Anda di halaman 1dari 16

PENDAHULUAN

Institusi pemerintahan di Rusia memperlihatkan raja/maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan atau sokongan institusi pembesar . Golongan pembesar juga dikenali sebagai pemerintah yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentabiran yang diarahkan oleh raja/maharaja.

1. Di Rusia, pentadbiran raja pada era Moscow dan Dinasti Ramanov dibantu oleh Duma , Zemskii Sabor, dan Prikazi.

BADAN

CIRI-CIRI

Duma

Majlis penasihat tertinggi yang dianggotai oleh para bangsawan paling kanan dan bertindak menyelaras hal ehwal pemerintahan, membuat dan meluluskan dasar tertentu, dan sistem kehakiman. Namun, kata pemutus masih lagi di tangan raja
Majlis penasihat yang dianggotai antara 40-50 orang bangsawan tetapi kuasanya lebih rendah daripada Duma Jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan oleh Duma

Zemskii Sabor Prikazi

2. Pada zaman pemerintahan Peter The Great, beliau telah melakukan penyusunan semula sistem pentabiran . Pada tahun 1711, Duma dan Zemskill Sabor digantikan dengan Majlis Senate.

3. Majlis Senate mempunyai anggota 9 orang. Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Senate yang semakin berat. Pada tahun 1718, tanggungjawab membuat keputusan secara kolektif telah ditekankan oleh Peter. Prinsip ini dapat menggantikan Prikazi yang lebih memberi laluan kepada individu tertentu untuk membuat keputusan. 4. Pada pemerintahan Peter, banyak bangsawan telah berkhidmat dengan cemerlang dalam ketenteraan. Golongan bangasawan baharu ini memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kapada Peter. 5. Pada zaman Kiev dan Moscow, institusi gereja Kritisan Ortodoks memainkan peranan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi, dan politik. 6. Peter tidak menyenangi pembabitan institusi gereja dalam pemerintahan kerana beliau inginkan pembaharuan. Buktinya, Peter tidak melatik Patriarch baharu pada tahun 1700 dan selepas 21 tahun dalam pemerintahan , Peter memperkenalkan Holy Synod untuk mengambil alih peranan Patriarch. 7. Semasa pemerintahan Catherine, beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan gereja terpaksa bergantung kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini membolehkan raja mengawal kuasa gereja dan memperkukuhan pemerintahan diktatornya.

8. Dasar pemerintahan Alexander I pula mengambil pendekatan lebih bersifat liberal dalam segala perubahan yang dilakukan di Rusia. Alexander I telah melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi untuk menasihatinya dalam hal ehwal berhubung dengan dasar negara, dan menyokong dasar liberal yang dipegang oleh beliau dalam pemerintahan. 9. Pendekatan liberal diteruskan pada tahun 1809 apabila Alexander I telah memperkenalkan perubahan dalam pemilihan anggota Duma atau Parlimen.

a) Mencadangkan mengadakan Pilihan Raya untuk memilih anggota Duma. b) Mengadakan Pungutan Suara dalam kalangan masyarakat Rusia.

c) Amalan dasar liberal apabila Alexander I memberi hak kepada golongan petani dan hamba untuk menyatakan pandangan mereka tetapi dasar tersebut ditentang oleh golongan bangsawan.
d) Alexander I menghadapi permasalahan dengan Napoleon dan beliau bimbang perubahan dasar ini akan menyebabkan kurangnya sokongan daripada golongan bangsawan.

10. Pengisytiharan manifesto Oktober Nicholas II membolehkan Duma berfungsi sebagai Parlimen Rendah dan pemilihan keahliannya berdasarkan suara undian terbanyak masyarakat bukan dilantik oleh Tsar.

a) Duma pertama dibentuk dan sidang pertama diadakan pada bulan Mei tahun 1906. b) Keahilan yang pelbagai dalam Duma menyukarkan kerajaan Rusia untuk mentadbir empayarnya. c) Tsar masih mendapat sokongan daripada wakil prokerajaan dan beranggapan Duma masih di bawah pengaruh Tsar.

d) Oleh sebab itu, sering terdapat perbalahan keputusan kerajaan.


e) Nicholas II membubarkan Duma pertama. Pada bulan Mac 1907, Duma kedua ditubuhkan.

11. Pentabiran Alexander II dibantu oleh Dewan Perhimpunan Wilayah yang bertanggungjawab membantu Tsar dalam menentukan pentadbiran negara.

a) b)

Keanggotaanya terdiri daripada golongan bangsawan. Bagi mengawal golongan bangsawan dan Dewan Perhimpunan Wilayah, Alexander II telah meluluskan satu undang-undang pada tahun 1864, iaitu setiap daerah daripada 34 buah wilayah akan mempunyai majlis perundangan tempatan ( Majlis Daerah ) atau Zemstvo. Penduduk bandar dan kaum petani diberi peluang untuk memilih ahli Majlis Daerah atau Zemstvo. Ahli Zemstvo Daerah pula akan memilih Zemstvo Wilayah. Majlis ini akan bertanggungjawab memelihara jambatan, jalan raya, pendidikan, kesihatan awam, dan pemilihan pegawai undang-undang. Walaupun Zemstvo memiliki kuasa politik yang terhad, namun penubuhannya merupakan satu-satunya institusi separa politik yang bebas daripada kawalan biokrasi Tsar.

c) d) e) f)

12. Petadbiran daerah turut membantu Tsar dalam pemerintahan. Setiap daerah diletakkan di bawah pentadbiran Gabenor & Naib Gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat.

13. Alexander II mewujudkan sistem mahkamah yang berasingan demi memastikan keamanan dan kelangsungan petadbiran di Rusia.

a) b) c) d) e)

Beliau memastikan pentabiran hakim & majistret terasing. Rakyat harus menerima undang-undang yang sama. Kes-kes mahkamah dibicarakan secara terbuka dan mengunakan juri diperkenalkan. Perbicaraan mengenai perkara awam dan jenayah dipindahkan daripada tangan pegawai pentadbir kepada kuasa mahkamah. Terdapat jaksa pendamai, hakim daerah, dan sebuah Senat yang menjalankan tugas sebagai Mahkamah Rayuan.

14. Pentabiran kampung diserahkan kepada Komun / Mir / Majlis Kampung untuk memungut cukai ditetapkan.

a) b)

Tugas Komun menetukan jenis tanaman yang diusahkan dan berkuasa mengagihan tanah pertanian kepada petani tertentu sahaja. Komun melatih generasi muda sebagai persediaan khidmat tentera apabila diperlukan oleh Tsar.

15. Pentabiran Tsar-tsar di Rusia yang mengamalkan raja berkuasa mutlak dan menjalankan pemerintahan secara autokratik membawa kepada penubuhan Polis Rahsia Khas.

a)

b)

Tugasnya mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pemerintahan dan mengakap mereka yang mengkhianati Tsar, demontrasi masyarakat, dan mengawal jalan keluar masuk ke empayar Rusia Tugas Okhrana ialah menjadi pemberi maklumat dari kawasan luar bandar atau bandar, mendapat latihan khas, dan menyebarkan propaganda di Rusia dalam pemerintahan Nicholas II.

16. Tsar melatik beberapa menteri untuk merancang dan melaksanakan dasar ekonomi di Rusia

a)

Sergei Witte dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Pengangkutan, selepas itu dijawat jawatan Menteri Kewangan Rusia dan memberi keutamaan dalam pembinaan landasan kereta api. Contoh landasan kereta api St. Petersburg-Moscow, St. Petersbury-Warsaw, dan St. Peterburg-Nizhniy Novgorod pada tahun 1894. Perkembangan pembinaan membawa kepada pembangunan ekonomi dan peghijarahan penduduk untuk membuka penempatan baharu di Siberia.

b)

17. Tindakan Sergei Witte untuk menarik pemodal asing melabur di Rusia.

a) b) c) d) e)

Menstabilkan nilai semasa rouble. Menyekat kegiatan spekulasi. Menambah simpanan emas. Meningkatkan jumlah eksport hasil pertanian. Menguruskan pinjaman luar.

18. Perlantikan Peter A. Stolpin sebagai Perdana Menteri pada tahun 1906 dan telah memperkenalkan beberapa langkah untuk melakukan pembaharuan dalam bidang pertanian serta meningkatkan golongan pemerintah. 19. Pengukuhan ketenteraan membolehkan Tsar mempertahankan Rusia daripada berusaha ancaman Mongol, Tartar, dan Turki dan melaksanakan perluasan empayar

a)

Pada era pemerintahan Peter, beliau memperkukuhan kekuatan ketenteraannya dengan meningkatkan peruntukan ketenteraannya pada adab ke-18. Ketenteraan yang kuat membolehkan Peter menyerang Azov pada tahun 1696 dan berjaya menawan kubu tersebut daripada kekuasan tentera Tartar. Pertempuran The Great Northern War berakhir dengan Perjanjian Nystadit pada tahun 1721. Melalui perjanjian tersebut, Rusia mendapat semula Livonia, Estonia, Ingria, dan sebahagian Karelia.

b)

c)

20. Dasar pemerintahan yang diamalkan oleh Peter diteruskan oleh penggantinya, Catherine (1762- 1796). Catherine meneruskan dasar perluasan kuasa dan menambah wilayah Rusia. Antara yang berjaya ditawan ialah Krimea dari Turki dan sebahagian Poland. 21. Dasar perluasan pengaruh dan wilayah diteruskan oleh Nicholas I dan berjaya mendapatkan hak bagi kapal Rusia belayar dengan bebas melalui Persetiaan Adrianople serta Rusia mempunyai kuasa mengawal lalu lintas ke Laut Hitam melalui Persetiaan Unkiar Skelessi.

22. Rusia menjalankan dasar pentadbiran yang berbeza dalam kawasan empayarnya mengikut Tsar yang memerintah.

a) Nicholas I menjalankan pentadbiran autokratik dengan mengambil langkah yang bertentangan dengan perlembagaan Poland. b) Golongan bangsawan mengambil keputusan untuk menggulingkan Nicholas I tetapi beliau berjaya mengalahkan golongan bangsawan. c) Nicholas I memansuhkan perlembagaan pada tahun 1815 dan perjumpaan awam dan politik diharamkan. Universiti Warsaw ditutup, semua jawatan penting dalam negeri diambil alih oleh orang Rusia dan 80 000 orang Poland dibuang negeri ke Siberia.
23. Alexander I menjalankan pemerintahan liberal di Poland dan membolehkan Poland memerintah sendiri serta hanya Gabenor Rusia di Warsaw yang menjadi penghubung antara Poland dengan Rusia. Seterusnya, Poland mempunyai sebuah Perhimpunan Kebangsaan yang berkuasa secara langsung atas semua perkara yang berhubung kait dengan Poland. Alexander I juga berjanji memberi kebebasan agama dan hak bersuara kepada seluruh rakyatnya.

24. Tsar melantik beberapa menteri yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi yang akan membawa perubahan dalam ekonomi Rusia dan seterusnya meningkatkan kredbiliti pemerintahan Tsar.

a) Contohnya, Sergei Witte merupakan graduan dalam bidang matematik dan bertanggungjawab memajukan Rusia dalam bidang ekonomi perindustrian.

b) Nicholas II juga melantik menterinya yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan teknikal.
25. Kemerosotan kepimpinan Tsar turut menyumbang kepada kejatuhan menteri-menterinya. Tindakan Tsar pada 26 Feb 1917 memansuhkan Duma dan mempertahankan pemerintahan di Rusia tetapi Duma terus mengadakan persidangan. 26. Ahli Parlimen iaitu Blok Progresif yang dianggotai oleh golongan liberal iaitu Putera Lvov (1861-1925) dan Profesor Miliukov telah menubuhkan Kerajaan Sementara dan menuntut Tsar turun takhta serta membebaskan semua tahanan politik daripada penjara. 27. Nicholas II akhirnya bersetuju turun takhta pada 15 Mac 1917. Kejatuhan Tsar telah menjadikan negara Rusia sebagai sebuah republik pada Mac 1917.

Anda mungkin juga menyukai