Anda di halaman 1dari 1

Home > Dewasa > Penyakit > Penyakit Hidung, Telinga & Tekak

> Radang Tonsil

Radang Tonsil
316

PENGENALAN

Tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang


terletak di bahagian tekak (orofarinks).

Setiap manusia mempunyai 2 biji tonsil. Tonsil


berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi tekak
(orofarinks) di antara tiang anterior (“anterior pillar”)
dan tiang posterior (“posterior pillar”).

Saiz sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang kita
dapat lihat. Ini adalah kerana ianya memanjang ke arah
lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah dan
memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi.

Diperolehi dari
http://www.therabreath.com/images/tonsilsadenoid-
mouth.jpg dan http://tonsillitispictures.org/images/Photo-
Of-Tonsils.jpg

Fungsi

Membangunkan sistem keimunan dan antibodi badan


(di peringkat awal usia).

Melindungi saluran pernafasan dengan mengawal pintu


laluan udara pernafasan.

Membentuk sel limfosit dan plasma untuk pertahanan


badan.

Memantau dan memberi amaran kepada badan akan


jangkitan bakteria yang masuk melalui udara dan
makanan.

TONSILLITIS AKUT

AETIOLOGI / PUNCA

Banyak dialami oleh kanak-kanak bersekolah.

Jarang berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang


2 tahun atau dewasa melebihi 50 tahun

Punca:

Kuman Virus adalah di antara penyebab utama.


Contohnya seperti Herpes Simplex Virus (HSV),
Adenovirus, Epstein-Barr virus (EBV),
Cytomegalovirus(CMV) dan virus campak.

Kuman Bakteria pula menyebabkan 15 hingga 30%


jangkitan tonsillitis. Bakteria yang paling kerap adalah
Group A Beta-Hemolytic Streptococcus (GABHS).
Bakteria yang lain adalah seperti streptococcus
pneumoniae, staphylococci dan Hemophilus
Influenza.

KLASIFIKASI

“Catarrhal Tonsillitis” akut atau “Superficial Tonsillitis”


akut – kemerahan pada permukaan tonsil sahaja akibat
daripada sakit tekak umum (pharyngitis).
Kebanyakkannya disebabkan oleh jangkitan kuman
virus.

“Follicular Tonsilitis” akut – bintik-bintik kuning nanah di


atas permukaan tonsil disebabkan jangkitan merebak ke
dalam kripta (rongga kecil dan halus di permukaan
tonsil).

Bintikkuningdikriptatonsil

Diperolehi dari http://www.entspecialistlahore.com

“Parenchymatous Tonsilitis” akut – keseluruhan tonsil


terjejas, membengkak dan merah.

“Membranous Tonsilitis” akut – pembentukan


membran/lapisan putih pada keseluruhan permukaan
tonsil.

GEJALA

Sakit tekak

Sukar menelan

Demam panas – 38°C hingga 40°C, seram sejuk dan


menggigil

Sakit telinga – disebabkan oleh “referred pain” (sakit


yang berasal di tekak tetapi turut dirasai ditelinga
kerana mempunyai saraf yang sama) atau disebabkan
oleh komplikasi tonsillitis seperti jangkitan kuman di
telinga tengah (Otitis media akut).

Gejala lain – sakit kepala, lemah tubuh, sakit badan,


sembelit, hilang selera makan, sakit perut (limfadenitis
mesentrik)

TANDA

Nafas berbau busuk dan lidah kering bersalut putih

Lelangit dan anak tekak berwarna merah terang

Tonsil – merah, bengkak dengan nanah di pembukaan


kripta (“follicular tonsillitis”) atau membran/selaput
putih di permukaan (“membranous tonsillitis’)

Tonsil – membesar, bertemu di garis tengah dan


menyempitkan kerongkong. Bengkak (edema) di anak
tekak dan lelangit (“parenchymatous tonsillitis”).

Kelenjar limfa di leher (“jugulodigastric lymph node”)


membesar dan sakit.

RAWATAN

Rawatan sokongan

Berehat

Minum air secukupnya

Makan secara sihat

Melegakan kesakitan

Meredakan demam

Antibiotik

Rawatan antibiotik hanya diberikan jika tonsillitis


disebabkan oleh kuman bakteria.

Tanda-tanda kehadiran bakteria seperti:

Rembesan keputihan pada permukaan tonsil

Demam

Leukositosis (peningkatan sel darah putih


leukosit dalam darah)

Berhubung rapat dengan pesakit atau indiividu


yang dijangkiti Group A Beta-Hemolytic
Streptococci (GABHS)

Walaubagaimanapun, secara klinikal, jangkitan


diantara kuman bakteria ataupun virus adalah
sukar dibezakan

Peranan antibiotik dalam GABHS:

Mencegah demam reumatik akut

Mencegah komplikasi bernanah

Mengurangkan jangkitan kepada orang lain yang


berdekatan

Antibiotik yang biasa digunakan:

Oral Penicillin selama 10 hari

Kumpulan Cephalosporin

Kumpulan Macrolides

KOMPLIKASI

Tonsillitis kronik dengan serangan akut yang berulang.


Ini disebabkan oleh jangkitan kuman yang masih
berterusan di dalam tonsil walau dengan kuantiti yang
amat sedikit.

Nanah peritonsil (di sekitar tonsil)

Nanah parafaringeal (di dalam leher)

Nanah di permukaan leher (dikelenjar limfa)

Otitis media akut (jangkitan telinga tengah)

Demam reumatik disebabkan oleh GABHS.

Glomerulonephritis akut (AGN).

Endokarditis bakteris subakut (SBE) dalam kalangan


pesakit yang mengalami penyakit injap jantung di
sebabkan oleh bakteria Streptococcus viridans

TONSILEKTOMI

Pembedahan untuk membuang kedua-dua tonsil disyorkan


dengan sebab-sebab di bawah:

A. Petunjuk mutlak

Serangan tonsillitis teruk yang berulang ? 4 serangan


setahun beserta dengan demam panas, tonsillar
eksudat dan bengkak kelenjar leher.

Obstruksi/halangan saluran pernafasan –


mengganggu pernafasan, proses menelan dan
percakapan. Halangan saluran udara atas boleh
membawa kepada sindrom apnea (berhenti
pernafasan) tidur dan ‘pulmonale koronari’.

Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang >1 episod.


Tonsillektomi di lakukan selepas sembuh 4 hingga 6
minggu.

Bengkak 1 sisi tonsil sahaja – tonsil membesar pada


satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser seperti
kanser limfoma (kanak-kanak) dan karsinoma
epidermoid (dewasa).

B. Petunjuk Relatif

Pembawa kuman “Difteria” – tidak sembuh dengan


antibiotik.

Demam reumatik dan sindrom nefrotik – profilaksis


antistreptokokus tidak dapat dikekalkan.

Halitosis (nafas berbau) – disebabkan oleh nanah


yang masih terdapat dalam tonsil.

C. Sebagai sebahagian dari pembedahan lain

Palatofaringoplasti – rawatan untuk “sindrom apnea”


semasa tidur

Glosofaringeal neurektomi – rawatan untuk


memotong saraf glosofaringeal (IX) di dasar tonsil.

Pemotongan tulang “styloid” – rawatan untuk pesakit


“eagle syndrome”.

D. Kontraindikasi

Jangkitan saluran nafas atas (URTI) yang baru –


cenderung kepada perdarahan yang banyak semasa
pembedahan.

Lelangit merekah (“submucous cleft palate”) –


cenderung kepada suara sengau

Gangguan sistem pembekuan darah – leukemia,


purpura, anemia aplastik dan hemofilia.

Wabak polio

Penyakit sistemik yang tidak terkawal – Diabetes


Melitus, hipertensi, penyakit jantung atau asma.

RINGKASAN

Tonsillitis adalah radang pada tonsil yang disebabkan oleh


jangkitan virus atau bakteria. Gejala tonsillitis termasuk
sakit tekak. Tonsillitis yang disebabkan oleh virus sembuh
dengan sendirinya, manakala tonsillitis yang disebabkan
oleh bakteria boleh dirawat dengan antibiotik.
Tonsilektomi dilakukan dengan sebab-sebab tertentu
setelah pesakit mendapatkan nasihat pakar bedah.

Semakan Akhir : 19 September 2014

Penulis : Dr. Rosli b Mohd Noor

Penterjemah : Noorhayati bt. Kassim

Akreditor : Dr. Eshamsol Kamar b. Omar

Related Articles

Bersuara Semula Selepas Total Laryngectomy

Kehilangan Suara

Alahan Hidung

Related Videos

Gout
Puberphonia After Treatment

Remaja Digital: Gaya Hidup Sihat

Tarikh Kemaskini
29 Mac 2022

Notis Hakcipta
Hakcipta Terpelihara ©2005-2021 Bahagian Pendidikan
Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Paparan Terbaik
Menggunakan Internet Explorer 10 ke atas atau Mozilla Firefox
40 ke atas atau Google Chrome 40 ke atas atau Safari 4 ke atas
dengan resolusi melebihi 1024 x 768 dan ke atas.

Bilangan Pengunjung
159,455,117 sehingga 31 Oktober 2021

! " # !
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan
Pengguna | Jaminan Kualiti $

Anda mungkin juga menyukai