Anda di halaman 1dari 5

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pendidikan Seni Visual 2017

PENGGUNAAN “FUN CARD TRICK” BAGI MENGHASILKAN CORAK


TERANCANG AKTIVITI LIPATAN DAN GUNTINGAN

HAMIZAH BINTI SAPIEE


EN. MANSOR MD DESA
DR. SAIMIN GINSARI
PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL (PENDIDIKAN RENDAH) AMBILAN JUN 2013
hamizah.sapiee@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi mengkaji keberkesanan


pengaplikasian “Fun Card Trick” dalam aktiviti lipatan dan guntingan bagi
menghasilkan corak kreatif dan bervariasi. Kajian ini dilaksanakan kepada
murid Tahun Dua. Seramai lima orang murid dipilih bagi membantu pengkaji
untuk mendapatkan data secara kualitatif dengan menggunakan beberapa
jenis instrumen iaitu ujian, pemerhatian, dan juga analisis dokumen.
enggunaan “Fun Card Trick” adalah untuk membantu murid-murid dalam
kemahiran menghasilkan lakaran motif. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat peningkatan terhadap hasil karya murid selepas intervensi kaedah
menggunakan “Fun Card Trick” diperkenalkan. Kaedah ini dapat membantu
murid menghasilkan corak yang kreatif dan bervariasi secara spontan
seterusnya menggalakkan murid untuk meneroka dan melakukan
eksperimentasi corak melalui aktiviti lipatan dan guntingan. Beberapa
cadangan tindakan susulan dikemukakan bagi memperluaskan lagi
penggunaan kaedah “Fun Card Trick” sebagai satu intervensi baru dalam
bidang kegiatan ini seterusnya meningkatkan perkembangan kemahiran dan
kefahaman murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual secara
umumnya.

PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang digemari oleh murid. Ini disebabkan
murid-murid berasa seronok apabila melakukan aktiviti yang diarahkan. Matapelajaran
Pendidikan Seni mempunyai empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan
rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Pada sesi
praktikum yang lepas, pengkaji telah menjalankan satu kajian dalam Bidang Membuat
Corak dan Rekaan. Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang
kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Pengkaji telah menjalankan kajian
dalam meningkatkan kemahiran melakar motif sekaligus menigkatkan kefahaman murid
berkaitan dengan corak aktiviti lipatan dan guntingan.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran,


pengkaji telah mendapati murid-murid menghadapi masalah yang utama ketika mahu
melakar motif untuk digunting bagi menghasilkan corak aktiviti lipatan dan guntingan.
Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian terhadap beberapa orang murid yang
lansung tidak membuat apa-apa lakaran di atas kertas yang telah dilipat. Selain itu,
murid juga tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan motif dan corak sekaligus
menyebabkan murid tidak dapat melukis dan melakar motif mengikut susunan dan
jarak yang sesuai.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

46
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pendidikan Seni Visual 2017

(i) Membantu murid meningkatkan kemahiran melakar motif dalam menghasilkan


corak rekaan aktiviti lipatan dan guntingan dengan menggunakan “Fun Card
Trick”
(ii) Membantu meningkatkan kefahaman murid dalam aktiviti lipatan dan guntingan
dengan menggunakan “Fun Card Trick.

Soalan Kajian
(i) Adakah penggunaan “Fun Card Trick” dapat membantu meningkatkan kemahiran
melakar motif dalam menghasilkan corak rekaan aktiviti lipatan dan guntingan?
(ii) Adakah “Fun Card Trick” membantu meningkatkan kefahaman murid dalam
aktiviti lipatan dan guntingan?

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian dipilih secara bertujuan. Kajian ini adalah bertujuan untuk membantu
murid Tahun Dua, menggunakan “Fun Card Trick” dengan kaedah yang betul dalam
aktiviti lipatan dan guntingan untuk menghasilkan corak yang kreatif, bervariasi dan
kemas. Seramai lima orang murid iaitu tiga orang murid lelaki dan dua orang murid
perempuan telah dipilih untuk menjalani intervensi. Murid dipilih berdasarkan keputusan
di mana kelima-lima murid mendapat markah paling rendah. Kelima-lima murid
tersebut dilabelkan sebaga murid A, murid B, murid C, murid D dan murid E untuk
menjaga hak peribadi mereka.

PELAKSANAAN KAJIAN

Jadual 1

Perancangan Langkah Kajian Tindakan

LANGKAH TINDAKAN
(i) Pengkaji meninjau semula permasalahan yang
dihadapi oleh murid-murid dalam aspek membuat
lakaran motif. Ini untuk memastikan pengkaji yakin
bahawa masalah tersebut benar-benar wujud di
kalangan murid supaya pengkaji bersedia
menjalankan intervensi penggunaan “Fun Card Trick".
(ii) Pengkaji menggunakan beberapa kaedah sekaligus
menyediakan set instrumen kajian untuk mengkaji
Merancang aspek-aspek yang telah ditetapkan. Instrumen kajian
yang digunakan ialah borang senarai semak dan
borang analisis karya murid.
(iii) Pengkaji memilih murid-murid yang mempunyai tahap
pengetahuan dan kemahiran seni yang lemah
berdasarkan penilaian daripada instrument yang telah
dijalankan. Seterusnya, pengkaji akan menetapkan
masa untuk menjalankan kajian dan melaksanakan
intervensi penggunaan “Fun Card Trick”.
(i) engkaji menyediakan alat dan bahan berserta “Fun
Card Trick” bagi murid-murid melaksanakan
intervensi. Aktiviti yang dijalankan ialah murid diminta
untuk melipat kertas mengikut demostrasi tunjuk cara
Bertindak
yang ditunjukkan. Murid diminta mengikut setiap
langkah-langkah penghasilan seperti yang diarahkan.
(ii) Selesai langkah melipat kertas, murid akan membuat
lakaran motif menggunakan “Fun Card Trick”. Motif

47
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pendidikan Seni Visual 2017

yang dilakar dalam bentuk skala yang mudah untuk


digunting.
(iii) Bagi murid yang telah siap melakar menggunakan
“Fun Card Trick”, murid diminta menggunting
mengikut lakaran yang telah dihasilkan.
(iv) Hasil guntingan murid merupakan hasil karya murid di
mana penghasilan corak melalui aktiviti lipatan dan
guntingan telah terjadi.
(v) Murid diberi peluang untuk membuat hasil corak
lipatan dan guntingan yang lain jika peruntukan masa
masih ada. Ini membolehkan murid-murid
menghasilkan corak yang bervariasi di samping
mengasah kemahiran murid menggunting.
(vi) Seterusnya, pengkaji akan menilai semula perubahan
dari segi kemahiran murid dalam aspek melakar
menggunakan “Fun Card Trick” di mana hasil corak
yang digunting menjadi dan tidak koyak.
(i) Pengkaji membuat pemerhatian dan pengumpulan
data selepas intervensi dilaksanakan. Ini untuk
mendapatkan data dan bukti yang tepat. Selain itu,
pengumpulan data dibuat adalah untuk melihat
sejauh mana keberkesanan intervensi “Fun Card
Trick” dapat meningkatkan kemahiran dan kefahaman
murid tentang penghasilan corak dalam aktiviti lipatan
dan guntingan.
Memerhati
(ii) Borang senarai semak dan borang analisis karya
murid digunakan sebagai instrument sebelum dan
selepas intervensi dijalankan bagi mengumpul data
yang berkaitan.
(iii) Pengkaji hanya memberikan arahan kepada murid-
murid apa yang perlu dilakukan dan tugas pengkaji
hanyalah memerhati dan mengutip data yang
berkaitan.
(i) Pengkaji akan menganalisa data yang boleh
menyumbang dan membawa impak kepada kajian.
Data yang dikumpul dan dianalisa akan disemak bagi
membuktikan kajian ini dapat meningkatkan
kemahiran dan kefahaman murid dalam membuat
Mereflek corak dalam aktivit lipatan dan guntingan.
(Analisis dan (ii) Pengkaji akan membandingkan data untuk instrumen
Refleksi) yang sama dijalankan sebelum dan selepas intervensi
bagi mengenalpasti perubahan dan perkembangan
yang signifikasi.
(iii) Data-data akan dianalisis secara kualitatif untuk
menerangkan sebab sesuatu peningkatan atau
perubahan yang berlaku.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah yang dipilih adalah pemerhatian dan analisis dokumen di mana sememangnya
mampu menilai sama ada murid dapat meningkatkan kemahiran melakar motif dengan
mudah serta meningkatkan kefahaman murid dalam menghasilkan corak dalam aktiviti
lipatan dan guntingan dengan menggunakan “Fun Card Trick.

48
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pendidikan Seni Visual 2017

DAPATAN KAJIAN

(i) Pemerhatian

Analisis data menerusi instrumen senarai semak pemerhatian dilakukan berdasarkan


konstruk item yang dibina untuk mengetahui tahap kemahiran serta kefahaman yang
dimiliki oleh murid. enggunaan “Fun Card Trick” dapat meningkatkan kemahiran
dalam aktiviti lipatan dan guntingan. Hal ini dapat dibuktikan dengan dapatan daripada
hasil pemerhatian terhadap semua murid di mana terdapat penigkatan dalam
kemahiran melakar motif. Sebelum pelaksanaan intervensi murid yang berada pada
skala kadar satu telah menigkat kepada skala kadar dua. Dan murid yang berada pada
tahap skala kadar dua meningkat pada skala kadar tiga. Murid yang berada pada skala
kadar satu adalah murid yang lansung tiada perkembangan idea untuk melakar motif
pada awal pelaksanaan kajian. Apabila peningkatan menunjukkan tahap peningkatan
skala kadar kepada dua, ini menunjukkan murid tersebut telah dapat melakar motif
tetapi masih kurang teratur di mana hasil karya murid tersebut tidak kemas. Bagi murid
M3 dan M4 yang berada pada tahap skala kadar dua meningkat kepada skala kadar
tiga ini menunjukkan murid tersebut boleh membuat lakaran motif yang kemas dan
bervariasi.

3.5

2.5
Skala Kadar

1.5

0.5

0
M1 M2 M3 M4 M5

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

Rajah 3. Perbandingan Skala Kadar Kemahiran Murid Melakar Motif

(ii) Analisis Dokumen

Berdasarkan dapatan kajian menggunakan instrumen analisis hasil karya murid


menunjukkan bahawa kreativiti serta kekemasan lakaran motif hasil karya murid
menunjukkan peningkatan.

Jadual 2

Analisis Hasil Karya Murid

Analisis Karya Murid % Analisis Karya Murid %


Murid
(Sebelum) (Selepas)
M1 22 63
M2 25 72
M3 44 86

49
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pendidikan Seni Visual 2017

M4 20 59
M5 52 89

Jadual 2 menunjukkan peningkatan markah yang diperoleh daripada penilaian


kekemasan dan kreativiti hasil karya murid.

REFLEKSI

Berdasarkan dapatan kajian dan penganalisisan data yang telah dilakukan, dapatlah
pengkaji menyatakan bahawa objektif kajian dan persoalan kajian telah tercapai.
Pengkaji dapat melihat perubahan yang posiif terhadap penghasilan karya murid. Hasil
yang diperoleh melalui kajian ini diharapkan dapat membantu dan menjadi garis
panduan kepada guru bagi menggalakkan murid-murid untuk terus menghasilkan
sesuatu yang inovatif, kreatif dan penuh dengan nilai-nilai estetika. Kajian ini
membuktikan bahawa aplikasi kaedah “Fun Card Trick” dalam penghasilan karya
lipatan dan guntingan merupakan salah satu kaedah yang boleh digunapakai kerana ia
dapat membantu murid dalam penghasilan corak yang lebih berkualiti. Penggunaan
kaedah “Fun Card Trick” dalam penghasilan karya dapat memberi peluang kepada
murid untuk mencuba dan meneroka kemahiran lakaran bagi menghasilkan corak yang
kreatif, bervariasi serta berkualiti secara spontan. Tambahan pula, kajian ini juga
membantu pengkaji dalam meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran dan
pembelajaran selain daripada dapat memastikan setiap murid mendapat pengalaman
yang sama dalam aktiviti yang dilakukan.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Penyelidikan yang telah dijalankan ini masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh
diperbaiki pada masa akan datang untuk meningkatkan kemahiran melakar motif.
Antara cadangan susulan dan cadangan tindakan yang boleh diberi perhatian adalah
seperti:

(i) enggunaan “Fun Card Trick” untuk merentas kurikulum subjek lain
(ii) Penggunaan bahan intervensi yang boleh diubah suai untuk kegunaan dalam
aktiviti seni lain. (Pencipataan bahan inovasi)
(iii) Menghasilkan kepelbagaian dalam bahan intervensi

RUJUKAN

Najiddatun Ramli. (2013). Aplikasi kaedah acuan terhadap teknik lipatan dan guntingan
dalam bidang membuat corak dan rekaan bagi peserta kajian Tahun 1 Arif di
Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit.

OUM. (2007). Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Open University
Malaysia.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons.

50

Anda mungkin juga menyukai