Anda di halaman 1dari 9

Model Inkuiri

Apa itu Inkuiri?


Bermaksud menanya soalan, mencari maklumat
atau menjalankan penyiasatan.
Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan
pembelajaran melibatkan murid dalam memberi
pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka,
mencadangkan hipotesis untuk menguji,
mengumpul dan menyusun dan untuk menguji
hipotesis dan membuat inferens dan kesimpulan.
Ia merangkumi segala proses soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada
soalan, atau daripada masalah yang
dikemukakan.

Teknik inkuiri direka bentuk khusus untuk


memberi kebebasan dalam
penyelesaian masalah. Proses inkuiri
boleh melibatkan jangka waktu yang
pendek seperti satu atau dua jam atau
jangka waktu yang panjang seperti dua
atau tiga minggu. Proses inkuiri boleh
distruktur agar merangkumi beberapa
unit konsep. Pendekatan inkuiri juga
merupakan kaedah saintifik penyelesain
masalah berdasarkan model penemuan
terbimbing yang disarankan oleh John
Dewey.

Terdapat
lima
langkah
mendefinisikan masalah
inkuiri;
membentuk hipotesis

mengumpul data
menilai bukti menganalisis dan
menafsir data
membentuk kesimpulan

Antara kebaikan model


adalah arahan kendiri, memajukan kemahiran
inkuiri
pemikiran kritikal dan kemahiran pemikiran aras

tinggi.
Inkuiri bersifatkan murid di mana murid terlibat secara
aktif dalam pembelajaran. Ia menggalakkan
perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid
memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan
atau penjelasan yang berkaitan.
Perasaan ingin tahu akan membawa kepada inkuiri
seterusnya.
Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu
murid mengenal pasti masalah. Guru mewujudkan
persekitaran yang menjamin kebebasan untuk
meneroka dan mengadakan perhubungan manusia
yang baik serta memberi sokongan psikologi.
Terdapat pelbagai model inkuiri antaranya Model Inkuiri
Sains, Model Inkuiri Juris Prudential, Model InkuiriPenemuan dan sebagainya.

Model Inkuiri Sains

Ia melibatkan proses inkuiri yang bersifat


saintifik. Kaedah-kaedah berbentuk
saintifik digunakan digunakan bagi
melibatkan diri murid untuk menyelesaikan
sesuatu pemasalahan dan persoalan.
Antara langkah model inkuiri sains;
i. Mengenal pasti masalah
ii. Mencari maklumat rumusan
iii. Membuat hipotesis
iv. Menguji Hipotesis
v. Menilai dan membuat rumusan


Model Inkuiri Juris
proses inkuiri ini adalah berlandaskan kepada aktiviti perdebatan
Prudential
untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu. Sesuatu
masalah didebat bagi mendapatkan cara penyelesaian terbaik.
Inkuiri juris prudential ini terbahagi kepada:

Inkuiri terbimbing
guru membimbing murid-murid sebelum semasa dan selepas
menjalankan semua proses kajian. Ia sesuai untuk murid sekolah
Rendah dan sekolah menengah rendah

Inkuiri terbuka
murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan semasa proses kajian.
Dan ia sesuai untuk pelajar sekolah menengah atas dan lebih
tinggi

Ia merangkumi
semua aktiviti
Model
Inkuiri
merancang,
menyiasat, menganalisis dan menemui.Model
inkuiri ini memerlukan kemahahiran-kemahiran
Penemuan

membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri


yang utama untuk membentuk satu generalisasi
yang diharapkan.

Langkah-langkah Model Inkuiri Penemuan ialah;


Mengenalpasti topik kajian
Merancang strategi penyelesaian
Mengumpul maklumat yang berkaitan
Mengkaji dan menganalisis maklumat
Membual generalisasi atau rumusan

Implikasi Model Inkuiri Dalam


Proses
Pengajaran

Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap


kebolehan pelajar dan menyediakan bahan
pelajaran yang sesuai.
merancang langkah-langkah membentuk sesuatu
konsep, prinsip ataupun teori dengan jelas dan
teperinci
membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar
yang tepesong daripada objektif pelajaran
menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif
dalam proses inkuiri dengan guru memainkan
peranan sebagai pemudahcara yang berkesan
Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi
ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar.

Anda mungkin juga menyukai