Anda di halaman 1dari 21

Combat Custom Crawler

Salam RC,
Artikel ini di buat berdasarkan hobi aku terhadap RC,
Isi artikel ini dari semua informasi mengenai RC yang
sudah ada di website-website, dari kawan kawan
senior RC dan ada juga dari pengalaman aku sendiri.
Setiap konten yang dimasukkan adalah rangkuman
dari semua sumber sumber tersebut.

RC = Radio Control
Banyak orang yang keliru dengan menyebut Remote
Control, yang benar istilah disini adalah Radio
Control, ertinya ada suatu controllers (pengendali) dan
controlled (yang dikendalikan) yang menggunakan
gelombang Radio, dulunya controller & controlled
menggunakan gelombang AM / FM sebelum diinovasi
menjadi gelombang 2,4ghz.

Istilah remote control juga sering disingkat menjadi


“remote” saja. Remote juga dikenali pada istilah
“controller”, “donker”, “doofer”, “zapper” “click-buzz”, “box”, “flipper”, “zippity”, “clicker”, or
“changer”. Pada umumnya, pengendali jarak jauh digunakan untuk memberikan perintah dari jauh kepada
televisi atau barang-barang elektronik lainnya seperti sistem stereo dan DVD. Remote control untuk
peralatan ini biasanya berupa benda kecil tanpa wayar yang dipegang dalam tangan dengan beberapa
butang untuk menyesuaikan berbagai fungsi, seperti misalnya saluran televisi, nombor trek, dan volume
suara. Malah, pada kebanyakan peranti moden dengan kontrol seperti ini, remote controlnya memiliki
segala kontrol fungsi sementara peralatan yang dikendalikan itu sendiri hanya mempunyai sedikit kontrol
utama yang asas. Kebanyakan remote berkomunikasi dengan peralatannya masing-masing melalui signal
infra merah dan beberapa saja melalui signal radio. Remote control biasanya menggunakan baterai AAA
yang kecil atau AA.
Dengan kata lain Remote Control tidak selalu menggunakan signal radio sebagai media komunikasi
antara peralatan, ada juga mengunakan infra merah (IR) atau Bluetooth

RECEIVER
Receiver merupakan penangkap isyarat yang kita berikan dari
remote (Transmitter) supaya dapat control rc tanpa kabel
sesuai dengan keinginan korang . Receiver berfungsi
mengawal ESC dan servo secara elektronic untuk menjalankan
fungsinya. Umumnya setiap jenama remote mempunyai
receivernya sendiri dan cara binding yang berbeza.

receiver
Binding plug

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

RECEIVER CHANNEL

Setiap receiver mempunyai beberapa channel (ch) diantara 1-12 ch mengikut kehendak dan keperluan
korang dan mempunyai 1 slot untuk power supply/output (vcc), umumnya untuk rc crawler ni kita
memerlukan minimum 2ch, seperti yang aku katakana tadi mengikut keperluan korang, kalau banyak
accessori yang korang pakai untuk di control, maknanya lagi banyak ch yang korang perlukan.
gambarajah dibawah ini menunjukkan contoh fungsi receiver 3channel yang ada pada receiver secara
umumnya.

Channel 1 :servo/steering
Channel 2 : esc/ throttle
Channel 3 : extra/bind plug
Vcc : power supply/output

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

BINDING RECEIVER
Apa itu bind?
Binding ialah proses konfigurasi remote supaya dapat berkomunikasi dengan
Receiver korang. Ini adalah prosedur yang harus korang lakukan biasanya
setelah korang membeli remote baru atau receiver baru, jika tiada masalah
seperti glitch prosedur ini hanya perlu korang lakukan hanya sekali sahaja.
Receiver yang lain pada sistem remote yang sama perlu prosedur konfigurasi
yang berbeza. Binding plug/jumper
Proses binding
1. Pastikan remote dan esc off
2. Masukkan binding plug/jumper ada ch3
3. On esc dan led pada receiver akan berkelip laju menandakan receiver sedia untuk di bind
4. Tekan butang bind pada remote (jangan lepas) sambal hidupkan (on) remote
5. Led pada receiver akan kekal menyala menandakan receiver sudah di bind
6. Sekarang off kedua dua remote dan esc
7. Cabut binding plug/jumper dan pastikan semua connector servo dan esc dalam keadaan sedia
8. Boleh on semula dan proses binding korang telah Berjaya.
9.
Lipo Buzzer

Kenapa Lipo Buzzer? Bukan Nicd Buzzer?


Ini kerana kalau korang pakai Lipo, korang tak boleh pakai
bateri Lipo tu sampai habis voltan.
Kalau habis voltan, apa jadi? Bateri korang boleh
mengembung menandakan sel rosak.
Bila dah rosak, apa kisah, boleh pakai je kan. Tapi sangat
bahaya.

Bateri Lipo yang sudah kembung akan boleh meletup jika


perkara berikut masih lagi diteruskan:

a) Cas bateri tersebut walaupun dah mengembung. Mula


mula akan bunyi plastik koyak, sebab ianya akan mengembung. Kalau korang tak stop kan charging tu
atau cabut, sell akan bocor secara fizikalnya dan boleh menyembur api. Paling teruk pun boleh meletup
dan api dia bukan api kecik tau. Boleh bakar bilik korang. Sebab tu kalau charging lipo, sebaiknya pakai
Lipo Bag.

b) Lagi satu kalau korang masih lagi pakai di rc. apa jadi? selalunya akan terbakar dalam rc, kemudian
akan membakar semua rc korang kalau korang tak keluarkan segera. Beranikan diri untuk keluarkan dari
rc ya.

jadinya, kalau pakai lipo buzzer ni, kita boleh set nilai voltan berapa ianya akan bunyi. Selalunya nilai
voltan minimum adalah 3.3 volt. Tapi seeloknya 3.7 volt adalah sangat sesuai untuk set di lipo buzzer
untuk berhentikan rc anda. Dan boleh tukar bateri lain.

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

Dan selain dari itu, boleh juga sebagai lipo checker. Korang pernah tak merasa, bawak bateri lipo, tapi
ada yang bateri lipo tak cas. Datang nak run rc, tapi bateri out. So, kalau korang ada lipo checker ni,
korang boleh check lipo korang tu sebelum korang pi bertelaah bersama kawan kawan rc yang lain. Tak
la datang bawa bateri kosong.
Berapa sel boleh?
Ya, yang paling best adalah, lipo checker ni boleh check 1 - 8 sel bateri lipo. Cucuk ja balance charging
cable kepada lipo checker ini, dan ianya akan check nilai voltan setiap bateri dan keseluruhan nilai bateri.
Dual buzzer (dua buzzer) membolehkan bunyi yang kuat kedengaran kepada kita untuk memberitahu
nilai voltan yang sudah di set sudah dicapai.

BRUSHED MOTOR
Brushed motor tapi tidak selaju brushless motor. Jenis ini
dinilai dari jumlah pusingan gelung wayar didalam motor
untuk setiap magnet contohnya 19 turn (t) bersamaan 19
pusingan gelung wayar untuk setiap magnet didalam
motor tersebut. Secara umum, semakin rendah rotasi (t) itu
bererti kelajuan motor semakin tinggi , kebanyakkannya
motor dipasaran sekitar 19-80t tapi bila beraksi boleh
mencapai 5-12t. motor brushed.motor ini juga boleh di
buka pasang untuk membaiki bahagian yang rosak. Motor
ini mempunyai 2 wayar.

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

BRUSHLESS MOTOR (BL)


Motor jenis BL lebih laju dan lebih efisen,
maknanya pengunaan bateri adalah lebih jimat.
Harganya lebih mahal daripada brushed motor.
motor BL dinilai oleh KV, dengan penilaian yang
lebih tinggi menyamai max RPM yang lebih tinggi.
Sentiasa ingat "lebih cepat" tidak semestinya lebih
baik. Semua motor BL ada 3 wayar dan ada 2 jenis
iaitu sensored dan sensorless. Motor sensored ada
kabel tambahan yang di pasang ke ESC. kabel ini
terhubung ke sensor di dalam motor dan
membolehkan ESC melakukan control lebih
baik. Sensorless adalah lebih mirah tetapi tidak
selancar motor sensored terutama bila perlahan

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

BATERI
Bateri menyimpan tenaga kimia dan boleh diubah menjadi tenaga elektrik.

Penghasilan bateri: logam berbeza dicelup dalam larutan elektrolit. elektron mengalir dari logam reaktif
ke logam yang kurang reaktif menghasilkan arus elektrik
Ada terdapat pelbagai jenis sel bateri dipasaran diantaranya sel kering seperti AA/AAA, sel alkali, sel
merkuri seperti bateri jam, akumulator seperti bateri kereta dan sel lithium-ion seperti bateri HP. tetapi
secara umumnya bateri yang selalu digunakan dalam RC ni ada 3 jenis iaitu : NICD, NIMH dan LIPO

SEL NIKEL CADMIUM (NICD)

Boleh dicas semula dan menggunakan Nickel Oxide Hydroxide dan


Metallic Cadmium sebagai bahan Elektrolitnya. Ni-Cd boleh
discharge sendiri (self discharge) sekitar 30% per bulan bila tidak
digunakan. Ni-Cd juga mengandung 15% Tosik/racun iaitu bahan
Carcinogenic Cadmium yang membahayakan kesihatan manusia.
Penggunaan dan penjualan Baterai Ni-Cd (Nickel-Cadmiun) dilarang
oleh EU (European Union) berdasarkan peraturan “Directive
2006/66/EC” atau dikenal dengan “Battery Directive”.

SEL NIKEL HIDRA LOGAM (Ni-MH)


Boleh dicas semula menggunakan positif
elektrod daripada oxyhydroxide nikel
(NiOOH) dan elektrod negative menggunakan
hidrogen. Satu bateri NiMH boleh mempunyai
dua hingga tiga kali kapasiti saiz
bersamaan NICD. Kegunaannya adalah sama
seperti sel alkali dan sel ammoniam klorida

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

LITHIUM POLIMER (LIPO)


1. Lipo - Litium Polimer bateri (singkatan Li-poli, Li-Pol, LIPO, LIP, PGK atau LIP)
2. Boleh di cas semula
3. Terdiri dari satu ataupun beberapa sel yang sama dan si susun secara selari
4. Tahap pelepasan kuasa yang amat tinggi sehingga 99.8%. Maksudnya korang boleh Draw Amp
dari lipo sehingga 780Amp atau lebih walaupun saiznya kecil
5. Boleh disimpan selama satu atau dua bulan tanpa hilang kuasa
6. Ketahanan 2-3 tahun
7. Boleh cas sehingga 1000
kali kitaran

S = melambangkan jumlah sel

1 sel= 3.7v normal


Voltan Normal 3.7v
Voltan Maksimum 4.23v
Voltan minimum 3v

1S = 3.7v
2S = 7.2v
3S = 11.1v
4S = 14.8v
5S = 18.5v
6S = 22.2v
7S = 25.9v
8S = 29.6v
9S = 33.7v
10S = 37v

Batteri 4S Full Charge = 16.92v


Batteri 3S Full Charge = 12.69v

Apa itu "C"


C berapa AMP tahap selamat korang boleh draw dari
bateri sebagai contoh

Lipo 3s 3800mah dengan 25C


3.8 x 25 = 95Amp beterusan

Lipo 4s 4000mah 28C


5.3 x 28 = 148.4 Amp berterusan

Lipo 6000mah 130C


6.0 x 130 = 780 Amp beterusan

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

APA ITU (MAH).?


MAH mewakili kapasiti bateri itu dalam kiraan milliamp per hour (milliamp/ jam)
Kapasiti adalah ukuran utama pada bateri yang menentukan berapa lama korang boleh guna beteri
tersebut. Kira macam berapa besar tangki minyak kereta sebenar. Lagi besar tangka tu lagi lama kereta
korang boleh berjalan . Bateri 4000 mAh boleh digunakan selama dua kali lebih lama bateri 2.000 mAh.
Bateri 2.000 mah (secara teori) boleh digunakan selama 1jam jika discharge pada 2.000 Milliamps
berterusan.

APA ITU (C)?


Discharge adalah jumlah kekuatan bateri arus keluar/ berapa cepat bateri itu dikosongkan contoh; Bateri
20C = 20 x 2.000 mAh /40.000 mAh atau 40Amps. korang kena tahu keperluan berapa nilai C yang
diperlukan mengikut keperluan korang. Pendek kata kalau bateri itu 10c maknanya 10x lenih cepat
dikosongkan begitu juga kalau 15c bermakna 15x cepat dikosongkan dan seterusnya Contoh
bateri rating 20C maknanya bateri itu dapat menahan beban maksimum hingga 20.000 miliampere atau 20
Ampere. (20 x 1000 miliampere = 20 Ampere).maknanya sama dengan 332mA per minit, maka kuasa
bateri 1000 mAh akan habis dalam 3,01 menit. Ianya dikira mengikut jumlah arus per minit. 1000 mAh
dibagi 60 menit = 16,6 mA per menit. Lalu kemudian kalikan 16,6 dengan C rating 20C = 332mA beban
per minit. Lalu bagi 1000 dengan 332 = 3,02 minit.

APA ITU (S)?


Semua lithium Polymer sel (LIPO) 3.7V per sel. Ketika terisi penuh sel LiPoly harus 4.2v dan kosong
tidak boleh di bawah 3v.
Korang boleh tengok sendiri LiPoly RC (bateri pack) itu ada berapa sel. Jika rating bateri itu 3S ini
bermakna 3 x 3.7V yang 11.1v. iaitu3 lapis 3.7V.

LiPoly
Lapisan sel untuk lithium Polymer dan setiap lipoly tidak akan melebihi di atas 4.2v per sel. (Contoh: 2S,
tidak pernah di atas 8.4v)
Jangan biarkan baterai pengisian tanpa pengawasan.
Jangan pernah membiarkan tegangan baterai turun di bawah 3v per sel. (Contoh: 3S, tidak pernah di
bawah 9v)
Nota tambahan:
• Berat / Ukuran
Saiz dan berat bateri yang sesuai juga penting mengikut keperluan korang. Biasanya mengikut skala rc
korang
• S dan C yang tidak bersesuai dgn esc juga akan menyebabkan ESC/motor korang terbakar •
Periksa spec ESC dan motor korang sebelum melih bateri yang sesuai CG (Center of
Gravity) untuk menentukan berat baterai yang tepat.
• Jangan biarkan bateri di cas tanpa pengawasan.

• Jangan membiarkan bateri turun di bawah 3v per sel. (Contoh: 3S, jangan di bawah 9v)

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

JENIS JENIS CONNECTOR

B1 – DEAN connector (T) penyambung utama B8 connector . Digunakan untuk sambungan


jenis – Penyambung utama untuk esc dan bateri dan untuk arus/beban yang tinggi.
motor.
Digunakan untuk arus sederhana hingga tinggi. B9 – Flight power / Thunder power (FP / TP)
connector balance untuk bateri LiPo
B2 - JST / BEC –. Digunakan untuk sambungan
utama esc dan motor. Digunakan untuk arus B10 - Hyperion / PolyQuest (HP / PQ)
yang rendah connector balance untuk bateri LiPo

B3 - Tamiya connector biasanya digunakan B11 - JST-XHR (XH) connector balance untuk
pada bateri (NiCd / NiMh) –digunakankan bateri LiPo
untuk arus rendah dan sederhana
B12 - JST-EHR (EH) connector balance untuk
B4 – Bullet connector –Penyambung untuk satu bateri LiPo
wayar , ada pelbagai saiz yang berbeza untuk
menarik / beban dari 2mm hingga 8mm

B5 - HXT connector – Terdapat dalam saiz


3.5mm dan 4.00mm. Digunakan untuk
penyambung bateri utama dan untuk kuasa yang
sederhana / tinggi

B6 - Traxxas connector- Terutamanya


digunakan untuk arus/beban yang tinggi
B7 - XT60 connector . Digunakan untuk
sambungan bateri dan arus/beban yang tinggi

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

Mengecas Bateri

Bateri Recharger seperti NiMH lebih jimat. Bila habis


boleh dicas semula. Bateri NiMH 1,2V/D beza dgn
lithium 3,7V/DC dan baterai biasa 1.5V/DC Jangan guna
Recharger NiMH dengan bateri lain dalam peralatan
elektronik dlm jangka masa yang lama. Khusus bateri
Alkaline sbb senang bocor munkin boleh merosakkan
connector atau bagian bateri.
Digalakkan mengunakan satu jenis bateri yang sama.
Mengisi bateri overvoltage atau mengisi dengan voltage
lebih besar dari standard, sebab tidak ada gunanya
malah merosakkan bateri. NiMH ini output Contoh charger NIMH
1,2V/DC. Ia akan cepat panas dan mungkin
akan merosakkan bateri. Bateri NIMH ni sifat drop/discharge perlahan, turun 30%
setiap bulan dan harus dicas. Sedangkan bateri biasa pakai sekali sahaja hanya drop
1% setiap bulan, tapi x boleh dicas semula.
Kenali bateri yang dipakai dari NiMH dan NiCad . Kedua bateri ini sifat berbeza dan pengisian
yang berbeza . Pastikan charger yang dipakai sesuai dengan jenis bateri. Bila charger yang ada 2 pengisian
bateri antara NiMH dan NiCD contoh nya Imax B3, Switch ke jenis bateri yang akan di isi, sebab bateri
NiMH dan NiCAD beza sirkuitnya, bila NiMH di charge dengan NiCAD ada kemungkinan baterai NiMH
akan terbakar karena diberikan power lebih besar.
Jangan guna atau masukkankan bateri Alkaline dengan charger, sebab bateri itu memang direka untuk
pakai sekali sahaja. Bila sampai voltage tertentu dan bateri menjadi panas, mungkin meletup dan cecair
bateri yang bahaya akan terkeluar
Guna bateri dan charger yang sesuai untukbateri rechargeable. Jangan masukkan bateri biasa mengunakan
adaptor charger.

Cara betul cas bateri NiMH dengan charger

Gunakan charger lambat,(bukan fast charger) biasanya ia


akan mengisi bateri dengan kapasiti lebih banyak dan baterai
lebih tahan lama.kalau pakai fast charger atau cepat, bila korang
rasa perlu tapi mungkin bateri tidak tahan lama berbanding
mengecas bateri dengan cara lambat.
Kalau korang ada charger NiMH dengan single charger lebih baik,
karena charger ni memang khas untuk kapasiti bateri tersebut.
Tapi ada juga charger yang boleh mengecas 2 bateri sekali Contoh charger NICD
gus,ianya tidak ada masalah khususnya charger NiMH yang
murah.

Bateri NiCAD atau NiCD ada memory effect. Sebelum mengecas bateri ini boleh di drain / dikosong sebelum
di recharge semula untuk NiCD.
Tetapi bateri NiMH memory effect jauh lebih kecil. Jadi boleh mengecasnya bila bila masa sahaja.

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

CHARGER BATERI LIPO

Untuk yang terbaik secara


keseluruhan, aku sarankan charger imax
B6 Mini baik dari segi kualiti ataupun
harga yg berpatutan.Berikut adalah
beberapa saranan yang boleh jadi
pertimbangan, bergantung pada
keperluan korang .

Charger iMax B6 mini ini


satusatunya charger yang perlu dan
wajib korang ada, sebab boleh mengecas
dari 2S hingga 6S. Yang bestnya charger
ni kecil dan tidak memakan ruang
dalam toolbox korang. Kalau guna
charger ni ada macam macam ciri seperti
boleh discharge lipo utk mode storage
(penyimpanan) dan boleh cas pelbagai
bateri rechargeable. Tapi ada 2 benda ni
yang buat charger ni lain dari yang lain
sbb boleh connect dgn wifi , jadi korang leh monitor dari smartphone korang dan automatic
cutoff klu suhu bateri terlalu panas. Bagus untuk ciri2 keselamatan korang.

Cara cara mengecas bateri lipo


Penting mengikuti langkah langkah ni untuk mengecas
bateri lipo

1. Selalu mengecas bateri korang pada 1C


atau kurang, walaupon banyak charger di
pasaran boleh di selaraskan dengan pelbagai
cara dan bateri ini boleh menanpung sehingga
5c tapi tetap dengan cara mengecas pada 1c
adalah satu langkah yang betul, alasannya
bahan kimia dan bateri akan lebih stabil dan bateri korang akan lenih tahan lama jangka
hayatnya.
2. Jangan terus cas bateri korang lepas main sebab bateri lipo akan panas bila lepas
dikosongkan atau diguna. Bila korang terus cas dia kan bertambah panas, jadi biarkan
bateri sejuk dulu baru korang cas
3. Pastikan jumlah sel dan jenis bateri disetkan dengan betul pada charger korang
tapi ciri ciri ini hanya pada charger yang canggih sahaja.
4. Jangan simpan Li-Po pada suhu ruangan yang panas, sebab lipo akan kembung dan
hilang kuasa, disarankan guna safe bag semasa mengecas dan jauh dari bahan bahan yang
mudah terbakar
5. Jangan sesekali mengecas bateri yang rosak. Jangan mengecas bateri yang
mengelembung dan ada ciri ciri kerosakkan

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

MEMILIH CHARGER YANG BETUL

Ada beberapa spesifikasi penting yang harus korang lihat sebelum membeli charger bateri lipo

Balance Charging
99% dari charger Lipo memiliki
kemampuan untuk melakukan balance
charge. Proses ini akan memeriksa kuasa
dari setiap sel secara individu. jadi korang
boleh perhatikan setiap sel sekiranya ada
masalah ketika mengecas. Ini faktor
penting untuk pantau setiap sel turun atau
naik ketika mengecas..

Jika korang hanya cas mengunakan


main connector sahaja, maka charger korang tidak ada fungsi keseimbangan. Bila guna main
lead charger korang hanya dapat bacaan keseluruhan bateri korang dan bukan sel-sel individual
jadi penting korang kena periksa guna volt meter, atau monitor bateri untuk elakkan potensi
masalah dengan bateri korang. Korang juga boleh beli balancing charger berasingan tp alat ni
susah sikit nak cari/beli di pasaran

Cell Compatibility (Kesesuaian Sel)


Ketika membeli charger korang harus trngok kessesuaian mengikut bateri yang korang guna,
selalunya charger yang murah boleh tampung 2s-3s sahaja tapi charger yang lebih bagus boleh
tampung 1s sehingga 6s dan ada juga yang boleh mengecas lebih dari satu bateri secara serentak.

Charging Current (Pengisian Arus)


Kebanyakan bateri mempunyai maksimum charge rate 1C, 2C dll .. akan tetapi, sebagian besar
charger korang mempunyai spesifikasi charge rate dalam amps, jadi kadang-kadang ada
kebkeliruan antara dua nilai tersebut. Ok untuk tukar C charge rate bateri korang ke Amps
korang perlu tukar kapasiti bateri kepada C rating. Jadi katakanlah korang gunakan bateri
2200mAh dengan charge rate 2C. maksima mengecas bateri ini adalah 2.2Ah x 2 = 4.4A. Sama
juga kalau korang gunabateri 5100mAh di 1C, maksimum yang perlu diset pada charger korang
adalah 5.1Ah x 1 = 5.1A. Arus maksimum yang boleh untuk charger korang adalah mengikut
wayar yang digunakan seperti yang dijelaskan dibawah ini.

Power Output (Daya Output)


Semua bateri ada daya output tertentu, didefinisikan dalam Watts, biasanya sekitar 50W. Jumlah
ini mewakili seberapa besar daya charger boleh diberikan bateri korang, memang lebih besar
akan mempercepatkan proses mengecas bateri.

Watts adalah hasil dari arus dan tegangan, katakanlah pada nilai 1C seperti yang disarankan
korang akan menggunakan lebih banyak daya dengan tegangan yang lebih tinggi (jumlah sel
yang lebih besar). Sampai dapat daya yang lebih baik.

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

Ok contoh, jika korang mengecas bateri 3S 2200mAh di 1C, korang perlu menggunakan 12.6V
2.2A x = 27.72W. Jika korang mengecas bateri 3S 5100mAh di 1C, kita akan menggunakan
12.6V 5.1A = x 64.26W yang sebenarnya mempunyai lebih sedikit dari power rating yang
standard untuk charger.
Jadi korang mengecas bateri 5100mAh di 50W / 12.6V = 3.6A korang andaikan korang guna

charger 50W Power Supply

Setiap charger ada power supplynye sendiri kalau dibeli dipasaran , jadi korang x perlu risau
pasal perkara ni . tetapi kalau tidak ada atau perlu dibeli, korang kena pasti kan ianya bersesuai
untuk charger dan connector yang sesuai

Proses mengecas Bateri


Walaupon lain charger mempunyai fungi dan ciri ciri yang berbeza tapi aku terangkan secara
asas proses mengecas secara umumnya.

Sebaiknya korang baca sendiri manual yang disediakan oleh produk yang korang beli.
Kebanyakkan charger yang murah akan automatic mengecas bila korang sambungkan
connectornya

1. Pasang charge dan balance.


2. Pilih mode mengecas Balance Lipo yang
tepat pada charger korang.
3. Pilih jumlah sel dan charge rate (1C) seperti
yang disarankan sebelum ini.
4. Mulakan proses charge dan pastikan korang
tidak tinggalkan tanpa pengawasan selama
proses mengecas.

Maklumat selanjutnya kebanyakan charger terdiri daripada dua proses. Proses pertama (arus
berterusan) adalah ketika arus dimasukkan (pada tahap yang korang tetapkan) arus ini akan terus
mengalir ke bateri sampai ke tahap yang korang tetapkan tadi. Bila sudah sampai tahap itu,
charger akan beralih ke mode S berterusan di mana charger bertukar arus untuk memastikan
semua sel memiliki tegangan yang sama (balancing). Kerana setiap sel maksimum 4.2V arus
akan turun lebih lambat sampai akhirnya berhenti di 4.2V per sel.

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

Fast Charge (Mengecas Cepat)


Beberapa charge ada fungsi fast charger tapi bagi aku ianya sekadar trick dan bukan langkah
yang bermanfaat. Teknik ini sebenarnya hanya tidak melakukan langkah balancing sahaja

Dalam Mode fast charge, power supply akan melihat pada ketegangan keseluruhan dan berenti
pada tahap maksimum kapasiti bateri itu sahaja atas ciri ciri keselamatan (sebab bateri baru tidak
mungkin seimbang pada awal mengecas).
Ini hanya berguna untuk keadaan urgent sekiranya diperlukan bateri segera tetapi kapasiti dan
ketahan bateri tersebut tidak akan lama berbanding mengunakan proses balancing.

Battery Storage Mode (Mode penyimpanan bateri)

Fungi lain yang ada pada charger lipo ini adalah mod penyimpanan (Battery Storage Mode).
Fungsi Ini hanya ada pada balance charger yang boleh diprogram. Kalau korang tengok pada
panduan bateri Lipo korang , yang terbaik untuk menyimpan bateri di sekitar 40% hingga 50%.
Jadi mode penyimpanan pada charger korang secara automatik akan charge/ discharge lipo
korang sekitar ini di setiap sel dan selamat untuk korang simpan bateri korang sementara tidak
digunakan supaya ianya tidak kosong habis. Jangan sesekali menyimpan bateri korang dalam
keadaan penuh sebab bahaya kerana lipo amat sensitive kepada perubahan suhu, lipo yang
penuh akan meningkat kuasaletriknya dalam keadaan panas dan boleh menyebabkan meletup
dan kebakaran. Tidak disarankan juga menyimpan lipo terlalu lama dalam keadaan kosong.

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

Brushed Esc
Brush ESC untuk kereta, trak, boat, 4x4.
Bateri adalah untuk nicd,nimh dan lipo 2-3 sel, iaitu 7.4 v. (tidak boleh lebih 11.1v) Macamana
nk pilih ESC yang sesuai?
Sama macam pilih bateri, umumnya pemilihan ESC ni kena tengak motor yang korang pilih. Hal yang
penting yang harus diperhatikan dalam memilih ESC adalah maksimum ampere pada ESC. Nilai
maksimum ampere yang korang pilih pada ESC harus lebih besar atau sama dengan ampere yang
diperlukan oleh motor, jika nilai tersebut lebih rendah, seperti baterii, ESC korang akan cepat panas dan
kadang2 terbakar. Namun maksimum ampere yang besar lebih berat dan lebih mahal

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

Gambarajah pemasangan esc/rx/servo/motor

ESC.
ESC ni sama seperti karburetor untuk enjin cumanya ianya adalah untuk enjin elektrik. Kenapa aku
bagitau sama? ini kerana kalau karburetor, ia menentukan campuran udara dan petrol/nitro bersama input
dari throttle pengguna untuk menentukan kelajuan dan bahan bakar. Bapak bapak kita dulu kan ada
motor, korang mesti pernah tengok karburetor dia kan. Makanya, ESC atau disebut sebagai
ELECTRONIC SPEED CONTROLLER juga berperanan begitu. Mengawal arus elektrik dari bateri
bersama input dari throttle pengguna untuk menentukan kelajuan motor.
ESC ni ada dua wayar yang perlu korang ambil tahu. Yang paling penting adalah wayar ke bateri.
Tengok gambarajah 4 di bawah, Wayar hitam dari esc mesti sambung dengan wayar hitam dari bateri.
Manakala wayar merah dari esc MESTI sambung dengan wayar merah dari bateri. Mesti, mesti, mesti,
triple check untuk buat sambungan ni,. Kalau korang silap sambung, boleh hangus ESC tu nanti. Itu
sebab kalau pakai sambungan dari bateri dari kedai ke, atau buat sendiri, korang kena check betul betul.
Hitam dengan hitam, merah dengan merah.
Lepas tu, wayar seterusnya adalah wayar ke motor. Yang ni takpa, kalau silap sambung, ianya tak da apa
apa. Cuma kalau kita tekan throttle, rc kita tu ke belakang (yang sepatutnya ke depan) dan sama juga
kalau tolak throttle, rc kita tu ke depan (yang sepatutnya ke belakang), korang kena tukar wayar. Contoh
tadi hitam dengan hitam, merah dengan merah, sekarang korang buat hitam dengan merah. Try tarik
throttle dan pastikan korang dapat arah yang betul.
Ok lepas tu tengok ye ada suis on/off. Yang ni untuk on off power kepada ESC dari bateri ke rc korang. Buat
masa ni off dulu.

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

Sekarang cuba tengok 3 wayar yang bersambung tu.


Selalunya putih, merah, hitam. Putih tu untuk wayar signal, merah tu untuk wayar 5 volt manakala hitam
untuk ground. Sekarang sambungan ini akan ke kotak Rx (receiver) di channel 2. Kalau korang pakai
FSGT3B atau kebanyakan flysky brand, memang kene cucuk pada channel 2. Channel tu apa?
Korang ada radio? channel era, hot fm, semua ni ada channel channel dia kan. Sama la juga dengan remote.
Jadinya sekarang tuan tuan pasang pada channel 2. Channel 2 adalah untuk throttle.
Lagi satu dua jumper kat situ yang korang kena pastikan, misalan kalau pakai lipo, korang kena letak
dua jumper tu ke sebelah kiri. Tapi kalau pakai bateri selain lipo, korang kena letak jumper bahagian
depan ke sebelah kanan.
Sekarang servo pulak. Servo ni pun ada sambungan 3 wayar juga. sama mcm tadi, wayar kuning, merah,
dan hitam. Buat sambungan yang betul macam di atas ni. Cucuk pelan pelan, korang jangan gopoh. Aku
tau korang tak sabar nak kasi dia bergerak kan, tapi cucuk pelan pelan..sabar..takut nnt besi di rx di
tengah tu bengkok.
Apakah cara yang baik untuk hidupkan?
Sebelum apa apa, baik korang test dulu semua peralatan di atas, sebelum pasang pada rc korang. Bukan
apa senang nak pastikan alatan yang dibeli adalah dalam keadaan berfungsi. Sebab nanti kalau dah
pasang, sudah pula nak buka balik kalau ada yang tak berfungsi.
So, on remote dulu, ni wajib. Korang mesti on remote dulu. Cari butang on pada remote.
Lepas tu, baru on suis di esc tadi. Esc akan menyala warna merah dan berkelip pada led kecil di situ.
Sekarang, ambil remote, dan dengan perlahan, korang tarik picu pada remote tu, dan sepatutnya pada
waktu ni, enjin dah berjalan dalam satu hala. Sekarang korang tolak picu tu, sepatutnya enjin akan
berjalan pada arah yang berlainan. Harap semua faham ye, ini untuk bahagian throttle. korang jangan
pelik pulak kenapa esc ni ada bunyi, sebab memang dia ada bunyi tau.

Sekarang korang nampak ada pemulas pada remote tu, bentuk macam tayar, sekarang korang pulas
stereng tu. Servo akan berpusing satu hala. Tengok betul betul apa yang berpusing pada servo tu.
Sekarang korang pusing arah yang berlainan dan tengok servo tu pusing arah yang berlainan.

So boleh tarik throttle dan pulas stereng tu untuk biasakan diri dengan setting ni.

Kalau nak tutup camne pulak? Mesti biasakan macamni ya, berlawanan dengan proses tadi, matikan suis
pada esc dahulu, kemudian baru matikan remote. Tapi kenapa? Sebab kalau kita matikan remote
dahulu, kita takut rc kita tiada apa yang mengawalnya, makanya ianya boleh berfungsi tanpa kawalan.

Selamat dan selesai. Pada kali ini sepatutnya Motor dan Servo korang dapat hidup dengan sempurna.

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

Apa itu BEC?

Battery Eliminator Circuit.

dalam (RC), BEC adalah sirkuit tambahan pada ESC


,servo,receiver korang. Umpamanya sirkit ni tak payah
ada baterinya sendiri. Maknanya kuasa bateri
dibahagikan sama rata ke servo dan motor

klu kat motor / ATV (yang menggunakan Internal


Combustion Engine), KBG digunakan sehingga bateri
tidak diperlukan. Sebaliknya, hal itu bergantung pada
alternator untuk menghasilkan letrik yang diperlukan
dan BEC digunakan untuk bagi kuasa letrik yang akan
digunakan untuk benda letrik lain pada pada motor /
ATV seperti lampu,

Apa SBEC?

SBEC biasanya singkatan Switching Battery Eliminator Circuit. dalam RC (Radio Control), SBECs adalah
versi BEC yang advance dan lebih berkesan

Apa UBEC?

UBEC singkatan Ultimate Battery Eliminator Circuit. Dalam RC, UBEC ialah versi upgrade dari BEC. ESC
dengan menggunakan UBEC sirkuit yang lebih bagus daripada ESC dengan BEC, oleh itu pengunaan
bateri lebih jimat. Juga, ESC dengan UBEC tahan lama dan x cepat panas sehingga boleh terbakar dari
ESC dengan BEC.

Apa perbedaan antara SBEC dan UBEC?

SBECs biasanya lebih kecil ikut ukuran fisik dan lebih ringan dari UBEC. Jadi mana yg lebih sesuai SBECs
atau UBEC?, korang perlu melihat spesifikasi rig korang, seperti amp rating dan bateri rating…

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

CARA2 NK PASANG BEC

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

BEBERAPA ELEMEN ASAS YANG PERLU DIKETAHUI UNTUK PEMAIN RC CRAWLER

Apa pun yang kita perkatakan drifting, short course racing, touring atau rock crawler apa yang penting
adalah cara korang mengendalikan rig korang dan bakat pemanduan korang, tidak ada apa yang lebih penting
dari itu. Pengendalian/pemanduan setiap orang adalah berbeza, boleh untuk mendapatkan tips dan nasihat dari
orang yang lebih pakar tetapi dengan cara berlatih adalah lebih berkesan. Apa yang perlu korang lakukan
adalah pertingkatan cara pemanduan dari sibuk upgrade rig korang. Latihan yang kerap boleh membuat
korang lebih mengenali rig korang, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh rig korang buat. Bila korang rasa
rig korang dah cukup membantu pengendalian dan pemanduan, berhentilah upgrade sebab korang akan
membazir duit dan mungkin akan menambah masalah pada rig korang.ada juga yang berfikir untuk memenuhi
semua spec all terrain untuk rig mereka, ini mengarut! Contohnya didalam satu satu course pun terdapat
pelbagai halangan apatah lagi kalau kita hendak cerita tentang course yang berlainan.. Apa apa pon jom kita
tengok beberapa elemen penting dalam rock crawler.

1. TAYAR
Korang mesti pernah dengar location! Location! Location!.tapi ni bukan tentang lokasi atau tempat dalam RC
ianya bermakna tayar!tayar! tayar!, jadi perhatikan tayar apa yang korang pakai dari segi bunga tayar
kelembutan, diameter, lebar dll. Ada sesetengah yang modified tayar seperti memotong bunga tayar atau
melebarkan rim untuk dapatkan tayar yang lebar. Dalam perkara ini sebenarnya terpulang juga kepada litar
atau tempat yang korang main , tidak semua sama dan mempunyai halangan yang sama. Aku tidak cakap
supaya korang kena tukar tayar mengikut halangan yang korang lalui tetapi pemilihan tayar yang bersesuaian
adalah sangat penting, tidak 100% tetapi membantu hampir 70% pengendalian. Jadi apa yang perlu korang
(seperti yang aku cakap sebelum ni) latihan adalah perlu supaya korang dapat tahu tayar apa yang bersesuian
dan membantu pengendalian/pemanduan korang. Satu lagi `penyakit’ kebanyakan pemain adalah diameter
tayar, lebih besar, lebih kasar dan lebih lebar nampak lebih menarik dan garang, betul! tapi adakah ia
membantu pemanduan korang? Jangan sampai lost identity dah ar hahahah
Competitions are held on a wide variety of terrain, so I want a tire that will work great no matter where I go.
Knowing how a tire will react on your rig is key.–Jake Wright

2. PUSAT GRAVITY CENTER OF GRAVITY(COG)


COG membantu rig korang mendaki, menurun dan melalui lereng bukit dengan selamat. Korang tidak perlu
buat kira kira untuk dapat COG yang betul cuma apa yang korang perlu tahu adalah lebih rendah adalah lebih.
Letakkan semua komponen penting korang serendah yang mungkin, bateri motor, esc dan receiver korang
lebih rendah lebih bagus. Begitu juga dengan body korang (perlu serendah yang mungkin), ramai yang tidak
perasan bahawa body juga memberi kesan kepada COG jadi pemilihan body juga adalah penting dan bukan
setakat cantik sahaja hihi.
Bagi aku, kebayakan beban seperti bateri,esc dan servo aku letakkan pada axle depan (unsprung weight) dan
lebihkan setup pada geometri linkage aku. Selebihnya aku akan cuba meringankan bahagian yang lain. Tetapi
bagi stock rig esc,battery dan alat elektronik lain memang memberi kesan yang sangat berbeza.

3. KEMUDAHALIHAN (MANEUVERABILITY)
Kalau korang dan pertandingan yang mengira reverse dan melanggar gate sepagai penalty perkara ini amat
penting. ground clearancelah yang kita perkatakan disini, ada pelbagai cara untuk buat ground clearance lebih
luas seperti mengangkat gearbox/transfercase keatas (modified bracket) dll . diameter tayar juga membantu
dalam meluaskan lagi ground clearance korang.
Combat Custom Crawler
Syed Farazudden Al-Attas

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

4. KETAHANAN (DURABILITY)
Rock crawling memang pelahan. Tapi semua orang tahu pentingnya ketahanan pada rig korang, bila jatuh
atau terbalik memang teruk rig kita, jadi pastikan segala peralatan elektronik kita melekat kuat dan selamat.
Knuckles alloy selalu menjadi pilihan hop up tapi igat tidak semua parts alloy tu bagus. Absorber alloy
memberi kesan yang baik berbanding plastik dan kalau ada hardened steel gears untuk semua gears seperti
axle dan gearbox/tranfercase sila beli kerana ia penting untuk memberi ketahan pada rig korang. Ketahanan
steering selalu menjadi tumpuan aku, jadi pemilihan metal gear servo adalah menjadi keutamaan bagi aku
untuk mengekalkan ketahanan steering.

5. PENGAGIHAN BERAT (WEIGHT DISTRIBUTION)


Pada mulanya pemain crawler memikirkan tentang berat adalah seperti membina rc tank hihi. Bila kita
perkatakan tentang berat, pengagihan berat tu sendiri adalah penting, bagaimana kita mengagihkan berat itu.
Ada juga pendapat mengatakan rig yang berat lebih memberi kesan yang bagus tetapi sebenarnya, seperti
perkara yang telah kita bincangkan pada topik COG tadi adalah cara penagihan berat yang betul.
Kebanyakkan crawler mengagihkan 60/40 dimana 60% pada berat di depan dan ada juga mengagihkan 50/50
tetapi jarang mengagihkan berat yang lebih di belakang kerana ianya tidak membantu langsung. Bagi aku
60/40 adalah sesuai untuk kebanyakan halangan dan aku tambah berat di depan seperti mengunakan wheel
weight pada tayar depan .

6. KUASA (POWER)
Sekali lagi perkara berubah , pada mulanya pemain crawler memikirkan hanya torque sahaja yang penting,
semua orang memikirkan pasal torque. Tidak berapa lama kemudian pemain sudah mula sedar bahawa wheel
speed juga memainkan peranan penting untuk melepasi halangan. Momentu juga adalah penting sebenarnya,
tetapi tidak/jangan selalu digunakan teknik ini, hanya sekali sekala jika difikirkan perlu. Tapi jangan pula
korang terus tukar motor dari 370 ke 540 pula hahah,. Umumnya untuk mencapai wheel speed adalah dengan
mengunakan motor dengan turn yang lebih rendah atau menukar kepada gear yang tinggi (high speed untuk 2
speed gearbox). Maknanya high volt/low kv atau turn adalah perkara yang kita perkatakan. Tapi bagaimana?
Kepada yang belum mendapat kan/membeli 3s lipo dipersilakan beli dan cuba, korang akan faham nanti hihi .

7. ARTIKULASI (ARTICULATION)
Kalau korang fikir mendapatkan artikulasi atau yang korang sebut sebut ‘flex’ yang lebih adalah bagus untuk
keseimbangan yang baik korang silap. Sebenarnya suspense yang bagus memainkan peranan yang penting
untuk mendapatkan artikulasi yang baik. Kalau di dunia sebenar ‘flex’ adalah sesuatu yang menyakitkan
daripada membantu haha. Selalunya artikulasi ini disalah ertikan oleh pemain crawler, perkara dibawah
menerangkan bagaimana artikulasi yang baik boleh dicapai. 7.KELEMBUTAN/KERAS SUSPENSI
(SUSPENSION STIFFNESS) Umumnya rock crawler akan setup suspensi belakang lebih keras dari belakang
tujuannya adalah untuk mengelak dari terbalik semasa dilereng bukit kerana suspensi terlalu lembut. Ramai
pemain tidak sedar dengan menambah hopup part yang berat dan aksesori yang berlebihan menyumbang
kepada senangnya rig korang terbalik. Suspense yang keras juga mengelakkan torque twist lebih bagus dari
suspense yang lembut

Syed Farazudden Al-Attas

Anda mungkin juga menyukai