Anda di halaman 1dari 30

DPP 3052

SOSIOLOGI DAN
PROFESSIONALISME
PENDIDIKAN
SOSIOLOGI
Takrif
Istilah:Sosiologi (Sosiology) adalah gabungan perkataan Greek dan Latin
Socious (Greek) membawa erti “a companion”, “I”, sahabat, rakan,
kawan
Logos (Latin)- ilmu, “knowledge”
Logos (Greek)- “discourse”, syarahan, wacana, huraian, perbincangan

Sosiologi ialah ilmu (kajian) tentang ‘companionship’ (kesahabatan,


kerakanan)
PENGERTIAN
“Satu kajian mengenai masyarakat” (hlm.25)
“Satu kajian mengenai Institusi Sosial” (hlm.27)
“Satu kajian mengenai perhubungan sosial” (hlm.28)

What is Sociology – Alex Inkes (1965)


Sociology is the study of man
Sosiologi mengkaji manusia, masyarakat, institusi sosial dan
perhubungan sosial.
Dari segi nalurinya (psikologi) manusia suka berkelompok
Al-Quran Surah Al Hujarat:13
Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari
seorang lelaki dan seorang perempuan dan Kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kenal mengenallah kamu.
Sesungguhnya yang semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah setaqwa-
taqwa kamu.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan Maha mengenal
Sosiologi mengkaji manusia berhubung
Dengan perhubungan manusia melakukan berbagai-bagai aktiviti sosial
dan membentuk organisasi
Contoh: Ali berhubung dengan Abu, Karim, Kamariah, Mimi dll
“Network of social relationships”
Tisher, Whitten dan Hunter
(1983) :
Sociology is the scientific study of human society and social interactions.
The focus is the group, not the individual.
Sosiologi cuba menerangkan unit-unit perilaku sosial manusia, seperti
unit perilaku suami isteri, tingkah laku anak dengan ibubapa, pelajar
dengan guru dan cuba menerangkan bagaimana unit-unit tingkahlaku
ini tersusun membentuk tingkahlaku yang bersistem.
Tingkahlaku ini dijelmakan dalam institusi sosial seperti keluarga,
agama, pendidikan, ekonomi dan politik sebagai tingkahlaku yang
standard atau baku (yang diterima ramai)
Tingkahlaku yang standard ini menjadi norma sosial masyarakat
berkenaan

Norma sosial wujud daripada perhubungan/interaksi sosial yang


mencerminkan jangkaan bersama dalam sesuatu masyarakat
Sosiologi (Alwiah,1985)
Mencari pengetahuan asas tentang masyarakat dan tingkahlaku sosial
manusia dengan cara yang saintifik dan berdisiplin
Tujuan: menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas
masyarakat manusia, faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan
kumpulan dan untuk mempelajari keadaan-keadaan yang akan
mengubah kehidupan masyarakat.
Perspektif Teori Sosiologi
Terbahagi kepada dua: Mikro (kecil) dan Makro (besar)
Teori Mikro: memahami tingkah laku dalam masyarakat yang kecil
(perhubungan yang berlaku antara individu setiap hari)
Teori Makro: memahami tingkahlaku masyarakat yang besar
Teori Mikro Sosiologi
Teori Pertukaran: melihat kehidupan sosial sebagai proses tawar
menawar dimana setiap individu saling mempercayai di antara satu
dengan yang lain
Interaksi Simbolik: Dalam hubungan di antara sesama manusia,
bentuk komunikasi memainkan peranan penting. Komunikasi adalah
simbolik ( setengahnya menggunakan simbol atau kata-kata ringkas)
Etnometodologi : Suatu proses di mana manusia berinteraksi
menyedari dan bersetuju tentang maksud bersama mengenai sesuatu
fenomena
Teori-teori utama dalam
Sosiologi
Teori Fungsionalisme
-Diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile
Durkheim
-Masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan
perubahan semasa (berlaku secara beransur-ansur)
-Masyarakat sebagai organisme dan setiap organ ada peranannya yang
tersendiri
-Teori ini memandang kepada proses integrasi dan kestabilan dimana
integrasi sosial adalah hasil daripada persetujuan ahlinya
Teori Konflik
Diperkenalkan oleh Karl Marx
Antara idea teori ini adalah:
- Interaksi sosial berdasarkan pergelutan serta huru hara dan bukan kerjasama
- Perjuangan punca perubahan sosial
- Masyarakat sentiasa di dalam keadaan berubah dan konflik sentiasa berlaku
- Yang berkuasa dapat memaksa orang yang lemah melalui persetujuan
- Setiap konflik timbulllah kelompok baru
- Konflik memanjangkan kelompok sebab selepas berlaku konflik mereka akan
bersatu
Teori Konflik
- Konflik sentiasa berlaku tetapi bukan keganasan
- Kesan konflik adalah positif, iaitu dapat menyatukan, tidak merosakkan
masyarakat
- Struktur sosial berdasarkan kuasa oleh satu kelompok
- Setiap kelompok dalam masyarakat mempunyai set yang sama dan
seterusnya menjadi ahli dalam kelas sosial
- Konflik kelas bergantung kepada keadaan politik, ekonomi dan sosial
–yang utama faktor ekonomi
Teori Interaksionisme
Dipengaruhi oleh Max Weber
Manusia berinteraksi melalui simbol-simbol tertentu seperti alat,
lambang, bahasa dsb
Contoh: Apabila bendera sebuah negara berkibar untuk acara tertentu,
maka peserta bagi negara berkenaan akan berdiri dengan megahnya
Ia tidak menumpukan kepada perkara yang besar yang melibatkan
ekonomi dan negara
Komunikasi dan cara hidup manusia ada simboliknya dan sangat
penting
Definisi dan Pengertian
Pendidikan
Education berasal daripada Bahasa Latin ‘educare’ yang bererti asuh
dan jaga
Prof. S.M. Naquib:
Education is “Something that is progressively instilled into human
beings”
“Education is the instilling and inculcation of ‘adab’ in man”
John Dewey:
The process of forming fundamental dispositions, intellectual and
emotional towards nature and fellow man
(Proses membentuk kecenderungan-kecenderungan asas yang berupa
akliah dan perasaan terhadap alam dan manusia)
H.Horne:
Pendidikan adalah proses abadi bagi menyesuaikan perkembangan diri
manusia dari segi jasmani, alam, akliah, kebebasan perasaan manusia
terhadap Tuhan sebagaimana ternyata dalam akliah, perasaan dan
kemahuan manusia (Jurnal Pendidikan Islam ABIM, Jan,1984)
Tujuan Pendidikan
Education should aim at the balanced growth of the total personality
of Man through the training of Man’s spirit, intellectual, the rational
self, feeling and the mobility senses.
Education should therefore cater for the growth of man in all its
aspects: spiritual, intellectual, imaginative, physical, scientific,
linguistic, both individually and collectively and motivate all these
aspects towards goodness and the attainment of perfection
The ultimate aim of Muslim education lies in the
realization of complete submission to Allah on the
level of the individual, the community and humanity
at large.
Sosiologi Pendidikan
Merupakan kajian mengenai ras, kelas sosial dan beberapa petunjuk
sosial lain yang mempengaruhi pencapaian di sekolah, untuk
memahami tingkahlaku dan peranan murid, guru dan pentadbir; fungsi
kerajaan berhubungan dengan pendidikan; menganalisis bilik darjah,
sekolah dan sistem sekolah sebagai sistem sosial dan institusi
masyarakat
Perhubungan antara
Sosiologi dan Pendidikan
Sosiologi Pendidikan telah lahir akibat daripada penyatuan Sosiologi
dengan Pendidikan
Bagi para pendidik, Sosiologi ialah salah satu daripada beberapa bidang
Sains Kemasyarakatan (seperti Falsafah, Psikologi dan sebagainya) yang
perlu diberi pertimbangan di dalam usaha memahami proses
pendidikan, dan bagaimana seseorang individu berinteraksi di dalam
persekitaran kebudayaannya.
Tokoh-tokoh awal Sosiologi
1. Auguste Comte (1798-1857)-Bapa Sosiologi
2. Herbert Spencer (1820-1903)- Teori Evolusi Sosial
Emile Durkheim (1858-1917)
Tokoh Sosiologi Islam
Ibnu Khaldun (1332-1406)-ahli falsafah, ahli pentadbir, penasihat
kerajaan, ahli sains sosial, bapa ilmu sosiologi
Dapatan kajiannya:
Perbandingan masyarakat desa dan bandar
Konsep Asabiyah (solidariti sosial)- Ibn Khaldun telah menekankan
bahawa dalam asabiyah, keturunan individu, kelahiran dan identitinya
lazimnya “hilang” kepada atau berpadu ke dalam kumpulan di mana
dia menganggotainya, ‘beliau kemudian menjadi salah seorang dari
yang lain-lain”.
Aspek ekonomi:pengeluaran, perdagangan antarabangsa dan
perubahan harga barang
Sosiologi Pendidikan
Mengaplikasi prinsip-prinsip asas dan dapatan-dapatan kajian dalam
bidang sosiologi bagi mencari penyelesaian bagi masalah-masalah
sosial dalam bidang pendidikan
Meneliti aspek-aspek sosiologi (kelas, sosial,nilai, norma, masyarakat
dll) yang menjadi tunggak kepada guru-guru, pendidik dan golongan
yang berminat dalam dunia pendidikan
Fokus utama Sosiologi
Pendidikan
Memberi tumpuan kepada hubungan antara proses persekolahan,
amalan dan hasil nya kepada organisasi masyarakat secara
keseluruhannya ( Bagaimana pendidikan menyumbang kepada
menyempurnakan keperluan masyarakat?)
Fokus utama Sosiologi
Pendidikan
Pada peringkat sekolah (Sosiologi Pendidikan memfokuskan kepada
kumpulan sosial di sekolah (pelajar, guru, ibubapa, pentadbir sekolah)
dan interaksi antara mereka bagi menentukan keberhasilan
persekolahan ( kejayaan pelajar)
Tiga jenis pendidikan di
dalam masyarakat moden
Pendidikan Informal (Proses pendidikan yang berlaku di luar sekolah:
melalui proses interaksi sosial)
Pendidikan Formal (Aktiviti yang dirancang dengan tujuan untuk
menyalurkan kemahiran, pengetahuan, nilai dan kebolehan mental)
Pendidikan Nonformal (Aktiviti yang dirancang di luar waktu
persekolahan (pengakap, sukan)
Pendidikan adalah sosiologi
kerana..
Ia adalah sebahagian daripada jaringan institusi sosial yang mempunyai
perkaitan antara satu sama lain
Pendidikan adalah satu proses sosial ( Urutan aktiviti yang dicetuskan
oleh interaksi sosial)
Melibatkan manusia yang dikehendaki untuk berinteraksi untuk
memperolehi kemahiran, pengetahuan yang diperlukan bagi
mengembangkan kebolehan mereka
Pendidikan adalah sosiologi
kerana..
Oleh kerana itu selain daripada persekitaran pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, konteks pengalaman pelajar juga perlu diberi
pertimbangan

Anda mungkin juga menyukai