Anda di halaman 1dari 3

https://ms.wikipedia.

org/wiki/Mohenjo-daro
● Mohenjo-daro adalah salah sebuah penempatan kota terbesar di Tamadun Lembah Indus
di India kuno, yang kini terletak di Daerah Larkana di Sindh,Pakistan.

● Kota yang dibina sekitar 2600 SM ini adalah salah sebuah penempatan bandar terawal di
dunia yang wujud sezaman dengan tamadun Mesir Purba, Mesopotamia, dan Crete.

● Puing-puing kota ini dinamai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Mohenjo-daro juga
digelar "sebuah metropolis kuno di Lembah Indus".
● Pada kemuncaknya, kota ini barangkali diduduki kira2 35,000 orang.

LOKASI:
● Mohenjo-daro terletak di Sindh, Pakistan di sebuah rabung zaman Pleistosen di
tengah-tengah dataran banjir Sungai Indus. Rabung tersebut kini tertembus oleh
pembanjiran dataran berkenaan, tetapi menonjol sekali pada zaman Tamadun Lembah
Indus.

● Rabung tersebut membolehkan kota Mohenjo-daro berdiri di atas dataran sekelilingnya.


Tapak tersebut terletak di tengah-tengah jurang di antara lembah Sungai Indus di barat dan
Ghaggar-Hakra di timur. Sungai Indus masih mengalir ke timur tapak itu, tetapi dasar sungai
Ghaggar-Hakra kini sudah kering.

KEPENTINGAN:
● Pada zaman kuno, Mohenjo-daro mungkin sekali merupakan salah sebuah pusat
pentadbiran Tamadun Lembah Indus kuno.

● Pada zaman kemuncak, Mohenjo-daro merupakan kota yang paling maju di Asia Selatan,
dan mungkin juga di dunia. Perancangan dan kejuruteraannya menunjukkan kepentingan
kota ini kepada masyarakat lembah Indus.

● Tamadun Lembah Indus (c. 3300–1700 SM, f. 2600–1900 SM) merupakan sebuah tamadun
sungai kuno yang mekar di lembah sungai Indus di India kuno (kini di Pakistan dan India
barat laut). Tamadun ini juga dikenali sebagai "Tamadun Harappa."
SENI BINA DAN PRASANABANDAR
● Mohenjo-daro adalah sebuah binaan purbakala yang luar biasa, kerana mempunyai susun
atur terancang yang berasaskan grid jalanan yang tersusun mengikut corak yang kemas
sekali.
● Binaan-binaan di kota ini begitu maju, dengan struktur-struktur yang terdiri daripada
batu-bata buatan lumpur dan kayu bakar terjemur matahari yang sekata saiznya.

● Binaan yang bergelar Jelapang Besar di Mohenjo-daro mengikut tafsiran Sir Mortimer
Wheeler pada tahun 1950 direka dengan ruang-ruang untuk menyambut pedati yang
menghantar hasil tanaman dari desa, dan juga terdapat salur-salur untuk mengedarkan
udara di bawah bijian dalam jelapang untuk mengeringkannya. Namun demikian, Jonathan
Mark Kenoyer memperhatikan bahawa tiada bukti pernah adanya bijian dalam "jelapang" ini.
Oleh itu, Kenoyer mengatakan lebih wajar diberikannya nama "Dewan Besar".
● Berhampiran jelapang tersebut ada sebuah lagi binaan awam yang pernah berfungsi
sebagai permandian awam besar, dengan tetangga yang turun ke arah kolam berlapik
batu-bata di dalam halaman berderetan tiang. Kawasan permandian berhias ini memang
tegap sekali dengan selapisan tar semulajadi yang menghambat kebocoran, di samping
sebuah kolam di tengah-tengah. Kolam yang berukuran 12m x 7m, dengan kedalaman 2.4m
ini barangkalinya digunakan untuk upacara keagamaan atau kerohanian.

● Di dalam kota, rumah-rumah disalurkan air dari perigi. Sesetengah rumah ini dilengkapi bilik
yang kelihatan diuntukkan untuk bermandi. Air buangan disalurkan ke longkang tertutup
yang membarisi jalan-jalanan utama. Pintu masuk rumah hanya menghadap halaman dalam
dan lorong-lorong kecil. Terdapat berbagai-bagai binaan yang hanya setinggi satu dua aras.

● Sebagai kota pertanian, Mohenjo-daro juga bercirikan perigi besar dan pasar pusat. di
samping sebuah binaan yang ada genahar bawah tanah (hipokos) yang mungkin sekali
digunakan untuk pemanasan mandi.

● Mohenjo-daro adalah sebuah kota yang cukup berkubu. Biarpun tiada tembok kota, namun
adanya menara di barat petempatan utama, dan perkubuan pertahanan di selatan.
Memandangkan pengubuan sedemikian serta struktur kota-kota lain di Lembah Indus seperti
Harappa, menimbulkan persoalan sama ada Mohenjo-daro memang sebuah pusat
pentadbiran. Harappa dan Mohenjo-daro berkongsi susun atur seni bina yang agak mirip,
dan tidak berkubu kuat seperti tapak-tapak lain di Lembah Indus. Jelas sekali dari keirasan
susun atur kota di semua tapak-tapak Indus, bahawa pernah adanya suatu kepusatan politik
atau pentadbiran, cuma tidak jelas lagi sejauh manakah benarnya dan fungsi-fungsi pusat
pentadbiran tersebut.

● Mohenjo-daro dimusnahkan dan dibina semula bersilih ganti sekurang-kurangnya tujuh kali.
Setiap kali, kota baru dibina terus di atas kota lama. Pembanjiran dari Sungai Indus disangka
menjadi punca kemusnahan.

● Kota ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Kubu Kota dan Kota Rendah. Kebanyakan
kawasan Kota Rendah masih belum ditemui, tetapi sememangnya Kubu Kota ini ada sebuah
permandian awam, sebuah struktur perumahan besar yang direka untuk menempatkan
5,000 warga, dan dua buah dewan perhimpunan besar.

● Mohenjo-daro, Harappa dan tamadun masing-masing, lenyap tanpa kesan dari sejarah
sehingga ditemui semula pada 1920-an. Kerja penggalian besar-besaran dilakukan di situ
pada 1920-an, namun tiada penggalian mendalam yang dijalankan sejak 1960-an.
ARTIFAK
● Sebuah patung lelaki duduk berukuran tinggi 17.5 cm yang bergelar "Raja Pendeta"
(walaupun tiada bukti pendeta atau raja memerintah kota ini), adalah satu lagi artifak yang
menjadi lambang tamadun lembah Indus. Patung ini ditemui oleh para ahli arkeologi di Kota
Rendah Mohenjo-daro pada tahun 1927. Ia ditemui di sebuah rumah ganjil yang binaan
batanya berhias dan berceruk dinding, terlantar di antara dinding asas bata yang pernah
menampung tingkat rumah. Patung berjanggut ini memakai pita rambut, lilitan lengan, dan
mantel berhias corak trefoil yang asalnya berisi pigmen merah.

TARAF UNESCO
● Kerja-kerja pemeliharaan Mohenjo-daro digantung pada Disember 1996 setelah berhentinya
pembiayaan dari kerajaan dan pertubuhan antarabangsa. Bagaimanapun, pada April 1997,
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) membiayai projek $10 juta
untuk perlindungan tapak dan struktur-struktur yang masih berdiri dari pembanjiran selama
20 tahun.

https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/07/jelaskan-ciri-ciri-pembentukan-bandar.html
Ciri-ciri pembentukan bandar terancang di Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus
● Bahagi, Bandar dibahagi kepada dua bahagian
● Utama, Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
● Pentadbiran, Menempatkan bangunan pentadbiran / tempat mandi awam
● Kedua, Tempat kedua ialah kawasan perumahan
● Tembok, Bandar di kelilingi oleh tembok
● Kumbahan, Terdapat sistem kumbahan yang terancang
● Jalan raya, Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus
● Sungai, Bandar-bandar boleh dihubungi melalui sungai
● geometri, Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan .
● Mesopotamia, Perancangan Bandar hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan
tamadun Mesir Purba
● Batu bata, Menggunakan batu-bata tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi
● Blok, Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
● Bilik mandi, Rumah di bandar mempunyai bilik mandi dan tandas
● Susun atur, Bandar disusun dengan susun atur yang sistematik

Anda mungkin juga menyukai