Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti Badan Beruniform dan Faedahnya

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendominankan kokurikulum


dalam sistem pendidikan nasional. Langkah ini secara eksplisit menerangkan
kokurikulum sebagai simbolik kepada kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA). Oleh itu, badan-badan beruniform seperti Kadet Pertahanan
Awam, Kadet Remaja Sekolah dan sebagainya mula dipromosikan dalam
arus pendidikan negara.

Faedah-faedah yang boleh didapati apabila para pelajar menyertai


badan beruniform adalah dapat memapankan ketahanan diri. Dalam usia
yang setahun jagung, banyak cabaran yang perlu ditongkah bahkan,
formula ketahanan diri tersebut juga perlu diaplikasikan pada masa hadapan.
Aktiviti-aktiviti lasak yang sudah termaktub dalam silabus badan beruniform
seperti 'flying-fox', 'night-walk' dan seumpamanya merupakan pendekatan
awal bagi membuka kotak penerimaan pelajar terhadap kepentingan hal ini.

Di samping itu, penyertaan pelajar dalam unit beruniform


berpotensi memangkinkan semangat kerjasama ibarat aur dan tebing dan
pembentukan disiplin mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui penglibatan
pelajar yang mendesak ketepatan masa yang tinggi seperti aktiviti kawad kaki.
Aktiviti tersebut memerlukan gemblengan tenaga yang maksimum daripada
ahli-ahli pasukan bagi menghasilkan formasi yang mantap. Oleh itu, para
pelajar yang menyertai badan beruniform sering masyhur dengan ketepatan
masa dan disiplin yang tinggi.

Persis peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, para


pelajar juga akan diasuh tentang ilmu asas kecemasan. Perkara ini sangat
berfaedah kerana apabila berlaku sebarang kecederaan, para pelajar boleh
tampil menghulurkan bantuan. Tamsilnya, Persatuan Bulan Sabit Merah
(PBSM) merupakan unit utama di sekolah yang bertindak
menyebarkan wadah kesihatan kepada ahli-ahlinya dan umum. Maka,
tindakan ini dilihat sangat efektif demi memansuhkan kedaifan akal pelajar
tentang ilmu kesihatan.

Akhirulkalam, semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum


untuk kemenjadian masa depan. Elakkan daripada tertumpu kepada
kurikulum sahaja. Para pelajar perlu sedar akan faedah yang terbentang
justeru mereka harus mengikuti perkembangan sistem pendidikan untuk
faedah diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai