Anda di halaman 1dari 11

‫سورة قريش‬

Meor Shazril Aizal


Hidayah Center Ipoh
‫إليلف قريش۝ إليلفهم رحلة الشتاء والصيف۝‬
‫فاليعبدوا رب هذا البيت۝‬
‫الذى اطعمهم من جوع وءامنهم من خوف۝‬

• Oleh sebab kebiasaan aman tenteram orang-orang Quraisy


• (iaitu) kebiasaan mereka melakukan pelayaran pada musim sejuk
(ke Yaman) dan musim panas (ke Syam)
• Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan pemilik rumah
(Kaabah) ini
• Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk
menghilangkan lapar dan memberi keamanan daripada
ketakutan
Perhatikan susunan
ayat gabungan 2 surah
ini..
• Tidakkah engkau melihat bagaimana tuhanmu telah
memperlakukan pasukan bergajah?
• Tidakkah Allah telah menjadikan tipu daya mereka dalam
kegagalan? Sural
• Dan dikirimkanNya kepada mereka burung-burung Ababil al Fil
• Yang melempari mereka dengan batu dari Sijjil
• Maka jadilah mereka seperti daun yang telah dimakan
####################################################
• Oleh sebab kebiasaan aman tenteram orang-orang Quraisy
• (iaitu) kebiasaan mereka melakukan pelayaran pada musim
sejuk (ke Yaman) dan musim panas (ke Syam)
• Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan pemilik rumah Sural
(Kaabah) ini Quraisy
• Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk
menghilangkan lapar dan memberi keamanan daripada
ketakutan
Pendahuluan..
• Sangat berkait rapat dengan surah al Fiil & penerusan daripada
surah al Fiil (umar baca tanpa pemisah)
• Dalam surah al Fiil Allah mengingatkan orang2 kafir quraisy
tentang nikmat keselamatan di Mekah
• Allah bukan sahaja selamatkan Kaabah, tapi hancurkan terus
kekuatan tentera dari Yaman supaya tidak ganggu laluan
perdagangan
• Manakala dalam surah ini Allah mengingatkan mereka tentang
nikmat keselamatan mereka sepanjang berdagang
• Juga diingatkan nikmat makanan yang cukup & keselamatan yang
terjamin
Pendahuluan..
• Allah memberikan nikmat-nikmat besar yang
banyak supaya
– hati mereka lembut setelah terhutang budi kepada
Allah

– Mereka tidak disibukkan dengan perkara lain

– Supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada


ibadah kepada Allah
‫إليلف قريش۝‬
Oleh sebab kebiasaan aman tenteram orang-orang Quraisy

• Permulaan surah ini dikatakan agak ganjil kerana ayat pertama


seolah-olah menyambung ayat daripada surah yang lain (al Fiil)
• Kalimah ‫ إيلف‬bermaksud sesuatu yang menyebabkan kasih sayang
terbentuk antara 2 pihak dengan segera
• Kalimah ‫( قريش‬isim tasghir) bermaksud sesuatu yang mengumpulkan
orang daripada pelbagai tempat atau binatang besar dalam laut
• Orang takut kepada orang Quraisy kerana mereka dilihat sebagai
satu kaum yang dilindingi sesuatu yang kuat (peristiwa Abrahah)
‫إيلفهم رحلة الشتاء والصيف۝‬
(iaitu) kebiasaan mereka melakukan pelayaran pada musim sejuk (ke
Yaman) dan musim panas (ke Syam)
• Pengulangan kalimah ‫ إيلف‬adalah sebagai penegasan ayat pertama &
memfokuskan satu pertolongan berbanding pertolongan-pertolongan yang lain

• perkataan ‫ رحلة‬bermaksud perjalanan pergi balik yang jauh & memerlukan


seseorang membawa muatan yang sangat banyak – terdedah kepada perompak

• Didahulukan ‫ الشتاء‬kerana musim sejuk dikaitkan dengan lapar, perdagangan yang


kurang berhasil, begitulah sebaliknya

• Pada musim sejuk mereka pergi ke Yaman kerana negeri itu sangat panas,
manakala pada musim panas mereka ke Syam kerana musim panas di Syam
tidaklah begitu panas seperti di Yaman
‫فاليعبدوا رب هذا البيت۝‬
Maka hendaklah mereka menyembah
Tuhan pemilik rumah (Kaabah) ini
• Setelah banyak nikmat diberikan Allah
kepada mereka, maka Allah menuntut
mereka mengabdikan diri kepadaNya
• Banyak kelebihan dimiliki oleh kaum
Quraisy kerana adanya Kaabah
‫الذى اطعمهم من جوع وءامنهم من خوف۝‬
Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan
lapar dan memberi keamanan daripada ketakutan

• Mekah adalah kota yang kurang subur, namun


mereka diberi Allah kecukupan oleh Allah
• Mekah juga sebuah kota yang tiada pertahanan yang
kuat (peristiwa Abrahah), tapi mereka diberi
keselamatan
• Didahulukan kelaparan (‫ )جوع‬berbanding ketakutan
(‫ )خوف‬kerana kelaparan lebih dirisaukan orang
berbanding ketakutan
Rumusan..
• Kaedah terbaik bersyukur adalah dengan ibadah
• Kafir musyrik Mekah dikurniakan banyak nikmat,
namun mereka masih degil & kekal dengan
kekafiran mereka
• Allah yang memberikan makhluk rezeki (anak
burung baru lahir vs manusia)
• Kesyukuran akan mendatangkan nikmat yang lebih
banyak

Anda mungkin juga menyukai