Anda di halaman 1dari 4

Cikgu Nik

Nota Pendidikan Jasmani Tingkatan 3

UNIT 5 : PERMAINAN KATEGORI MEMADANG (BT ms 73 – 83)

SOFBOL
Standard Kandungan
1.7 Melakukan kemahiran asas sofbol dengan lakuan yang betul.
2.7 Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran sofbol.
5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.
5.2 Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
5.3 Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti.

1. Permainan sofbol melibatkan penggunaan bola dan bet.


2. Matlamat permainan adalah untuk mendapatkan larian yang lebih banyak daripada
pasukan lawan, dengan memukul bola ke dalam padang dan berlari mengelilingi tapak,
menyentuhnya mengikut turutan sehingga ke tapak terakhir (home plate).

Excel-Cekap (BT ms 76 – 77)


1. Memadang ialah kemahiran menangkap dan membaling bola yang dipukul.
2. Kecekapan menangkap dan membaling bola kepada rakan membantu matlamat untuk
mematikan pemukul atau pelari tapak tercapai.
3. Pemadang perlu berkomunikasi sesama rakan sepasukan serta sentiasa peka dalam situasi
permainan.

Excel-Hit (BT ms 78 – 79)


1. Kemahiran memukul dan menampan bola dalam permainan sofbol memerlukan
koordinasi tangan dan mata serta pemasaan yang baik.
2. Pemukul perlu memakai helmet dan memegang bet dengan kedua-dua tangan rapat serta
berdiri seluas bahu di dalam petak pemukul dengan sisi badan menghadap pelempar.
3. Untuk mendapat satu pukulan atau tampanan bola yang baik, pemukul perlu mengambil
satu langkah kecil ke arah pelempar dan mengayun betnya untuk mengena bola di
hadapan tapak terakhir (home plate).
4. Sejauh mana bola bergerak bergantung kepada kekuatan ayunan bet.
5. Pemukul akan menjatuhkan betnya dan terus berlari ke tapak pertama sebaik sahaja
pukulan atau tampanan bola dilakukan.

Excel-Pantas (BT ms 80 – 81)


1. Larian tapak dilakukan oleh pemain sebaik sahaja memukul atau menampan bola.
2. Pelari tapak boleh berlari ke tapak pertama atau meneruskan larian sekiranya keadaan
permainan membenarkan dan selamat untuk berbuat demikian.
3. Pelari tapak dibenarkan berhenti di mana-mana tapak. Setiap tapak hanya boleh terdiri
daripada seorang pelari.

1
Cikgu Nik
Nota Pendidikan Jasmani Tingkatan 3

Excel-Pitch (BT ms 82 – 83)


1. Melempar (pitching) ialah kemahiran yang digunakan untuk memulakan permainan dan
dilakukan oleh pelempar (pitcher) dari posisi di tengah bulatan padang sofbol.
2. Lemparan bola ialah secara bawah lengan kepada penangkap (catcher). Tujuan melempar
adalah untuk memastikan bola lemparan menuju terus kepada penangkap.
3. Bola lemparan yang baik (strike) ialah bola yang melalui tapak terakhir (home plate) dan
berada
4. paras ketinggian di antara lutut atas dengan ketiak pemukul. Lemparan boleh dilakukan
secara windmill atau slingshot.

2
Cikgu Nik
Nota Pendidikan Jasmani Tingkatan 3

HARI : TARIKH :

SOFBOL

TP1 KEMAHIRAN PENILAIAN


TP2 X /
Membaling
Menangkap
Memukul
Larian Base
Melempar
* Murid dapat menguasai sekurang-kurangnya 3 kemahiran dengan pelakuan yang betul.

TP2 Gariskan jawapan bagi menunjukkan perkaitan diantara penggunaan daya dengan kelajuan bola yang
dibaling semasa memadang

Semakin ( sedikit , banyak ) daya yang digunakan, semakin ( pelahan, laju ) bola yang dibaling

TP3 Jelaskan perbezaan larian tapak semasa melakukan larian ke tapak pertama dengan larian antara tapak
dalam situasi permainan.
Larian ke tapak pertama Larian antara tapak

TP4 Terangkan perbezaan cara menangkap bola leret dengan bola tinggi dengan lakuan yang betul dalam
situasi permainan?
KEMAHIRAN MENANGKAP BOLA TINGGI

3
Cikgu Nik
Nota Pendidikan Jasmani Tingkatan 3

KEMAHIRAN MENANGKAP BOLA LERET

TP5 TAHAP KRITERIA PBD


TP6 PENGUASAAN
TAHAP PENGUASAAN DAPAT BERMAIN DENGAN BAIK SEWAKTU PDPC
5
TAHAP PENGUASAAN TELAH SEKOLAH / DAERAH / NEGERI / KEBANGSAAN
6

Anda mungkin juga menyukai