Anda di halaman 1dari 35

(Surah Al Fath, Ayat: 27)

27. Demi sesungguhnya Allah tetap


menyatakan benar RasulNya dalam perkara
mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar
iaitu sesungguhnya kamu tetap akan
memasuki Masjid Al-Haraam - Insya Allah
(pada masa yang ditentukanNya) - dalam
keadaan aman dengan mencukur kepala
kamu, serta kamu tidak merasa takut, itu satu
kemenangan yang dekat masa berlakunnya.
HUDAIBIYAH

Ialah sebuah kampung yang terletak berhampiran Kota


Mekah
Disitulah berlakunya perjanjian antara umat Islam dengan
kafir Quraisy Mekah
Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke- 6
hijrah
Dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena tempat
perjanjian tersebut
KAWASAN HUDAIBIYAH
FAKTOR MENDORONG RASULULLAH
DAN SAHABAT KEMBALI KE MEKAH

Rasulullah telah bermimpi mengunjungi


Baitullah, bercukur rambut, mengambil anak
kunci Baitullah dan wukuf di Arafah

Kedudukan umat Islam sudah kuat setelah


umat Islam berjaya mengatasi Musyrikin
Quraisy dalam beberapa siri peperangan dan
berjaya mengatasi ancaman Yahudi di
Madinah
Kekuatan Iman dan azam umat Islam untuk
menziarahi dan menghormati Baitullah

Perasaan rindu yang amat sangat terhadap


keluarga, sanak saudara dan tempat kelahiran
mereka di Mekah (setelah 6 tahun ditinggalkan)
PERSIAPAN MENGERJAKAN UMRAH
Lebih kurang 1400 membuat persiapan Umrah

Membawa bersama binatang al-Hadyu (unta, lembu,


kambing) untuk disembelih di Tanah Haram

Tiada membawa senjata kerana bukan untuk


berperang
Berusaha mengelak peperangan dengan memilih
penyelesaian secara berdamai

Rasulullah sentiasa bermesyuarat dengan sahabat


dalam membuat sesuatu keputusan ketika
perjalanan
Rasulullah juga berharap dapat diwujudkan
perdamaian di antara kedua-dua belah pihak satu
tempoh tertentu
Urwah ibnu Masud ialah Quraisy Mekah datang
berjumpa Rasulullah untuk berunding damai dengan
Rasulullah. Tetapi gagal mencapai sebarang
persetujuan
Urwah pulang dengan menasihati kaum Quraisy
Mekah agar menerima pendamaian tersebut
BAIATUR RIDHWAN

Sebelum perjanjian Hudaibiyah berlaku Rasulullah


mengutuskan Uthman bin Affan ke Mekah, untuk
berunding dengan pihak Quraisy Mekah

Beliau ditahan sementara waktu

Khabar angin mengatakan Uthman bin Affan telah


dibunuh
Rasulullah dan rombonganNya telah bermesyuarat
dan bersetuju membuat sumpah setia untuk
menuntut bela kematian Uthman bin Affan

Sumpah setia ini dinamakan Bai'atur Ridhwan /


Bai'atus Syajarah , sempena tempat janji setia itu
diadakan di bawah pokok bernama "Ridhwan"
(Surah Al Fath, Ayat: 10)
10. Sesungguhnya orang-orang yang memberi
pengakuan taat setia kepadamu (wahai
Muhammad - untuk berjuang menentang
musuh), mereka hanyasanya memberikan
pengakuan taat setia kepada Allah; Allah
mengawasi keadaan mereka memberikan taat
setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa
yang tidak menyempurnakan janji setianya maka
bahaya tidak menyempurnakan itu hanya
menimpa dirinya; dan sesiapa yang
menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya
kepada Allah, maka Allah akan memberi
kepadanya pahala yang besar.
Setelah itu Rasulullah mendapati khabar itu adalah
palsu

Setelah Quraisy Mekah mengetahui keputusan


rombongan Islam untuk membela kematian Uthman
bin Affan, mereka membuat keputusan
membebaskannya semula
SETIBANYA DI HUDAIBIYAH

Quraisy Mekah mengutuskan pula Suhail ibn


Amru
Bertujuan untuk perjanjian damai
Setelah disepakati lalu tertulislah perjanjian
tersebut
Perjanjian ini dikenali dengan nama perjanjian
Hudaibiyah, sempena tempat termetrinya
perjanjian tersebut
TERJEMAHAN
PERJANJIAN TERSEBUT
Ini suatu pendamaian atasnya " Muhammad bin
Abdullah " dan " Suhail bin Amru" supaya tidak
berperang /genjatan senjata selama 10 tahun.
Hendaklah bekerjasama diantara satu sama lain,
orang Quraisy yang lari ke pihak Nabi tanpa
kebenaran keluarga perlu dikembalikan. Sesiapa
/orang islam yang datang kepada Quraisy tidak
dikembalikan. Maka apabila orang islam
mendengar perkara itu, sebahagian mereka
menolak syarat ini.
HURAIAN PERJANJIAN HUDAIBIAH
Genjatan senjata antara kedua-dua pihak
selama 10 tahun

Umat Islam tidak boleh mengerjakan Haji pada


tahun itu tetapi dibenarkan pada tahun hadapan
dengan syarat tidak membawa peralatan perang
dan berada di Mekah tidak lebih daripada 3 hari

Orang Mekah yang memasuki Madinah tanpa


kebenaran keluarganya, hendaklah dihantar
pulang ke Mekah walaupun telah memeluk Islam
Sambungan

Jika orang Madinah datang ke Mekah tidak perlu


dihantar pulang ke Madinah

Kedua pihak tidak boleh mencuri mengkhianati dan


memungkir janji

Kedua pihak tidak boleh membantu mana-mana


kaum yang bersengketa berperang
Sambungan

Orang Islam Madinah dan orang Quraisy Mekah


dibenarkan membuat perjanjian damai dengan
mana-mana kaum

Pada dasarnya perjanjian ini berat sebelah,


ramai dikalangan para sahabat yang tidak
bersetuju dengan perjanjian itu tetapi demi
mentaati pemimpin, mereka akur. Hal ini dalam
jangka masa panjang, telah memberi banyak
faedah kepada umat Islam
SEBAB BERLAKU PERJANJIAN
HUDAIBIYAH
Ketaatan dan kepatuhan sahabat kepada
kepimpinan Rasulullah

Sikap umat Islam yang cintakan keamanan dan


berusaha mengelakkan peperangan

Kebijaksanaan Rasulullah mengatur strategik


menghadapi kaum Musyrikin Quraisy
Sikap toleransi Rasulullah dan sahabat

Keputusan Rasulullah dan sahabat untuk


mengerjakan umrah dihalang
KESAN-KESAN PERJANJIAN
HUDAIBIAH

Perjanjian Hudaibiah merupakan pengiktirafan rasmi


kaum Quraisy terhadap Rasulullah, umat Islam serta
kewujudan sebuah negara Islam

Persetujuan mengadakan gencatan senjata telah


digunakan oleh Rasullullah untuk menyebarkan
dakwah
Dakwah Islam disebarkan kepada raja Parsi,
Habsyah, Mesir. Islam juga disebarkan di Mekah dan
luar mekah

Ramai orang Quraisy telah memeluk Islam termasuk


panglima Quraisy yang terkenal iaitu Khalid al-Walid
Memberi peluang kepada orang Islam bergaul bebas
dengan kabilah-kabilah arab dan menyebarkan
Islam kepada mereka

Telah membuka jalan kepada pembebasan Mekah


daripada orang Quraisy
Orang Islam dan orang Quraisy dapat berinteraksi
antara satu sama lain
Membuka peluang kepada umat Islam Madinah untuk
menyusun strategi untuk membebaskan Mekah dari
cengkaman jahiliyah
Dapat menghindar dan mengelakkan pertumpahan
darah antara kedua pihak
Ramai orang kafir Quraisy memeluk agama Islam
secara terang
Orang Islam Madinah yang masuk ke Mekah, tidak
perlu dihantar pulang ke Madinah

Pihak Musyrikin Mekah & Islam Madinah boleh /


bebas membuat perjanjian dengan mana-mana
pihak yang mereka sukai
HIKMAH PERJANJIAN HUDABIAH
Dengan adanya perjanjian ini maka secara tidak
langsung pihak kafir Quraisy telah mengakui
kewujudan dan kekuatan kerajaan Islam Madinah

Hasil daripada perjanjian ini jugalah umat Islam


bertambah dan keimanan umat Islam dapat
dimantapkan melalui majlis ilmu dan dialog
bersama-sama Rasulullah dan sahabat
Terhindar pertumpahan darah antara orang Islam
dan Musyrikin Quraisy

Faktor utama pembukaan Kota Mekah

Orang Islam dan Musyrikin Quraisy bebas


berinteraksi

Orang Islam bebas berdakwah

Ramai kaum Quraisy memeluk Islam secara terang-


terangan
TINDAKAN SUSULAN SELEPAS
PERJANJIAN
Pada tahun ke7 Hijrah Rasulullah menghantar
utusan kepada Qabilah sekitar Madinah untuk
memeluk Islam yang dinamakan Sariyyah"

Memantapkan kedudukan negara Islam Madinah


dan bersedia kembali semula ke Kota Mekah apabila
mendapat peluang
SURAT RASULULLAH
DAN COP RASMI
ORANG QURAISY MELANGGAR
PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Peristiwa ini berlaku apabila Bani Bakr dalam
naungan Quraisy Mekah menyerang Bani Khuzaah
dalam naungan Islam pimpinan Rasulullah

Serangan Bani Bakr dibantu pihak Quraisy Mekah

Tindakan ini menimbulkan kemarahan orang Islam


kerana dengan pertolongan itu, pihak Quraisy telah
melanggar perjanjian Hudaibiyah yang telah
dipersetujui
Serangan itu juga menyebabkan hampir 20 orang
daripada Bani Khuzaah terbunuh

Amru bin Salim bersama rakannya daripada Bani


Khuzaah bergegas ke Madinah untuk memberitahu dan
meminta bantuan daripada Rasulullah

Mereka begitu menyesal lalu menghantar Abu Sufian bin


Harb bertemu Baginda untuk merayu dan memohon
maaf

Rasulullah SAW dan sahabat tidak menghiraukannya,


beliau pulang dengan perasaan hampa dan kecewa ke
Mekah

Anda mungkin juga menyukai