Anda di halaman 1dari 3

Update 12/12 5.00 a.m.

MOTIVASI UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN DALAM IJAZAH SARJANA

Abstrak

1.0 Pengenalan dan latar belakang pengajian

Kerjaya keguruan merupakan satu bidang ikhtisas yang sentiasa perlu di kemas kini

pengetahuan, kemahiran dan sikap. Jika akauntan, arkitek, doktor, jurutera, juru ukur bahan

dan peguam perlu sentiasa membaca jurnal penyelidikan terkini dalam bidang masing-

masing, maka begitu juga sepatutnya dengan kerjaya guru. Salah satu caranya ialah dengan

menyambung pengajian di peringkat ijazah tinggi. Tuntutan perkembangan dunia pendidikan

yang memerlukan guru sentiasa perlu meningkatkan pengetahuan mereka sejajar dengan

keperluan semasa. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan pelbagai usaha

dan tindakan tetapi semua ini akan terbantut sekiranya guru yang menjadi penggerak utama

tidak memainkan peranan yang berkesan. Guru perlu mempunyai latihan, pengetahuan dan

kemahiran yang mencukupi untuk menyampaikan pengajaran dengan baik (Yeam, 2007).

Pembelajaran secara berterusan adalah penting untuk guru meningkatkan profesionalisme dan

memastikan ilmu yang dimilikinya sentiasa relevan mengikut perubahan semasa. Pendidikan

guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup. Bermula daripada proses menuntut ilmu

di maktab dan universiti untuk menjadi seorang guru, sehinggalah bekerja sebagai guru

memerlukan guru sentiasa belajar dan memperbaharui ilmu pengetahuannya. Ini kerana

keberhasilan perlaksanaan pengajaran terletak pada guru sekolah (Suparno, Rohandi, Sukadi,

& Kartono, 2002).

Bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan motivasi merupakan salah satu usaha yang

dilakukan oleh seseorang guru. Ia merupakan keinginan, kehendak, dan kemahuan untuk
melakukan sesuatu yang baik (Mahmood Naza Mohamed dan Sabitha Merican, 1985).

Prestasi kerja boleh dipengaruhi oleh motivasi. Konsep motivasi amat penting untuk difahami

oleh pihak sekolah agar dapat memotivasikan para guru mereka. Respon guru terhadap

tindakan yang boleh diambil oleh pentadbir sekolah seperti melibatkan gaji, ganjaran,

pangkat dan sebagainya amat perlu difahami. Maka melalui kajian ini, pengkaji ingin

mengenalpasti motivasi, faktor-faktor yang boleh memupuk minat dan mengenalpasti

kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru-guru untuk menyambung pelajaran ke peringkat

ijazah sarjana pendidikan di UIA.

1.1 Pernyataan masalah

Menyambung pelajaran keperingkat lebih tinggi iaitu ijazah sarjana bukan lah sesuatu

yang mudah kerana guru-guru sedia maklum akan menghadapi bebanan kerja yang akan

bertambah dari bebanan yang sedia ada. Menyedari hakikat ini lah kebanyakan guru kurang

berminat menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana. Selain bebanan kerja yang akan

bertambah, kekangan dari segi pengurusan masa. Guru-guru akan berdepan dengan masalah

untuk membahagikan masa antara keluarga, kerjaya dan pelajaran.

Jika disenaraikan segala masalah atau kekangan sudah pasti tiada sesiapun ingin

melanjutkan pelajaran. Tetapi ini semua akan dapat diatasi jika seseorang guru itu

mempunyai minat yang sangat mendalam untuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah

sarjana. Apabila minat yang tinggi ada maka ini akan menjadi motivasi yang sangat kuat

untuk menyokong seseorang individu untuk melakukan apa yang mereka minat. Motivasi

memainkan peranan dalam mempengaruhi guru untuk melanjutkan pengajian ke peringkat

yang lebih tinggi. (Wan Razab & Othman, 2011)


1.3 Objektif Kajian

Kajian yang di jalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang boleh

memupuk minat guru-guru dalam menjalani proses pembelajaran diperingkat ijazah sarjana.

Pada masa yang sama, kajian ini juga berhasrat untuk mengenalpasti kekangan-kekangan

yang dihadapi oleh guru-guru yang berminat menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

1.4 Soalan Penyelidikan

1.4.1 Apakah faktor-faktor yang menyebabkan guru-guru kurang berminat menyambung

pelajaran ke peringkat sarjana.

1.4.2 Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru-guru yang berminat untuk

menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

1.5 Kepentingan penyelidikan

Motivasi diri yang tinggi dan berada di tahap yang baik akan mendorong guru-guru

bagi menaikkan martabat profesion keguruan dan membuka mata masyarakat tentang kerjaya

guru sebenarnya setaraf dengan bidang profesional yang lain. Seseorang guru akan dianggap

ketinggalan zaman jika mereka tidak melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih

tinggi.

1.6 Batasan dan perbatasan

1.7 Definisi Istilah

Anda mungkin juga menyukai