Anda di halaman 1dari 10

Pada awalnya motivasi dikenali dalam bentuk ganjaran dan dalam bentuk hukuman tetapi

pada masa kini motivasi lebih dikenali sebagai dorongan untuk mencapai sesuatu
sasaran.Motivasi,tingkahlaku etika dan etika kerja merupakan 3 aspek penting bagi setiap
individu dalam mencapai kejayaan.Etika kerja merujuk kepada tingkahlaku terhadap kerja
dengan positif bahawa kerja adalah penting.Pekerja pada kebiasanya lebih bersemangat
apabila mengetahui bahawa organisasi yang diwakilnya dapat membantu memenuhi
kehendaknya.Justeru itu,pekerja yang bermotivasi dan beretika berkomited dalam mencapai
objektif yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi.

Walaupun kita tidak dapat menyangkal pekerja merupakan tulang belakang kepada
sesebuah organisasi tetapi beberapa masalah dalaman organisasi seperti politik dalam
organisasi,gaya pengurusan dan saiz organisasi itu sendiri akan memberi kesan kepada sikap
dan tingkah laku pekerja melalui reaksi terhadap pekerjaan dan juga organisasi.Setiap
organisasi mempunyai corak pengurusan yang berbeza.Dalam organisasi yang sama pula
perubahan struktur organisasi akan memberi kesan kepada tahap motivasi pekerja.Sebagai
contoh kita boleh melihat kepada sektor awam yang seringkali mengalami perubahan dalam
polisi pentadbiran dan perubahan dalam corak pengurusan.Banyak kajian lepas memfokuskan
kepada pekerja yang kurang motivasi kerja dan ini menjurus kepada pekerja tidak beretika
dalam menjalankan tugas mereka.

Di antara etika kerja yang baik termasuklah rajin ,gigih,berdaya cipta,inovatif,semangat


kerjasama,kerja berpasukan,integriti,berdisiplin,kreatif dan bersikap berusaha untuk
meningkatkan prestasi diri dan kerja (TENGKU SARINA AINI TENGKU KASIM, 2007).
Walau apapun diperkatakan berkaitan motivasi ianya bukanlah sifat peribadi individu
sebaliknya ia adalah hasil daripada komunikasi diantara beberapa individu berasingan dan
berpandukan pada sesuatu situasi berkenaan. Dalam konsep motivasi,peringkat motivasi
berubah diantara individu ,pekerja pada waktu yang berbeza.Motivasi adalah pengetahuan
individu berkaitan konsep kerja,matlamat kerja dan matlamat organisasi.Matlamat organisasi
amat penting dalam memupuk motivasi sebagai jalan untuk melangkah kearah
pencapaian.Motivasi serta etika kerja berkait rapat antara satu sama lain di mana
keduaduanya amat penting dalam mengembangkan bukan sahaja sesuatu organisasi tetapi
juga diri sendiri.

1
TEORI YANG BERSESUAIAN (ETIKA)

Teori etika merupakan teori yang menyediakan nilai-nilai moral atau garis panduan yang
mengandungi nilai tertentu.Teori ini membantu individu untuk melihat perbezaan dalam
menentukan tindakan mereka daripada asas teori.Pemikiran teori etika telah bermula sejak
awal zaman Greek apabila ahli falsafah seperti Socrates,Plato,Aristotle dan Protagoras mula
membahasakan persoalan tentang etika.

TEORI ETIKA

➢ Teori Teleologikal
➢ Teori Deontologi
➢ Teori Kemoralan Sosial
➢ Teori Keperibadian Mulia
➢ Teori Sekularisme

TEORI TELEOLOGIKAL

Teleologikal merupakan ayat ‘telos’ yang membawa makna matlamat.Teori ini mengatakan
bahawa sesuatu nilai itu betul atau salah bergantung kepada hasil sesuatu perbuatan.Teori ini
mementingkan hasil terakhir sesuatu tindakan.Ini bermakna sesuatu perbuatan perlu
dilakukan apabila ianya membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.Teori ini
terbahagi kepada dua iaitu utilitarianisme dan egoisme.

Utilitarianisme bermakna setiap tindakan perlu mengambil kira kesan baik dan memberi
manfaat kepada semua individu yang terlibat.

Egoisme bermakna setiap tindakan perlu mengambil kira kepentingan diri.

TEORI DEONTOLOGI

Tidak seperti teori teleologikal,teori ini tidak menitikberatkan kesan ataupun hasil daripada
sesuatu perlakuan ataupun tindakan.Teori ini mementingkansifat perlakuan atau ciri-ciri
peraturan itu sendiri.Sesuatu tindakan yang baik ataupun buruk ataupun benar atau tidak
benar adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai
intrinsic.Kewajipan dan peraturan moral yang sedia ada memilih tindakan moral yang
betul.oleh yang demikian sesuatu tindakan dianggap bermoral jika memgikut
kewajipan.Teori Deontologi ini terbahagi kepada dua iaitu prinsip kewajipan dan prinsip
eksistensialisme.
2
TEORI KEMORALAN SOSIAL

Teori ini memberikan maksud tingkah laku yang perlu ada untuk menjamin kehidupan
manusia bagi meneruskan hidup secara aman dan harmoni.Secara khususnya teori ini berkait
rapat dengan pertauran masyarakat yang berbilang kaum dan banyak melibatkan amalan
masyarakat.Teori ini juga lebih mementingkan masyarakat berbanding individu bagi
mencapai matlamat moral.

TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Teori ini merujuk sepenuhnya kepada sifat peribadi seseorang individu.Teori ini akan
menjadikan individu tersebut diterima sebagai agen moral dan diterima dalam kalangan
masyarakat.Fokus teori ini adalah sifat mulia peribadi yang patut ada pada semua
individu.Aristotle seorang ahli falsafah Greek yang terkenal telah banyak memberi
sumbangan terhadap teori ini.Menurut beliau perlu wujud tiga keadaan yang perlu wujud
untuk menyebabkan seseorang individu boleh diterima sebagai agen yang memiliki sikap
mulia dalam perlakuanya.

TEORI SEKULARISME

Teori ini adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan
dunia,ianya termasuk politik,pentadbiran,ekonomi dan lain-lain.Teori ini lahir daripada
agama Kristian yang dipisahkan daripada urusan hidup dan menolak hukum taurat.Menurut
teori ini hanya perjuangan kebendaan sahaja yang memberi jaminan baik untuk mencapai
kehidupan yang bebas dan selamat.

Etika kerja ini menjelaskan kepada individu lain tentang komitmen seseorang terhadap kerja
yang dilakukan samada mereka menyukai kerja itu ataupun tidak.Dalam erti kata lain etika
kerja juga boleh diertikan sebagai tindakan seseorang untuk situasi tertentu.Jujur,amanah dan
adil merupakan factor-faktor utama dalam etika kerja.

TEORI YANG BERSESUAIAN (MOTIVASI KERJA)

Didalam sesebuah organisasi adalah amat penting untuk memastikan satiap pekerja
mempunyai tahap motivasi yang tinggi supaya objektif,matlamat dan misi organisasi tersebut
3
dicapai.Motivasi kerja juga boleh didefinisikan sebagai pengembangan usaha bagi mencapai
sasaran yang dikehendaki.Ternyata motivasi ini boleh ditingkatkan dengan berbagai cara dan
ianya menjadi tanggungjawab ketua untuk memastikan pekerjanya kekal bermotivasi.

TEORI MOTIVASI HERZBERG

Teori ini diperkenalkan oleh Frederick Herzberg pada tahun 1966.Teori ini juga dikenali
dengan nama teori Motivation Hygiene.Teori ini menerangkan terdapat factor-faktor yang
menyebabkan kepuasan dan juga ketidakpuasan di dalam pekerjaan.Teori ini menceritakan
dua factor iaitu instrinsik dan ekstrinsik.

MOTIVASI INTRINSIK

Motivasi Intrinsik adalah motivasi dalam diri seseorang untuk mengembangkan diri untuk
mencapai keperluan kerja.Motivasi ini akan mendorong seseorang untuk mempelajari
perkara-perkara baharu tanpa paksaan daripada mana-mana pihak lain.Keinginan tinggi untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan dalam diri sendiri akan memacu mereka mempelajari
sesuatu yang baru setiap hari dan ianya akan menjadi dorongan yang kuat.

MOTIVASI EKSTRINSIK

Motivasi Ekstrinsik adalah motivasi atas factor-faktor dari luar seperti pujian,ganjaran,bonus
dan sebagainya.Pendek kata motivasi ini didorong oleh hasil yang akan diperolehi selepas
sesuatu kerja dilaksanakan.Ternyata motivasi ini akan menolak seseorang pekerja untuk
kekal positif untuk mengejar sasaran diri mereka sendiri dan secara tidak langsung akan
menolong untuk mencapai sasaran oraganisasi.

TEORI MOTIVASI MCCLELLAND

Teori ni dikenali sebagai teori yang lebih komprehansif.Teori ini menjelaskan tahap
keperluan terhadap sesuatu isu adalah berbeza bagi setiap individu.Maknanya seseorang
individu akan bertindak mengikut keperluan mereka terhadap sesuatu isu.Mcclelland pada
awalnya telah menekankan kepada peranan keperluan pencapaian dalam menentukan
motivasi mereka.Mcclelland dalam teorinya menyatakan terdapat tiga keperluan dalam
menentukan motivasi.Tiga keperluan yang dinyatakan oleh Mcclelland adalah
keperluan,perhubungan dan juga keperluan kuasa.

4
TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

Teori ini menyatakan ianya merupakan satu bentuk piramid yang mewakili keperluan
manusia secara berperingkat.Setiap peringkat mewakili keperluan dan kepentingan yang
berbeza.Menurut Maslow terdapat 5 keperluan asas yang perlu dipenuhi.Lima keperluan
tersebut adalah fisiologi,keperluan keselamatan,keperluan social,keperluan nilai diri dan
keperluan hasrat diri.Maslow juga menyatakan penekanan terhadap keperluan dilakukan dan
berbeza mengikut kehendak individu.

TEORI X DAN Y MCGREGOR

Teori X dan Y ini dikaitakan dengan ‘leadership’ dan ianya dikemukakan oleh Douglas
Mcgregor pada tahun 1960-an.Teori ini menjelaskan dua model yang berbeza mengenai
motivasi kerja.Teori X menyatakan manusia adalah seseorang yang malas yang tidak suka
bekerja dan menjauhkan diri daripada kerja dan juga tanggungjawab yang diberi kepada
mereka.Teori Y pula menyatakan pekerja memiliki imaginasi,kreatif dan juga kepandaian
untuk pencapaian tujuan kerja.

5
ISU DAN CABARAN DI ERA MODEN

Tujuan utama etika kerja diwujudkan adalah untuk mendisiplinkan dan mengawal tingkah
laku para pekerja supaya segala ilmu dan kepakaran yang ada pada pekerja dapat digunakan
dengan sebaiknya dan secara maksima untuk kebaikan semua pihak.Dengan mencapai
sasaran ini ianya akan menjadikan golongan pekerja masa kini lebih bertanggungjawab dan
Berjaya dalam kerjaya mereka walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

Etika kerja agak penting dalam mengawal tingkahlaku para professional walaupun ia
bukan penyelesaian masalah yang kompleks.Etika kerja agak penting dalam menentukan
hubungan asas di antara pekerja dengan majikan,rakan kerja dan juga pelangan.Setiap warga
kerja ataupun pekerja tidak terlepas daripada mematuhi prinsip dan nilai etika.Walaupun
etika kerja ini wujud sejak dulu lagi ianya masih dianggap agak penting dalam sesebuah
organisasi.Pekerja tidak boleh lari daripada pelangan kerana mereka akan berurusan dengan
pelangan pada setiap masa.Setiap urusan dengan pelangan mempunyai implikasi
undangundang yang luas.Walaupun terdapat berbagai undang-undang untuk mengawal
tingkah laku pekerja pendedahan jenayah kolar putih yang makin merisaukan jelas
mengambarkan perbuatan tidak beretika d kalangan pekerja dalam organisasi.

Bagi mereka yang melakukan kesalahan kesalahan ini berangapan etika kerja sebagai
halangan kepada mereka untuk membuat kerja terkutuk mereka.Ramai yang berangapan etika
kerja tidak perlu untuk dipatuh lagi kerana ianya akan membebankan mereka untuk
mengerakan sasaran mereka dalam sesebuah organisasi.Terdapat banyak faktor yang
mempengaruhi tingkahlaku pekerja dan keputusan hasil daripada pengaruhnya tadi.Ianya
menjadi agak sukar untuk membentukan etika kerja dalam kalangan pekerja masa kini kerana
kita sudah beralih kepada era cyber yang lebih dikenali sebagai era moden.Keinginan yang
wujud di dalam diri pekerja sendiri untuk mencapai kejayaan dan pencapaian adalah
motivasi.Ada juga yang mengatakan motivasi sebagai ‘pengerak kepada kemahuan dan
keinginan untuk mencapai sesuatu’ (HAYATI ABDUL HAMID, 1996)

Apabila kita berbincang mengenai motivasi kerja,pengetahuan mengenai konsep kerja


amatlah penting.Maka bermulalah alasan yang nyata untuk kita mengerakan matlamat yang
kita mahu mencapai.Pengetahuan mengenai konsep kerja,matlamat kerja dan juga matlamat
organisasi amat penting dalam memupuk motivasi sebagai kunci untuk merangka strategi kea
rah pencapaian. (HAYATI ABDUL HAMID, 1996).Antara factor yang mungkin menentukan
prestasi kerja seseorang terdiri dari motivasi diri,kepuasan kerja,status pekerjaan, kebolehan,

6
keyakinan diri,suasana tempat kerja dan sebagainya (JOHAR, 2009) Prestasi kerja
merupakan focus penting buat sesebuah organisasi kerana ianya akan meningkatkan
produktiviti sesebuah organisasi.Prestasi kerja boleh meningkat dan boleh menurun selaras
dengan motivasi kerja yang dimiliki oleh pekerja sesebuah organisasi.

Prestasi kerja juga berkait rapat dengan disiplin pekerja dan merangkumi semua aspek
supaya organisasi terdapat dapat berfungsi pada tahap maksimum.Pendek kata prestasi
sesebuah organisasi dipengaruhi oleh prestasi kerja dalam organisasi tersebut.Setiap ketua
boleh menilai prestasi kerja pekerja mereka melalui kemampuan mereka untuk melaksanakan
kerja yang diberi kepada mereka.Prestasi kerja akan menampakan kemampuan sebenar
seorang pekerja.Selain menentukan masa depan sesuatu organisasi prestasi kerja juga akan
memberi impak terhadap prestasi organisasi secara menyeluruh.Ini adalah kerana motivasi
kerja yang dimiliki oleh seseorang pekerja akan meningkatkan lagi prestasi kerja mereka
seterusnya meningkatkan produktiviti organisasi tersebut.Sekiranya pekerja tidak memiliki
motivasi untuk meneruskan kerja maka produktitviti organisasi juga akan menurun.

Maka prestasi kerja dan motivasi kerja berkait rapat antara satu sama lain.Prestasi kerja
juga dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran perkerja itu sendiri. (FADZIN NAZIRIN
BIN MIHAT, 2020).Apabila seseorang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dia
mempunyai motivasi kerja yang agak tinggi. (ZAINAB AMAN, 2015).Kepuasan kerja
merupakan pengaruh yang dominan dalam menentukan prestasi kerja.Apabila kepuasan kerja
dicapai,maka perasaan kerja mereka terhadap kerja juga akan berubah.Pekerja akan menjadi
lebih bersemangat untuk berkerja masa prestasi kerja akan meningkat.Ini menunjukkan
kepuasan kerja mempunyai implikasi yang lebih hebat dalam mencapai prestasi kerja yang
diingini. (NORAINI ABDOL RAOP, 2015).

Pengurusan sumber manusia dan pengurusan sesebuah organisasi sememangnya akan


mempengaruhi prestasi kerja seseorang pekerja.Prestasi kerja adalah petunjuk sejauh mana
pekerja melaksanakan kerjanya sama ada baik ataupun tidak baik.Sekiranya pekerja
memahami peranan mereka terhadap kerja mereka dan melaksanakanya secara berterusan
maka matlamat organisasi akan tercapai secara automatik. (MAISARAH AZMAN, 2021).

7
KESIMPULAN

Secara keseluruhan kajian ini adalah untuk mengaji hubungan antara motivasi kerja dan
prestasi kerja.Motivasi kerja amat penting dalam menetapkan prestasi kerja dalam sesebuah
organisasi.Keinginan diri untuk mencapai kepuasan kerja adalah daripada mencapai prestasi
kerja dan untuk mencapai prestasi kerja yang diingini oleh sesuatu organisasi motivasi diri
adalah tunjang untuk mencapai matlamat kita.Jelas teori-teori yang pernah diketengahkan
oleh karyawan terdahulu banyak membantu untuk melaksanakan kajian ini.Penulis juga
percaya bahawa motivasi kerja atas tangga pertama untuk mendakap prestasi kerja dan
seterusnya manikmati kepuasan kerja.Walaupun banyak teori telah dibincangkan dalam
kajian ini penulis percaya kajian pada masa akan datang membuka peluang lagi untuk
membincangkan teori-teori yang baharu lagi.

8
RUJUKAN

Bibliography

FADZIN NAZIRIN BIN MIHAT, M. M. (2020). PERKAITAN ANTARA MOTIVASI DAN


PRESTASI KERJA.

HAYATI ABDUL HAMID, J. A. (1996). MOTIVASI DIRI DALAM PEKERJAAN. 52.

JOHAR, H. M. (2009). MOTIVASI KERJA PENSYARAH DI UITM PAHANG.

MAISARAH AZMAN, L. W. (2021). FAKTOR-FAKTOR MENPENGARUHI PRESTASI


KERJA .

NAGENDRAN, T. A. (2021). HUBUNGAN EFIKASI KERJA DENGAN MOTIVASI


KERJA.

NORAINI ABDOL RAOP, H. T. (2015). KEPUASAN KERJA . HUBUNGANYA DENGAN


PRESTASI KERJA .

TENGKU SARINA AINI TENGKU KASIM, F. M. (2007). KEPERLUAN MOTIVASI


DALAM PENGURUSAN. KERJA BERKUALITI DARI PERSPEKTIF PEMIKIRAN
ISLAM.

ZAINAB AMAN, K. A. (2015). FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PRESTASI KERJA.

9
10

Anda mungkin juga menyukai