Anda di halaman 1dari 2

Lajnah Tarbiyah & Perkaderan PAS Negeri Johor

MAJLIS NUQABA PAS NEGERI JOHOR


NOTA USRAH MANHAJ TAFSIR (SIRI 3)

1. TAJUK : Surah As Soff - Kewajipan Jihad Secara Bersistematik

2. RUJUKAN : TAFSIR IBNU KATHIR / TAFSIR MUNIR dan LAIN-LAIN

3. SURAH / AYAT : Ayat 4

‫ِإَّن ٱَهَّلل ُيِح ُّب ٱَّلِذ يَن ُيَٰق ِتُلوَن ِفى َس ِبيِلِهۦ َص ًّفا َك َأَّنُهم ُبْنَٰي ٌن َّم ْر ُصوٌص‬
4. TERJEMAHAN :
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela
agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang
tersusun kukuh.

5. ISI PENTING :
5.1 Ayat ini menyatakan kecintaan Allah SWT kepada orang-orang yang berjuang dan
berjihad di jalanNya dalam keadaan mereka berjemaah dan berorganisasi.

5.2 Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ada tiga jenis orang yang Allah redha kepada
mereka iaitu seorang yang mengerjakan solat di malam hari, dan kaum yang apabila
solat mereka membentuk barisan dengan teratur, serta kaum yang apabila dalam medan
perang mereka membentuk barisan dengan rapi.”

5.3 Umat Islam di dalam kehidupan mereka yang memperjuangkan agama mesti saling
menguatkan antara satu sama lain, menampung kekurangan yang ada dan
menyempurnakan antara satu sama lain.

5.4 Binalah kesatuan umat Islam kerana kemenangan Islam tidak akan terbina di atas
kekuatan individu dan pemerintahan individu tetapi di atas kesatuan umat Islam,
keberkatan berjemaah dan penyusunan organisasi dan strategi yang mantap.

5.5 Kita perlu menyingkirkan segala sifat-sifat yang memecahkan kesatuan jamah,
seperti sifat mementingkan diri sendiri, memandang rendah pada sahabat, berebut
jawatan, rasa diri hebat dan sebagainya.

6. SEMASA :
6.1 Terdapat dari kalangan kita yang membuat kerja jamaah secara bersendirian kerana
merasa diri berkemampuan dan hebat.
6.2 Berorganisasi tetapi mengenepikan musyawarah, membuat keputusan tanpa
mesyuarat dan melaksanakan program dan aktiviti tanpa perancangan yang rapi.
6.3 Organisasi bertanzim perlu dilaksanakan secara terancang tanpa mengenepikan
nilai tarbiyah, dakwah dan siyasah. Berlaku di kalangan kita hanya fokus kepada gerak
kerja pilihanraya dan politik. Tarbiyah tidak minat, dakwah terabai.
6.4 Antara perkara asas yang sering kita abaikan adalah solat berjamaah, menjaga sof
dalam solat dan tatacara solat yang sempurna. Ini memberi kesan kepada kesatuan
jamaah dan keterikatan hati sesama kita.
6.5 Hubungan yang jarak, ukhuwah yang longgar menjadi asbab kegagalan mengurus
organisasi dan jamaah dengan baik. Hilang hormat kepada pimpinan, tidak memahami
hakikat perjuangan dan jihad serta tidak patuh pada arahan juga menjadi punca kita
tidak mendukung jamaah secara bersungguh.

7. RUMUSAN : (Pengulas @ Naqib)

7.1 Mukmin haraki dan sejati perlu ada kekuatan aqidah, ukhuwah dan
pemahaman yang mendalam terhadap fikrah Islam. Jika tidak, mustahil kesatuan dan
kekuatan saff yang digambarkan Al Quran dapat dicapai.

7.2 Sebagai sebahagian daripada batu bata jemaah, peruntukkan sebahagian waktu kita
untuk jemaah dan perjuangan. Taati pimpinan, mesti berdisiplin, hadiri mesyuarat-
mesyuarat, jalankan amanah yang diberikan, ikuti program -program dan sentiasa
bersedia untuk ditarbiyah dan mentarbiyah.

7.3 Jika mahu menjadi pejuang yang dicintai Allah SWT , ikatlah diri dengan jemaah
Islam yang lengkap elemen organisasinya iaitu jemaah yang mempunyai pemimpin yang
thiqah, pengikut yang taat, dasar yang benar dan sistem yang mantap.

7.4 Modal utama yang wajib ada pada setiap mukmin adalah quwwatus sillah billah
(kekuatan hubungan dengan Allah). Semestinya Dia menjadi tempat kebergantungan
kita yang hakiki.

*PANDUAN PENGULAS (NAQIB)


- Nota ini sebagai panduan untuk ulasan Naqib. Ada pun huraian fakta mengikut
MANHAJ TARBIYAH PAS PUSAT dan budibicara kebijaksanaan Naqib.
- Ulasan adalah menjurus kepada pembentukan fikrah dan tuntuntan amal jamaei.

Anda mungkin juga menyukai