Anda di halaman 1dari 8

PENTAKSIRAN BERTERUSAN

SEMESTER I (OGOS - DIS ) TAHUN 2023


NAMA PELAJAR: NURUL NADHIRAH BINTI KHUSAINI

ANGKA GILIRAN: P23142630

NOMBOR KAD PENGENALAN: 050205100386

KUMPULAN/UNIT: PK 1 PISMP JUN 2023 ( PERSEDIAAN )

KOD DAN NAMA KURSUS: GPMK 1022 ( PENDIDIKAN ISLAM )

NAMA PENSYARAH: EN. MOHD FU’AD BIN MOHAMAD SELEH

TARIKH HANTAR: 15 OKTOBER 2023

Medium:-
Pengakuan Pelajar Menerima
Maklum Balas Daripada
Pensyarah

Tanda Tangan Tarikh

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja

NO. MARKAH
TUGASAN
Pemeriksa Pemeriksa Pemeriksa
1 2 3
1 Markah
Selepas
Moderasi
2

3
Markah dalam
100 %
4

JUMLAH
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1.0 Penghargaan 1

2.0 Pengenalan 2

3.0 Panduan Al-Quran dan As-Sunnah dalam pembentukan 2-3


akidah

4.0 Panduan Al-Quran dan AS-Sunnah dalam pembentukan 3


ibadah

5.0 Panduan Al-Quran dan As-Sunnah dalam pembentukan 4


akhlak

6.0 Rumusan 4

7.0 Rujukan 5

8.0 Keputusan Turnitin 6


1.0) PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi


kerana dengan izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan penulisan ilmiah bagi subjek
GPIM 1022 ( Pendidikan Islam ). Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada insan- insan yang membantu saya sepanjang proses tugasan ini berlangsung.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu
En. Mohd Fuad bin Mohamad Seleh atas pertolongan beliau memberi tunjuk ajar dan
panduan dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar dan panduan yang diberi, saya
mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Seterusnya, saya juga ingin
memberi penghargaan kepada ibu bapa saya yang tidak putus-putus memberi semangat
dan sokongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan. Semangat daripada mereka telah
mendorong saya untuk lebih bermotivasi melaksanakan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga,
ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi membantu dalam melaksanakan
tugasan kerana dengan pertolongan mereka, saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan
lebih baik.

1
PERANAN AL-QURAN DAN AS - SUNNAH DALAM PEMBENTUKAN AKIDAH, IBADAH
DAN AKHLAK

Oleh : Nurul Nadhirah binti Khusaini

2.0) PENGENALAN

Al-Quran merupakan suatu mukjizat iaitu kalam Allah yang diturunkan kepada nabi
Muhammad dan diriwayatkan secara mutawattir, merupakan kitab Allah yang lengkap
kerana merangkumi semua aspek kehidupan, serta membacanya merupakan satu ibadah.
Dalam Surah an-Nahl, ayat 89, Allah berfirman “… dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran
menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk serta Rahmat dan khabar gembira bagi
orang-orang yang berserah diri.” Manakala, As-Sunnah ialah sumber asas kedua yang
boleh dijadikan pedoman selepas Al-Quran. As-Sunnah atau dikenali sebagai hadis
merupakan sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad dari segi perkataan,
perbuatan, dan pengakuan. Segala yang terkandung di dalam Al-Quran akan disokong kuat
oleh As-Sunnah sebagai bukti kesahihan Al-Quran. Al-Quran dan As-Sunnah membentuk
akidah, ibadah dan juga akhlak seseorang. Kedua-dua sumber ini penting dalam
membentuk kemenjadian seseorang muslim. Al-Quran dan As-Sunnah berperanan
mempertahankan akidah muslim yang sebenar, membentuk seseorang muslim yang
sempurna melalui ibadah dan juga membentuk akhlak muslim yang baik.

3.0) PERANAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM PEMBENTUKAN AKIDAH

Pertama sekali, Al-Quran dan As-Sunnah berperanan menguatkan akidah seseorang


muslim. Secara umumnya, umat Islam di Malaysia merupakan pengikut Ahli Al-Sunnah wa
Al-Jamaah (Said, 1997). Ahli Al-Sunnah wa Al-Jamaah ialah mereka yang berpegang teguh
kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan melazimkan kedua-dua sumber ini dalam kehidupan
seharian mereka. Menurut Abdul Shukor ( 1987 ), golongan ini percaya dan yakin kepada
Nabi Muhammad dalam menyampaikan ajaran Islam terutama berkaitan akidah.
Perbahasan ilmu akidah adalah berkaitan dengan iman. Tujuan ilmu ini adalah untuk
menetapkan keimanan seseorang untuk mempercayai kewujudan Allah dan
menyembah-Nya (Said, 1996). Sepertimana di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam surah
al-Ikhlas, ayat 1 hingga 4 , “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang
Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

2
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara
dengan-Nya.” Berdasarkan ayat ini, tiada tuhan lain yang layak disembah melainkan Allah
dan semua umat Islam wajib menyembah-Nya. Selain itu, umat Islam wajib beriman dengan
enam perkara sepertimana yang disebutkan di dalam Al-Quran dan hadis supaya menjadi
muslim yang sempurna. Dalam Surah Al-Nisa, ayat 136, ada menyatakan enam perkara
tersebut iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada malaikat, beriman kepada rasul,
beriman kepada kitab, beriman kepada hari kiamat dan akhir sekali, beriman kepada Qada
dan Qadar. Tegasnya, seseorang berada di landasan yang betul jika berpegang kepada
akidah yang berteraskan Al-Quran dan As- Sunnah.

4.0 ) PERANAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM PEMBENTUKAN IBADAH

Seterusnya, Al-Quran dan As-Sunnah juga berperanan membentuk seseorang muslim


yang sempurna melalui ibadah. Menurut Al-Qaradhawi ( 2001), hubungan antara akidah dan
syariat diterjemahkan melalui ibadah iaitu dengan melakukan amalan berniatkan kerana
Allah. Ibadah ialah tunduk dan patuh untuk menyembah Allah SWT. Ibadah agama Islam
berbeza dengan ibadah agama lain kerana mempunyai ciri-ciri tersendiri, iaitu merangkumi
semua kegiatan manusia dari segi jasmani dan rohani. Ibadah yang sebenar bukan terhad
kepada amalan kerohanian sahaja seperti solat, zakat, puasa, haji dan sebagainya, malahan
merangkumi semua perbuatan dan percakapan manusia yang diredhai Allah. Sebagai
contoh, menuntut ilmu dan memasak makanan untuk keluarga merupakan suatu ibadah. Hal
ini kerana perbuatan tersebut mendorong kepada kebaikan dan sesiapa yang melakukannya
mendapat pahala. Menurut Al-Qaradhawi (2001), ibadah yang dilakukan mestilah
mempunyai dua unsur iaitu umat Islam perlulah berpegang teguh kepada syariat Allah yang
terkandung dalam Al-Quran dan seruan Rasul Allah sama ada berbentuk perintah atau
larangan. Seterusnya, ibadah yang dilakukan mestilah disebabkan rasa cinta kepada Allah.
Allah menyatakan dalam Surah Al-Hijr , ayat 99 , “ Dan sembahlah tuhanmu sehingga
datang (perkara yang tetap) yakin. ” Ayat ini menghubungkaitkan ibadah dan akidah dengan
menjelaskan jika melakukan sesuatu ibadah dengan ikhlas, maka semakin bertambah
keyakinan terhadap Allah SAW. Jelaslah bahawa ibadah dapat memantapkan akidah dan
melahirkan seseorang yang berakhlak mulia kerana manusia yang beribadah sentiasa
melatih diri untuk mengikut syariat di dalam Al-Quran dan hadis.

3
5.0 ) PERANAN AL-QURAN DAN AS- SUNNAH DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK

Di samping itu, Al-Quran dan As-Sunnah juga merupakan asas pembentukan akhlak
seseorang muslim yang paling utama. Kedua-dua sumber ini menjadi rujukan kepada umat
Islam untuk membentuk akhlak yang baik. Takrif akhlak bagi sarjana Barat dan Islam
berbeza. Hal ini kerana majoriti sarjana Barat berpendapat bahawa akhlak ialah seseorang
yang mengamalkan etika dan moral dalam kehidupan, manakala dalam Islam, menurut
Imam Al-Ghazali (1980), akhlak ialah sifat yang terpendam dalam jiwa seseorang yang
mendorong perbuatan spontan tanpa perlu berfikir terlebih dahulu. Terbentuk dua perbuatan
daripadanya sama ada perbuatan baik iaitu akhlak yang mahmudah dan perbuatan buruk
iaitu akhlak yang mazmumah. Sepertimana yang diketahui, Islam merupakan agama yang
syumul kerana mengutamakan akhlak yang terpuji. Rasul Allah diutuskan kepada kita untuk
menyeru umat islam memiliki akhlak yang baik. Matlamat Rasul Allah adalah untuk
menyempurnakan akhlak umat Islam. Sepertimana dalam hadis nabi yang diriwayatkan
daripada Imam Ahmad, nabi bersabda “ Sesungguhnya Aku (Nabi Muhammad SAW)
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. ” Justeru, Rasul Allah yang memiliki akhlak terpuji
patut dijadikan teladan kepada semua umat Islam. Antara contoh akhlak terpuji baginda
ialah beriman, beramal soleh dan bertakwa kepada Allah SAW. Oleh itu, setiap muslim
patut mencontohi akhlak baginda supaya dikasihi Allah dan Rasul serta dapat memantapkan
iman.

6.0) RUMUSAN

Daripada Hadis Riwayat Imam Malik, Rasul Allah bersabda “Aku tinggalkan kepada
kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu
kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” Berdasarkan hadis
tersebut , umat Islam diseru agar berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah supaya
dapat memelihara akidah daripada ajaran dan fahaman sesat. Sepertimana yang kita tahu,
dunia kini sarat dengan berita tentang perkembangan ajaran sesat yang semakin berleluasa
seperti fahaman Syiah dan Wahabi. Oleh itu, setiap muslim perlu memiliki iman yang kuat
untuk mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan fahaman-fahaman berikut. Selain itu,
umat Islam juga harus yakin dan percaya dengan syariat Allah dan ajaran yang dibawa oleh
Nabi Muhammad kerana ia merupakan panduan dalam kehidupan. Justeru, setiap muslim
dituntut untuk menuntut ilmu agar dapat mempelajari dan mengamalkan Al-Quran dan
As-Sunnah dalam kehidupan supaya tidak sesat di dunia dan selamat di akhirat.

4
7.0) RUJUKAN

Ahmad Munawir Ismail, & Kamarul Azmi Jasmi. (2016). Akidah dan akhlak dalam
Pendidikan Islam. PENERBIT UTM PRESS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

Abdul Munir Ismail. (2017). Tuntutan akhlak mulia dalam kehidupan. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Engku Zarihan Engku Abdul Rahman, Norasmahani Nor, & Habibah Saffeen. (2023).
Pendidikan Islam. LOCAL PUBLICATIONS ( M ) SDN BHD.

Anonymous. (2016, Jun 17). Al-Quran acuan kehidupan umat manusia. JAKIM.
https://www.islam.gov.my/images/eKhutbah/Alquran_Acuan_Kehidupan_Uma
t_Manusia_-_Rumi.doc

Nor Hayati Fatmi Talib, Bani Hidayat Mohd Shafie, Mohd Huzairi Awang @ Husain,
Hajarul Bahti Zakaria, & Halim Tamuri. (2010, Jun). Al-Quran dan As-Sunnah
teras ketamadunan manusia. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar
Pengajian Islam Menjana Keintelektualan Ummah. Universiti Sains Islam
Malaysia.
https://www.researchgate.net/publication/279914655_Al-Quran_dan_as-Sunn
ah_Teras_Ketamadunan_Manusia

5
8.0) KEPUTUSAN TURNITIN ( PLAGIAT )

Plagiat : 23 %

Anda mungkin juga menyukai