Anda di halaman 1dari 27

Topik  Ruang

2 Lingkup
Bidang
Komunikasi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan ruang lingkup komunikasi;
2. Menghuraikan bentuk komunikasi yang berbeza; dan
3. Menjelaskan kepentingan komunikasi dalam pelbagai konteks.

 PENGENALAN
Sejarah tamadun manusia mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang
komunikasi. Sejarah komunikasi bermula 2,000 tahun yang lalu di mana semasa
era Greek, ahli-ahli falsafah seperti Aristotle dan Socrates menganggap retorik
sebagai satu aspek penting dalam kehidupan sivil.

Pertengahan abad kedua puluh menyaksikan perkembangan pengucapan awam


sebagai akibat daripada isu-isu sosial semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.
Dari pengucapan awam, bidang komunikasi mula menyaksikan kesan
propaganda dan media terhadap orang ramai. Hasilnya, penyelidikan empirikal
(pembuktian secara saintifik) dalam bidang komunikasi telah dimulakan. Kajian
pada masa itu mengkaji pengaruh penceramah, kredibiliti dan kepimpinan serta
pujukan.

Dalam tahun 1960an dan 1970an, tumpuan telah diberi pada komunikasi antara
perorangan yang menggabungkan perspektif kemanusiaan dan saintifik
komunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

Ini termasuk komunikasi dalam keluarga, tingkah laku bukan lisan dan
pembuatan keputusan. Bermula dari tahun 1970an hingga tahun 1990an, pakar-
pakar mengalihkan perhatian mereka kepada perspektif kritikal dengan
mengkaji bagaimana bentuk komunikasi dan dibentuk oleh konteks sosial,
teknologi, sejarah dan politik yang berlaku pada masa tertentu (Wood, 2001).

Berdasarkan sejarah pembangunan komunikasi, kita dapat melihat bahawa


ruang lingkup komunikasi berlaku dalam pelbagai situasi seperti yang
diperlukan pada masa itu. Semua ini akan dirumuskan dan pelbagai perspektif
komunikasi yang akan dibincangkan dalam topik ini. Penerangan ringkas
mengenai ruang lingkup komunikasi akan membantu anda dalam memahami
subjek ini dengan lebih baik.

2.1 RUANG LINGKUP KOMUNIKASI


Terdapat beberapa jenis komunikasi. Ia adalah:
(a) Komunikasi Intraperibadi;
(b) Komunikasi Antara Peribadi/Perorangan;
(c) Komunikasi Kumpulan;
(d) Komunikasi Organisasi;
(e) Komunikasi Awam;
(f) Komunikasi Massa;
(g) Komunikasi Antara Budaya; dan
(h) Komunikasi Dalam Talian.

2.1.1 Komunikasi Intraperibadi


Fikirkan "apa yang anda boleh sumbangkan kepada negara", dan bukannya "apa
yang negara boleh sumbangkan kepada anda". Proses untuk memikirkan
jawapan kepada soalan ini dianggap komunikasi intraperibadi.

Komunikasi intraperibadi atau komunikasi kendiri (self-talk) adalah satu proses


komunikasi yang berlaku dalam diri individu. Anda juga boleh menganggap
konsep komunikasi intraperibadi serupa dengan berfikir. Ini kerana ia berkaitan
dengan proses kognitif yang berlaku dalam diri sendiri. Apa yang kita fikirkan
tetapi tidak disuarakan (verbalise) juga dianggap sebagai komunikasi. Proses
pemikiran ini berlaku dalam diri sendiri (intrapersonal), dan apabila seseorang
bercakap kepada diri sendiri, ia dipanggil monolog (lihat Rajah 2.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  33

Komunikasi intraperibadi sebenarnya adalah asas untuk semua jenis dan tahap
komunikasi antara manusia. Seperti yang kita lihat dalam banyak keadaan, kita
bercakap perkara-perkara yang ada dalam minda kita. Seseorang yang
berkomunikasi sesama sendiri melakukan aktiviti berfikir, pembelajaran,
memerhati, menilai dan membimbing tindakan yang akan diambil. Sama ada
secara sedar atau tidak, proses komunikasi intraperibadi berlaku dalam diri kita
sepanjang masa. Ini bermakna seseorang yang berkomunikasi sesama sendiri
sebenarnya berfungsi sebagai penerima-pengirim. Otak berfungsi sebagai
saluran, yang memproses apa yang difikir dan dirasai. Dalam komunikasi
intraperibadi, maklum balas berlaku apabila idea di bawah pertimbangan
ditolak, diterima atau diganti dengan yang lain.

Rajah 2.1: Proses komunikasi intraperibadi

Pernahkah anda mendengar tentang muhasabah diri? Sebenarnya, proses


berfikir ini berlaku dalam diri kita pada setiap masa. Kita sering kali berfikir
sama ada perlu untuk melakukan suatu perkara itu atau sebaliknya.

Selain memikirkan tentang sesuatu, kita juga berfikir mengenai artifak atau
peristiwa di sekeliling kita, dan kejadian yang sedang berlaku. Kita juga akan
memikirkan idea semasa perbincangan dan tentang diri kita. Secara tidak
langsung, proses ini melibatkan proses penilaian. Dalam kes ini, kita melihat diri
kita sebagai model yang menerima dan memproses mesej, menyimpan dan
mengimbas kembali mesej yang diterima. Kita sering menggunakan komunikasi
intraperibadi dalam proses mengingat atau mengharapkan sesuatu,
mempertimbangkan sesuatu, menenangkan diri dan membuat keputusan.
Sebagai contoh, Diana yang menerima bonus untuk prestasi kerja cemerlang
pasti akan berasa sangat gembira pada hari tersebut. Sebaliknya, Raimi, yang
ditinggalkan oleh teman wanitanya, tentu akan marah, kecewa atau berasa
muram pada ketika itu.

Seseorang yang berkomunikasi secara intraperibadi juga akan menyoal dirinya


sendiri, berfikir secara rasional dan membuat keputusan. Dalam kata lain,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

walaupun seseorang tidak berinteraksi dengan individu lain dalam komunikasi


intraperibadi, pengalaman lalu akan mempengaruhi atau menentukan apa yang
sedang difikirkan. Rajah 2.2 menunjukkan antara faktor yang mempengaruhi
komunikasi intraperibadi.

Rajah 2.2: Faktor-faktor yang mempengaruhi komunikasi intraperibadi

AKTIVITI 2.1
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi ketika
berkomunikasi secara intraperibadi? Senaraikan tiga cabaran yang
anda boleh jangkakan.

2.1.2 Komunikasi Antara Peribadi/Antara Perorangan


Sebahagian daripada kehidupan sosial melibatkan komunikasi antara peribadi.
Komunikasi antara peribadi adalah satu cabang komunikasi yang penting dalam
hubungan manusia. Secara ringkas, keupayaan untuk berkomunikasi secara
antara peribadi adalah penentu kejayaan atau kegagalan hubungan yang sedia
ada.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  35

Komunikasi antara peribadi diwujudkan apabila seseorang berinteraksi dengan


yang lain. Selalunya komunikasi antara peribadi melibatkan emosi. Sebagai
contoh, empati adalah sangat penting dalam memahami perasaan orang lain.

Komunikasi antara peribadi biasanya dirujuk sebagai dua atau lebih individu
yang berinteraksi secara bersemuka. Ia adalah satu proses yang membolehkan
seseorang untuk mengekalkan dan membina hubungan dengan orang lain. Ia
juga kadang-kadang boleh membawa konflik kepada hubungan yang telah
lama wujud. Komunikasi antara peribadi mungkin berlaku secara tidak formal
atau secara formal. Ini dapat dilihat dalam Rajah 2.3 di bawah.

Rajah 2.3: Komunikasi antara peribadi

Komunikasi antara peribadi juga disebut sebagai komunikasi diadik (dyadic


communication) yang unik kerana ia berlaku secara langsung, bersifat peribadi,
tidak formal dan berlaku secara spontan (Trenholm, 2001). Umumnya, ciri-ciri
asas komunikasi antara peribadi adalah ditunjukkan dalam Rajah 2.4.

Rajah 2.4: Ciri-ciri asas komunikasi antara peribadi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

(a) Komunikasi Bersemuka


Komunikasi bersemuka berlaku apabila dua individu berkomunikasi
secara bertentangan antara satu sama lain tanpa menggunakan saluran
perantaraan atau medium yang kompleks. Biasanya, komunikasi sebegini
berlaku secara spontan. Penghantar dan penerima komunikasi
menggunakan satu saluran perantaraan untuk mendapatkan maklumat,
mesej dan tindak balas yang dihasilkan. Dalam komunikasi seumpama ini,
tindak balas biasanya cepat dan pantas.

(b) Komunikasi Melibatkan Kedua-dua Pihak Memberi dan Menerima


Maklumat
Komunikasi antara peribadi adalah komunikasi dua hala, iaitu, melibatkan
dua orang yang saling menghantar dan menerima mesej antara mereka.
Sebagai contoh dalam Rajah 2.5, dua rakan di pejabat, Nazul dan Mustafa,
cuba untuk menyelesaikan masalah dan mengurangkan kekeliruan
mengenai perkara-perkara tertentu. Selepas mendengar isu-isu yang
dibangkitkan, mereka berdua akan cuba untuk memahami mesej yang
disampaikan. Jika Mustafa bertindak balas dan memberi pandangan beliau
mengenai perkara itu, maka perhubungan akan terjalin. Namun, jika Nazul
masih tidak berpuas hati dengan perbincangan itu, mereka pastinya akan
terus memberi jawapan tertentu sehingga mereka berjaya mencapai kata
sepakat sekali gus mencapai tujuan komunikasi. Contoh komunikasi antara
individu adalah individu yang berada dalam kalangan ahli keluarga,
rakan-rakan, jiran, guru atau rakan-rakan pejabat.

Rajah 2.5: Kedua-dua pihak memberi dan menerima maklumat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  37

(c) Jarak antara Kedua Pihak yang Berkomunikasi adalah Rapat


Dalam komunikasi antara peribadi, jarak antara kedua-dua individu
mestilah dekat. Ruang di antara mereka bergantung pada keselesaan
mereka dan juga perhubungan yang dibentuk. Sebagai contoh, jika kita
berbual dengan kawan-kawan rapat dan ahli keluarga, jarak di antara kita
adalah lebih dekat berbanding dengan orang asing atau kenalan baru. Jarak
ini sebenarnya menunjukkan keakraban yang wujud antara kedua belah
pihak.

(d) Maklumat yang Disampaikan Berbentuk Lisan dan Bukan Lisan


Komunikasi antara peribadi tidak semestinya secara lisan atau dalam
bentuk bertulis sahaja. Tindak balas juga boleh melalui pergerakan seperti
ekspresi muka, pergerakan badan atau nada suara. Isyarat yang
dipaparkan oleh seseorang semasa berkomunikasi adalah penting untuk
mengukuhkan hujah supaya mesej yang dihantar tidak diragukan. Sebagai
contoh, A menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan cadangan
perniagaan yang disediakan oleh B tetapi ekspresi wajah beliau
menunjukkan seribu tanda tanya. Tanpa keraguan, B merasakan bahawa A
berhasrat untuk meluahkan rasa tidak puas hati beliau mengenai kertas
cadangan yang dikemukakan. Kertas cadangan tersebut merupakan satu
komunikasi dalam bentuk bertulis, manakala respon yang diberikan oleh A
adalah komunikasi bukan lisan.

SEMAK KENDIRI 2.1

Buat nota ringkas mengenai ciri-ciri yang dilihat dalam komunikasi


antara peribadi.

„Otak yang berguna adalah lebih baik daripada seratus tangan yang kuat‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

2.1.3 Komunikasi Kumpulan


Komunikasi Kumpulan terdiri daripada interaksi antara individu yang berlaku
dari semasa ke semasa sehingga ia membentuk satu entiti. Komunikasi
kumpulan melibatkan interaksi bagi tujuan menyelesaikan masalah, membentuk
idea-idea baharu dan mendapat pengalaman baharu. Secara umum, ia
bermaksud bertukar-tukar dan menerima maklumat antara ahli kumpulan.

Komunikasi kumpulan, sama ada besar atau kecil, mempunyai elemen-elemen


menarik di mana ia berupaya untuk mengawal dan mempengaruhi operasi dan
aktiviti kumpulan itu.

Kita sedia maklum bahawa pada hakikatnya, manusia biasanya suka bergaul
sesama sendiri sehingga terbentuknya kumpulan sosial tertentu. Kumpulan
biasanya terdiri daripada 3 hingga 20 individu. Pembentukan kumpulan sosial
sama ada formal atau tidak formal, mempunyai peranan dalam memberikan
kepuasan dan kekuatan psikologi untuk menyokong masyarakat dan
persaudaraan yang rapat.

Komunikasi kumpulan ini boleh dilihat dalam kumpulan kerja, kumpulan terapi,
ahli jawatankuasa organisasi, kumpulan berorientasikan tugas, kumpulan
membuat keputusan dan kumpulan sosial. Dalam komunikasi kumpulan kecil,
tumpuan diberi kepada peranan dan tanggungjawab ahli kumpulan untuk
menguruskan konflik yang timbul atau menentukan agenda dalam mencapai
objektif kumpulan (lihat Rajah 2.6).

Rajah 2.6: Komunikasi kumpulan

Komunikasi kumpulan mempunyai lima ciri seperti yang disenaraikan dalam


Jadual 2.1 di bawah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  39

Jadual 2.1: Ciri-ciri Komunikasi Kumpulan

Interaksi Komunikasi diwujudkan melalui interaksi, manakala


rangkaian komunikasi yang dibentuk dan digunakan,
menyatukan ahli kumpulan. Hanya melalui interaksi, mesej
boleh dihantar dan dikongsi sebagai kumpulan yang mampu
untuk berfungsi dan membentuk kombinasi khas.
Bilangan ahli Bilangan ahli dalam kumpulan menentukan keperluan dan
dalam kumpulan kualiti perhubungan. Oleh kerana kumpulan menjadi lebih
besar, komunikasi akan menjadi lebih rumit. Mesej dan idea
untuk dikongsi bersama kadang-kadang mungkin mengalami
komplikasi.
Hubungan yang Perhubungan antara ahli dalam suatu kumpulan adalah unik
dikongsi dan berdasarkan kepada amalan, norma, perlakuan yang
diterima dan diikuti sehingga struktur yang stabil dan kukuh
terbentuk. Dalam kata lain, kesepakatan yang kuat wujud
dalam hubungan ahli kumpulan. Walau bagaimanapun, ini
bergantung pada komitmen dan penglibatan ahli-ahli dalam
aktiviti kumpulan.
Kesaling- Perhubungan antara ahli membentuk matlamat yang sama
bergantungan dalam kalangan ahli. Tindakan setiap ahli memberi kesan
kepada yang lain.
Identiti kolektif Setiap ahli menganggap dan merasakan dirinya sebagai salah
seorang daripada ahli kumpulan.

Komunikasi kumpulan sering menghadapi pelbagai cabaran komunikasi. Cabaran-


cabaran yang mungkin dihadapi dalam komunikasi kumpulan ditunjukkan dalam
Rajah 2.7.

Rajah 2.7: Cabaran-cabaran dalam komunikasi kumpulan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

Sebagai maklumat tambahan, anda boleh melawati laman web di


http://www.tp.edu.sgl/pblconference/full/mohammad

AKTIVITI 2.2
Pernahkan anda menyertai Pengakap atau Pergerakan Pandu Puteri?

Pada pandangan anda, apakah perbezaan antara kumpulan dan pasukan?

2.1.4 Komunikasi Awam


Pernahkah anda ke ceramah atau kuliah yang diadakan di tempat-tempat awam?

Apakah tujuan utama anda pergi ke sana?

Apakah objektif utama ceramah seperti yang dijalankan oleh pihak penganjur?

Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan menyampaikan maklumat


kepada sebilangan besar khalayak. Satu contoh ialah seorang penceramah yang
memberi ucapan motivasi kepada pelajar atau membentangkan kertas kerja di
satu seminar antarabangsa.

Terdahulu, komunikasi awam dikenali sebagai pengucapan awam. Ini adalah


kerana komunikasi awam berlaku di tempat-tempat awam seperti di dewan,
bilik kuliah, auditorium atau tempat di mana orang awam berkumpul. Dalam
komunikasi awam, penceramah adalah sumber maklumat dan penonton adalah
penerima.

Komunikasi awam berlaku secara rasmi dan mempunyai struktur yang tertentu.
Penghantar mesej tidak boleh berinteraksi dengan orang awam seperti dalam
komunikasi antara peribadi kerana jarak dan bilangan besar orang yang terlibat.

Komunikasi awam mempunyai unsur-unsur komunikasi sebagaimana dalam


jenis lain komunikasi: ada sumber dan penerima, mesej dihantar, saluran
komunikasi dan maklum balas (lihat Jadual 2.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  41

Jadual 2.2: Elemen-elemen Komunikasi dalam Pengucapan Awam

Elemen-elemen
Contoh
Komunikasi
Sumber  Pengucap (komunikator)
 Kadangkala bertindak sebagai penerima semasa sesi soal
jawab
Penerima  Pengucap (komunikator)
 Penonton
Mesej  Maklumat tentang topik yang disampaikan secara lisan
Saluran  Mesej melalui komunikasi bukan lisan
 Suara dan isyarat bukan lisan
 Alat bantuan seperti poster, slides, persembahan
PowerPoint
Maklum Balas  Tepukan gemuruh
 Isyarat bukan lisan oleh pengucap/komunikator
 Soalan-soalan yang dikemukakan
 Maklum balas bukan lisan oleh penonton

Pengucapan awam perlu dirancang terlebih dahulu. Untuk lebih berkesan,


beberapa faktor perlu diambil kira (lihat Rajah 2.8).

Rajah 2.8: Faktor-faktor penting dalam pengucapan awam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

Penceramah mesti tahu jenis khalayak yang mendengar ucapan. Analisis


penonton membantu penceramah untuk mengetahui latar belakang demografi
dan pasti akan membantu dalam memahami apa yang mahu diketahui dan
didengari. Penceramah juga boleh membuat andaian tentang reaksi penonton.
(a) Dengan mengambil kira tujuan ucapan, penceramah boleh memilih dan
memberi tumpuan kepada topik-topik yang sesuai dengan objektif yang
dikehendaki, sama ada untuk memberitahu, memujuk atau menasihati.
Selain itu, penceramah juga akan mempunyai peluang untuk menjalankan
kajian yang mencukupi untuk mengukuhkan hujah-hujah yang akan
dibentangkan kepada orang ramai.
(b) Lokasi ceramah.
(c) Masa yang diperuntukkan untuk memberi ceramah.

Pengetahuan tentang Apa, Siapa, Di mana dan Bila akan membantu penceramah
untuk membuat persediaan awal dalam menyediakan pengucapan awam yang
berkesan.

Komunikasi awam juga mempunyai beberapa ciri umum. Antaranya:


(a) Komunikasi yang berlaku secara bersemuka tetapi melibatkan bilangan
khalayak yang besar.
(b) Komunikasi berlaku di tempat awam.
(c) Komunikator menyampaikan ucapan formal yang dirancang dan
mempunyai mesej yang berstruktur.
(d) Komunikasi awam mempunyai objektif khusus. Mesej disampaikan dengan
tujuan memberitahu atau mempengaruhi. Khalayak juga mempunyai
peranan untuk mempengaruhi yang lain agar mereka mengubah fikiran,
nilai dan norma.
(e) Saluran yang digunakan dalam menyampaikan mesej menggunakan suara
yang boleh diterima dengan jelas oleh khalayak yang besar. Ini dibantu
oleh alat bantuan audio visual (gambar, brosur, slides PowerPoint).
(f) Interaksi dan maklum balas antara sumber dan penerima maklumat adalah
sangat kecil atau terhad. Ini dapat dilihat dalam reaksi khalayak ă semasa
dan selepas ucapan disampaikan.

Komunikasi awam adalah suatu yang tidak mudah untuk dilakukan. Cabaran
utama bergantung kepada sumber, iaitu komunikator. Ia adalah sukar untuk
memahami kehendak dan potensi orang ramai dari pelbagai latar belakang.
Ringkasnya, penceramah harus membuat persediaan awal mengenai topik yang
hendak disampaikan, di samping memahami penonton dan tahu tentang apa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  43

yang dianggap ucapan yang baik. Pertama sekali, penceramah mestilah


mempunyai kredibiliti. Mempraktikkan etika yang baik semasa menyampaikan
ucapan juga adalah penting dalam membuat ucapan awam yang berkesan.

SEMAK KENDIRI 2.2


Apakah langkah-langkah yang perlu dipertimbangkan sebelum
membuat pengucapan awam?

2.1.5 Komunikasi Massa


Komunikasi massa adalah satu bidang komunikasi yang mendapat perhatian
ramai dan kajian yang meluas. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan
komunikasi massa?

Ramai orang salah faham tentang maksud sebenar komunikasi massa.


Komunikasi massa kadang-kadang dirujuk sebagai komunikasi umum. Ia
berbeza daripada jenis komunikasi yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat
banyak definisi untuk menjelaskan makna sebenarnya.

Secara umum, komunikasi massa melibatkan proses perkongsian maklumat


dengan menggunakan pelbagai media perantara yang ditujukan kepada
penonton yang besar. Mediator di sini merujuk kepada fungsi media sebagai
saluran untuk menyampaikan mesej kepada penonton dan dikenali sebagai
media massa. Secara ringkas, komunikasi massa mempunyai ciri-ciri berikut:
(a) Terdapat perantara media antara sumber dan penerima maklumat.
(b) Khalayak komunikasi massa terdiri daripada sekumpulan individu yang
pelbagai jenis dan tingkah laku.
(c) Jarak di antara sumber dan penerima adalah jauh.
(d) Sumber tidak tahu siapa khalayak yang menerima maklumatnya.
(e) Komunikasi berlaku secara formal.
(f) Maklumat disediakan oleh sumber yang terdiri daripada individu-individu
tertentu atau sekumpulan individu (penerbit, pelakon, pengarah dan
penyunting).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

Beberapa perantara media massa disenaraikan dalam Jadual 2.3 berikut.

Jadual 2.3: Perantara Media Massa


Jenis Media Contoh
Media Cetak Buku, majalah dan akhbar
Media Penyiaran Radio dan televisyen
Media Digital Komputer, Internet, audio visual digital, permainan video DVD
dan laman web.

AKTIVITI 2.3
Komunikasi juga berlaku melalui media semula jadi. Berikan contoh-
contoh media semula jadi.

Dengan kewujudan perantara media, mesej boleh dihantar kepada khalayak


yang lebih luas di mana jarak di antara penghantar dan penerima tidak menjadi
penghalang. Sebagai contoh, jika pengguna media mahu mengetahui tentang
perkembangan ekonomi dunia atau politik, ataupun maklumat mengenai
persidangan terbaru pemimpin dunia, mereka boleh mendapatkan maklumat
tersebut melalui akhbar-akhbar cetak atau dalam talian atau televisyen.

Rajah 2.9: Contoh maklumat yang diperoleh daripada media massa


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  45

Mesej dalam komunikasi massa adalah sangat berstruktur dan diterima oleh
khalayak ramai. Media massa adalah pengganda besar maklumat dan berupaya
membentuk satu jaringan atau ÂsaluranÊ untuk menyebarkan maklumat.

Mengapa komunikasi massa dikatakan berbeza daripada komunikasi lain?

Komunikasi massa berbeza daripada lain-lain jenis komunikasi dalam aspek-


aspek berikut:
(a) Interaksi atau hubungan antara sumber dan penerima adalah sangat terhad
atau tidak wujud.
(b) Maklum balas terhad kerana pertukaran maklumat yang minima yang
kadangkala tidak wujud langsung antara sumber dan penerima.
Contohnya, surat kepada penyunting atau maklum balas kepada
Webmaster mungkin hanya dibalas selepas satu jangka masa yang lama.
(c) Mesej dihantar melalui perantara media dibentuk dan dicorakkan oleh
profesional yang bekerja dalam organisasi media tersebut sebagai
„pengampang (gatekeepers). Pengampang ini menentukan jenis mesej,
bagaimana ia dipersembahkan dan bila ia sepatutnya diberitahu kepada
orang awam atau pengguna media.
(d) Media massa mempunyai potensi untuk memberi impak kepada orang
awam dengan tujuan untuk memaklumkan, memujuk atau mempengaruhi
tingkah laku dan pemikiran.

SEMAK KENDIRI 2.3

Media massa dan komunikasi massa sering kali dianggap serupa.


Adakah telefon satu contoh perantara media massa?

Terdapat banyak kajian lanjutan mengenai kesan media massa kepada orang
ramai, model media massa, pemilihan media oleh khalayak yang memberikan
kepuasan, ekonomi dan pemilikan media, serta implikasi teknologi kepada
media dan orang awam.

Dalam era digital sekarang, komunikasi massa menghadapi pelbagai cabaran


dan menimbulkan isu mengenai peranan media dalam pembangunan teknologi
seperti isu etika, isu kawalan media, implikasi maklumat kepada khalayak sosial,
dan ledakan maklumat merentasi sempadan antarabangsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

2.1.6 Komunikasi Organisasi


Pakar-pakar telah memberikan pelbagai pandangan mengenai pengertian
komunikasi dalam organisasi, atau dikenali sebagai komunikasi organisasi.
Goldhaber (1986) melihat komunikasi dalam organisasi sebagai:
(a) Komunikasi yang berlaku dalam satu sistem yang kompleks dan
dipengaruhi oleh persekitaran, faktor dalaman dan luaran.
(b) Komunikasi yang melibatkan mesej dan alirannya, tujuan, hala tuju dan
media.
(c) Komunikasi yang melibatkan manusia, sikap, perasaan, perhubungan dan
kemahiran yang mereka miliki.
Mengapakah komunikasi organisasi dikaji dan dianggap sebagai cabang penting
komunikasi? Sama seperti jenis komunikasi yang lain, komunikasi organisasi
penting dalam menubuhkan satu organisasi yang ideal. Kepentingan komunikasi
organisasi dirumuskan dalam Rajah 2.10.

Rajah 2.10: Kepentingan komunikasi organisasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  47

AKTIVITI 2.4

Sekiranya anda bekerja dalam organisasi yang mempunyai skop


pengkhususan kerja yang berbeza, apakah jenis komunikasi yang anda
rasa sering diaplikasikan dan apakah bentuk hubungan yang mungkin
berlaku?

Komunikasi organisasi memberi tumpuan kepada aliran maklumat formal dan


tidak formal dalam konteks organisasi. Jenis-jenis komunikasi yang
dimaksudkan ini adalah:
(a) Komunikasi Ke Bawah (Downward Communication) ă aliran komunikasi
yang berlaku dari peringkat atasan yang berkuasa (kumpulan pengurusan)
ke peringkat bawahan (staf).
(b) Komunikasi Ke Atas (Upward Communication) ă aliran komunikasi yang
berlaku dari staf peringkat bawahan ke peringkat lebih tinggi (penyelia
atau supervisor).
(c) Komunikasi Mendatar (Horizontal Communication) ă perkongsian
maklumat dalam kalangan rakan sekerja dalam unit yang sama.
(d) Komunikasi Silang-Rangkaian (Cross-channel Communication) ă
komunikasi yang diwujudkan antara jabatan yang berbeza. Maklumat
dikongsi merentasi sempadan fungsional jabatan-jabatan dan antara orang
bawahan atau penyelia.
(e) Grapevine ă Aliran komunikasi tidak formal yang berlaku dalam rangkaian
yang tidak menentu (menegak, mendatar dan bersilangan). Penghantaran
mesej desas-desus ini bermula daripada interaksi antara staf tentang rahsia
yang dikongsi bersama dan dibincangkan. Mesej tersebar dengan cepat
tetapi kebenaran kandungannya sukar untuk dipastikan (Pace & Faules,
1989).

Setiap jenis komunikasi di atas mempunyai fungsi yang berbeza mengikut


kesesuaiannya. Saluran komunikasi yang efektif menentukan keberkesanan
mesej dan objektif dalam mengkoordinasi maklumat yang hendak disampaikan
dalam sesebuah organisasi.

Salah satu isu penting yang dibincangkan dalam komunikasi organisasi ialah
implikasi teknologi terhadap aliran maklumat. Kewujudan teknologi telah
mengubah struktur dan proses komunikasi organisasi pada masa kini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

2.1.7 Komunikasi Antara Budaya

AKTIVITI 2.5
Apa yang anda fikir telah menyebabkan revolusi IRC (Internet Relay
Chat)? Kemunculan IRC pada peringkat permulaan Internet suatu
ketika dahulu telah membolehkan manusia di seluruh dunia
berkomunikasi secara langsung merentasi sempadan geografi dan
masa. Komunikasi telah berkembang dengan meluas yang
membolehkan perbincangan yang interaktif. Apakah implikasi IRC
yang anda jangkakan pada masa akan datang?

Hampir setiap masa, seseorang indvidu melibatkan komunikasi dengan orang


lain. Tidak semua individu mempunyai latar belakang dan amalan yang serupa.
Keberkesanan komunikasi tidak bergantung hanya pada keupayaan seseorang
untuk bercakap secara lisan atau ekspresi melalui komunikasi bukan lisan. Tidak
semua interaksi dalam kalangan orang ramai mencapai objektif mereka.
Sebaliknya, faktor paling penting ialah untuk memahami corak komunikasi yang
melibatkan budaya yang berbeza. Hanya dengan memahami budaya orang lain
seseorang itu akan mampu menjangkakan, menyesuai dan mengasimilasi diri
dalam satu perhubungan yang bermakna dengan yang lain.

Rajah 2.11: Komunikasi antara budaya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  49

Komunikasi antara budaya adalah komunikasi yang simbolik dan telah


ditafsirkan (interpretative) yang dianggap sebagai satu proses kontekstual
kerana darjah perbezaan dalam kalangan individu yang berinteraksi. Ia adalah
proses komunikasi yang melibatkan ahli masyarakat yang berbeza budaya, adat,
peranan dan peraturan (lihat Rajah 2.11).

Gamble & Gamble (2002) melihat komunikasi antara budaya sebagai satu proses
pentafsiran dan perkongsian makna dengan seseorang dari latar belakang budaya
yang berbeza. Perbezaan dalam maksud budaya oleh Gamble dilihat dalam beberapa
corak, umpamanya komunikasi antara ras/kaum, komunikasi antara etnik,
komunikasi antarabangsa dan komunikasi antara budaya (lihat Rajah 2.12).

Rajah 2.12: Perbezaan budaya yang dimaksudkan oleh Gamble

Apakah halangan dalam usaha untuk menyesuaikan diri seseorang dalam


konteks perbezaan budaya? Cabaran-cabaran dalam komunikasi antara budaya
wujud kerana:
(a) Seseorang yang mengamalkan budaya yang berbeza menganggap apa yang
berlaku di sekelilingnya secara berbeza atau membuat perbandingan antara
budaya yang diamalkan dengan orang lain.
(b) Setiap budaya mempunyai penerimaan yang berbeza tentang peranan
seseorang.
(c) Setiap budaya mempunyai pandangan yang berbeza terhadap objektif yang
dianggap penting dalam kalangan ahli sesuatu budaya itu.
(d) Budaya mempengaruhi asas untuk identiti seseorang (Trenholm, 2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

SEMAK KENDIRI 2.4

Apakah cabaran yang dihadapi dalam komunikasi antara budaya?

Dalam komunikasi antara budaya, interaksi yang mudah boleh menjadi


kompleks kerana salah faham yang kerap timbul dalam interaksi pelbagai
budaya. Komunikator yang gagal untuk memahami budaya komunikator yang
lain dalam sesebuah interaksi dianggap sebagai tidak sensitif atau kadangkala
tidak sopan.

Salah faham budaya boleh menyebabkan seseorang kehilangan peluang untuk


membangunkan komunikasi yang baik dan ia juga boleh menambah ketegangan
pada hubungan.

AKTIVITI 2.6
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsanya, bahasa dan
budaya yang merentasi segenap pelusuk Negara. Apakah yang anda
faham dengan maksud budaya? Adakah bangsa mewarisi budaya
daripada satu generasi ke satu generasi atau berlaku penyesuaian
dalam kalangan masyarakat setempat?

2.1.8 Komunikasi dalam Talian


Dalam era teknologi komunikasi maklumat, komunikasi diwujudkan melalui
media elektronik. Apa yang paling nyata ialah ia telah menjadi isu yang paling
hangat dibincangkan dalam disiplin komunikasi.

Corak aliran maklumat tidak lagi sama seperti sebelum ini. Kaedah
menyampaikan maklumat digital kini mengambil alih kaedah konvensional.
Maklumat menjadi komoditi yang tidak lagi sukar untuk diperolehi. Kaedah
komunikasi telah dipelbagaikan selaras dengan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi. Mereka yang terlibat dalam komunikasi dalam talian
tidak bersemuka secara fizikal tetapi hanya melalui pengantara elektronik dalam
dunia siber. Perhubungan yang dibangunkan secara maya tidak menyalurkan
mesej secara lisan seperti dalam kes komunikasi bersemuka. Rajah 2.14, adalah
satu contoh kaedah komunikasi melalui perkhidmatan Internet. E-mel semakin
popular dalam menyampaikan mesej.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  51

Rajah 2.13: Contoh kaedah komunikasi melalui Internet iaitu E-mel

Percantuman teknologi menunjukkan gabungan teknologi komputer,


telekomunikasi, elektronik dan teknologi media massa. Internet, misalnya,
berperanan sebagai pengantara media kerana keupayaannya untuk mengakses
penonton secara meluas. Ini dapat dilihat daripada penggunaan laman web.

Internet mempunyai ciri-ciri komunikasi peribadi dengan penggunaan e-mel,


kumpulan sembang (chat group) dan kumpulan perbincangan elektronik.
Perbincangan dalam talian juga mempunyai kualiti yang sama untuk
komunikasi massa dan interaksi peribadi. Secara khususnya, komunikasi dalam
talian mampu menghubungkan individu atau kumpulan merentasi sempadan
ruang, jarak dan masa. Semua urusan dan interaksi antara ahli keluarga yang
tinggal di tempat yang jauh, pasangan yang dipisahkan oleh benua atau pelajar
yang berada jauh dari tutor mereka kini boleh berhubung melalui Internet
seperti e-mel sebagai perantara komunikasi.

Perkhidmatan yang disediakan melalui Internet bukan sahaja boleh membantu


golongan pengguna, malah ia menawarkan perkhidmatan yang lebih murah
berbanding kaedah komunikasi konvensional. Sesuatu kumpulan boleh
berkongsi maklumat menerusi papan buletin dan newsgroup. Ciri-ciri interaktif
teknologi komunikasi elektronik membolehkan seseorang individu atau
kumpulan untuk berinteraksi secara spontan melalui chatting. Hari ini, teknologi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

telah mengubah cara manusia berkomunikasi ă komunikasi bertulis kini


dilaksanakan secara dalam talian. Telefon bimbit juga telah mengubah kaedah
komunikasi lisan kepada penggunaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Sistem
Pesanan Multimedia (MMS).

Rajah 2.14: Kaedah komunikasi interaktif menerusi chatting

Walaupun teknologi komunikasi dan maklumat berpotensi merevolusi cara


manusia berkomunikasi, ia juga menimbulkan pelbagai cabaran dalam
hubungan seharian dan proses komunikasi. Ringkasnya, ruang lingkup
komunikasi boleh dirumuskan seperti dalam Rajah 2.15.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  53

Rajah 2.15: Ruang lingkup komunikasi

AKTIVITI 2.7
1. Berikan contoh situasi di mana berlakunya:
(a) Komunikasi intraperibadi
(b) Komunikasi antara peribadi
(c) Komunikasi awam
(d) Komunikasi kumpulan kecil

2. Apakah komunikasi formal dan komunikasi tidak formal dalam


sesebuah organisasi?

3. Terdapat banyak jurnal yang membincangkan isu-isu


komunikasi. Senaraikan 10 jurnal seumpamanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

Perkembangan dan Prospek Disiplin Komunikasi


Perkembangan awal bidang komunikasi bermula dengan kajian retorik dan
ucapan dalam komunikasi. Kajian dalam bidang komunikasi kebanyakannya
memberi tumpuan terhadap teori, aplikasi dan kesan bahasa lisan dan tingkah
laku bukan lisan terhadap komunikasi. Hari ini, bidang komunikasi berkembang
dengan meluasnya.

Pengetahuan komunikasi bukan sahaja terhad kepada satu kajian disiplin sahaja,
tetapi ia adalah satu bidang pengajian pelbagai disiplin yang mempunyai
hubungan erat dengan bidang pengajian lain. Sebagai contoh, dalam bidang
antropologi, ahli antropologi mengkaji hubungan dalam masyarakat dan sistem
komunikasi mereka. Dalam usaha pembelajaran bagaimana bahasa berkembang,
bidang komunikasi menyumbang kepada kajian manusia dan aktiviti
komunikasi yang berlaku. Dalam bidang psikologi pula, pengetahuan dalam
bidang komunikasi menyumbang untuk mengkaji proses perubahan sikap,
bersama-sama dengan bagaimana untuk memujuk, mempengaruhi, dan lain-
lain. Manakala dalam ilmu sosiologi, pengetahuan komunikasi membantu dalam
pemahaman dinamik kumpulan, mengkaji hubungan antara individu, konteks
kumpulan dan masyarakat. Oleh itu, pengetahuan dalam bidang komunikasi
boleh membantu anda menyumbang kepada bidang-bidang lain juga.

Komunikasi telah bercabang kepada bidang ilmu kewartawanan (media cetak


seperti akhbar, majalah dan buku-buku), penyiaran (radio, televisyen dan media
elektronik filem), pengiklanan, perhubungan awam, komunikasi politik,
komunikasi antara budaya, komunikasi antarabangsa dan komunikasi
pembangunan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah
menyumbang kepada satu lagi bidang, iaitu komunikasi multimedia.
Percantuman teknologi telah menyebabkan pelbagai kombinasi dalam bidang
penyiaran, teknik pengeluaran dan komunikasi dalam hubungan manusia.
Komunikasi dalam talian melalui Internet,webcasting dan kewartawanan dalam
talian adalah bidang yang semakin popular.

SEMAK KENDIRI 2.5

Apakah prospek kerjaya untuk seorang pelajar yang memilih untuk


belajar dalam bidang komunikasi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  55

Jadual 2.4: Jenis-jenis komunikasi


Jenis Komunikasi Tujuan Soalan Kemahiran
 Bagaimanakah  Meningkatkan
konsep kendiri „self-esteem‰,
dibentuk? memperbaiki
Bagaimana kesedaran diri,
konsep kendiri memperbaiki
mempengaruhi kebolehan
komunikasi? menganalisa
 Bagaimana dan
Untuk berfikir, menyelesaikan
Intraperibadi kebolehan
menganalisis, masalah,
menganalisa
Komunikasi bertindak menambah
dan
dalam diri sendiri balas dan kawalan diri,
menyelesaikan
bertaakul mengurangkan
masalah
diperbaiki dan tekanan dan
diajar? menguruskan
konflik diri.
 Apakah
hubungan
antara
personaliti dan
komunikasi?
 Apakah  Memperbaiki
keberkesanan keberkesanan
antara komunikasi
peribadi? antaraperibadi.
 Mengapa orang Menjalinkan dan
menjalinkan mempertahankan
hubungan? perhubungan
antara kekasih,
Untuk  Apakah yang
Antara peribadi keluarga dan
meneroka, mengikat
rakan-rakan.
Komunikasi berhubung, hubungan
antara dua kasih sayang,  Memperbaiki
mempengaruhi kebolehan untuk
individu dan membantu keluarga dan
rakan-rakan? menyelesaikan
masalah.
 Apa yang
memisahkan
mereka?
Bagaimana
hubungan
mereka boleh
diperbaiki?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

 Apakah ciri-ciri  Meningkatkan


yang ada pada keupayaan ahli
seorang ketua? kumpulan.
 Apakah antara  Memperbaiki
kualiti seorang kepimpinan.
ketua yang  Menggunakan
bagus? kumpulan
 Apakah untuk
peranan ahli mencapai
dalam objektif
sesebuah tertentu seperti
Untuk
kumpulan? menyelesaikan
berkongsi
 Apakah masalah.
maklumat,
Komunikasi perkara yang
bertukar idea,
Kumpulan Kecil paling baik
menyelesaikan
masalah dan yang
membantu. kumpulan
boleh capai dan
perkara yang
paling teruk
yang boleh
berlaku kepada
kumpulan?
 Bagaimana
sesuatu
kumpulan itu
boleh dijadikan
efektif?
 Apakah  Mengkomuni-
struktur kasikan
organisasi yang maklumat
paling sesuai dengan efektif.
untuk ucapan  Meningkatkan
pemujukan? keupayaan
 Bagaimana untuk
khalayak memujuk.
Untuk dianalisis  Menghasilkan,
Awam:
memaklum, secara berkesan mengurus dan
Komunikasi oleh mempengaruhi dan menghantar
seseorang kepada dan diadaptasikan mesej dengan
khalayak awam menghiburkan kepada situasi? lebih berkesan.
 Bagaimana
untuk
menghasilkan
idea terbaik
untuk
dikomunikasik
an kepada
khalayak?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  57

 Apakah fungsi  Meningkatka


media? n keupayaan
 Bagaimana untuk
media menggunaka
mempengaruhi n media
media? dengan lebih
Massa: berkesan.
Untuk  Bagaimana kita
Komunikasi menghibur, boleh  Meningkatka
dengan khalayak mempengaruhi mempengaruhi n keupayaan
penonton yang dan media? untuk
besar melalui mengawal
memaklumkan  Apakah cara
media/pengantara media,
untuk menapis
memahami
mesej dalam
pengaruh
media?
iklan dan
 Bagaimana kewartawana
iklan n yang tidak
beroperasi? objektif.

 Jadual di atas menerangkan beberapa jenis komunikasi yang menunjukan


bilangan peserta dalam proses komunikasi daripada seorang individu
(intraperibadi) hinggalah kepada khalayak yang terdiri daripada
ribuan/jutaan orang (massa) dan soalan serta kemahiran yang diperolehi.

 Terdapat pelbagai jenis komunikasi dan setiap satunya mempunyai ciri-ciri


dan fungsi yang berbeza.

 Ruang lingkup komunikasi terbahagi kepada intraperibadi, antara peribadi/


peorangan, kumpulan, organisasi awam, massa, antara budaya dan talian.

 Ruang lingkup bidang komunikasi menunjukkan bahawa proses komunikasi


tidak berlaku secara rawak; malah ia meliputi pelbagai konteks kehidupan
dan mempunyai tujuan yang jelas.

Antara peribadi Massa


Intraperibadi Publik
Komunikasi kumpulan kecil

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai