Anda di halaman 1dari 10

Takraw

Salam Sejahtera kepada semua pembaca,

Sepak Takraw,salah satu daripada permainan tradisional.Walaupun permainan tradisional sudah tidak diendahkan,Sepak Takraw tetap terkenal di kalangan remaja.Sepak takraw juga antara sukan yang disenaraikan dalam sukan olimpik.Ini bermakna,sukan Sepak Takraw masih dimainkan.Sukan ini sungguh terkenal di negara-negara asia terutama di Malaysia,Singapura,Brunei dan juga Thailand.Saya cukup senang apabila melihat para remaja seronok bermain sukan Sepak Tarkraw.Lebih senang apabila melihat bangsa lain juga seronok bermain permainan tradisional kita.Baiklah.Saya akan berkongsi sejarah tentang Sepak Takraw.

Permainan sepak takraw wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini.Bola sepak takraw diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Baiklah.Saya pasti bahawa semua remaja terutama lelaki tahu bagaimana hendak bermain sukan ini.Walaupun begitu,saya tetap akan menerangkan caracara bermain Sepak Takraw kerana tidak semua yang tahu bagaimana hendak main.Dalam permainan sepak takraw, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan

menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, pemain lawan mendapat satu mata dan perlawanan berterusan sehingga salah satu pasukan mendapat mata maksimum.Cara mainnya sunggu mudah.Ia seperti kita bermain badminton.Cuma sepak takraw tidak memerlukan raket dan sepak takraw dimainkan secara tiga orang satu kumpulan.

Ini sahaja yang saya boleh kongsikan kerana saya rasa tidak perlu saya terangkan dengan lebih lanjut kerana sukan ini sudah ramai yang tahu cara bermain.Baikla...terima kasih kerana membaca.

Sejarah & Cara -Cara Permainan Sepaktakraw


January 26th, 2009 Posted in Sepaktakraw, Sukan

Sejarah Sepak Takraw.

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta

ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan. Peralatan Sepak Takraw.

1. GELANGGANG 1.1 Ukuran gelanggangBerukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan). 1.2. Garisan GelanggangLebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurang-kurangnya 3.0m dari sebarang halangan. 1.3. Garisan Teras Garisan selebar 0.02m yang membahagaikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar. 1.4. Garisan Suku BulatanPada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m. 1.5. Bulatan Sepak Mula Bulatan sepakmula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang man pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m. 2. TIANG 2.1 Ukuran tiang Tiang mestilah menpunyai ketinggi 1.55m (1.45m untuk Wanita) dari permukaan gelanggang dan hendaklah cucup teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring. Ianya hendaklah diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04m. 2.2 Kedudukan Tiang Tiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras. 3. JARING 3.1 Jaring hendaklah diperbuat dari tali biasa atau nylon yang halus dengan siratan berukuran diantara 0.06m hingga 0.08m. Jaring hendaklah 0.7m lebar dan tidak melebihi 6.10m panjang dan pada kedua-dua hujungnya diletatkan pita 0.05m dari bahagian atas hingga

kebawah dan hendaklah dalam kedudukan sebaris dan menegak dengan garisan tepi. Pita inidinamakan pita sempadan. 3.2. Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah 1.52m (1.42m untuk wanita) tinggi dibahagaian tengah gelanggang dan 1.55m (1.45m untuk wanita) ditiang. a. 1.55m (1.42 untuk wanita) ukuran ditepi tiangb. 1.52m (1.45 untuk wanita) ukuran dibahagian tengah jaring. 4. BOLA SEPAK TAKRAW Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ianya diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika ianya perbuat dari rotan, lapisan ter

sebut mestilah mengandungi diantara 9 hingga 11 urat. Ukuran galis lilitnya mestilah diantara 0.42m hingga 0.44m (0.43m hingga hingga 0.45m untuk Wanita).

Berat bola sebelum dimainkan hendaklah diantara 170gm hingga 180gm (150gm hingga 160gm untuk Wanita). 5. PEMAIN PEMAIN 5.1. Sukan ini dimainkan oleh 2 Regu yang mana setiap Regu mengandungi 3 orang Pemain. 5.2. Salah seorang dari Pemain ini hendaklah berada dibelakang dan dinamakan Tekong.5.3. Dua orang lagi Pemain hendaklah berada di hadapan, seorang disebelah kiri dan seorang lagi disebelah kanan. Pemain disebelah kiri dinamakan Apit Kiri manakala yang berada disebelah kanan dinamakan Apit Kanan. 6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN 6.1. Pemain pemain hendaklah memakai Jersey/T-shirt dan berseluar pendek (T-shirt berkolar bulat dengan seluar sehingga paras lutut untuk wanita) dan berkasut sukan dengan tapak getah. Adalah dilarang pemain memakai seberang benda/pakaian yang boleh membahayakan Pasukan Lawan semasa pertandingan.Dalam keadaan cuaca sejuk, pemain-pemain dibenarkan memakai track suits. 6.2. Sebarang benda yang dipakai oleh Pemain dianggap sebahagian dari anggotanya. Jersey/T-Shirt mestilah dimasukan kedalam (seluar) 6.3. Sebarang alatan/benda yang boleh melajukan bola takraw atau membantu mempercepatkan pergerakan pemain tidak dibenarkan.6.4. Ketua Regu hendaklah memakai Arm Band dilengan kirinya. 6.5. Semua Jersey/T-Shirt hendaklah bernombor antara 1 hingga 15 dibahagian belakang.Setiap pemain mestilah diberi satu nombor tetap sepanjang kejohanan. Hanya nombor 1 hingga 15 dibenarkan untuk digunakan oelh setiap pasukan yang bertanding. Nombor ini hendaklah berukuran tidak kurang dari 19cm tinggi. 7. GANTIAN PEMAIN 7.1. Gantian Pemain dibenarkan pada sebarang masa asalkan ianya diminta oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi kepada Pengadil Rasmi dan semasa bola tidak didalam permainan.7.2. Setiap Regu dibenarkan membuat satu gantian sahaja. 7.3. Pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil semasa permainan, boleh digantikan asalkan gantian belum dilakuan. 7.4. Mana-mana pemain yang telah bermain atau diletakkan sebagai Pemain Simpanan dalam mana-mana Regu tidak dibenarkan bermain didalam Regu lain didalam pertandingan yang sama. 7.5. Mana-mana Regu yang mengandungi kurang dari 3 Pemain, tidak dibenarkan meneruskan permainan dan akan dianggap Kalah. 8. PEGAWAI-PEGAWAI Permain diuruskan oleh Pegawai-Pegawai berikut: I) I Pengadil Rasmi ii) 2 Pengadil iii) 6 Pengadil Garisan (4 digarisan tepi dan 2 digarisan belakang)Nota: Kedudukan 2 orang Pengadil Garisan untuk Gariasan Belakang hendaklah bersetentang dengan Pengadil. 9. UNDIAN DAN WARM UP Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian. Regu yang memengangi undian boleh memilih untuk Sepak mula atau Petak Gelanggang. Regu yang Sepak Mula hendaklah memulakan Warm Up selama 2 minit dan di ikuti oleh Regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja dibenarkan bergerak bebas didalam gelanggang dengan mengunakan Bola Rasmi.10. KEDUDUKAN PEMAIN-PEMAIN SEMASA SEPAK MULA 10.1. Semasa permain bermula, semua Pemain mesti berada didalam Petak masing masing dalam keadaan bersedia.

10.2. Tekong yang membuat Sepak Mula hendaklah sebelah kakinya berada didalam Bulatan Sepak Mula dan sebelah lagi kakinya hendaklah berada diluar Bulatan Sepak Mula untuk menyepak bola. 10.3. Kedua-dua apit Regu yang membuat Sepak Mula mestilah berada didalam Suku Bulatan masing-masing. 10.4. Pemain Regu Lawan bebas berada dimana-mana kawasan didalam Petak Gelanggangnya. 11. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA 11.1. Regu yang memilih untuk memulakan permainan hendaklah memulakan permainan set pertama. Selepas tamat set pertama, kedua-dua Regu hendaklah menukar petak dan permenang memulakan set kedua. 11.2. Campakan hendaklah dibuat setelah Pengadil selesai mengumumkan Mata Pertandingan. Jika mana-mana pemain apit melontar bola sebelum pengadil mengumumkan mata pertandingan,campakan semula hendaklah dilakukan dan amaran diberikan kepada pelontar bola. Semasa melakukan sepak mula, sebaik sahaja bola disepak oleh penyepak mula, semua pemain bebas bergerak didalam petak gelanggang masing-masing. 11.3. Sepakan Mula cuma sah jika ianya melepasi jaring samada ia menyentuh jaring atau tidak melalui diantara dua Pita Sempadan jatuh didalam Petak Gelanggang Pasukan Lawan. 11.4. Sepakan Mula boleh dilakuan oleh Tekong dengan apa cara sekalipun asalkan salah satu dari kakinya sentiasa menyetuh gelanggang didalam Bulatan Sepak Mula. 12. PERKARA PERKARA BATAL 12.1. Pihak Sepak Mula 12.1.1. Apit yang melontar bola, memain-mainkan bola (melambung, menghempas,memberi kepada apit lain dan lain-lain) selepas pengadil selesai mengumumkan mata pertandingan. 12.1.2. Mana-mana apit mengangkat kaki, memijak Garisan atau melepasi jaring atau menyentuh jaring semasa campakan bola dibuat. 12.1.3. Tekong semasa melakuan sepak mula, sebelah kakinya tidak menyentuh gelanggang atau memijak garisan bulatan sepak mula. 12.1.4. Tekong tidak menyepak bola yang dilontar. 12.1.5. Bola menyetuh Pemain Regunya sebelum melintasi ke petak gelanggang lawan. 12.1.6. Bola melintasi jaring tetapi jatuh diluar gelanggan. 12.1.7. Bola tidak melintasi ke Petak Gelanggang Lawan. 12.2. Peneriama Sepak Mula Melakuan tingkah-laku yang boleh mengganggu atau membuat bising atau ,menengking terhadap pihak lawan. 12.3. Kedua-dua Pihak semasa Permainan. 12.3.1. Memijak Garisan Tengah. 12.3.2. Mana-mana pemain yang menyentuh bola dikawasan lawan. 12.3.3. Mana-mana bahagian anggota Pemain memasuki kawasan lawan samada diatas atau dibawah jaring kecuali semasa follow-through 12.3.4. Memainkan bola lebih dari 3 kali berturutan. 12.3.5. Bola menyentuh tangan. 12.3.6. Bola melurut dianggota badan. 12.3.7. Memberhenti atau mengepit bola dibawah tangan/lengan, antara kedua-dua paha/kaki atau badan. 12.3.8. Sebarang anggota atau peralatan Pemain seperti kasut, pelilit kepala dan lain lain menyentuh jaring, tiang, kerusi Pengadil atau jatuh kekawasan lawan. 12.3.9. Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain lain benda. 12.3.10. Mana mana Pemain yang sengaja melambat-lambatkan permainan. 13. SISTEM KIRAAN MATA

13.1 Bila perkara batal dilakukan oleh semada bahagaian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula seterusnya. 13.2 Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah 21 mata. 13.3 Permainan dijalankan didalam 2 set dengan 2 minit rihat diantaranya. 13.4 Jika masing-masing Regu memengangi 1 set, permainan akan ditentukan didalam set ketiga yang dinamakan Tie Break deangan 15 mata. 13.5 Sebelum Pusingan tie Break bermula, pengadil akan membuat undian dan bahagian yang memenangi undian akan membuat sepak mula. tukar petak akan berlaku bila satu Regu mencapai 8 mata. 14. MASA REHAT Setiap Regu boleh meminta sekali time out selama 1 minit oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi bagi setiap set bila bola tidak didalam permainan. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan berada di garisan belakang.15. PERMAINAN TERGENDALA SEBENTAR 15.1. Pengadil boleh memberhentiakan permainan jika belaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera, tidak lebih dari 5 minit. 15.2 Pemain yang tercedera dibenarkan time-out cedera sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tersebut tidak berupaya meneruskan permainan, gantikan mestilah dibuat. Jika pasukan pemain yang tercedera telah membuat gantian, pasukan lawan akan dikira sebagai permenang. 15.3 Semasa tempoh pemberhentian permainan ini, semua pemain tidak dibenar meninggalkan gelanggang untuk minum atau mendapatkan tunjuk ajar. 16. TATATERTIB 16-1. Setiap pemain mesti mematuhi undang-undang permainan. 16.2. Hanya Ketua Regu dibenarkan menghampiri Pengadil sepanjang permianan. 17. HUKUMAN Perkara-perkara berikut perlu dihukum: 17.1. Menunjukkan bantahan dengan tutur kata atau kelakuan terhadap mana-mana Pegawai, mengenai sebarang keputusan dan kepada lain-lain Pemain atau penonton.17.2. Memaki atau menuturkan kata-kata kesat kepada Pegawai, Pemain atau Penonton.17.3. Melakuan perbuatan atau tindakan yang tidak sopan dengan maksud mempengaruhi sesuatu yang dinuat oleh pegawai.17.4. Meningalkan Gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.17.5. Memberi bola kepada Pasukan Lawan dengan kaki.17.6. Melakuan tingkah laku tidak sopan.17.7. Melanggar Perintah dan Undang-undang permainan.Pemain yang melanggar undang-undang (17) akan dihukum oleh pengadil. Pengadil boleh menggunakan kad-kad berikut:a. Kad Kuning Amaranb. Kad Merah Perintah Keluar Gelanggang.Kad Merah boleh dikeluarkan kerana kesalahan-kesalahan yang DISENGAJAKAN seperti:i) Masih bergedil dan berkelakuan buruk selepas diberi Amaran. ii) Berkelakuan ganas (seperti menyerang, menendang, meludah dan sebagainya)iii) Mamaki, mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat.Nota: Mana-mana Pemain yang diberi kad Merah hendaklah diarah Keluar Gelanggang dan tindakan tatatertib perlu diambil terhadapnya. Pemain berkaitan tidak boleh dibenarkan bermain dalam sebarang permainan sehingga dibenarkan oleh Lembaga tatatertib.

ASAL-USUL SEPAK TAKRAW Sepak Takraw dipercayai berasal dari peramainan Cina iaitu Cuju bermaksud menendang bola. Ia terkenal di Malaysia dan Thailand pada tahun 1400. Ia dikenali sebagai takraw dalam Thai. Dahulu ia dimain oleh pemuda dan kanakkanak berdiri dalam bulatan dan menimbag bola bergiliran. Apabila bola itu terjatuh pusingan itu tamat. Pada 1740 peraturan-peraturannya dikenalkan.Kemudiannya ia dimain dengan jaring memisahkan dua pasukan itu. Pada 1933, permainan itu dimain di Negeri Sembilan, Malaysia. CARA BERMAIN Ia mengandungi dua pasukan mengandungi 3 pemain. Satu belakang yang berdiri di belakang, sartu kanan dalam yang berdiri di kanan dan yang terakhir adalah kiri dalam yang berdiri di kiri. Sebuah bulatan di dilukis ditengah gelanggang. 1.Membaling syling dan siapa yang mmenang akan dapat pilih untuk memulakan dahulu atau memilih gelanggang mana mereka mahu. 2.Mulakan pertandingan itu. Mereka hanya boleh menggunakan kaki atau kepala mereka. 3.Untuk pasukan itu memenaagi sebuah mata , penentang mereka harus tidak dapat membawa kembali bola itu.

Sepak Takraw

1.0

PERATURAN AM

Secara amnya pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF). Sekiranya timbul perselisihan dari segi penafsirannya atau berlaku kejadian diluar dugaan, maka perkara tersebut akan diputuskan dengan:-

* Semua permasalahan am akan diputuskan berasaskan PERATURAN AM SUKAN ILJTM WILAYAH TIMUR 2009. * Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan didalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal yang dilantik oleh pihak penganjur. 2.0 PENDAFTARAN PESERTA Bilangan penyertaan pemain bagi setiap pasukan adalah 12 orang (3 regu) , 1 orang Pengurus dan 1 orang Jurulatih. Setiap pemain perlu didaftarkan mengikut nombor jersi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa pendaftaran. Pendaftaran pasukan hendaklah dilakukan pada malam taklimat sebelum kejohanan bermula bagi mengesahkan penyertaan dengan menghantar borang pendaftaran pasukan kepada pihak penganjur. Pendaftaran pemain hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan bagi setiap perlawanan selewat-lewatnya 15 minit sebelum sesuatu perlawanan bermula. Semua pemain hendaklah menyerahkan kad pelajar/kad kerja dan kad pengenalan kepada urusetia pertandingan bersama-sama dengan borang pendaftaran pemain. Pihak Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan berhak membatalkan mana-mana pasukan yang melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat di atas. SISTEM PERTANDINGAN Pertandingan akan mengandungi 3 Regu perlawanan jika seri 1 1, ianya akan dijalankan secara tertib menurut senarai regu atau barisan pemain-pemain yang telah diserahkan kepada urusetia pertandingan 10 minit sebelum sesuatu perlawanan berlangsung. Jika kedudukan seri 1 1, regu ketiga akan bermain untuk menentukan keputusan perlawanan. Semua pemain simpanan yang belum bermain dibenarkan untuk bermain untuk regu ketiga. Jika terdapat pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka semakan mata dalam set perlawanan akan diambil kira untuk menentukan pemenang. Pertandingan akan dijalankan secara liga pusingan berpasukan. Pasukan yang mengutip mata tertinggi akan dinobatkan sebagai johan. Hanya pengurus dan jurulatih sahaja dibenarkan untuk berada dibahagian tepi gelanggang semasa pertandingan dijalankan. Lain-lain peserta dan orang awam tidak dibenarkan sama sekali berada di tepi gelanggang semasa pertandingan dijalankan. Setiap pemain atau penyokong dilarang sama sekali mengeluarkan perkataan yang berunsur kata-kata lucah/kesat dan sebarang isyarat yang boleh menimbulkan kekecohan semasa perlawanan dilangsungkan maka pasukan tersebut akan dipertimbangkan untuk meneruskan perlawanan.

3.0

4.0

FORMAT KIRAAN MATA

Semua perlawanan akan dijalankan dengan kiraan mata 21 mata pada Set 1 dan 2 dan sekiranya kedudukan DEUCE (20-20) pasukan yang mendapat 2 mata seterusnya secara berturut atau pasukan yang mendapat mata 25 terlebih dahulu akan dikira pemenang. Perjalanan dijalankan didalam 2 set dengan 2 minit rehat diantaranya. Sekiranya kedudukan berakhir dengan seri iaitu 1 1 dalam set tersebut, ianya akan dilanjutkan ke set (TIE BREAK) dan kiraan mata adalah 15 sahaja. Sebelum pusingan Tie Break bermula, pengadil akan membuat undian dan bahagian yang memenangi undian akan membuat sepak mula. Tukar Petak akan berlaku bila satu regu mencapai 8 mata. Setiap regu/pasukan hendaklah sanggup bertanding lebih dari satu perlawanan dalam satu hari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 10 minit akan diberikan antara perlawanan Sila rujuk Jadual Kiraan Mata dibawah untuk kiraan mata pertandingan (Jadual 1) Jadual 1 : Menunjukkan Jadual Kira Mata Pertandingan : PERLAWANAN (PASUKAN) MENANG 2 - 0 MENANG 2 - 1 MENANG 1 - 2 KALAH 0-2 MATA 3 2 1 0

5.0 6.0

MASA REHAT Setiap regu boleh meminta sekali time out selama 1 minit oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi bagi setiap set bila bola tidak di dalam permainan. GANTIAN PEMAIN Gantian pemain dibenarkan pada sebarang masa asalkan ianya diminta oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi kepada Pengadil Rasmi dan semasa bola tidak didalam permainan. Setiap Regu dibenarkan membuat satu gantian sahaja. Pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil semasa permainan, boleh digantikan asalkan gantian belum dilakukan. Mana-mana regu yang mengandungi kurang dari 3 pemain, tidak dibenarkan meneruskan permainan dan akan dianggap KALAH. UNDIAN DAN WARM UP Sebelum permainan dimulakan, pengadil akan membuat undian. Regu yang memenangi undian boleh memilih untuk Sepak Mula atau Petak Gelanggang. Regu yang sepak mula hendaklah memulakan Warm Up selama 2 minit dan diikuti oleh Regu yang satu lagi. Hanya 4 orang sahaja dibenarkan bergerak bebas didalam gelanggang dengan menggunakan Bola Rasmi. PAKAIAN Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi bernombor untuk pertandingan. Pakaian hendaklah bersesuaian bagi setiap perlawanan dan tidak membahayakan kepada diri sendiri dan orang lain dalam regu tersebut. Ketua Pasukan/ Ketua Regu hendaklah memakai Arm Band @ Lilitan Tangan (Captain) dibahagian lengan kiri. Sebarang benda yang dipakai oleh pemain dianggap sebahagian dari anggotanya. Jersey/T-Shirt mestilah dimasukkan ke dalam (seluar). PERALATAN Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 biji bola takraw berjenama Gajah Mas 501/511. Setiap pasukan hendaklah menyediakan Arm Band (Captain) untuk setiap pasukan. Sebarang alatan/benda yang boleh melajukan bola takraw atau membantu mempercepatkan pergerakan


7.0

8.0

9.0

pemain tidak dibenarkan. 10.0 PENGADIL Pengadil disediakan oleh Pihak Penganjur. HUKUMAN Perkara-perkara dibawah akan dikenakan hukuman kepada pemain dan penonton jika melakukannya, antaranya:-

11.0

a. Menunjukkan bantahan dengan tutur kata atau kelakuan terhadap mana-mana pegawai, mengenai sebarang keputusan dan kepada lain-lain pemain atau penonton. b. Memaki atau menuturkan kata-kata kesat kepada pegawai, pemain atau penonton. c. Melakukan perbuatan atau tindakan yang tidak sopan dengan maksud mempengaruhi sesuatu yang dibuat oleh pegawai. d. e. f. g. a. b. a. b. Meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran Pengadil. Memberi bola kepada pasukan lawan dengan kaki. Melakukan tingkah laku tidak sopan. Melanggar Perintah dan Undang-undang Permainan Sepak Takraw. Pemain yang melanggar undang-undang (11) akan dihukum oleh pengadil. Pengadil boleh menggunakan kad-kad berikut:-

Kad Kuning Amaran Kad Merah Perintah Keluar

Kad Merah boleh dikeluarkan kerana kesalahan-kesalahan yang DISENGAJAKAN seperti:

Masih berdegil dan berkelakuan buruk selepas diberi AMARAN Berkelakuan ganas (seperti menyerang, menendang, meludah dan sebagainya)

c. Memaki, mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat. Nota: Mana-mana pemain yang diberi Kad Merah hendaklah diarah Keluar Gelanggang dan tindakan tatatertib perlu diambil terhadapnya. Pemain berkaitan tidak boleh dibenarkan bermain dalam sebarang permainan sehingga dibenarkan oleh Lembaga Tatatertib. 12.0 HAL-HAL LAIN

Regu/Pasukan yang terlewat 10 minit daripada masa yang telah dijadualkan akan dianggap memberi kemenangan kepada pihak lawan kecuali dengan alasan yang munasabah yang boleh diterima oleh pihak penganjur. Menarik diri (Walk Over) sama sekali tidak dibenarkan. Jika ini berlaku, pasukan tersebut akan dianggap kalah. Pembantu-pembantu teknikal yang bertugas akan dilantik oleh pihak penganjur. Segala keputusan yang telah dibuat oleh pengadil perlawanan adalah MUKTAMAD.

Anda mungkin juga menyukai