Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

TIGASAN 2: PENULISAN

Nama Pelajar FANNY WONG XIN YIN

Angka Giliran 2022172440203

No Kad Pengenalan 030109-13-0712


PT1S2-11
Kumpulan/ Unit

Kod Kursus EDUP 3113

Nama Kursus PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Nama Penysarah PN. RAFIDAH BINTI RUHANI

Tarikh Hantar 11 MAC 2024

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang dibeikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Catatan(jika ada)

Tamda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:

/ 30
Pengenalan

Psikologi berasal dari perkataan psyche yang membawa maksud jiwa dan logos yang
bererti ilmu (Rahmat, P. S, 2021). Psikologi merupakan satu kajian yang mengenai tingkah laku
manusia. Psikologi amat penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran kerana bidang ini
dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi seseorang guru.
Ruang pembelajaran ialah persekitaran fizikal tempat proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku seperti bilik darjah, bilik perbincangan di perpustakaan, makmal sains dan sebagainya.
Ruang pembelajaran yang strategi dapat membantu seseorang murid meningkatkan efektifnya
dalam proses pembelajaran. Jadi, penulisan ini akan mengenai tentang mengenalpasti dan
merancang satu ruang pembelajaran yang kondusif, menganalisis implikasi ruang pembelajaran
tersebut terhadap gaya pembelajaran murid dan membincangkan bagaimana ruang
pembelajaran tersebut dapat meningkatkan pembelajaran murid berdasarkan teori pembelajaran
kognitif.

Ruang pembelajaran yang kondusif terhadap proses pembelajaran

Gambar Rajah 1: Pelan Ruang Pembelajaran yang dicipta dengan aplikasi SmartDraw
Untuk mengenalpasti dan merancang satu ruang pembelajaran yang kondusif, terdapat
beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. Antaranya ialah pencahayaan dan pengudaraan.
Pencahayaan semula jadi yang mencukupi dan pencahayaan buatan yang baik untuk
mewujudkan persekitaran yang selesa dan menyegarkan. Sebagai contoh, tingkap di ruang
pembelajaran yang mencukupi akan mewujudkan pencahayaan yang baik. Tambahan pula,
peredaran udara yang baik juga mewujudkan satu ruang pembelajaran yang kondusif.

Seterusnya, kelengkapan teknologi juga perlu dipertimbangkan dalam mewujudkan ruang


pembelajaran yang kondusif. Hal ini disebabkan penggunaan teknologi dalam proses
pembelajaran akan menyebabkan murid melibatkan diri secara aktif. Misalnya, integrasi teknologi
moden yang menyokong pembelajaran interaktif dan penggunaan media digital dalam
pengajaran. Kehadiran perkakasan seperti projektor, komputer, pembesar suara dan sebagainya
untuk meningkatkan penglibatan murid.

Selain itu, fleksibiliti ruang amat penting dalam sesautu ruang pembelajaaran yang
kondusif. Sebagai contohnya, reka bentuk ruang yang boleh disesuaikan untuk pelbagai jenis
aktiviti pembelajaran, termasuk pembelajaran individu, kolaboratif dan demonstratif. Dari segi
susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid-murid disususn dengan kemas dan rapi
mengikut kumpulan (Norsenah, 2015). Tambahan pula, saiz ruang pembelajaran perlu mencukupi
untuk memudahkan pergerakan murid dan guru. Jesteru, fleksibiliti ruang dapat mewujudkan
ruang pembelajaran yang kondusif.

Implikasi ruang pembelajaran terhadap gaya pembelajaran murid

Gaya Pembelajaran adalah cara bagaimana murid menyerap dan menyusun maklumat
yang diterima (Faridah Mahad, Mohd Razimi Husin & Nurulhuda Md Hassan, 2022). Gaya
pembelajaran juga boleh didefinisikan sebagai satu stail atau cara pembelajaran seseorang murid.
Berdasarkan gaya pembelajaran Dunn & Dunn, stimulasi seperti pesekitaran, emosi,
psikologi,sosiologi dan fisiologi akan mempengaruhi pembelajaran seseorang murid. Oleh itu,
ruang pembelajaran yang kondusif memberi implikasi terhadap proses pembelajaran seseorang
murid.

Antara implikasi ruang pembelajaran terhadap proses pembelajaran seseorang murid


dapat dilihat dari aspek visual iaitu pencahayaan dan warna. Hal ini dikatakan demikian kerana
terdapat sesetengah murid suka belajar dalam keadaan yang cerah (Rosly Bin Kayar, Kamisah
Binti Buang & Faridah Binti Mohd Sopah, 2024). Apabila ruang pembelajaran mempunyai
pencahayaan yang baik dan perhiasan yang menarik, hal ini akan memanfaatkan mereka dan
meningkatkan efektif pembelajaran. Murid-murid berjenis tersebut akan lebih menumpukan
perhatian mereka semasa dalam proses pembelajaran. Warna kelas yang terang boleh
membantu murid memfokus dan memahami bahan dengan lebih baik. Tambahan pula,
penggunaan papan putih dan media visual juga boleh memberi implikasi. Ruang pembelajaran
yang dilengkapi dengan papan putih, skrin tayangan yang boleh digunakan untuk memaparkan
grafik dan rajah akan membantu murid yang mengamalkan gaya pembelajaran visual memahami
konsep dengan lebih baik.

Seterusnya, ruang pembelajaran yang berfleksibiliti memberi impak kepada murid yang
bergaya pembelajaran yang kinestetik. Murid yang mempunyai gaya pembelajaran kinestetik
akan lebih suka belajar dengan gerak, bekerja, dan menyentuh (Arylien Ludji Bire, Uda Geradus,
dan Josua Bire, 2014). Fleksibiliti ruang membantu murid yang mempunyai gaya pembelajaran
kinestetik lebih selesa berada di ruang yang membolehkan mereka bergerak dan aktif secara
fizikal. Sebagai contohnya, ruang dengan susunan meja dan kerusi yang sesuai atau kawasan
yang boleh digunakan untuk aktiviti fizikal akan meningkatkan penglibatan murid-murid tersebut
dalam pembelajaran. Tambahan pula, penyediaan ruang aktiviti dalam ruang pembelajaran juga
dapat meningkatkan penglibatan mereka dalam pembelajaran. Melalui aktiviti, pergerakan, murid
tersebut akan lebih memahami konsep dengan melakukan tindakan fizikal.

Implikasi ruang pembelajaran terhadap proses pembelajaran seseorang murid juga dapat
dilihat dari aspek auditori. Menurut (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul
Shukor, Roslinda Mustapa dam Hazalizah Hamzah, 2012), murid dengan gaya pembelajaran
auditori ialah kumpulan murid yang menyukai dan berasa selesa belajar atau menerima maklumat
secara mendengar syarahan, perbincangan dan diberi peluang untuk bercakap. Oleh itu, murid
yang mempunyai keutamaan pembelajaran auditori memerlukan ruang pembelajaran yang
dilengkapi dengan sistem audio untuk mendengar arahan, penerangan dan perbincangan kelas
dengan jelas. Tambahan pula, penggunaan sistem audio yang jelas juga dapat membantu murid
auditori memahami bahan yang disampaikan secara lisan.

Bukan itu sahaja, ruang pembelajaran yang menyusun meja berkumpulan juga dapat
mempengaruhi gaya pembelajaran murid yang cenderung belajar dengan kolaboratif. Murid
tersebut belajar melalui kerjasama akan mendapat manfaat daripada ruang yang menyediakan
kawasan untuk perbincangan kumpulan dan projek kerjasama. Misalnya, murid akan membentuk
kumpulan belajar untuk membincangkan soalan-soalan, pandangan mereka terhadap belajar dan
sebagainya. Oleh itu, ruang pembelajaran yang disusun dengan berkumpulan sangat sesuai
untuk jenis murid tersebut semasa perbincangan.

Ruang pembelajaran dapat meningkatkan pembelajaran murid berdasarkan teori


pembelajaran kognitif Robert Gagne

Menurut Rosly Bin Kayar, et. al., (2024), teori perkembangan kognitif mempercayai
bahawa manusia mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan
mengeluarkan semula segala pengalaman untuk melihat pertalian dengan masalah yang
dihadapi. Berdasarkan Gagne, belajar adalah perubahan yang terjadi dalam kemampuan
manusia setelah belajar secara terus menerus, bukan hanya disebabkan oleh proses
pertumbuhan sahaja (Bambang Warsita, 2008). Oleh itu, teori pembelajaran kognitif Robert
Gagne boleh meningkatkan pembelajaran murid dalam beberapa cara dengan ruang
pembelajaran yang kondusif.

Antara ruang pembelajaran dapat meningkat pembelajaran murid dapat dilihat melalui
penyusunan maklumat. Hal ini dikatakan demikian kerana ruang pembelajaran yang tersusun
dan teratur dapat membantu murid dalam menyusun maklumat. Berdasarkan teori Gagne,
pembelajaran bermula dengan menerima maklumat dan belajar dari paling mudah kepada paling
kompleks. Oleh itu, ruang pembelajaran yang dirancnag dengan strategi dapat menyediakan
suasana yang jelas untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan juga menjadikannya lebih
mudah untuk difahami oleh murid.

Selain itu, pembelajaran murid dapat ditingkat apabila ruang pembelajaran yang
dirancangkan dengan mengaplikasi pelbagai jenis rangsangan untuk menarik perhatian murid.
Dalam bidang peristiwa pengajaran teori Gagne, beliau mencadangkan untuk menarik perhatian
murid dengan penggunaan pelbagai jenis rangsangan untuk memudahkan pembelajaran, seperti
teks, imej, audio atau video. Misalnya, ruang pembelajaran moden yang disediakan dengan
akses mudah kepada pelbagai sumber dan media seperti projekter, komputer dan sebagainya
dapat menyokong pembelajaran. Hal ini disebabkan penggunaan pelbagai rangsangan dalam
proses pengajaran tidak akan menimbulkan perasaan bosan dalam kalangan murid.

Seterusnya, ruang pembelajaran dapat meningkat pembelajaran murid melalui


pengaktifan pengetahuan terdahulu apabila ruang pembelajaran disediakan dengan sudut
penyimpanan hasil kerja murid. Gagne juga mencadangkan dalam peristiwa pengajaran untuk
merangsang mengingat kembali pembelajaran terdahulu. Ruang pembelajaran yang
menyepadukan kaedah untuk mengaitkan bahan baharu dengan perkara yang telah diketahui
oleh murid boleh membantu mengukuhkan pengekalan dan pemahaman mereka.
Misalnya,dalam sudut penyimpanan hasil kerja murid membantu mereka mengingat kembali
pembelajaran yang dijalankan dahulu.

Bukan itu sahaja, penggunaan maklum balas juga dapat meningkatkan pembelajaran
murid melalui ruang pembelajaran. Menurut Gagne, maklum balas dalam membantu murid
meningkatkan pemahaman mereka adalah sangat penting. Hal ini disebabkan ruang
pembelajaran yang memudahkan maklum balas yang cepat dan membina, baik daripada guru
mahupun rakan sebaya, boleh membantu membetulkan kesilapan dalam memahami dan
meningkatkan prestasi.

Pendek kata, ruang pembelajaran yang kondusif dapat meningkatkan pembelajaran murid
berdasarkan teori pembelajaran kognitif Robert Gagne mengikut bidang perisitiwa pengajaran
yang dicadangkannya iaitu penyusunan maklumat, menarik perhatian murid, merangsang
mengingat kembali pembelajaran terdahulu dan memberi maklum balas.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, ruang pembelajaran yang kondusif dan sesuai dengan keperluan
murid amat penting terhadap seseorang murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ruang
pembelajaran akan memberi implikasi dan mempengaruhi gaya pembelajaran murid seperti dari
gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan juga gaya pembelajaran kinestetik.
Selain daripada itu, ruang pembelajaran yang strategik juga boleh mengingkatkan pembelajaran
murid mengikut teori pembelajaran kognitif Robert. M.Gagne.
Rujukan

Arylien Ludji Bire, Uda Geradus, dan Josua Bire (2014). Pengaruh gaya belajar visual, auditorial,
dan kinestetik terhadap prestasi belajar siswa. Jurnal kependidikan. 44(2): 168-174.

Bambang Warsita. (2008). Teori belajar Robert.M.Gagne dan implikasinya pada pentingnya pusat
sumber belajar. Jurnal Teknikal. 12(1): 64-78.

Faridah Mahad, Mohd Razimi Husin & Nurulhuda Md Hassan. (2022). Gaya Pembelajaran: Visual,
Auditori atau Kinestetik. Journal of Humanities and Social Sciences, 4(1):29-36.

Norsenah. (2015, Mac 7). 5 ciri bilik darjah yang kondusif.


https://www.scribd.com/doc/257946602/5-Ciri-Bilik-Darjah-Yang-KondusifScribd.

Rahmat, P. S. (2021). Psikologi pendidikan. Bumi Aksara.

Rosly Bin Kayar, Kamisah Binti Buang & Faridah Binti Mohd Sopah. (2024). Psikologi
pembelajaran: Gaya pembelajaran. Local Publication (M) Sdn.Bhd.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, Roslinda Mustapa dan
Hazalizah Hamzah (2012). Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Anda mungkin juga menyukai