Anda di halaman 1dari 28

KEKURANGAN MOTIVASI MENYEBABKAN GURU-GURU

KURANG BERMINAT MENYAMBUNG PENGAJIAN

KE PERINGKAT IJAZAH SARJANA

Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui faktor-faktor guru kurang berminat untuk
menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan kekangan-kekangan yang dihadapi
guru-guru berminat melanjutkan pelajaran. Responden terdiri daripada 4 orang guru yang
mengikuti Program Master Pendidikan di UIAM. Guru-guru ini adalah yang sedang
berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Instrumen kajian menggunakan
kaedah temubual dan jumlah soalan yang di kemukakan sebanyak 12 soalan berbentuk
soalan terbuka. Temubual dirakam dengan menggunakan telefon pintar dan di terjemah
dalam bentuk transkrip. Responden juga perlu menjawab faktor-faktor yamg
menyebabkan guru kurang berminat menyambung pengajian di peringkat sarjana dan
kekangan yang di hadapi oleh guru yang berminat menyambung pengajian.Apabila di
gabungkan kesemua faktor itu boleh di pupuk dengan adanya motivasi.Oleh itu jika
seorang individu mempunyai motivasi yang tinggi kesemua faktor itu tidak menjadi
halangan kepada mereka. Faktor keluarga, faktor persekitaran, faktor diri sendiri dan
faktor rakan sebaya bukanlah faktor yang utama jika individu mempunyai motivasi yang
tinggi untuk mencapai cita-cita dan mementingkan masa depan. Daripada hasil kajian ini
dicadangkan pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam
memberikan berbagai insentif yang boleh mengalakkan guru-guru melanjutkan pelajaran
bagi mempertingkatkan martabat ilmu dan profesionalisme perguruan.

Katakunci : faktor, kekangan, melanjutkan pelajaran

1
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan dalam dunia pendidikan menuntut setiap guru meningkatkan kemahiran


mereka sejajar dengan keperluan semasa. Perubahan pantas yang berlaku dalam dunia
pendidikan memerlukan guru sentiasa belajar bagi meningkatkan kemahiran dan kemahiran
memerlukan pengetahuan. Kerjaya sebagai seorang guru merupakan satu bidang ikhtisas yang
sentiasa perlu memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi. Jika akauntan, arkitek, doktor,
jurutera, juru ukur bahan dan peguam perlu sentiasa membaca jurnal penyelidikan terkini dalam
bidang masing-masing, maka begitu juga sepatutnya dengan kerjaya guru. Salah satu caranya
ialah dengan menyambung pengajian di peringkat yang tertinggi. Tuntutan perkembangan dunia
pendidikan yang memerlukan guru sentiasa perlu meningkatkan pengetahuan mereka sejajar
dengan keperluan semasa. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan pelbagai
usaha dan tindakan tetapi semua ini akan terbantut sekiranya guru yang menjadi penggerak
utama tidak memainkan peranan yang berkesan. Guru perlu mempunyai latihan, pengetahuan
dan kemahiran yang mencukupi untuk menyampaikan pengajaran dengan baik (Yeam, 2007).
Pembelajaran secara berterusan adalah penting untuk guru meningkatkan profesionalisme dan
memastikan ilmu yang dimilikinya sentiasa relevan mengikut perubahan semasa. Pendidikan
guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup. Bermula daripada proses menuntut ilmu di
maktab dan universiti untuk menjadi seorang guru, sehinggalah bekerja sebagai guru
memerlukan guru sentiasa belajar dan memperbaharui ilmu pengetahuannya. Ini kerana
keberhasilan perlaksanaan pengajaran terletak pada guru sekolah (Suparno, Rohandi, Sukadi, &
Kartono, 2002).

Bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan motivasi merupakan salah satu usaha
yang dilakukan oleh seseorang guru. Ia merupakan keinginan, kehendak, dan kemahuan untuk
melakukan sesuatu yang baik (Mahmood Naza Mohamed dan Sabitha Merican, 1985). Prestasi
kerja boleh dipengaruhi oleh motivasi. Konsep motivasi amat penting untuk difahami oleh pihak
sekolah agar dapat memotivasikan para guru mereka. Respon guru terhadap tindakan yang boleh
diambil oleh pentadbir sekolah seperti melibatkan gaji, ganjaran, pangkat dan sebagainya amat
perlu difahami. Maka melalui kajian ini, pengkaji ingin mengenalpasti motivasi, faktor-faktor

2
yang boleh memupuk minat dan mengenalpasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru-
guru untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana pendidikan di UIAM.

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan daripada apa yang di bincangkan dan menjadi persoalan sekarang terdapat
beberapa faktor guru-guru tidak berminat untuk menyambung pelajaran. Menyambung pelajaran
ke peringkat lebih tinggi iaitu ijazah sarjana bukan lah sesuatu yang mudah kerana guru-guru
sedia maklum akan menghadapi bebanan kerja yang akan bertambah dari bebanan yang sedia
ada. Menyedari hakikat ini lah kebanyakan guru kurang berminat menyambung pelajaran ke
peringkat ijazah sarjana. Selain bebanan kerja yang akan bertambah, kekangan dari segi
pengurusan masa. Guru-guru akan berdepan dengan masalah untuk membahagikan masa antara
keluarga, kerjaya dan pelajaran.

Jika disenaraikan segala masalah atau kekangan sudah pasti tiada sesiapun ingin
melanjutkan pelajaran. Tetapi ini semua akan dapat diatasi jika seseorang guru itu mempunyai
minat yang sangat mendalam untuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah sarjana. Manakala
terdapat juga guru yang berminat mahu menyambung pelajaran tetapi menghadapi kekangan-
kekangan. Berdasarkan permasalahan tersebut, di dapati terdapat beberapa faktor guru tidak
berminat menyambung pelajaran. Situasi ini telah mendorong kepada pengkaji untuk mengkaji
apakah faktor-faktor yang di hadapi oleh guru-guru yang tidak berminat untuk menyambung
pelajaran dan kekangan yang di hadapi guru yang berminat.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk:

1.3.1 Mengenal pasti faktor-faktor yang boleh memupuk minat guru-guru untuk menyambung
pelajaran diperingkat sarjana.

3
1.3.2 Mengenalpasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru-guru yang berminat
menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

1.4 Soalan Kajian

1.4.1 Apakah faktor-faktor yang menyebabkan guru-guru kurang berminat menyambung


pelajaran ke peringkat sarjana.

1.4.2 Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru-guru yang berminat untuk
menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

1.5 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini di harapkan dapat mengenalpasti factor-faktor guru kurang
berminat menyambung pelajaran keperingkat sarjana. Kekurangan motivasi diri salah satu sebab
guru tidak berminat menyambung pelajaran di tambah dengan faktor-faktor yang lain. Kajian ini
merungkai persoalan apakah faktor-faktor guru kurang berminat menyambung pelajaran ke
peringkat sarjana dan apakah kekangan yang menyebabkan guru-guru berminat menyambung
pelajaran ke peringkat sarjana.

Dapatan daripada kajian ini juga diharapkan agar dapat dijadikan input kepada pihak
bertanggungjawab terutama Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk merancang program pembangunan dan perkembangan kerjaya guru untuk mencetus minat
guru-guru terutama dalam konteks menyediakan peluang-peluang yang lebih luas kepada guru-
guru untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Kedua, hasilan kajian ini dijangka dapat
membantu UIAM serta institusi pengajian tinggi lain yang menyediakan kursus Sarjana
Pendidikan, khususnya pendidikan guru untuk melihat faktor-faktor kurangnya minat guru serta
kekangan-kekangan yang di hadapi guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.
Maklumat seperti ini membolehkan satu bentuk program pengajian yang memenuhi kehendak

4
guru-guru dirangka di negara ini pada masa akan datang. Langkah menyediakan program
pengajian yang bersesuaian dengan motivasi guru sangat penting bagi menggalakkan lebih ramai
guru menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

1.6 Batasan dan Perbatasan

Kajian ini adalah terbatas beberapa perkara berikut:

a. Hanya tertumpu kepada soalan faktor-faktor yang menyebabkan guru tidak berminat
menyambung pelajaran yang berkhidmat di sekolah terpilih sahaja.

b. Kajian ini hanya melibatkan hanya 4 orang responden guru wanita sahaja dan tidak melibatkan
responden lelaki.

c. Pengkaji hanya ingin mengkaji faktor-faktor yang menjadi keutamaan guru tidak berminat
dalam menyambung pelajaran dalam bidang sarjana serta kekangan-kekangan yang mereka
terpaksa hadapi bagi yang minat untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

d. Kajian ini hanya dijalankan dengan menggunakan temuramah. Dengan ini, segala maklumat
mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas temuramah. Oleh itu, kebolehpercayaan
dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab soalan
yang di kemukan.

5
1.7 Definisi Istilah

a. Motivasi

Definisi motivasi

Motivasi merupakan istilah yang lebih umum yang menunjuk pada seluruh proses
gerakan, termasuk situasi yang mendorong, dorongan yang timbul dalam diri individu, tingkah
laku yang ditimbulkannya, dan tujuan atau akhir dari gerakan atau perbuatan. (Sobur, 2009).

Motivasi merupakan faktor penggerak ataupun dorongan yang dapat memicu timbulnya
rasa semangat dan juga mampu merubah tingkah laku manusia atau individu untuk menuju pada
hal yang lebih baik untuk dirinya sendiri. Sardiman (1986: 750) menjelaskan motivasi belajar
merupakan faktor psikis yang bersifat non intelektual. Peranannya yang utama adalah dalam hal
pencetusan gairah, merasa senang dan bersemangat untuk belajar. Motivasi adalah suatu arahan,
dorongan, persistensi dan sejumlah usaha yang dikeluarkan seseorang untuk mencapai tujuan
yang spesifik. (Blanchard & Thacker, 2010)

Berdasarkan definisi-definisi motivasi berikut dapat disimpulkan bahawa motivasi adalah


proses psikologi yang menyebabkan tercetusnya perbuatan sukarela untuk tujuan tertentu dari
segi internal atau eksternal kepada seseorang individu.

b. Minat

Definisi Minat

Minat adalah kesadaran atau ketertarikan seseorang terhadap suatu objek, orang, masalah,
atau situasi yang mempunyai kaitan dengan dirinya. Ertinya, minat merupakan sesuatu kesedaran
yang merupakan aspek psikologi seseorang yang menaruh perhatian tinggi terhadap perbuatan
tertentu dan mendorong untuk melakukan perbuatan tersebut. Sementara itu, tinggi rendahnya
perhatian dan dorongan psikologi pada setiap orang adalah tidak sama, maka tinggi rendahnya
minat terhadap objek pada setiap orang juga tidak sama.

Minat merupakan suatu motif yang menunjukkan arah perhatian dan aktiviti seseorang
terhadap suatu objek karana merasa tertarik dan adanya kesedaran untuk melaksanakan suatu
tindakan untuk mencapai tujuan. Minat seseorang akan muncul apabila individu tersebut
mempunyai suatu keperluan yang harus dipenuhi. Jika keperluan telah terpenuhi, maka timbul

6
keinginan untuk mulai memilih jenis keperluan yang lain yang disesuaikan dengan minat dan
selera (Affif, 1987:32).

Minat adalah keinginan jiwa terhadap sesuatu objek dengan tujuan untuk mencapai
sesuatu yang dicita-citakan. Hal ini menggambarkan bahawa seseorang tidak akan mencapai
tujuan yang dicita-citakan apabila di dalam diri orang tersebut tidak terdapat minat atau
keinginan jiwa untuk mencapai tujuan yang dicita-citakannya itu. Dalam hubungannya dengan
kegiatan belajar, minat menjadi motor penggerak untuk dapat mencapai tujuan yang diinginkan,
tanpa dengan minat, tujuan belajar tidak akan tercapai. Penulis dapat menyimpulkan bahawa
minat adalah keadaan mental atau kondisi jiwa yang menjadi motor penggerak dalam mencapai
suatu tujuan tertentu.

c. Sikap

Definisi sikap

Sikap Meuller (1986) menyatakan sikap adalah gambaran sejauh mana seseorang itu menyukai
atau tidak menyukai sesuatu. Sikap menggambarkan kesediaan untuk melakukan sesuatu. Sikap
juga menggambarkan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara. Menurut Aiken (2000),
sikap merupakan kecenderungan untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap objek
tertentu, situasi, institusi, konsep atau seseorang. Dalam kajian ini, pengkaji merujuk kepada
sikap pelajar terhadap pelaksanaan pembelajaran disamping bekerja sebagai guru.

1.8 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan tentang faktor-faktor guru kurang minat dan
kekangan guru-guru yang berminat untuk sambung belajar ke peringkat sarjana. Selain itu,
pengkaji juga ada menyatakan objektif dan persoalan kajian yang perlu dirungkai. Setiap langkah
yang diambil pada peringkat seterusnya adalah bertujuan untuk mencapai objektif kajian ini. Bab
seterusnya pula akan membincangkan kajian literatur serta perkara-perkara yang berkaitan
dengan pengamalan penyelidikan yang menjadi teras utama dalam kajian ini.

7
2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama
seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa yang diinginkan. Motivasi
adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyemarakkan keinginan, keberanian dan
kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat yang benar-benar diingini serta diyakini boleh
dicapai / diperolehi. Berdasarkan teori hierarki keperluan Abraham Maslow (1950) menjelaskan
bahawa setiap diri manusia terdapat hierarki dari lima keperluan, iaitu fisiologis (rasa lapar,
haus, seksual, dan keperluan fizikal yang lain), rasa aman (rasa ingin dilindungi dari bahaya
fizikal dan emosional), sosial (rasa kasih sayang, kepemilikan, penerimaan, dan persahabatan),
penghargaan (faktor penghargaan internal dan eksternal), dan aktualisasi diri (pertumbuhan,
pencapaian potensi seseorang, dan pemenuhan diri sendiri). Menerusi motivasi sebegini, secara
tidak langsung akan mempengaruhi tindakan dan dorongan oleh individu untuk menyambung
pengajian dalam ijazah sarjana.

2.2 Sorotan Kajian Lepas

Di dalam sorotan kajian lepas mengandungi beberapa topik iaitu penyataan masalah, kaedah
penyelidikan, teori yang digunakan, pendapat dan pandangan, penilaian serta laporan kajian
berkenaan tajuk yang dipilih oleh penyelidik. Sumber kajian pula didapati daripada artikel,
jurnal-jurnal yang berkaitan, tesis-tesis yang terdahulu dan kenyataan daripada seseorang pakar.
Kajian yang terdahulu juga merupakan aktiviti penyelidik mengemukakan rujukan yang
diperolehi untuk mengukuhkan lagi tajuk kajian. Persoalan kajian akan disokong oleh maklumat,
idea, data melalui kajian yang akan dijalankan. Rujukan yang digunakan akan menyokong tajuk
kajian dengan bukti-bukti dari hasil penyelidikan yang terdahulu.

8
2.3 Faktor guru tidak berminat menyambung pelajaran

Bagi mereka yang cintakan ilmu dan tidak jemu mempelajari sesuatu yang baru,
pendidikan sepanjang hayat merupakan satu kelebihan dan keseronokan. Belajar dalam keadaan
yang seronok akan memudahkan penghayatan dan pemahaman ilmu yang dipelajari. Motivasi
diri mereka akan sentiasa berada di tahap yang baik dan akan mendorong mereka mempelajari
dan mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang perkara tersebut. Motivasi memainkan peranan
dalam mempengaruhi guru untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. (Wan
Razab & Othman, 2011). Oleh itu, keinginan dan kejayaan guru melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi akan menaikkan martabat profesion keguruan dan membuka mata
masyarakat tentang kerjaya guru sebenarnya setaraf dengan bidang profesional yang lain.
Justeru, jika seseorang guru tidak melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi,
lambat laun mereka akan ketinggalan zaman. Kita mungkin tidak ingin melihat profesion
keguruan dipandang rendah dan dilihat ketinggalan. Namun begitu banyak faktor yang
menyebabkan guru kurang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana,
antaranya ialah faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor persekitaran dan faktor diri sendri.

2.3.1 Faktor keluarga

Menurut kajian yang dijalankan oleh Saud & Monil (2010) mendapati bahawa sebahagian besar
responden melanjutkan pengajian, mereka kerana adanya dorongan daripada keluarga.
Sebahagian besarnya adalah mereka yang mempunyai pasangan yang bekerja sebagai guru.
Maka, mereka mempunyai kesefahaman yang baik dalam kerjaya tersebut. Tetapi bagi yang
tidak mendapat dorongan dan perhatian dari keluarga terutama pasangan, mereka tidak
mempunyai minat untuk menyambung pengajian, hal ini dapat dilihat daripada reponden yang
telah ditemubual mendapati mereka melanjutkan pelajaran setelah kesemua anak-anak responden
meningkat dewasa dan mereka juga berumur 35 tahun ke atas. Ini menunjukkan responded
ddapat menyambung pengajian setelah tidak terikat dengan tanggungjawab mereka terhadapa
anak-anak kecil dan pasangan mereka hanya membenar setelah anak-anak mereka membesar.

9
2.3.2 Faktor Rakan Sebaya

Dalam kajian ini, rakan sebaya merujuk kepada pengaruh rakan sebaya mendorong
kepada pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran. Ini kerana personaliti pelajar akan
berubah mengikut rentak personaliti rakan mereka sama ada terarah kepada tingkahlaku yang
positif atau tingkat laku yang negatif. Menurut Yahaya dan Omar (2010) rakan sebaya yang
cemerlang dalam mata pelajaran itu akan membantu ke arah kecemerlangan rakannya melalui
bantuan, pengaruh dan tahap ilmu merekaSebagai seorang yang sedang meningkat dewasa,
pengaruh rakan sebaya merupakan pengaruh yang sangat kuat. Menurut Sharifah (1983) rakan
sebaya memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian akademik murid. Mereka akan
sentiasa meniru dan mengikuti segala gerak geri dan tingkah laku rakan sebaya.

2.3.4 Faktor Persekitaran

Menurut Badar, Kamruddin dan Puteh (2005) bahawa faktor sikap, iklim dan pengajaran
pensyarah merupakan antara faktor yang paling mempengaruhi pencapaian kecemerlangan
akademik pelajar. Persekitaran merujuk kepada segala benda yang terdapat disekeliling (Osman,
2004). Namun keadaan persekitaran yang tidak mahukan perubahan mempengaruhi sikap
seorang guru utnuk tidak menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tnggi

2.3.5 Faktor Sendiri

Mengikut Bloom (1956), sikap meliputi 3 komponen yang utama iaitu afektif, perilaku
dan kognisi. Komponen afektif merangkumi emosi positif dan negatif individu terhadap sesuatu
iaitu bagaimana perasaan seseorang terhadapnya. Komponen perilaku pula terdiri daripada
kecenderungan atau bertujuan untuk bertindak pada tingkah laku tertentu yang berkait dengan
sikap kita. Manakala komponen kognisi merujuk kepada kepercayaan dan pemikiran yang
dipegang oleh seseorang terhadap sesuatu objek. Ketiga-tiga komponen dalam sikap ini saling
berhubungan dan seterusnya berfungsi dalam pembentukan dan pemantapan sikap individu.
Kajian Zamrah (1999) juga menunjukkan bahawa sikap yang positif dapat melahirkan insan
manusia yang cemerlang dan berwawasan. Menurut Azrul (1988), salah satu kejayaan murid
dalam bidang pembelajarannya ialah pembentukan sikap belajar, di mana sikap tersebut
mempunyai hubungan yang erat dengan tanggungjawab untuk belajar memahami dan

10
menyelesaikan tugasan yang diberikan guru. Minat untuk mempelajari sesuatu merupakan sifat
yang utama dalam pembangunan

Modal insan individu atau pekerja yang berminat ialah pekerja yang produktif (Mahmood
Nazar,2005). Hal ini bertentangan dengan realiti akibat kurang berminat untuk menambah ilmu
pengetahuan, kita dapati ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pengetahuan teknologi dan
lebih bergantung kepada pihak lain. Misalnya, sebagai pengguna peralatan elektrik dirumah
mereka tidak pandai membaiki peralatan yang rosak walau pun diperingkat yang asas sahaja.
Petunjuk ini amat berbeza dengan ketara jika dibandingkan dengan penduduk di negara maju
yang mempunyai pengetahuan asas dari aspek teknologi yang memungkin mereka tidak
bergantung kepada pihak lain.

2.4 Kekangan yang di hadapi oleh guru-guru yang berminat menyambung pelajaran

Hasil kajian yang telah dibuat mendapati guru lepasan ijazah bukan sahaja tidak berminat untuk
menyambung pengajian tetapi ada sebahagian daripada mereka masih minat menyambung
pelajaran ke peringkat sarjana tetapi mempunayi kekangan-kekangan seperti berikut:

2.4.1 Kekangan Keluarga

Kekangan dari segi keluarga banyak membantutkan minat dan motivasi guru-guru untuk
menyambung pelajaran. Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan di luar negara mengenai
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Contohnya, kajian yang telah dilakukan oleh
Keith1993;Baker dan Sodan,1997;Hoover-Dempsey Dan Sandler1997; dan Miedel dan
Reynolds, 1999 menunjukkan bahawa peranan keluarga dalam pendidikan adalah penting kerana
tanpa sokongan dan dorongan dari kelurga mana mungkin kita dapat lakukan sesuatu perkara
dengan baik dan jayanya. Sikap ambil berat dan motivasi dari keluarga dan pasangan boleh
menambah lagi minat untuk menyambung pelajaran.

2.4.2 Kekangan Kewangan

Dari aspek kewangan, sebahagian guru menyatakan bersetuju bahawa mereka tidak mampu dari
segi kewangan untuk pembayaran yuran, kos penginapan dan pengangkutan semasa mengikuti
pengajian. Kebanyakkan guru mempunyai komitmen dalam kehidupan harian meraka dengan

11
sumber pendapatan yang diperolehi hasil gaji, ini menyukarkan mereka untuk membayar atau
menanggung kos pendidikan yang bakal mereka ikuti. Untuk menyambung pelajaran ke
peringkat sarjana seorang guru perlu membayar hampir RM18 ribu untuk menaggung kos
pengajian.Bantuan kewangan diperlukan oleg gurua terdorong untuk menyambung belajar
kerana adanya bantuan kewangan. Maknanya, inisiatif dari pihak kerajaan dan kerajaan negeri
adalah amat diharapkan agar dapat memberi alternatif bantuan kewangan kepada komuniti yang
ingin menyambung belajar seperti bantuan biasiswa, pinjaman atau tajaan daripada agensi
syarikat. Sasaran kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang mahu melihat 60,000
orang termasuk mahasiswa dan guru di seluruh negara untuk memiliki ijazah doktor falsafah
(PhD) menjelang 2023, manakala majoriti guru sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana
menjelang 2030. Maka institusi perbankkan Malaysia telah memberi intensif kepada semua guru
untuk membuat pinjaman dengan kadar faedah yag rendah.

2.4.3 Kekangan Kerjaya

Kekangan ketiga yang dihadapi oleh seorang pendidik ialah kekangan kerjaya, bagi sesetengah
guru beranggapan bahawa mereka tidak akan pergi jauh sekiranya melanjutkan pelajaran ke
peringkat sarjana. Mereka juga menyatakan bahawa mereka berada dalam zon selesa berada
ditempat sekarang iaitu hanya memiliki Diploma Perguruan dan Ijazah sarjana pendidikan. Oleh
hal yang demikian, dengan melanjutkan pelajaran pelajaran ke peringkat sarjana, sekurang-
kurangnya mereka berpendapat bahawa gred dalam perjawatan akan berubah dan kenaikan gaji
juga akan diprolehi. Ini berkait rapat dengan motivasi ekstrinsik yang mempengaruhi individu
untuk berusaha bagi mendapatkan status sosial untuk taraf kehidupan yang lebih baik (Ramlah
dan Mahani, 2002). Maknanya, aspek ilmu turut menjadi perkara pokok terhadap terhadap guru
agar masa membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran demi meningkatkan kemahiran dan
penguasaan kurikulum semasa. Namun begitu bagi guru yang sedang dan telah menyambung
pengajian dalam sarjana mereka mengatakan bahawan mereka akan mengalami perubahan dalam
pengetahuan dan taraf pendidikan.Menurut Mahmood Nazar (2005), minat untuk mempelajari
sesuatu merupakan sifat utama dalam pembangunan modal insan. Ditambah lagi, individu atau
pekerja yang berminat untuk mempelajari sesuatu adalah merupakan pekerja yang produktif.
Dalam aspek kenaikan pangkat, guru bersetuju bahawa kriteria kenaikan pangkat menjadi salah

12
satu aspek yang penting untuk mereka melanjutkan pelajaran. Secara tidak langsung, apabila
mereka memperoleh sarjana dan menjawat jawatan yang bersesuaian, taraf hidup mereka
sekeluarga turut meningkat.

2.4.4 Kekangan Kesihatan

Seterusnya, kekangan yang dihadapi oleh para pendidik ialah factor kesihatan, Sekiranya gurur
tidak mempunyai kesihatan yang baik, mana mungkin mereka ingin menyambung pengajian.
Kesihatan diri merupakan faktor utamat untuk guru, dalam bidalan ada mengatakan “badan sihat
otak cergas”

2.5 Teori yang berkaitan

2.5.1 Teori Hieraki Keperluan Abraham Maslow

Berdasarkan Teori Hierarki Keperluan Maslow telah dikemukakan oleh Abraham Maslow,
seorang ahli Psikologi Kemanusiaan pada tahun 1943 melalui bukunya "A Theory of Human
Motivation" di dalam Kajian Psikologi.

Teori ini menyatakan dalam diri setiap individu terdapat lima (5) keperluan yang perlu dipenuhi
seperti fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri. Bila satu
keperluan dicapai, keperluan yang seterusnya akan menjadi satu keperluan atau keutamaan
seterusnya. Setiap individu akan memastikan tahap keperluan terendah dipenuhi terlebih dahulu
sebelum berusaha untuk memenuhi keperluan tahap yang lebih tinggi.

Lima (5) keperluan tersebut adalah:

1) Keperluan Fisiologi. Peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini
adalah penting bagi sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa
yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan,
minuman dan tempat tinggal.

2) Keperluan Keselamatan. Termasuk di dalam keperluan ini adalah keselamatan peribadi,


keselamatan kewangan, kesihatan dan tidak akan menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa.

13
3) Keperluan Sosial. Inilah keperluan manusia untuk dicintai dan merasai perasaan “kekitaan”.
Semua pekerja perlu merasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri di
dalam organisasi. Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan (stress) di kalangan pekerja
dapat dielakkan atau dikurangkan.

4) Keperluan Penghargaan Diri (Esteem). Keperluan ini ada kaitan dengan keperluan pekerja
untuk dihormati dan diberi peluang menghormati orang lain. Beri mereka tugas yang boleh
memberi mereka peluang untuk memberi sumbangan. Ini akan meningkatkan “penghormatan
diri” (self-esteem).

5) Keperluan Hasrat Diri. Keperluan ini berkaitan dengan keperluan untuk mencapai cita- cita
diri sendiri mengikut potensi seseorang manusia (pekerja).

14
2.6 Penutup

Sebagai rumusan, bab ini mengulas kerangka teori yang digunakan semasa sebelum kajian untuk
motivasi guru untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Ulasan literatur ini membawa
kepada penentuan faktor guru tidak berminat menyambung pelajaran dan kekangan yang di
hadapi oleh guru-guru yang berminat menyambung pelajaran merangkumi pelbagai dimensi
gelagat manusia. Bab seterusnya akan membincangkan metodologi kajian yang digunakan di
dalam kajian ini.

15
3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan guru-
guru kurang berminat menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan kekangan yang di hadapi
oleh guru yang berminat menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia. Responden kajian ini melibatkan 4 responden daripada 78 pelajar
sarjana pendidikan program cuti sekolah.

Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk temubual dan menggunakan kaedah
kualitatif iaitu penggunaan set soalan terbuka. Kaedah berbentuk temubual ini dapat membantu
memberikan maklumat yang lebih cepat dan jujur. Berdasarkan kaedah temubual secara terus
dengan pihak yang dipilih, kita dapat memperoleh maklumat latar belakang, ciri-ciri dan
maklumat-maklumat lain yang diperlukan. Temubual secara terbuka adalah kaedah yang terbaik
bagi mendapatkan maklumat responden secara terperinci dan jelas. Skop pemilihan responden
adalah spesifik kepada satu jenis pekerjaan sahaja, namun kriteria responden adalah signifikan
kerana menurut Wlodkowski&Kasworm (2003) bidang pendidikan guru merupakan bidang yang
menerima permohonan kemsukan yang tinggi pada kalangan pelajar dewasa.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian diskriptif berbentuk kualitatif. Data kajian yang di perolehi
menerusi kaedah temu bual secara terbuka. Instrumen yang di gunakan adalah satu set protokol
temubual yang di bina berdasarkan tajuk yang telah di berikan. Dalam tatacara temubual,
responden di minta untuk menjawab soalan-soalan temubual yang di sediakan secara spontan.
Soalan temubual tidak di berikan kepada responden kerana mahu melihat sejauhmanakah
responden menjawab secara jujur. Jawapan responden di analisis bagi mendapatkan tajuk
tertentu untuk kajian ini.

16
3.2 Responden kajian

Kajian ini melibatkan 4 responden yang berkhidmat sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan
atau lebih sesuai di sebut guru yang menyambung pengajian peringkat sarjana di UIAM.
Pemilihan responden adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan yang sesuai untuk kajian
kualitatif. Kriteria utama responden berusia lebih daripada 40 tahun. Dalam konteks kajian ini,
semua responden adalah guru yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun berkkhidmat, sudah
berkeluarga, dan masih berkhidmat sebagai guru di sekolah. Skop pemilihan responden
berdasarkan guru yang berminat menyambung pelajaran di di peringkat sarjana tetapi tidak dapat
menyambung awal kerana kekangan yang di hadapi. Keempat-empat responden adalah guru
wanita yang berkhidmat di negeri yang berlainan.

3.4 Tempat Kajian

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah ditubuhkan secara rasminya pada 23 Mei
1983. IIUM mempunyai kampus 700 ekar di Gombak, Selangor. Kampus asal di Petaling Jaya
telah ditukarkan ke pusat matrikulasi yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Asas (CFS) untuk
pelajar Sains dan Undang-Undang. Selain kampus Gombak, IIUM mempunyai empat kampus
lain di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor. Program IIUM mempunyai 13
fakulti dengan dua fakulti unik; Ahmad Ibrahim Kulliyyah Undang-undang (AIKOL) dan
Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Islam dan Kemanusiaan (KIRKHS) dan fakulti lain yang
menawarkan disiplin Kejuruteraan, Pergigian, Kejururawatan, Sains Kesihatan Sekutu, Seni
Bina, Teknologi Maklumat, Sains Bioperubatan, Bioteknologi, Ekonomi dan Sains Pengurusan.
IIUM amat terkenal di Malaysia kerana pustaka undang-undang dan pusat penyelidikannya yang
luas serta menghasilkan debat universiti kelas atas.

Kajian ini di di jalankan di Kafetaria UIAM kerana semua responden sedang mengikuti
pengajian di situ. Pemilihan responden berdasarkan kumpulan yang telah di tetapkan oleh ketua
kumpulan.

17
3.3 Persampelan Kajian

Persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu
populasi untuk di jadikan sebagai responden kajian. Bagi kajian ini, sampel kajian terdiri
daripada guru yang berminat menyambung pengajian di peringkat sarjana pada waktu cuti
sekolah bertempat di UIAM. Seramai 70 orang guru yang mengikuti program sarjana ini dalam
bidang pengurusan dan pentadbiran. Pengkaji telah memilih 4 responden daripada 70 orang guru
yang mengikuti program ini.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian menggunakan kaeadh temubual yang telah di laksanakan di kafetaria fakulti
pendidikan di UIAM. Jumlah soalan yang di kemukan 12 soalan berbentuk soalan terbuka.
Temubual dirakam dengan menggunakan telefon pintar dan di terjemah dalam bentuk transkrip.
Responden juga perlu menjawab faktor-faktor yamg menyebabkan guru kurang berminat
menyambung pengajian di peringkat sarjana dan kekangan yang di hadapi oleh guru yang
berminat menyambung pengajian. Kajian ini di jalankan berdasarkan kaedah kualitatif.
Instrunmen yang di gunakan adalah temubual secara terbuka untuk mendapatkan maklumat dan
data yang di perolehi mengukuhkan lagi dapatan kajian ini. Kajian berbentuk temubual ini juga
dapat membantu memberikan maklumat yang lebih cepat dan jujur.

3.5 Prosedur Kajian

Sebelum kajian di jalankankan beberapa langkah awal perlu di ambil antaranya mengadakan
perbincangan bersama ahli kumpulan untuk membentuk soalan temuramah. Seterusnya
menghantar draf soalan kepada pensyarah untuk menentukan soalan yang akan di kemukakan
samada sesuai atau tidak. Pengkaji bersama dengan rakan kumpulan mengadakan perbincangan

18
dengan responden untuk menentukan tempat yang sesuai untuk di temuramah. Langkah
seterusnya setelah semua bersetuju dengan masa dan tempat, temubual dijalankan secara
berkumpulan tetapi soalan di kemukakan secara individu. Dengan kata lain, pengkaji
menemuramah berdasarkan soalan yang dikemukakan dan jawapan yang di berikan dirakam
dengan menggunakan audio telefon mudah alih untuk di analisis dalam bentuk transkrip. Semua
maklum balas responden di catatkan untuk memudahkan kerja analisis.

3.6 Kaedah Analisis Data

Maklum balas para responden terhadap soalan-soalan terbuka yang di soal dalam sesi temubual
di lakukan secara analisis kualitatif deskriptif bagi memperoleh gambaran yang lebih
menyeluruh tentang faktor-faktor yang menyebabkan guru-guru kurang berminat menyambung
pelajaran keperingkat sarjana dan kekangan-kekangan yang di hadapi guru-guru yang berminat
untuk menyambung pelajaran peringkat sarjana. Temuramah ini juga dapat mengenal dengan
lebih mendalam demografi guru-guru yang berminat menyambung pengajian. Pendapat dan
pengalaman guru-guru ini amat jelas dan jujur kerana soalan yang di berikan bersesuaian dengan
tajuk kajian. Temuramah ini menyentuh perkara-perkara berkaitan motivasi dan pengalaman
yang ada pada responden kerana mereka sudah berkhidmat lebih daripada 10 tahun.

3.7 Penutup

Berdasarkan penerangan yang jelas dalam metodologi ini, pengkaji berusaha mendapatkan
maklumat yang jelas mengenai tajuk kajian ini. Ini bagi memastikan kajian yang di jalankan ini
mencapai objektif yang telah di gariskan. Penyelidikan amat penting dalam membantu manusia
mengetahui tentang pendapat dan pengalaman dalam membantu memperluaskan ilmu
pengetahuan. Maklum balas para responden terhadap soalan-soalan terbuka di soal dalam sesi
temubual memberi gambaran yang jelas tentang kajian ini.

19
4.0 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Dapatan kajian ini berdasarkan kepada instrumen yang di gunakan iaitu kaedah temubual yang
akan di huraikan secara terperinci. Dapatan ini di peroleh dari satu sumber sahaja iaitu temubual
dan di analisis secara tematik. 4 orang responden terdiri daripada guru-guru yang menyambung
pengajian peringkat sarjana telah di temubual oleh penyelidik. Responden terdiri daripada guru
guru sekolah menengah dan semua perempuan. Mereka telah berkhidmat lebih daripada 10
tahun.

4.2 Dapatan Kajian

Keseluruhan perbincangan mengenai dapatan kajian ini akan dibahagi kepada dua
bahagian. Bahagian pertama akan membincangkan dapatan kajian bagi soalan kajian yang
pertama, manakala bahagian ke dua akan menjurus kepada soalan kajian yang ke dua.
Keseluruhan dapatan kajian dalam ini adalah hasil daripada temu bual keempat-empat
responden. Soalan kajian yang pertama adalah apakah faktor-faktor yang menyebabkan guru-
guru kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan soalan kedua
apakah kekangan-kekangan yang di hadapi oleh guru-guru yang berminat untuk menyambung
pelajaran peringkat sarjana. Dapatan kajian menunjukkan interpretasi penyelidik terhadap data
yang diperoleh hasil daripada temu bual yang dijalankan.

4.2.1 Persoalan Kajian

Soalan Kajian: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan guru-guru kurang berminat untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana.

20
Berdasarkan temubual yang di jalankan, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
responden kurang berminat menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Antaranya faktor
keluarga, rakan sebaya, persekitaran dan diri sendiri.

4.2.1.1 Faktor Keluarga

Berdasarkan kepada temubual keempat-empat responden mendapati faktor keluarga yang


menyebabkan mereka tidak menyambung pengajian. Ini kerana komitmen kepada keluarga yang
masih mempunyai anak kecil, anak yang ramai dan ibu bapa yang memerlukan sokongan
daripada anak-anak mereka. Responden berpendapat mereka sudah meningkat umur dan mereka
merasakan menyambung pengajian peringkat sarjana tidak penting. Anak-anak yang masih kecil
memerlukan kepada penjagaan kedua ibu bapa. Mana mungkin mereka meninggalkan anak
mereka yang masih kecil semata-mata untuk menyambung belajar. Semua responden terdiri
daripada orang pantai timur dan mereka menetap di utara semenanjung. Kesemua responden
merasakan apabila cuti sekolah mereka harus melawat ibu bapa mereka yang berada di pantai
timur.

4.2.1.2 Faktor Rakan Sebaya

Faktor rakan sebaya juga menyebabkan responden kurang berminat untuk menyambung
pengajian. Responden berpendapat, rakan sebaya mereka mengatakan menyambung pengajian
keperingkat sarjana tidak memberi manafaat kepada bidang perguruan. Ini kerana tiada
perbezaan gred antara yang mempunyai ijazah atau master di peringkat sekolah. Pengaruh inilah
yang menyebabkan ramai yang kurang berminat menyambung pelajaran, Responden juga
berpendapat rakan sebaya tidak memberi sokongan malah mengkritik apabila ada rakan-rakan
yang mahu menyambung pengajian peringkat sarjana.

4.2.1.3 Faktor persekitaran

Responden turut menyatakan bahawa terdapat faktor persekitaran mereka yang menjadi sebab
mereka kurang berminat untuk menyambung pengajian. Antaranya kurang motivasi daripada
keluarga. Apabila niat hendak menyambung belajar di utarakan kebanyakan mengatakan bahawa
dengan menyambung belajar tidak mendapat apa-apa faedah malah merugikan wang, masa dan

21
tenaga. Ini kerana ahli keluarga sendiri tidak memberikan sokongan menyebabkan mereka
kekurangan motivasi.

4.2.1.4 Faktor diri sendiri

Responden juga turut berpendapat faktor yang menyebabkan guru-guru tidak mahu menyambung
pengajian kerana faktor diri sendiri. Mereka merasakan masa lebih bernilai dengan melakukan
perkara yang mereka mahu lakukan. Antaranya mahu melancong ke luar negara, hobi membeli
belah bersama rakan-rakan dan keluarga, aktiviti sekolah yang banyak dan masalah kesihatan.

4.3.1 Persoalan kajian: Apakah kekangan-kekangan yang di hadapi guru-guru yang berminat
untuk menyambung pelajaran.

Beberapa kekangan yang di hadapi oleh guru yang yang berminat untuk menyambung pelajaran.
Antaranya ialah keluarga, kewangan, kerjaya dan kesihatan.

4.3.1.1 Kekangan Keluarga

Semua responden menyatakan mereka berminat menyambung pelajaran dari awal lagi tetapi
kekangan keluarga yang menyebabkan guru-guru yang berminat untuk menyambung pelajaran
membantutkan niat mereka. Tetapi mereka tetap menyimpan cita-cita untuk menyambung hingga
ke peringkat yang lebih tinggi apabila di beri peluang.

4.3.1.2 Kekangan Kewangan

Apabila menyentuh isu kewangan, kebanyakan responden berpendapat bahawa kewangan juga
menjadi punca mengapa guru-guru yang berminat hendak menyambung pengajian tetapi
menghadapi masalah kewangan. Responden mengatakan bahawa kewangan yang kurang stabil
pada awal menjadi guru menyebabkan mereka menyimpan sedikit demi sedikit untuk
menyambung pengajian. Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan guru-guru menyimpan hasrat
yang terpendam untuk menyambung pengajian. Yuran pengajian yang mencecah belasan ribu
menyebabkan guru yang berminat terpaksa menangguhkan dahulu minat mereka. Daripada segi
kewangan, dapatan kajian ini juga berbeza dengan kajian Sihes et al. (2006) terhadap guru yang
telah berkeluarga yang melanjutkan pelajaran, dimana masalah kewangan merupakan masalah
utama bagi guru yang melanjutkan pengajian. Majoritinya bersetuju bahawa mereka tidak

22
mampu membayar yuran pengajian tanpa pinjaman dan menghadapi masalah kewangan untuk
membeli keperluan bagi membuat tugasan. Seharusnya, masalah kewangan kini bukanlah
menjadi masalah utama untuk guru melanjutkan pengajian mereka kerana dasar-dasar kerajaan
serta perubahan yang dilakukan dalam bidang pendidikan kini telah memberikan pelbagai
insentif dan faedah untuk guru-guru yang ingin melanjutkan pengajian mereka seperti tajaan
yuran, kemudahan cuti bergaji sepenuh masa dan banyak lagi. Dengan pelbagai insentif yang
diberikan seharusnya meningkatkan minat guru-guru untuk melanjutkan pengajian mereka.
Minat mempengaruhi perubahan tingkah laku seseorang, dan minat yang tinggi mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar ( Yahya & Ismail, 2011). Minat terhadap sesuatu menyebabkan
individu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang diingini dan
mempelajari sesuatu yang baru (Jalil, 2014) dan dengan minat yang mendalam terhadap bidang
tugas akan mendorong seseorang melakukan kerja dengan lebih cekap (Ihkasan & Md Ab Patah,
2012).

4.3.1.3 Kekangan kerjaya

Kekangan kerjaya antara punca guru yang berminat tidak menyambung pengajian. Ini kerana
beban tugas di sekolah yang banyak menyebabkan mereka terpaksa melupakan keinginan
menyambung pelajaran. Dua responden mengatakan mereka terpaksa menanggung tugas di
sekolah apabila di berikan jawatan yang terlalu banyak.

4.3.1.4 Kekangan Kesihatan

Kesemua responden berpendapat masalah kesihatan juga menyebabkan guru yang berminat
terpaksa menangguhkan niat mereka untuk menyambung pengajian. Walaupun mereka berminat
tetapi mereka mahu menyambung pengajian di kawasan atau negeri yang mereka bekerja.

4.4 Rumusan

Berdasarkan data yang di perolehi hasil daripada temubual di dapati bahawa faktor-faktor yang
menyebabkan guru-guru kurang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana

23
adalah faktor penting bagi seseorang individu. Responden-responden dapat mengatasi kekangan
jika mereka memang berminat untuk menyambung pelajaran boleh.

5.0 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

Dapatan kajian yang telah di laporkan dalam bab 4 di bincangkan dan di rumuskan dalam bab
ini. Perbincangan dalam bab ini merangkumi perbincangan, rumusan, cadangan dan penutup.

5.1 Perbincangan Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini telah menjawab objektif kajian sebagaimana yang telah di sarankan di dalam
kajian ini dan huraianya adalah sebagaimana berikut:

5.1.1 Mengenalpasti faktor-faktor yang boleh memupuk minat guru-guru untuk menyambung
pelajaran ke peringkat sarjana.

Responden bersetuju faktor yang utama adalah kesedaran diri sendiri untuk menyambung
pelajaran di peringkat sarjana. Ini menunjukkan motivasi responden sangat tinggi untuk
melanjutkan pelajaran. Dengan kata lain responden memberikan maklumbalas mereka sanggup
melanjutkan pelajaran atas inisiatif sendiri untuk menambah ilmu pengetahuan. Ini bertepatan
dengan pendapat Siti Hawa Munji(1990) bahawa motivasi diri merupakan daya penggerak utama
yang menjamin kejayaan seseorang untuk mencapai matlamat.

Responden juga bersetuju bahawa dengan melanjutkan pelajaran mereka dapat


menentukan taraf profesion atau dengan bercita-cita untuk mennyambung hingga ke peringkat
doctor falsafah, Kesemua responden ingin memartabatkan bidang pendidikan dengan ilmu
pengetahuan yang tinggi.

Responden juga melanjutkan pelajaran kerana faktor pusat pengajian. Dari segi kaedah
pembelajaran guru-guru yang berminat untuk menyambung pelajaran kerana UIAM
menyediakan program cuti sekolah dan bukan hujung minggu. Apabila program cuti sekolah,
24
guru-guru boleh menguruskan masa dan masa dengan baik. Elemen lain juga kerana yuran yang
berpatutan memberikan impak yang tinggi dan menarik minat responden. Fleksibiliti dalam
pembayaran yuran juga penting bagi membolehkan guru merancang kewangan mereka. Tetapi
responden lebih bersetuju dengan dorongan dan semangat dari keluarga lebih penting dari
segala-galanya.

5.1.2 Mengenalpasti kekangan-kekangan yang di hadapi oleh guru-guru yang berminat


menyambung pelajaran.

Apabila kita menyentuh mengenai isu kekangan atau halangan ini, responden berpendapat jika
isu kekangan menjadi penghalang kepada minat untuk menyambung pelajaran mereka harus
meletakkan motivasi berada pada tahap yang paling tinggi. Siti Hawa Munji (1990) menyatakan
bahawa motivasi menerusi inisiatif diri merupakan daya penggerak utama yang menjamin
kejayaan sesorang untuk mencapai matlamat. Oleh hal yang demikian, dengan melanjutkan
pelajaran ke peringkat sarjana, responden berpendapat ilmu pengetahuan dapat di perolehi untuk
mencurahkan kepada anak bangsa. Di samping itu juga, ia dapat mempelajari sesuatu untuk
memberi impak yang positif dalam kerjaya mereka sebagai seorang guru. Guru yang berminat
untuk mempelajari sesuatu dengan rela hati akan lebih bersifat positif dan seorang yang
produktif dalam kerjaya.

5.2 Rumusan

Kajian mendapati guru akan mempunyai pandangan yang positif terhadap masa depan mereka
jika mereka berpeluang untuk menyambung pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Faktor
kendiri merupakan motivasi yang paling penting dalam membuat keputusan menyambung
pelajaran. Aspek-aspek seperti keyakinan bahawa ilmu adalah penting untuk memajukan diri dan
pembelajaran sepanjang hayat memainkan peranan dalam mengubah perspektif pemikiran
mereka untuk menyambung pengajian. Selain itu, sikap guru yang sanggup melanjutkan
pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi ini dapat dilihat melalui respon positif daripada
responden yang berpendapat melanjutkan pengajian tidak membebankan mereka dan penting
untuk kerjaya mereka sebagai guru. Melalui transformasi yang dilakukan dalam sistem

25
pendidikan terutamanya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran ia membuka lebih banyak
peluang peningkatan kerjaya guru-guru. Ini disokong oleh kajian Hashim (2011) dalam
kajiannya bahawa majoriti responden menyokong bahawa mereka ada masa depan dalam kerjaya
mereka sebagai guru. Ini kerana mereka merasakan bahawa mereka mempunyai harapan untuk
mendapat kenaikan pangkat yang lebih baik. Kemungkinan juga mereka merasakan kelebihan
dan potensi diri yang ada pada mereka membuka peluang kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Tambahan pula, sistem kementerian yang ada sekarang ini mempunyai dasar yang baik dalam
hal ini.

5.3 Rumusan bagi Keseluruhan Kajian

Kesimpulannya apabila di gabungkan kesemua faktor itu boleh di pupuk dengan adanya
motivasi.Oleh itu jika seorang individu mempunyai motivasi yang tinggi kesemua faktor itu
tidak menjadi halangan kepada mereka. Faktor keluarga, faktor persekitaran, faktor diri sendiri
dan faktor rakan sebaya bukanlah faktor yang utama jika individu mempunyai motivasi yang
tinggi untuk mencapai cita-cita dan mementingkan masa depan. Guru juga mempunyai tahap
pencapaian dan komitmen yang tinggi. Mengajar dan belajar adalah lumrah dalam profesion
keguruan. Sudah seharusnya sikap guru terhadap pembelajaran adalah positif dan tidak
merasakan belajar sebagai sesuatu yang membebankan dan membosankan. Oleh kerana itulah
guru-guru ini cenderung terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Sikap ialah satu keadaan
mental dimana seseorang itu sentiasa bersedia untuk bertindakbalas berdasarkan nilai-nilai
peribadi seseorang itu sendiri (Mohd & Hassan, 1997).

5.4 Implikasi Kajian

Implikasi kajian ini kepada guru-guru dan responden adalah tahap motivasi dan hubungannya
dengan minat berkait rapat antara satu sama lain. Secara tidak langsung implikasi kajian dapat
menambah dan mendorong mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
serta dapat menguruskan masa bekerja dan belajar dengan baik. Ini adalah wajar kerana setiap
guru seharusnya mempunyai azam yang kuat untuk menambahkan ilmu pengetahuan,
mengemaskini ilmu dan kemahiran untuk memastikan peningkatan profesionalisme guru sejajar
dengan perubahan semasa.

26
5.5 Cadangan Kajian

Kajian pada masa akan datang. Antara cadangan yang boleh disarankan ialah:
(i) Menjalankan kajian kualitatif terhadap aspek sikap, minat dan motivasi kerana kajian
berbentuk kualitatif lebih meluas dan boleh mengukur tahap kesediaan dengan lebih tepat.
Kajian bentuk kualitatif adalah lebih sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah spesifik. Ia
menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Prosesnya melibatkan perancangan,
tindakan, pemerhatian dan refleksi.
(ii) Kajian ini hanya melibatkan guru wanita sahaja. Maka cadangan lanjutan bolehlah melihat
kepada perbezaan tahap kesediaan dari segi umur yang lebih 20 mengajar, pengalaman mengajar
dan perbezaan jantina.

5.6 Penutup

Malaysia kini telah menyahut cabaran dengan menjadikan pendidikan setaraf dengan negara-
negara luar. Untuk menyahut cabaran teknologi yang semakin canggih, guru harus mempunyai
ilmu yang cukup untuk bersaing dengan globalisasi semasa. Bidang pendidikan membantu
manusia untuk lebih mempersiapkan generasi mencapai era revolusi yang lebih maju. Keadaan
ini memerlukan kesedaran yang tinggi bagi memperkembangkan dan mempertingkatkan setiap
aspek profesionalisme guru. Pembangunan profesionalisme guru bertujuan untuk
membangunkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang membolehkan guru mempunyai
kompetensi menjadi guru yang berkesan. Mereka sedar sebagai guru, melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi adalah penting untuk profesion dan mereka sentiasa bersemangat
untuk melanjutkan pengajian. Motif utama guru melanjutkan pelajaran adalah untuk
pembangunan profesional iaitu untuk meningkatkan prestasi kerja supaya dapat memberi
perkhidmatan pendidikan yang lebih berkesan (Muhamad & Mat Junoh, 2004). Pengetahuan dan
kemahiran guru dalam bidang pendidikan perlu sentiasa dikemaskini. Guru harus sedar tentang
tugasan dan amanah yang dipikul untuk mendidik anak-anak dan menghasilkan modal insan
yang berkualiti untuk pembangunan negara. Melalui minat yang dimiliki, seseorang pengajar
akan cuba meningkatkan profesionalisme mereka (Ihkasan & Md Ab Patah, 2012). Sikap guru-

27
guru yang ingin meningkatkan pengetahuan dan menjadi pendidik yang berkualiti menyebabkan
mereka bersedia untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Responden
bersetuju dengan melanjutkan pengajian, pengetahuan mereka akan meningkat, mereka tidak
akan ketinggalan dan menjadikan mereka pendidik yang berkualiti. Ini selaras dengan kajian
yang dilakukan oleh Abdul Wahab (2000) dimana dalam kajiannya, majoriti bersetuju bahawa
seseorang individu akan dipandang mulia dan dihormati jika mempunyai tahap ilmu yang tinggi.
Guru sebagai penggerak utama dalam sistem pendidikan seharusnya berupaya menyesuaikan diri
dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Guru seharusnya
mempertajamkan ilmu pengetahuan mereka supaya selari dengan perubahan semasa, dapat
menyampaikan ilmu-ilmu terbaru dan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri.

28

Anda mungkin juga menyukai