Anda di halaman 1dari 6

Contoh Karangan Ceramah

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang


Berusaha________________________________, Pengetua____________________, guru- guru
dan hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk
“____________________________________”. Sebagai permulaan bicara, ingin saya jelaskan
definisi perihal “____________________________”. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat,
___________________________ bermaksud,
___________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,

________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________.S
ebagai
contohnya,_________________________________________________________________.
Bak kata peribahasa,________________________________________________________.

Selain itu,______________________________________________. Hal ini dikatakan


demikian
_____________________________________________________________________________.
Dengan cara ini, kita akan____________________________________________________.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bukan itu sahaja,________________________________________________.Hal ini


dikatakan demikian __________________________________________________.Sebagai
contoh, ________________________________________.Keadaan ini akan
______________________________________________________________________________
.

Kesimpulannya,________________________________________________________.
Oleh itu,
__________________________________________________________.___________________
______________________________________________________________________________
. Sekian Terima Kasih
Andaikan bahawa anda pegawai kaunseling dari Jabatan Pelajaran.Anda telah diundang untuk
menyampaikan ceramah di sebuah sekolah.Ceramah tersebut bertajuk “Gejala Vandalisme di
Sekolah”.Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Murni,Puan Hajah Saleha Tumin,guru-guru,para pelajar dan hadirin sekalian.Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ceramah yang
bertajuk,”Gejala Vandalisme di Sekolah”.

Hadirin yang dihormati,

Vandalisme dapat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu perlakuan,dendam dan


conteng.Biasanya,mereka yang terlibat dalam gejala ini ialah remaja yang berusia sekitar 15 tahun hingga
21 tahun.Antara tempat yang sering menjadi tumpuan termasuklah telefon awam,papan tanda,dinding
tandas,peralatan sekolah dan sebagainya.

Pelbagai faktor yang mempengaruhi gejala vandalisme ini.Antara punca utama termasuklah
pengaruh rakan sebaya.Golongan remaja amat mudah terpengaruh oleh persekitarannya.Desakan rakan
sebaya dan sikap tidak mahu ketinggalan dalam kumpulan mendorong situasi ini berlaku.Keadaan ini
secara tidak langsung dapat mencorakkan sikap,nilai,serta tingkah laku mereka.

Ibu bapa dapat menjadi penyebab kepada masalah ini juga.Remaja yang terjebak lazimnya
lahir daripada keluarga yang bermasalah.Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan
keperluan dan kasih sayang akan menyebabkan anak-anak berasa tersisih.Sikap ambil mudah dan
kurangnya pemantauan daripada ibu bapa dapat menyebabkan anak-anak akan melakukan perkara di luar
kawalan.

Selain itu,ibu bapa tidak harus memandang remeh aspek pembentukan akhlak menerusi
nilai-nilai agama juga.Didikan agama dan amalan ajaran agama amat penting untuk membentuk jiwa
anak-anak yang masih mudah dilentur ini.Hanya nilai agama yang dapat membentengi jiwa mereka dalam
menghadapi pelbagai gejala negatif.

Hadirin yang budiman,

Saya benar-benar berharap agar gejala vandalisme ini dapat dibanteras melalui penguatkuasaan
undang-undang yang ketat.Semua pihak memainkan peranan penting untuk memberikan bimbingan dan
nasihat kepada para pelajar mengenai kepentingan menjaga dan menghargai harta benda awam.

Sekian,terima kasih.

Sebagai seorang guru kaunselor , anda telah menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar
sempena program motivasi di sekolah anda. Tajuk ceramah anda ialah ‘Ciri-ciri Pelajar
Cemerlang.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.
Analisis soalan:
Tema/Isu : pelajar cemerlang
Tugasan/Arahan : ciri-ciri pelajar cemerlang
Format : ceramah

Rangka isi:

Pendahuluan:

Kata alu-aluan format ceramah

- konsep pelajar cemerlang, mengapa cemerlang, gambaran isi, peribahasa

Isi karangan:

- 1) cemerlang akademik - pencapaian pembelajaran, pencapaian peperiksaan awam, lanjut


pelajaran

- 2) cemerlang kokurikulum - penglibatan, perkhidmatan / sumbangan, kepimpinan

3) cemerlang disiplin - patuh peraturan, tepat masa, tugas selesai

- 4) cemerlang sahsiah - asertif, sopan santun, boleh dipercayai

5) Pegangan agama

Penutup: kesimpulan am, saranan, harapan.

Sebagai seorang guru kaunselor , anda telah menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar sempena
program motivasi di sekolah anda. Tajuk ceramah anda ialah ‘Ciri-ciri Pelajar Cemerlang.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Yang dihormati guru-guru
serta pelajar-pelajar SMK Sri Aman yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana pada
pagi yang ceria ini, kita dapat bersama-sama dalam program motivasi 'Permata Hati' yang sangat
bermanfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM
tidak beberapa lama lagi. Apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah tentang 'Ciri-ciri Pelajar
Cemerlang'.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Semua insan inginkan kecemerlangan dalam kehidupan mereka. Malah, semua pelajar yang
berada di dalam Dewan yang permai ini juga ingin menjadi pelajar yang cemerlang. Pendek kata, semua
pelajar ingin cemerlang dalam semua bidang yang diceburi. Contohnya, sudah pasti pelajar ingin
cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya. Pelajar cemerlang umpama
benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau. Persoalannya, apakah sebenarnya ciri-ciri pelajar
cemerlang? Bagaimanakah caranya untuk menjadi cemerlang? Apakah pelajar di hadapan saya ini
pelajar yang cemerlang? Bersedialah wahai pelajar-pelajar, kerana sebentar lagi kita akan bersama-sama
mengupas tajuk ciri-ciri pelajar yang cemerlang.

Para pelajar yang disayangi,

Memang tidak dapat dinafikan, ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan ialah dari segi
pencapaian akademik. Pelajar cemerlang akan berusaha untuk memastikan pencapaian akademik
mereka sentiasa memberangsangkan dalam setiap ujian dan peperiksaan. Contohnya, pelajar
cemerlang akan mengutamakan pembelajaran menerusi aktiviti terancang di bilik darjah, dan
pembelajaran kendiri serta bersama kumpulan sebaya di luar bilik darjah. Pelajar cemerlang sentiasa
menggembleng segala potensi dan fakulti yang ada dalam diri mereka bagi memperoleh hasil
pembelajaran yang optimum. Mereka menetapkan matlamat pembelajaran yang munasabah, dan berusaha
untuk mencapainya. Dengan itu, pelajar cemerlang akan mengenepikan sebarang bentuk gangguan bagi
memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.

Selain itu, semasa di bilik darjah, pelajar cemerlang sentiasa memberi tumpuan terhadap
aktiviti pembelajaran terancang bersama guru. Sebagai contoh, pelajar cemerlang akan menunjukkan
motivasi pembelajaran yang maksimum dengan memberi kerjasama dan perhatian yang tidak berbelah
bahagi. Mereka tidak mudah dipengaruhi hasutan negatif sama ada yang datang daripada dalam diri
sendiri mahupun persekitarannya. Pelajar cemerlang tidak meletakkan terlalu banyak syarat dalam
pembelajaran supaya semuanya berkenan di hati. Mereka tidak bersifat sentimental dengan terlalu banyak
berharap tentang guru yang sempurna atau persekitaran bilik darjah yang sempurna. Mereka mampu
bertahan dalam iklim pembelajaran yang seadanya.

Demikian juga apabila melaksanakan tugasan kumpulan, mahupun menyertai kumpulan


belajar, pelajar cemerlang menampilkan peranan yang seimbang, iaitu tidak terlalu menonjol dan
tidak hanya sebagai penumpang.Mereka mungkin memiliki banyak idea, tetapi bersabar mendengar
idea rakan sekumpulan. Pelajar cemerlang tidak cuba berlagak menguasai perbincangan, tetapi kelihatan
sebagai pemimpin yang boleh dipercayai dan adil. Mereka datang dengan persediaan yang mencukupi,
bukan dengan tangan kosong. Maka, kehadiran pelajar cemerlang dalam mana-mana aktiviti
pembelajaran berorientasi kumpulan sentiasa meninggalkan impak, bukan sekadar melukut di tepi
gantang, datang tidak menambah, pergi tidak disuruh.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,

Disiplin asas kejayaan. Oleh itu, pelajar cemerlang juga sinonim dengan amalan disiplin yang
tinggi. Mereka tidak kisah jika digelar sebagai pelajar skema yang akur dengan segala peraturan sekolah.
Walaupun mungkin kelihatan berbeza dari segi penampilan dan tingkah laku, pelajar cemerlang tidak
berasa kekok untuk bergaul dan berkomunikasi dengan rakan yang sinikal, mahupun rakan yang kurang
beruntung. Pelajar cemerlang akan berusaha untuk muncul sebagai peribadi rujukan yang mampu
mempengaruhi lebih ramai pelajar supaya bersikap positif dalam menimba pengalaman pembelajaran di
sekolah. Mereka tidak perlu membutirkan tunjuk ajar, sebaliknya cukup dengan pencapaian dan tingkah
laku yang disenangi. Sebagai contoh, pelajar cemerlang mementingkan ketepatan masa, dan sentiasa
melaksanakan sesuatu tugasan sesempurna mungkin. Setiap kali diberi tugasan, pelajar cemerlang tidak
melaksanakannya dengan sambalewa semata-mata seperti "melepaskan batuk di tangga". Jelaslah prinsip
pelajar cemerlang ialah mementingkan disiplin dalam memacu kecemerlangan hidup mereka.

Seterusnya, pelajar cemerlang juga perlu menampilkan sahsiah dan budi pekerti yang mulia
dan murni. Percakapan mereka dihiasi dengan sopan santun bagaikan butir-butir mutiara yang berharga.
Rakan akan berasa selamat dan dilindungi kerana mereka akan hanya mendengar hal yang baik-baik, serta
tidak mengalami provokasi yang tidak berfaedah. Sudah tentu, sebagai manusia biasa, pelajar cemerlang
tetap memiliki kelemahan tertentu, tetapi mereka akan cuba melakukan kawalan sebaik mungkin supaya
tidak mendatangkan mudarat kepada mana-mana pihak.

Akhirnya, satu lagi ciri yang sangat penting ialah, pelajar cemerlang sentiasa berpegang teguh
pada tali agama. Kepercayaan dan kepatuhan kepada suruhanNya sepatutnyalah menjadi perkara utama
dalam kehidupan ini. Contohnya, pelajar yang cemerlang sentiasa berusaha melaksanakan suruhan Tuhan
dan menjauhi larangannya. Malah pegangan agama yang kukuh menjadi penyuluh dan petunjuk jalan
dalam kehidupan pelajar supaya sentiasa berada pada jalan kebenaran. Hal ini demikian kerana, pelajar
yang cemerlang sentiasa meninginkan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Sebagai kesimpulannya, pelajar cemerlang memiliki sejumlah kualiti diri yang tinggi dari segi
akademik, kokurikulum, disiplin, sahsiah dan pegangan agama. Mereka menepati ciri-ciri modal insan
minda kelas pertama yang disebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Mereka menjadi harapan negara
untuk meletakkan daya saing negara di pentas antarabangsa. Oleh itu pelajar cemerlang haruslah sentiasa
berusaha melakukan penambahbaikan setiap masa dan jangan sesekali menganggap bahawa diri mereka
serba sempurna.

Sebelum saya menamatkan ceramah pada hari ini, saya percaya tentu pelajar-pelajar yang berada
di hadapan saya ini sedang tertanya-tanya kepada diri sendiri. Antara persoalan yang mundar-mandir di
minda ialah adakah ciri-ciri yang telah dinyatakan tadi dalam diriku? Mampukah saya menggarab ciri-
ciri kecemerlangan tersebut. Jawapannya ialah, jika hanya satu atau dua ciri sahaja yang ada dalam diri
pelajar-pelajar ketika ini, syabas dan tahniah saya ucapkan. Satu permulaan yang baik dan teruskan untuk
mencapai ciri-ciri kecemerlangan itu. Saya percaya dan penuh keyakinan bahawa semua pelajar akan
mampu menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Tepuk dada tanya selera.

Sekian. Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai