Anda di halaman 1dari 10

PROGRAM DIPLOMA PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH


TAHUN 1 DIPLOMA SEMESTER 2 2024

LAPORAN PROGRAM MPU 2412 KHIDMAT KOMUNITI

KELAS : 1 DVM MPP


Tarikh: 27 Februari 2024
Nama Pensyarah: Ustaz Muhammad Farhan Bin Alauddin

AHLI KUMPULAN :
BIL NAMA NOM I/C
1. KHAIRUL IMRAN BIN ROSNAWI 050911100607
2. ADAM HARIS BIN WARISAN 050621101281
3. IHTISYAM ARIFF BIN ZULKIFLI 050729100379
4. MUHAMMAD YADIY BIN YUSRI 050327140247

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH


KHIDMAT KOMUNITI
MPU 2412
Tajuk LAPORAN KHIDMAT KOMUNITI DI MASJID JAMEK ABDULLAH
HUKUM @ KL ECO CITY
Tarikh 27 FEBRUARI 2024
Tempat MASJID JAMEK ABDULLAH HUKUM @ KL ECO CITY
Anjuran Pelajar 1 DVM MPP
Penglibatan/ 23 pelajar Kolej Vokasional Sungai Buloh 1 DVM MPP dan seorang
Komuniti sasaran pensyarah 1 DVM MPP MPU 2412 Khidmat Komuniti
Ulasan pelaksanaan Pelaksanaan khidmat komuniti di Masjid Jamek Abdullah Hukum @ KL
aktiviti Eco City ini merupakan satu program yang bertepatan untuk
mengetengahkan sifat kemanusiaan dan kerjasama dalam diri para
pelajar. Hal ini agar dapat memperkembangkan potensi dan kemahiran
para pelajar untuk membuat kerja-kerja komuniti di samping memberi
pengalaman baru kepada para pelajar.

Pelaksanaan program khidmat komuniti ini telah dilaksanakan di Masjid


Jamek Abdullah Hukum @ KL Eco City pada 27 Februari 2024 dengan
berdasarkan beberapa objektif seperti yang berikut :

i. Mencerikan tanggungjawab sosial dan kemahiran kepimpinan


dalam melaksanakan projek.
ii. Menimba dan menambah ilmu pengetahuan baharu yang tiada
dalam silibus pembelajaran di kolej.
iii. Melatih pelajar sebagai manusia yang bertanggungjawab
terhadap sesama insan.

iv. Dapat menerapkan elemen inovasi dan kreativiti dalam


pengurusan program.
Ulasan pencapaian 1. Dapat mengamalkan nilai perpaduan, kerjasama, bertolak
objektif ansur dan empati dalam menjayakan aktiviti.
2. Dapat mengamalkan budaya kerja berpasukan dalam
menjayakan aktiviti.
3. Dapat berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan
maklumat dan idea secara jelas dan meyakinkan.
4. Dapat menggunakan pendekatan kreatif dan inovatif dalam
menyelesaikan masalah
5. Dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran yang diperolehi semasa pengajaran dan
pembelajaran
Refleksi pencapaian Kami telah menerima tugasan ini oleh pensyarah pembimbing kami
program khidmat iaitu Ustaz Muhammad Farhan Bin Alauddin bagi subjek MPU 2412
komuniti Khidmat Komuniti. Menerusi tugasan ini, kami perlu menyiapkan kerja
khidmat masyarakat secara berkumpulan. Ahli kumpulan terdiri
daripada rakan sekelas 1 DVM MPP yang sangat membantu dan
memberi kerjasama menjayakan tugasan ini bersama-sama dengan
penuh harapan yang tinggi untuk berjaya.
Program khidmat masyarakat ini sangat membantu kami dalam
menjalankan tanggungjawab sosial dan kemahiran kepimpinan dalam
melaksanakan tugasan. Contohnya, menyediakan kertas kerja dan
mengagihkan tugasan bagi setiap rakan sekelas. Sementara itu, kami
dapat menimba ilmu pengetahuan baharu yang tiada dalam silibus
pembelajaran di kolej seperti cara yang berhemah untuk berkomunikasi
dengan warga emas dan tempatan.
Kelemahan kumpulan kami adalah walaupun kami sudah
menyediakan tentatif program tetapi apabila tiba di tempat tersebut,
kami tidak dapat melakukan 100% aktiviti yang kami rancang. Contoh
aktiviti yang tidak dapat kami lakukan adalah aktiviti senaman seperti
senam robik pagi kerana masa tidak mencukupi dan keadaan cuaca
yang tidak mengizinkan.
Penambahbaikannya adalah, kami perlu menghubungi pihak
sana dengan lebih awal dan bertanyakan tentang aktiviti-aktiviti yang
boleh kami lakukan dengan lebih terperinci lagi. Perkara ini akan kami
pegang agar kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi. Dengan
apa yang terjadi pada kami sekumpulan, kami akan lebih mengambil
perhatian dan tidak akan membuat kerja sambil lewa lagi.
Akhir sekali, setiap kekurangan dan kelemahan yang dikesan
memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti diri serta
rakan sekelas pada masa akan datang. Berdasarkan kekurangan dan
kelemahan yang didapati ini, dapat membantu untuk mengubah cara
menguruskan sesuatu program sebegini dengan lebih sistematik.
Tugasan ini kami bersama kelas kami 1 DVM MPP sudah pun
menjayakannya dengan usaha gigih dan semangat berpasukan. Kami
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
program ini.
Gambar aktiviti
Rumusan Program ini dapat memupuk perkembangan jasmani, rohani, emosi,

sosial dan intelektual pelajar Kolej Vokasional Sungai Buloh. Dengan

program ini juga, dapat memberi tumpuan dengan lebih mendalam

tentang budaya kerjasama, tolong menolong antara satu sama lain

serta cara berkomunikasi dengan lebih efektif. Akhir sekali, semoga

program yang telah dilaksanakan ini dapat membantu murid

meningkatkan pengetahuan untuk diaplikasikan dalam kehidupan

seharian seterusnya, memberi manfaat kepada semua pelajar yang


mengikuti lawatan ini.

Pengesahan/
Disediakan oleh, Disahkan Oleh,
perakuan
________________ _______________

KHAIRUL IMRAN BIN ROSNAWI USTAZ MUHAMMAD FARHAN BIN


ALAUDDIN
(KETUA KELAS 1 DVM MPP)
(PENSYARAH MPU 2412 KHIDMAT
KOMUNITI)

Anda mungkin juga menyukai