Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM SERLAHKAN POTENSIMU 2024 - ABC

ISNIN/11 MAC 2024/8:00-9:00/5A

TAJUK SEKOLAHKU SAYANG

AKTIVITI Mengenal warga sekolah dan persekitarannya

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini murid akan dapat;

1. Mengenal dengan lebih dekat struktur pentadbiran sekolah

2. Menyenaraikan nama pentadbir dan Guru.

3. Melukis peta Kawasan sekolah serta label.

SASARAN 1. Semua murid mengikut kelas masing-masing.

MASA 1 jam

BAHAN 1. Buku Latihan UBK

2. Lampiran Modul – Rujukan Guru

LANGKAH 1. Guru memastikan murid berada dalam keadaan sedia. Guru


memulakan sesi dengan soaljawab kepada murid tentang sekolah
untuk melihat sejauh mana mereka peka dengan persekitaran
sekolah. ( Contoh : Warna Bangunan Sekolah? Berapa Blok ? Berapa
Tingkat ? Dimana Bilik SPBT ? dan lain-lain

2. Guru meminta murid melengkapkan Aktiviti 1 (Rujuk Lampiran) di


dalam buku latihan UBK.

3. Selesai melengkapkan Aktiviti 1, Murid dikehendaki melaksanakan


Aktiviti 2: Melukis Peta Kawasan Sekolah (Pandangan dari Atas)

3. Guru meminta beberapa orang murid untuk berkongsi jawapan


dan lukisan peta masing-masing. Guru membimbing murid jawapan
yang betul. Guru memberi peneguhan serta rumusan.

FALSAFAH “Tak Kenal Maka Tak Cinta”

REFLEKSI Murid dapat mengenal struktur organisasi sekolah serta persekirannya


dengan lebih baik.
PROGRAM SERLAHKAN POTENSIMU 2024 - ABC
ISNIN/11 MAC 2024/9:00-9:30/5A

TAJUK REFLEKSI

AKTIVITI LAGU SEKOLAH - ISNIN

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat;

1. Menyanyikan lagu sekolah dengan lirik yang betul.

2. Meningkatkan rasa sayang pada sekolah

3. Memahami dan menghayati maksud tersirat.

SASARAN 1. Semua murid mengikut kelas masing-masing

MASA 30 minit

BAHAN Lampiran

1. Buku Latihan UBK

2. Lirik lagu sekolah

LANGKAH 1. Guru meminta murid menulis lirik lagu didalam buku.

2. Guru mengesan kesilapan pada lirik yang ditulis murid.

3. Guru memberi penegasan kepada kesilapan pada lirik

4. Murid menyangikan lagu dengan penuh semangat


PROGRAM SERLAHKAN POTENSIMU 2024 - ABC
ISNIN/11 MAC 2024/10:30-11:30/4I

TAJUK KENALI DIRI & AZAMKU

AKTIVITI WARKAH JANJI

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat;

1. Menetapkan azam tahun baru sesi persekolahan 2024

2. Menulis sebuah warkah janji kepada ibubapa.

3. Menghargai jasa ayah dan ibu.

SASARAN 1. Semua murid mengikut kelas masing-masing

MASA 1 jam

BAHAN Lampiran

1. Buku Latihan UBK

2. Kertas A4 (warna)

LANGKAH 1. Guru memastikan murid dalam keadaan sedia. Guru dan


berbincang dengan murid tentang azam tahun baru 2024.

2. Guru meminta murid menulis azam tahun baru mereka di dalam


buku latihan UBK. Pilih beberapa murid untuk berkongsi azam
mereka.

3. Seterusnya guru mengedarkan kertas A4 kepada murid (sehelai


kertas bahagi kepada 2 murid). Murid dikehendaki menulis sebuah
warkah bebentuk kad buat ibubapa mereka menyatakan tentang
janji mereka untuk tahun 2024.

4. Murid dikehendaki menyampaikan kad tersebut kepada ibubapa


mereka (dapatkan tandatangan) dan tampalkan ke dalam buku UBK.

FALSAFAH “Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini”

REFLEKSI Murid dapat menetapkan azam mereka.


PROGRAM SERLAHKAN POTENSIMU 2024 - ABC
ISNIN/11 MAC 2024/11:30-12:30/5A

TAJUK RAKAN SAYA

AKTIVITI Kenali rakan

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini murid akan dapat;


1. Mengenal rakan
2. Menyenaraikan nama rakan di dalam kelas.
3. Membina peta buih tentang rakan.
SASARAN 1. Semua murid mengikut kelas masing-masing.

MASA 1 jam

BAHAN 1. lagu ‘Mana Dia Rakan Saya’ – Rujuk bahan


2. lembaran kerja –
LANGKAH 1.Murid mendengar lagu Mana Dia Rakan Saya
2. Murid bersoal jawab tentang rakan
3. Murid menyenaraikan nama rakan di dalam kelas
4. Murid membaca senikata lagu
5. Murid menyanyikan lagu mengikut irama
6. Murid menyanyi sambil memberikan respon
7. Murid menyanyi secara berpasangan
8. Murid bersoal-jawab dengan rakan berkaitan maklumat
yang diperlukan.
9. Murid melengkapkan peta buih mengikut kreativiti masing-
masing
10 Murid mempamerkan hasil di hadapan kelas.
11. Murid membuat rumusan dari hasil yang diperolehi.
FALSAFAH “Seseorang akan menyokong kebiasaan teman karibnya. Oleh itu,
perhatikanlah siapa yang akan menjadi teman karibmu.” (HR abu Daud,
Tirmidzi, dan Ahmad)
REFLEKSI Peserta dapat menjadi seorang rakan baik yang membawa kepada
kebaikan kepada diri dan rakan-rakan.

Anda mungkin juga menyukai