Anda di halaman 1dari 7

GARIS PANDUAN

PENYERTAAN PERTANDINGAN
IDEA UNGGUL KHAZANAH ALAM
2023

25 OKTOBER 2023

Keluaran 01: Pindaan 01: Tarikh: 7 Ogos 2023


GARIS PANDUAN
PENYERTAAN PERTANDINGAN IDEA UNGGUL KHAZANAH ALAM 2023

1.0 Penganjur
Dianjurkan oleh Unit Pengurusan Kualiti, UiTM Cawangan Pahang.

2.0 Tema
Pembudayaan Kecemerlangan Operasi Dalam Organisasi.

3.0 Penyertaan
Penyertaan adalah terbuka kepada semua staf UiTM Cawangan Pahang.

3.1 Syarat-syarat penyertaan


Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:

3.1.1 Pertandingan terbuka kepada staf UiTM Cawangan Pahang secara


berkumpulan.
3.1.2 Peserta adalah DIGALAKKAN untuk menggunakan kaedah DMAIC, PDCA,
Design Thinking atau Blue Ocean Strategy bagi mencetuskan idea atau
menghasilkan projek kecemerlangan operasi.
3.1.3 Projek kecemerlangan operasi yang dikemukakan sewajarnya memenuhi ciri-
ciri penambahbaikan dan inovasi berimpak tinggi (Rujuk di 6.0).
3.1.4 Projek kecemerlangan operasi yang dikemukakan adalah ASLI, tidak pernah
dikomersialkan atau di ciplak dari mana-mana sumber dari dalam dan luar
negara.
3.1.5 Pencalonan hendaklah mematuhi garis panduan penyertaan ini.
3.1.6 Pembentangan adalah berkonsepkan bersemuka.
3.1.7 Penyertaan dari kumpulan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan dianggap TIDAK LAYAK.
3.1.8 Keputusan panel penilai dalam pertandingan ini adalah MUKTAMAD.
3.1.9 Sebarang rayuan ke atas keputusan adalah TIDAK DIBENARKAN.
3.2 Permohonan Penyertaan
Tatacara permohonan penyertaan adalah seperti berikut:
3.2.1 Permohonan penyertaan perlu didaftarkan melalui borang penyertaan (rujuk
lampiran di e-mel) oleh Ketua PTJ fakulti/bahagian/unit/pejabat.
3.2.2 Setiap kumpulan hendaklah mengemukakan DOKUMENTASI berikut
kepada sekretariat Unit Pengurusan Kualiti, UiTM Cawangan Pahang sebelum
4 Oktober 2023 jam 11:59 Malam melalui borang penyertaan dan di e-mel
kepada Muhammed Soffiq Saripin (soffiq@uitm.edu.my).
3.2.2.1 Ringkasan Eksekutif – Penulisan ringkas projek kecemerlangan
operasi menggunakan 300-500 patah perkataan.
3.2.2.2 Poster Digital (softcopy) mengenai projek kecemerlangan
operasi berukuran A3 orientasi Portrait dalam format
PDF/PNG/JPG.
3.2.2.3 Kriteria dan syarat penyediaan poster digital adalah seperti
berikut:
• Hanya satu (1) poster bagi satu (1) proses kerja.
• Poster perlu memaparkan perjalanan PTJ ke arah
Kecemerlangan Operasi/ Operational Excellence (OE),
sebagai contoh aktiviti OE termasuk foto dan juga
maklumat/infografik mengenai penambahbaikan proses
kerja tersebut.
• Poster juga perlu merangkumi carta alir sebelum dan
carta alir selepas penambahbaikan proses kerja. Fokus
adalah terhadap kelemahan proses kerja terdahulu dan
kekuatan proses kerja yang terkini.
• Pencapaian semasa yang berkaitan penambahbaikan
proses kerja tersebut.
3.2.2.4 Slaid pembentangan mengenai idea atau projek kecemerlangan
operasi adalah mengikut kreativiti kumpulan masing-masing
dan mengandungi kriteria penilaian yang digariskan
(Rujuk 7.0).
3.2.2.5 Tarikh-tarikh penting pertandingan:

4.0 Bidang Kecemerlangan Operasi


Jadual 1: Bidang Kecemerlangan Operasi
BIDANG KEPERLUAN

Inovasi Pengajaran Merangkumi terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk
dan Pembelajaran mentransformasikan penyampaian pengajaran & pembelajaran. Inovasi
ini bermatlamat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
penyampaian, perkongsian dan penyebaran ilmu kepada pelajar-pelajar
UiTM dan komuniti. Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai nilai
tambah dan boleh merangkumi penambahbaikan teknik dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran mahupun pengenalan teknologi baharu
dalam memanfaatkan teknologi IR 4.0.

Inovasi Pengurusan Merupakan terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk
transformasi pengurusan UiTM. Inovasi Pengurusan bermatlamat
BIDANG KEPERLUAN
untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan tadbir
urus universiti ke arah pengurusan terbaik dan lancar serta
meningkatkan kepuasan hati pelanggan UiTM. Inovasi yang dihasilkan
perlu mempunyai nilai tambah serta berupaya menyediakan
perkhidmatan yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan
dan mudah diakses pelanggan UiTM dan masyarakat. Idea-idea ini
boleh merangkumi penambahbaikan kepada sistem dan prosedur,
kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan terhadap teknologi
baharu

Inovasi Sosial Merangkumi idea penyelesaian baharu (model dan penyampaian


perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan
lebih berkesan dan mengutamakan penglibatan pelanggan UiTM dan
masyarakat. Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya tertumpu
kepada pencapaian impak sosial semata-mata, malah memberikan
penekanan kepada proses penglibatan pelanggan UiTM dan
masyarakat dalam membangunkan sesuatu inovasi

5.0 Kategori Pertandingan


Pertandingan Kecemerlangan Operasi (Idea Unggul) terbahagi kepada dua kategori iaitu
Kategori Akademik dan Kategori Pentadbiran/Kewangan. Berikut adalah maklumat bagi
setiap kategori:

5.1 Kategori Akademik:


Terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai reka cipta idea baharu
(barangan/peralatan dan perkhidmatan), sistem atau penambahbaikan proses.
Digalakkan untuk bergabung dengan staf pentadbiran.
5.2 Kategori Pentadbiran/Kewangan:
Terdiri daripada staf pentadbiran yang mempunyai reka cipta idea baharu
(barangan/peralatan dan perkhidmatan), sistem atau penambahbaikan proses.
Digalakkan untuk bergabung dengan staf akademik.

6.0 Ciri Kecemerlangan Operasi Berimpak Tinggi


Peserta adalah digalakkan untuk menghasilkan projek kecemerlangan operasi berimpak tinggi
yang mencapai ciri-ciri berikut:

Jadual 2: Ciri Kecemerlangan Operasi Berimpak Tinggi


CIRI-CIRI PENJELASAN
Kreatif dan inovatif Idea baharu yang kreatif diterjemahkan melalui
penghasilan projek berinovatif yang memberi
manfaat kepada organisasi dan pelanggan.
Impak positif yang tinggi dan • Organisasi: Meningkat kecekapan. dan
menyeluruh keberkesanan penyampaian
perkhidmatan.
• Pelanggan: Menepati standard
perkhidmatan dan memenuhi kehendak
pelanggan.
• Rakyat: Memastikan keperluan sosial
rakyat dipenuhi.
Pulangan nilai terbaik • Penjimatan kos melalui mengoptimumkan
penggunaan sumber.
• Penjanaan dan peningkatan pendapatan.
Replikasi • Projek berpotensi diadaptasi secara terus
atau diubah suai mengikut keperluan
agensi.
• Agenda replikasi perlu diambil kira pada
peringkat penghasilan projek sebagai
langkah awal pengembangan potensi
projek.
Pengkomersialan • Penciptaan dan pencapaian nilai baharu
kepada pelanggan di pasaran.
• Projek berupaya bersaing di pasaran serta
mampu menjana pendapatan.
• Agenda pengkomersialan perlu diambil.
7.0 Penilaian
Poster dan slaid pembentangan kecemerlangan operasi yang dihantar akan di nilai
berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang dinyatakan di bawah:

7.1 Penilaian Pembentangan


Berikut adalah kriteria penilaian pembentangan:
Jadual 4: Kriteria Penilaian Pembentangan
Bil. Kriteria Markah
1. Pengenalan dan pemilihan proses. 10
2. Kelemahan yang dimiliki oleh proses lama. 10
3. Perbezaan carta alir proses lama dan baharu. 10
4. Kekuatan utama pada proses baharu. 10
5. Kepuasan Hati Pelanggan berserta data dan statistik. 10
6. Pencapaian Prestasi PTJ berserta data dan statistik. 10
7. Penjimatan Kos dengan paparan bukti dan pengiraan yang jelas. 10
8. Penjimatan Sumber Manusia dengan paparan bukti dan
10
pengiraan yang jelas.
9.. Penjimatan Masa dengan paparan bukti dan pengiraan yang
10
jelas.
10. Pembentangan yang jelas, paparan yang menarik dan mudah
10
difahami.
11. Mengendalikan sesi soal jawab dengan berkesan. 10
MARKAH PENUH 110

8.0 Anugerah / Pengiktirafan


Projek kecemerlangan operasi yang dikemukakan akan dinilai oleh panel penilai yang
dilantik oleh sekretariat (Unit Pengurusan Kualiti, UiTM Cawangan Pahang). Setiap
penyertaan akan di klasifikasi mengikut julat pemarkahan yang telah ditetapkan sama ada
Pingat Emas, Pingat Perak atau Pingat Gangsa.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Muhammed Soffiq Saripin di talian 09-
4602263 / 010-9614584. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai