Anda di halaman 1dari 43

Risalah

ْ َّ ُ ُّ َ َّ َ َ ْ َ ُ ُ َ َّ ُ ُ ِّ َ َ ُ ُ ْ َ
‫تب ِص ري المتعلم ِبالكت ِب ال ِ يت يدور حولها التعلم والتع ِليم‬
ْ ُُ
‫العل ِم‬
ِ ‫ون‬
ِ ‫ِ يف فن‬

(Sorotan Kitab-kitab & matan-matan yang sesuai


dijadikan sebagai silibus pengajian ilmu-ilmu
Islam)

Oleh:
Al-faqir Ila Rabbihi Al-‘aziz
Abdul Aziz Bin Mustafa Kamal
Muqaddimah

َّ ‫ٱلر ْح ٰمن‬ ‫ه‬


‫ٱلر ِح ِيم‬ ِ ِ ‫ِب ْس ِم‬
َّ ‫ٱّٰلل‬

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada
junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat
baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Risalah ini saya tulis sebagai menjawab persoalan ramai dari kalangan para
sahabat akan kitab atau buku apa yang mereka perlu pelajari di dalam suatu
ilmu agama, memandangkan ulama’ semakin pupus pada zaman kini dan
silibus-silibus pengajian ilmu-ilmu agama yang asli kita makin dilupakan, maka
saya melihat ada keperluan disana untuk para penuntut ilmu zaman kini
khususnya di Malaysia dikenalkan sedikit sebanyak dengan kitab-kitab yang
patut dijadikan sebagai silibus pengajian, dengan harapan perjalanan mereka di
dalam menuntut ilmu akan menjadi lebih kemas dan tersusun. Sebelum
memulakan risalah ini berikut ialah beberapa noktah yang hendak saya
sampaikan terlebih dahulu:

1)Saya bukan orang yang ahli di dalam menentukan atau memilih kitab apa
yang sesuai untuk dijadikan silibus, kesemua saranan ini ialah saranan yang
saya dapati dengan cara bertanya secara langsung kepada para masyaikh dan
pakar dan bacaan pada kitab yang mengkhabarkan tentang metod-metod
pengajian ilmu islam di serata dunia, maka kebanyakannya saya hanya
menukilkan sahaja semata-mata.

2)Senarai kitab ini tidak akan membuahkan faedah ilmu melainkan jika ia
dipelajari dengan guru yang ahli. Maka apa sahaja matan yang disebutkan di
dalam senarai ini maka ia patut dipelajari dengan guru yang ahli dan mutqin,
manakala kitab-kitab syarah pada kebiasaannya boleh di mutala'ah sendiri
setelah pelajar itu menguasai dan mentalaqqi matan-matan yang disebutkan.

3)Senarai ini bukan suatu saranan yang wajib diikuti seolah tiada lagi manhaj
pembelajaran lain yang wujud, ianya hanya satu pandangan dan pengesyoran
terhadap apa susunan yang wajar diikuti. Terdapat disana pandangan-
pandangan lain berkaitan penyusunan kitab yang patut dipelajari, dan yang
demikian itu perkara biasa kerana khilaf berkaitan perkara ini amat mudah.
4)Saya hanya akan menyebutkan matan-matan atau kitab-kitab yang berlegar
padanya talaqqi dan proses pembelajaran di dalam suatu ilmu, adapun kitab-
kitab yang patut dibaca pada peringkat yang lebih tinggi dan juga peringkat
"takhassus" maka saya tidak sebutkan kerana ia akan menyebabkan senarai
kitab menjadi terlalu panjang dan tidak sesuai untuk para pelajar.

5)Bagi setiap peringkat cukup bagi pelajar untuk belajar satu atau dua kitab
sahaja yang disebutkan, begitu juga bagi setiap cabang ilmu, cukup dia hafal
satu atau dua sahaja matan/nazam yang utama.

6)Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz
Dr.Norazman Alias (USIM) atas kesudian beliau dan jasa baik beliau menambah
bahagian kitab-kitab dan matan-matan cadangan di dalam Ilmu Tajwid dan
Ilmu Qiraat, dimana penambahan yang datang dari seorang pakar seperti beliau
amatlah dihargai dan dinantikan. -Jazahullah ‘Anna Khaira Al-jaza’.

Al-faqir Ila Rabbihi Al-‘Aziz


Abdul Aziz Bin Mustafa Kamal
Ilmu Adab & Cara Menuntut ilmu

Peringkat Permulaan:

1)Ta'zhim Al-'ilm oleh Syeikh Soleh Al-'usoimi.

2)Hilyah Tolib Al-'ilm oleh Al-'allamah Bakr Abu Zaid.

Peringkat Pertengahan

1)Ta'lim Al-muta'allim Toriq Al-ta'allum oleh Al-zarnuji.

2)Tazkirah Al-sami' Wa Al-mutakallim oleh Ibn Jama'ah.

Peringkat Lanjutan

1)Al-jami' Fi Akhlak Al-rawi Wa Adab Al-sami' oleh Al-khatib Al-baghdadi.

2)Jami' Bayan Al-'ilm Wa Fadhlih oleh Imam Ibn Abdil Bar.

3)Alfiyah Fi Al-adab Al-syar'iyyah oleh Imam Al-mardawi Al-hanbali, baginya


syarah oleh Imam Musa Al-hajjawi.

Nazam/matan untuk dihafal:

1)Nazam 'Uddah Al-tolab oleh Syeikh Abdullah Bin Muhammad Al-hakami.

2)Manzhumah Al-mimiyyah Fi Al-adab Al-syar’iyyah oleh Syeikh Hafiz Al-


hakami.
Ilmu Tazkiyah Al-nafs

Peringkat Permulaan:

1)Mukhtasar Minhaj Al-qasidin oleh Ibnu Qudamah.

2)Al-tuhfah Al-'iraqiyyah Fi Al-a'mal Al-qalbiyyah oleh Syeikhul Islam Ibn


Taimiyyah.

3)Dzamm Al-hawa oleh Imam Ibnu Al-jauzi.

Peringkat Pertengahan:

1)Kitab-kitab Imam Ibn Abi Al-dunya dan risalah-risalah Al-hafiz Ibn Rajab.

2)Al-kaba'ir oleh Imam Al-dzahabi atau Al-iqitiraf oleh Al-'allamah Ibn Hajar
Al-haitami.

3)Toriq Al-hijratain oleh imam Ibnul Qayyim.

Peringkat Lanjutan:

1)Miftah Dar Al-sa’aadah oleh imam Ibnul Qayyim.

2)Madarij Al-salikin oleh imam Ibnul Qayyim.

3)Ihya' 'Ulum Al-din oleh imam Al-ghazali.


Ilmu Zikir, Wirid & Doa

Peringkat Permulaan:

1)Al-Khulasah Al-hasna' dan Al-baqiyat Al-solihat oleh Syeikh Soleh Al usoimi


beserta syarah beliau terhadap dua matan tersebut.

2)Mukhtasar Al-azkar Li Al-imam Al-nawawi oleh Dr Hasan Mu'allim Daud.

3)Matan Al-azkar oleh Syeikh Abdul Muhsin Al-qasim.

Peringkat Pertengahan:

1)Hisnul Muslim oleh Syeikh Sa'id Bin Ali Al-qahtani. Beliau sendiri telah
mensyarah buku beliau ini dengan syarah yang luas yang bertajuk "Ithaf Al-
muslim".

2)Al-kalim Al-tayyib oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Kitab ini telah
disyarahkan dengan tuntas oleh imam Ibnul Qayyim di dalam Al-wabil Al-
sayyib dan juga imam Badruddin Al-'aini Al-hanafi di dalam kitab beliau Al-
'alam Al-hayyib.

Peringkat Lanjutan:

1)Al-azkar oleh imam Al-nawawi. Antara syarahnya yang masyhur ialah Al-
futuhat Al-rabbaniyyah oleh Ibn 'Allan Al-syafie dan juga kitab Lawami' Al-
anwar oleh Syeikh Muhyiddin Dib Mistu.

2)Bagi ilmu fiqh zikir dan doa secara teori dan ta'sil pula boleh dibaca kitab Al-
'allamah Bakr Abu Zaid yang bertajuk "Tashih Al-du'a" dan kitab "Fiqh Al-azkar
Wa Al-ad'iyah" oleh Dr Abdul Razzaq Al-badr.
Ilmu Aqidah

Peringkat Permulaan:

1)Al-matan Al-'aqadiy oleh Dr Ziyad Bin Hamd Al-'amir, boleh dijadikan syarah
pengarang sendiri sebagai bacaan rujukan.

2)Al-Qawa'id Al-muthla dengan syarahnya yang pelbagai, yang paling meluas


ialah syarah Syeikhah Kamilah Al-kawari.

3)Matan Tashil Al-'aqidah oleh Syeikh Abdullah Bin Abdul Aziz Al-jibrin. Boleh
dijadikan syarahnya oleh pengarang sendiri sebagai rujukan.

4)Kitab Al-tauhid Li Al-nasyi’ah Wa Al-mubtadi’in, oleh Dr Abdul Aziz Al


Abdul Latif

Peringkat Pertengahan:

1)Al-wasitiyyah beserta syarahnya Al-'uqud Al-zahabiyyah 'Ala Maqasid Al-


'aqidah Al-wasitiyyah oleh Dr Sultan Al-'umairi.

2)Al-muntaqa Min Syuruh Kitab al-tauhid atau Minhah Al-hamid Fi Taqrib


Kitab Al-tauhid dan juga syarah syeikh Dr Sultan Al-'umairi yang bakal terbit.
(Walaupun kitab ini saya belum pernah menelaaahnya kerana ia belum keluar
namun Syeikh Sultan Al-'umairi ialah pakar yang kebiasaannya menghasilkan
karya-karya yang bermutu tinggi).

3)Lawami' Al-anwar Al-bahiyyah oleh Al-'allamah Al-saffarini Al-hanbali.

Peringkat Lanjutan:

1)Syarh Al-'aqidah Al-thohawiyyah oleh Imam Ibn Abi Al-'izz. Cetakan yang
terbaik ialah cetakan yang diterbitkan beserta Hasyiah Dr Abdul Aziz Al Abdul
Latif.
2)Taudhih Maqasid Al-tadmuriyyah oleh Syeikh Dr Abdullah Al-'ujairi.

3)Al-intisor Li Al-tadmuriyyah oleh Syeikh Maher Amir.

4)Ma'aarij Al-qabul oleh Syeikh Hafiz Al-hakami.

Untuk Bacaan Tambahan:

1)Sifat Rabb Al-alamin oleh Imam Ibn Al-muhib Al-hanbali.

2)Dzamm Al-kalam oleh Syeikhul Islam Abu Isma'il Al-harawi.

3)Syarh Usul Iktiqad Ahli Sunnah Wa Al-jama’ah oleh Imam Al-lalaka'ie.

4)Al-syari’ah oleh imam Al-ajurri.

Matan/Nazam untuk dihafal: (cukup untuk dihafal salah satu sahaja


jika tidak mampu)

1)Manzhumah Sullam Al-wusul oleh Syeikh Hafiz Al-hakami.

2)Manzhumah Jumlah Al-'aqaid 'Ala Toriq Al-salaf Al-amajid oleh Al-'allamah


Muhd Salim Walad 'Addud Al-syinqithi.

3)Alfiyah Al-tauhid oleh Al-'allamah Muhd Ali Bin Adam Al-ityubi.

4)Nazm Al-maqasid Al-saniyyah Li Al-risalah Al-tadmuriyyah oleh Dr Sami Al-


salman.

5)Matan Al-aqidah Al-wasitiyyah.

6)Matan Al-aqidah Al-thohawiyyah.

5)Bagi yang mempunyai semangat setinggi gunung dan hafalan yang kuat maka
dia boleh menghafal Al-kafiyah Al-syafiyah/Nuniyyah Imam Ibn Al-qayyim.
Ilmu Mantiq

Peringkat permulaan:

1)Al-wadhih Fi Al-mantiq (Syarh Isaghuji) oleh Syeikh Abu Mustofa Al-


baghdadi.

2)I'anah Al-muwaffaq Syarh Sullam Al-munauraq oleh Syeikhah Kamilah Al-


kawari.

3)Syarah Al-quwaisini atau Syarh Al-damanhuri, dan bagi keduanya hasyiah-


hasyiah yang bagus walaupun dari kalangan mu'asirin.

Peringkat Pertengahan:

1)Mughni Al-tullab oleh Al-'allamah Al-maghnisi atau Al-syarh Al-kabir 'Ala


Al-sullam oleh Al-mallawi.

2)Adab Al-bahs Wa Al-munazoroh oleh Al-'allamah Muhd Al-amin Al-


syinqithi.

Peringkat Lanjutan:

1)Syarah tahzib Al-mantiq oleh Al-khobisi atau mana-mana syarah lain beserta
hasyiah-hasyiahnya.

2)Ibn Taimiyyah against the greek logicians oleh Wael Hallaq, pastikan anda
baca juga versi terjemahan bahasa arabnya yang beserta komentar tambahan
Amru Basyuni.

3)Al-radd 'Ala Al-mantiqiyyin oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan


mukhtasarnya oleh Imam Al-Suyuti.
Matan/Nazam untuk dihafal:

1)Sullam Al-munauraq, jika mampu beserta dengan Tausyih Abdul Salam.

NOTA:

Bagi ilmu Maqulat dan Falsafah maka ianya lebih sesuai buat mereka yang
hendak “takhassus” di dalam ilmu akidah dan cabang-cabangnya, maka saya
tangguhkan penyebutan kitabnya pada kesempatan akan datang, walaupun
pada asalnya saya telah pun menulis di dalam risalah ini akan tetapi saya rasa
ia lebih sesuai untuk mereka yang berminat pada marhalah “takhassus”.

Sebagai bacaan permulaan yang sesuai disebutkan di dalam risalah ini maka
saya sarankan tiga kitab berikut:

1)Madkhal Ila Nazhariyah Al-makrifah oleh Ahmad Al-karsawi

2)Talkhis Kitab Al-makrifah Fi Al-islam, oleh Iman Bin ‘Aidh

3)Zohirah Naqd Al-din Fi Al-fikr Al-gharbi Al-hadith oleh Syeikh Dr Sultan


Al-‘umairi.
Ilmu Fiqh Mazhab Al-syafie

Peringkat Permulaan:

1)Nazm Al-ibriz oleh Syeikh Muhd Salim Buhairi.

2)Safinah Al-naja oleh Syeikh Salim Bin Sumair Al-hadhrami atau syarahnya
Nayl Al-raja oleh Syeikh Al-syatiri.

2)Al-mukhtasar Al-latif oleh Al-‘allamah Ba Fadhl atau syarahnya Al-fawa'id


Al-mardhiyyah oleh Imam Al-ramli.

Peringkat Pertengahan:

1)Al-yaqut Al-nafis oleh Syeikh Ahmad Bin Umar Al-syatiri, baginya syarah
Mu'nis Al-anis oleh Syeikh Abu Hamzah Al-syafie.

2)Al-muqaddimah Al-hadhramiyyah oleh Al-‘allamah Ba Fadhl, baginya Syarah


yang masyhur oleh Al-'allamah Al-haitami (Masa'il Al-ta'lim), dan juga syarah
Ba'isyan (Busyra Al-karim).

3)Matan Abi Syujak atau syarahnya Fathul Qarib dan baginya hasyiah yang
sangat-sangat berharga oleh imam Al-bajuri.

4)Nazam Zubad oleh Imam Ibn Raslan atau beserta syarahnya Ifadah Al-saadah
Al-'umad oleh Syeikh Muhammad Al-ahdal.

5)Tahrir Tanqih Al-lubab oleh Syeikhul Islam Zakariyya Al-ansari.

Peringkat Lanjutan:

1)Umdah Al-salik oleh Imam Ibn Naqib.

2)Fathul Mu'in oleh Imam Al-malibari, dan baginya hasyiah yang sangat
masyhur I’anah Al-tolibin.
3)Minhaj Al-tolibin oleh imam Al-nawawi atau syarahnya Kanz Al-raghibin
oleh imam Al-mahalli.

4)Manhaj Al-tullab oleh Syeikhul Islam Zakariyya Al-ansari.

5)Al-irsyad oleh imam Ibnul Muqri' Al-yamani.

6)Al-tanbih oleh imam Al-syirazi.

Matan/Nazam untuk dihafal:

1)Nazam Al-zubad oleh Ibn Raslan, matan yang paling masyhur dihafal di dalam
mazhab Al-syafie, disana terdapat Zawa'id ke atas Zubad oleh Al-'allamah Al-
asadi sekitar 300 bait.

2)Nazam Abi syujak(Nihayah Al-tadrib) oleh imam Al-'imrithi.

3)Al-bahjah Al-wardiyyah nazam kepada Al-hawi Al-saghir oleh imam Ibn Al-
wardi.

4)Al-taisir Nazm Al-tahrir oleh Al-'imrithi.

Ilmu Istilah Di Dalam Mazhab Syafie Dan Turutan Kitab Muktamad

1)Risalah Al-tanbih oleh Syeikh Mahran Al-malibari.

2)Matlab al-iqaz oleh Imam Abdullah Bin Husain Balfaqih.

3)Sullam Al-muta'allim Al-muhtaj oleh Al-'allamah Ahmad Miqari Al-ahdal.

4)Al-fawa'id Al-makiyyah oleh Syeikh 'Alawi Bin Ahmad Al-saqqaf.

5)Al-fawa'id Al-madaniyyah oleh Al-'allamah Muhd Bin Sulaiman Al-kurdi.


Matan/nazam untuk dihafal:

1)Al-dalalah Al-jaliyyah oleh Al-sayyid Al-'allamah Muhsin Bin Jaafar Bunami,


dan baginya syarah oleh cucu pengarang yang bertajuk Al-fawa’id Al-
hadhramiyyah.

Ilmu Faraid

Peringkat Permulaan:

1)Al-tuhfah Al-saniyyah Fi Ahwal Al-warathah Al-arba'iniyyah oleh Syeikh


Hasan Al-masyyat Al-maliki, dan mutammimahnya oleh Dr Ali Zainal Abidin
Al-azhari.

Peringkat Pertengahan:

1)Al-fawa'id Al-syansyuriyah oleh imam Abdullah Al-syansyuri.

2)Syarh Sibt Al-mardini ke atas Al-rahbiyyah .

Peringkat Lanjutan:

1)Tartib Al-majmu' oleh Sibt Al-mardini.

2)Fathul Qarib Al-mujib oleh imam Al-syansyuri.

Matan/nazam untuk dihafal

1)Al-rahbiyyah, dan baginya Zawa'id oleh beberapa ulama' antaranya Syeikh


Walid Idris Al-minnisi yang bertajuk Al-urjuzah Al-walidiyyah.
Ilmu Usul Fiqh Mazhab Syafie

Peringkat Permulaan:

1)Al-waraqat beserta Syarah Imam Al-mahalli atau Nazam imam Al-‘imrithi.

2)Manzhumah Zari'ah Al-wusul oleh Imam Al-asykhar Al-zabidi beserta


syarahnya oleh pengarang sendiri.

3)Nazam Ibn Muthoir Al-yamani dengan syarahnya "Al-durrah Al-mausumah".

Peringkat Pertengahan:

1)Al-luma' oleh Imam Al-syirazi, antara syarah yang masyhur ialah syarah
Musnid Al-dunya Fi Zamanih Al-fadani, dan ta'liqat Jamaluddin Al-qasimi dan
juga syarah yang terperinci oleh pengarang sendiri imam Al-syirazi.

2)Lubb Al-usul oleh Syeikhul Islam Zakariyya Al-ansari. Dibaca sekali tahzib
kepada Syarah Ghayah Al-wusul oleh Syeikh Dr Hasan Mu'allim Daud. Disana
terdapat pelbagai Hasyiah bagi Ghayah Al-wusul antaranya Hasyiah Al-hajini
Al-indunisi.

3)Minhaj Al-wusul oleh Imam Al-baidhowi, elok juga jika dibaca Syarah Syeikh
Dr Ahmad Al-najjar sebagai bacaan tambahan.

Peringkat Lanjutan:

1)Jam'ul Jawamik oleh imam Al-subki dengan syarah-syarahnya, yang paling


masyhur ialah Syarah Al-mahalli. Bagi syarah Al-mahalli pelbagai hasyiah-
hasyiah yang ditulis, antara yang termasyhur ialah Hasyiah Al-'allamah Hasan
Al-' attor dan Hasyiah Syeikhul Islam. Disana ada syarah yang baru terbit yang
bertajuk Lam'ul Al-lawami' oleh Imam Ibn Raslan, syarah ini juga ringkas dan
padat.

2)Nihayah Al-sul oleh Al-isnawi, baginya Hasyiah Sullam Al-wusul oleh Syeikh
Bakhit Al-muti'ie, disana ada tahzib atau taqrib yang masyhur bagi kitab
Nihayah Al-sul iaitu kitab Usul fiqh Oleh Syeikh Muhd Abu Al-nur Zuhair
dalam 4 jilid.

3)Al-tamhid oleh Al-isnawi.

4)Al-risalah oleh imam Al-syafie, disana terdapat syarah oleh Syeikh Dr


Mustafa Makhdum, dan juga ada syarah oleh syeikh Saa'd Al-syathrie yang
boleh diambil faedah.

Matan/nazam untuk dihafal (cukup salah satu sahaja jika tidak


mampu)

1)Nazam Al-'imrithi untuk Al-waraqat, dan baginya syarah yang masyhur


Lata'if Al-isyarat, dan bagi syarah ini Ta'liq oleh Syeikh Nu'man al-syawi yang
bertajuk Raha'if Al-ta'liqat.

2)Nazam Zari'ah Al-wusul

3)Nazam Lubb Al-usul oleh Sayyid Abu Bakar Al-ahdal

4)Nazam Al-kaukab Al-sati' oleh imam Al-suyuti. Boleh dibaca sekali dengan
syarahnya yang ringkas dan padat Al-jalis Al-solih Al-nafi' oleh Al-'allamah
Muhd Adam Ali Al-'ityubi.

5)Tiada halangan jika seseorang mahu menambah hafalan dari manzhumah Al-
tuhfah Al-mardhiyyah oleh Al-'allamah Al-ityubi.
Ilmu Qawa'id Fiqhiyyah

Peringkat Permulaan:

1)Al-durrah Al-qudaimiyyah oleh Syeikh Ali Al-qudaimi baginya beberapa


syarah, antaranya ialah syarah Dr Labib Najib "Al-jawahir Al-'adaniyyah",
syarah syeikh Ahmad Al-jauhari Abdul Jawwad dan syarah oleh Al-muallif
sendiri Al-majalis Al-sa'idiyyah.

2)Al-muskah Al-kawthariyyah oleh Syeikh Muhd Salim Buhairi, baginya syarah


Syeikh Ahmad Jauhari Abdul Jawwad.

3)Al-urjuzah Al-mi'yyah Fi Al-qawa'id oleh Syeikh Dr Khadr Hasan, dan beliau


sendiri telah mensyarahnya dengan kitab beliau (Al-fawa'id Al-radhiyyah).

Peringkat Pertengahan:

1)Idhoh Al-qawa'id Al-fiqhiyyah oleh Al-'allamah Abdullah Bin Sa'id Al-lahji.


Saya dikhabarkan akan terbit Hasyiah bagi kitab ini oleh salah seorang pemuka
mazhab Al-syafie di Yaman, moga Allah permudahkan urusan penerbitannya.

2)Nazam Al-fara'id Al-bahiyyah oleh Sayyid Abu Bakar Al-ahdal beserta


syarahnya oleh Al-'allamah Al-jarhazi. Dan baginya Hasyiah oleh Al-'allamah
Al-fadani.

3)Hidayah Al-tolabah oleh Kiyai Yahya Qudsi.

4)Al-zahir Min Zubdah Al-asyhbah Wa Al-nazhoir oleh Syeikh Muhd Barri Ali
yusuf.

Peringkat Lanjutan

1)Al-asybah Wa Al-nazho'ir oleh imam Al-suyuti.

Matan/Nazam untuk dihafal:

1)Nazm Al-durrah Al-qudaimiyyah.


2)Nazam Al-fara'id Al-bahiyyah.

Ilmu Maqasid

Peringkat Permulaan

1)Al-waraqat Fi Al-maqasid oleh Dr Mas'ud Sabri. Matan yang ringkas dan


padat yang sesuai dibelajar pada daurah-daurah khusus.

2)Bidayah Al-qasid Ila Ilm Al-maqasid oleh Dr Mas'ud Sabri, kitab madrasi yang
sesuai dipelajari di peringkat awal ilmu maqasid.

Peringkat Pertengahan

1)Ithaf Al-qasid Bi Nazm Ahkam Wa Qawa'id Al-maqasid oleh Syeikh Dr Sa'd


Al-yubi.

2)Al-hasid Fi Nazm Qawa'id Al-maqasid oleh Syeikh Muhd Bin Addnah Al-
syinqithi.

Peringkat Lanjutan:

1)Nailu Al-muna nazam kepada kitab Al-muwafaqat oleh imam Ibn 'Asim Al-
gharnati

2)Al-muwafiq nazam kepada kitab Al-muwafaqat juga oleh Syeikh Ma'u Al-
'ainain Al-syinqithi, dan pengarang sendiri telah menghuraikan nazam ini di
dalam kitab beliau Al-murafiq 'Ala Al-muwafiq.

Adapun kitab-kitab karangan ulama' mu'asirin yang disusun dengan cara


madrasi/buku teks maka ia amat banyak, kitab-kitab tersebut lebih sesuai
disentuh pada kesempatan yang lain.
Matan/nazam untuk dihafal

1)Nazam Tabsirah Al-qasid oleh Syeikh Soleh Al usoimi.

2)Nazam ithaf Al-qasid.

3)Nazam Al-hasid.
Ilmu Ulum Al-quran

Peringkat Permulaan:

1)Al-kifayah Fi Ulum Al-quran oleh Dr Abdul Rahman Al-syihri.

2)Al-wajiz Fi Ulum Al-kitab Al-‘aziz oleh Dr Masy’al Al-haddari.

Peringkat Pertengahan:

1)Manzhumah Abdul Aziz Al-zamzami di dalam ilmu Ulum Al-quran beserta


syarah-syarahnya seperti syarah Syeikh Dr Abdul Karim Al-khudair atau
syarah Syeikh Al-musawi atau syarah Syeikh Yasin Al-fadani.

2)Al-muharrar Fi Ulum Al-quran oleh Dr Musa'id Al-tayyar.

Peringkat Lanjutan

1)Syarh Muqaddimah Tafsir Ibn Juzai Al-kalbi oleh Syeikh Musa'id Al-tayyar.

2)Itqan Al-burhan Fi Ulum Al-quran oleh Dr Fadhl Hasan Abbas.

3)Al-itqan oleh Imam Al-suyuti.

Matan/nazam untuk dihafal

1)Manzhumah Al-zamzami di dalam ilmu Ulum Al-quran.


Ilmu Gharib Al-quran

Peringkat Permulaan:

1)Al-siraj Fi Gharib Al-quran oleh Dr Abdul Aziz Al-khudoiri

2)Wajh Al-nahar Al-kasyif, Syeikh Dr Abdul Aziz Al-harbi

Peringkat Pertengahan:

1)Al-tibyan Fi Tafsir Gharib Al-quran oleh Ibn Al-ha'im

2)Tuhfah Al-arib oleh Abu Hayyan Al-andalusi

Peringkat Lanjutan:

1)Umdah Al-huffaz oleh Al-samin Al-halabi.

2)Mufradat Alfaz Al-quran oleh Raghib Al-asfahani

Matan/Nazam untuk dihafal

1)Al-siraj Fi Gharib Al-quran

2)Alfiyah Gharib Al-quran oleh imam Al-'iraqi.


ILMU TAJWID

Peringkat Permulaan:

1) Manzumah: Tuhfah al-Atfal oleh Sulayman al-Jamzuriy


2) Manzumah: Al-Muqaddimah al-Jazariyyah oleh Muhammad Ibn al-
Jazariy
3) Al-Tajwid al-Muyassar oleh Abd al-Aziz bin Abd al-Fattah al-Qadhi

Peringkat Pertengahan:

1) Manzumah: Al-Tuhfah al-Samannudiyyah Fi Tajwid al-Kalimat al-


Quraniyyah oleh Ibrahim Shihatah al-Samannudiy
2) Manzumah: Al-Salsabil a-Shafi Fi Ilm al-Tajwid oleh ‘Uthman bin
Sulayman Murad
3) Ahkam Qira’at al-Quran oleh Mahmud bin Khalil al-Husariy
4) Qawaid al-Tajwid ‘Ala Riwayah Hafs ‘An ‘Asim Bin Abi al-Najjud oleh
Abd al-Aziz bin Abd al-Fattah al-Qadhi
5) Al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid oleh Ahmad Khalid Syukri dan sahabatnya
6) Al-Mulakhkhas al-Mufid Fi ‘Ilm al-Tajwid oleh Muhammad Ahmad
Ma’bad

Peringkat Lanjutan:

1) Nihayah al-Qaul al-Mufid Fi Ilm al-Tajwid oleh Muhammad Makki Nasr


al-Juraisiy
2) Majmu’ah al-Tajwid oleh Abd al-Aziz bin Abd al-Fattah al-Qadhi
3) Al-Tajwid al-Musawwar oleh Aiman Rushdi Suwaid
4) Tazkirah al-Ikhwan Fi Bayan Ahkam Riwayah Hafs bin Sulayman oleh
‘Ali bin Muhammad al-Dhabba’
5) Sorih al-Nas Fi Bayan al-Kalimat al-Mukhtalaf Fiha ‘An Hafs oleh ‘Ali bin
Muhammad al-Dhabba’

Matan/Nazam untuk dihafaz

1) Manzumah: Tuhfah al-Atfal oleh Sulayman al-Jamzuriy


2) Manzumah: Al-Muqaddimah al-Jazariyyah oleh Muhammad Ibn al-
Jazariy
ILMU QIRA’AT DIRAYAH/RIWAYAH

Peringkat Permulaan:

1) Al-Qira’at Ahkamuha Wa Masdaruha oleh Sya’ban Muhammad Ismail


2) Al-Madkhal Ila ‘Ilm al-Qira’at oleh Sya’ban Muhammad Ismail

Peringkat Pertengahan:

1) Manzumah: Hirz al-Amani Wa Wajh al-Tahani oleh Qasim bin Firruh al-
Shatibiy
2) Taqrib al-Ma’ani Fi Syarh Hirz al-Amani oleh Sayyid Lashin dan
sahabatnya
3) Al-Wafi Fi Syarh al-Shatibiyyah oleh Abd al-Fattah al-Qadhi
4) Al-Qira’at al-Quraniyyah Wa Ma Yata’allaqu Biha oleh Faddhal Hasan
‘Abbas
5) Muqaddimat Fi ‘Ilm al-Qira’at oleh Ahmad Khalid Syukri dan sahabatnya

Peringkat Lanjutan:

1) Al-Nashr Fi al-Qira’at al-‘Ashr oleh Muhammad Ibn al-Jazariy


2) Manzumah: Tayyibah al-Nashr Fi al-Qira’at al-‘Ashr oleh Muhammad Ibn
al-Jazariy
3) Al-Hadi Syarh Tayyibah al-Nashr Fi al-Qira’at al-‘Ashr oleh Muhammad
Salim Muhaysin
4) Tahbir al-Taysir Fi al-Qira’at al-‘Ashr oleh Muhammad Ibn al-Jazariy
5) Manzumah: Al-Durrah al-Mudhiyyah oleh Muhammad Ibn al-Jazariy
6) Al-Budur al-Zahirah Fi Syarh al-Qira’at al-‘Ashr al-Mutawatirah oleh
Abd al-Fattah al-Qadhi
7) Semua kitab berkaitan ‘Taujih al-Qira’at’ seperti Qalaid al-Fikr Fi Taujih
al-Qira’at al-‘Ashr, al-Muwaddih Fi Wujuh al-Qira’at Wa ‘Ilaliha, Talai’
al-Bashar Fi Taujih al-Qira’at al-‘Ashr dan sebagainya
8) Semua kitab berkaitan ‘Jama’ al-Qira’at’ seperti al-Minah al-Ilahiyyah, al-
Tuhfah al-Mardhiyyah, al-Nafhah al-Miskiyyah, al-Muyassar Fi al-
Qira’at al-Ashr dan sebagainya
9) Semua kitab berkaitan ‘Sanad al-Qira’at’ seperti Munjid al-Muqri’in Wa
Murshid al-Talibin, Ma’rifah al-Qurra’ al-Kibar, Al-Salasil al-
Dhahabiyyah, Tuhfah al-Ikhwan Bima ‘Ala Min Asanid Qurra’ Hadha al-
Zaman, Ithaf al-Zaman Bi Asanid Ahl al-Quran dan sebagainya

Matan/Nazam untuk dihafaz

1) Manzumah: Hirz al-Amani Wa Wajh al-Tahani oleh Qasim bin Firruh al-
Shatibiy (Qira’at Sab’)
2) Manzumah: Al-Durrah al-Mudhiyyah oleh Muhammad Ibn al-Jazariy
(Qira’at Thalath Mutammimah Li ‘Ashr)
3) Manzumah: Tayyibah al-Nashr Fi al-Qira’at al-‘Ashr oleh Muhammad Ibn
al-Jazariy (Qira’at ‘Ashr Kubra)
Ilmu Usul Tafsir

Peringkat Permulaan:

1)Al-rakizah Fi Ilm Usul Al-tafsir oleh Dr Muhammad Al-khudoiri

2)Khulasah Muqaddimah Usul Al-tafsir oleh Syeikh Soleh Al-'usoimi

3)Al-mukhtasar Fi Qawa'id Al-tafsir oleh Dr Muhd Jabir Al-qahtani.

Peringkat Pertengahan:

1)Matan Al-dalil Fi Ilm Al-tafsir oleh Dr Naif Al-zahrani

2)Muqaddimah Usul Tafsir oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan syarahnya
oleh Syeikh Dr Musa'id Al-tayyar.

Peringkat Lanjutan

1)Al-tahrir Fi Usul Al-tafsir Dr Musa'id Al-tayyar

2)Syarh Muqaddimah Tafsir Ibn 'Atiyyah oleh Dr Musa'id Al-tayyar

3)Syarh Muqaddimah Tafsir Al-tabari oleh Dr Musa'id Al-tayyar

4)Mukhtasar Fi Qawa'id Al-tafsir oleh Dr Khalid Al-sabt.

Matan/nazam untuk dihafal

1)Al-urjuzah Al-munazzhomah, nazam kepada khulasah Muqaddimah Syeikh


Al-islam oleh Syeikh Anwar Al-fadhfari.

2)Nasyr Al-'abir oleh Syeikh Al-hadoushi Al-maghribi, ia nazam kepada kitab


Qawa'id Al-tafsir oleh Dr Khalid Al-sabt.
Ilmu Tafsir

Peringkat Permulaan:

1)Tafsir Al-fatihah dan Qisar Al-mufassal oleh Syeikh Soleh Al usoimi.

2)Tafsir Juz 'Amma oleh Syeikh Musa'id Al-tayyar.

3)Tafsir Syeikh Abdul Rahman Al-si'di.

Peringkat Pertengahan:

1)Tafsir Al-jalalain dengan Hasyiah Al-muwahhidin dan jika diberi kesempatan


maka Hasyiah Al-jamal.

2)Tafsir Jami' Al-bayan oleh Al-iji dengan Hasyiah Al-ghaznawi.

3)Tafsir Ibn Juzai Al-kalbi (Al-tashil Li 'Ulum Al-tanzil)

Peringkat Lanjutan:

1)Tafsir Ibn Kathir ataupun mana-mana mukhtasarnya

2)Tafsir Al-baidhawi, jika ada kesempatan dengan Hasyiahnya yang pelbagai

3)Tafsir Al-mauzi'ie Al-syafi'e (Taisir Al-bayan) untuk tafsir ayat-ayat Ahkam


berdasarkan mazhab Al-syafie.

4)Al-tafsir Al-muharrar terbitan kumpulan Al-durar Al-saniyyah maka ia juga


sangat bagus.

Adapun Tafsir Al-qurtubi, Tafsir Ibn 'Atiyyah dan Tafsir Al-tabari dan lain-lain
maka ia lebih sesuai buat peringkat "Takhassus".
Ilmu Dirayah Al-hadith
Peringkat Permulaan:

1)Hadith 40 oleh Imam Al-nawawi, boleh dipelajari dengan syarah imam Ibn
Al-'attor atau lebih baik syarah Imam Ibn rajab dan imam Al-haitami.

2)Jawami' Al-akhbar oleh Syeikh Abdul Rahman Bin Nasir Al-si'di ataupun
dengan syarahnya sekali Bahjah Qulub Al-abrar.

3)Al-syama'il Al-muhammadiyyah oleh Imam Al-tirmidzi. Antara syarahnya


yang masyhur ialah Syarah Al-'allamah al-haitami, Al-' allamah Al-bajuri dan
Al-'allamah Mulla Ali Al-qari dan ada syarah yang mudah oleh syeikh Soleh Al-
munajjid.

4)Al-adab Al-mufrad oleh imam Al-bukhari baginya pelbagai syarah yang


masyhur, antaranya syarah Rasyyu Al-barad dan juga syarah oleh syeikh
Abdullah Al-sa’d.

Peringkat Pertengahan:

1)Mukhtasar Sahih Al-bukhari oleh Imam Ibn Abi Jamrah/Al-zabidi.

2)Mukhtasar Sahih Muslim oleh Imam Al-mundziri.

3)Riyadh Al-salihin oleh Imam al-nawawi. Bagi Riyadhus Solihin beberapa


syarah yang masyhur antaranya syarah Imam Ibn 'Allan (Dalil Al-falihin),
Syarah Imam Ibn Kamal Basya Al-hanafi, antaranya syarah Syeikh Ibn
'Uthaimin dan juga syarah Kunuz Riyadh Al-solihin oleh Syeikh Hamd Bin
Nasir Al-'ammar dalam sekitar 22 jilid.

4)Al-targhib Wa Al-tarhib oleh Al-hafiz Al-munziri. Baru sahaja terbit beberapa


bulan yang lepas huraian yang terperinci bagi kitab ini yang bertajuk Fath Al-
qarib Al-mujib karangan Imam Abu Muhammad Al-fayyoumi dalam 10 jilid.

Peringkat Lanjutan:
1)Misykat Al-masobih oleh Al-tabrizi, kitab ini mempunyai banyak syarah yang
masyhur, antara yang terbaik ialah Mirqah Al-mafatih oleh Al-'allamah Mulla
Ali Al-qari.

2)Al-kutub Al-sittah & Al-muwatto' oleh imam Malik, bagi setiap kitab-kitab ini
syarah-syarahnya yang masyhur yang perlukan kepada huraian panjang pada
kesempatan yang lain.

Matan/Nazam untuk dihafal

1)Hadith 40

2)Riyadh Al-solihin oleh Imam Al-nawawi

3)Jika diberikan kekuatan hafalan dia boleh menghafal kutub sittah sesuai
dengan khuttah/ ‫ خطة‬pelan perancangan yang diutarakan oleh Syeikh Abdul
Aziz Al-yahya pada program-program hafalan hadith beliau.
Ilmu Hadith Hukum
Peringkat Permulaan:

1)Al-arba'un Fi Al-ahkam oleh Imam Al-munziri

2)Umdatul Ahkam oleh Imam Abdul Ghani Al-maqdisi, penuntut ilmu


bermazhab syafie harus banyak mentelaah syarah imam Ibnu Al-'attor bagi
Umdatul Ahkam.

Peringkat Pertengahan:

1)Fathul Al-'allam Bi Syarh Al-i'lam Bi Ahadith Al-ahkam oleh Syeikhul Islam


Zakariyya Al-ansari.

2)Al-bulghah Fi Ahadith Al-ahkam oleh Imam Ibn Al-mulaqqin dan baginya


syarah oleh Syeikh Ahmad Jauhari Al-azhari.
Peringkat Lanjutan:

1)Bulughul Maram dengan syarah Ifham Al-afham oleh Al-syeikh Yusuf Al-
ahdal Al-syafie Al-zabidi yang merupakan syarah yang tertumpu pada mazhab
Al-syafie. Saya juga dikhabarkan bahawa Dr Mustofa Al-zuhaili akan
menerbitkan syarahnya bagi Bulugh Al-maram, Allah lebih tahu akan
kesahihan berita tersebut.

Dan bagi Bulughul Maram pelbagai syarah lain, antara yang terbaik ialah
Minhah Al-'allam oleh Al-'allamah Abdullah Al-fauzan.

2)Ihkam Al-ahkam oleh Al-imam Al-mujtahid Ibn daqiq Al-'ied, bagi kitab ini
Hasyiah yang amat-amat ulung oleh Al-'allamah Al-amir Al-son'ani.

3)Torh Al-tathrib oleh imam Al-hafiz Al-‘iraqi dan anak beliau Abu Zur’ah Al-
‘iraqi, kitab yang sangat-sangat bagus di dalam hadith hukum namun dilupai
ramai pelajar.
Matan/nazam Untuk Dihafal

1)Umdatul Ahkam

2)Bulughul Maram

3)Al-tamam Fi Ahadith Al-ahkam oleh Dr Khalid Al-batili yang


menggabungkan diantara Umdatul Ahkam beserta Zawa’id Bulughul Maram
dan juga Zawa’id Al-muharrar oleh imam Ibn Abdil Hadi.
Ilmu Ulum Al-hadith/Mustolah Al-hadith

Peringkat Permulaan:

1)Al-tazkirah Fi Ulum Al-hadith oleh Ibn Al-mulaqqin, antara syarahnya yang


masyhur ialah syarah imam Al-sakhawi "Al-taudhih Al-abhar".

2)Nukhbatul Fikar oleh Al-hafiz Ibn Hajar, antara syarah yang mudah ialah
syarah Dr Umar Al-muqbil dan Syeikh Dr Abdul Karim Al-khudair.

Peringkat Pertengahan:

1)Al-muqizoh oleh imam al-zahabi dan baginya beberapa syarah, antaranya Al-
mufassal oleh Syeikh Abdullah Al-sa'd dan syarah Hatim Al-awni.

2)Nuzhah Al-nazhor oleh Al-hafiz Ibn Hajar, dan baginya syarah yang sangat
bagus oleh Dr Ibrahim Al-lahim.

3)Ikhtisor Ulum Al-hadith oleh imam Ibn Kathir, baginya syarah yang masyhur
oleh Al-'allamah ahmad Syakir yang bertajuk Al-ba'ith Al-hathith dan juga
disana Hasyiah bagi kitab ikhtisor ini oleh Syeikh dr Abdul Karim Al-khudair.

Peringkat Lanjutan:

1)Muqaddimah Imam Ibn Solah dan wajar dibaca selepasnya Al-nukat oleh al-
hafiz ibn Hajar dan juga gurunya Al-iraqi beserta komentar Dr Toriq
'iwadhullah bagi keduanya.

2)Alfiyah Al-'iraqi/Al-suyuti bagi Alfiyah Al-'iraqi syarah terbaiknya ialah


Fathul Mughits oleh imam Al-sakhawi. Bagi Alfiyah Al-suyuti disana terdapat
beberapa syarah antaranya oleh Al-'allamah Muhd Ali Adam Al-ityubi.

3)Syarh ‘ilal Al-tirmidzi oleh imam Ibn Rajab, kita yang sangat ulung di dalam
cabang ilmu ini.
Matan/Nazam untuk dihafal:

1)Nazam Al-baiquniyyah

2)Nazam Al-syumunni bagi Nukhbatul Fikar atau Nukhbatul Fikar sendiri.

2)Manzhumah Tol'ah Al-anwar oleh Syeikh Abdullah Bin Ibrahim Al-syinqithi,


ia merupakan ringkasan bagi Alfiyah Al-'iraqi. Kitab ini masyhur dari kalangan
sahabat-sahabat di Maghribi dan Syanqit.

3)Alfiyah Al-'iraqi/Al-suyuti.
Ilmu Sirah

Peringkat Permulaan:

1)Al-urjuzah Al-mi'iyyah oleh Imam Ibn Syihnah, dan bukan oleh imam Ibn Abi
Al-'izz. Ini kerana nazam ini termasuk dari 10 nazam yang dikarang oleh Ibn
Syihnah di dalam 10 ilmu, setiap satu darinya 100 bait. Ia termasuk dari kitab
beliau Alfiyah Al-ulum Al-'asyarah.

Bagi nazam ini banyak syarah-syarah yang masyhur terutamanya dari kalangan
mu'asirin antaranya oleh Syeikh Dr Abdul Razzaq Al-badr dan Syeikh Dr Walid
Bin Idris Al-minnisi.

2)Bidayah Al-sul fi Tafdhil Al-rasul SAW, oleh Sultan Al-ulama', Al-'izz Bin
Abdul salam.

3)Nur Al-'uyun Fi Talkhis Sirah Al-amin Wa Al-ma'mun SAW, oleh imam Ibn
Sayyidinnas

4)Mukhtasar Sirah Al-nabi Wa Sirah Ashabih Al-asyarah oleh Imam Abdul


Ghani Al-maqdisi

Peringkat Pertengahan:

1)Al-fusul Fi Ikhtisar Sirah Al-rasul SAW, oleh Imam Ibn Kathir.

2)Manzhumah Zat Al-syifa Fi Sirah Al-nabi Wa Al-khulafa, oleh imam Ibn al-
jazari. Bahagian sirah rasul saw sekitar 300 bait. Antara syarahnya ialah Syarah
Raf'ul Khafa oleh Al-'allamah Muhd Hasan Al-kurdi.

3)Mukhtasar Dala'il Al-nubuwwah imam Abu Nu'aim Al-asbahani oleh Syeikh


Dr Ahmad Bin Uthman Al-mazyad
Peringkat Lanjutan:

1)Alfiyah Al-sirah oleh imam Al-'iraqi, antara syarahnya yang masyhur ialah
Al-futuhat Al-subhaniyyah oleh Al-'allamah Al-munawi.

2)Nazm al-ghazawat oleh Ahmad Al-badawi Al-syinqithi.

3)Al-syifa oleh Al-qadhi Iyadh Al-maliki.

4)Zad Al-ma'ad oleh imam Ibnul Qayyim.

5)Sirah Ibn Hisyam atau tahzibnya oleh Al-muhaqqiq Al-jalil Abdul Salam
Haron.

Adapun kitab para ulama' mu'asirin kita tentang sirah rasulullah maka ia terlalu
banyak dan sebahagiannya sangat bagus, jika ada kesempatan saya akan
kongsikan tentangnya pada ruang yang lain.
Ilmu Nahu arab

Peringkat Permulaan:

1)Al-nahwu Al-saghir oleh Dr Sulaiman Al-'uyuni beserta syarahnya.

2)Al-ajurrumiyyah beserta syarahnya Al-tuhfah Al-saniyyah oleh Syeikh Muhd


Muhyiddin Abdul Hamid.

3)Al-'Awamil Al-mi'ah oleh imam Al-jurjani dan Al-'awamil oleh Al-birkawi


serta syarah-syarah bagi keduanya.

Peringkat Pertengahan:

1)Izhar Al-asrar Fi Al-nahwu oleh Al-birkawi. Kitab ini sangat masyhur disisi
ulama-ulama' Turki dan Akrad.

2)Qatrunnada oleh Imam Ibn Hisyam dan syarah-syarahnya, terutamanya


syarah pengarang sendiri atau Syarah Mujib Al-nida.

3)Mutammimah Al-ajurrumiyyah dengan syarah-syarahnya seperti syarah Al-


fakihi atau Muhd Al-amin Al-harari.

4)Al-azhariyyah dan syarahnya oleh Syeikh Khalid Al-azhari.

Peringkat Lanjutan:

1)Syarh Syuzur Al-dzahab.

2)Alfiyah Ibn Malik dengan syarahnya seperti Ibn Aqil atau Awdhah Al-
masalik.
Matan/nazam untuk dihafal

1)Nazam Ibn Ubba Al-syinqithi yang dikenali sebagai Nazam 'Ubaid Rabbih bagi
Al-ajurrumiyyah.

2)Mulhah Al-i'rab oleh Al-hariri.

3)Alfiyah Ibn Malik, jika mempunyai hafalan yang kuat ditambah dengan
Ihmirar Ibn Boona Al-syinqthi.

Ilmu I'rab
Peringkat Permulaan

1)Nuktah Al-i'rab oleh imam Ibn Hisyam.

2)Al-muwatto' Fi Al-i'rab oleh Syeikh Dr Sulaiman Al-‘uyuni.

Peringkat Pertengahan

1)I'rab Al-jumal Wa Asybah Al-jumal oleh Dr Fakhruddin Qobawah.

Peringkat Lanjutan

1)Musil Al-tullab Ila Qawa'id Al-i'rab oleh Syeikh Khalid Al-azhari dan
Hasyiahnya oleh Al-'allamah Hasan Al-'attor.

Matan/Nazam untuk Dihafal

1)Nazam Al-zawawi bagi Qawa'id Al-i'rab.

2)Nazam Ibn Zohirah Al-makki bagi Qawa'id Al-i'rab.


Ilmu Sorof

Peringkat Permulaan:

1)Al-sarf Al-saghir beserta syarahnya oleh Dr Sulaiman Al-'uyuni.

2)Nazm Al-maqsud oleh Al-tohtowi.

3)'Unwan Al-zhorf oleh Syeikh Harun Abdul Roziq.

Peringkat Pertengahan

1)Tasrif Al-'izzi dengan syarahnya oleh Al-'allamah Al-taftazani atau Al-


'allamah Mulla Ali Al-qari.

2)Lamiyyah Al-af'al oleh imam Ibn Malik beserta penambahan oleh Bahraq Al-
yamani dan Turrah Al-hasan Bin Zain Al-syinqithi. Bagi Al-'allamah Muhd
Salim Walad 'Addud Al-syinqithi kitab bernama "Khiyathoh Al-turrah" dimana
beliau menyusun semula bait-bait Turrah Al-hasan bin Zain dengan lebih cantik
dan tertib.

Antara syarah yang boleh dirujuk ialah syarah Muhannak Al-atfal dan Manahil
Al-rijal kedua-duanya oleh Al-'allamah Muhd Al-amin Al-harari.

Peringkat Lanjutan:

1)Syaza Al-'arf oleh Al-hamallawi.

2)Syarh yang pertengahan bagi Syafiyah Ibn Al-hajib seperti syarah


Nizhomuddin Al-naisaburi atau Syarh Al-jarabardi.
Matan/Nazam untuk dihafal

1)Nazm Al-maqsud

2)Lamiyyah al-af'al dengan penambahan Bahraq dan Al-hasan Bin Zain.

3)Nazm Al-syafiyah oleh Al-naisari yang bertajuk Al-wafiyah.


Ilmu Balaghah

Peringkat Permulaan:

1)Nazam Zubdah Al-balaghah oleh Dr Abdul Aziz Al-nasif.

2)Mi'ah Al-ma'aani Wa Al-bayan oleh Ibn Syihnah dengan syarah-syarahnya,


yang paling meluas ialah Syarah Al-tarabulsi (Durar Al-fawa'id Al-
mustahsanah).

3)Al-balaghah Al-wadhihah oleh Mustofa Amin dan Ali Al-jarim.

Peringkat Pertengahan:

1)Jawahir Al-balaghah oleh Al-sayyid Ahmad Al-hasyimi.

2)Al-jauhar Al-makmun oleh Al-akhdari dengan syarah-syarahnya, yang


masyhur ialah Syarah Al-damanhuri atau yang lebih luas syarah Al-'allamah
Muhd Al-amin Al-harari.

Peringkat Lanjutan:

1)Al-minhaj Al-wadhih Li Al-balaghah oleh Syeikh Hamid ‘Auni.

2)Syarh Al-mursyidi bagi ‘Uqud Al-juman.

3)Talkhis Al-miftah dengan syarah-syarah dan hasyiah-hasyiahnya, antara


syarahnya yang masyhur ialah 'Urus Al-afrah oleh Baha'uddin Al-subki.
Matan/Nazam untuk dihafal

1)Nazam wadhih Al-balaghah oleh Muhammad Bin Abdillah Al-jakani Al-


syinqtihi.

2)Manzhumah Mi'ah Al-ma'aani Wa Al-bayan oleh Ibn Syihnah.

3)Al-jauhar Al-maknun oleh Al-akhdari.

4)'Uqud Al-juman oleh imam Al-suyuti.

Ilmu Mufradat al-lughah

Peringkat Permulaan:

1)Nazam Muthallath Qutrub oleh Syeikh Abdul Aziz Al-maghribi.

2)Risalah Fi Al-mutaradifat, oleh sekumpulan para ulama' Al-azhar.

Peringkat Pertengahan:

1)Muwatto'ah Al-fasih oleh Ibn Al-murahhal, pelbagai syarah yang ditulis bagi
nazam ini dan boleh juga untuk merujuk syarah bagi kitab asal iaitu Al-fasih
oleh Tha'lab, antara syarah yang masyhur ialah Syarh Al-marzuqi.

2)Bacaan Al-misbah Al-munir oleh Al-fayyoumi.

Peringkat Lanjutan:

1)Al-i'lam Bi Muthallath Al-kalam oleh Imam Ibn Malik, antara syarahnya yang
masyhur ialah Syarah Ahmad Al-amin Al-syinqithi.

Matan/Nazam yang dihafal bagi ilmu ini ialah yang disebutkan diatas
Ilmu Sya'ir Arab

1)Qasidah Burdah oleh Ka'b Bin Zuhair r.a, baginya syarah Syeikh Abdul
Rahman 'Auf Al-kuni ('Uluw Al-ka'b Al-adabi, dan juga syarah yang masyhur
oleh imam Ibn Hisyam.

Disana ada kitab yang bertajuk "Banat Su'ad Fi Ilmamat Syatta" oleh Ahmad
Syarqawi Iqbal, buku tersebut amat bagus di dalam menerangkan bahagian-
bahagian di dalam syair tersebut yang di istisyhadkan dalam ilmu nahu, sorof
dan lughah.

2)Lamiyyah Al-'arab oleh Al-syanfara, baginya syarah yang agak mudah oleh
Al-tabrizi dan ada syarah yang agak pertengahan oleh Al-sayyid Ibrahim Al-
radhawi.

3)Lamiyah Al-'ajam oleh Al-thugra'ie, baginya syarah yang mudah seperti


syarah Bahraq Al-hadhrami, dan ada syarah yang sangat luas seperti syarah Al-
safadi.

Peringkat pertengahan:

1)Al-mu'allaqat Al-sab' dan juga Al-‘asyr dengan huraian yang padat dan
ringkas seperti Al-amali Al-lughawiyyah oleh Syeikh Muhd Abdullah Al-
syinqithi atau Syarh Al-zauzani.

Peringkat Lanjutan:

1)Alfiyah Al-hamasah oleh syeikh Abu Malik Al-‘awdhi.

2)Diwan Al-hamasah oleh Abi Tammam.

Matan/Nazam yang dihafal bagi ilmu ini ialah yang disebutkan diatas
Ilmu Al-wadh'

Peringkat Permulaan:

1)Al-wadhih Fi Ilm Al-wadh' oleh Syeikh Abu Mustofa Al-baghdadi.

2)Khulasah Ilm Al-wadh' oleh Syeikh Yusuf Al-dijwi.

3)Risalah Fi Ilm Al-wadh' oleh Ali Al-najjar Al-syafie.

4)Khulasah Ilm Al-wadh' oleh Syeikh Abdul Rahman Khalaf.

Peringkat Pertengahan & Lanjutan:

Syarh Al-samarqandi kepada risalah Al-'adhudiyyah beserta hasyiah-


hasyiahnya.

Nazam/matan untuk dihafal

1)Manzhumah Al-'allamah Hasan Al-'attor di dalam ilmu Al-wadh'.

2)Urjuzah Fi Ilm Al-wadh' oleh syeikh Muhd Bin Ahmad Al-buhuti.

Ilmu Al-'arudh

1)Al-nasib Al-mafrud oleh Syeikh Dr Abdul Aziz Al-harbi .

2)Ahda Sabil Ila Ilmai Al-khalil oleh Syeikh Mahmud Mustofa.

3)Mizan Al-zahab Fi Sina'ah Syi'ri Al-arab, oleh Al-sayyid Al-hashimi.


Ilmu Imla'

1)Al-muwatto' Fi Al-imla' oleh Syeikh Dr Sulaiman Al-'uyuni.

Wallahu a'lam,

segala puji bagi Allah SWT yang memudahkan serta memberi taufiq di dalam
menyempurnakan risalah ini, serta selawat dan salam sentiasa saya ucapkan
kepada junjungan kita yang dikasihi Nabi Muhammad SAW. Risalah ini selesai
ditulis pada hari Ahad 27/6/2021 yang bersamaan dengan Tarikh 17 Dzul Qa’dah
tahun 1442 Hijrah.

Anda mungkin juga menyukai