Anda di halaman 1dari 2

Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan rasa sukacita kerana kita dapat

bersama-sama berkumpul walaupun secara maya sempena Majlis Pelancaran


Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2021.

Guru-guru, staf-staf dan anak-anak SMK Chenderiang yang saya kasihi dan
rindui sekalian,

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia bukanlah penghalang


untuk kita tidak melaksanakan amanah yang diberi. Tahniah dan terima kasih
saya ucapkan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah, Pusat Sumber,
Bidang Kemanusiaan dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung
dan tidak langsung dalam merealisasikan majlis ini. Hal ini membuktikan
bahawa SMKC mempunyai semangat berpasukan yang hebat dalam
menjalankan tugas yang diberi.

Kita seharusnya sedar bahawa tanpa sejarah, tidak ada kita hari ini.
Majlis sambutan ini wajar dilaksanakan setiap tahun sebagai satu usaha
menyuburkan semangat patriotik serta pembugaran jiwa generasi muda yang
berjati diri. Tema Malaysia Prihatin telah membawa konotasi mengambil berat,
bersama-sama bangkit dan berusaha berganding bahu membangunkan negara
seterusnya membanteras penularan wabak COVID-19. Sebagai contoh, anak-
anak yang cintakan negara, perlulah berusaha mendapatkan ilmu tidak kira apa
jua carapun. Janganlah jadikan pandemik COVID-19 sebagai satu halangan
untuk kita tidak mahu meneruskan sesi pembelajaran. Guru-guru, ibu bapa
perlu berganding bahu bersama-sama kita mendidik anak-anak kita dalam era
pandemik serba mencabar ini. Dengan keprihatinan, kebersamaan, serlahkan
kasih sayang kita dalam didikan, ambil berat, ambil tahu, cakna dengan

1
penglibatan anak-anak dalam PdPR. Keprihatinan ini perlulah kita sebarluas
agar kita berjaya memupuk rasa cintakan ilmu dalam kalangan anak-anak. Saya
juga mengharapkan agar Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini dihayati
sepenuh hati, menggalakkan penglibatan murid dalam aspek koakademik demi
membina peribadi dan kematangan.

Tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak yang saya kasihi,

Sempena kemerdekaan kita ke-64 pada tahun ini, sama-samalah kita


bermunajat, menzahirkan rasa syukur walaupun diuji kerana kita masih diberi
peluang untuk merasai hela nafas kita hingga ke saat ini dalam pandemik ini.
Kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan, siapa pula yang
terkorban asbab COVID-19, nikmati dan hayatilah erti kemerdekaan ini dengan
melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, guru, staf dan anak-anak
sebaiknya. Kita sumbang kepada negara keprihatinan kita dan seriusnya kita
melawan pandemik ini demi masa depan kita yang lebih baik.

Dengan lafaz bismillahi rahmanirrahim, saya merasmikan Majlis


Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan
Chenderiang pada tahun ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai