Anda di halaman 1dari 18

2.

Pembangunan Kurikulum
Rasional Pembangunan Kurikulum
Pendidikan yang berkesan dan berjaya diperolehi
melalui perancangan yang rapi. Tanpa
perancangan, kecelaruan, pertindihan dan
pergeseran akan berlaku ketika melaksanakan
aktiviti-aktiviti kurikulum. Biasanya, para
pendidik di sekolah akan membangunkan satu
rancangan induk sebelum menjalankan program-
program yang dilaksanakan dalam sesebuah
sekolah.
Pembangunan Kurikulum
Rasional Pembangunan Kurikulum
Membuat perubahan kepada kurikulum sedia
ada, contohnya untuk memasukkan
pengetahuan yang baru ditemui atau yang
dianggap penting. Atau kerana perubahan
dari segi struktur sekolah, atau kerana
penerapan kaedah-kaedah pengajaran yang
baru.
Konsep Pembangunan
Kurikulum
Istilah/konsep pembangunan kurikulum merupakan
istilah/konsep yang komprehensif dan mencakupi di
dalamnya istilah-istilah/konsep-konsep perancangan
kurikulum, pembaikan kurikulum (curriculum
improvement), dan penilaian kurikulum.
Pembangunan kurikulum selalu membawa maksud
perubahan dan pembaikan, oleh kerana itu istilah
curriculum improvement dikatakan sebagai sinonim
kepada istilah pembangunan kurikulum, walaupun pada
sesetengah kes, pembaikan dilihat sebagai hasil
daripada pembangunan kurikulum (Oliva 2005, pg. 22).
Konsep Pembangunan
Kurikulum
Perancangan kurikulum merupakan fasa awal pembangunan
kurikulum di mana penggubal kurikulum akan membuat
keputusan dan tindakan untuk memantapkan satu pelan
yang akan dilaksanakan oleh guru dan pelajar.
Perancangan merupakan fasa berfikir atau fasa reka bentuk
kurikulum.
Pelaksanaan kurikulum merupakan terjemahan pelan kepada
tindakan.
Penilaian kurikulum merupakan fasa di mana kejayaan atau
pencapaian kurikulum ditentukan (Oliva, 2005, pg. 23)
Tahap-Tahap Pembangunan
Kurikulum
Peringkat Kebangsaan (Pusat Pembangunan
Kurikulum)
Peringkat Negeri
Peringkat Daerah
Peringkat Sekolah (Pengetua)
Peringkat Individu/Guru
Model-Model Pembangunan
Kurikulum
2 jenis/kategori model yang utama;
Model Pendekatan Teknikal Saintifik
Model Pendekatan Bukan Teknikal-Bukan
Saintifik
Model Pendekatan Teknikal-
Saintifik
Pendekatan ini pada dasarnya melihat perkembangan
kurikulum sebagai satu pelan/rancangan/blueprint yang
menyusun persekitaran pembelajaran dan menyelaraskan
unsur-unsur personel/sumber tenaga manusia, bahan-
bahan dan peralatan.
Pandangan teknikal-saintifik membolehkan anda
memahami istilah kurikulum daripada pandangan yang
luas atau makro dan memahaminya sebagai unit yang
kompleks yang terdiri daripada bahagian-bahagian kecil
yang berfungsi secara bersepadu untuk mencapai fungsi
yang sama iaitu mendidik manusia.
Model Pendekatan Teknikal-
Saintifik
Model-model dalam pendekatan ini menggunakan
paradigma jalan-hasil (means-end paradigm).
Model-model ini dibentuk berdasarkan rasional dan
sensing/ilmu deria (technological rationality)
Proses pembangunan kurikulum mempunyai tahap
keobjektifan, keuniversalan dan logik yang tinggi
(contoh: objektif pengajaran didefinisikan dengan
jelas dan dicapai secara linear/lurus).
Program yang direka bentuk berdasarkan model ini
boleh dinilai hasilnya.
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Tyler)
Tyler menekankan bahawa mereka yang terlibat dalam
pembangunan kurikulum mesti berusaha untuk
mengenalpasti dan mendefinisikan:
1. Tujuan sekolah (purposes of the school)
2. Pengalaman pembelajaran berkait dengan tujuan
sekolah (Educational experiences related to the
purposes)
3. Organisasi pengalaman pembelajaran (Organization of
these experiences)
4. Penilaian (Evaluation of the purposes)
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Tyler)
Tujuan/Objektif umum diperoleh daripada tiga
sumber; pelajar, masyarakat dan subject
matter/mata pelajaran. Objektif umum ini
seterusnya dihalusi dan ditapis melalui 2 tapisan
iaitu falsafah sekolah dan psikologi pembelajaran.
Tyler menyarankan agar pemilihan pengalaman
pembelajaran dilakukan dengan mengambil kira
pengalaman lampau dan pandangan pelajar
berhubung perkara yang dipelajari atau situasi
pembelajaran yang dialami.
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Tyler)
Tyler menekankan agar organisasi pengalaman
pembelajaran dilakukan dengan cara tertib atau
aturan pengalaman itu mestilah sistematik
sehingga menghasilkan kesan terkumpul yang
maksimum.
Tyler menekankan penilaian penting untuk proses
pembangunan kurikulum . Penilaian harus
dilaksanakan berdasarkan objektif yang telah
dirancangkan.
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Taba)
Taba menekankan kurikulum seharusnya direkabentuk
oleh pengguna program. Guru seharusnya memulakan
proses pembangunan kurikulum dengan membina unit
pengajaran dan pembelajaran khusus untuk pelajarnya.
Guru mengambil pendekatan induktif dalam
membangunkan kurikulum ie. bermula dari yang spesifik
menuju kepada reka bentuk yang umum. Ini berlawanan
dengan reka bentuk biasa yang bermula dari yang umum
kepada yang spesifik atau pembangunan kurikulum
secara deduktif( Contoh Model Tyler).
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Taba)
Taba mengusulkan tujuh langkah dalam
mengembangkan sesuatu kurikulum.
1. Analisis keperluan (Diagnosis of needs/Needs
analysis). Guru memulakan proses dengan
mengenalpasti keperluan pelajar yang menjadi sasaran
kurikulum yang dirancang
2. Memformulasi objektif (Formulation of objectives).
Selepas guru dapat mengenalpasti keperluan pelajar,
beliau seharusnya menyatakan objektif yang ingin
dicapai
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Taba)
3. Pemilihan isi kandungan (Selection of content). Objektif
yang dipilih/diformulasikan akan memberi garispanduan
berhubung isi kandungan/pengisian kurikulum. Bukan
sahaja objektif dan isi kandungan perlu sesuai bahkan
kesahan dan kepentingan isi kandungan yang dipilih
juga perlu ditentukan
4. Penyusunan/Organisasi isi kandungan. Isi kandungan
kurikulum perlu disusun mengikut urutan-urutan tertentu
dengan mengambilkira kematangan, pencapaian
akademik dan minat pelajar.
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Taba)
5. Pemilihan pengalaman pembelajaran (Selection of learning
experiences). Peringkat ini melibatkan pemilihan kaedah
pengajaran yang dapat menyampaikan isi kandungan secara
berkesan.
6. Penyusunan aktiviti-aktiviti pembelajaran (Organization of
learning activities). Penyusunan aktiviti-aktiviti pembelajaran
biasanya ditentukan oleh isi kandungan yang ingin
disampaikan.
7. Penilaian dan kaedah penilaian. (Evaluation and means of
evaluation). Perancang kurikulum harus menentukan objektif
yang tercapai di peringkat ini. Kaedah penilaian perlu
difikirkan (consider) oleh pelajar dan guru.
Model Hunkins
Model Pendekatan Bukan
Teknikal Bukan Saintifik
Pendekatan yang menekankan;
1. kesubjektifan, aesthetic, heuristic and transactional
2. bukan kepada hasil tetapi kepada pelajar (learner), terutama
melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
aktiviti (activity-oriented approaches to teaching &
learning)
3. tidak semua hasil pembelajaran boleh diketahui
Pendekatan yang mengambilkira bahawa kurikulum
berkembang beransur-ansur berbanding yang dirancangkan
secara tepat (evolves rather than being planned precisely) .
Model Pendekatan Bukan
Teknikal Bukan Saintifik
Model dibentuk berdasarkan intuisi
(perasaan)- dikenali sebagai aesthetic
rationality
Pendekatan yang menyokong reka bentuk
berpusatkan pelajar dan sedikit kepada reka
bentuk berpusatkan masalah.

Anda mungkin juga menyukai