BAHAGIAN B R7wtew
BAHAGIAN B R7wtew
Bahagian B
Respons kritis dan kreatif
011-72998966
wonderland-home.com
BAHAGIAN B
RESPONS KRITIS
DAN KREATIF
H ak c i p ta T e rp e l i h a r a . T id a k d i b en a rk a n m e g el u a r u l a n g ma n a - m a n a b ah a g i a n a r ti k el , i l u s t ra si da n
i si ka n d u n g a n b u ku i n i d a l a m s e b a r a n g b en t u k d a n de n g an c a r a a p a - a p a j u a s a ma a d a s ec a r a
e l ek t r o n i k, f o t o kop i , me k a n i , r a k a m a n a t a u c a r a la in s eb el u m m e nd a p a t k e b en a r an d ar i p a d a
P e ng a r ah Wo n d e r la n d L ea r n i n g M a te r i a l s & T u i ti o n C en t r e .
K e be n ara n me n c e ta k a n d p e n j u a l a n a d a l a h h a n y a u n t u k W on de r la n d L e a rn i n g M a te r i a l s & T u i ti on
C en t re .
All rights reserved to Wonderland Learning Materials & Tuition Centre
版权所有,翻印必究。
Baca dan fahami situasi di bawah.
Berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah
perkataan.
6. Pada pendapat saya, pelepasan asap kotor oleh industri dan kenderaan.
Pada masa kini, pembangunan kilang dan penggunaan kenderaan semakin
banyak. Jadi, pencemaran udara semakin teruk.
7. Pada pendapat saya, kebaikan bersukan adalah meningkatkan tahap
kesihatan diri secara fizikal dan mental. Selain itu, ia dapat
mengurangkan stres seseorang.
11. Pada pendapat saya, budak itu akan cedera jika terlanggar oleh kereta
atau motosikal. Jika lebih serius situasi, dia akan mati.
12. Pada pendapat saya, perhatian daripada ibu bapa adalah penting. Jika
ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak,
anak mungkin akan melibatkan diri dalam kes negatif untuk
mendapatkan perhatian.
13. Pada pendapat saya, ibu bapa tidak memberi perhatian kepada remaja.
Tiada suri teladan mengajar mereka apa yang tidak boleh dilakukan.
Selain itu, kegunaan media sosial juga akan mempengaruhi minda remaja.
14. Pada pendapat saya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan anak-anak
dengan sentiasa membuat baik. Selain itu, pihak sekolah patut
mengadakan ceramah tentang kesan perlakuan jenayah.
17. Saya akan menasihatkan supaya tidak merosakkan harta benda awam.
Seterusnya, saya akan memberitahukan sebab tidak boleh vandalisme
dan kesan bagi perlakuan ini.
18. Saya dapat meningkatkan potensi diri dalam menyanyi dengan lebih
keyakinan. Bukan itu sahaja, saya juga dapat mengenali rakan-rakan dari
tempat yang berbeza. Saya dapat belajar budaya tempat mereka.
19. Pada pendapat saya, belajar secara berkumpulan dapat meningkatkan
ingatan dan pemahaman kita tentang sesuatu. Hal ini demikian kerana
perbincangan akan diadakan secara kumpulan bagi soalan yang tidak
memahami.
20. Saya akan menasihati dia fokus dalam pelajaran lebih dahulu
berbanding dengan permainan atas talian. Belajar boleh menjadikan
seseorang berpengetahuan tetapi bermain tidak boleh. Jika dia asyik
bermain, keputusan peperiksaan dia tidak akan baik.
23. Pada pendapat saya, ibu bapa perlu menyediakan makanan bagi anak-
anak dengan mengikut piramid makanan. Seterusnya, mereka tidak
sepatutnya membeli makanan segera bagi anak-anak.
24. Ya, situasi ini mempengaruhi saya kerana bahasa kebangsaan ialah
bahasa formal di negara kita. Saya tidak dapat memahami apa yang
cikgu mengajar di dalam kelas. Bukan itu sahaja, apabila saya
berkunjung ke kedai, saya menghadapi masalah dalam komunikasi dengan
penjaja.
25. Saya akan membaca lebih banyak buku dan menonton rancangan dalam
bahasa Melayu, dan merekod perkataan yang saya tidak fahami. Saya
akan mencari maksudnya dan membuat ejaan sendiri setiap minggu.
26. Saya akan memberikan sumbangan dari aspek kewangan dan bahan
kegunaan seharian kepada mangsa banjir. Jika ada peluang, saya akan
menolong mereka membersihkan rumah kediaman selepas banjir.
27. Pada pendapat saya, ibu bapa boleh membawa kanak-kanak melawat
tempat bersejarah untuk memahami kekerasan pejuang nenek moyang
kita mempertahankan negara kita.
28. Sebagai seorang pelajar, saya perlu berusaha dalam pelajaran untuk
mendapat keputusan yang cemerlang. Sebagai seorang anak, saya harus
menolong ibu membuat kerja rumah seperti menyapu lantai untuk
mengurangkan beban kerja ibu saya.
29. Sebagai seorang anak, saya akan memujuk ibu saya agar tidak bersedih.
Saya akan menggalakkan dia mencari kerja baharu dengan penuh
motivasi. Saya juga akan membawa dia menonton filem untuk
mengurangkan stres.
30. Sebagai seorang cucu, saya akan menjaga datuk saya. Contohnya, saya
boleh membantu dia semasa dia hendak pergi ke tandas. Saya juga akan
menyediakan makanan yang berkhasiat untuk dia.