Anda di halaman 1dari 10

WAN NUR ATIKA BINTI WAN HANAPI

176063

SINOPSIS
Kumpulan drama Diskusi Malam ini
menghimpunakan 8 buah drama beraliran
realisme yang disajikan dalam bentuk drama
pendek. Kesemua drama ini membawa tema dan
persoalan yang pelbagai, segar dan bersifat
baharu. Paparan kisah-kisah di dalamnya berkait
rapat dengan kehidupan manusia dan haiwan
yang ternyata menarik untuk diteroka. Penulis
juga berjaya mengangkat nilai dan pemikiran
yang ingin diketengahkan dengan begitu
mendalam dan berkesan sehingga mampu
membuatkan pembaca berfikir tenteng falsafah
di sebaliknya.

LATAR BELAKANG PENULIS


Guru
Anak sulung

Karya : Novel (Gerak


Hati), Kump. Cerpen
(Sayang Perahu Mudik
Hilir) dan Kump.
Drama (Diskusi
Malam)

MOH AZAM REZALI

Minat menulis,
berteater, menonton,
dan membaca. Suka
memerhati gelagat
manusia

Lahir di Kg. Pasir,


Setapak

UPSI, Tanjung
Malim

TEORI SOSIOLOGI
-

Teori sosiologi merupakan satu bidang sains sosial, tetapi mempunyai hubung
kait dengan kesusasteraan.

Sosiologi berkait rapat dengan aspek sejarah dan melibatkan latar sosial
masyarakat baik di dalam teks mahupun di luar teks.

Aspek-aspek teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, budaya


dan etika sosial dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi gaya
penulisan dan latar karya.

Auguste Comte (1798-1875) meletakkan sosiologi sebagai ilmu tertinggi dan


patut dipelajari, maka kritikan sastera dan penulisan teksnya turut
mempengaruhinya.(Abdul Halim Ali, 1998:4)

Teori ini memberikan penekanan kepada aspek-aspek sosial tentang bagaimana


seseorang rakyat atau individu seharusnya menjadi anggota masyarakat berguna
dan bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya.

ANALISIS TEKS KUMPULAN


DRAMA - DISKUSI MALAM
- Di dalam buku kumpulan drama Diskusi Malam ini banyak menekankan
aspek budaya masyarakat melayu di Malaysia. Budaya yang ingin
dibincangkan adalah dari aspek perlakuan manusia. Daripada perlakuan
manusia mendorong kepada beberapa aspek lain seperti norma, nilai,
peraturan, adat resam dan undang-undang.
- Namun, kisah-kisah yang dipaparkan di dalam buku ini menunjukkan norma
masyarakat melayu yang lebih ke arah negatif. Berikut adalah analisis bagi
setiap teks drama pendek yang dipilih:

ANALISIS TEKS
1) Api Barbeku
(Norma masyarakat yang menabur fitnah untuk kepentingan diri sendiri)
-

Api barbeku mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Zaman.


Zaman menjadi korban api barbeku apabila dia dikatakan mengedar dadah
untuk pembedahan anaknya. Api barkeku bermaksud fitnah.

Zaman lelaki yang baik tetapi terpaksa meringkuk di dalam penjara


disebabkan kesalahan orang lain. Dia dilabelkan pengkhianat, penipu dan
sebagainya. Zaman dikenakan hukuman mati atas perbuatan yang tidak
pernah dilakukannya.

Isu yang tersirat ingin diketengahkan oleh penulis :


i) keldai dadah
ii) perasaan dengki terhadap orang lain

2) Awan dan Mentari


(Norma masyarakat yang menabur fitnah untuk kepentingan diri sendiri)
-Drama ini mengisahkan tentang dua ahli meteorologi Puteri dan Zulazwan.
Mereka berkawan baik. Puteri mengikut Zulazwan pulang ke kampung
halamannya untuk menjalankan operasi pembenihan awan setelah beberapa lama
kampungnya tidak ditimpa hujan. Namun kedatangan Puteri ke kampung itu
mengundang ketidakselesaan Siti dan Ali. Mereka berdua sengaja
menyemarakkan api cemburu Leha iaitu tunang Zulazwan sehingga Leha
terpedaya untuk melakukan helah menghalau Puteri dari kampungnya.
-Isu tersirat yang ingin diketengahkan oleh penulis :
i) perasaan tidak senang dengan kejayaan orang lain
ii) suka membuat tuduhan tanpa usul periksa
iii) mempunyai prasangka buruk terhadap orang luar.

3)Diskusi Malam
(Norma masyarakat yang suka melakukan kerosakan)
-Diskusi Malam mengisahkan tentang 6 orang adik-beradik yang pergi
berkhemah di dalam hutan. Ketika mereka membahagikan tugas yang perlu
dilakukan, mereka diganggu dengan kelibat makhluk halus.
-Ketika Acik sedang berkawal, hantu Jerangkung dan Pontianak datang menegur
dan meminta Acik mengumpulkan adik-beradik yang lain untuk berdiskusi
tentang masalah manusia. Jerangkung dan Pontianak mewakili Persatuan HantuHantu Peribumi Asia Tenggara meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada
manusia.
-Isu tersirat yang ingin diketengahkan oleh penulis :
i) penebangan hutan yang berleluasa
ii) sikap manusia yang tidak suka berkongsi
iii) budaya manusia yang terlalu suka bersosial
iv) budaya buang bayi.

4) Tembelang
(Norma masyarakat yang suka mempercayai perkara tahyul)
-Drama pendek Tembelang ini mengisahkan tentang Dukun Hitam yang
mencari keuntungan dengan melakukan perkara-perkara khurafat iaitu
perbomohan. Dia sanggup mengikut kehendak pelanggannya untuk melakukan
apa sahaja asalkan dia mendapat keuntungan.
-Tetapi sebenarnya empat pelanggan wanita yang datang meminta untuk
menyantau sesama sendiri hanyalah helah untuk menyedarkan Dukun Hitam.
Pada malam hari pelanggan wanita tersebut datang menyamar sebagai Akal dan
Jiwa untuk menakutkan Dukun Hitam. Idea untuk mengenakan Dukun Hitam ini
adalah idea Jongos iaitu pembantu Dukun Hitam untuk memberikan pengajaran
kepada dia
-Isu tersirat yang ingin diketengahkan penulis :
i) masyarakat yang suka mempercayai perkara tahyul sebagai jalan
pintas.

PENUTUP
- Kesimpulannya, karya Moh Azam Rezali jelas sekali menyentuh aspek

budaya masyarakat di Malaysia. Melalui kumpulan drama Diskusi


Malam ini, pembaca dapat menyelami maksud tersirat yang ingin
disampaikan oleh penulis. Terdapat beberapa isu yang baharu
diketengahkan untuk difikirkan oleh masyarakat jalan penyelesaiannya.
Terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan ikhtibar kepada remaja
khususnya supaya gejala negatif dapat dibendung.

Anda mungkin juga menyukai