Anda di halaman 1dari 15

LATIHAN MASA CUTI

#fightcovid19
Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat
memberikan kemudharatan di bumi mahupun di langit dan
Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

SAINS
TINGKATAN 3
6 – 10 APRIL 2020

Peruntukan Waktu : 7 waktu/ minggu


(Sila patuhi waktu Sains mengikut jadual kelas masing-masing)

BAB 3 : PENGANGKUTAN
3.2 Sistem Peredaran Darah Sistem Peredaran Darah Haiwan Vertebrata
 Denyutan Nadi (2 waktu : Nota dan Latihan)
3.3 Darah Manusia (3 waktu : Nota dan Latihan)
3.4 Pengangkutan dalam Tumbuhan (2 waktu : Nota dan Latihan)

NAMA :____________________________________________________
KELAS : ___________________________________________________
3.2 Sistem Peredaran Darah Sistem Peredaran Darah Haiwan Vertebrata
 Denyutan Nadi (Peruntukan ½ waktu – Baca dan faham)

Denyutan jantung  Bunyi yang dihasilkan oleh jantung iaitu bunyi „lub dub‟.

Diastol
 Bunyi „dub‟ dihasilkan oleh penutupan injap sabit pada
aorta dan arteri pulmonari semasa pengenduran ventrikel
berlaku.
 Keadaan ini dikenali sebagai diastol.
 Bacaan tekanan darah yang mengalir dan mengisi
jantung dipanggil bacaan tekanan diastolic.

Sistol
 Bunyi „lub‟ pula dihasilkan oleh penutupan injap trikuspid
dan bikuspid antara atrium dengan ventrikel semasa
pengecutan ventrikel berlaku.
 Keadaan ini dipanggil sebagai sistol.
 Bacaan tekanan darah yang mengalir keluar dari jantung
dipanggil bacaan tekanan sistolik.

Pengukuran tekanan darah


 Lazimnya diukur menggunakan alat sfigmomanometer.

Kategori Bacaan (mm Hg)


Sistolik Diastolik
Darah rendah Kurang 90 Kurang 60
Darah normal 90-120 60-80
Pra-darah tinggi 120-140 80-90
Darah tinggi Lebih 140 Lebih 90
Kadar denyutan nadi  Denyutan nadi dihasilkan oleh pengecutan dan
pengenduran dinding arteri yang berotot.

Faktor yang mempengaruhi  Jantina


denyutan nadi Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi (78-82
denyutan) lebih tinggi berbanding lelaki (70 -72 denyutan)
 Umur
Semakin meningkat umur individu, semakin rendah kadar
denyutan nadi.
 Kesihatan badan
Suhu badan yang tinggi semasa demam meningkatkan
kadar denyutan nadi.
 Aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal yang aktif meningkatkan kadar denyutan
nadi.

Kepentingan menjaga kesihatan Amalan untuk mengekalkan jantung yang sihat:


jantung  Bersenam selalu
 Kawal tekanan darah
 Bijak menangani stres
 Kawal berat badan
 Amalkan makanan sihat
 Sihat tanpa alkohol
 Jangan merokok
 Kawal diabetes
 Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

1
CikguAbby2020@SDARY
Latihan 4 (Peruntukan 1 ½ waktu – Jawab soalan)

1. Gariskan jawapan yang betul tentang penghasilan bunyi „lun dub‟ semasa jantung berdenyut
dan tekanan darah.
(i) Bunyi ( „ lub‟ / „dub‟) dihasilkan oleh penutupan injap aorta dan arteri pulmonari.
(ii) Bunyi ( „ lub‟ / „dub‟) dihasilkan oleh penutupan injap antara atrium dengan ventrikel.
(iii) Bacaan tekanan darah yang mengalir keluar dari jantung dikenali sebagai bacaan
tekanan ( diastolik / sistolik).
(iv) Bacaan tekanan darah yang mengalir dan mengisi jantung dikenali sebagai bacaan tekanan
( diastolik / sistolik)

2. Antara bacaan tekanan diastolic dengan sistolik, yang manakah lebih tinggi? Jelaskan
jawapan anda.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

3. Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi denyutan nadi.


(a) …………………………………………………………………………
(b) …………………………………………………………………………
(c) ………………………………………………………………………..
(d) ………………………………………………………………………..

4. Apakah kepentingan menjaga kesihatan jantung?


………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………..

Contoh Soalan PT3

1. Baca petikan ini.

Vena kava membawa darah terdeoksigen dari seluruh anggota badan ke atrium
kanan. Dinding atrium kanan menguncup dan menolak darah melalui injap tricuspid ke
dalam ventrikel kanan. Dinding ventrikel kanan menguncup dan menolak darah melalui
injap sabit ke arteri pulmonary terus ke peparu. Karbon dioksida meresap keluar dan
oksigen meresap masuk ke dalam darah di dalam peparu. Darah beroksigen dari
peparu memasuki atrium kiri melalui vena pulmonary. Dinding atrium kiri menguncup
dan menolak darah melalui injap bicuspid ke dalam ventrikel kiri. Dinding ventrikel kiri
menguncup dan menolak darah melalui injap sabit ke aorta. Aorta membawa darah
beroksigen kembali ke seluruh anggota badan.

2
CikguAbby2020@SDARY

(a) Lengkapkan laluan peredaran darah dari vena kava ke peparu.

Vena kava Injap trikuspid

Injap sabit
Peparu

[3 marks / 3 markah]

(b) Terangkan bagaimana senaman dapat menjaga kesihatan jantung.

…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(c) Kamarul merupakan seorang perokok tegar. Apakah risiko penyakit yang akan dialami
sekiranya nikotin pada rokok mengeraskan salur darahnya ?

………………………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

2. Rajah 2 menunjukkan suatu penyakit yang berlaku tanpa mengira usia.

Kegagalan jantung bermaksud bahawa otot jantung anda menjadi terlalu lemah untuk
mengepam darah di seluruh badan anda seperti biasa. Apabila otot jantung rosak , otot
jantung tidak boleh pulih dengan sendirinya.

Kegagalan jantung sering dicetuskan dari kejadian jantung di mana otot jantung
mengalami kerosakan, seperti serangan jantung.

Data Pendaftaran Nasional menunjukkan bahawa hamper separuh kes kardiovaskular


kemasukan ke hospital melibatkan individu berumur 40 hingga 60 tahun yang disebabkan
masalah jantung. Kadar populasi pesakit jantung semakin muda dan dapat dikesan seawall
umur 26 tahun. Walau bagaimanapun, golongan berumur antara 40 hingga 60 tahun paling
banyak dikesan menghidap penyakit ini.

3
CikguAbby2020@SDARY
(a) (i) Ramai orang menyangka serangan jantung hanya menyerang orang tua
sahaja tetapi sejak akhir-akhir kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda
hingga menyebabkan kematian mengejut. Pada pendapat anda, apakah punca yang
menyebabkan penyakit jantung dikatakan sebagai penyakit tidak mengira usia?

…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………….
[2 markah]

(ii)
 Rasa tidak selesa pada dada, seolah-olah merasakan ada sesuatu
yang menekan.
 Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang
mencekik.
 Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada.

Sekiranya anda pernah mengalami simpton-simpton yang disebut di atas, nyatakan


tiga tindakan yang anda akan lakukan ?

…………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….
(3 markah]

Mengapakah natrium menjadi berbahaya kepada kesihatan jantung anda?

 Tahukah anda bahawa orang Amerika secara purata menggunakan lebih daripada
dua kali ganda garam yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika? Orang-orang
di seluruh dunia secara purata mengambil hampir dua kali ganda tahap yang
disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

 Penyelidik telah mendapati bahawa pengambilan ini menyumbang kepada 2.3 juta
kematian setiap tahun akibat penyakit kardiovaskular, terutamanya daripada penyakit
 jantung koeonari yang menyebabkan serangan jantung dan strok.
 Anda tidak boleh menukar umur anda atau sejarah penyakit jantung

keluargaAhukahanda,anda tetapi pengambilan garam anda adalah faktor risiko


penyakit jantung yang boleh anda lakukan sesuatu, bermula hari ini.



(b) Setelah membaca petikan ini, apakah pandangan anda bahawa kita selalunya dinasihatkan
supaya mengurangkan pengambilan garam dalam diet seharian?

…………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………

….…………………………………………………………………………………………………………………….

[2 markah]

4
CikguAbby2020@SDARY

3.3 Darah Manusia (Peruntukan 1 waktu – Baca dan faham)

Fungsi darah  Mengangkut bahan-bahan keperluan sel seperti oksigen


dan nutrien
 Menyingkirkan karbon dioksida dan bahan kumuh lain
dari badan.

Komponen dan kandungan darah  Komponen darah boleh diasingkan menggunakan


manusia. kaedah emparan.
 Darah terdiri daripada 55% plasma darah dan 45% sel
darah.

Darah Manusia

Plasma Sel darah

Air Bahan-bahan Sel Sel Platlet


dara
terlarut darah h
merah putih

Sel darah merah  Fungsi : mengangkut oksigen ke seluruh badan dan


mengangkut karbon dioksida dari sel badan ke peparu.
 Mengandungi pigmen merah hemoglobin.
 Berbentuk dwicekung dan tidak mempunyai nukleus.
 Dibina di dalam sumsum tulang.
 Jangka hayat kira-kira 120 hari.

Sel darah putih  Fungsi : membantu mempertahankan badan daripada


jangkitan penyakit
 Berbentuk tidak tetap, tidak berwarna, mempunyai
nukleus, tiada hemoglobin dan bersaiz lebih besar
daripada sel darah merah.
 Dihasilkan di dalam sumsum tulang
 Jangka hayat kira-kira beberapa jam sahaja.

Platlet  Fungsi : membekukan darah bagi menghentikan


pendarahan.
 Merupakan serpihan sel yang terhasil apabila sel
megakariosit pecah.
 Saiz jauh lebih kecil daripaad sel darah merah dan sel
darah putih, tiada nukleus.

Plasma  Cecair berwarna kuning pucat yang terdiri daripada


90% air dan selebihnya bahan terlarut.
 Contoh bahan terlarut : nutrien, gas terlarut, garam
mineral, hormon, protein plasma dan bahan kumuh.
 Jangka hayat kira-kira 5 hingga 9 hari.

5
CikguAbby2020@SDARY

Kumpulan Darah

Antigen dalam Sel Darah manusia  Dikelaskan kepada empat kumpulan iaitu A, B, AB
dan O
 Kumpulan darah ditentukan oleh kehadiran
antigen tertentu pada permukaan sel darah
merah.
 Antigen ialah bahan asing yang berupaya
merangsang penghasilan antibodi di dalam
badan.
 Terdapat dua jenis antigen yang wujud dalam sel
darah merah iaitu antigen A dan antigen B.

 Pengelasan Kumpulan darah manusia

Kumpulan darah A Kumpulan darah B

Individu daripada Individu daripada


kumpulan darah kumpulan darah B
A mempunyai mempunyai
hanya antigen A hanya antigen B

Kumpulan darah AB Kumpulan darah O

Individu daripada Individu daripada


kumpulan darah kumpulan darah O
AB mempunyai tidak mempunyai
antigen A dan antigen A atau
antigen B. antigen B

 Antibodi dalam Plasma Darah  Plasma darah mengandungi antibodi.


 Jenis antibodi yang wujud dalam plasma darah
ialah antibodi Anti- A dan antibodi Anti-B.
 Antibodi akan menyerang antigen yang sepada
dengannya dan menyebabkan penggumpalan
darah (agglutinasi) berlaku.
 Hal ini boleh menyebabkan kematian.

Jenis darah Jenis antigen Jenis antibodi


(Di permukaan sel darah merah) Dalam plasma darah)

A A Anti-B

B B Anti- A

AB A dan B -

O - Anti-A dan Anti-B

6
CikguAbby2020@SDARY

 Padanan darah untuk pemindahan

Kumpulan darah Kumpulan darah penerima


penderma
A B AB O

A √ X √ X

B X √ √ X

AB X X √ X

O √ √ √ √

√ - serasi ; X – tidak serasi

Latihan 5 (Peruntukan 2 waktu – Jawab soalan)

1. Namakan empat komponen darah manusia.


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

2. Namakan komponen yang paling besar dalam darah manusia.


………………………………………………………………………………………..

3. Mengapakah seorang penderma darah dengan kumpulan darah O dikenali sebagai


penderma universal?
……………………………………………………………………………………………………………………………..

4. Mengapakah seorang penerima darah dengan kumpulan darah AB dikenali sebagai penerima
universal?
……………………………………………………………………………………………………………………………..

5. Mengapakah masyarakat digalakkan untuk menderma darah?


………………………………………………………………………………………………………………………………

6. Apakah yang mungkin akan terjadi kepada seseorang yang luka dan darahnya tidak membeku?
………………………………………………………………………………………………………………………………
7. Rajah 2 menunjukkan komponen darah

(a) Labelkan X, Y dan Z dalam Rajah 2 berdasarkan maklumat yang berikut.

Platelet Sel darah merah Sel darah putih

7
CikguAbby2020@SDARY
(b) Komponen darah yang manakah terlibat dalam pembekuan darah?
………………………………………………………………………………………………
(c) Jadual di bawah menunjukkan kumpulan darah empat orang murid.

Murid Ravi Maisarah Beng Huat Mei Mei

Kumpulan darah AB O B A

(i) Darah siapakah yang boleh diterima oleh Ravi?


………………………………………………………………………

(ii) Siapakah penderma universal? Jelaskan.


……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………

8. Rajah di bawah menunjukkan sel darah merah.

(a) Nyatakan fungsinya.


……………………………………………………………………………………………………………………….

(b) Namakan penyakit yang disebabkan oleh peratus sel darah putih yang tinggi di dalam
badan.
…………………………………………………………………………………………………………………………

(c) Namakan komponen darah yang melindungi badan daripada jangkitan bakteria.
……………………………………………………………………………………………….

(d) Jadual 1 menunjukkan empat pemindahan darah. Bagi setiap kes, nyatakan sama ada
“Serasi” atau “ Darah menggumpal”

Kumpulan darah „Serasi‟ atau „Darah menggumpal‟


Penderma Penerima
A AB

B O

AB B

O A
Contoh Soalan PT3

PT3 2014

1. Farahain terpotong jari tangannya. Dia mendapati darah pada lukanya beku selepas
beberapa ketika.

(a) Pada rajah di atas, tandakan (√ ) jenis sel darah yang membekukan darah.
[1 markah]

(b) Adakah sel darah A dan B mengandungi nukleus? Tuliskan Ya atau Tidak dalam petak yang
disediakan.

Sel darah A Sel darah B

[2 markah]

(d) Chee Keong terlibat dalam suatu kemalangan dan dia memerlukan transfusi darah. Chee
Keong mempunyai kumpulan darah B. Tandakan (√ ) kumpulan darah yang sesuai untuk
didermakan kepadanya.

[2 markah]

9
CikguAbby2020@SD
3. Jadual di bawah menunjukkan kumpulan darah untuk penderma dan penerima darah.

Donors/Penderma Recipients/Penerima
A A, AB
B B, AB
O
AB

(a) Lengkapkan jadual di atas.


(2 markah)
(b) Nyatakan

(i) Penderma universal : …………………………………………………………………………

(ii) Penerima universal : ………………………………………………………………………....


(2 markah)

(c) Dalam keadaan kecemasan, Fitri yang berkumpulan darah O telah menerima darah dari
seorang penderma yang berkumpulan darah A.

(i) Apakah akan terjadi kepada Fitri?

……………………………………………………………………………………………………………..
(1 markah)
(ii) Nyatakan jenis darah yang sepatutnya diberikan kepada Fitri dalam situasi itu.

……………………………………………………………………………………………………………..
(1 markah)

PT3 2016 {S55D3}

4. Rajah 12.1 menunjukkan komponen bgi darah manusia.

Rajah 12.1

(a) (i) Namakan satu komponen dalam darah manusia.

..…………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(ii) Nyatakan satu fungsi komponen P dalam sistem peredaran darah.

…..………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(iii) Nyatakan kesan jika seseorang kurang komponen Q.

……………………………………………………………………………………………………
[1 markah]
3.4 Pengangkutan dalam Tumbuhan (Peruntukan 1 waktu – Baca dan faham)

Transpirasi  Suatu proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari
permukaan daun ke udara secara penyejatan.

 Air hilang daripada daun ke persekitaran melalui stoma.


 Transpirasi membantu tumbuhan menyerap dan
mengangkut air dan mineral dari tanah ke seluruh
bahagian tumbuhan.

Gutasi (Pelembakan)  Proses kehilangan air dalam bentuk cecair melalui liang
yang disebut hidatod pada hujung urat daun.
 Gutasi biasanya berlaku pada waktu malam atau ketika
kelembapan udara yang tinggi.

 Perbezaan antar transpirasi dan gutasi

Transpirasi Gutasi

Air hilang dari daun dalam bentuk wap air Air hilang dari daun dalam bentuk titisan air

Melalui stoma Melalui hidatod, iaitu stoma yang tidak


sempurna dan sentiasa terbuka

Pada waktu siang Pada waktu malam atau pagi

Wap air yang tersejat tidak mengandungi Titisan air mengandungi bahan terlarut dan
bahan- bahan terlarut garam mineral

Kehilangan air boleh dikawal Kehilangan air tidak boleh dikawal kerana
hidatod sentiasa terbuka dan tiada sel
pengawal

Factor-faktor yang mempengaruhi  Kadar transpirasi ialah kadar kehilangan air dalam
kadar transpirasi tumbuhan.
 Terdapat empat faktor yang mempengaruhi kadar
transpirasi :
(a) Keamatan cahaya
(b) Kelembapan udara
(c) Suhu
(d) Pergerakan angin

Struktur dan fungsi komponen dalam  Sistem pengangkutan dalam tumbuhan berbunga
berkas vaskular pada tumbuhan terdiri daripada dua tisu pengangkut :
(a) Xilem
(b) Floem
 Xilem dan floem merupakan komponen dalam berkas
vaskular.
 Xilem
- Terdiri daripada tiub memanjang (vesel)
dengan dinding tebal, tiada nukleus
- Terlibat dalam pengangkutan air dan garam
mineral.
- Memberi sokongan kepada tumbuhan.

12
CikguAbby2020@SDARY

  Floem
- Terdiri daripaad tiub memanjang (tiub tapis)
dengan dinding nipis, tiada nukleus
- Mengangkut makanan yang dihasilkan di
dalam daun semasa fotosintesis ke bahagian
lain tumbuhan.

 Struktur berkas vaskular dalam tumbuhan

Latihan 6 (Peruntukan 1 waktu – Jawab soalan)

1. Apakah maksud transpirasi?


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

2. Tuliskan “Benar” atau “Palsu” tentang system pengangkutan dalam tumbuhan.


(a) Kehilangan air daripada tumbuhan melalui transpirasi adalah dalam ………………
keadaan wap air
(b) Gutasi adalah satu proses kehilangan air dalam keadaan cecair ………………
(c) Transpirasi berlaku pada waktu malam manakala gutasi berlaku pada waktu ………………
siang
(d) Xilem mengangkut air dan garam mineral dari pucuk ke bahagian akar ………………
Tumbuhan
(e) Komponen bagi berkas vascular ialah xilem dan floem. ………………

3. Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan.


……………………………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………………….

4. Nyatakan kepentingan transpirasi kepada tumbuhan.


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

13
CikguAbby2020@SDARY
5. Rajah 1 menunjukkan keratan rentas sejenis tumbuhan.

Rajah 1

(a) Namakan struktur yang berlabel X dan Y


X : …………………………………………………………………………………………………………………….
Y : …………………………………………………………………………………………………………………….

(b) Apakah fungsi struktur X dan Y

X : ……………………………………………………………………………………………………………………
Y : ……………………………………………………………………………………………………………………

(c) Berikan dua perbezaan antara struktur X dan Y


…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

(d) Rajah di bawah menunjukkan keadaan batang tumbuhan selepas beberapa minggu
apabila satu lilitan tisu pada batang berkayu dibuang.

Terangkan mengapa bahagian atas gegelang tumbuhan itu membengkak. (3 markah)


…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

14
CikguAbby2020@SDARY

6. Rajah di bawah menunjukkan satu susunan radas bagi satu eksperimen. Selepas 24 jam,
satu keratin rentas nipis batang dipotong seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

(a) (i) Pada rajah keratin rentas di atas, lorekkan bahagian yang diwarnakan merah.

(ii) Namakan bahagian yang diwarnakan merah dan nyatakan fungsi bahagian itu.
……………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………….

(b) Carta alir di bawah menunjukkan laluan pengangkutan air dalam tumbuhan.

Rerambut akar akar batang Q atmosfera

(i) Apakah proses yang ditunjukkan itu?


…………………………………………………………….

(ii) Apakah Q?
…………………………………………………………....

Anda mungkin juga menyukai