muda.
Meskipun seseorang ketua itu sudah berumur, apabila dirinya dihormati dan dikasihi,
cakapnya akan didengar dan suruhannya akan dipatuhi oleh anak-anak buah dan orang
bawahan yang masih muda-muda.

Ada 4 jurang perbezaan yang menjadi isu sehingga menyukarkan ketua-ketua yang
sudah tua memimpin orang-orang muda.
1. Perbezaan usia.
Jurang usia secara automatik menghasilkan jurang-jurang lain seperti perbezaan
pengalaman, mindset, cara berfikir, citarasa, gaya hidup, nilai prioriti dan banyak lagi.
Perbezaan itu mencetuskan perbezaan dan pertentangan pendapat.
2. Perbezaan pengalaman dan ilmu.
Berlainan generasi berlainan tahap pengalaman, pengetahuan, dan kepakaran yang
mereka miliki. Bahan-bahan bacaan tidak sama. Pergaulan dan percampuran tidak
sama. Pengalaman pekerjaan tidak sama. Kepandaian dan kemahiran mereka juga
tidak sama.

3. Perbezaan iman dan ibadat.


Lazimnya ketua-ketua yang berumur sudah melepasi fasa hidup sewaktu masih muda,
di mana mereka gemar hiburan dan pergaulan bebas. Mereka sudah berada dalam
fasa kehidupan yang lebih spiritual. Mereka mementingkan akidah, iman, dan ibadat.

4. Perbezaan sikap dan akhlak.


Lazimnya, ketua-ketua yang sudah berumur mempunyai sikap yang lebih serius
berkenaan akhlak dan tingkah laku sosial.
Dalam dunia syarikat korporat dan perkhidmatan kerajaan, jawatan ketua-ketua
disandang oleh generasi yang lebih berumur.
Atas asbab mereka sudah berumur, mereka mencipta budaya di tempat kerja yang
menyebelahi nilai, sikap dan gaya hidup golongan berumur.
Banyak peraturan di tempat kerja dibuat supaya sesuai dengan jiwa generasi berumur.
Peraturan-peraturan itu tidak sesuai dengan jiwa orang-orang muda, sedangkan jumlah
pekerja muda lazimnya lebih banyak.
Dalam sebuah hadith, Nabi ada menunjukkan teknik yang betul melayani anak buah
yang masih muda sehingga beliau sangat dikasihi oleh anak buahnya itu.

Hadith 'Bilakah Hari Kiamat'


Anas melaporkan, pada suatu hari seorang pemuda datang berjumpa Nabi, lalu dia
bertanya, “Wahai Rasul Allah, bilakah kiamat akan berlaku?” Nabi berdiri mahu solat.
Selesai solat beliau bertanya, “Mana orang tadi yang bertanya tentang hari kiamat?”
Pemuda itu menjawab, “Saya, wahai Rasul Allah.” Beliau bertanya, “Apakah persediaan
saudara bagi menghadapinya?” Pemuda itu menjawab, “Wahai Rasul Allah, saya tidak
bersiap sedia menghadapi kiamat dengan banyak bersolat dan berpuasa. Saya cuma
mencintai Allah dan Rasulnya.” Nabi Muhammad berkata, “Seseorang itu akan
bersama-sama dengan orang yang dia cintai. Saudara akan bersama-sama dengan
orang yang saudara cintai.” - Sahih Tarmizi
Ulasan
Dalam hadith 'Bilakah Hari Kiamat' terdapat bukti Nabi adalah ketua dan pemimpin dari
generasi tua yang dikasihi oleh anak buahnya yang masih muda.
Dalam hadith itu juga Nabi menunjukkan teknik yang betul mendorong orang muda
yang pengetahuan agamanya masih rendah dan ibadatnya tidak banyak supaya
mereka mahu meningkatkan lagi amal ibadat mereka.
Beberapa ciri menarik pada pemuda dalam hadith itu:
1. Dia seorang anak muda yang mencintai Nabi. Dia berkata kepada Nabi: “Saya cuma
mencintai Allah dan Rasulnya.” Buktinya, dia pergi ke masjid di mana dia dapat bersolat
dengan Nabi.
2. Dia mengaku dia cuma buat ibadat yang wajib-wajib sahaja. Dia tidak buat ibadat
yang sunat. Solat dan puasa yang wajib dia buat, yang sunat dia tidak buat.
3. Pengetahuan agamanya tidak mendalam. Dia tidak tahu bahawa tidak ada manusia
yang tahu bila Hari Kiamat akan berlaku, hanya Tuhan yang tahu. Dia sangka Nabi
tahu, lalu dia bertanya kepada Nabi.
4. Anas yang melaporkan peristiwa itu tidak kenal pemuda itu. Dalam laporannya Anas
cuma berkata 'ada seorang pemuda'.
5. Nabi pun tidak kenal pemuda itu. Nabi bertanya kepada orang-orang yang ada di
situ: “Mana orang tadi yang bertanya tentang hari kiamat?”

Dalam peristiwa itu, Nabi respon kepada pertanyaan pemuda itu dengan 2 cara:
1. Ada perkara-perkara yang Nabi tidak lakukan.
2. Ada perkara-perkara yang Nabi lakukan.
Berikut ini adalah perkara-perkara yang Nabi tidak lakukan semasa menyantuni
pemuda itu:
1. Nabi tidak mengkritik ataupun menegur kelemahan pemuda itu. Nabi diam sahaja
seolah-olah tidak perasaan, buat-buat tak tahu pada kelemahannya. Kelemahan
pemuda itu adalah:
a. Sikap tidak ambil berat tentang ibadat sunat.
b. Tidak buat solat-solat sunat.
c. Tidak buat puasa-puasa sunat.
d. Ilmu agamanya cetek.
2. Nabi tidak memuji kelebihan pemuda itu. Kelebihan pemuda itu adalah:
a. Dia buat solat-solat wajib.
b. Dia buat puasa wajib.
c. Dia datang ke masjid untuk solat dengan Nabi.
d. Dia beriman pada Hari Kiamat.
e. Dia cinta pada Allah.
f. Dia cinta pada Nabi.
g. Dia lurus dan jujur, dia mengaku dia tidak buat solat dan puasa sunat.

Meskipun pemuda itu mempunyai banyak kelebihan, Nabi tidak memuji kelebihannya
itu.
3. Nabi tidak menasihati pemuda itu supaya memperbanyakkan ibadatnya.
4. Nabi tidak menyuruh pemuda itu supaya menambah ilmu agamanya.
5. Nabi tidak bertanya soalan peribadi kepada pemuda itu. Maksudnya, Nabi tidak
menyiasat latar belakang pemuda itu. Contoh pertanyaan peribadi:
“Apa nama kamu?”
“Kamu anak siapa?”
“Kamu tinggal di mana?”
“Kamu sudah kahwin?”

6. Nabi tidak mempersoal urusan iman pemuda itu. Contoh pertanyaan yang
mempersoal urusan iman dan agama orang:
“Sudah lama kamu masuk Islam?”
“Kenapa kamu hendak tahu bila hari kiamat?”
“Apa sebab kamu tak buat solat sunat dan puasa sunat?”
“Takkan kamu tak tahu hanya Allah yang tahu bila hari akan kiamat?”
Berikut ini adalah perkara-perkara yang Nabi lakukan semasa menyantuni pemuda itu:
1. Meskipun pemuda itu orang kecil, Nabi tetap mengambil masa bagi melayan
pertanyaannya.
2. Meskipun pertanyaannya itu macam remeh, bukan pertanyaan berkenaan perkara
yang mendesak dan penting dijawab segera, Nabi tetap memberi respon kepada
pertanyaannya itu.
3. Nabi melayan pemuda itu seolah-olah dia seorang yang sangat penting. Buktinya,
sebaik-baik selesai solat Nabi tidak berdoa dahulu ataupun wirid dahulu. Sebaliknya
Nabi terus mencari pemuda itu dan terus memberikan respon kepada pertanyaannya.
4. Nabi melayan pertanyaan pemuda itu sebagai pertanyaan yang penting. Pemuda itu
bertanya secara terbuka sehingga Anas dapat mendengar setiap patah kata-katanya.
Nabi pun menjawab pertanyaan pemuda itu secara terbuka, dengan itu semua orang
dapat mendengar jawapannya.
5. Nabi menjawab dengan mengucapkan kata-kata yang manis bunyinya kepada
pemuda itu: “Seseorang itu akan bersama-sama dengan orang yang dia cintai. Saudara
akan bersama-sama dengan orang yang saudara cintai.” Dalam kata-kata itu Nabi
mengulang kata-kata pemuda itu.
6. Nabi memberi harapan kepada pemuda itu, di mana atas asbab dia mencintai Allah
dan Nabi maka dia mempunyai peluang masuk syurga bersama Nabi.

SOP menyantuni pertanyaan orang muda berkenaan isu agama:


1. Tidak mengkritik.
2. Tidak menegur.
3. Tidak menasihati.
4. Tidak memuji.
5. Tidak bertanya soalan peribadi.
6. Berikan jawapan yang menggembirakan.
7. Berikan harapan.
Kesimpulan
Dalam bahasa pengurusan modern hari ini, pemuda dalam hadith 'Bilakah Hari Kiamat'
itu dapat disamakan dengan pekerja muda yang sederhana prestasi kerjanya.
Dia itu ada persamaan dengan pekerja yang cuma membuat kerjanya yang wajib-wajib
sahaja. Dia tidak buat kerja-kerja tambahan di luar bidang tugas rasminya.
Dalam hadith “Bilakah Hari Kiamat' itu Nabi adalah ketua yang dikasihi oleh anak muda
itu. Hadith itu memberikan kepada kita panduan menjadi ketua yang dihormati dan
dikasihi oleh anak-anak muda.
Bab 16
Cara Membetulkan Kesalahan Anak Buah yang Masih Sangat Bodoh

Sebagai ketua dan pemimpin gaya transformasional leadership, tugas kita adalah
mendorong semua anak buah dan orang bawahan supaya mereka upgrade diri mereka.
Transformational leader adalah ibarat penjaga kandang keldai yang mampu mengubah
keldai-keldai di dalam kandangnya sampai menjadi kuda.
Dalam organisasi yang besar, ada golongan pekerja yang sudah cemerlang, yakni
mereka yang pandai-pandai. Ada pekerja yang biasa-biasa, dan ada pekerja yang
masih bodoh.
Ketua-ketua dan pemimpin memerlukan 3 skill mendorong yang berbeza bagi
mendorong 3 kategori orang bawahan yang berbeza:

1. Skill mendorong orang cemerlang.


Ketua memerlukan ilmu dan teknik khusus bagi mendorong orang bawahan yang bijak,
pintar, serius, berdedukasi, rajin, dan sudah cemerlang prestasinya supaya mereka
terus menerus menjadi semakin cemerlang.
Dalam organisasi, jumlah mereka dalam kategori ini tidak banyak. Mereka adalah elit
dalam organisasi.
Mereka adalah sumber idea-idea baru bagi memajukan organisasi.
Tugas mendorong kumpulan elit ini memerlukan ilmu dan skill mendorong yang khusus,
spesifik, dan tersendiri.
Teknik mendorong kumpulan cemerlang tidak boleh digunakan bagi mendorong pekerja
yang tidak cemerlang.

2. Skill mendorong orang yang sederhana.


Ketua memerlukan ilmu dan teknik mendorong orang bawahan yang biasa-biasa, yang
sederhana, supaya mereka menjadi bagus.
Jumlah mereka dalam kumpulan ini paling banyak.
a. Mereka membuat kerja betul-betul ikut arahan, tidak lebih tidak kurang. Disuruh buat
8, dia buat 8, dia tidak mahu buat 10.
b. Mereka sangat berkira-kira dengan gaji dan upah. Andai kita mahu mereka buat kerja
lebih, mereka minta gaji ataupun upah lebih.
c. Mereka tidak melanggar sebarang peraturan. Mereka ikut arahan sahaja. Apabila
diarahkan, mereka buat. Apabila tidak diarahkan, mereka simpan tangan mereka.
Dalam bahasa orang biasa, mereka buat kerja setakat cukup-cukup makan.
Seandainya semua pekerja di syarikat kita adalah terdiri daripada golongan pekerja
sederhana, bisnes syarikat kita tidak dapat sustain.
Pekerja sederhana menghasilkan kesederhanaan, yakni prestasi sederhana, kuantiti
sederhana, kualiti sederhana. Bisnes kita tak mampu bersaing.

3. Skill mendorong orang yang masih bodoh.


Ketua memerlukan ilmu dan teknik mendorong mereka dalam kategori yang masih baru
bertugas dalam organisasi, masih mentah, masih bodoh, perkara-perkara yang asas
pun mereka tidak tahu, supaya mereka mahu meningkatkan ilmu dan kepandaian
mereka.
Contoh pekerja yang masih bodoh, pekerja itu baru sampai dari negara asal, cakap
Melayu pun tak pandai. Menggunakan peralatan modern macam microwave oven pun
tak pernah, maklumlah dia datang dari kampung yang tidak ada elektrik.
Ada sebuah hadith di mana Nabi menunjukkan cara-cara yang betul memberitahu
orang yang melakukan kesilapan yang sangat bodoh.

Hadith 'Kencing di Dalam Masjid'

Anas bin Malek melaporkan, pada suatu hari dia dan sekumpulan lelaki berada di
dalam masjid bersama Rasulullah. Tiba-tiba seorang lelaki Arab dari kampung masuk,
kemudian dia berdiri lalu dia kencing. Melihat kejadian itu, mereka yang ada di situ
mengherdik lelaki itu. Nabi berkata, “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan saja.”
Semua yang ada pun membiarkan orang kampung itu menghabiskan kencingnya.
Kemudian Nabi memanggil lelaki itu dan berkata, “Di dalam masjid ini tidak boleh
kencing ataupun membuang walau sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir
mengingati Allah azza wajalla, solat, dan membaca al Quran.” Selepas itu Nabi
menyuruh orang yang ada di situ supaya mengambil air, lalu disirami kecing lelaki itu. -
Sahih Muslim
Ulasan
Dalam hadith 'Kencing di Dalam Masjid' itu, ada orang kampung yang datang ke masjid.
(Masjid Nabi di bandar Madinah.)
Waktu itu Nabi ada di situ bersama-sama dengan anak-anak buahnya. Lelaki itu masuk
kawasan masjid lalu kencing. (Binaan masjid Nabi pada asalnya dulu sangat simpel. Ia
dibina menggunakan batang pokok kurma sebagai tiang dan daun pelepah kurma
sebagai atapnya, manakala lantainya masih pasir sahaja. Dalam bahasa hari ini binaan
macam itu disebut bangsal.)
Anak-anak buah Nabi yang ada di situ nampak lelaki itu kencing, mereka mengherdik
lelaki itu.
Apabila Nabi larang mereka mengherdik lelaki itu, mereka pun berhenti mengherdik.
Nabi suruh mereka biarkan lelaki itu menghabiskan kencingnya, mereka pun biarkan
lelaki itu menghabiskan kencingnya.
Kemudian Nabi suruh ambil air, barulah ada yang pergi mengambil air dan menyirami
kesan air kecing lelaki itu.

SOP Menegur
Dalam peristiwa itu Nabi menunjukkan beberapa teknik menegur perbuatan yang salah:

1. Perbuatan yang ditegur oleh Nabi itu ada dua:


a. Perbuatan orang kencing di dalam masjid.
b. Perbuatan mengherdik orang yang kecing di dalam masjid.

2. Yang ditegur oleh Nabi bukan diri orang-orang yang mengherdik. Bukan the person.
Bukan si orangnya.
Nabi berkata: “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan saja.”
Contoh teguran yang ditujukan kepada diri orang itu:
“Kamu jangan herdik dia.” (SALAH)
“Kenapa kamu herdik dia?” (SALAH)
“Kamu tidak boleh herdik dia.” (SALAH)

Perkataan 'kamu' adalah ditujukan kepada diri orang yang ditegur.


3. Yang ditegur oleh Nabi adalah perbuatan mereka.
Nabi berkata: “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan saja.”
Yang salah adalah perbuatan mereka, bukan diri mereka.
Kata-kata Nabi itu memisahkan antara the person dan the action. Orangnya tidak salah.
Perbuatannya yang salah.

4. Nabi beritahu perbuatan yang tidak boleh dilakukan di dalam masjid.


Nabi berkata: “Di dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang walau sedikit
pun kotoran.”

5. Kemudian Nabi beritahu perbuatan yang boleh dibuat di dalam masjid.


Nabi berkata: “....hanya boleh berzikir mengingati Allah azza wajalla, solat, dan
membaca al Quran.”

6. Nabi tidak menegur diri lelaki yang kencing itu. Nabi tidak berkata kepadanya:
“Dalam masjid ini kamu tidak boleh kencing.” (SALAH)
“Kamu tak boleh kencing dalam masjid.” (SALAH)
“Kenapa kamu kencing dalam masjid?” (SALAH)

Yang Nabi tegur adalah perbuatannya. Nabi berkata: “Di dalam masjid ini tidak boleh
kencing....”

7. Nabi menunjukkan kesalahan yang boleh ditegur serta-merta dan secara terbuka
adalah perbuatan yang membahayakan keselamatan dan kesihatan orang lain.

a. Nabi menegur: “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan saja.”


b. Nabi menegur: “Di dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang walau
sedikit pun kotoran.”

8. Nabi tidak tegur perbuatan yang salah tetapi tidak membahayakan keselamatan dan
kesihatan orang lain.
Perbuatan mengherdik adalah salah, tetapi Nabi tidak tegur. Contohnya, Nabi tidak
berkata: “Jangan herdik dia.”
Yang ditegur oleh Nabi adalah perbuatan yang menyebabkan lelaki itu terhenti
kencingnya: “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan saja.”

9. Nabi tidak menyiasat lelaki yang kencing itu. Contohnya, Nabi tidak bertanya:

“Kamu datang dari mana?” (SALAH)


“Siapa nama kamu?” (SALAH)
“Kamu sudah masuk Islam?” (SALAH)
“Kenapa kamu kecing di dalam masjid?” (SALAH)
“Kamu hendak apa datang ke mari?” (SALAH)

Tanpa menyiasat, Nabi terus sahaja memberitahu peraturan-peraturan apabila masuk


masjid.
Peraturan-peraturan yang Nabi terangkan itu bukan khusus ditujukan kepada lelaki
yang kecing itu, tetapi ditujukan kepada semua orang.
Nabi berkata kepada lelaki yang kencing itu: “Dalam masjid ini tidak boleh kencing
ataupun membuang walau sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir
mengingati Allah azza wajalla, solat, dan membaca al Quran.”

10. Nabi tidak menghukum lelaki itu.


Nabi tidak menyuruh lelaki itu supaya dia sendiri yang ambil air dan sirami air
kencingnya.
Sebaliknya, Nabi suruh orang lain supaya ambil air dan sirami kesan kencing lelaki itu.
Orang lain yang kencing, orang lain yang basuh kencingnya. Itulah panduan yang Nabi
tunjukkan dalam hadith itu apabila menyantuni kesalahan seseorang yang masih
sangat bodoh.

11. Nabi tidak menasihati lelaki itu supaya lain kali jangan buat kesalahan yang sama.
Contohnya, Nabi tidak berkata kepada lelaki itu:
“Lain kali jangan buat lagi.” (SALAH)
“Lain kali, ingat ya, jangan kencing di dalam masjid lagi.” (SALAH)
12. Nabi tidak mengugut lelaki itu. Contohnya, Nabi tidak berkata kepada lelaki itu.
“Lain kali, kalau kamu kencing lagi, saya rotan kamu.” (SALAH)
“Lain kali, kalau kamu buat lagi, saya halau kamu keluar masjid. (SALAH)

Ulasan: Dalam hadith itu Nabi tunjukkan orang yang masih sangat bodoh tidak boleh
diugut ataupun ditakut-takuti atas alasan supaya dia tidak mengulangi kesalahannya.

13. Nabi tidak suruh lelaki itu meminta maaf kepada semua orang yang ada di situ atas
kesalahannya.
14. Nabi tidak suruh lelaki itu ucap terima kasih kepada orang yang bersusah-payah
pergi ambil air dan sirami kencingnya.
Bab 17
Nabi Tidak Menasihati Orang Muda yang Buruk Akhlaknya

Isu Semasa

Pada masa ini anak-anak muda yang bermasalah tidak dapat didekati oleh pemimpin-
pemimpin masyarakat yang mahu mengubah tingkah laku mereka supaya menjadi baik.
Semakin cuba didekati oleh orang baik-baik, semakin anak-anak muda yang
bermasalah itu lari menjauhkan diri.
Mereka tidak mahu ke surau, ke masjid, ke majlis agama, dan tidak mahu mendengar
ceramah agama.
Beberapa tingkah laku orang baik-baik yang menyebabkan anak-anak muda
bermasalah itu menjauhkan diri mereka:

1. Melabelkan anak-anak muda itu dengan label-label negatif.


2. Mencadangkan supaya kerajaan mengadakan undang-undang yang lebih berat bagi
menghukum kesalahan akhlak yang dilakukan anak-anak muda itu.
3. Bercakap dalam ceramah dengan kata-kata yang memburuk-burukkan anak-anak
muda bermasalah itu semacam mereka itu sampah masyarakat.

Ada sebuah hadith yang menunjukkan (i) cara yang salah dan (ii) cara yang betul
bagaimana hendak mendekati dan menyantuni anak-anak muda yang bermasalah.

Hadith 'Romeo Bercumbu di Pinggir Kota'


Pada suatu hari, ada pemuda datang berjumpa Nabi. Dia berkata, “Saya telah
bercumbu dengan perempuan dari pinggir kota. Saya lakukan semuanya, kecuali
bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang, maka hukumlah saya sebagaimana
yang tuan mahukan.” Umar memarahi pemuda itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan
kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengarkan kata-kata Umar itu, Nabi
diam. Pemuda itu pergi dari situ. Nabi menyuruh orang memanggil pemuda itu supaya
datang semula. Kemudian beliau membacakan kepadanya ayat ini: “Dan dirikanlah
solat pada pagi dan petang, dan pada permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan
yang baik menghapuskan dosa perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-
orang yang ingat.” Kemudian, ada lelaki lain di situ bertanya, “Wahai Rasulullah,
apakah ayat itu ditujukan kepada dia seorang saja, ataupun ayat itu ditujukan kepada
semua orang?” Nabi menjawab, “Kepada semua orang.” - Imam Abu Daud.
Ulasan
Dalam hadith 'Romeo Bercumbu di Pinggir Kota' seorang pemuda yang buruk
akhlaknya datang berjumpa Nabi.
Secara terbuka pemuda itu mengaku dia sudah melakukan perbuatan yang salah iaitu
bercumbu-cumbu dengan perempuan dari pinggir kota Madinah.
Pemuda itu berkata: “Saya telah bercumbu dengan perempuan dari pinggir kota. Saya
lakukan semuanya, kecuali bersetubuh dengannya.”
Beberapa ciri menarik pada personaliti pemuda itu:

1. Pemuda itu sudah tahu dia melakukan kesalahan.


2. Dia mahu membersihkan kesalahannya.
3. Imannya kukuh sehingga dia sanggup meminta dirinya dihukum.
4. lmu agamanya tidak mendalam. Buktinya:

a. Dia tidak tahu bahawa mendedahkan aib sendiri adalah salah.


b. Dia tidak tahu apabila dia melakukan dosa bercumbu dengan perempuan yang
bukan isterinya dia wajib merahsiakan dosanya itu, tidak boleh menceritakannya
kepada orang lain.
c. Dia tidak tahu kesalahan bercumbu adalah jenis dosa yang tidak ada hukumannya di
dunia melainkan hukumannya di akhirat, itu pun andainya si pelaku dosa itu tidak
bertaubat.
d. Dia meminta Nabi supaya menghukum dirinya. Dia tidak tahu bahawa Nabi tidak
menghukum dosa bercumbu, yang Nabi hukum adalah dosa berzina, sedangkan dia
tidak berzina.

Pada peristiwa tersebut ada dua individu yang membuat respon kepada pemuda yang
buruk akhlak itu. Dua orang yang membuat respon itu adalah Umar dan Nabi. Masing-
masing membuat respon dengan cara yang berbeza:

1. Cara respon yang salah.


Dalam hadith itu cara Umar menyantuni anak muda itu adalah cara yang salah.
2. Cara respon yang betul.
Cara Nabi menyantuni anak muda itu adalah cara yang betul.

Ulasan Tentang Respon Umar


Dalam peristiwa itu kebetulan pada waktu itu Umar pun ada di tempat itu.
Selepas pemuda itu selesai bercakap, Umar yang mendengar kata-kata pemuda itu
berkata, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!”
Mendengar kata-kata Umar itu, pemuda itu pun pergi dari situ, tidak jadi hendak
meneruskan hasratnya datang berjumpa Nabi.

Kesilapan Umar sehingga menyebabkan pemuda itu lari menjauhkan diri:


1. Pemuda itu datang hendak berjumpa Nabi, bukannya hendak berjumpa Umar, tetapi
Umar ikut masuk campur.
2. Belum sempat Nabi bercakap kepada pemuda itu, Umar sudah bercakap dahulu.
3. Pemuda itu bukan minta dimarahi oleh Umar, tetapi Umar memarahinya.
4. Pemuda itu bukan datang dengan tujuan meminta supaya dirinya dikritik oleh Umar
di depan para sahabat, tetapi Umar mengkritik dia.

Dalam peristiwa itu, Umar silap mengkritik pemuda itu. Isi kata-kata Umar itu memang
betul kerana kata-kata yang Umar ucapkan itu adalah ayat dari al-Quran.
Perbuatan Umar mengkritik dan memarahi pemuda itu adalah perbuatan yang silap.
Buktinya, pemuda itu pergi dari situ sehingga Nabi terpaksa menyuruh orang
memanggilnya supaya datang balik.
Dari satu sudut, isi kandungan kata-kata Umar itu adalah mesej yang betul. Namun,
cara Umar menyampaikan mesej itu yang salah.
Umar menggunakan ayat al-Quran bagi mengkritik pemuda itu. Untuk situasi seperti itu,
ayat itu bukan ayat yang sesuai untuk diucapkan kepada pemuda itu. Buktinya,
mendengar kata-kata Umar itu membuat si pemuda pergi.
Mesej yang betul untuk pemuda itu adalah apa yang dikatakan oleh Nabi kepada
pemuda itu.
Pemuda itu berkata kepada Nabi: “Sekarang saya datang, maka hukumlah saya
sebagaimana yang tuan mahukan.”
Kata-kata pemuda itu menunjukkan dia sudah bertaubat dan mahu menghapuskan
dosanya.
Kepada pemuda yang sudah bertaubat dan mahu membasuh dosanya itu Nabi
membacakan ayat al-Quran yang menerangkan cara membasuh dosa.
Nabi berkata: “Dan dirikanlah solat pada pagi dan petang, dan pada permulaan malam.
Sesungguhnya perbuatan yang baik menghapuskan dosa perbuatan yang buruk. Itulah
peringatan bagi orang-orang yang ingat.”
Terbukti, selepas mendengar Nabi berkata begitu, pemuda itu tidak pergi dari situ.
Dalam hadith itu Umar dan Nabi sama-sama memilih ayat dari al-Quran sebagai respon
kepada pemuda itu.
Umar dan Nabi memilih ayat-ayat yang berlainan. Kesan yang ditimbulkan juga
berlainan.
Umar memilih ayat: “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu
sendiri!”
Nabi memilih ayat: “Dan dirikanlah solat pada pagi dan petang, dan pada permulaan
malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik menghapuskan dosa perbuatan yang
buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”
Manakala ayat pilihan Umar menyebabkan pemuda itu lari menjauhkan diri, ayat pilihan
Nabi tidak membuat pemuda itu tidak lari
Meskipun Umar silap, Nabi tidak menegur kesilapan Umar dengan berkata, contohnya:

a.“Jangan marahi dia.” (SALAH)


b.“Umar, kamu buat dia lari.” (SALAH)
c.“Bukan ayat itu yang kamu perlu bacakan kepadanya. Bacakan ayat lain.” (SALAH)

Seperkara yang menarik dalam peristiwa itu, meskipun Umar melakukan kesilapan
sampai orang yang mahu bertaubat pun lari menjauhkan diri, namun Nabi tidak
menegur kesilapan Umar itu, padahal dalam aktiviti berdakwah kesilapan Umar itu
adalah serius, yakni menyebabkan orang lari.
Prinsip tidak menegur secara terbuka orang yang melakukan kesilapan adalah prinsip
penting dalam berdakwah gaya Nabi.
Dalam hadith 'Romeo Bercumbu di Pinggir Kota' itu, ada dua orang melakukan
kesilapan di depan khalayak:
1. Pemuda yang mendedahkan aibnya di depan khalayak. Nabi tidak menegur
kesilapan pemuda itu.
2. Umar memilih ayat yang salah lalu menggunakan ayat al-Quran itu bagi menegur
kesilapan pemuda itu. Nabi tidak menegur kesilapan Umar itu. Nabi diam sahaja.
Kesilapan pemuda itu kesilapan jenis personal. Mendedahkan aib sendiri adalah
kesilapan personal.
Kesilapan Umar adalah kesilapan personal juga. Walaupun niat Umar betul, Umar silap
dalam memilih ayat al-Quran untuk diucapkan kepada pemuda itu. Nabi tidak menegur
kesilapan Umar itu.
Terhadap kesilapan personal dua orang itu, yakni pemuda itu dan Umar, Nabi diam
sahaja, seolah-olah beliau tidak nampak, tidak perasan.

Ulasan Sikap Nabi Tidak Menegur Umar

Ketua yang menjaga maruah anak-anak buahnya akan menjadi ketua yang sangat
dihormati. Kata-katanya menjadi sumber inspirasi mereka.
Perbuatan menegur dan mengkritik secara terbuka orang yang melakukan kesilapan
personal akan mencipta kesan negatif iaitu menjatuhkan air muka orang itu.
Kesilapan personal adalah sejenis aib. Menegur dan mengkritik kesilapan orang adalah
mendedahkan aib orang itu.
Semua bentuk teguran dan kritikan menjatuhkan self-esteem dan maruah orang yang
ditegur. Kanak-kanak pun tahu malu apabila ditegur di hadapan orang lain.
Semakin tinggi status dan jawatan seseorang itu, semakin jatuh rendah maruahnya.
Umar adalah contoh seorang yang sangat tinggi statusnya dalam kalangan pengikut
Nabi.
Perkara yang Nabi Tidak Lakukan
Berdasarkan hadith 'Romeo Bercumbu di Pinggir Kota' itu, ada beberapa perkara yang
Nabi tidak lakukan apabila nampak orang yang pernah berdosa dan sudah insaf dan
berubah:
1. Nabi tidak siasat pemuda itu. Contohnya, Nabi tidak bertanya:

a.“Kamu masih bujang?” (SALAH)


b.“Siapa perempuan itu?” (SALAH)
c.“Perempuan itu anak dara ataupun janda?” (SALAH)
d.“Kenapa baru sekarang kamu nak taubat?” (SALAH)
e.“Kamu tidak tahukah perbuatan itu haram?” (SALAH)

2. Nabi tidak menyuruh supaya perempuan yang dicumbui oleh pemuda itu dibawa ke
hadapan Nabi.

3. Nabi tidak memuji orang yang sudah bertaubat. Contohnya, Nabi tidak berkata:
a.“Syukur alhamdulillah, kamu sudah sedar dan insaf.” (SALAH)
b.“Bagus sangat kamu sudah bertaubat.” (SALAH)
c.“Saya suka tengok kamu sudah berubah.” (SALAH)

4. Nabi tidak menasihati orang yang mahu berubah: Contohnya, Nabi tidak berkata:
a.“Kamu jangan ulangi lagi perbuatan terkutuk itu.” (SALAH)
b.“Perkara taubat jangan dibuat main-main.” (SALAH)
c.“Kamu jangan cerita kepada orang lain siapa perempuan itu. Jangan kamu dedahkan
pula aibnya.” (SALAH)

5. Nabi tidak mendoakan orang yang sudah berubah. Contohnya, Nabi tidak berkata:
a.“Moga-moga Allah terima taubat kamu.” (SALAH)
b.“Mudah-mudahan kamu terus kuat iman.” (SALAH)
6. Nabi tidak meragui agama pemuda itu. Contohnya, Nabi tidak berkata kepadanya:
a.“Kamu pandaikah cara solat taubat?” (SALAH)
b.“Kamu fahamkah maksud ayat suci yang saya bacakan tadi?” (SALAH)

Nabi bersangka baik terhadap pengetahuan agama pemuda itu.

Berdasarkan hadith 'Romeo Bercumbu di Pinggir Kota' itu, beginilah SOP menegur
orang yang melakukan kesilapan jenis personal di depan khalayak:
1. Pura-pura tidak nampak kesilapan personal itu.
2. Diam sahaja, tidak menegur mahupun mengkritik kesilapan personal itu.
3. Lakukan sahaja apa yang betul, supaya orang yang silap itu boleh tengok sendiri dan
faham sendiri bahawa perkara yang mereka lakukan itu tidak betul.
Bab 18
Lihatlah Bagaimana Tingginya Toleransi Nabi Terhadap Perbezaan Pendapat

Isu Semasa

Dalam amalan lazim, apabila kita mempunyai sesuatu pendapat yang kita yakini betul,
kita akan terangkan pendapat kita itu. Kita akan buktikan pendapat kita betul.
Kita mahu orang lain faham mengapa pendapat kita itu betul, dan supaya mereka
setuju dengan pendapat kita itu.
Apabila ada mana-mana pihak menentang pendapat kita, kita tidak dapat nak ambil
sikap diam sahaja, tidak bercakap, tidak membela pendapat kita itu.
Kita mesti nak bercakap, nak bela pendapat kita sampai orang faham. Selagi orang tak
faham, selagi itu kita akan bercakap.
Apabila orang tetap tidak mahu faham, tetap mengatakan pendapat kita salah, kita
sanggup bermusuh dengan mereka atas nama membela kebenaran.
Dalam berdepan dengan orang-orang yang tidak sependapat dengan kita, kita tidak
dapat hendak mengamalkan sikap toleransi dan co-existence.
Maka beginilah yang kita lakukan:

1. Kita tidak boleh hendak mendengar sahaja sambil diam apabila ada orang lain
mengemukakan pendapat yang yang kita anggap salah.
2. Kita tak boleh nak ambil sikap masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kita mesti nak
respon.
3. Kita bercakap, kita komen, kita kritik, kita kutuk, dan kita ulas panjang lebar apa-apa
pendapat yang kita anggap salah ataupun sesat.
4. Kita gunakan ilmu pengetahuan kita bagi membuktikan pendapat mereka itu mesti
ditolak. Apabila sesuai, kita gunakan hadith dan ayat al-Quran bagi membuktikan idea
orang itu salah.
5. Dalam zaman media sosial, kita menulis dalam media sosial, dan kita sanggup buat
sesi live video atas nama menerangkan perkara yang salah itu.
6. Kita tidak boleh hendak mendengar sahaja orang memberi jawapan yang salah. Kita
akan betulkan jawapannya itu.
7. Kita tidak boleh hidup selesa dengan mengamalkan prinsip co-existence dengan
orang-orang yang tidak sefahaman, tidak sebulu, tidak semazhab, tidak sekepala
dengan kita. Prinsip co-existence adalah prinsip hidup berbaik-baik dengan golongan
yang berlainan fahaman.
8. Kita melabel mereka dengan label-label negatif seperti bodoh, bangang, jahil, sesat,
kafir dan lain-lain label negatif.
9. Kita mengadakan majlis dialog dan debat dengan golongan yang tidak sepemikiran
dengan kita. Kita akan buktikan fahaman mereka itu salah.

Ada sebuah hadith di mana Nabi menunjukkan cara yang betul kita membuat respon
apabila mendengar orang mengemukakan idea dan pendapat yang salah, yang tidak
sesuai diterima, yang bertentangan dengan idea dan pendapat kita sendiri.

Hadith 'Bilal Baca Azan'


Abdullah bin Umar melaporkan, katanya: Semasa orang Islam dari Mekah baru tiba di
Madinah, mereka berkumpul sementara menunggu masuknya waktu solat. Pada masa
itu belum ada cara memanggil orang supaya solat. Pada suatu hari mereka berbincang
perkara itu. Ada yang mencadangkan, “Gunakan loceng macam orang Kristian.” Ada
yang mencadangkan, “Gunakan trompet tanduk, macam orang Yahudi.” Umar
mencadangkan, “Bagaimana andai disuruh seorang lelaki supaya dia melaungkan
panggilan azan?” Nabi berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkanlah panggilan
azan.” - Sahih Muslim

Ulasan
Dalam hadith 'Bilal Baca Azan' itu ada dua cadangan idea yang extreme apabila dinilai
dengan cara fikir orang Melayu yang Islamik pada masa sekarang. Dua idea itu adalah:
i. Idea supaya orang Islam “Gunakan loceng macam orang Kristian.” Orang Kristian
membunyikan loceng bagi memanggil penganutnya datang ke Gereja.
ii. Idea supaya orang Islam “Gunakan trompet tanduk, macam orang Yahudi.” Pada
zaman Nabi orang Yahudi Nabi meniup trompet bagi memanggil kaumnya supaya
datang ke sinagog.
Dua idea yang dicadangkan itu adalah amalan dalam ritual agama Kristian dan agama
Yahudi. Idea-idea itu dicadangkan supaya ditiru dan digunakan dalam ritual ibadah
Islam iaitu bagi memanggil orang ramai supaya datang ke masjid dan solat berjemaah.
Seandainya pada hari ini, kita mendengar idea-idea macam itu dikemukakan kepada
orang-orang Melayu yang Islamik, bagaimana agaknya respon golongan Islamik itu.
Namun, dalam hadith itu Nabi diam sahaja, sepatah perkataan pun beliau tidak respon,
macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Dalam hadith 'Bilal Baca Azan' itu Nabi menunjukkan cara yang betul membuat respon
apabila ada orang mengemukakan idea-idea yang sangat bertentangan dengan
kepercayaan kita sendiri.
Dalam peristiwa itu dua orang mencadangkan supaya orang Islam meniru amalan
dalam ritual agama-agama lain.

Beginilah cara-cara Nabi respon kepada dua cadangan itu:


1. Nabi cuma mendengar sahaja idea loceng dan idea trompet itu dikemukakan.
2. Nabi diam sahaja, tidak komen apa-apa. Nabi tidak beritahu apa pendapat beliau
berkenaan idea loceng dan idea trompet itu.
3. Nabi tidak setuju dengan dua idea itu, tetapi Nabi tidak beritahu bahawa beliau tidak
setuju. Dalam erti kata yang lain, apabila Nabi tidak setuju beliau diam.
4. Nabi tolak dua idea itu, tetapi Nabi tidak cakap bahawa beliau menolaknya. Nabi
tolak dalam diam. Nabi juga tidak beritahu alasan kenapa beliau tolak dua idea itu.
Dalam bahasa sekarang Nabi abaikan sahaja idea-idea itu.
5. Apabila Nabi terima idea lain, iaitu idea azan yang dikemukakan oleh Umar, Nabi
tidak beritahu alasan kenapa kenapa terima idea Umar itu.
6. Nabi tidak juga memberitahu kelebihan idea azan dibandingkan dengan idea loceng
dan idea trompet.
7. Nabi tidak memuji kepintaran Umar atas idea azan yang dikemukakannya.
8. Apabila Nabi menolak idea, beliau tidak beri alasan kenapa beliau tolak. Beliau tolak
sahaja.
9. Apabila Nabi terima idea, beliau tidak beri alasan kenapa beliau terima. Beliau terima
sahaja.
10. Kelebihan sikap Nabi yang diam apabila mendengar, menolak, ataupun menerima
idea yang dikemukakan oleh orang-orang lain mempunyai banyak kelebihan:

i. Dengan tidak mengulas kelemahan dan kekurangan idea loceng dan idea trompet,
Nabi tidak menimbulkan sebarang kesan negatif ke atas hubungan baik yang sedia
ada. Contohnya, Nabi tidak melukai perasaan para penganut agama Kristian dan
agama Yahudi.
ii. Dengan tidak menerangkan alasan kenapa beliau tolak idea loceng dan idea trompet,
Nabi tidak memanjang-manjangkan cerita.
iii. Dengan menolak dalam diam, individu-individu yang ideanya ditolak tidak berasa
malu.
iv. Dengan tidak memuji kebagusan idea Umar yang Nabi terima, mereka yang ideanya
ditolak tidak berasa air muka mereka jatuh.

Lazimnya, apabila kita mendengar orang bercakap perkara yang salah, yang tidak
betul, yang tidak bijak, kita akan betulkan cakap orang itu.
Kita akan terangkan di mana salahnya cakap orang itu. Tujuannya supaya orang itu
tahu dia silap, dan apa kesilapannya.
Dalam sebuah hadith, Nabi menunjukkan prinsip tidak membuat sebarang respon
kepada kata-kata seorang hamba perempuan yang memberi jawapan yang salah.

Hadith 'Tuhan di Langit'


Muawiyah melaporkan, katanya: "Saya pernah mempunyai hamba perempuan yang
menggembala kambing saya di Uhud dan di Jawaniah. Pada suatu hari saya buat
pemeriksaan, saya dapati seekor kambing telah dimakan serigala. Saya pun manusia
biasa, yang boleh marah sebagaimana mana orang lain marah. Saya tampar dia satu
kali. Kemudian saya pun pergi berjumpa Nabi. Beliau anggap masalah saya itu masalah
yang berat. Saya berkata, "Wahai Rasulullah, apakah saya patut bebaskan dia?" Nabi
berkata, "Bawa dia ke sini." Saya pun bawa hamba saya itu kepada Nabi. Beliau
bertanya kepada hamba saya, "Di mana Allah?" Hamba saya menjawab, "Di langit."
Nabi bertanya lagi, "Siapa saya?" Dia menjawab, "Tuan adalah Rasul Allah." Nabi pun
berkata kepada saya, "Bebaskan dia. Dia perempuan beriman.” - Sahih Muslim

Ulasan
Dalam hadith 'Tuhan di Langit' Nabi bertanya soalan berkenaan dengan iman dan sifat
Allah kepada seorang hamba perempuan kepunyaan Muawiyah.
Nabi bertanya: “Di mana Allah?”
Hamba Muawiyah itu menjawab: “Di Langit.”
Mendengar jawapan hamba itu, Nabi tidak komen apa-apa. Nabi diam sahaja. Nabi
tidak kata betul. Nabi tidak kata salah.
Nabi tidak membetulkan jawapan hamba Muawiyah itu.
Sebaliknya, Nabi teruskan sesi soal jawab dengan bertanya soalan lain. Nabi bertanya
kepada hamba itu: “Siapa saya?”
Hamba perempuan Muawiyah itu menjawab: "Tuan adalah Rasul Allah."
Selepas mendengar jawapan hamba itu, Nabi berkata kepada Muawiyah, "Bebaskan
dia. Dia perempuan beriman.”

SOP Berbeza Pendapat


1. Dengar sahaja orang itu bercakap dan mengemukakan cadangan, idea, dan
pendapatnya.
2. Apabila tidak setuju dengan pendapat orang itu, diam sahaja. Jangan diulas,
dikomen, ataupun dikritik pendapat orang itu.
3. Apabila menolak cadangan atau idea, tolak dalam diam. Jangan diberitahu kita tolak
idea itu. Jangan diberitahu kenapa idea itu ditolak.
4. Apabila menerima cadangan ataupun idea, terima sahaja. Jangan diberitahu alasan
kenapa cadangan ataupun idea itu diterima.

Kesimpulan
Sikap diam dan bertoleransi apabila mendengar idea dan pendapat yang salah
mempunyai banyak kelebihannya. Yang paling utama, dengan mengamalkan prinsip
diam kita dapat memelihara hubungan baik. Dengan memelihara hubungan baik kita
menghindari timbulnya perbalahan, konflik, kebencian, perpecahan, dan permusuhan.
Bab 19
Beginilah Cara Nabi Memberi Kaunseling Kepada Seseorang yang Menghadapi
Banyak Masalah Peribadi

Isu Semasa

Pekerja kita adalah manusia biasa, bukan robot. Maka adalah normal mereka
mengalami banyak masalah peribadi.
Majoriti masalah peribadi anak buah kita adalah ringan dan mereka dapat atasi sendiri.
Sekali sekala akan ada pekerja yang menghadapi masalah peribadi yang berat dan
bertimpa-timpa sehingga hal itu mengganggu pekerjaan mereka.

Ada 3 jenis masalah peribadi:


1. Masalah di mana punca dan solusinya adalah di luar kawalan pekerja itu. Sebagai
contoh, masalah yang berkaitan kehilangan orang yang disayangi akibat ajal sehingga
menyebabkan tekanan kejiwaan dan perasaan.
2. Masalah di mana punca dan solusinya adalah dalam kawalan pekerja itu. Sebagai
contoh, masalah kewangan.
3. Masalah tekanan mental dan emosi sehingga pekerja tidak dapat berfikir dengan
tenang. Sebagai contoh, masalah dalam hubungan rumahtangga dan percintaan.

Dalam kalangan majikan, ada 2 cara menangani masalah peribadi pekerja:

1. Anggap masalah peribadi pekerja mempunyai kaitan dengan urusan syarikat.


Di sini pihak pengurusan syarikat menganggap masalah peribadi pekerja mempunyai
kaitannya dengan kepentingan syarikat.
Dengan anggapan itu, apabila pekerja sedang menanggung masalah peribadi yang
menyebabkan produktiviti mereka jatuh, maka pihak pengurusan cuba membantu
pekerja itu menyelesaikan masalah peribadinya.
Banyak syarikat korporat memberi kaunseling kepada pekerjanya yang sedang
mengalami masalah peribadi. Mereka mempunyai jumlah pekerja yang banyak, maka
sentiasa ada pekerja yang mengalami masalah peribadi yang mengganggu pekerjaan
mereka. Lagipun mereka mempunyai sumber kewangan yang besar bagi melantik
pegawai yang terlatih sebagai kaunselor.
2. Anggap masalah peribadi pekerja bukan urusan syarikat.
Di sini pihak pengurusan syarikat tidak ambil sebarang langkah membantu pekerja yang
sedang menanggung masalah peribadi yang berat.
Pekerja dikehendaki supaya selesaikan sendiri masalah peribadinya. Andainya pekerja
tidak dapat menyelesaikan masalah peribadinya hal itu boleh menyebabkan prestasinya
jatuh teruk.
Pekerja yang mengahadapi masalah peribadi itu mungkin pekerja yang bagus dan
cemerlang sebelum masalah itu berlaku.

Akibat masalah itu:


i. Pekerja tidak dapat fokus pada kerjanya. Kuantiti dan kualiti kerjanya jatuh. Dia tidak
mencapai target kerjanya.
ii. Pekerja banyak melakukan kesilapan dalam menjalankan kerjanya dan itu
menyebabkan kerugian.
iii. Pekerja banyak ambil cuti.

Majikan kecil tidak mampu menyimpan dan terus membayar gaji pekerja yang tidak
menjalankan tugasnya dengan baik dan betul.
Situasi begitu menyebabkan aliran tunai syarikat tercekik dan menanggung kerugian,
maka majikan boleh memberhentikan pekerja itu.
Banyak majikan kecil-kecil mengambil sikap itu, suatu perkara yang merugikan pihak
majikan kerana mereka kehilangan pekerja yang cemerlang.

Dalam sebuah hadith Nabi menunjukkan bagaimana ketua membantu anak buahnya
menyelesaikan masalah peribadi yang banyak dan saling berkaitan.

Hadith 'Jabir Bersedih'


Jabir bin Abdullah melaporkan dia pernah terjumpa dengan Nabi Muhammad. Nabi
berkata, “Wahai Jabir, apakah yang membuat saya lihat saudara dalam keadaan tidak
bersemangat?”
Jabir menjawab, “Wahai Rasulullah, ayah saya mati syahid. Dia terbunuh pada Perang
Uhud, meninggalkan keluarga dan hutang.”
Nabi berkata, “Mahukah saudara saya beritahu khabar gembira tentang ayah saudara
yang akan berjumpa dengan Allah?” Jabir menjawab, “Mahu, ya Rasulullah.”
Nabi berkata, “Allah tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun melainkan dari balik
tabir. Allah akan menghidupkan semula ayah saudara. Dan Allah akan bercakap
kepadanya tanpa ada tabir."

- Imam Tarmizi

Ulasan
Dalam hadith itu Jabir melaporkan, kebetulan Nabi pernah terjumpa dia yang sedang
dalam keadaan murung disebabkan ayahnya baru mati syahid dalam Perang Uhud.
Jabir menghadapi tiga masalah serentak, dan ketiga-tiga masalah itu berat-berat
belaka:

1. Masalah kesedihan Jabir sebagai anak yang baru sahaja kehilangan ayahnya secara
yang sangat mengejut. Ini masalah jiwa dan emosi yang berat.
2. Masalah Jabir mewarisi hutang ayahnya yang perlu dibayar. Ini adalah masalah
kewangan yang ada kaitan dengan nasib ruh ayahnya di akhirat.
3. Masalah beban menanggung nafkah keluarganya. Ini adalah masalah ekonomi
keluarganya.

Jabir memberitahu kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, ayah saya mati syahid. Dia
terbunuh pada Perang Uhud, meninggalkan keluarga dan hutang.”

Berikut adalah perkara-perkara yang Nabi lakukan dan tidak lakukan apabila
mendengar laporan Jabir berkenaan masalahnya:
1. Nabi tidak bertanya soalan-soalan yang menyiasat latar belakang kepada masalah-
masalah peribadi Jabir.
Contoh-contoh soalan siasatan yang Nabi tidak bertanyakan kepada Jabir:

a. “Berapa orang isteri ayah kamu?” (SALAH)


b. “Berapa orang anak-anak ayah kamu?” (SALAH)
c. “Banyakkah hutang ayah kamu?” (SALAH)
d. “Kepada siapa ayah kamu berhutang?” (SALAH)
e. “Kenapa ayah kamu berhutang?” (SALAH)

2. Nabi tidak mencadangkan apa-apa solusi kepada masalah Jabir. Dalam bahasa yang
lebih mudah, Nabi langsung tidak membantu Jabir menyelesaikan masalahnya.
Contohnya, Nabi tidak berkata kepada Jabir:

a. “Tak apa, nanti saya kutip derma dari sahabat-sahabat saya yang kaya. Bolehlah
kamu gunakan duit itu untuk bayar hutang ayah kamu.” (SALAH)
b. “Siapa nama-nama orang yang memberi hutang kepada ayah kamu? Saya akan
jumpa mereka, dan akan minta supaya mereka halalkan saja hutang ayah kamu itu.”
(SALAH)
c. “Cuba kamu sendiri pergi jumpa mereka, dan minta tangguhkan hutang sampai kamu
sudah dapat cari duitnya.” (SALAH)
d. “Kalau ayah kamu ada meninggalkan tanah, kamu boleh jual tanah itu, dan gunakan
duitnya untuk membayar semua hutang ayah kamu.” (SALAH)

3. Nabi tidak respon sama sekali terhadap masalah hutang ayah Jabir dan masalah
macam mana Jabir hendak mencari nafkah untuk keluarganya. Nabi diam sahaja.
4. Nabi hanya respon dengan bertanya kepada Jabir: “Mahukah saudara saya beritahu
khabar gembira tentang ayah saudara yang akan berjumpa dengan Allah?” Apabila
Jabir menjawab: “Mahu, ya Rasulullah.” Nabi berkata: “Allah tidak pernah bercakap
dengan sesiapa pun melainkan dari balik tabir. Allah akan menghidupkan semula ayah
saudara. Dan Allah akan bercakap kepadanya tanpa ada tabir."

Ulasan Respon Nabi Terhadap Masalah Jabir


1. Dalam hadith 'Jabir Bersedih' Nabi menunjukkan bahawa masalah peribadi anak
buah adalah urusan ketuanya.
2. Nabi menunjukkan cara-cara yang betul apabila memberi kaunseling kepada individu
yang sedang murung akibat menghadapi pelbagai jenis masalah serentak. Dalam kes
Jabir, dia menghadapi tiga masalah serentak.
3. Nabi tidak menyiasat latar belakang masalah peribadi Jabir.
4. Nabi terus sahaja membantu Jabir dengan meringankan bebanan emosi dan jiwa
Jabir.
5. Walaupun Jabir memberitahu Nabi berkenaan tiga masalah peribadinya, Nabi hanya
respon kepada satu masalahnya, dua masalah lagi Nabi tidak rerspon. Nabi abaikan
dua masalah itu. Dua masalah yang Nabi abaikan itu adalah masalah hutang dan
masalah keluarga Jabir.
6. Masalah yang Nabi respon adalah masalah emosi Jabir yang sedih ditinggal mati
ayahnya. Inilah respon Nabi: “Mahukah saudara saya beritahu khabar gembira tentang
ayah saudara yang akan berjumpa dengan Allah?” Apabila Jabir menjawab: “Mahu, ya
Rasulullah.” Nabi berkata: “Allah tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun melainkan
dari balik tabir. Allah akan menghidupkan semula ayah saudara. Dan Allah akan
bercakap kepadanya tanpa ada tabir."

Signifikans Respon Nabi


1. Ketua mesti ambil tahu masalah peribadi anak buahnya yang dalam keadaan
murung. Masalah yang tidak menyebabkan kemurungan tidak perlu ketua ambil tahu.
2. Respon yang betul adalah dengan cara yang membantu meringankan kemurungan
individu itu. Cara respon adalah dengan ketua mengucapkan kata-kata yang
menyejukkan jiwa. Dalam bahasa mudah, ketua menghiburkan hati orang yang murung
itu.
3. Cara meringankan kesedihan individu yang murung adalah dengan memberitahu
kepadanya khabar gembira. Kata Nabi kepada Jabir: “Mahukah saudara saya beritahu
khabar gembira....”
4. Baginilah cara Nabi memulihkan kesedihan Jabir: Jabir sedang bersedih, lalu Nabi
menghiburkan hati Jabir yang sedih.
5. Punca Jabir sedih adalah kematian ayahnya, lalu Nabi sampaikan berita gembira
berkenaan ayahnya. Kata Nabi kepada Jabir: “Allah tidak pernah bercakap dengan
sesiapa pun melainkan dari balik tabir. Allah akan menghidupkan semula ayah saudara.
Dan Allah akan bercakap kepadanya tanpa ada tabir."
Rasional Respons Nabi
Apabila Jabir sedang murung, dia tidak dapat berfikir dengan tenang dan jelas.
Akibatnya, dia tidak dapat berfikir mencari jalan bagaimana hendak menyelesaikan
masalah hutang ayahnya dan masalah kewangan keluarganya.
Masalah hutang dan masalah kewangan keluarga adalah masalah teknikal.
Masalah kesedihan adalah masalah jiwa dan masalah mental.
Dengan cara membantu Jabir keluar dari kesedihan dan kemurungan, barulah nanti
Jabir dapat berfikir bagi menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang dihadapinya.
Dalam bahasa modern, cara Nabi memberi kaunseling kepada Jabir disebut dengan
istilah 'empowerment'.
Apabila Jabir sangat sedih, semangat hidupnya menjadi lemah, daya fikirnya juga
menjadi lemah. Dia tidak mampu hendak mencari jalan bagi menyelesaikan masalah
teknikalnya.
Apabila jiwanya sudah terhibur, barulah semangat hidupnya pulih, dan daya fikirnya
juga pulih. Hasilnya, barulah dia berdaya membantu dirinya sendiri. Itulah maksud
empowerment. Jabir yang sebelumnya lemah dapat dipulihkan sehingga dia menjadi
kuat semula.

SOP kaunseling individu yang murung:


1. Kita tidak siasat latar belakang masalah-masalah individu itu. Kita terus beri
solusinya.
2. Kita tidak ambil alih masalah individu itu. Maksudnya, jangan kita pula yang hendak
selesaikan masalah teknikal individu itu. Biar dia yang selesaikan sendiri masalah
teknikalnya.
3. Kita fokus pada memulihkan semangat hidup individu itu. Kita rawat jiwanya. Kita
gembirakan dia. Nanti dia sendiri dapat menyelesaikan masalah-masalah teknikalnya.
Bab 20
Apabila Nabi Membuat Keputusan dan Mengeluarkan Arahan Beliau Tidak
Memberi Alasan

Isu Semasa

Dalam amalan biasa, apabila pemimpin dan ketua membuat keputusan, mereka akan
terangkan alasan-alasan yang diambil kira di sebalik keputusan yang dibuat itu.

Tujuan pemimpin ataupun ketua memberikan alasan-alasan itu adalah:


1. Supaya orang bawahannya faham mengapa keputusan ataupun arahan itu dibuat.
2. Supaya orang bawahannya mahu terima dan sokong keputusan ataupun arahan itu.
3. Supaya mereka komited melaksanakan arahan ataupun mematuhi keputusan itu.

Sebaliknya, apa yang lazimnya berlaku selepas alasan-alasan itu diterangkan kepada
orang-orang bawahan mereka, golongan yang tidak bersetuju dengan keputusan itu
akan menolak dengan cara-cara di bawah:

1. Mereka mungkin tidak menolak keputusan dan arahan si ketua, sebaliknya mereka
menolak dan mempersoalkan kesahan dan kekukuhan alasan-alasan yang diberikan
oleh si ketua.
2. Mereka mengemukakan hujah-hujah bagi membuktikan kelemahan dan kesilapan
pada alasan-alasan yang diberikan oleh si ketua.
3. Mereka mengemukakan pula alasan-alasan mereka sendiri bagi membuktikan
mengapa keputusan dan arahan si ketua itu adalah salah ataupun tidak bijak.
Dalam beberapa hadith, Nabi ada menunjukkan bagaimana beliau membuat keputusan
dan mengeluarkan arahan dengan tidak memberikan alasan di sebalik keputusan dan
arahan yang beliau buat.
A. Hadith 'Bilal Baca Azan'
Abdullah bin Umar melaporkan, katanya: Semasa orang Islam dari Mekah baru tiba di
Madinah, mereka berkumpul sementara menunggu masuknya waktu solat. Pada masa
itu belum ada cara memanggil orang supaya solat. Pada suatu hari mereka berbincang
perkara itu. Ada yang mencadangkan, “Gunakan loceng macam orang Kristian.” Ada
yang mencadangkan, “Gunakan trompet tanduk, macam orang Yahudi.” Umar
mencadangkan, “Bagaimana andai disuruh seorang lelaki supaya dia melaungkan
panggilan azan?” Nabi berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkanlah panggilan
azan.” - Sahih Muslim

Ulasan
Dalam hadith 'Bilal Baca Azan', Nabi membuat lima keputusan. Bagi setiap keputusan
itu Nabi tidak memberikan sebarang alasan mengapa keputusan itu dibuat.

Lima keputusan yang Nabi buat itu adalah:


1. Nabi menolak idea loceng seperti yang digunakan dalam agama Kristian. Tiada
alasan diberikan.
2. Nabi menolak idea trompet seperti yang digunakan dalam agama Yahudi. Tiada
alasan diberikan.
3. Nabi menerima idea bacaan azan yang dikemukakan oleh Umar. Tiada alasan
diberikan.
4. Nabi tidak melantik Umar sebagai pembaca azan meskipun beliau yang
mencadangkan idea itu. Tiada alasan diberikan.
5. Nabi melantik Bilal sebagai pembaca azan. Tiada alasan diberikan.

B. Hadith 'Abu Zar Tidak Suka'


Abu Al-Aswad melaporkan Abu Zar berkata: Saya pergi berjumpa Nabi, tetapi beliau
sedang tidur dengan memakai baju putih. Kemudian saya pergi lagi, beliau masih tidur
lagi. Kemudian saya pergi lagi, beliau sudah bangun. Beliau berkata, "Setiap hamba
Allah yang mengucapkan La ilaha illallah, kemudian dia mati dengan berpegang teguh
pada ayat itu, dia pasti masuk syurga." Saya bertanya, "Walaupun dia berzina dan
mencuri?" Beliau menjawab, "Ya, walaupun dia berzina dan mencuri." Saya bertanya
lagi, "Walaupun dia berzina dan mencuri?" Beliau menjawab, "Ya, walaupun dia berzina
dan mencuri." Tanya dan jawab itu berulang tiga kali. Pada kali keempat, beliau
berkata, "Walaupun Abu Zar tidak suka." Lalu Abu Zar keluar sambil berkata,
"Walaupun Abu Zar tidak suka." - Sahih Bukhari
Ulasan
Dalam hadith 'Abu Zar Tidak Suka' Nabi menerangkan suatu dasar tentang kelayakan
masuk syurga.
Dasar itu adalah: "Setiap hamba Allah yang mengucapkan La ilaha illallah, kemudian
dia mati dengan berpegang teguh pada ayat itu, dia pasti masuk syurga."
Abu Zar mempersoalkan dasar itu. Empat kali Abu Zar bertanya: "Walaupun dia berzina
dan mencuri?"
Setiap kali Abu Zar bertanya, Nabi tidak memberi alasan mengapa dalam dasar itu
penzina dan pencuri pun boleh layak masuk syurga.

C. Hadith 'Safwan Bangun Lambat'


Abu Said Al Khudri melaporkan, pada suatu hari isteri Safwan bin Al Mu'athal
mengadukan kepada Rasulullah perihal suaminya tidak solat subuh melainkan selepas
matahari terbit. Safwan memberitahu Nabi, katanya, "Berkenaan aduan isteri saya
bahawa saya tidak solat subuh sehingga selepas matahari terbit, hal itu kerana kami
datang dari keluarga yang memiliki tradisi begitu. Hampir setiap hari kami bangun
selepas matahari terbit." Mendengar penerangan Safwan itu Nabi berkata, "Apabila
bangun tidur, solatlah ketika itu juga, wahai Safwan." - Imam Abu Daud

Ulasan
Dalam hadith 'Safwan Bangun Lambat' diceritakan kisan Safwan, seorang yang bangun
pagi lambat sehingga dia selepas matahari terbit baru dia terbangun. Isteri Safwan
melaporkan tabiat suaminya itu kepada Nabi kerana Safwan solat subuh selepas
matahari terbit.
Selepas mendengar laporan isteri Safwan itu, Nabi membuat keputusan dan berkata:
"Apabila bangun tidur, solatlah ketika itu juga, wahai Safwan."
1. Nabi tidak menyuruh Safwan supaya dia ubah tabiatnya yang bangun lambat,
sebaliknya supaya dia bangun cepat. Tidak ada alasan diberikan.
2. Nabi membenarkan Safwan meneruskan tabiatnya yang bangun lambat. Tidak ada
alasan diberikan.
3. Nabi cuma suruh Safwan supaya dia terus solat apabila terbangun dari tidur. Tidak
ada alasan diberikan.
Dalam hadith 'Safwan Bangun Lambat' itu Nabi tidak memberikan alasan bagi
menerangkan mengapa beliau mengizinkan Safwan bangun lambat dan solat subuh
lambat.
D. Hadith 'Hadiah Arak Untuk Nabi'
Ibnu Abbas melaporkan, pada suatu hari ada lelaki datang lalu dia menghadiahkan
kepada Nabi sebekas arak. Nabi bertanya kepada lelaki itu, “Apakah saudara tahu
bahawa Allah sudah mengharamkannya?” Lelaki itu berkata, “Tidak.” Kemudian lelaki
itu berbisik kepada rakannya di sisinya. Nabi bertanya, “Apakah yang saudara bisikkan
kepadanya?” Lelaki itu menjawab, “Saya suruh dia menjualnya.” Nabi berkata,
“Ketahuilah, Dia mengharamkan meminumnya. Dia haramkan juga menjualnya.” Lelaki
itu pun membuka penutup bekas araknya, lalu dituangkan isinya sampai habis. - Sahih
Muslim

Ulasan
Dalam hadith 'Hadiah Arak Untuk Nabi' ada orang memberi arak sebagai hadiah untuk
Nabi.
1. Dalam hadith itu Nabi menerangkan kepada pemberi arak itu bahawa Allah
mengharamkan meminum arak dan menjual arak.
2. Nabi tidak menerangkan kepada pemberi arak itu alasan mengapa arak diharamkan
diminum dan dijual.

E. Hadith 'Hindari Prasangka'


Dari Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah pernah berkata: "Hindari prasangka,
sesungguhnya prasangka itu adalah berita paling bohong. Jangan saling mencari-cari
keburukan orang. Jangan saling korek-mengorek rahsia orang, dan saling saing-
menyaingi. Jangan saling dengki-mendengki. Jangan saling marah-memarahi, dan
jangan saling acuh tak acuh. Jadilah saudara semua bersaudara sebagai hamba-
hamba Allah." - Sahih Muslim

Dalam hadith 'Hindari Prasangka' Nabi mengeluarkan lapan arahan dan tegahan:

1. “Hindari prasangka.” Tiada alasan diberikan.


2. “Jangan saling mencari-cari keburukan orang.” Tiada alasan diberikan.
3. “Jangan saling korek-mengorek rahsia orang.” Tiada alasan diberikan.
4. “Jangan saling saing-menyaingi.” Tiada alasan diberikan.
5. “Jangan saling dengki-mendengki.” Tiada alasan diberikan.
6. “Jangan saling marah-memarahi.” Tiada alasan diberikan.
7. “Jangan saling acuh tak acuh.” Tiada alasan diberikan.
8. “Jadilah saudara semua bersaudara sebagai hamba-hamba Allah.” Tiada alasan
diberikan.
Dalam hadith itu, apabila Nabi berkata: "Hindari prasangka, sesungguhnya prasangka
itu adalah berita paling bohong.” frasa prasangka itu adalah berita paling bohong adalah
definisi, bukan alasan.

Signifikans Teknik Nabi Tidak Memberi Alasan


1. Apabila ketua memberikan alasan mengapa sesuatu keputusan ataupun arahan itu
dibuat, hal itu sengaja mengundang orang bawahannya supaya mempersoalkan
alasan-alasan yang diberikan itu.
2. Apabila alasan itu dipersoal oleh orang-orang bawahan, hal itu mendorong si ketua
mengemukakan alasan-alasan tambahan bagi menguatkan hujahnya.
3. Semakin banyak alasan tambahan diberikan, semakin lemah alasan itu, semakin
alasan itu ditolak.
4. Alasan yang diberikan boleh menyebabkan anak-anak buah berbeza pendapat dan
berpecah-belah. Akan ada anak buah yang setuju dengan alasan itu, dan akan ada
yang tidak bersetuju.
5. Perbezaan dan perbalahan merosakkan perpaduan dan semangat berpasukan
dalam kalangan anak-anak buah.
6. Alasan adalah pendapat. Apabila anak buah mempersoalkan kesahan dan
kekukuhan alasan yang diberikan oleh ketua, mereka sebenarnya sudah
mempersoalkan daya intelek dan kebijaksanaan si ketua.
7. Apabila orang-orang bawahan mempersoalkan alasan yang diberikan oleh si ketua,
hal itu merosakkan karisma si ketua.
BAB 21
Baginilah Cara Nabi Memisahkan Tugas Mencipta Idea dan Tugas Melaksanakan
Idea

Isu Semasa

Banyak ketua-ketua mengeluh kerana mereka berasa beban kerja mereka sangat
banyak dan berat.

Antara keluhan ketua yang biasa kedengaran adalah:


1. Orang bawahan mereka bekerja secara pasif. Mereka tiada inisiatif. Mereka tunggu
arahan sahaja. Ada arahan, baru mereka buat kerja itu.
2. Mereka tidak mahu berfikir. Mereka meneruskan cara-cara lama. Mereka tidak mahu
mencari cara-cara baru menjalankan kerja mereka.
3. Apabila nampak problem, mereka tidak mahu berfikir sendiri macam mana hendak
menyelesaikan problem itu. Mereka cuma melaporkan problem itu kepada ketua dan
tunggu ketua yang berfikir mencarikan solusinya.
4. Apabila diminta supaya mereka kemukakan cadangan idea-idea baru, mereka tidak
mahu memberi cadangan.

Salah satu faktor yang menyebabkan orang bawahan tidak mahu memberi apa-apa
cadangan adalah mereka itu khuatir andainya mereka beri cadangan nanti si ketua
akan suruh mereka yang jalankan idea itu.

Hadith 'Bilal Baca Azan'


Abdullah bin Umar melaporkan, katanya: Semasa orang Islam dari Mekah baru tiba di
Madinah, mereka berkumpul sementara menunggu masuknya waktu solat. Pada masa
itu belum ada cara memanggil orang supaya solat. Pada suatu hari mereka berbincang
perkara itu. Ada yang mencadangkan, “Gunakan loceng macam orang Kristian.” Ada
yang mencadangkan, “Gunakan trompet tanduk, macam orang Yahudi.” Umar
mencadangkan, “Bagaimana andai disuruh seorang lelaki supaya dia melaungkan
panggilan azan?” Nabi berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkanlah panggilan
azan.” - Sahih Muslim
Ulasan
Dalam hadith 'Bilal Baca Azan', Nabi menunjukkan cara bagaimana seseorang ketua
dapat mendorong anak-anak buahnya supaya mempunyai sikap proaktif dalam
menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Inilah yang berlaku dalam hadith itu:


1. Nabi tidak suruh anak-anak buahnya mencari problem yang menyusahkan mereka,
dan kemudian mencari jalan bagaimana mereka hendak selesaikan problem itu.
2. Tanpa disuruh oleh ketua mereka, anak-anak buah Nabi sendiri yang mengambil
inisiatif memikirkan problem yang mereka alami, dan mereka sama-sama berfikir
bagaimana hendak menyelesaikan problem itu.

3. Nabi hanya melakukan tiga perkara:


i. Menilai semua idea yang dicadangkan. Dalam hadith itu ada tiga idea yang
dicadangkan iaitu idea loceng, idea trompet, dan idea azan.
ii. Memilih idea yang terbaik. Nabi memilih idea panggilan azan yang dicadangkan oleh
Umar.
iii. Memilih siapa yang sesuai melaksanakan idea yang sudah dipilih itu. Nabi memilih
Bilal supaya melaungkan panggilan Azan.

Signifikans Teknik Nabi


Walaupun idea panggilan azan itu dikemukakan oleh Umar, Nabi tidak memilih Umar
supaya melaungkan panggilan azan. Sebaliknya Nabi memilih Bilal.

Nabi memisahkan 2 tugas di bawah ini:


1. Tugas mencipta idea. Dalam hadith itu Umar yang mencipta idea.
2. Tugas melaksanakan idea. Dalam hadith itu Bilal yang dilantik melaksanakan idea
Umar itu.

Dengan cara memisahkan tugas mencipta idea dan tugas melaksanakan, anak-anak
buah seseorang ketua itu tidak khuatir hendak bercakap dan memberikan cadangan.
Bab 22
Beginilah Cara Nabi Memberi Kaunseling Kepada Janda Talak Tiga yang Menjadi
Rebutan Tiga Lelaki

Isu Semasa

Dalam budaya Asia, apabila seseorang itu dilantik menjadi ketua, secara langsung dia
juga bertanggungjawab menjadi pemimpin, mentor, dan kaunselor kepada anak-anak
buah dan orang-orang bawahannya.
Begitu juga dalam dunia bisnes, apabila kita menjadi majikan, secara langsung kita juga
diharapkan menjadi ketua, pemimpin, mentor dan kaunselor kepada pekerja kita.
Sebagai ketua, apabila kita mempunyai banyak orang bawahan yang terdiri daripada
perempuan, mahu tidak mahu akan berlaku kes di mana pekerja perempuan datang
bagi mendapatkan nasihat berkenaan masalah rumah tangga.
Ada suatu hadith yang dapat diaplikasi untuk tujuan menjalankan sesi kaunseling
kepada perempuan yang baru sahaja dicerai talak tiga.

Dalam hadith itu ada dua prosedur kaunseling:


1. Prosedur kaunseling yang khusus aplikasinya untuk perempuan yang baru sahjaja
dicerai. Dalam hadith itu kesnya adalah seorang perempuan yang dicerai talak tiga.
2. Prosedur kaunseling untuk aplikasi umum, iaitu dalam kes ini urusan konflik
rumahtangga.

Hadith 'Fatimah Janda Talak Tiga'


Fatimah binti Qais melaporkan dia telah dicerai talak tiga. Nabi Muhammad
memberitahu dia tidak berhak menerima rumah dan belanja hidup dari bekas suaminya.
Nabi berkata, “Apabila puan tamat tempoh iddah, beritahu saya.” Selepas iddahnya
tamat, Fatimah pun memberitahu Nabi. Kemudian tiga lelaki melamarnya, iaitu
Muawiyah, Abu Jaham, dan Usamah bin Zaid. Nabi berkata, “Muawiyah itu miskin, Abu
Jaham itu suka memukul isterinya, sebaiknya puan terima Usamah.” Fatimah tidak
setuju. Sambil dia memulas-mulas tari-jarinya, dia berkata, “Usamah?” Nabi berkata,
“Taat kepada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik bagi puan.” Lalu Fatimah pun
bernikah dengan Usamah. Menurut katanya sendiri, dia menikmati kebahagiaan
dengan Usamah. - Sahih Bukhari
Ulasan
Hadith 'Fatimah Janda Talak Tiga' ini adalah salah satu hadith yang di dalamnya
terkandung prosedur memberi kaunseling kepada perempuan yang dicerai dengan
talak tiga.

Berikut adalah prinsip-prinsip kaunseling yang dapat ditarik keluar dari hadith itu:
1. Terangkan hukum cerai talak tiga.
Mula-mula sekali, kaunselor menerangkan kepada kaunselinya duduk perkara dalam
kes dirinya sebagai seorang perempuan yang dicerai dengan talak tiga.
Dalam hadith itu Nabi memberitahu kepada Fatimah bahawa dia tidak berhak menerima
rumah dan belanja hidup dari bekas suaminya.

2. Selesaikan tempoh iddah dulu.


Apabila Fatimah datang membuat aduan kepada Nabi, pada waktu itu dia masih dalam
tempoh iddah. Nabi suruh Fatimah itu pulang dahulu, dan kemudian Fatimah perlu
datang semula berjumpa Nabi apabila tempoh iddahnya sudah tamat.

3. Terangkan hukum yang relevan sahaja.


Dalam hadith ini Nabi tidak menerangkan kepada Fatimah semua hukum-hakam
berkenaan cerai talak tiga.
Yang diterangkan kepada Fatimah adalah hukum yang serta-merta relevan kepada diri
wanita itu sahaja, iaitu bahawa seseorang perempuan yang dicerai dengan talak tiga
dia tidak berhak menerima rumah dan belanja hidup dari bekas suaminya.
Nabi tidak menerangkan kepada Fatimah lain-lian hukum-hakam dalam topik
perceraian talak tiga.
Contohnya Nabi tidak memberitahu Fatimah bahawa dia tidak boleh rujuk dengan
suaminya dan lain-lain aspek dalam undang-undang perceraian talak tiga. Fatimah
bukannya datang berjumpa Nabi sebab dia hendak rujuk semula dengan bekas
suaminya.
4. Tidak menyiasat punca Fatimah dicerai talak tiga.
Dalam hadith itu Nabi tidak bertanya kepada Fatimah apa yang telah berlaku sehingga
hal itu telah menyebabkan suaminya melafazkan kata-kata yang menjatuhkan cerai
talak tiga.

Dalam erti kata yang lain Nabi tidak menyuruh Fatimah menceritakan apa sebenarnya
yang telah berlaku sehingga membawa kepada perceraiannya itu.
Nabi tidak bertanya kepada Fatimah soalan siasatan seperti:

a. “Kenapa kamu dicerai talak tiga?” (SALAH)


b. “Kamu bergaduh besarkah dengan suami kamu?” (SALAH)
c. “Kamu melawan diakah?” (SALAH)
d. “Kamu cabar diakah?” (SALAH)
e. “Apa yang berlaku sampai kamu dicerai talak tiga?” (SALAH)

Implikasi prinsip tidak menyiasat punca perceraian Fatimah adalah penting.


i. Fatimah tidak mendedahkan aibnya kepada Nabi sebagai kaunselornya.
ii. Fatimah tidak mendedahkan aib bekas suaminya ataupun pihak-pihak lain yang
mungkin ikut terlibat dan campur tangan dalam isu perceraiannya.

Dalam erti kata yang lain, dalam kaunseling gaya Nabi, kaunselor tidak mendorong
kaunselinya supaya mendedahkan aib dirinya sendiri ataupun aib pihak-pihak lain.

5. Tidak bertanya latar belakang diri Fatimah.


Dalam hadith itu Nabi tidak bertanya kepada Fatimah sebarang maklumat tentang
dirinya, seperti usianya, kampung asalnya, berapa lama dia berkahwin, apakah dia
pernah berkahwin sebelum itu, dan lain-lain maklumat peribadi.

Nabi tidak bertanya kepada Fatimah soalan-soalan siasatan latar belakang wanita itu
seperti:
a. “Berapa umur kamu?” (SALAH)
b. “Bila kamu berkahwin dengan dia?” (SALAH)
c. “Kamu asal dari mana?” (SALAH)
d. “Siapa orang tua kamu?” (SALAH)
e. “Kamu ada pendapatan sendiri?” (SALAH)

6. Tidak bertanya latar belakang bekas suami Fatimah.


Dalam hadith di atas Nabi tidak bertanya kepada Fatimah sebarang maklumat tentang
diri bekas suami Fatimah.

a. “Siapa nama bekas suami kamu?” (SALAH)


b. “Berapa umurnya?” (SALAH)
c. “Adakah dia mempunyai isteri-isteri lain?” (SALAH)
d. “Adakah dia pemabuk?” (SALAH)
e. “Dia suka pukul kamukah?” (SALAH)
Sebagai contoh, Nabi tidak bertanya siapa nama suaminya, umur suaminya, apa
pekerjaan suaminya, kampung asalnya, bangsanya, dan lain-lain lagi.

7. Tidak bertanya latar belakang perkahwinan Fatimah.


Dalam hadith di atas Nabi tidak bertanya kepada Fatimah sebarang maklumat tentang
latar belakang perkahwinannya dan keadaan rumahtangganya.

a. “Bila kamu berkahwin dengan dia?” (SALAH)


b. “Kamu kenal dia sebelum berkahwin?” (SALAH)
c. “Kamu anak darakah waktu berkahwin dengan dia?” (SALAH)
d. “Berapa tahun kamu berkahwin dengan bekas suami kamu?” (SALAH)
e. “Kamu ada berapa orang anak dengan dia?” (SALAH)
f. “Apakah kamu mempunyai madu-madu?” (SALAH)

Implikasi prinsip ini adalah, dalam kaunseling gaya Nabi, pihak kaunselor tidak boleh
bertanya soalan yang mendorong kaunselinya mendedahkan aib dirinya sendiri, dan
mendedahkan aib orang lain, serta memburuk-burukkan bekas suaminya.
8. Tidak meragui kata-kata Fatimah.
Dalam hadith ini Nabi menerima aduan Fatimah sebagai aduan yang benar, yakni tidak
meragui kebenaran aduan Fatimah bahawa dirinya telah dijatuhi talak tiga.
Nabi tidak bertanya kepada Fatimah soalan-soalan bagi menyiasat kebenaran
aduannya. Contohnya Nabi tidak bertanya:
a. “Apa ayat yang suami kamu sebut semasa dia menjatuhkan talak tiga ke atas diri
kamu?” (SALAH)
b. “Ada ataupun tidak orang-orang lain di situ, dan mereka mendengar suami kamu
melafazkan talak tiga itu?” (SALAH)

9. Tidak memanggil bekas suami Fatimah.


Dalam hadith ini, Nabi tidak memanggil bekas suami Fatimah supaya aduan bekas
isterinya itu dapat disiasat sejauh mana kebenaran aduannya itu, ataupun supaya
bekas suaminya itu dapat mempertahankan tindakannya menceraikan Fatimah dengan
talak tiga.

10. Tidak memanggil saksi.


Dalam hadith ini, Nabi tidak memanggil saksi ataupun meminta sebarang bukti bagi
mengesahkan aduan Fatimah.

11. Tidak menunjukkan emosi kasihan kepada Fatimah.


Dalam hadith ini, sebagai kaunselor Nabi tidak mengucapkan kata-kata yang
menunjukkan dia bersimpati terhadap nasib malang yang menimpa Fatimah.

12. Tidak menilai perbuatan bekas suami Fatimah.


Dalam hadith ini, sebagai kaunselor Nabi tidak mengucapkan kata-kata yang
menunjukkan beliau tidak setuju ataupun menyalahkan bekas suami Fatimah ke atas
perbuatan sebagai seorang suami ke atas isterinya.
Nabi langsung tidak komen apa-apa berkenaan perbuatan bekas suami Fatimah itu.
13. Tidak menasihati Fatimah.
Dalam hadith itu Nabi tidak mengucapkan kata-kata nasihat kepada Fatimah, seperti
berkata:
a. “Kamu mesti muhasab diri, supaya kamu sedar di mana kesilapan kamu, dan supaya
perkara yang sama tidak berulang lagi.” (SALAH)
b. “Kalau kamu langsung tidak pernah melakukan sebarang kesalahan, takkan suami
kamu tergamak ceraikan kamu dengan talak tiga sekali jalan. Selepas ini kamu jangan
ulangi kesilapan kamu itu.” (SALAH)
c. “Sebagai isteri kamu mesti banyak bersabar. Mesti taat kepada suami. Jangan sakiti
hati suami. Jangan bangkitkan kemarahan suami. Jangan buat perkara nusuz.”
(SALAH)

PERTENTANGAN ANTARA PROSEDUR KAUNSELING BARAT DAN KAUNSELING


GAYA NABI
Dalam prosedur kaunseling Barat, kaunselor tidak boleh campur tangan dan
mempengaruhi pemikiran kaunseli dari sudut membuat keputusan.
Dalam hadith 'Fatimah Janda Talak Tiga' Nabi sebagai kaunselor kepada Fatimah bt
Qais telah melakukan campur tangan dalam menyelesaikan masalah wanita itu.
Dalam hadith itu Nabi mempengaruhi fikiran Fatimah dengan melakukan perkara-
perkara berikut:
1. Nabi memberi Fatimah informasi buruk berkenaan perangai Abu Jaham yang suka
memukul isteri.
2. Nabi memberitahu Fatimah bahawa Muawiyah itu seorang lelaki yang miskin.
3. Nabi menasihati Fatimah supaya memilih Usamah.
4. Apabila Fatimah tidak setuju menerima nasihat Nabi, beliau menekan Fatimah
supaya ikut nasihatnya itu, yakni terima lamaran Usamah. Kata Nabi kepada Fatimah:
“Taat kepada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik bagi puan.”
Dalam peristiwa itu Nabi mengambil tugas berfikir bagi pihak Fatimah berkenaan apa
yang baik untuk wanita itu.
Dari satu sudut, Nabi sebagai kaunselor telah membuat keputusan bagi pihak Fatimah.
Nabi memilih Usamah sebagai calon suami untuk Fatimah.
Apabila Fatimah tidak setuju, beliau menekan kaunselinya supaya patuh kepada
keputusannya itu dengan berkata: “Taat kepada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik
bagi puan.”
Nabi tidak pula menerangkan kepada Fatimah alasan-alasan mengapa Usamah adalah
pilihan terbaik untuk dirinya.
Dalam tradisi kaunseling Barat, kaunselor tidak diizinkan melakukan campur tangan. Ini
adalah prinsip paling penting dalam mazhab kaunseling Barat. Tugas kaunselor adalah
membantu kaunseli berfikir sendiri dalam proses dia mencari jalan bagaimana
sebaiknya dia menyelesaikan masalahnya. Kaunseli mesti membuat keputusan bagi
pihak dirinya sendiri. Kaunselor tidak boleh mempengaruhi keputusan kaunseli. Itulah
prosedur kaunseling gaya Barat.
BAB 23
Mudahnya Cara Nabi Menurunkan Tugas, Tanggungjawab, dan Kuasa Membuat
Keputusan Kepada Orang Bawahannya

Isu semasa
Banyak individu yang dilantik menjadi ketua tidak mempunyai skill menurunkan tugas,
tanggungjawab, dan kuasa kepada orang bawahannya. Ini termasuklah dengan
usahawan yang mempunyai pekerja.
Akibatnya si ketua tidak dapat mencapai prestasinya yang menjadi tanggungjawabnya:
1. Dia tidak dapat menaikkan produktiviti dirinya sendiri sebagai ketua. Dalam bahasa
yang lebih mudah dia tidak dapat menjadi ketua yang cemerlang.
2. Dia terbeban dengan kerja-kerja rutin yang banyak, kerja yang tertangguh, manakala
kerja-kerja yang dijalankan pula kurang berkesan.
3. Dia tidak dapat menaikkan produktiviti jabatan yang dipimpinnya. Prestasi jabatannya
tidak cemerlang.
4. Dia tidak dapat menaikkan produktiviti orang-orang bawahannya. Bermakna orang-
orang bawahannya tidak dapat mencapai kecemerlangan.

Dalam pengurusan ada dua jenis perkara-perkara yang diurus:

1. Mengurus hasil kerja.


Contoh mengurus hasil kerja:
Andaikan, pekerjaan kita adalah sebagai pengurus kelab bola. Kita mahu masuk liga.
Otak kita fokus mencari jalan macam mana kelab bola kita boleh memenangi piala liga.
Contohnya, kita mencari sumber-sumber kewangan baru supaya kelab mampu
membeli beberapa pemain luar yang lebih berbakat dan mengambil jurulatih yang lebih
terkenal.
Pengurus dan ketua-ketua patut fokus mengurus hasil kerja yang diserahkan kepada
anak-anak buah dan orang bawahan.
2. Mengurus proses-proses kerja.
Contoh mengurus proses kerja:
Kita mengurus jadual latihan, membayar gaji pemain, menyediakan uniform pemain,
menempah tempat penginapan pemain, mengurus katerer, mengurus transport untuk
pemain dll. Kerja-kerja jenis ini mesti diturunkan kepada orang bawahan.
Dari satu sudut lain, ketua-ketua dan para pengurus boleh digolongkan ke dalam 2
kategori:

1. Pengurus gaya makro.


Mereka fokus pada tugas-tugas besar dalam pengurusan. Sebagai contoh mereka
fokus mendesain strategi bagaimana hendak mengembangkan bisnes, meluaskan saiz
pasaran, menaikkan angka jualan dan yang seperti itu.

2. Pengurus gaya mikro.


Mereka fokus pada hal-hal kecil, hal-hal rutin, yang dijalankan berulang-ulang kali,
perkara-perkara yang detail. Meskipun kecil perkara-perkara itu mempengaruhi kualiti
sesuatu hasil kerja.
Dalam sebuah hadith, Nabi ada menunjukkan prosedur yang betul apabila:
1. Mencipta jawatan baru.
2. Menurunkan tugas.
3. Menurunkan tanggungjawab.
4. Menurunkan kuasa.

Hadith 'Bilal Baca Azan'


Abdullah bin Umar melaporkan, katanya: Semasa orang Islam dari Mekah baru tiba di
Madinah, mereka berkumpul sementara menunggu masuknya waktu solat. Pada masa
itu belum ada cara memanggil orang supaya solat. Pada suatu hari mereka berbincang
perkara itu. Ada yang mencadangkan, “Gunakan loceng macam orang Kristian.” Ada
yang mencadangkan, “Gunakan trompet tanduk, macam orang Yahudi.” Umar
mencadangkan, “Bagaimana andai disuruh seorang lelaki supaya dia melaungkan
panggilan azan?” Nabi berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkanlah panggilan
azan.” - Sahih Muslim
Ulasan
Nabi berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkanlah panggilan azan.”
1. Idea azan adalah idea baru, belum pernah dibuat orang sebelumnya. Bermakna tidak
ada sesiapa yang mempunyai pengalaman melakukan tugas melaungkan panggilan
azan.
2. Nabi mencipta jawatan baru iaitu jawatan muazin atau juru azan.
3. Nabi mimilih dan melantik Bilal mengisi jawatan baru itu.
4. Nabi tidak bertanya jika ada sesiapa yang secara sukarela mahu cuba menjalankan
tugas melaungkan panggilan azan.
5. Nabi tidak memberitahu alasan mengapa beliau memilih Bilal, bukannya Umar
ataupun lelaki lain bagi menjalankan tugas melaungkan panggilan azan.
6. Nabi tidak memberitahu Bilal apa yang Bilal perlu dilakukan dalam menjalankan
tugas itu. Nabi hanya menyuruh Bilal berdiri. Kata Nabi kepada Bilal: “Wahai Bilal,
berdirilah, dan laungkanlah panggilan azan.” Selain itu Nabi serahkan kepada Bilal.
7. Nabi membiarkan Bilal sendiri memikirkan semua aspek pada tugas yang perlu
dijalankannya itu.
8. Walaupun idea azan itu dicipta oleh Umar, Nabi tidak meminta pendapat Umar
tentang bagaimana ideanya itu sepatutnya dilaksanakan.
9. Bilal tidak meminta idea dari Umar bagaimana panggilan azan itu sebaiknya
dilakukannya.
10. Umar pun tidak memberitahu Bilal bagaimana idea ciptaannya itu sebaiknya
dilaksanakan.
11. Nabi memberikan 100% kebebasan kepada Bilal bagi melaksanakan tugas yang
sudah diserahkan kepadanya. Bilal pun mengambil tanggungjawab mengarang seni
kata azan dan cara-cara seni kata itu dilaungkan.
12 Dalam catatan sejarah azan, ada disebutkan Bilal sebagai pencipta senikata azan itu
telah beberapa kali memperbaiki mutu senikata ciptaannya itu sehingga menghasilkan
versi yang kita dengar sekarang.
Kelebihan Gaya Nabi Menurunkan Tugas, Tanggungjawab, dan Kuasa.
Dengan mengaplikasi prosedur menurunkan tugas, tanggungjawab, dan kuasa kepada
orang bawahan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi itu mempunyai banyak
kelebihan:
1. Kerja ketua menjadi ringan apabila hal-hal teknikal sudah diturunkan dan
dipertanggungjawabkan kepada petugas yang dilantik.
2. Ketua tidak perlu memikirkan perkara-perkara detail bagaimana orang bawahannya
patut melaksanakan tugas yang diturunkan itu. Petugas yang dilantik itu yang akan
memikirkan semua perkara teknikal itu. Ketua terima hasilnya sahaja.
3. Dengan cara itu ketua dapat fokus menjalankan kerja-kerja hakikinya sebagai ketua.

SOP Melantik Petugas


1. Ketua pilih orang yang layak menjalankan tugas itu. Lantik sahaja.
2. Tidak perlu diberitahu kelayakan dan alasan yang digunakan bagi memilih petugas
itu.
3. Beritahu sahaja tugas yang diserahkan kepada orang yang dilantik.
4. Beri 100% kebebasan kepada petugas itu memikirkan cara-cara bagaimana dia
mahu melaksanakan tugasnya itu.
5. Biarkan petugas yang dilantik memperbaiki sendiri mutu kerja yang dijalankannya.
Bab 24
Cara Betul Mengeluarkan Arahan Kerja Kepada Orang Bawahan

Isu Semasa

Banyak ketua-ketua komplen tentang perangai buruk orang bawahan mereka yang
bekerja macam tak gunakan otak.
Orang bawahan mereka bekerja secara pasif, kata pepatah: Macam pahat, selagi tidak
diketuk, pahat itu tidak bekerja. Si ketua menjadi sangat stress.

Contohnya:
1. Mereka nampak keadaan yang tidak betul, tidak bersih, tidak tersusun, tetapi mereka
buat tak tahu sahaja.
2. Semua kerja tunggu disuruh dulu, selagi tidak disuruh mereka tidak mahu buat kerja
itu.
3. Apabila disuruh buat kerja, mereka tak mahu fikir sendiri macam mana hendak buat
kerja itu. Mereka tanya macam mana nak buat.
4 Jika ada problem, mereka tidak mahu ambil daya usaha berfikir sendiri macam mana
nak selesaikan problem itu.
5. Mereka cuma beritahu si ketua, ada problem. Mereka tunggu sampai si ketua
beritahu macam mana hendak selesaikan problem itu, baru mereka selesaikan.
Apabila orang-orang bawahan tidak mahu berfikir sendiri, akibatnya produktiviti mereka
rendah. Mereka tidak mampu mencapai target kerja yang tinggi.
Prestasi kumpulan bergantung kepada prestasi tiap-tiap anggota kumpulan itu.
Apabila prestasi anggota kumpulan rendah, automatik prestasi si ketua kumpulan juga
rendah.
Prestasi ketua kumpulan rendah disebabkan si ketua sibuk berfikir bagi pihak orang-
orang bawahannya.
Akibatnya, si ketua tidak ada masa hendak berfikir perkara-perkara yang menaikkan
produktiviti dirinya sendiri sebagai ketua.
Dalam sebuah hadith Nabi menunjukkan cara yang betul apabila mengeluarkan arahan
kerja kepada anak-anak buahnya.
Hadith 'Orang Baik Menolong Syaitan'
Abu Hurairah melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki peminum arak dibawa ke
hadapan Nabi. Nabi berkata, “Pukul dia.” Abu Hurairah melaporkan lagi, ada
sebahagian orang yang berada di situ memukul lelaki itu menggunakan tangannya, ada
yang memukul menggunakan seliparnya, ada yang memukul menggunakan bajunya.
Apabila hukuman seslesai dijalankan, ada orang berkata, “Moga-moga Allah
merendahkan kamu!” Mendengar kata-kata itu Nabi pun berkata, “Jangan cakap begitu,
kamu menolong syaitan menguasai dirinya.” - Sahih Bukhari
Dalam hadith 'Orang Baik Menolong Syaitan' itu Nabi mengeluarkan arahan kerja
kepada anak buahnya.
Nabi berkata kepada anak-anak buahnya: “Pukul dia.”
Anak-anak buah Nabi pun masing-masing berfikir sendiri bagaimana mereka mahu
melaksanakan arahan Nabi itu.
Ada yang memukul peminum arak itu dengan menggunakan tangannya sahaja, ada
yang memukul dengan menggunakan seliparnya, ada yang memukul dengan
menggunakan bajunya.
Nabi membiarkan masing-masing mentafsirkan sendiri arahannya.
Semua tafsiran mereka itu Nabi terima. Tidak ada yang dikatakan salah, dikritik,
dibetulkan, ataupun ditolak.
Apabila ada yang melakukan kesilapan, baru betulkan kesilapan orang itu.
Contohnya, dalam hadith itu apabila ada orang berkata, “Moga-moga Allah
merendahkan kamu!” Mendengar kata-kata itu, Nabi Muhammad pun berkata kepada
orang yang berkata itu: “Jangan kata begitu, saudara menolong syaitan menguasai
dirinya.”
Dalam suatu hadith lain, Nabi juga melakukan perkara yang sama. Nabi cuma
keluarkan arahan kepada Bilal supaya dia laungkan panggilan azan.
Terpulang kepada Bilal sendiri mencari idea bagaimana dia mahu melaksanakan
arahan Nabi itu.
Hadith 'Bilal Baca Azan'
Abdullah bin Umar melaporkan, katanya: Semasa orang Islam dari Mekah baru tiba di
Madinah, mereka berkumpul sementara menunggu masuknya waktu solat. Pada masa
itu belum ada cara memanggil orang supaya solat. Pada suatu hari mereka berbincang
perkara itu. Ada yang mencadangkan, “Gunakan loceng macam orang Kristian.” Ada
yang mencadangkan, “Gunakan trompet tanduk, macam orang Yahudi.” Umar
mencadangkan, “Bagaimana andai disuruh seorang lelaki supaya dia melaungkan
panggilan azan?” Nabi berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkanlah panggilan
azan.” - Sahih Muslim

SOP Mengeluarkan Arahan Kerja


1. Keluarkan arahan sahaja. Kata Nabi: “Pukul dia.”
2. Tidak diterangkan secara detail bagaimana kerja itu perlu dijalankan.
3. Beri 100% kebebasan supaya semua orang berfikir sendiri bagaimana mereka mahu
melaksanakan arahan kerja itu dengan menggunakan sumber yang ada dalam tangan
masing-masing.
4. Apabila ada yang melakukan kesilapan, baru dibetulkan.
Bab 25
Kriteria Nabi Melantik Ketua Pasukan

Isu semasa
Banyak orang percaya seseorang yang hendak membuka bisnes ataupun dilantik
menjadi ketua pasukan mesti mempunyai kepakaran teknikal dalam bidangnya.

Kepercayaan macam itu datang daripada sangkaan:


1. Ketua yang tidak mempunyai kepakaran teknikal akan mudah dapat dibohongi oleh
orang-orang bawahannya. Disebabkan dia bukan pakar bidang, dia tidak tahu apabila
dia dibohongi.
2. Ketua yang tidak mempunyai kepakaran teknikal tidak akan dihormati oleh orang-
orang bawahannya.
3. Tugas ketua adalah memberi tunjuk ajar kepada orang-orang bawahannya dalam
perkara-perkara teknikal yang mereka tidak tahu.
4. Ketua pasukan hendaklah mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah-masalah
teknikal yang berlaku.

Contoh-contoh kesilapan:
Contoh 1: Banyak orang sangka individu yang hendak dilantik menjadi pengurus
pasukan jualan mestilah mempunyai pengalaman sebagai jurujual.
Bukan hanya pengalaman, malah mereka sangka sebaiknya calon pengurus itu mesti
pernah menjadi jurujual yang sangat berjaya.
Di manakah silapnya sangkaan begitu?
Menjual adalah tugas jurujual. Bagi menjadi jurujual yang berjaya, memang diperlukan
skill teknikal dalam bidang kejurujualan.
Namun, dalam melantik pengurus jualan, calon pengurus tidak wajib mempunyai
kemahiran teknikal yang sangat tinggi sebagai salesman.
Manakala tugas hakiki pengurus jualan bukan lagi menjual. Tugas hakiki pengurus
jualan adalah:
a. Mengurus prestasi pasukan jurujual.
b. Mendorong pasukan jurujual supaya
c. Mencipta strategi kempen jualan dengan objektif meningkatkan angka-angka jualan
dan meningkatkan profit hasil jualan.
Pengurus jualan mesti mempunyai ilmu bagaimana hendak menaikkan jualan.
Prestasinya adalah geraf peningkatan jualan yang dicapai oleh pasukan jurujual yang
diurusnya.
Contoh 2: Banyak orang sangka individu yang hendak membuka kedai makan mesti
pandai memasak.
Alasan yang sering kali dikemukakan adalah, seandainya tukang masaknya berhenti
kerja secara mengejut, dia boleh memasak sendiri.
Pengurusan kedai makan tidak memerlukan orang yang pandai memasak. Memasak
adalah kerja tukang masak.
Kedai makan mesti diurus oleh pengurus yang pandai membawa masuk banyak
pelanggan sehingga bisnes kedai makan itu menghasilkan banyak keuntungan.
Orang yang mengurus kedai makan mesti pandai mengurus pasukan pekerjanya,
termasuk mengurus tukang masaknya, supaya mereka tidak selalu berhenti kerja.
Dalam sebuah hadith Nabi menunjukkan bagaimana beliau melantik seorang yang tidak
memiliki kepakaran teknikal yang tinggi sebagai ketua pasukan.

Hadith 'Doa Untuk Kuda Jarir'


Jarir melaporkan Nabi pernah berkata, “Wahai Jarir, tidak sukakah saudara
menggembirakan hati saya dengan membinasakan Zul Khalasah di Khatsam?”
Jarir akan pergi bersama-sama 150 orang tentera berkuda. Jarir tidak mahir berkuda,
lalu dia memberitahu Nabi perkara itu.
Sambil beliau menepuk dada Jarir, Nabi berkata, “Ya Allah, mahirkanlah dia berkuda,
dan jadikan dia dapat memberi petunjuk, serta mendapat petunjuk.”
Jarir pun berangkat. Tiba di Khatsam, dia membakar tempat yang bernama Zul
Khalasah.
Kemudian Jarir menghantar Abu Arhat pergi menemui Nabi bagi menyampaikan berita
gembira itu.
Abu Arhat pergi berjumpa Nabi dan berkata, “Saya datang menghadap tuan dalam
keadaan Zul Khalasah sudah hangus.”
Nabi mendoakan kebaikan untuk kuda suku Jarir dan pasukannya, sebanyak lima kali.
- Sahih Muslim

ULASAN
Dalam hadith 'Doa Untuk Kuda Jarir', Nabi menunjukkan bahawa dalam memilih calon
panglima angkatan tentera berkuda, kriteria mempunyai ilmu perang adalah lebih
penting daripada mempunyai ilmu tinggi dalam bidang teknikal iaitu menunggang kuda.
Dalam peperangan Zul Khalasah itu, pada waktu Nabi melantik Jarir sebagai panglima
tentera berkuda, Jarir adalah seorang yang tidak memiliki kemahiran berkuda.
Arahan Nabi kepada Jarir adalah supaya dia membinasakan tempat yang bernama Zul
Khalasah. Jarir berjaya melaksanakan arahan Nabi itu.
Tugas Jarir sebagai panglima angkatan tentera berkuda adalah memenangi
peperangan. Kuda perang hanyalah salah satu senjata dalam peperangan itu.
Bab 26
Beginilah Cara Nabi Memberi Label Positif Sebagai Ganjaran

Isu Semasa
Dalam bahasa basahan, istilah 'label' disebut dengan 'panggilan' atau 'nama'.
Sebagai contoh, gelaran, nama jawatan, nama jolokan, dan nama timangan adalah
sejenis label.
Menurut pakar-pakar psikologi label mempunyai kesan ke atas konsep-diri individu
yang dilabel. Konsep-diri pula mempunyai kesan ke atas self-esteem, pemikiran,
perasaan, dan tingkah lakunya.
Label-label positif mencipta kesan positif , manakala label-label negatif mencipta kesan
negatif ke atas individu yang dilabel itu.
Konsep diri yang positif menghasilkan keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan diri adalah
unsur penting bagi kejayaan, baik dalam kehidupan profesisonal mahupun dalam
kehidupan peribadi.
Individu yang mempunyai konsep diri “Aku usahawan berjaya.” mempunyai keyakinan
diri yang lebih tinggi daripada individu yang mempunyai konsep diri “Aku usahawan
kecil.”
Konsep diri seseorang itu sangat dipengaruhi oleh feedback atau maklum balas yang
diterima dari orang-orang lain di sekelilingnya. Label-label adalah sejenis maklum balas.
Apabila seseorang itu sejak kecil lagi sudah biasa menerima maklum balas positif
daripada ibu bapa, adik beradik, guru-guru dan kawan-kawannya, maklum balas itu
mendorongnya membina konsep diri positif.
Konsep diri adalah bayangan apa yang orang-orang lain kata tentang diri kita. Apabila
orang di sekeliling kita selalu mengatakan kita pandai, lama kelamaan kita mula yakin
kita seorang yang pandai.
Sebagai contoh, seseorang yang selalu mendengar orang lain mengatakan dia
mempunyai bakat menjadi ahli politik, lama kelamaan akan timbul keyakinan dia
mempunyai bakat menjadi ahli politik.
Konsep diri seseorang menyebabkan individu itu berfikir begitu, ataupun berfikir begini.
Sebagai contoh, individu yang mempunyai konsep diri negatif akan membuat ramalan-
ramalan negatif berkenaan dirinya pada masa depan.
Di sekolah tiap-tiap bilik darjah diberi nama. Nama-nama kelas itu adalah sejenis label.
Di sekolah yang mengamalkan dasar deskriminasi pelajar berdasarkan prestasi
akademik, kelas pelajar cemerlang diasingkan daripada kelas pelajar corot.
Walaupun kelas pelajar corot diberi label positif seperti 'Kelas Rajin' ataupun 'Kelas Tun
Perak', tetapi semua orang tahu label positif itu sebenarnya label negatif.
Nama-nama kelas itu ada kesannya ke atas konsep-diri, self-esteem, sikap, emosi, dan
tingkah laku murid-murid yang duduk di dalam kelas-kelas itu.
Di dalam suatu eksperimen yang terkenal, beberapa orang guru diberi senarai nama
murid-murid yang kononnya adalah kanak-kanak 'pintar'.
Guru-guru itu diberitahu kanak-kanak itu kononnya jenis yang lambat berkembang, oleh
itu murid-murid itu akan hanya menunjukkan pencapaian cemerlang pada masa depan.
Sebenarnya nama murid-murid itu dipilih secara rambang atau rawak semata-mata,
tetapi guru-guru itu tidak tahu akan hal itu.
Selepas beberapa lama, hasil eksperimen itu mendapati prestasi murid-murid itu
mengatasi prestasi pelajar-pelajar lain.
Bukan itu sahaja, malah hasil ujian IQ menunjukkan IQ mereka juga naik, di mana
kenaikan itu lebih tinggi daripada kenaikan IQ pelajar-pelajar lain.
Menurut dua orang pakar psikologi yang menjalankan eksperimen itu, Prof. Rosenthal
dan Prof. Jacobson, disebabkan guru-guru itu menyangka murid-murid itu adalah
murid-murid yang pintar dan akan mencapai prestasi cemerlang, maka tanpa disedari
guru-guru itu pun memberi layanan yang berbeza kepada murid-murid itu, di mana
akibatnya mereka mencipta kesan positif ke atas IQ dan prestasi ujian murid-murid itu.

Dalam sebuah hadith Nabi memberi label positif sebagai ganjaran.

Tajuk hadith: 'Zubair Pembela Nabi'


Jabir bin Abdillah melaporkan bahawa pada hari berlakunya Perang Khandaq, Nabi
telah mengumumkan panggilan perang, lalu Zubair bin Awwam menyahut panggilan
perang itu.
Selepas itu sekali lagi Nabi menyeru panggilan perang, lalu sekali lagi Zubair bin
Awwam menyahut panggilan itu.
Kemudian, sekali lagi Nabi menyeru panggilan perang, lalu sekali lagi Zubair bin
Awwam menyahut panggilan itu.
Lalu Nabi berkata, “Sesungguhnya, tiap-tiap nabi mempunyai pembela, dan pembela
saya adalah Zubair.”
- Sahih Muslim
----------------------
ULASAN
Ketua-ketua boleh memberi 2 jenis ganjaran:
1. Ganjaran material
Contoh ganjaran material: Naik gaji, elaun, bonus, komisen, makanan, bunga, minyak
wangi, cincin, kereta syarikat dll.
2. Ganjaran sosial
Contoh ganjaran sosial: Dilantik menjadi ketua kumpulan, diberi gelaran terhormat,
diberi tepukan, dipuji, diminta pendapatnya, diberi nama jolokan yang mengiktiraf
kepandaiannya dll. Nama jawatan dan gelaran adalah contoh label-label positif.
Dalam hadith 'Zubair Pembela Nabi' itu, Nabi berkata: “Sesungguhnya, tiap-tiap nabi
mempunyai pembela, pembela saya adalah Zubair.”
Kata-kata yang Nabi ucapkan tentang Zubair itu adalah ganjaran sosial. Kata-kata
'pembela saya' adalah label positif.

APLIKASI
SOP yang dapat ditarik daripada ciri-ciri ganjaran sosial yang Nabi berikan kepada
Zubair:

1. Ganjaran itu adalah dalam bentuk pengiktirafan. Dalam hadith itu Nabi mengiktiraf
sumbangan Zubair kepadanya.
2. Ganjaran itu dikaitkan dengan jasa, sumbangan, pengorbanan, dan peranan yang
dimainkannya, di mana Zubair menjadi 'pembela' kepada Nabi.
3. Ganjaran itu diberikan serta-merta, yakni on the spot. Penerima ganjaran itu ada
berada di situ.
4. Ganjaran itu diumumkan dengan suara kuat dan secara terbuka, semua yang hadir
itu dapat mendengarnya. Dengan itu pemberian ganjaran itu adalah secara rasmi.
5. Ganjaran itu dalam bentuk jawatan. Nabi menggunakan istilah jawatan 'pembela
saya'.
6. Gelaran itu sangat tinggi nilai status sosialnya. Hanya Zubair seorang yang diberi
gelaran itu.
7. Ganjaran itu sangat besar maknanya kepada Nabi sebagai si pemberi gelaran.
Dalam hadith itu Nabi hendak pergi berperang dan Zubair sanggup ikut Nabi pergi
berperang.
8. Ganjaran 'pembela saya' itu sangat personal sifatnya kepada si pemberi.
9. Gelaran itu sangat mulia kerana ia dikaitkan dengan nabi-nabi lain. Kata Nabi:
“Sesungguhnya, tiap-tiap nabi mempunyai pembela, pembela saya adalah Zubair.”
10. Ganjaran itu diucapkan dalam satu ayat dan satu nafas sahaja.
11. Nabi tidak menerangkan kriteria dan alasan mengapa gelaran 'pembela saya' itu
diberikan kepada Zubair. Semua orang nampak sendiri apa yang dilakukan oleh Zubair
bagi melayakkan dia diberikan ganjaran itu. Semua orang boleh faham sendiri dan
mereka pun boleh bersetuju.
Bab 2
Beginilah Cara Nabi Mengajak Orang Pandai Melakukan Amalan Baik

Isu Semasa

Pekerjaan mengajak orang di sekeliling kita supaya mahu menambah dan memperbaiki
lagi amalan-amalan keagamaan mereka adalah pekerjaan yang sukar. Walapaun niat
kita baik, hasilnya belum tentu baik.

Kita ajak mereka supaya melakukan ibadah-ibadah yang lebih baik, tetapi kesan usaha
itu banyak yang tidak baik, seperti mereka tidak suka pada kita, membenci kita, kita
dijauhi, kita dikata dan diumpat.

Antara umpatan mereka adalah, mereka mengata kita orang suka memandang rendah
dan hina kepada orang lain, kita suka menyibuk masuk campur urusan peribadi orang
lain, kita riak dengan amalan sendiri, kita yakin kita sudah tentu masuk syurga
manakala orang lain masuk neraka, kita perasan kita baik sangat, dan macam-macam
lagi umpatan.

Mengajar orang pandai adalah pekerjaan yang sukar. Niat baik saja tidak cukup.
Niatnya baik, teknik mengajar pun kena betul, baru hasilnya baik.

Bukanlah orang-orang pandai itu yang sukar diajar dan dinasihati, melainkan teknik
mengajar dan teknik menasihati itulah yang sukar dan perlu dipelajari.

1. Orang pandai suka belajar, namun mereka tidak suka diajar-ajar. Kita jangan
bercakap kepada mereka menggunakan bahasa mengajar-ajar.

2. Mereka suka berguru, namun mereka tidak suka digurui. Kita jangan bercakap
kepada mereka macam kita ini guru yang pandai, manakala mereka itu macam murid
yang bodoh.
3. Mereka suka mendengar nasihat, namun mereka tidak suka dinasihati melainkan
mereka sendiri yang meminta nasihat itu. Tunggu sampai mereka meminta pendapat
dan pandangan kita, baru diberikan. Ini mengambil masa, namun kita perlu bersabar,
barulah mereka suka mendengar nasihat kita, barulah hasilnya baik.

4. Mereka tahu mereka mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan, namun


mereka tidak suka ditegur dan dikritik.

Apabila kita mahu mengajar orang pandai, jangan bercakap kepada mereka dengan
menggunakan ayat-ayat menggurui.

Termasuk dalam gaya menggurui adalah:

1. Gaya mengajar-ajar.
2. Gaya menasihati.
3. Gaya mengajak-ajak.
4. Gaya menyuruh-nyuruh.
5. Gaya menekan-nekan.
6. Gaya menegur.
7. Gaya mengkritik.
8. Gaya memerli.
9. Gaya menyindir.
10. Gaya mempersenda.

Mengajar dan menasihati orang pandai mestilah hanya apabila diminta. Andainya
mereka tidak meminta, kita perlu tanya dahulu apakah mereka mahu belajar ataupun
mendengar nasihat. Apabila mereka jawab mereka mahu, barulah diajarkan kepada
mereka ilmu dan nasihat kita itu.

Dalam suatu hadith Nabi menunjukkan cara betul mengajar dan menasihati orang yang
tidak meminta dirinya dinasihati dan diajari.
Hadith 'Naik Status di Syurga'

Abu Hurairah melaporkan Nabi pernah berkata: “Sukakah saudara saya terangkan
sesuatu yang dapat membersihkan dosa dan menaikkan status seseorang itu di
syurga?”

Sahabat menjawab, “Suka, ya Rasulullah.”

Nabi berkata, “Berwudhuk dengan sempurna semasa dalam keadaan yang sukar,
banyak melangkah ke masjid, dan menanti solat selepas solat. Itulah yang disebut ar-
ribath.”

- Sahih Muslim

-----------------

ULASAN

Dalam hadith 'Naik Status di Syurga' Nabi menunjukkan jenis ayat yang betul bagi
mendorong anak buahnya supaya mahu melakukan perkara-perkara baik seperti
berwudhuk, pergi ke masjid, dan cepat solat.

Dalam bahasa mudah, Nabi menunjukkan cara yang betul mengajak orang melakukan
amalan agama yang lebih baik.

Dalam hadith 'Naik Status di Syurga' itu Nabi mengajak, tetapi Nabi tidak menggunakan
ayat ajakan.

Orang pandai tidak suka diajar-ajar dan diajak-ajak. Mereka mahu melakukan sesuatu
itu atas kemahuan mereka sendiri. Bagi mereka ayat-ayat yang mengajak, menyuruh,
dan mengajar-ajar adalah ayat-ayat offensive.
Contohnya ayat ajakan:

“Jom wudhuk.” (SALAH)


“Jom ke masjid.” (SALAH)
“Jom solat.” (SALAH)
“Mari kita belajar mengaji.” (SALAH)
“Marilah kita segera bertaubat.” (SALAH)
“Ayuh kita insaf.” (SALAH)
“Ayuh kita beramal.” (SALAH)

Apabila Nabi mengajak orang melakukan kebaikan, beliau tidak menggunakan ayat
ajakan, sebaliknya Nabi menggunakan ayat tawaran.

Dalam hadith 'Naik Status di Syurga' itu ayat tawaran Nabi adalah: “Sukakah saudara
saya terangkan sesuatu yang dapat.....”

Nabi menunjukkan cara yang lembut, sopan, dan manis apabila hendak menyuruh
anak-anak buah dan orang bawahan supaya mereka mahu melakukan sesuatu
pekerjaan yang baik.

Dalam hadith itu Nabi mahu menggalakkan anak-anak buahnya melakukan tiga perkara
baik iaitu:

1. Berwudhuk dengan sempurna semasa dalam keadaan sukar.

2. Banyak melangkah ke masjid.

3. Menanti waktu solat selepas solat.


Ada dua perkataan tawaran yang Nabi gunakan, iaitu 'sukakah' dan 'mahukah'.

Contoh:

1. Ayat tawaran yang dimulakan dengan: “Mahukah....”

Supaya orang itu mahu melakukan perkara itu, Nabi menggunakan perkataan
'mahukah':

a. Dalam hadith 'Perbendaharaan Syurga', Nabi berkata: “Wahai Abdullah bin Qais,
mahukah saudara saya tunjukkan suatu perbendaharaan syurga?”

b. Dalam hadith 'Jabir Bersedih', Nabi berkata, “Mahukah saudara saya beritahu khabar
gembira tentang ayah saudara yang akan berjumpa dengan Allah?”

c. Dalam hadith 'Fatimah Minta Pembantu', Nabi berkata: "Mahukah ayahanda beritahu
sesuatu yang lebih baik untuk anakanda berdua dibandingkan dengan seorang
pembantu rumah?”

d. Dalam hadith 'Salam', Nabi berkata: “Mahukah saudara-saudara saya terangkan


perbuatan yang apabila saudara-saudara semua lakukan maka saudara-saudara akan
saling kasih mengasihi?”

2. Ayat tawaran yang dimulakan dengan: “Sukakah....”

Supaya orang itu suka melakukan perkara itu, Nabi menggunakan perkataan 'sukakah':

a. Dalam hadith 'Doa Untuk Kuda Jarir' Nabi bertanya kepada Jarir: “Wahai Jarir, tidak
sukakah saudara menggembirakan hati saya dengan membinasakan Zul Khalasah.”
b. Dalam hadith 'Sehelai Bulu Seladang', Nabi bertanya kepada sahabat-sahabat
beliau: “Sukakah saudara-saudara menjadi seperempat daripada semua penduduk
syurga?” Kemudian beliau bertanya lagi: “Sukakah saudara-saudara menjadi sepertiga
daripada semua penduduk syurga?”

Dari satu sudut lain, di sebalik ayat tawaran itu adalah ayat meminta izin dahulu
sebelum memberi nasihat ataupun sebelum mengajarkan ilmu yang orang itu tidak
tahu.

Contoh Aplikasi

Di bawah ini contoh aplikasi ayat tawaran menggunakan perkataan 'sukakah' dan
'mahukan' di mana majikan bertanya kepada semua pekerjanya:

i. “Sukakah andainya tahun depan syarikat kita mampu membayar bonus 2 bulan gaji?”
(BETUL)

ii. “Sukakah anda semua andainya tahun depan kita adakan hari keluarga di Pulau
Langkawi?” (BETUL)

iii. “Mahukah kamu saya tunjukkan cara-cara membuat poster iklan yang lebih mudah,
lebih cantik, dan lebih cepat?” (BETUL)

iv. “Mahukan kamu ditukarkan ke jabatan lain yang memberi kamu peluang selalu
dihantar bekerja keluar kawasan?” (BETUL)

------------------

Nota kaki: Hadith-hadith rujukan

a. Hadith 'Doa Untuk Kuda Jarir'


Jarir melaporkan Nabi pernah berkata, “Wahai Jarir, tidak sukakah saudara
menggembirakan hati saya dengan membinasakan Zul Khalasah di Khatsam?” Jarir
akan pergi bersama-sama 150 orang tentera berkuda. Jarir tidak mahir berkuda, lalu dia
memberitahu Nabi perkara itu. Sambil beliau menepuk dada Jarir, Nabi berkata, “Ya
Allah, mahirkanlah dia berkuda, dan jadikan dia dapat memberi petunjuk, serta
mendapat petunjuk.” Jarir pun berangkat. Tiba di Khatsam, dia membakar tempat yang
bernama Zul Khalasah. Kemudian Jarir menghantar Abu Arhat pergi menemui Nabi
bagi menyampaikan berita gembira itu. Abu Arhat pergi berjumpa Nabi dan berkata,
“Saya datang menghadap tuan dalam keadaan Zul Khalasah sudah hangus.” Nabi
mendoakan kebaikan untuk kuda suku Jarir dan pasukannya, sebanyak lima kali. -
Sahih Muslim

b. Hadith 'Sehelai Bulu Seladang'


Abdullah bin Mas'ud melaporkan pada suatu masa beliau dengan sekitar 40 orang lelaki
lain bersama-sama Nabi berada di bawah khemah yang diperbuat daripada kulit. Nabi
berkata, “Sukakah saudara-saudara menjadi seperempat daripada semua penduduk
syurga?” Mereka semua menjawab, “Ya.” Nabi berkata lagi, “Sukakah saudara-saudara
menjadi sepertiga daripada semua penduduk syurga?” Mereka semua menjawab, “Ya.”
Lalu Nabi berkata, “Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di dalam genggamannya,
sesungguhnya saya mahukan saudara-saudara menjadi separuh daripada semua
penduduk syurga. Sedangkan syurga itu hanya dapat dimasuki oleh jiwa yang muslim.
Dan, perbandingan antara saudara-saudara dengan mereka yang menyembah berhala
adalah umpama sehelai bulu putih pada kulit seekor seladang hitam, ataupun umpama
sehelai bulu hitam pada kulit seekor seladang putih.” - Sahih Muslim

c. Hadith 'Perbendaharaan Syurga'


Abu Musa melaporkan pada suatu hari beliau dan beberapa sahabat ikut Nabi dalam
suatu perjalanan. Nabi berkata kepadanya, “Wahai Abdullah bin Qais, mahukah saya
beritahu suatu perbendaharaan syurga?” Abu Musa menjawab, “Sudah tentu saya
mahu, ya Rasulullah.” Nabi berkata, “Bacalah, La haula wala quwata illa billah.” - Sahih
Muslim

d. Hadith 'Jabir Bersedih'


Jabir bin Abdullah melaporkan dia pernah terjumpa dengan Nabi Muhammad. Nabi
berkata, “Wahai Jabir, apakah yang membuat saya lihat saudara dalam keadaan tidak
bersemangat?” Jabir menjawab, “Wahai Rasulullah, ayah saya mati syahid. Dia
terbunuh pada Perang Uhud, meninggalkan keluarga dan hutang.” Nabi berkata,
“Mahukah saudara saya beritahu khabar gembira tentang ayah saudara yang akan
berjumpa dengan Allah?” Jabir menjawab, “Mahu, ya Rasulullah.” Nabi berkata, “Allah
tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun melainkan dari balik tabir. Allah akan
menghidupkan semula ayah saudara. Dan Allah akan bercakap kepadanya tanpa ada
tabir." - Imam Tarmizi

e. Hadith 'Fatimah Minta Pembantu'


Ali bin Abu Talib melaporkan bahawa Fatimah pernah meminta kepada ayahnya
supaya dia diberi seorang pembantu rumah. Nabi menjawab dengan berkata, "Mahukah
ayahanda beritahu sesuatu yang lebih baik untuk anakanda berdua dibandingkan
dengan seorang pembantu rumah? Apabila anakanda berdua pergi ke katil kamu,
ataupun anakanda pergi ke tempat tidur kamu berdua, bacalah takbir 33 kali, dan tasbih
33 kali, dan tahmid 33 kali. Itul adalah lebih baik bagi anakanda berdua daripada
seorang pembantu rumah." - Sahih Bukhari

f. Hadith 'Salam'
Abu Hurairah melaporkan Nabi pernah berkata, "Demi jiwaku yang berada di
tanganNya, saudara-saudara semua tidak akan masuk syurga sehingga saudara-
saudara semua beriman. Saudara-saudara semua tidak beriman sehingga saudara-
saudara semua saling kasih mengasihi. Mahukah saudara-saudara saya terangkan
perbuatan yang apabila saudara-saudara semua lakukan maka saudara-saudara akan
saling kasih mengasihi? Ucapkanlah salam sesama saudara-saudara." - Sahih Bukhari
Bab 28

Beginilah Cara Betul Ketua Melayan Komplen dari Anak Buah Yang Tidak Puas Hati

Isu Semasa

Ketua-ketua mempunyai banyak anak buah dan orang bawahan.

Salah satu isu yang berlaku dalam kalangan orang-orang bawahan adalah perasaan
tidak puas hati.

Dalam politik pejabat, walaupun ketua cuba melayan semua anak buahnya dengan adil
dan saksana, akan sentiasa ada orang yang tidak puas hati:

Antara faktor-faktor yang boleh membuat orang bawahan tidak puas hati:

1. Ketua memberi layanan istimewa. Contohnya, apabila balik dari luar negara, ketua
memberi buah tangan kepada sesetengan anak buahnya sahaja. Ada yang diberi, ada
yang tidak.

2. Ketua dilihat cuma keluar makan tengah hari bersama sesetengah anak buah saja.
Orang itu sahaja yang diajak, orang lain tidak.

3. Apabila ketua perlukan pertolongan, dia cuma minta tolong dengan sesetengah anak
buah sahaja, dengan anak buah lain dia tidak pernah minta tolong.

4. Apabila ketua memuji, sesetangah anak buahnya sahaja yang pernah dipuji, yang
lain tidak pernah.
Akibat daripada tingkah laku yang macam itu, meskipun si ketua tidak menganiaya
mana-mana anak buahnya, namun dia tetap dipandang sebagai pilih bulu, pilih kasih,
tidak adil, dan mengamalkan favouritism.

Lazimnya, orang bawahan yang tidak puas hati, tidak diam dan pendam sahaja
perasaannya. Sebaliknya dia akan bercakap kepada kawan-kawan sekerjanya, Dia
luahkan perasaan kepada mereka.

Perbuatan macam itu disebut dengan istilah politik di tempat kerja atau workplace
politics. Istilah yang lebih popular adalah office politics atau politik pejabat.

1. Politik pejabat memecah-belahkan orang-orang bawahan. Mereka berpuak-puak,


bergeng-geng, berklik-klik.

2. Semangat kerja secara berpasukan rosak. Sesama mereka tidak mahu tolong
menolong dan bekerjasama.

Ada sebuah hadith yang menunjukkan bagaimana Nabi membuat respons kepada
komplen seorang anak buahnya yang tidak puas hati dengan layanan yang diterimanya.

Hadith 'DOA BERSIN'

Anas bin Malik melaporkan: Dua orang lelaki pernah bersin dekat dengan Nabi, lalu
beliau berdoa untuk salah seorang daripadanya dengan ucapan, 'Yaharmukallah.'

Seorang lagi yang tidak didoakan itu berkata, "Mengapa apabila si fulan bersin, tuan
mendoakan dia, namun apabila saya bersin, tuan tidak mendoakan saya?"

Nabi menjawab, “Selepas bersin, dia membaca Alhamdulillah, sedangkan saudara tidak
membaca, Alhamdulillah."

- Sahih Muslim
----------------

ULASAN

Dalam hadith 'Doa Bersin' Nabi menunjukkan cara yang betul menjawab komplen dan
bantahan daripada anak buah yang tidak puas hati atas layanan yang diterima dari
ketuanya.

Dalam hadith itu, ada dua orang anak buah Nabi. Dua-dua bersin. Nabi memberi
layanan yang berbeza bagi mereka berdua.

a. Untuk yang seorang, Nabi membacakan doa untuknya. Nabi berkata:


'Yaharmukallah.'

b. Untuk yang seorang lagi Nabi tidak bacakan doa. Nabi diam sahaja.

Anak buah yang tidak mendapat doa dari Nabi, dia komplen kepada Nabi.

Katanya: "Mengapa apabila si polan itu bersin, tuan mendoakannya, namun apabila
saya bersin, tuan tidak berdoa untuk saya?"

SOP Respon

Beginilah cara Nabi respon kepada bantahan orang bawahan yang tidak puas hati:

1. Nabi terangkan sahaja faktor di sebalik apa yang dilakukannya.


Kata Nabi: “Selepas bersin, dia membaca Alhamdulillah, sedangkan saudara tidak
membaca Alhamdulillah."

2. Nabi terangkan dengan satu ayat sahaja.

Jangan diterangkan panjang-panjang. Contohnya, jangan diterangkan begini:

“Selepas bersin, dia itu membaca Alhamdulillah, itu sebab saya doakan dia. Takkan
kamu tak dengar dia baca Alhamdulillah tadi. Kamu pula, kamu tidak baca
Alhamdulillah, itulah sebabnya saya tak doakan kamu. Kamu tak buat apa-apa, jadi
kamu tak layak saya doakan.” (SALAH)

3. Nabi tidak menjawab dengan cara yang merendah-rendahkan orang yang komplen
tidak puas hati.

Contoh-contoh jawapan yang merendah-rendahkan:

a. “Kenapa pulak kamu tanya? Takkan perkara kecil macam itu pun kamu nak
komplen?” (SALAH)

b. “Kamu ni, perkara kecil macam itu pun kamu nak komplen. Sikit-sikit, komplen. Sikit-
sikit, komplen. Apalah kamu nih!” (SALAH)

c. “Kamu ni suka sangat iri hati pada orang lain. Tak boleh tengok orang lain dapat lebih
sikit. Saya cuma doakan orang itu saja, itu pun kamu sudah iri hati.” (SALAH)

d. “Kamu ni macam budak-budaklah! Suka sangat komplen!”


Bab 29

Nabi Bersangka Baik Terhadap Pendosa

Isu Semasa

Salah satu ciri pemimpin dan ketua yang efektif adalah mereka itu mempunyai
kemahiran yang amat tinggi dalam bersangka baik, biarpun kepada golongan yang
bersalah.

Kemahiran bersangka baik adalah elemen penting pada ciri likeability seseorang ketua.
Maksudnya, ketua yang banyak bersangka baik mudah disukai oleh orang-orang
bawahannya.

Pemimpin dan ketua-ketua yang disukai pula mereka itu mudah dapat mempengaruhi
sikap dan tingkah laku anak buah dan orang-orang bawahan mereka.

Kesan-kesan bersangka baik ke atas tingkah laku anak buah dan orang bawahan:

1. Pandangan dan pendapat si ketua mudah diterima.

2. Nasihat si ketua mudah diterima.

3. Cadangan dan idea si ketua mudah diterima.

4. Keputusan si ketua mudah diterima dan disokong.


5. Arahan dan suruhan si ketua mudah diterima dan dipatuhi.

Itu semua menjadikan kepimpinan si ketua itu lebih efektif.

Dalam sebuah hadith Nabi ada menunjukkan bagaimana beliau sebagai pemimpin dan
ketua mengamalkan prinsip sangka baik yang sangat tinggi.

Hadith 'Romeo Bercumbu Di Pinggir Kota'

Pada suatu hari, ada pemuda datang berjumpa Nabi. Dia berkata, “Saya telah
bercumbu dengan perempuan dari pinggir kota. Saya lakukan semuanya, kecuali
bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang, maka hukumlah saya sebagaimana
yang tuan mahukan.” Umar memarahi pemuda itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan
kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengarkan kata-kata Umar itu, Nabi
diam. Pemuda itu pergi dari situ. Nabi menyuruh orang memanggil pemuda itu supaya
datang semula. Kemudian Nabi membacakan kepadanya ayat ini: “Dan dirikanlah solat
pada pagi dan petang, dan pada permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan yang
baik menghapuskan dosa perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang
yang ingat.” Ada lelaki lain di situ bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ayat itu
ditujukan kepada dia seorang saja, ataupun ayat itu ditujukan kepada semua orang?”
Nabi menjawab, “Kepada semua orang.”

- Imam Abu Daud.

----------------

ULASAN

Dalam hadith 'Romeo Bercumbu di Pinggir Kota' Nabi menunjukkan cara yang betul
bagaimana mengamalkan prinsip bersangka baik.

Dalam hadith itu, seorang pendosa datang kepada Nabi dan melaporkan dosa yang
pernah dilakukannya di mana dia pernah bercumbu-cumbu dengan perempuan di
pinggir kota, Nabi pun menerangkan kepada pendosa itu cara membersihkan dirinya
daripada dosanya itu.

Pendosa itu seorang pemuda. Pengetahuan agamanya pun cetek.

Tanda-tanda pengetahuan agama si pendosa itu cetek:

1. Dia mendedahkan aibnya kepada orang lain. Perbuatan itu adalah kesalahan serius.

2. Dia tidak tahu bahawa dia sepatutnya merahsiakan aibnya. Apabila dia sendiri
merahsiakan aibnya, Tuhan akan rahsiakan aibnya itu.

3. Dia sudah insaf dan mahu bertaubat, tetapi dia tidak tahu cara bertaubat yang betul
menurut al-Quran.

4. Dia pandai-pandai meminta Nabi supaya menghukum dirinya. Dia tidak tahu
kesalahan yang dilakukannya itu tidak ada hukumannya di dunia.

5. Dia tidak tahu bahawa Nabi tidak suka-suka menghukum sesiapa yang melakukan
kesalahan yang tidak ada hukumannya di dunia, yang hukumannya nanti dilaksanakan
di akhirat, itupun jika si pendosa tidak bertaubat.

Bagi menyelesaikan masalah pendosa itu Nabi membacakan kepadanya ayat dari al-
Quran: “Dan dirikanlah solat pada pagi dan petang, dan pada permulaan malam.
Sesungguhnya perbuatan yang baik menghapuskan dosa perbuatan yang buruk. Itulah
peringatan bagi orang-orang yang ingat.”

Itu sahaja yang Nabi buat.

1. Nabi tidak cakap apa-apa selain daripada membacakan ayat itu.


2. Nabi tidak memuji pendosa itu kerana sudah insaf dan sudah mahu bertaubat.

3. Nabi juga tidak menasihati pendosa itu. Pemuda itu bukannya datang hendak
meminta nasihat Nabi. Nabi pun tidak menasihati pendosa itu.

4. Pendosa itu datang dengan niat hendak membersihkan dosanya. Nabi pun beritahu
dia cara membersihkan dosanya.

5. Nabi tidak bertanya soalan-soalan yang menunjukkan beliau mempunyai sangkaan


buruk terhadap si pendosa yang cetek pengetahuan agamanya itu.

Contoh soalan bersangka buruk atau su'uzon yang Nabi tidak bertanya kepada
pendosa itu:

a. “Kamu tahukah, apa yang saya baru sebut tadi itu bukannya cakap saya. Itu ayat
suci, tahu? Kamu baca Quran, tak?” (SU'UZON)

b. “Kamu fahamkah apa maksud ayat-ayat yang saya bacakan itu?” (SU'UZON)

c. “Ayat Quran itu suruh kamu solat. Ada banyak jenis solat. Kamu tahukan solat apa
yang dimaksudkan dalam ayat itu?” (SU'UZON)

d. “Kamu ni pandai solat, tak? Buat dosa, kamu pandai. Pasal kamu tidak solatlah maka
kamu suka buat dosa. Kalau kamu solat, tentu kamu takkan berani buat dosa.”
(SU'UZON)

Dalam hadith itu ada seorang lelaki lain yang kebetulan berada di situ. Dia bertanya
kepada Nabi, katanya, “Wahai Rasulullah, apakah ayat itu ditujukan kepada dia
seorang saja, ataupun ayat itu ditujukan kepada semua orang?”

Nabi menjawab pertanyaan lelaki itu dengan berkata, “Kepada semua orang.”
Jawapan Nabi itu juga bersangka baik terhadap lelaki yang bertanya itu. Nabi tidak
bersangka buruk terhadapnya.

Seandainya Nabi bersangka buruk, Nabi akan bertanya balik kepada lelaki itu, contoh
soalan bersangka buruk: “Kenapa kamu tanya? Kamu pun ada buat dosa yang
samakah?”
Bab 30

Nabi Menunjukkan Permintaan yang Ketua Boleh Minta Dari Anak Buahnya

Isu Semasa

Dalam konteks tempat kerja, ada dua isu yang sensitif:

1. Isu orang bawahan memberi hadiah kepada ketuanya.

2. Isu ketua meminta favour dari orang bawahannya.

Dua isu itu boleh menimbulkan kesan-kesan amat negatif ke atas iklim di tempat kerja.

1. Hadiah dan favour dari orang bawahan, biarpun ia kecil dan diberikan dengan hati
ikhlas dengan tidak mengharapkan sebarang balasan, ia tetap boleh menimbulkan
banyak fitnah.

2 Hadiah dan favour yang diberikan oleh orang bawahan kepada ketuanya boleh
menjadi sejenis rasuah.

3. Ia menimbulkan perasaan termakan budi pada pihak ketua.

4. Ia boleh mencipta persepsi negatif di mana si pemberi hadiah itu dipandang sebagai
orang yang pandai membodek ketuanya.

5. Ia boleh merosakkan rasa hormat orang-orang bawahan terhadap integriti si ketua.


Dalam sebuah hadith Nabi ada menunjukkan ciri-ciri permintaan atau favour yang
seseorang ketua boleh minta dari anak buahnya.

Hadith 'Kenang Daku Dalam Doamu'

Umar Al-Khattab melaporkan, katanya: Saya pernah meminta izin dari Rasulullah untuk
pergi umrah, dan beliau memberikan izinnya. Kemudian Rasulullah berkata, “Jangan
lupakan daku dalam doamu, wahai saudaraku.” Kata Umar, “Sungguh, itulah kata-kata
yang lebih menggembirakan saya dibandingkan seandainya saya memiliki seluruh
dunia ini.”

- Imam Abu Daud

-----------------

ULASAN

Dalam hadith 'Kenang Daku Dalam Doamu' itu Nabi menunjukkan jenis permintaan
yang seseorang ketua boleh minta dari orang bawahannya.

Pada masa yang sama dengan membuat permintaan itu Nabi juga membuatkan anak
buahnya sangat gembira.

Nabi adalah ketua. Umar adalah anak buahnya.

Cara Nabi menggembirakan Umar adalah dengan meminta doa dari anak buahnya itu.

Umar pernah meminta izin beliau mahu pergi menunaikan ibadah umrah, Nabi pun
memberi keinzinan.
Selepas itu Nabi meminta supaya semasa Umar berdoa dia ingat kepadanya.

Kata Nabi kepada Umar, “Jangan lupakan daku dalam doamu, wahai saudaraku.”

Permintaan Nabi itu membuat Umar tersangat gembira.

Kata Umar, “Sungguh, itulah kata-kata yang lebih menggembirakan saya dibandingkan
seandainya saya memiliki seluruh dunia ini.”

Ciri-Ciri Doa Sebagai Permintaan

1. Meminta doa tidak menyusahkan orang yang doanya diminta.

2. Doa tidak melibatkan kos.

3. Permintaan doa amat mudah ditunaikan.

4. Permintaan doa tidak membuat si ketua berasa dia termakan budi anak buahnya,
oleh itu dia perlu membalas budi itu.

5. Permintaan doa tidak menimbulkan perasaan cemburu dan iri hati dari orang
bawahan yang lain.

6. Permintaan doa tidak mencipta anggapan serong dan fitnah dari anak buah lain.

7. Permintaan doa membuat orang yang doanya diminta itu berasa dirinya istimewa di
mata ketuanya. Itu menaikkan self-esteem si anak buah.

8. Permintaan doa itu adalah sejenis pujian dan pengiktarafan kepada si anak buah.
9. Permintaan doa mengeratkan lagi hubungan baik yang sudah sedia baik antara
ketua dan anak buahnya.

SOP Meminta Doa Dari Orang Bawahan

1. Ketua meminta doa itu dalam situasi ini private, maksudnya tidak ada orang lain ada
di situ.

2. Tidak memberitahu doa apa yang dimintanya.

3. Biar anak buah yang berfikir sendiri doa apa yang dia mahu minta untuk ketuanya.
Bab 31

Baginilah Caranya Bagaimana Orang-Orang Baik Boleh Pula Mereka Itu Menolong
Kerja-Kerja Syaitan

Isu Semasa

Ekonomi berkembang pesat, namun pada masa yang sama pelbagai masalah sosial
juga berkembang pesat.

Situasi itu menjadi cabaran kepada mereka yang bergiat dalam aktiviti membantu
golongan bermasalah supaya mereka berubah.

Bagi sesetengah orang, semakin mereka cuba hendak menolong dan mengubah
golongan bermasalah itu, semakin golongan bermasalah itu membenci mereka dan
menjauhi mereka.

Dalam sebuah hadith Nabi menunjukkan bagaimana orang baik mungkin tidak sangka
bahawa sebenarnya dia membantu kerja-kerja syaitan.

Hadith 'Orang Baik Menolong Syaitan'

Abu Hurairah melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki peminum arak dibawa ke
hadapan Nabi.

Nabi berkata, “Pukul dia.”


Abu Hurairah melaporkan lagi, ada sebahagian orang yang berada di situ memukul
lelaki itu menggunakan tangannya, ada yang memukul menggunakan seliparnya, ada
yang memukul menggunakan bajunya.

Apabila hukuman seslesai dijalankan, ada orang berkata, “Moga-moga Allah


merendahkan kamu!”

Mendengar kata-kata itu Nabi berkata, “Jangan cakap begitu, kamu menolong syaitan
menguasai dirinya.

- Sahih Bukhari

--------------

ULASAN

Hadith 'Orang Baik Menolong Syaitan' menerangkan mengapa kita tidak boleh
mengutuk orang yang melakukan dosa.

Meminum arak adalah salah satu dosa yang termasuk dalam dosa hudud.

Dalam hadith itu ada seorang yang berkata kepada seorang peminum arak: “Moga-
moga Allah merendahkan kamu!”

Kata-katanya itu adalah doanya. Dia itu berdoa supaya Allah merendahkan si peminum
arak itu.

Nabi berkata kepada si pengutuk itu: “Jangan cakap begitu, kamu menolong syaitan
menguasai dirinya."
Nabi adalah seorang yang sangat baik. Beliau menyantuni golongan pendosa dengan
adab-adab yang baik. Hasilnya, para pendosa itu berubah menjadi baik.

Pada masa ini, banyak orang berasa diri mereka sudah sangat baik. Mereka
memandang rendah terhadap golongan pendosa.

Mereka menegur, mengkritik, mengutuk, membenci. malah boleh sampai memusuhi


golongan pendosa.

Mereka mengucapkan kata-kata yang menghina golongan itu.

Apabila orang baik suka mengkritik dan mengutuk golongan pendosa, akibatnya
golongan pendosa itu membenci dan menjauhi orang-orang baik.

Biarpun mereka itu baik, mereka dibenci.

Syaitan bekerja menyesatkan manusia. Apabila golongan pendosa tidak mahu


berkawan dengan orang-orang baik, maka mudahlah kerja-kerja syaitan memujuk
golongan pendosa itu supaya terus berbuat dosa.

Begitulah caranya bagaimana orang-orang baik boleh menolong kerja-kerja syaitan.


Bab 31

Baginilah Caranya Bagaimana Orang-Orang Baik Boleh Pula Mereka Itu Menolong
Kerja-Kerja Syaitan

Isu Semasa

Ekonomi berkembang pesat, namun pada masa yang sama pelbagai masalah sosial
juga berkembang pesat.

Situasi itu menjadi cabaran kepada mereka yang bergiat dalam aktiviti membantu
golongan bermasalah supaya mereka berubah.

Bagi sesetengah orang, semakin mereka cuba hendak menolong dan mengubah
golongan bermasalah itu, semakin golongan bermasalah itu membenci mereka dan
menjauhi mereka.

Dalam sebuah hadith Nabi menunjukkan bagaimana orang baik mungkin tidak sangka
bahawa sebenarnya dia membantu kerja-kerja syaitan.

Hadith 'Orang Baik Menolong Syaitan'

Abu Hurairah melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki peminum arak dibawa ke
hadapan Nabi.

Nabi berkata, “Pukul dia.”


Abu Hurairah melaporkan lagi, ada sebahagian orang yang berada di situ memukul
lelaki itu menggunakan tangannya, ada yang memukul menggunakan seliparnya, ada
yang memukul menggunakan bajunya.

Apabila hukuman seslesai dijalankan, ada orang berkata, “Moga-moga Allah


merendahkan kamu!”

Mendengar kata-kata itu Nabi berkata, “Jangan cakap begitu, kamu menolong syaitan
menguasai dirinya.

- Sahih Bukhari

--------------

ULASAN

Hadith 'Orang Baik Menolong Syaitan' menerangkan mengapa kita tidak boleh
mengutuk orang yang melakukan dosa.

Meminum arak adalah salah satu dosa yang termasuk dalam dosa hudud.

Dalam hadith itu ada seorang yang berkata kepada seorang peminum arak: “Moga-
moga Allah merendahkan kamu!”

Kata-katanya itu adalah doanya. Dia itu berdoa supaya Allah merendahkan si peminum
arak itu.

Nabi berkata kepada si pengutuk itu: “Jangan cakap begitu, kamu menolong syaitan
menguasai dirinya."
Nabi adalah seorang yang sangat baik. Beliau menyantuni golongan pendosa dengan
adab-adab yang baik. Hasilnya, para pendosa itu berubah menjadi baik.

Pada masa ini, banyak orang berasa diri mereka sudah sangat baik. Mereka
memandang rendah terhadap golongan pendosa.

Mereka menegur, mengkritik, mengutuk, membenci. malah boleh sampai memusuhi


golongan pendosa.

Mereka mengucapkan kata-kata yang menghina golongan itu.

Apabila orang baik suka mengkritik dan mengutuk golongan pendosa, akibatnya
golongan pendosa itu membenci dan menjauhi orang-orang baik.

Biarpun mereka itu baik, mereka dibenci.

Syaitan bekerja menyesatkan manusia. Apabila golongan pendosa tidak mahu


berkawan dengan orang-orang baik, maka mudahlah kerja-kerja syaitan memujuk
golongan pendosa itu supaya terus berbuat dosa.

Begitulah caranya bagaimana orang-orang baik boleh menolong kerja-kerja syaitan.


Bab 33

Beginilah Cara Nabi Mendorong Anak Buahnya Melakukan Kebaikan Untuk Orang Lain

Isu Semasa

Di negara yang maju dan kaya-raya, penduduknya mengamalkan nilai-nilai dan sikap
sivik yang tinggi. Hasilnya negara mereka amat bersih dan indah sehingga banyak
pelancong suka datang.

Salah satu tugas dan tanggungjawab pemimpin adalah memupuk nilai-nilai dan sikap
sivik dalam kalangan mereka yang berada di bawah kepimpinannya.

Dalam masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan sikap sivik yang tinggi, mereka
secara sukarela melakukan perkara-perkara yang memudahkan dan menguntungkan
semua orang.

Contoh sikap dan tingkah-laku sivik:

1. Memelihara alam sekitar.

2. Menjaga kebersihan tempat-tempat awam.

3. Menjaga keselamatan harta dan kemudahan awam.

4. Mematuhi undang-undang.
Dalam dunia bisnes, apabila pekerja kita mengamalkan nilai-nilai dan sikap sivik yang
tinggi di tempat kerja, harta syarikat tidak selalu rosak, kos senggaraan rendah,
pengeluan berjalan lancar, pembaziran berkurangan, hubungan baik sesama pekerja
terpelihara, dan kepuasan bekerja juga tinggi.

Dalam cara tradisional, apabila pemimpin dan ketua mahu menggalakkan anak-anak
buahnya melakukan perbuatan yang baik, mereka menerangkan alasan-alasan yang
logikal, yang sangat masuk akal.

Sebagai contoh, apabila majikan menyuruh pekerja supaya mematikan semua suis
lampu, kipas, dan penghawa dingin sebelum pulang, majikan akan terangkan mengapa
perkara itu mesti dilakukan. Antara alasan logikal yang diberikan adalah penjimatan bil
elektrik.

Dalam teori daya pengaruh, alasan-alasan logikal tidak berapa berpengaruh.

Apabila pekerja tidak patuh pada suruhan itu, majikan menggunakan peraturan disiplin,
ancaman, dan hukuman.

Ada suatu hadith yang menunjukkan bagaimana Nabi mendorong anak-anak buahnya
supaya mereka bersikap sivik, yakni mereka mahu secara sukarela melakukan
kebaikan untuk orang-orang lain.

Hadith 'Bersenang-senang di Syurga'

Abu Hurairah melaporkan Nabi pernah berkata: “Saya nampak ada seorang yang
masuk syurga dan bersenang-senang di sana disebabkan dia pernah membuang
batang kayu yang mengganggu perjalanan orang-orang Islam.” - Sahih Muslim

------------------

ULASAN
Dalam hadith 'Bersenang-Senang di Syurga' Nabi mendorong anak-anak buahnya
supaya mereka menjaga keselamatan jalan dengan menggunakan cerita.

Cerita yang Nabi gunakan adalah cerita berkenaan apa yang beliau pernah nampak.

Nabi memberitahu anak-anak buahnya, beliau pernah nampak seorang yang masuk
syurga dan bersenang-senang di sana disebabkan dia pernah membuang batang kayu
yang mengganggu perjalanan orang.

Sifat manusia tidak suka disuruh-suruh. Dalam hadith itu Nabi tidak terus menyuruh
anak-anak buahnya jikalau mereka nampak ada batang kayu di jalan supaya mereka
buang batang kayu itu.

Nabi tidak menyuruh dengan menerangkan alasan-alasan yang logikal di sebalik


perkara yang beliau suruh itu.

Sifat manusia suka mendengar cerita. Dalam istilah modern hari ini, Nabi menggunakan
kaedah story-telling. Nabi bercerita kepada mereka.

Ciri-ciri cerita yang Nabi gunakan:

1. Cerita itu adalah cerita benar, bukan cerita yang dibuat-buat.

2. Dalam cerita benar itu Nabi melaporkan tentang suatu perkara yang dia pernah
nampak.

3. Nabi tidak menggunakan cerita tentang dirinya sendiri. Maksudnya, walaupun Nabi
sendiri adalah seorang yang banyak melakukan kebaikan untuk orang-orang lain, beliau
tidak menggunakan dirinya sebagai contoh.

4. Nabi menggunakan cerita orang lain. Beliau menggunakan cerita seorang yang
pernah membuang batang kayu di jalan, dan sebagai balasannya dia masuk syurga.
5. Cerita itu adalah tentang kerja kecil yang amat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja,
iaitu kerja membuang batang kayu di jalan.

6. Cerita itu adalah tentang ganjaran besar yang diterima, iaitu orang itu dapat masuk
syurga atas kerja kecil yang dilakukannya itu.

7. Kebaikan yang dibuat oleh orang itu adalah jenis yang memudahkan kerja orang-
orang lain, iaitu dengan membuang dahan kayu di jalan.
Bab 34

APLIKASI TEKNIK NABI DALAM KEPIMPINAN POLITIK

Isu Semasa

Ahli-ahli politik sentiasa bermain dengan strategi dan taktikal.

Pemimpin-pemimpin politik pada peringkat atasan mesti mempunyai penasihat dalam


hal-hal strategi politik.

Tugas ahli-ahli strategi politik:

1. Membaca dan memahami strategi dan taktikal pihak-pihak lawan.

2. Mendesain strategi dan taktikal politik untuk kegunaan sendiri.

Salah satu aplikasi hadith adalah dalam bidang mendesign strategi dan taktikal politik.
Pada masa ini bidang ini belum digali dengan mendalam dan meluas.
Ahli-ahli politik yang beragama Islam tidak mempunyai panduan praktikal yang mudah
dan jelas dari hadith.

Panduan praktikal seperti itu diperlukan dalam menjalankan kerja-kerja rutin yang
mereka jalankan sebagai ahli politik.

Nabi adalah seorang pemimpin yang mengamalkan prinsip persahabatan inklusif.


Maksud inklusif adalah 'terima semua'.

Antara sahabat-sahabat Nabi:

1. Ada golongan pelaku dosa-dosa berat.

2. Ada bekas-bekas musuh perangnya.

3. Malah ada orang munafik.

Dalam suatu hadith, ada direkodkan kisah salah seorang sahabat yang rapat dengan
Nabi adalah seorang penagih arak.

Meskipun ayat al-Quran yang mengharamkan arak sudah turun, sahabat Nabi itu masih
belum berhenti meminum arak.

Hadith 'Si Himar'

Umar al-Khattab melaporkan, katanya: Ada seorang lelaki bernama Abdullah. Nama
jolokannya 'Si Himar'. Dia selalu membuat Nabi ketawa. Nabi pernah mengenakan
hukuman pukul kepadanya atas kesalahan minum arak. Pada suatu hari Abdullah
dibawa ke hadapan Nabi atas kesalahan minum arak. Nabi pun memukul dia. Melihat
itu ada seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke
hadapan Nabi.” Nabi berkata, “Jangan kutuk dia. Demi Allah, saya tahu dia mencintai
Allah dan Rasulnya.” - Sahih Bukhari
Aplikasi Dalam Kepimpinan Politik

Prinsip kempimpinan inklusif sangat penting dalam amalan politik modern. Prinsip ini
dijadikan strategi utama bagi mengumpulkan penyokong.

Dalam sistem demokrasi, setiap orang berhak mengundi. Untuk menang dalam
pilihanraya, ahli politik perlukan setiap undi.

Undi pendosa sama nilainya dengan undi ulamak. Satu ulamak satu undi. Satu
pendosa satu undi juga.

Ahli politik perlukan undi semua orang. Bermakna ahli-ahli politik perlu disukai dan
disokong oleh semua jenis orang, termasuk disukai oleh golongan pendosa berat.

Bagi memenangi kerusi dalam pilihanraya, ahli-ahli politik modern perlu mengamalkan
prinsip kepimpinan inklusif sebagaimana yang Nabi sendiri amalkan.

Bagi mendapatkan undi dari golongan pendosa, buat macam yang Nabi buat.

1. Tidak mengutuk golongan pendosa.

2. Mendekati dan menyantuni golongan pendosa.

3. Bergaul baik dan mesra dengan pendosa.

Apabila ada sesiapa mengutuk golongan pendosa, cakap dan beritahu mereka supaya
jangan mengutuk pendosa. Itulah yang Nabi buat.
Dalam hadith 'Si Himar' apabila ada orang mengutuk Si Himar, Nabi berkata kepada si
pengutuk itu: “Jangan kutuk dia. Demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan
Rasulnya.”

Dalam politik modern, undi golongan pendosa sangat penting.

1. Jumlah ulamak tidak banyak, justeru undi mereka tidak banyak.

2. Jumlah pendosa banyak, justeru undi mereka banyak.

3. Jumlah pengundi bukan Islam banyak.

Dalam strategi politik modern, sokongan dan undi dari golongan pendosa mampu
menentukan kemenangan dalam pilihanraya.

Ada 2 fasa transformasi dalam strategi kepimpinan inklusif yang Nabi amalkan:

FASA 1: Mula-mula bawa semua orang masuk.

FASA 2: Jalankan proses mentransformasi mereka supaya perlahan-lahan mereka


mahu berubah daripada gaya hidup tidak sihat kepada gaya hidup yang sihat.
Bab 35

Nabi Tidak Menegur Orang Yang Melakukan Kesilapan

Isu Semasa

Di sekeliling kita ada banyak orang yang melakukan kesilapan. Hal itu menimbulkan
perasaan serba-salah.

Apakah kita perlu tegur kesilapan itu ataupun kita diam sahaja. Apabila ditegur,
meskipun niat kita baik, akibatnya belum tentu baik.

Ada risiko sosial apabila kita menegur kesilapan orang. Orang itu mungkin tidak suka,
lalu dia menjauhkan dirinya daripada kita. Hubungan yang sebelumnya baik menjadi
renggang.

Manusia tidak suka dirinya ditegur, dikritik, dan dikatakan salah. Perkara itu
menjatuhkan self-esteem atau air mukanya.

Ada banyak panduan membetulkan kesilapan orang lain yang diterangkan dalam buku-
buku komunikasi tulisan pakar-pakar Barat.
Di sebalik teknik-teknik komunikasi Barat itu adalah prinsip menegur kesilapan dengan
cara-cara yang tidak merosakkan hubungan baik.

Antara prinsip komuniukasi Barat yang amat praktikal adalah prinsip memisahkan diri
orang yang melakukan kesilapan itu dengan kesilapan yang dilakukannya.

Dalam prinsip Barat itu kita jangan hendak membetulkan diri orang yang melakukan
kesilapan itu. Kita betulkan kesilapannya sahaja.

Prinsip Barat itu bunyinya macam mudah, namun banyak orang tidak dapat
memisahkan dua perkara itu, yakni diri orang itu dan kesilapan orang itu.

Teknik Barat itu bagus, namun ia teknik yang sukar hendak diamalkan.

Walaupun niat kita baik semasa mahu membetulkan kesilapan orang itu, tetapi apabila
kita bercakap, cakap kita itu masih ditujukan kepada diri orang itu. Lalu orang itu tidak
suka dirinya kita tegur, dia berkecil hati, dia rasa dirinya dimalukan, maruahnya jatuh.

Contoh aplikasi teknik Barat:

“Kamu salah.” (SALAH)


“Cara itu salah.” (BETUL)

“Kamu bodoh.” (SALAH)


“Cara itu tak betul.” (BETUL)

“Kamu tak tak tahukah?” (SALAH)


“Sebenarnya begini....” (BETUL)

“Itulah kesilapan kamu.” (SALAH)


“Itu silap.” (BETUL)

“Kamu terlalu baik hati sangat.” (SALAH)


“Bukan begitu caranya.” (BETUL)

“Kamu jangan buat macam itu lagi.” (SALAH)


“Lain kali tukar cara itu.” (BETUL)

“Takkan itu pun kamu tak boleh fikir sendiri.” (SALAH)


“Lain kali tanya dulu.” (BETUL)

Dalam suatu hadith, Nabi menunjukkan cara membetulkan kesilapan orang.

Dibandingkan dengan teknik Barat yang sukar diamalkan, teknik Nabi dalam hadith itu
amat mudah. Teknik Nabi lebih mudah daripada teknik Barat.

Hadith 'Thufail Gagal Berdakwah'

Abu Hurairah melaporkan, pada suatu hari Thufail bin Amr al-Dawsi dan beberapa
orang rakan-rakannya datang berjumpa Nabi.

Thufail berkata, “Wahai Rasulullah, orang-orang suku Daus menolak ajaran tuan.
Mohonlah supaya Allah binasakan mereka.”

Orang-orang lain yang ada di situ berkata, “Binasalah suku Daus!”

Nabi berkata, “Ya Allah, berilah kepada suku Daus itu pentunjuk, dan bukalah hati
mereka supaya masuk Islam.”
- Sahih Bukhari

ULASAN

Hadith 'Thufail Gagal Berdakwah' menunjukkan cara yang betul apabila ketua membuat
respon kepada anak buahnya yang sudah melakukan kesilapan.

Dalam hadith itu, Thufail bin Amr al-Dawsi cuba mengajak suku Daus supaya masuk
Islam, tetapi dia gagal. Apabila dia gagal, dia minta supaya Nabi berdoa minta Allah
binasakan suku Daus. Nabi tidak memenuhi permintaan Thufail itu.

Ciri-Ciri Kesilapan Thufail

1. Tujuan Thufail dan rakan-rakannya itu betul dan bagus, yakni mereka mahu suku
Daus masuk Islam. Tetapi mereka gagal mencapai tujuan itu.

2. Apabila Thufail gagal mencapai tujuannya, dia kecewa, lalu dia mahu suku Daus
dibinasakan.

3. Apabila dakwahnya gagal dia menyalahkan suku Daus. Thufail tidak menyalahkan
cara dia berdakwah yang gagal itu.

4. Thufail tidak tahu bahawa perbuatannya meminta Nabi berdoa supaya Allah
binasakan suku Daus itu adalah salah.

Respon Nabi Kepada Kesilapan Thufail

1. Nabi tidak menegur kesilapan Thufail.

Contohnya, Nabi tidak berkata kepada Thufail:


“Kamu tak betul.” (SALAH)
“Kamu salah.” (SALAH)
“Yang kamu minta itu, salah. Tak betul tu.” (SALAH)
“Kamu yang tak pandai berdakwah. Cara dakwah kamu yang tak betul, itu sebab
mereka tak mahu masuk Islam. Betulkan cara kamu berdakwah.” (SALAH)

2. Nabi tidak pula memberitahu Thufail bahawa perbuatannya itu salah.

Contohnya, Nabi tidak berkata kepada Thufail:

“Doa macam itu haram.” (SALAH)


“Permintaan macam itu salah.” (SALAH)
“Meminta Allah membinasakan orang adalah salah.” (SALAH)
“Kamu tak tahukah, kita tidak boleh berdoa supaya Allah hukum orang lain. Hukumnya
haram.” (SALAH)

3. Nabi terus sahaja berdoa dengan suara kuat supaya suku Daus diberi petunjuk oleh
Allah dan mereka masuk Islam. Doa Nabi: “Ya Allah, berilah kepada suku Daus itu
pentunjuk, dan bukalah hati mereka supaya masuk Islam.”

4. Kuatnya suara Nabi berdoa sehingga Abu Hurairah pun dapat mendengar doa Nabi
itu, maka dapat diandaikan Thufail pun tentu dapat mendengarnya. Itulah cara Nabi
memberitahu Thufail cara betul berdakwah.

SOP Membetulkan Kesilapan Orang

1. Jangan beritahu orang itu bahawa perkara yang dilakukannya itu silap.

2. Terus sahaja tunjukkan cara yang betul.


Dihantar pada 8/11/2020

HADITH PSIKOLOGI 36

Inilah yang Nabi Lakukan Kepada Anak Buahnya yang Marah-Marah pada Alat
Kerjanya

Isu Semasa

Salah satu tugas pemimpin dan ketua adalah mengambil tindakan disiplin ke atas anak
buah dan orang bawahan yang melakukan kesalahan.

Tugas menegur adalah tugas yang sukar. Fitrah manusia tidak suka ditegur oleh
ketuanya.

Teguran menjatuhkan self-esteem dan maruah orang yang ditegur. Oleh itu teguran
mudah merosakkan hubungan baik.

Banyak ketua ambil sikap tutup sebelah mata apabila mereka nampak anak buahnya
melakukan kesilapan.

Apabila ketua tidak mahu menegur disebabkan dikhuatiri teguran itu merosakkan
hubungan baik dengan anak buah dan orang bawahan, inilah kesan-kesan negatifnya:

1. Ketua itu dipandang sebagai ketua yang lemah, tidak tegas, oleh anak-anak
buahnya.
2. Anak buah dan orang-orang bawahan kurang menghormati si ketua.

3. Kepimpinannya tidak berkesan.

4. Disiplin di tempat kerja tidak bertambah baik.

Dalam sebuah hadith Nabi menunjukkan cara menegur dan menghukum ke atas
seseorang yang melakukan kesilapan.

Tajuk hadith: 'Perempuan Marah Pada Untanya'

Imran bin Husain melaporkan, katanya: Ketika Nabi dalam suatu perjalanan, ada
seorang perempuan Ansar yang menunggang unta. Perempuan itu tidak puas hati
dengan untanya, lalu dia mengutuk untanya itu. Kata-katanya itu didengari oleh Nabi,
lalu beliau berkata, "Turunkan muatan unta itu, biarkan unta itu terkutuk." Kemudian
saya tengok perempuan itu seolah-olah dia sedang berjalan tanpa ada sesiapa pun
yang peduli padanya. - Sahih Muslim

-----------------

ULASAN

Dalam hadith 'Perempuan Marah Pada Untanya' itu seorang perempuan menunggang
unta. Jadi, unta itu adalah alat kerjanya.

Perempuan itu tidak puas hati dengan alat kerjanya, kemudian dia marah-marah pada
alat kerjanya itu.
Nabi tidak setuju pada perbuatan perempuan itu. Buktinya, beliau suruh orang supaya
menurunkan perempuan itu dari atas untanya.

Perkara yang Nabi Tidak Lakukan

1. Meskipun Nabi tidak suka perkara yang dilakukan oleh perempuan itu, Nabi diam
sahaja tidak bercakap kepada perempuan itu.

2. Walaupun tidak suka, Nabi tidak menegur perempuan itu atas perbuatannya
mengutuk unta tunggangannya.

3. Nabi tidak menyuruh orang lain supaya menegur kesilapan perempuan itu.

4. Nabi tidak menasihati perempuan itu supaya jangan marah-marah pada untanya.

5. Nabi mahu supaya perempuan itu diturunkan dari atas untanya, tetapi Nabi tidak
menurunkan sendiri perempuan itu. Beliau suruh orang lain melakukannya.

6. Perempuan itu tidak diberitahu kenapa dia diturunkan dari atas untanya.

7. Perempuan itu tidak diberitahu atas arahan siapa maka dia diturunkan dari atas
untanya.

8. Nabi tidak beritahu alasan kenapa beliau mahu perempuan itu diturunkan dari atas
untanya.

Ciri-Ciri Kesalahan
1. Kesalahan itu jenis kesalahan teknikal yang kecil, bukan kesalahan yang berat dan
serius.

2. Kesalahan itu dilakukan oleh orang kecil.

3. Kesalahan itu bukan jenis jenayah.

4. Kesalahan itu datang dari kelemahan pada perangai peribadi, bukan datang dari niat
jahat.

5. Pelaku kesalahan itu perempuan.

Perkara yang Nabi Lakukan

1. Nabi nampak kesalahan itu tetapi Nabi diam.

2. Nabi tidak membiarkan kesalahan itu.

3. Nabi mengenakan tindakan disiplin ke atas kesalahan itu.

4. Nabi tidak memberitahu si pesalah apa kesalahan yang telah dilakukannya.

Kelebihan Teknik Nabi

Dalam peristiwa itu, walaupun Nabi tidak suka apa yang dia tengok, namun sebagai
seorang ketua Nabi diam sahaja tidak bercakap secara direct kepada perempuan itu.
Perempuan itu tidak sangka bahawa ketuanya tidak menyukai perbuatannya itu. Dia
sangka Nabi tidak nampak perangai buruknya.

Perempuan itu tidak tahu bahawa ketuanya yang mengarahkan supaya dirinya
diturunkan dari unta tunggangannya sehingga dia terpaksa berjalan kaki.

Perempuan itu tidak tahu bahawa ketuanya ternampak apa yang dilakukannya dan
ketuanya tidak menyukai perangai buruknya itu.

Atas asbab perempuan itu tidak sangka ketuanya telah nampak kecacatan pada
personalitinya, maka dia tidak berasa maruahnya jatuh.

Walaupun perempuan itu tidak diberitahu atas alasan apa dia diturunkan dari atas unta
tunggangannya, dia boleh fikir sendiri.

1. Dengan itu Nabi tidak menjatuhkan maruah perempuan itu.

2. Dengan itu hubungan baik antara Nabi sebagai ketua dan perempuan itu sebagai
anak buahnya tidak terjejas.
Bab 37

Nabi tidak Memuji Idea Ciptaan Orang Besar

Isu Semasa

Syarikat ataupun organisasi yang tidak kreatif tidak mampu survive. Mereka akan
terpukul oleh pesaing yang kreatif. Pemimpin dan ketua-ketua mesti kreatif dan
mempunyai anak-anak buah yang berfikiran kreatif juga.

Dalam syarikat dan organisasi yang tidak kreatif, inilah yang banyak berlaku:

1. Semua idea datang dari otak ketua atau pemimpin. Jika ketua tidak memikirkan idea-
idea baru maka tidaklah ada idea baru.

2. Staff ataupun anak-anak buah cuma menjalankan idea yang diberikan oleh ketua-
ketua.

3. Staff dan anak-anak buah yang berkelulusan tinggi pun macam tidak berminat
berfikir secara kreatif. Mereka macam malas berfikir. Mereka cuma tunggu arahan
ketua sahaja.

4. Mereka mungkin mempunyai idea yang bagus, tetapi mereka tidak mahu
mengemukakan idea mereka kepada ketua.

Dalam amalan lazim sekarang, apabila pegawai tinggi mencipta idea yang bagus dan
kreatif, ketua memuji-muji idea itu dan sekaligus memuji si pencipta idea itu.
Manakala idea-idea dan cadangan orang-orang bawahan jarang sekali diterima oleh
pucuk pimpinan.

Dalam sebuah hadith Nabi menunjukkan cara yang betul membuat respon kepada idea
yang dicipta oleh Umar, iaitu sahabat karibnya yang mempunyai kedudukan tinggi.

Hadith 'Bilal Baca Azan'

Abdullah bin Umar melaporkan, katanya: Semasa orang Islam dari Mekah baru tiba di
Madinah, mereka berkumpul sementara menunggu masuknya waktu solat. Pada masa
itu belum ada cara memanggil orang supaya solat. Pada suatu hari mereka berbincang
perkara itu. Ada yang mencadangkan, “Gunakan loceng macam orang Kristian.” Ada
yang mencadangkan, “Gunakan trompet tanduk, macam orang Yahudi.” Umar
mencadangkan, “Bagaimana kalau disuruh seorang lelaki supaya dia melaungkan
panggilan azan?” Nabi berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkanlah panggilan
azan.” - Sahih Muslim

Ulasan

Dalam hadith 'Bilal Baca Azan' itu, sekumpulan pengikut Nabi duduk bermesyuarat ala-
ala sesi brainstroming. Nabi juga ada hadir dalam mesyuarat itu.

Agenda mesyuarat itu adalah mencari solusi untuk suatu masalah teknikal. Masalah itu
adalah bagaimana hendak memberitahu orang ramai bahawa waktu solat sudah
masuk, dan sekaligus mengajak mereka datang ke masjid.

Dalam mesyuarat itu ada orang-orang kecil dan ada orang besar. Ada dua orang kecil
yang mengemukakan idea mereka. Ada seorang orang besar yang mengemukakan
ideanya. Orang besar itu adalah Umar al Khattab.

Dua orang kecil itu mengemukakan idea masing-masing di mana idea yang mereka
kemukakan itu bukan idea original. Seorang mengemukakan idea supaya meniru
amalan dalam agama Kristian. Seorang lagi mengemukakan idea supaya meniru
amalan agama Yahudi. Bermakna idea mereka itu dipinjam dari idea yang sudah
digunakan dalam agama Kristian dan agama Yahudi.

Nabi memilih idea azan ciptaan Umar al Khattab. Terbukti idea itu sungguh pintar dan
bijaksana. Sudah lebih seribu empat ratus tahun, idea itu masih digunakan sampai hari
ini.

Hadith 'Bilal Baca Azan' menunjukkan:

1. Mencipta idea-idea kreatif adalah salah satu cara pengurusan gaya Nabi.

2. Menyelesaikan masalah orang ramai dengan menggunakan solusi kreatif adalah


cara Nabi.

3. Ketua mendorong anak-anak buahnya supaya berfikir secara kreatif adalah sunnah.

4. Ketua bersama-sama dengan anak buah menjalankan sesi group thinking adalah
sunnah.

Dalam hadith 'Bilal Baca Azan' itu, Umar al Khattab mengemukakan idea yang original
dan idea itu sangat praktikal, iaitu idea azan bagi memanggil orang ramai supaya
datang solat di masjid.

Dibandingkan dengan idea loceng dan idea trompet, idea azan mempunyai banyak
kelebihan:

1. Menakala idea loceng dan trompet mempunyai kos pembuatan, khususnya idea
loceng yang kosnya sangat tinggi, sebaliknya idea azan tidak mempunyai kos
pembuatan langsung.
2. Tidak seperti loceng dan trompet yang boleh rosak, oleh itu memerlukan kos
senggaraan, azan tidak memerlukan bajet senggaraan sama sekali disebabkan azan
tidak mungkin rosak.

Meskipun Umar mengemukakan idea yang sangat kreatif, mudah, dan murah, namun
Nabi tidak mengucapkan walaupun sepatah perkataan bagi memuji idea Umar itu.

Bagi pihak Umar pula, walaupun beliau macam tidak diberi pengiktirafan sebagai
pencipta idea yang brilliant, tidak pula beliau menyatakan kekecewaannya.

SOP menjalankan sesi brainstorming:

1. Dalam menyelesaikan masalah, Nabi menggunakan solusi kreatif, yakni solusi yang
belum pernah digunakan orang sebelumnya. Idea azan adalah idea original, bukan idea
pembaikan daripada mana-mana idea lain.

2. Nabi tidak meminjam solusi yang sudah pernah digunakan oleh pesaing.

3. Meskipun Nabi memilih idea yang terbaik, tetapi beliau tidak memuji kelebihan-
kelebihan idea itu.

4. Tidak memuji kepintaran orang yang mencipta idea itu yakni Umar Al Khattab.
Sendainya Nabi memuji kepintaran Umar, mereka yang ideanya ditolak akan terasa.

5. Nabi tidak membandingkan idea yang bagus dengan idea-idea lain yang kurang
bagus.

6. Nabi tidak merendah-rendahkan idea yang ditolak dengan menerangkan alasan


mengapa idea-idea itu tidak sesuai diterima.

Anda mungkin juga menyukai