Anda di halaman 1dari 6

KAJIAN TENTANG KETAKSAMAAN SOSIAL DARI SEGI PENDAPATAN

DENGAN MENGAMBIL KIRA FAKTOR JANTINA

Gambar rajah 1: Jumlah responden mengikut jantina

Gambar rajah 2: Jumlah responden yang bekerja dalam persekitaran yang bercampur jantina

Jantina juga memainkan peranan penting dari segi pendapatan. Jurang pendapatan

antara kaum lelaki dan wanita adalah berdasarkan kepada nisbah median pendapatan lelaki.

Malaysia juga tidak lepas daripada jurang pendapatan ini. Rujuk gambar rajah 1, jumlah

responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 115 orang yang mana terdiri daripada

64 orang wanita dan 51 orang lelaki daripada pelbagai bangsa. Bilangan responden wanita

adalah lebih banyak berbanding kaum lelaki. Manakala bagi gambar rajah 2 pula

menunjukkan seramai 112 orang yang bekerja dalam persekitaran yang bercampuran jantina

selebihnya seramai 3 orang tidak bekerja dalam persekitan ini. Perkara ini menunjukkan

majoriti pekerja bekerja dalam persekitaran yang sama bercampuran antara jantina.
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana berlaku ketidaksamaan sosial dari

segi jantina. Hal ini kerana, walaupun golongan wanita menerima pendidikan yang lebih

tinggi daripada golongan lelaki , namun ketidaksamaan ini masih wujud dalam kalangan

rakan sejawat. Menurut laporan Indeks Gender Malaysia (MGGI) telah dijalankan untuk

mengenalpasti jurang gender antara wanita dan lekaki meliputi 4 subindeks merangkumi

pendidikan, politik, kesihatan dan ekonomi memperolehi skor 71.4% pada tahun 2020 dan

meningkat pada tahun 2021.

Gambar rajah 3: Jumlah responden yang diberi skop tugas

Berdasarkan kepada rajah di atas, daripada jumlah 115 responden, seramai 76 orang

memberikan respon mereka diberikan tugas yang sama dengan rakan sekerja walaupun

berlainan jantina. Akan tetapi terdapat beberapa sebab dapat dikaitkan dengan punca

mengapa berlaku jurang pendapatan antara jantina ini.

Lazimnya lelaki dan wanita akan diberikan tugas yang berbeza mengikut kemampuan

fizikal mereka dan menyebabkan mereka diletakkna untuk bekerja di dalam jawatan tertentu

sahaja. Majikan akan mengutamakan pekerja lelaki kerana mereka mempunyai kekuatan

fizikal, selain itu dapat melakukan pekerjaan di luar waktu bekerja berbanding wanita yang

perlu pulang awal bagi menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Selain itu pemilihan terhadap pekerja lelaki akan diutamakan kerana sekiranya

mereka mengambil lebih ramai pekerja wanita, kecenderungan untuk mereka mengambil cuti
adalah tinggi. Sebagai contoh, kemungkinan tinggi untuk mereka mengambil cuti bersalin

serta urusan anak-anak. Tambahan pula, belakangan ini, kerajaan telah mengumumkan cuti

bersalin dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari bagi pekerja swasta berkuatkuasa pada 1

januari 2023 mengikut Pindaan Akta kerja 1955 berbandiing lelaki diberikan cuti paterniti

selama 7 hari untuk mneguruskan anak. Cuti yang lama akan memberikan beban kerja kepada

rakan sejawat yang lain untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Oleh sebab itulah,

majikan lebih mementingkan pengambilan pekerja lelaki dan memilih pekerja wanita yang

masih bujang.

Oleh sebab itu, kejaraan telah memandang serius perkara ini dan telah menjalankan

inisiatif bagi membantu kaum Wanita untuk meningkatkan pendapatan melalui perbentangan

bajet 2023 yang baru diumumkan. Melalui bajet ini juga diharapkan dapat menangani

masalah jurang antara jantina dalam pekerjaan, dapat memeberikan perlindungan

keseleamatan sosial, hak dan keadilan bagi yang terkesan akibat daripada pandemic COVID-

19.

Selain itu, kerajaan juga ada melancarkan enam inisiatif memperkasakan wanita pada

tahun 2022 dengan menganjurkan beberapa program, menyediakan struktur dan inisiatif utuk

menggalakkan wanita kembali bekerja dan mengembangkan kerjaya mereka 1.Antara inisiatif

tersebut adalah dengan menubuhkan Majlis Wanita Negara, mewujudkan Rang Undang-

Undang Anti Gangguan Seksual serta pemberian kebenaran untuk bekerja dari rumah untuk

wanita yang kematian suaminya bagi menyelesaikan urusan keluarga.

1
Malik, N. A. (2022, March 17). Enam Inisiatif memperkasakan wanita.
Gambar rajah 4: Jumlah responden yang dibayar gaji berbeza mengikut jantina

Carta di atas menunjukkan adakah pekerja dibayar dengan gaji yang sama dengan

rakan sejawat yang lain tetapi berlainan jantina. Seramai 88 orang daripada 115 responden

memberikan jawapan ya, dan sebaliknya seramai 27 orang memberikan jawapan tidak dengan

beberapa alasan.

Antara alasan mereka tidak dibayar gaji yang sama adalah disebabkan oleh berlainan

gred jawatan atau pangkat. Gaji permulaan bagi seorang pekerja dengan pekerja yang lain

adalah sama terutamanya bagi mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan, akan tetapi tangga

gaji mula berubah apabila mereka dibayar mengikut gred jawatan masing-masing. Gaji

permulaan biasanya ditetapkan berdasarkan skim perkhidmatan serta pengalaman yang

relevan

Alasan kedua yang diberikan adalah gaji dibayar berbeza kerana skop kerja yang

berbeza. Lain tugas lain gaji yang akan diterima. Sebagai contoh, gaji operator kren dibayar

tinggi walaupun mereka tdak menerima pendidikan yang tinggi berbanding dengan seorang

pegawai di pejabat. Hal ini kerana, pekerjaan sebagai operator kren mudah mengalami risiko

kemalangan sewaktu bekerja berbanding dengan orang yang bekerja di dalam pejabat. Tidak

semua orang mampu untuk bekerja dalam bidang ini.

Alasan seterusnya adalah gaji dibayar berbeza kerana tempoh perkhidmatan yang

berbeza. Semakin lama seseorang itu bekerja, semakin tinggi gaji yang akan diterima.
Sebagai contoh, ada yang perkara ini terjadi kerana mereka menerima kenaikan gaji setiap

tahun dan ada yang dianaikkan pangkat kerana sudah mempunyai pengalaman kerja yang

cukup. Akan tetapi terdapat juga responden yang menyatakan mereka dibayar gaji berbeza

kerana tugas mereka dan dibayar mengikut gaji harian. Misalnya, bagi yang bekerja sebagai

tukang masak dan juga guru ganti sekolah. Gaji hanya akan diberikan sekiranya mereka hadir

menjalankan tugas. Maka gaji yang diterima juga tidak sama dengan mereka yang bekerja

sepenuh masa.

Akhir sekali, responden turut memberikan jawapan tidak pasti berkenaan dengan gaji

rakan sejawat kerana ianya adalah privasi seseorang dan tidak boleh dihebohkan.
Rujukan

Malik, N. A. (2022, March 17). Enam Inisiatif memperkasakan wanita. Laman Web MKN.
Retrieved March 13, 2023, from https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/03/17/enam-
inisiatif-memperkasakan-wanita/

Anda mungkin juga menyukai